Chapter 56 | Dangerous

KDANGG!

KDANGG!

"Jahanam! Jahanam! Jahanam! Kau manusia sial!!! "

Eldera menahan dan menahan setiap tetakan kuku Ciel tanpa sebarang masalah. Riak mukanya kosong sekosong kertas putih tanpa lakaran. Tempat pertempuran mereka, bagaikan kawasan gempa bumi! Separuh hutan juga telah hancur dek kuasa sang syaitan.

KTANGGGG!

Tombak Eldera menghalang kuku Ciel. Percikan api kecil terhasil. Wajah mereka rapat. Mata saling mencerlu. Ciel mengetap gigi kegeraman.

"Cakaplah tak guna! Asal kau tak cakap hah?!"

"Kenapa aku perlu cakap dengan sampah? "

KEDUSHHHH!

Tubuh Ciel melayang dek hentaman kaki Eldera pada dadanya! Darah keluar daripada mulut. Badan pula sudah selamat menghentam bukit! Tidak cukup dengan itu, Eldera muncul disebalik kegelapan lalu membenamkan lagi tubuh Ciel ke dalam bukit!

BRANGGGG!!

"Arghhhhhhhhh! " Ciel mengaum sekuat hati apabila terasa tulang belulangnya patah dek hentaman kuat itu! Bukit hancur berderai! Eldera tersenyum apabila darah hitam membasahi wajah dan tubuhnya.

"Simpan sikit jeritan kau. Aku ada lagi nak buat!! " Eldera senget bibir sinis. Tubuh Ciel yang kehilangan banyak darah dilambung keatas sehingga mencecah langit!

"Urghh! " Ciel mengepakkan sayapnya! Pandanganya kabur. Gigi diketap penuh amarah! Lebih-lebih lagi apabila Eldera meluru kearahnya bersama sayap syaitan yang terbentuk daripada bayang!

"Manusia bodoh! Kau fikir kau dapat bunuh aku ke hah?! Aku syaitan tulen! Aku berdarah abadi lah hanat! Hahahaha!!! " Walaupun tercedera teruk, Ciel masih dengan sifat angkuh dan bongkaknya!

"Baguslah.. "

Mata Ciel membulat apabila Kurayami muncul dibelakangnya. Naga syaitan itu tersenyum menampakkan gigi taringnya. Sayap naga berwarna hitam muncul dibelakang tubuh sang lelaki.

"Sebab aku pun nak main! "

"Apa yang-"

DUSHHHH!

"Eldera sambut! "

Eldera membulat mata apabila Ciel menjunam ke bawak dek di hentam oleh Kurayami! Tidak berlengang, Eldera mengayunkan kakinya sehingga mengena tepat pada wajah Ciel!

DUSHHHHHH!

Ciel meraung kesakitan apabila tubuhnya menjunam ketanah dengan had laju yang dahsyat! Kurayami pula sudah ketawa jahat manakala Eldera mencerlu tajam padanya.

"Apa? Aku bosan duhhh. At least kasi ah sikit aku main. "

"Dah main kan? Pergi sana! "

"Wahh. Macam ni kau layan aku? Kau tahu tak aku ni lelaki dengan otak kanak-kanak? Kau patut layan aku macam kanak-kanak tau? "

Berang dengan sikap Kurayami yang memiliki sedikit sintom sengal Eryl, tubuh lelaki itu di ikat dengan bayang sehingga tidak mampu bergerak. Kurayami terkejut dan cuba melepaskan diri.

"Oiiiiiii!!! Jangan lah buat aku macam ni! Ini layanan yang kasar dan tak bermaruah! Kau ni pembenci kanak-kanak ke?! " Mula lah naga tu melalut. Eldera buat muka meluat.

"Sebab kau kanak-kanak nakal, jadi aku layan kau macam kanak-kanak nakal! Memang patut pun kau kena ikat. Maaf tempat ni bahaya ya budak. " sindir Eldera sedas.

"Cis. Sekarang kau tak menghormati orang tua! Aku hidup lagi lama daripada kau tau? "

"Oya? Sekarang kau dah mengaku tua pulak? Baguslah. Orang tua pun tak patut ada jugak dekat sini. Kubur sedang memanggil. "

Kurayami ketap bibir apabila dirinya di sindir lagi. Bapak ah. Apa lagi lawak bodoh yang aku patut buat? Yang pasti, mamat ni tak boleh bidas. Kalau tak, sakit jantung dan hati ku ini, huhu.

Eldera mengeleng apabila Kurayami mula membebel seorang diri. Selagi kau dalam badan Eryl, selagi tu lah kau ada perangai tak semengah dia.

Sangat menjengkelkan.

Dek kerana malas mahu melayan Kurayami, Eldera kembali menumpukan perhatian pada Ciel yang cuba bangkit. Nafas lelaki itu mengah. Tak lupa juga erangan sakitnya yang kedengaran setiap kali sendi tulang cuba digerakan.

"Urghh.. Arhhh.. Urghh..Hah.. "

Eldera mendarat dihadapan Ciel yang bergelut dalam kesakitan. Bayang mengelilingi  tubuhnya. Mata merah Eldera merenung tajam kearah Ciel.

"Apa kata kita buat Deal? " Soal Eldera tetiba sambil berjalan kearah Ciel. Ciel pula menundukkan pandangan daripada memandang Eldera. Tangan di kepal sehingga menaikan urat jantan.

"Aku? Deal dengan kau? Hey! Kau nak jatuhkan maruah aku ke hah manusia! "

Eldera hanya tersenyum sinis lalu rambut Ciel direntap kasar. Ciel tergamam dengan tindakan Eldera! Tanpa sempat dia membuka mulut, Eldera melutut wajahnya dengan keras!

DUSHHHHHH!

Darah keluar daripada mulut dan hidung. Bunyi tulang patah juga kedengaran. Kurayami yang melihat diudara terkejut lalu membatalkan kuasa bayang milik Eldera. Sayap dikepakkan lalu laju dia terbang kesisi Eldera. Tubuh lelaki itu ditolak menjauhi Ciel yang sudah cedera parah!

"Okey stop! Kau dah macam orang gila bila aku tengok daripada atas! "

"Dia yang berlagak sangat. Ia menjengkelkan." Balas Eldera seakan tiada apa-apa. Kurayami mengeleng kepala.

"Sabar dulu. Kalau kau bunuh dia terus, kita tak akan tahu tempat Adrea dengan Akira. "

Eldera terdiam. Nafas ditarik lalu dihembus. Melihat Eldera yang mula tenang, membuatkan Kurayami mengukir senyuman. Badan dipaling  kebelakang lalu menghadap Ciel yang berada di atas tanah.

"Okey lah, Ciel. Apa kata kau kasi aje tahu kitorang dekat mana Adrea Bellvania dan Akira Saizo berada. Kau pun dah nak mati ni. " Selamba Kurayami mengarah. Eldera memandangnya blur.

"Kalau.. Aku tak.. Nak ? " Walaupun payah untuk berbicara, Ciel tetap jugak dengan keangkuhan dan sinisnya. Kurayami dah garu kepala.

"Kau ni.. Dah nak mampos pun masih dengil. Haiih.. " Tanpa sedar, raut wajah Eldera berubah.

"Tepi! " Kurayami terkejut apabila Eldera menolaknya ketepi. Mata jejaka itu menyala merah terang. Sebelah tangan pula menyentuh kepala Ciel lalu satu bebola dengan tulisan-tulisan purba mengurung Ciel!

"ARGHHHHHHHHH!"

Ciel meraung kesakitan apabila tulisan-tulisan itu menyala seterang mata Eldera. Kurayami pula sudah melompong dan tubuhnya mengigil sedikit.

"Sihir purba! " Kurayami menjerit lalu melangkah dua tapak kebelakang. Eldera pula hanya tenang dengan senyuman ngeri. Raut wajahnya tiada lagi ketenangan dan kesabaran.

Yang ada hanyalah keterujaan dan keseronokan melihat Ciel meraung tanpa henti.

"Kau tak nak kasi tahu? Jadi apa salahnya kalau aku buat kau 'terpaksa' bagi tahukan? "

"Hentikan Eldera! Kau akan bunuh dia! Kurungan itu bukan sebarang! Kurungan tu akan tarik nyawa mangsanya perlahan-lahan. Lagi teruk kesanya pada puak syaitan! Kau pun akan terima padahnya! "

Kurayami betul-betul tidak menyangka Eldera tahu mengenai Sihir Purba atau lebih tepat, Sihir Yang Hilang. Sihir yang sangat merbahaya kerana nyawa menjadi galang ganti. Tersilap sikit, bukan sahaja musuh bahkan nyawa orang yang mengunakannya juga boleh tergadai.

"Oh? Hahaha. "

Kurayami tergamam dengan balasan Eldera. Lelaki yang tadinya tenang, berubah 360 darjah. Sangat berbeza! Semakin terang mata Eldera, semakin kuat lolongan Ciel.

"Kurayami.. Kau tak payah risau fasal aku. Ini bukan pertama kali aku guna kuasa ni. "

"Apa? "

"Aeldera. He the one who taught me about this magic. Semasa aku kecil. Ahh, waktu tu aku terlalu naif. Jadi apa yang dia ajar aku hanya ikut. Heh, teruk kan?" Eldera mengetawakan diri sendiri. Sangat kelat dan sinis.

"Kau ingat macam mana aku ada kuasa bayang? I killed someone in the past.  " tenang Eldera menjelaskan seakan tidak sedar.

"Untuk pengetahuan kau, aku tetap akan dapat kuasa Aeldera tidak kira siapa atau puak apa yang aku bunuh. Dan ya, kuasa bayang ni antara kuasa yang aku dapat. Dapat daripada nyawa yang aku tarik. " Ayat terakhir diperlahankan tetapi masih didengari Kurayami.

"Kalau membunuh satu-satunya cara untuk aku balas dendam dan selamatkan Adrea, aku akan buat. "

"ARGHHHHH! "

Kurayami yang tadinya ayik mendengar luahan Eldera, terkejut dengan jeritan Ciel. Lebih mengejutkan dia apabila lengan kanan syaitan itu sudah bertukar menjadi tulang! Daging dan isinya pula entah kemana!

"Cukup Eldera! "

Eldera ketawa lalu membatalkan sihirnya. Ciel jatuh ketanah dan bernafas mengah. Tiada lagi kutdrat untuk melawan atau berkata-kata. Kulit tubuhnya mengering dan seakan mahu terpisah dengan daging. Sayap hitamnya pula sudah tercabut dan mengalirkan darah hitam.

Kurayami meneguk liur dengan keadaan sadis itu. Eldera pula tenang menghampiri Ciel.

"Amacam? Apa kata kau bagi tahu aku mana Adrea Bellvania sekarang. Kalau tak, aku tak berani jamin yang kau akan mati dengan tenang selepas ini.. " Eldera merendahkan badan dan kepala menghampiri cuping telinga Ciel.

"Sebab aku masih ada sihir penyeksaan yang lagi sakit daripada ni. "

Mata Ciel sudah terjegil takut. Dia dapat merasai aura Aeldera disekeliling Eldera tika itu. Badanya mengigil tidak terhingga!

"Me-mereka ada di Dark Valley! "

Eldera tersenyum suka. Dia mengorak langkah untuk beredar. Meninggalkan Ciel yang nyawa-nyawa ikan tanpa perasaan. Kurayami pula hanya memandang sekilas keadaan Ciel sebelum meninggalkan syaitan itu mati perlahan-lahan.

"Heh. "

BOMMMMMMM!

Mata Kurayami membulat apabila tubuh Ciel meletus. Matanya terarah pada Eldera yang kini diselumbungi aura gelap. Matanya membulat apabila Eldera berpaling padanya.

"Itu satu lagi kesan daripada Sihir Purba. Sekali terkena, dia tetap akan membunuh mangsanya walaupun aku dah batalkan. Sihir ini seperti sihir sumpahan. " Terang Eldera tenang. Sejujurnya, itu tidak mengejutkan Kurayami, tetapi sebelah iris mata Eldera yang kini berubah menjadi warna ungu.

"Ah sebab aku dapat kuasa baru, mata aku berubah sebelah. See? "

Eldera mengangkat telapak tanganya keatas. Api berawarna hitam muncul diatasnya membuatkan Kurayami tergamam.

"Jangan risau. Aku hanya akan guna bila perlu. " Eldera berpaling dan kembali melangkah. Kurayami pula mengikut daripada belakang.

"Kau tak menyesal membunuh? " Soal Kurayami.

"Tak ada gunanya aku menyesal.  " Tenang Eldera menjawab walaupun hati berbisik lain.

"Kenapa tanya? "

"Kau mengingatkan aku pada diri sendiri. The ruthless dragon. I killed a lot of innocent people in the past. Kid? Old man? Old lady? Semua aku dah pernah bunuh." Terang Kurayami dalam bisikan.

"Dan kau menyesal? "

"Ya. "

Eldera terdiam. Kurayami hanya senyap dan tersenyum kelat.

"Budak, selagi kau boleh berpatah balik, jangan kau kotorkan tangan kau dengan darah. Sekali kau memilih jalan yang salah, sukar untuk kau kembali. "

"Aku tahu. Tapi mereka yang buat aku macam ni. "

"Mereka? Maksud kau syaitan-syaitan tu? Budak, kau ada pilihan. " Pujuk Kurayami lagi. Eldera membalas dengan tawa sinis.

"Ya. Tapi, mereka cederakan Shawn dan mereka ambil Adrea daripada aku! Aku tak akan biarkan!" Buku lima digenggam erat. Kuku yang mencucuk tidak dihiraukan.

" Mereka nak tengok aku jadi syaitan sangat kan? Baik! Aku akan jadi syaitan yang sangat mengerikan ketika dia mengamuk! "

Kurayami tergeleng kepala dengan sikap Eldera. Remaja itu penuh dengan dendam. Lalu dengan nada yang tidak dapat didengari sesiapa, dia bertutur..

"Aku harap kau sedar yang dendam tak akan bawa ke mana. "








[AELDERA]

Psycho sangat ke Eldera? 😂

Kalau ya, Eldera ke Noah lagi psycho? Eh? 😂

Nak tengok sisi kejam Eldera lagi? 😂 Ke ada yg rindu Eryl punya sengal? 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top