Chapter 57 | Good luck Eldy


Disebuah kawasan yang tandus bersama tanah yang merekah, seorang lelaki bertanduk berdiri ditengah-tengah kawasan. Bajunya serba hitam. Iris mata berwarna biru manakala luarnya gelap.

"Ayhanda. " Seru satu cahaya hitam berbentuk berbola. Lelaki bertanduk memalingkan wajah ke sisi.

"Dia dah sampai? " Soal cahaya itu. Lelaki bertanduk hanya senyum.

"Dah.. "

Pandanganya dihalakan pada bulatan sihir gergasi yang tetiba muncul dilangit! Angin bertiup kencang. Kawasan disekitar bergegar hebat!

"Siap sedia. Ini bukan kerja yang mudah. "

"Baik Ayahanda. " bebola itu bercahaya sungguh terang! Sedikit demi sedikit, bebola itu membentuk satu susuk tubuh remaja lelaki berambut putih. Memiliki alis mata yang melentik. Mata birunya pula bagaikan cristal cair. Menawan. Tanduk syaitan juga terbentuk di sisi kepalanya.

Lelaki bertanduk tersengih melihat penampilan anaknya.

"Bapak ah Senri. Dah upgrade kau ya? Hahaha!"

"Ayahanda, sekarang bukan masa untuk bergurau. Kita ada benda yang penting yang perlu dibuat. Be serious please? " Tegur Senri bersama riak yang serius. Bebola matanya memerhati bulatan sihir hitam yang bercahaya terang dilangit itu. Tombak daripada ais kegelapan mula terbentuk ditelapak tangan.

BAM!

Hujung tombak dihentak pada tanah sehingga kawasan sekelilingnya bergegar dahsyat.

"Jadi jangan main-main. " Shiro Ryuzaki hanya mencebik dengan sikap anaknya. Memang dia dan Senri Ryuzaki bagai langit dengan bumi. Seorang serius, seorang sengal.

"Ahh. Dekat sini pun kau nak serius? Come on dude, just relax okey? Chill. " Selamba Shiro menegur. Sang raja tersengih lalu merangkul bahu anaknya daripada sisi. Lagak seakan Senri adalah kawan.

Senri pula sudah menekup muka. Tidak langsung terkejut dengan bicara dan tingkah ayahandanya yang terlebih 'relax'.

"Masalahnya Ayahanda sekarang koma di dunia nyata! Bonda akan risau kalau Ayahanda tak sedar terlalu lama! Terlalu lama disini akan buat bonda susah hati! " Marah Senri. Kenapa Ayahandanya susah nak faham perasaan bonda?

Shiro tersenyum lagi. Kini matanya tertumpu pada bulatan sihir yang kini dikelilingi sambaran kilat kegelapan tanpa henti. Kadang kala, kilat itu akan menyambar tanah sehingga tanah terbelah dua!

"Jangan risau. Emyriel tahu aku disini. Lagi pun, kau kan ada? Kau boleh kasi tahu apa yang jadi disini pada demon kau didunia nyata untuk disampaikan pada bonda. "

Sekali lagi Senri mengeluh. Ya, terima kasih pada kerja gilanya yang membuat kontrak dengan syaitan dahulu. Kini dia mampu berada di dua tempat yang berbeza. Atau lebih tepat dunia. Jasadnya didunia nyata dikawal oleh syaitan. Apa-apa yang jadi, dia akan tahu dek hubungan yang masih ada dengan syaitan itu.

Tetapi lain pula dengan Shiro. Lelaki itu ada disini kerana koma dek diserang hendap oleh Fafnir, sekaligus hampir meragut nyawa Shawn yang kini turut tidak sedarkan diri. Shiro tidak akan tahu apa yang jadi didunia nyata kecuali diberi tahu oleh Senri.

Dunia separa sedar atau lebih dikenali sebagai Half World, adalah dunia yang menjadi tempat untuk perhubungan Puak Ryuzaki yang masih hidup dan yang telah mati. Pendek kata seperti di alam roh.

Hanya mereka yang mempunyai kuasa setaraf syaitan yang mampu muncul dalam bentuk fizikal.

Dan disinilah Senri dan Shiro akan membuat perhitungan dengan seseorang.

"He's come. Get ready Sen. " Arah Shiro dan tika itulah bebola berapi biru muncul disekeliling Senri.

"Yes father."

***

Beberapa tahun yang lepas..

"Makan angin? "

"Yup! Jom lah. Tak best kalau aku aje yang makan angin. Kau teman eh? "

Eldera mengerut dahi apabila Eryl mengajaknya tetiba. Ingat siapalah yang ketuk pintu rumah macam nak pecah, sekali bukak, mamat gila perempuan ni rupanya.

"Kau kebulur sangat ke sampai angin pun nak makan? Pelik-pelik lah kau ni. " Soal Eldera dengan riak naif. Dan-dah Eryl pandang Eldera blur.

"Dey brader, makan angin means keluar jalan-jalan. Asal kau bengap tetiba hari ni? "

"Entah. Fius tak sambung dekat otak kut. Tak pun ada wayar putus. "

Jawapan selamba Eldera mengundang rasa jengkel Eryl. Sejak bila Eldera aku ni pandai loyar buruk? Nak kena ni. Siap dia. Hehehe.

"Apa-apa ajelah. Dah jom. Aku jamin tempat kita date ni tak ada orang. Boleh lah akuuuuu... "

Merinding bulu roma Eldera dengan suara melerek-lerek Eryl. Terus dia angkat jari hantu lalu menutup pintu dengan kasar. Kaki laju masuk kedalam bilik. Eryl pula mengekek ketawa sebelum menunggu di luar.

"Jangan lambat Eldy! Aku terkam kau atas katil nanti! " Jerit Eryl tanpa rasa bersalah. Eldera yang berada di atas katil, melompong sebelum berubah bengang. Dia ugut aku?!

"Jangan layan El. Jangan. Abaikan nyamuk gatal tu. " Eldera kembali membaca buku ditangannya.

"SATU! " Terus Eldera menutup buku lalu bergegas menyiapkan diri. Buatnya Eryl bebetul buat, sia-sia hidup. Mamat tu bukan boleh, semua menjadi.

"DUA! "

"Eh diamlah babun! Bab(e) mana seluar aku?!"

"TIIII-!!! "

"Eh hanat betul lah!!! "

Semakin berdekah Eryl ketawa dibawah. Perut ditekan dek senak katawa. Bapak terhibur! Jarang nak tengok Eldera gelabah. Bahahaha!

"TIGA!"

BAM!

"DAH! "

Eryl senyum puas apabila Eldera muncul dengan nafas tercungap-cungap.

" Walaweh, sian habang kita sorang ni. Peluh dah dia. Siapa punya kerja ni? Hurmm? "

"Setan kau.. "

Sekali lagi Eryl meledak tawa dek muka bengang Eldera. Lelaki berambut emas semakin mendidih tetapi ditahan juga perasaan daripada membelasah sahabat karibnya itu.

"Auuww. Sorry Eldy baby. Tapi hari ni aku nak happy-happy aje dengan kau okey? Dah jom. "

Selambat Eryl mengajak Eldera ke suatu tempat. Eldera pula hanya menurut. Tak salah kut kalau sekali sekala dia keluar daripada hutan? Lagi pun ibu dan ayahnya tak ada. Alzer dan Alter pun sama.

Alone duh dia dalam rumah.

***

"Jadi, ini lah sebab kau ajak aku ' makan angin?' " Soal Eldera seraya memandang Eryl dengan wajah datar.

Eryl membalas dengan senyuman. Rambut hitamnya disisir dengan bangga sekali.

"Sahabat, kawan wujud untuk digunakan. Jadi why not aku gunakan kau en? "

BUKKK!

"A-aku gu-gurau aje... " Eryl menahan senak diperut apabila Eldera melututnya tanpa belas. Lelaki berambut emas pula buat tak tahu dan matanya tetap setia pada board dihadapnya.

"Fighting Tournament huh? Sebab kau ada kuasa jadi tak boleh masuk? " Soal Eldera setelah membaca peraturan pertandingan. Eryl mengangguk walaupun senak diperut masih tersisa.

"Yeah. Kau kan tak ada kuasa? So aku rasa better kau masuk. Try tengok kekuatan fizikal kau dengan skill lawan kau tu. Soal Aeldera tolak tepi. " Eldera diam seketika. Jari telunjuk naik mengusap dagu. Tak lama kemudian, matanya mencerlu pada Eryl.

"Kau nak aku masuk sebab nak tahu skill aku atau nak duit ganjaran tu? "

"Of course sebab duit. Aku suka duit duhh. Kalau kau buat apa? Bukan boleh jual dekat pasaran gelap. Tak laku. Muka kau tak sekacak aku. Nak buat jadi gigolo pun tak lepas. "

"Nak mati kau ni... Kena lutut tadi tak cukup eh? " Eldera mengusap penumbuknya dengan riak menggerunkan. Nyamuk nak gigit pun kena banyak fikir.

"Sabar sayang. Bagi aku duit dulu baru bunuh.. " Berpeluh Eryl apabila perasan aura seram Eldera. Ushh, boleh lemah jantung ku ini! Ehek!

"Kau... "

"Hiarrrrghhhh! "

Dan-dan kepala Eryl dan Eldera tertoleh pada gelanggang yang terbina dihadapan mereka. Mata mereka tidak berkelip memerhatikan pertarungan antara dua lelaki bertubuh sasa dan berotot. Kedua-dua mereka berentap dengan ganas!

DUSHHHHH!

"Arghhhhhh! "

Hanya dengan sekali hayunan, salah seorang lelaki tercampak jauh sehingga keluar daripada gelanggang.

"Dan Ghost memenangi perlawanan ini!! "

"Wahhhhh!!! "

Semua manusia yang berkerumun disitu, beriak teruja. Ada yang menyeru Ghost dan ada juga yang menjerit histeria.

Eldera dan Eryl berpandangan untuk seketika.

"So? "

"Jom tolong aku buat experiment. "

"Good. Kau menang, aku nak kakak-kakak cantik tu. Mana tahu dapat habuan? Paling lekeh pun boleh date seminggu seorang. Hahahaha! "

"... "

"Apa? "

"Mati please? "

***

"Eldera? 14 tahun?! "

Semua penonton terkebil-kebil apabila Eldera naik ke atas pentas perlawanan dengan riak kosong. Ada juga yang berbisik-bisik mengenai Eldera. Budak?

"Seriously? Kau nak aku lawan dengan budak bawah umur? " Soal Ghost bengang pada pengadil perlawanan. Terketar-ketar lelaki itu mengangguk.

"Ya-ya. Dia daf-datar ma-masuk. "

"Batal kan! Aku tak berminat dengan kayu! "

Eldera buat bodoh aje dengan kata hinaan daripada Ghost. Kayu? Boleh lah daripada ranting. Tetapi lain pulak dengan Eryl, berdesing telinganya apabila Eldera diejek!

"Woi botak! Kau buta huruf ke apa? Peraturan tak kata pun ada had umur!" Marah Eryl geram. Tahu lah Eldera baru 14 tahun, tapi apa salahnya? Belagak ah abang ni!

"Apa kau kata?! "

Mahu sahaja dia turun daripada pentas dan menerkam Eryl kalau bukan sebab dia dihalang oleh tubuh Eldera. Mata hijaunya merenung tajam kearah Ghost.

"Don't you dare to touch him. " Eldera memberi amaran keras dan tegas. Ghost tersentak dengan pandangan mata hijau itu lalu berundur kebelakang. Sudahnya dia hanya mengetap gigi lalu berpaling.

"Tch. Buang masa. Bagi aje aku duit tu! Budak ni tak ada nilai pun kalau aku lawa-"

BURNNNN!

Ghost melompat kesisi apabila diserang oleh panah berapi. Wajahnya serta merta merah dek marah apabila melihat wajah tak bersalah Eryl yang memegang busur berapi hitam.

"Sorry. Aku nak hapuskan lalat mulut najis tadi. Rupa sebijik macam kau. Eh jap! Memang kau pun! " Kutuk Eryl membuatkan Eldera menekup muka.

"The hell man? Perlu ke kau buat macam tu? Tambah minyak pada api? "

"Of course! Dia kutuk kekasih aku kut! "

"Aku bukan kekasih kau lah! "

"Sorry. Sekarang kau official laki aku. Titik."

"Titik tahi kau! "

Mula lah budak berdua tu bertekak tanpa menghiraukan Ghost yang semakin mendidih. Tanpa amaran, lelaki itu menerpa kearah Eldera!

DUSHHHHHH!

"What the.. "

Ghost terkejut apabila penumbuknya dihalang mudah oleh Eldera. Remaja 14 tahun itu memapar wajah tanpa emosi. Matanya kosong tanpa secalit perasaan. Tangan yang memegang pergelangan tangan Ghost diketatkan.

"Siapa.. "

Mata Ghost membulat apabila tubuhnya ditarik kehadapan dan wajahnya menjamah dua tumbukan daripada Eldera!

DUSHHHHH!

DUSHHHHH!

"Suruh kau... " Tidak cukup dengan itu, Eldera mengayunkan sepakan sehingga kepalanya terdongak keatas! Badan terundur beberapa tapak kebelakang dan hampir hilang keseimbangan diri. Disaat dia hampir jatuh kebelakang, telapak tangan Eldera memegang wajahnya!

DUSHHHHHHHH!!!!

"KACAU AKU !!! "

Melompong mulut para penonton termasuklah Eryl apabila Eldera mencengkam wajah Ghost lalu membenamkannya kedalam lantai pentas! Suasana sepi sehinggalah Eldera mendengus dan menjarakkan diri daripada Ghost yang pengsan.

"Lain kali serang time lain! Tahu tak aku busy bertekak tadi?! Pantang nenek moyang aku orang mencelah ketika bertekak! " Ujar Eldera yang mana menunjukkan sisi tak matangnya.

"Itu aje yang kau fikir?!"

Eldera terkejut apabila para penonton dan Eryl menengkingnya. Dah kenapa? Berani kau semua tengking aku?!

"Korang dah kenapa tengking aku? Gila? Ke nak ikut jejak laki ni? " terus kesemua mereka terdiam apabila melihat wajah dingin Eldera. Takut lah pulak.

"Dude. Kau ni memang lah... " Tergeleng kepala Eryl bersama tawa kecil. Berlapis dahi Eldera dengan kenyataan Eryl.

"Memang apa? "

"Memang bongok. "

"... "

"Sir, kapak besi dan kawasan perkuburan dekat mana? Kalau boleh nak tempah kubur untuk budak 14 tahun. Lelaki. " Soal Eldera pada pengadil dengan riak tak ada perasaan. Pengadil itu pula terkebil-kebil sebelum melompat tekejut apabila sebijik batu bata melayang kearah mereka!

DUSHHH!

"Oho? Eryl marah? " Prove Eldera pula setelah menghancurkan batu bata yang dibaling Eryl. Eryl tersenyum bengang.

"Itu aku kata kau bongok. Lawak pun tak tahu eh? "

"Laaa.. Kau melawak?"

"Kau.. "

Maka, kembali lah dua manusia itu bertikam lidah sambil diperhatikan oleh para penonton dengan riak teruja. Masing-masing mula menerima Eldera untuk masuk kedalam pertandingan tersebut!

"Budak! Lawan aku sekarang!"

Terhenti terus perbalahan Eryl dan Eldera apabila ratusan lelaki sasa memandang mereka dengan mata yang bersinar terang. Dua remaja 14 tahun itu meneguk liur. Ah, sudah.

"Good luck Eldy. Aku harap kau tak mati. Kau hutang aku malam pertama duhh. "

"Pergi mati jantan tak gune. Asal kau gay sangat hari ni? "

"Aku lonely. Beside, kau aje yang aku hadap hari-hari. Jantan pun jalan ah. Rezeki.."

"Hell.. "

***

DUSHHHHHH!

DUSHHHHHH!

DUSHHHHHH!

"HAHAHAHA! GO ELDY! GO! ITU YANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN SYIAL!!! HAHAHAHA! YEAY!! MY MONEYY!!! "

"SHUT UP ERYL! JANGAN SAMPAI KAU YANG KESERATUS! Ughhh! "

Eldera menghalang satu serangan penumbuk daripada barat dengan kakinya. Bahu sang lawan menjadi tempat loncatanya lalu kaki menghentam atas kepala lelaki dibahagian timur! Tidak cukup dengan itu, kakinya mengunci lengan seorang lelaki yang menyerang hendap dibelakangnya!

"Arghhhhh! "

"Ahahaha! Woi! Out woi! Out! Kau tak nampak ke dia mengaku kalah?! " Tengking Eryl yang dah terlebih teruja pada pengadil disebelahnya. Gelabah terus pengadil itu apabila suara Eryl menjerit ditelinganya! Lelaki yang dikunci tangan oleh Eldera ditarik keluar sebelum Eldera kembali menghentam manusia diatas pentas.

"Huff.. huf.. " Eldera lelah seketika apabila berlawan secara bertali arus! Wahh. Ini dikatakan penyeksaan terhadap warga 14 tahun yang lemah! Ecehh.

"Fiuhh. Siapa lagi? "

"KAMI!!!! " Eldera melompong apabila puluhan lagi lelaki masih menunggu dirinya.

"Seriously? Again?! "

Eryl ketawa geli hati dengan gelagat sahabatnya. Padan muka. Hadap lah dikau! Hahaha!

"Hehehe.. "

Entah kenapa, badanya mengeletar dan deria baunya menghidu sesuatu. Setelah diamati, mata Eryl membulat lalu dia naik keatas pentas dan menerpa kearah Eldera. Tubuh sang sahabat ditarik lalu dia menjerit..

"SEMUA LARI!!! "

BOOOOMMMMMMMMM!!!!

***

"What the hell...? "

Mata Eldera membulat apabila melihat sekeliling yang musnah teruk. Letupan mengejut itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa kecuali Eryl. Mayat manusia juga bertaburan dimana-mana bersama darah mereka!

"Urghh... "

"Eryl! " Eldera menerpa kearah Eryl yang berada tidak jauh daripadanya. Tubuh Eryl digoncang untuk menyedarkannya.

"Weh, kau okay tak ni? " Eryl yang baru tersedar hanya tersenyum kelat. Dia bangun sambil dibantu Eldera.

"Sikit. Urghh.. " Melihat kepayahan sahabatnya, Eldera mengubah posisi yang mana Eryl di belakang badanya. Piggy back.

"Sorry. " Tutur Eryl serba salah. Eldera hanya mengeleng dengan senyuman tipis.

"It's okay. Lagi pun salah aku jugak sebab tak peka. Kalau tak.. " Eldera menunduk pandangan daripada terus menatap mayat-mayat disekelilingnya.

"Dah lah. Apa-apa pun kita kena kasi tahu Shawn fasal ni-"

BAMMMM!

Kata-kata Eldera terputus apabila lima syaitan gergasi muncul mengelilingi dia dan Eryl. Dua remaja itu membulat mata tak percaya. Liur diteguk susah disaat mata bersambung dengan mata-mata ngeri lima syaitan itu.

"A-apa? "

"Well, well, well... Kau berdua masih selamat ya? " Seseorang muncul sambil bertepuk tangan. Mata Eldera membulat begitu juga Eryl.

"Ghost?! "

"Heh. Kau akan bayar sebab dah malukan aku budak!!! "











Flashback sikit. Sebelum Eldy dapt kuasa bayang dia. Okey? 😂Saya up awal sbb busy sikit hujung minggu ni dgn kelas tambahan. (Malam ni pun ada duhh😂😂) Takut x leh up. Ini pun saya curi2 buat hehe.

Eryl: Kau memang.

Whatever bruuuhh..

Eryl: Kau berus kan aku?!

...

Kalau smpat saya up eh?😂

Eryl: Rindui lah aku iaitu lelaki kacak lagi sasa. *muah*

*retak skrin *

Enjoy ❤️🐸

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top