Chapter 54 | As Crazy as You

"Lord. "

Seorang gadis syaitan berambut merah melutut dihadapan Lord August. Lelaki syaitan berambut hitam hanya duduk diatas singgahsananya dengan riak kosong.

"Apa maklumat yang kau ada Death? "

"Nothing much. Tapi apa yang aku tahu, Fafnir dah dapatkan dua darah diraja. Termasuk darah abadi. "

"I see. Then, how about the artifact? "

Death diam untuk seketika. Tidak tahu jika dia perlu menyampaikan perkara tersebut atau tidak. Tapi, melihat wajah dingin rajanya, dia mengeluh.

"Adel dan Aaron ada didunia kita. Lebih tepat lagi, Jantung Naga untuk artifak itu ada pada anak mereka. "

"Damn that immortal. Walaupun dunia mereka dimusnahkan oleh Lord Aeldera berabad tahun dulu, masih lagi menganggu! "

Lord August menghentak tangan kerusinya. Wajahnya bengang. Gigi diketap sehingga menghasilkan bunyi yang tidak enak. Death hanya diam memerhati.

"Jangan biarkan Adel dan Aaron bertemu Shawn. Tiga darah abadi itu tidak patut berjumpa. Mereka akan beri masalah pada kita di masa akan datang. "

"Baik Tuanku. Ada lagi yang tuanku ingin katakan? "

Lord August bangun dari duduknya. Death agak terpinga-pinga apabila rajanya berjalan dan menghadap cermin kaca lutsinar yang berada di bahagian timur biliknya itu.

"Akira bukan? Anak dua anjing itu? "

"Ya. "

"Jangan biar dia tahu siapa keluarganya. Pastikan tiada sesiapa yang sentuh dia. Dia adalah kunci kepada kebangkitan Razus. "

"Mengikut perintah tuanku. "

"Ah lagi satu. "

"Huh? "

"Jangan ingat aku tak tahu kau semua dah tangkap seorang Bellvania. "

Wajah Death memucat apabila rahsia yang satu itu terbongkar. Mati. Sepatutnya perkara itu tidak patut diketahui raja mereka!

"Seronok pandang rendah pada aku? " Sinis Lord August menyoal. Tanpa sempat Death membuka bicara, tusukan pedang berbilah hitam menembusi perutnya! Mata Death terbeliak besar! Darah hitam tersembur keluar dengan banyak! Tidak cukup dengan itu, pedang itu berputar lalu menembusi tubuhnya!

"Uhekk! "

Lord August hanya tenang memerhati Death yang bergelut dengan kematian. Pedang yang menikam sang gadis, muncul dihadapanya. Bilah berdarah itu disentuh lalu dibawa ke bibir. Lidahnya menjilat darah itu dengan senyuman sinis.

"Lucky you, Death. Kau sepatutnya kena lebih daripada itu. Tapi aku masih anggap kau berguna. "

"Tu-Tuanku. "

"Elina, bawak dia pergi. Ingat Death, jalankan tugas atau nyawa kau melayang ditangan aku!"

"Ye-yes. "

Elina muncul disebelah Death dengan payung merah disisinya. Gadis syaitan berambut putih itu mengetuk hujung payung itu pada Death lalu gadis itu hilang daripada pandangan. Darah hitam yang berada dilantai, terbakar tanpa meninggalkan kesan.

"Anything my Lord? "

"Tell her to keep that Bellvania bitch. Jangan sentuh dia selagi aku tak bagi. Aku ada rancangan untuk dia. "

Elina hanya mengangguk lalu menunduk hormat. Dalam beberapa detik, badanya terbakar dengan api putih dan hilang begitu sahaja. Lord August kembali melemparkan pandangan ke luar menerusi tingkap kacanya.

"Aku tahu kau dengar semuanya, Daze. Keluar."

"Heh. Kenapa aku tak terkejut? "

Lord August memerhati Daze melalui ekor matanya. Sang syaitan berambut merah hanya tenang bersandar pada dinding bersama tangan yang bersilang di dada.

"Only you always rude to me when we're alone Daze. "

"I told you long time ago, August. Aku hanya ikut kau sebab aku ada urusan dengan Shawn. Aku tak berminat untuk jadi anjing kau. "

Tajam mata Daze menikam Lord August. Auaranya dikawal tetapi rekahan masih dapat dilihat dari sudut pandangan Lord August. Si syaitan hanya tersenyum sinis dengan tindakan Daze.

"Interesting. Kau dan Shawn berbeza tapi siapa sangka? Kau dan dia-"

"Jangan kau berani habiskan ayat tu. " Bilah tombak hanya beberapa inci sahaja daripada leher Lord August. Sekeliling tombak itu bercahaya merah terang begitu juga disekeliling Daze. Rambutnya juga bercahaya seakan mengawal tombak itu.

Lord August hanya tersenyum. Sebelah tangan diangkat. Daze mengguling mata keatas lalu tombak itu terbang ke dinding. Tempat asal senjata itu. Cahaya yang mengeliling Daze juga hilang.

"Kau memang tak nak orang tahu huh? "

"Lebih baik kau tutup mulut fasal latar belakang aku, atau kau tahu akibatnya. Kau tahu apa yang mampu aku buat August. " Daze menyeluk tangan kedalam poket. Kaki diangkat untuk beredar. Lord August hanya memerhati tanpa sebarang kata.

"Oho? Daddy dengan Grandpa August bersama? Menarik! "

Daze terkejut apabila Dazy muncul disebalik pintu. Gadis kecil itu tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi taringnya. Badan Daze didekati lalu tubuh sasa itu dipeluk.

"Dazy riiinndu daddy! "

"Budak tak guna. Aku baru aje teman kau main di hutan tadi bukan? "

Dahi Dazy dijentik geram. Merengeklah anak kecil itu dengan bibir memuncung. Kedua belah tangan naik menutup dahi.

"Eyy. Jendol my dahi kalau daddy asyik jentik-jentik! Kalau hilang kecomelan Dazy macam mana? Mesti tak ada syaitan handsome nak mengorat. "

"Berita gembira untuk aku kalau kau tak comel dah. Dan jangan harap aku benarkan mana-mana jantan jahanam dekat dengan kau. "

"Eyy.. Overprotective lah daddy ni! Habis, macam mana nak teruskan keturunan kita kalau Dazy tak jumpa 'my man'? "

"I don't care and never want to care. Beside, stop talking about guy or i kick your butt. "

"Wow. Daddy you beast. " Daze menguling mata melihat riaksi over Dazy. Gadis kecil itu diangkat ke bahu. Badannya berpaling menghadap Lord August.

"Tujuan aku datang sebenarnya nak bagi tahu kau, yang aku tak berminat untuk turut serta dengan agenda gila kau. Aku pergi dulu."

"Bye-bye grandpa! "

Lord August hanya mengangguk. Setelah kelibat Daze dan Dazy hilang, Lord August kembali melemparkan pandangan ke luar.

"Aku tua sangat ke sampai budak tu panggil aku grandpa? Baru 900 tahun. Never mind. Aku patut atur rancangan sekarang. "

Daze yang mendengar daripada luar dah tekup muka. Hanya Dazy yang riang menyanyi diatas bahunya.

"Stupid old demon. Sejak bila kau kesah fasal umur? Haiih.. "

***

Sekelilingnya gelap gelita bagaikan padang jarak padang terkukur. Api marak menjulang naik keatas. Lavar gunung berapi berada dimana-mana.

"Arrghhhh! " Raungan dan pekikan kesakitan menyapa gegendang telinga. Batu-batuan yang besar pula mengeluarkan wap panas seakan dibakar.

Dalam kesesakan yang mengerikan itu, seekor naga bersisik hitam berjalan melepasi larva yang mengalir seakan sungai. Setiap langkah yang diambil, menggoncangkan seluruh tempat itu. Hembusan nafasnya yang garang, menghalau mahluk-mahluk hodoh yang berada hampir denganya.

"Grr... "

Seorang pemuda yang berada tidak jauh daripadanya, dipandang dengan riak sinis.

"Found you. "

Eryl Ryuzaki memerhati sekeliling. Wajahnya jelas tergamam dengan apa yang terjadi padanya. Mahluk-mahluk pelik juga mengelilinginya dengan mata yang laparkan sesuatu.

Atau lebib tepat, dirinya.

"Jangan cakap kau semua nak makan aku? Weh, daging aku tak rasa apa pun! Natural tahu tak?! "

"Graa!!! "

Salah seekor mahluk itu mula menyerang! Bertubuh tengkorang dan berwajah seakan goblin! Eryl mengelak dengan mudah. Belakang leher mahluk hodoh itu direntap lalu ditarik sehingga kepalanya tercabut!

PRANNGGG!

"Eww.. Asal darah kau macam hingus ni? Brr.. Menjijikan! "

Kepala mahluk itu dibaling masuk kedalam salah satu gunung berapi! Mata Eryl membulat besar apabila gunung itu meletus dengan dahsyat! Mahluk-mahluk pelik yang berada berhampiran, mati dek kepanasan yang mengila.

"Kenapa aku tak rasa panas langsung? " Kedua belah tangan dipandang dengan riak risau. Eryl buntu. Sungguh! Dia betul-betul keliru dengan situasi sekarang!

"Grrrooourrr! " Kini muncul pula seekor singa bersayap api. Tetapi yang mengejutkan Eryl ialah singa itu berwarna hitam! Begitu juga sayap yang ada dibelakang tubuhnya.

"Kau singa kegelapan ke singa rentung duh?"

"Grroouurrrr!!! "

"Erkk!"

BAMMMMMMM!!

Kuku sang singa yang hampir menikam tubuhnya ditahan dengan kedua belah tanganya. Haiwan yang hampir sebesar dua pemeluk lelaki itu mengaum dan menekan kukunya lagi!

Eryl mengetap gigi apabila kakinya terbenam kedalam tanah! Kawasan itu merekah sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, sempat matanya menangkap larvar kegelapan yang keluar daripada rekahan dikaki.

"Grrroouuurrr!! "

"Diamlah!! "

BAMMMMM!

Kaki yang bersalut larva kegelapan itu menghentam tubuh sang singa sehingga melayang! Haiwan berkaki empat itu terbenam kedalam salah satu gunung berapi sehingga berlubang! Tubuhnya menggelumpur dek larva gunung yang keluar dan akhirnya mati ditelan kepanasan yang tiada hentinya!

Eryl terdiam seribu bahasa. Kakinya yang masih disaluti larva kegelapan dipandang tidak percaya.

"Teruknya aku kick natang tu. Sepatutnya aku kasi gunung tu hancur sekali. Haiih.. Perlahan sangat ke aku kick? " Keluhnya sambil menggaru pipi.

"Kena banyak berlatih lah lepas ni. "

"Kalau kau berlatih lebih lagi, mungkin kau boleh setanding dengan Raja Syaitan. "

"Huh? Warrhhhhhh!!! Cicak rentung!!! "

KUK!

Eryl terduduk menahan sakit dikepala. Cecair merah juga mengalir disisi kepalanya.

"What the fishman?! Macam mana cicak boleh ada kuku?! Besar pulak tu! Tajam gila! "

KUK!

KUK!

"Warhhhh! Kepala gua dah berlubang!!! "

Urar timbul didahi sang naga. Bengang bercampur marah.

"Eh diamlah sengal! Kenapa kau ni bodoh sangat?! " Garang sang naga menjerkah dihadapan wajah Eryl. Remaja lelaki itu hanya tayang muka bongok dia aje.

"Macamlah kau pandai sangat. Tah badan aje besar, otak sekecil siput babi. "

"Sekurang-kuranganya aku tahu beza cicak dan naga. "

"Oh! So sekarang kau-wait. Kau naga ke?! " lama Eryl menatap sang naga. Tangan naik memegang pipi.

"My god! Kau memang naga!"

Hampir sahaja rahang sang naga jatuh melihat wajah terkejut Eryl. Baru sekarang dia nak cam?

Asal slow sangat kelahiran baru dia ni?

"Tapiii.. Tak mungkin lah! Mana ada naga rentung macam kau! Hitam legam! "

"Diam! "

BAMMM!

Badan Eryl ternaik sedikit apabila kaki Kurayami menghentam tanah. Naga syaitan itu merengus-rengus garang. Eryl langsung tidak takut. Malahan masih merenung sang naga tak puas hati.

"Kau suruh aku diam. Habis kau nak cakap guna apa? Buku lima? Okey.. "

Makin begang Kurayami jadinya apabila Eryl sengaja mengayakan tanganya seakan mulut. Suara pula sengaja dikecilkan.

"Hello cicak rentung. Saya tangan Eryl. Nak main tumbuk-tumbuk tak? "

The hell?

"I kill you. "

SLAASHHHH!

Eryl melompat tinggi apabila Kurayami melibas ekornya! Tidak cukup dengan itu, Kurayami mengaum kuat dan menghengbuskan nafas berapi!

"ROUURR!! "

Eryl mengelak sehabis baik. Namun, remaja itu tersenyum kelat apabila kakinya mendarat diwajah garang sang naga. Glup.

"Ehehe. Sorry? "

"Grr.. Hahh.. Enough. "

Kurayami cuba menenangkan jiwanya. Tiada guna jika dia berterusan marah pada Eryl. Remaja itu juga dirinya.

Cuma tu lah. Tak expect langsung kelahiran barunya sangat menyakitkan hati.

"Duduk situ. " Arah Kurayami dan Eryl akur. Buatnya naga ni mengamuk, sia-sia aje hidup.

"Okay sekarang kau boleh kasi tahu aku apa yang jadi? I mean, why I'm here? "

Kurayami hanya senyap. Kakinya melangkah kesuatu kawasan. Eryl dah kerut dahi. Tidak lama kemudian, wajahnya memucat apabila Kurayami melajukan kakinya seakan berlari. Apa yang membuatkan Eryl lebih memucat adalah naga itu seakan mahu terjun kedalam larvar!

"What the hell are you doing?! "

"Just shut up kid! "

"No! You shut up! Patah balik hanat! "

"Lalala.. Whatever! "

"You-Arghhhh! "

SPLASSHHHH!

Mata Eryl membulat apabila dia dan Kurayami sudah selamat berada didalam larvar itu. Eryl tergamam apabila kulitnya tidak terbakar! Malahan tiada kesan!

"Blup! Blup! " Namun dia tidak mampu bernafas. Tangan terkapai-kapai dalan lautan larva itu. Kurayami hanya tersenyum sinis lalu membuka mulutnya.

NGAP!

"UHUK! "

Eryl terbatuk-batuk bersama larvar didalam mulut Kurayami. Badan disandar pada gigi sang naga dengan riak tergamam. Hanya larvar bercahaya yang menerangi didalam mulut sang naga itu.

Gila betul!

"Kau nak bunuh aku perlahan-lahan ke? Jantung aku tak boleh terima apa-apa kejutan lagi ni. "

Sebelah tangan menyisir rambut kebelakang. Nafas yang tadinya kencang, beransur baik.

"Nah. Kalau aku nak bunuh kau, aku boleh telan kau sekarang. Bau badan kau sedap jugak. Vanilla plus strawberry . Kau ni omega eh?"

"Hahaha. Lawaknya. " Sarkastik Eryl ketawa. Kurayami pula hanya sengih lalu berenang dalam lautan larva itu untuk ke suatu tempat.

"Alright dragon. Tell me now, what happened to me actually? Semua ni gila! Mana kawan-kawan aku? Mana Eldera? "

"Wow-wow. Easy kid. Kau akan tahu bila kita sampai. Sekarang ni aku cuma nak kau tahu, yang semua ni ada kaitan dengan takdir kau. "

"Huh? Apa kau merepek ni? "

"Trust me. Masa depan tak seindah yang kau bayangkan. "

Eryl mengeluh dan akhirnya dia hanya diam. Semuanya tak masuk akal. Tak langsung!

"Jangan risau fasal kawan-kawan kau. Sisi aku yang satu lagi dah ambil alih tubuh kau untuk sementara waktu. Buat masa ni, kau fokus dengan apa yang kau akan lihat. " Tegas Kurayami. Eryl sekadar diam. Matanya naik memandang lelangi sang naga.

"Just how crazy my life can be? "

"As crazy as you. "

"Shut up cicak rentung. "

"Nak kena makan ke manusia tak guna? "

KURAYAMI

[Raja Naga Syaitan]

August nak Adrea, Eldera meroyan. Sekian. ☺️

Enjoy ❤️😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top