Chapter 60 | A monster

ROURRR!!!

Ditengah-tengah kawasan yang marak dikelilingi api, seorang jejaka berdiri ditengah-tengah kemusnahan sebuah bandar. Matanya yang tajam merenung sekeliling tanpa secalit perasaan. Pipinya bersisik. Dua tanduk yang tajam keatas, berada di kiri dan kanan kepalanya. Simbol pelik berada dikedua belah matanya.

"ROURRRR!! " Ngauman dua ekor naga berselang seli diudara. Kepala didongakkan. Api yang berada disekelilingnya membentuk dua busur gergasi! Kedua-duanya dihalakan pada dua ekor naga yang beradu diudara!

"This world is cruel and yet it's so beautiful. Heh, what a joke. " Tangannya diangkat. Tepat dihalakan pada jantung dua ekor naga diudara. Busur berapi yang dikelilingi kilat hitam muncul. Seakan bersiap sedia untuk dilancarkan.

"Farewell ..My friend. "

"WAIT! "

SNAP!

"Oi. Oi. Berapa lama lagi kau nak tidur ni? "

Eldera membulat mata apabila wajah Kurayami terlalu dekat. Hampir sahaja wajah Kurayami mendapat habuan kalau tidak mengelak tendangan Eldera. Sang naga mencebik tak puas hati.

"Eleh. Orang dah kejut dia, boleh pulak kasi kaki. Asal tak kasi badan? "

"Yang kau dah macam Eryl kenapa? Kau nak cium aku ke apa tadi?!"

Kurayami terdiam seketika. Tak lama kemudian muka hairan jelas terpapar diwajahnya.

"Ha'ah kan? Asal aku dah mula terikut-ikut mamat ni? Tak akan sebab mamat ni suka tengok porn memalam. " ayat terakhir sengaja diperlahankan.

"Apa? "

Terus Kurayami tekup mulut sambil tersengih tak bersalah. Eldera yang berada dalam bentuk manusianya, merenung sang naga dengan pandangan membunuh.

"Eryl buat apa memalam? Kau ada memori dia? "

"Err. No comment. Aib dia tak baik kita sebarkan. " Kurayami meneguk liur apabila Eldera menajamkan renungnya.

"Nak mati dengan aku mamat ni. Patut otak karat semacam aje. Tch. " Bisik Eldera walaupun dapat didengari Kurayami. Sang naga sekadar sengih janggal.

'Pepandailah kau survived lepas ni Eryl. Bukan aku sengaja kantoikan. Ehe. '

"Anyway, kau dah okey? Kau guna kuasa banyak sangat ke time lawan Ciel? Tetiba pengsan. " Terus Kurayami mengubah topik. Eldera hanya senyap lalu memandang langit malam.

"Tak adalah. Aku guna sikit aje kuasa. Just badan aku baru nak selesakan diri dengan kuasa baru. Kuasa kegelapan bukanya mudah untuk dikawal. Kuasa bayang aku pun kadang-kadang tak terkawal, inikan pulak api. " Keluh Eldera.

"Aku senang aje. "

"Kau Ryuzaki lain. Darah kau memang dah ada kegelapan sejak azali. Semua elemen jenis kegelapan, kacang aje bagi kau orang nak kawal. Jangan cakap benda bodoh boleh? Terselah banyak sangat. Silau mata aku. " Sindir Eldera membuatkan Kurayami mencebik.

"Dah silau, pi lah tutup mata. "

"Kalau aku tutup nanti kau buat benda tak senonoh. Jalan terbaik, jangan tutup mata.  "

"Pale lu! "

Eldera buat bodoh aje sebelum bangkit daripada duduknya. Debu-debu disapu dengan tangan. Kurayami pula memuncung bersama tangan yang bersilang didada.

"Jangan nak memuncung sangat... " Badan Eldera dikelilingi bayang hitam. Mata hijaunya berubah merah. Tanduk berada di sisi kepalanya. Kurayami berkerut dahi apabila melihat penampilan Eldera. Tak lama kemudian, barulah dia mengerti.

"Urgh. Tak boleh ke kalau kita datang dan disambut dengan wanita? Perlu ke mahluk hodoh ni? " Rungut sang naga apabila mahluk-mahluk hodoh muncul dari pelbagai arah.

"Kau expect apa? Nama pun musuh. "

"Musuh boleh jadi kawan kan? Macam aku. Manalah tahu tetiba hati berubah. Lagi-lagi bila menatap wajah suci aku ni. Ehek! "

"Aku rasa yang baik pun boleh jadi jahat bila tengok kau."

"Cis. Tercalar hati aku. "

"Baguslah. Lagi banyak calar, lagi bagus. "

Kurayami mencebik lagi. Payah ada brader hati kering ni. Nak bergurau pun tak leh. Kita mana boleh serius selalu en? Bak kata pepatah Puak Ryuzaki, serius-serius nak bawak ke mana? Main-main udah.

Itu satu Puak macam tak berapa nak betul. Dah tu yang diterapkan sejak azali? Bak kata Raja Shiro Ryuzaki, Takdir.

"Out of my way. "

"Huh? Dude, kau nak sapu semua? "

"Cuma cubaan kuasa baru. Bukanya aku suka sangat. " Bisik Eldera membuatkan Kurayami mengeluh. Sang naga berpaling kebelakang. Sepasang sayap muncul dibelakangnya.

"Just make sure kau tak hilang akal okay? Aku bukan Eryl yang pandai kawal binatang buas macam kau. " Terus Kurayami terbang keudara sesudah menitip kata. Eldera menguling mata keatas lalu matanya kembali tertacap pada Daemon di sekelilingnya.

Mahluk bergelar Daemon mempunyai wajah yang sangat hodoh. Bertanduk runcing kebawah. Liur yang meleleh keluar dari celahan siung mereka sangat menjijikan.

"GROUURRRRR!!! "

Kesemua Daemon memecut dan menyerbu Eldera daripada pelbagai arah! Lelaki berambut emas mendengus lalu kaki dihentak kuat pada tanah!

BAAMMMMM!

Daemon yang mengelilingi, mati ditikam oleh bayang-bayang Eldera yang berbentuk tombak daripada dalam tanah! Tidak cukup dengan itu, bayang-bayang itu menelan mereka satu persatu lalu hilang meninggalkan tulang berlulang sang mahluk durjana.

"Wow. " Kurayami yang berada dilangit kagum dengan kebolehan kuasa Eldera yang meningkat.

"Rourrrr! "

"Eh? Wuwarhhhhh!! "

Eldera terkejut apabila Kurayami tiba-tiba sahaja menjerit. Apabila kepala diangkat keatas, sekumpulan Daemon bersayap mengejar Kurayami dengan mata yang lapar! Melompong mulut Eldera dengan adegan didepan matanya.

"Kau naga tak guna! Lawan lah balik! Tak akan nak harap aku jugak?! "

"Lawan?! Kau kata nak sapu semua! Ambil lah yang atas ni sekali! Ahhhh! Jangan kejar aku! Daging aku pedas!!! "

Eldera menekup muka dengan wajah sesal. Asal dah serupa Eryl ni? Ke ni memang perangai dia?

"Eryl please come back. Aku tak boleh hadap sengal kau yang berlipat ganda ni. "

KTANGG!

"Lagi-lagi bila aku tengah memburu.. "

Daemon yang menyerang hendap Eldera tergamam apabila jejari bayang menghalang kapak tumpulnya daripada menghentam sang jejaka. Eldera hanya mengerling sedikit lalu tersengih ngeri.

"Say hello to hell little creature. "

"ROOUUURRR!!!! "

Daemon itu melolong kesakitan apabila api yang marak keluar daripada bayang Eldera lalu menelannya tanpa meninggalkan kesan! Melihat sekutu mereka mati ditelan api, para Daemon melolong kuat lalu menyerbu Eldera dari pelbagai sudut!

"Tch. "

BURRRRRNNNNNN!!

BURRRRRNNNNNN!!

BURRRRRNNNNNN!!

Kurayami yang menyaksikan segala-galanya diudara, tergamam. Tak lama kemudian, wajahnya berubah! Senyumanya semakin melebar! Tanganya mengigil kerana terlalu teruja dengan apa yang dilihat!

"Hahahaha! This is really insane! Totally insane! "

Eldera kini dikelilingi oleh api yang membentuk empat syaitan berzirah bayang. Daemon yang menyerang dalam jumlah satu battalion secara serentak tadi, mati dipenggal oleh empat api tersebut dengan sebilah pedang runcing daripada bayang.

"How the hell you summon the Dark Flame Guardian?! Bahkan kau menyeru mereka bersama zirah bayang! "

"Who said i summon them? "

Sekali lagi Kurayami dikejutkan dengan pertanyaan Eldera yang selamba tetapi penuh makna. Melihat reaksi Kurayami, Eldera tersenyum kelat. Kepala dipaling memerhati syaitan berzirah dihadapanya.

"I created them. With this power.. " sebelah tangan Eldera diangkat lalu api berwarna hitam yang kecil, terapung diatas telapak tanganya.

"Bloody hell... Kuasa dia lebih mengerikan daripada apa yang aku jangka. " Bisik Kurayami diudara. Matanya tajam memerhati empat api yang seakan patung disekeliling Eldera.

"Kill all of them. Jangan tinggal satu pun. " Arahan penuh dominan dijatuhkan. Syaitan berzirah mengaum sekuat hati sebelum memecut dan memenggal kesemua musuh! Eldera hanya memerhati dengan tenang. Badan dipaling kebelakang lalu kaki melangkah pergi.

Setiap langkah yang diambil, pasti jeritan dan lolongan Daemon kedengaran! Kurayami yang terlalu asyik dengan pertempuran diantara mahluk yang dicipta Eldera dan Daemon, tidak menyedari satu serangan hendap dibelakangnya!

"ROUUUR! "

"Huh? "

SREKKKKK!

Mata Kurayami membulat apabila kuku tajam berwarna merah hampir mengenai tubuhnya! Tetapi lebih mengejutkan apabila tubuh Daemon itu dibelit dengan bayang lalu tercerai seakan dicincang! Dagingnya jatuh ketanah dan terbakar!

"Tengok sekeliling kau Kurayami. Aku dah hapuskan mahluk diudara. Tetapi tak bermakna semua. " Eldera kembali melangkah. Kurayami tersengih lalu terbang disisi Eldera. Sempat juga matanya mengerling kebelakang.

"Mari, Adrea dah tunggu kita terlalu lama. " Kurayami diam seketika.

"Empat setan tu? "

"Diorang akan hilang bila semua Daemon tu mati. Jadi biarkan. "

"Tapi.. " Langkah Eldera terhenti. Matanya mencerlu tajam pada Kurayami.

"Hutan tu tetap akan musnah. Tengok belakang. " Kurayami terkebil-kebil tetapi tetap juga menoleh. Matanya terbeliak besar apabila hutan yang menghijau itu mula bertukar warna.

Kelabu? Hancur?

"Hutan.. Mati? "

"Aura Aeldera terkeluar sikit semasa aku cipta empat syaitan tu. Aku-"

"Kenapa kau cipta mereka kalau kau tahu ia boleh mula membunuh mereka di sekeliling ?! " Kolar baju Eldera direntap Kurayami dengan garang. Sang naga mengetap gigi geram dan penuh amarah! Eldera hanya mengeluh lalu menepis tangan Kurayami.

"Mereka salah satu cara untuk tolong aku dapatkan Adrea balik. Empat syaitan tu salah satu rancangan aku. "

"Jadi.. Kau memang dah rancang daripada awal? Jadikan hutan tu korban?! Kau tahu tak dalam hutan tu masih ada manusia yang tinggal?!! "

Ya! Sebelum mereka masuk ke dalam hutan ini, mereka terjumpa sebuah rumah kayu. Sudah pasti itu rumah manusia, jadi tidak hairan jika masih ada manusia yang tinggal hutan tersebut!

"Dah banyak hutan jadi korban aku. Dan dah banyak nyawa yang aku tarik.  " Ujar Eldera tanpa perasaan membuatkan Kurayami mendidih.

"Tapi aku bukan Aeldera. Selagi aku boleh selamatkan walau satu nyawa, aku tak akan biarkan mereka mati. "

Ucapan Eldera yang tegas itu membuatkan Kurayami terkedu.

"Tengok sini. " Rahang Kurayami dicengkam lalu dihalakan pada satu arah. Sekali lagi, sang naga terkejut apabila seorang ayah sedang mendukung anaknya sambil memerhati mereka dengan riak takut disebalik pokok berwarna hitam.

"Aku sempat lindung mereka dengan kuasa bayang aku. Selepas ni, salah satu syaitan aku akan bawa mereka pergi. Jadi sekarang aku nak tanya kau.. "

Eldera memandang Kuaryami dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Am I still a monster in your eyes? "

****

"Easy my ass! You really want to kill me! " Teriak Eryl sambil mengelak setiap serangan merbahaya ayahnya! Kejap-kejap lompat, kejap-kejap tunduk. Macam-macam gayalah!

"Dah ada peluang. Why not right?  "

"The heck?! Argghhhhh! "

BAMMMMMM!

Eryl mengerang sakit disaat tubuhnya menghentam salah satu bukit berapi di Half World itu. Shiro pula hanya tersenyum dalam bentuk syaitannya sebelum meluru ke arah Eryl bersama sebilah katana!

"Ho-Hold on old man! Aku nak tarik nafas! "

"Kesah apa aku?! "

KTAAAANNNGGGGGGG!

Eryl meneguk liur apabila bilah pedang Shiro tepat berada dihalkumnya! Mata Shiro pula membulat melihat Eryl menahan seranganya dengan kedua belah tangan! Sisik-sisik hitam juga kelihatan apabila bilah katananya menghiris kulit sang anak!

DDUSHHHHHH!

Shiro Ryuzaki tercampak kebelakang apabila Eryl menendang dadanya! Tidak membuang masa, Eryl terus meluru kearah Shiro dengan pedang berkembar!

KTANGGGGGG!

"What the fish Sen? Perlu ke kau halang aku! "

"Musuh kau bukan satu Eryl Ryuzaki. "

ZRRRSSSHHHHH!!

Tubuh Eryl terseret menjauhi Shiro apabila Senri muncul lalu membuat bongkah ais seakan gunung untuk menolaknya! Remaja berambut hitam merengus tak puas hati. Sebelum sempat dia melancarkan serangan, tubuhnya dihentam kedalam tanah!

BAMMMM!

"Arhhhhh! Sial lah cicak terbakar! "

"Kau mencarut dekat diri sendiri? "

"Good to hell! "

Kurayami ketawa jahat sebelum terbang kembali diudara. Sempat ekornya melibas Eryl sehingga sang remaja tertanam lebih dalam kedalam tanah! Erangan sakitnya jelas kedengaran!

"Wow. Kau kejam sangatlah Kurayami. " Ujar Shiro disaat terbang di sisi sang naga. Naga bersisik hitam itu mengerling sang raja.

"Tapi aku nak kau jadi lagi kejam. Hahaha! "

"Hahaha! Boleh sangat duhhh! "

Senri menggeleng kepala dengan telatah mereka. Tak lama kemudian, dia tersentak apabila merasai satu daya kuasa yang agak luar biasa! Kurayami dan Shiro, turut merasai aura itu. Senyuman mereka melebar sehingga menampakkan gigi taring.

"Hurry up Eryl. Kau boleh dapatkan balik aura raja kau! "

"ROOOURRRRRR!!! "

Ngauman seakan naga mengisi ruang dikawasan mereka! Tanah bergegar. Angin bertiup kencang!

CLANGGGGG!

Mata Senri membulat apabila rantai besi dengan tulisan purba mengikat dirinya! Rantai-rantai itu muncul dari dalam tanah dan turut mengejar Shiro dan Kurayami diudara!

"CHAIN FROM HELL! "

Eryl muncul dari tempat benamannya! Sekelilingnya, hanya rantai besi yang diselimuti api kegelapan! Senri mengetap gigi dan cuba melepaskan diri! Semakin kuat dia melawan, semakin lemah dia jadinya!

"What the hell is this?! "

"Chain from hell. Salah satu senjata rahsia puak Ryuzaki. Rantai yang mampu meresap kuasa seseorang dan tak lupa juga.. "

Tika itu, pandangan Senri berubah kabur. Eryl pula diam sambil menghampiri sang adik. Tangan diletakkan pada wajah Senri lalu matanya bercahaya biru gelap.

".... He can take whatever demon that inside your body. Asalkan syaitan tu bukan Aeldera." Sesudah sahaja Shiro menghabis kata, satu cahaya keluar daripada Senri lalu meresap masuk kedalam tubuh Eryl melalui rantai besinya.

"Damn. Dia dah tumbangkan satu. " Ujar Kurayami apabila tubuh Senri perlahan-lahan hilang menjadi cebisan cahaya.

"Ah no worries. Senri still ada kuasa demon tu sebab darah Ryuzaki. Tapi masalahnya.. "

ZAPPPPPPP!

ZAPPPPPPP!

Shiro dan Kurayami mengelak disaat akhir! Libasan rantai yang kini diselimuti ais kegelapan, semakin mengganas!

"Kita kena lah hadap mamat ni berdua. " Shiro tersengih. Matanya berbalas renungan bersama sepasang mata biru gelap milik Eryl. Rambut Eryl yang hitam, kini berubah putih. Sisik hitamnya muncul dipipi dan hampir menyelimuti seluruh kulit tubuhnya!

"Nak sangat main kasar kan? Baik! Eryl akan bagi macam mana rasanya lawan syaitan yang kelaparan! "

"Heh! Kita tengok siapa yang paling ganas budak tak guna!! "

BAMMMMMMMM!

Katana dan rantai bertembung! Wajah Shiro yang teruja sangat hampir dengan wajah serius Eryl. Kedua-dua mereka berbalas renungan dengan garang! Kurayami yang memerhati diudara sekadar ketawa berselit keterujaan.

"Bagi semua yang kau ada budak."







Senri punya kuasa yg real kena sorok luuu. Lek2. Kita tengok Lazy king dgn Kurayami punya power luuu. 😂Eldera? Ikut kepala dia..

Eldera: *buat bodoh sambil makan kek*

Gila kek sungguh.

Eldera: Lebih baik dari gila perempuan.

Eryl: *nangis tepi bucu*

....

Enjoy 😂❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top