Chapter 52 | Hurt
"Memang habitat kau eh suka jumpa aku dalam mimpi? " Soal Eldera dengan riak bengang. Sekelilingnya gelap seakan malam yang ditemani bintang. Tempat kakinya berpijak pula seakan permukaan air yang tenang. Susuk tubuh betanduk dihadapanya pula hanya mencebik.
"Dah aku tak boleh nak jumpa kau face to face dekat tempat aku kena lock tu. Sini pun jadi lah. "
"Boleh tak buang sifat selamba kau? Jengkel kau faham tak? "
"Say whatever you want to say Kiddo. Me, I and myself, are nothing to do with you. "
Eldera menghela nafas berat. Tangan naik bersilang didada. Mata pula mencerlu tajam pada Aeldera yang hanya tersenyum memandangnya.
"Apa yang kau nak? "
"Bukan apa yang aku nak, tapi apa yang kau nak. "
"Huh? "
"Aku ada berita baik dan berita buruk untuk kau. Jadi terpulang pada kau nak dengar atau tak. "
Eldera sedikit terkejut dengan bicara Aeldera. Otaknya ligat memikirkan tara baik dan buruk jika mendengar. Kalau tersilap langkah, mungkin boleh jadi penipuan. Paling teruk, mungkin syaitan dihadapanya boleh terlepas.
"Janganlah risau, ini tak ada kaitan dengan penjara aku. "
Tenang Aeldera bertutur seakan mampu membaca apa yang difikirkan Eldera.
"Kau tak menipu bukan? " Soal Eldera. Menginginkan kepastian.
"Hurmm. Sejujurnya memang dah jadi lumrah aku sebagai syaitan untuk menipu. Tapi! This time aku tak tipu. " Yakin Aeldera bersama suara yang agak tegas. Eldera terdiam seketika.
"Talk. "
Aeldera tersenyum dengan riaksi positif itu.
"Kau nak dengar baik atau buruk? "
"Buruk. "
"Damn. Aku nak kau dengar baik dulu. " Rungut Aeldera membuatkan Eldera menguling mata keatas.
"Cerita ajelah. "
"Fine. Bad news… The Great Destroyed, Razus will be raised in few days from now on. Razus bukan musuh kau yang biasa-biasa. Taraf dia hampir separuh kuasa aku. Pendek kata macam Raja Naga Syaitan. He really damn strong and it's not easy to lock him either. "
Terang Aeldera yang kini mula berjalan melepasi Eldera. Setiap langkah yang diambil di ikuti Eldera yang mengikut.
"I can feel his aura. Sebab tu aku tahu yang dia akan datang. Selalunya aura dia hanya sipi-sipi, tapi sekarang.. Semakin hari semakin kuat. "
"Apa kaitan dengan aku? " Aeldera memandang Eldera dengan senyuman sinis.
"Aku pernah cakap kan? Ada tiga mahluk yang akan keluar jika aku hampir bebas. Mahluk pertama dah lama keluar iaitu Syke, sekarang mahluk kedua- "
"The Anti-magis, Skype. " Bisik Eldera pada dirinya sendiri. Aeldera pula seakan mendengar, hanya mengangguk.
"Kalau Razus terlepas, mahluk tu memang akan muncul. "
"Jadi berita baiknya? "
"Berita baiknya, kawan kau adalah kunci untuk hapuskan Razus sekaligus, kuasa aku juga akan terbebas. " Membulat mata Eldera apabila mendengar. Laju tangannya mencengkam kolar Aeldera dengan mata yang garang.
"Apa maksud kau dengan ayat terakhir tu sial?! " Tengking Eldera penuh amarah. Aeldera pula hanya sengih sinis membalas.
"Kau tak tahu? Kalau Razus keluar, kau boleh guna separuh kuasa aku kalau kau nak. Daaan.. Mestilah akan ada yang terkorban. "
"Bullshits! "
Aeldera hanya ketawa mengekek apabila Eldera melepaskan cengkaman dengan kasar. Baju miliknya dibetulkan lalu matanya tenang membalas anak mata Eldera.
"It's up to you. Aku hanya sampaikan apa yang aku tahu. Apa pun keputusan kau, tak ada kena mengena dengan aku atau menjejaskan aku. So bye! "
"Wait! "
BAMM!
"Arghhh! "
"Aduh.. The hell Dera? Kau mengigau apa hanat? Aduh.. "
Eldera yang baru tersedar daripada tidur, terkebil-kebil apabila Eryl merungut dihadapanya. Matanya memerhati sekeliling. Ruang tamu?
"Ryl, kau buat apa dekat aku sampai ruang tamu ni! " Jerit Eldera yang mula memikirkan bebukan. Eryl pula melompong.
"Da fuk?! Kau ingat aku buat apa dekat kau hah?" Kepala Eldera ditunjal geram. Lelaki berambut emas pula masih blur dengan mata yang membulat bersama riak polos.
"Pikir positive okay? Aku nak angkat kau masuk bilik tadi. Kau tu hah, ada ke patut tidur atas sofa aje? Sakit badan tu nanti. "
"Oh. "
Eryl dah mengeleng kepala. Dia bangkit daripada duduk lalu menarik Eldera untuk bangun. Kini masing-masing berdiam diri sehinggalah Eryl yang memecahkan kesunyian.
"Eh dah lah. Kau pergi sambung tidur dalam bilik. Aku nak tunggu Akira. "
"Akira? " Satu keluhan dilepaskan. Eldera pula mengerut dahi dengan tingkah rakanya.
"Ha'ah. Dia tak balik lagi sia. Aku risau ni. "
"Tapi dia lelaki kut. Tahu lah dia balik. "
"Apa kau merepek ni? Akira perempuan lah."
"... "
Kini masing-masing terdiam. Dua-dua kelip mata seakan tak percaya. Eryl tersengih-sengih lalu memalingkan badan kebelakang dengan riak yang pucat.
Mati. Mati. Mati. Mati. Hanya itu yang bermain dalam fikiranya.
"Eryl Ryuzaki. " Sebelah bahunya dicengkam Eldera dengan kuat. Sedaya upaya Eryl cuba leraikan pegangan dibahunya itu. Bapak susah, dia ni memang nak memaksa aku ke apa? Detik hatinya sedikit gusar.
"Baik kau terangkan sebelum perkara buruk jadi. " Tegas Eldera menuturkan sebaris ayat itu. Penus dominan tanpa sebarang komproni.
"Aku rasa aku akan mati dulu sebelum sempat katakan apa-apa. " Eryl semakin berpeluh apabila Eldera semakin menguatkan pegangan dibahunya. Retak tulang tak berdosa ni.
"Just tell me the truth! "
"Fine! " Sudahnya, Eryl terpaksa menceritakan segala yang dia tahu pada Eldera.
Maaf sayang, nyawa aku lebih penting huhuhu, detik hati Eryl .
Dalam masa yang sama, Raja Shiro mengelilingi badar bersama Shawn dan Raja Katsu. Aura yang mereka rasai disekeliling, menghalang mata untuk terkatup dan diuli mimpi.
Sangat merbahaya.
"Kau dapat apa-apa Katsu? " Soal Raja Shiro lalu mendarat diatas salah sebuah bagunan disitu. Sayap syaitan miliknya melebar luas. Raja Katsu yang turut muncul menggunakan kuasa bayangnya, hanya menghela nafas pendek.
"None. Aku tak jumpa apa-apa. Tapi aura ni masih terasa. Aku ingat kau boleh jumpa di langit? "
"Aku dah periksa langit. Tak ada apa pun. " Balas sang raja seraya tangan bersilang didada. Kedua-dua mereka berwajah serius dan dalam masa yang sama, tercalit keresahan.
Shawn yang baru sahaja sampai bersama Alter dan Alzer, menghampiri dua raja itu.
"Macam mana? "
Raja Shiro dan Raja Katsu mengeleng kepala. Shawn mengetap bibir manakala Alter dan Alzer berdiam diri.
"Damn! Kita tak boleh teruskan War kalau macam ni! Keselamatan peserta lebih penting!" Bentak Raja Katsu.
"Aku tahu. Tapi kalau kita hentikan tiba-tiba, akan mengundang rasa pelik rakyat disini. Kau lupa ke War ni dah macam adat istiadat mereka? Kalau hentikannya secara tiba-tiba, aku takut ada masalah di kemudian hari. " Bidas Raja Shiro.
Kini kedua-keduanya memandang Shawn yang ligat memerah idea.
"Maaf tuanku. Saya sendiri tak ada idea. Kata-kata tuanku berdua ada betulnya jugak. Keselamatan peserta memang penting, tapi kena fikir rakyat jugak. "
"Tuanku. " Panggilan seseorang menyentakkan Raja Shiro. Badan dikalih kebelakang lalu menghela nafas lega.
"Kau ke Luke. Aku ingat jembalang mana. Muka macan khinzir hutan. Kus semangat.. " Jeneral Luke sedikit bengang tetapi ditahan juga. Tak gune punya raja.
"Ada apa-apa yang nak disampaikan? " Soal Raja Katsu serius. Jeneral Luke mengangguk lalu mengarahkan mereka semua mengikutinya.
***
"What the hell is this? "
Hampir terbeliak semua mata yang berada di gua itu. Jeneral Luke pula tenang di sisi rajanya. Raja Shiro menghampiri ukiran yang berada di hadapanya. Badanya mengeletar disaat epidemisnya menyentuh permukaan berwarna hitam itu.
"A-apa ni? " Suaranya agak bergetar. Hati Shawn mula tidak sedap. Alzer dan Alter pula disuruh untuk menjaga bandar untuk seketika. Raja Katsu memerhati sekeliling dengan getar terselit kerisauan. .
"Kita kena musnahkan semua ni! Tempat ni bahaya! "
Jeneral Luke menghampiri rajanya yang seakan takut. Bahu sang raja ditepuk seakan menyalurkan kekuatan.
"Semua ni... Ukiran dalam gua ni ada kaitan dengan anak aku, Eryl. A-aku tak nak dia-"
"Shiro. "
Kini Raja Shiro memaling wajah menghadap Jeneral Luke. Jeneral Luke tersenyum kelat. Badan Raja Shiro di tarik menjauhi ukiran itu.
"Tenang. Kalau kau gelabah macam ni tak akan ke mana. Mana sikap selamba dengan jengkel kau tu hah?"
Raja Shiro hilang kata-kata. Sedikit sebanyak, sahabatnya mengurangkan sedikit rasa gusar itu. Raja Shiro menarik nafas lalu dihembusnya perlahan.
"Thanks. "
Jeneral Luke tersengih lalu menghampiri ukiran dihadapanya. Ukiran yang seakan naga itu diusap. Tanganya juga bergetar. Seakan dapat merasai aura yang tidak kena. Tetapi riaknya kekal tenang.
"Kurayami merupakan Naga Syaitan yang pertama daripada puak Ryuzaki. Dia muncul seiring dengan era pemerintahan Raja pertama Puak Ryuzaki. Jadi aku jangka... "
"Ini adalah tempat kurungan dia yang pertama. Sebelum terlepas beratus tahun kemudian. Kemudian binatang tu dikurung kembali oleh Raja Aiken Ryuzaki. " Sambung Raja Shiro mendapat anggukan Jeneral Luke. Shawn pula setia mendengar begitu juga Raja Katsu.
"Betul. Dan sekali lagi, ada yang bangang pecahkan kurungan dia pada zaman kau. "
"Aku tak boleh biarkan dia asyik dikurung dan dilepaskan. Jadi aku buat keputusan untuk bunuh dia. Tapi... " Kini Raja Shiro memandang Jeneral Luke untuk meneruskan bicara. Jeneral Luke mengeluh.
"Kurayami ni macam Phoenix. Dia boleh hidup kembali. Dan Eryl adalah kelahiran semula dia. Muncul daripada sisik-sisiknya yang gugur di medan pertempuran dahulu. Sayangnya dia tak ingat pun apa yang jadi. Kuasa dia juga agak terbatas. Sepatutnya.. "
"Eryl mampu kuasai semua elemen dalam bentuk kegelapan. "
"Maksudnya, dia boleh guna kilat, ais, mahupun air kegelapan? " Terkejut Shawn dengan berita yang disampaikan. Dia tidak hairan jika seoranh Ryuzaki mampu mengawal dua usur kegelapan serentak, tapi semua?
"Itu hampir sama dengan kuasa Aeldera. "
Semua terdiam. Masing-masing tahu akan fakta yang satu itu. Lebih-lebih lagi Puak Naga Syaitan tidak pernah seteru dengan Syaitan tulen seperti Aeldera. Berabad mereka berperang antara satu sama lain, walaupun sebelum dan selepas kemunculan Kurayami.
"Aku tak takut untuk hadap Kurayami. Tapi Eryl? Aku tak rasa aku boleh sentuh anak yang aku besarkan walupun nyawa aku mungkin menjadi galang-ganti. Paling teruk.. " Kini mata Raja Shiro tertumpu pada Shawn.
"Boleh ke Eldera bunuh sahabat baiknya sendiri? " Shawn tertunduk ketanah bersama bibir yang diketap.
Eryl dan Eldera.
Bagi dia dan Shiro, dua budak tu terlalu istimewa. Dua-dua memikul beban yang berat dibahu mereka. Darah syaitan yang mengalir didalam tubuh, seakan hukuman buat mereka berdua.
"Kita tak akan biarkan. " Ujar Shawn tegas mendepat anggukan Raja Shiro begitu juga Raja Katsu. Jeneral Luke tersengih.
"Jadi-"
"Jangan nak cepat sangat. "
Sapaan satu suara menyentakan empat susuk tubuh itu. Badan berpaling kebelakang dan muncul satu susuk tubuh bertanduk bersama senyuman.
"Fafnir.. " Desis Shawn garang.
"Heh. Kalau Razus perlukan jantung untuk kembali, jadi Kurayami.. "
Mata mereka terbeliak besar apabila tangan sang syaitan berubah menjadi tangan naga berwarna hitam!
"Perlukan korban untuk bangkit ke dunia! " Bulatan magis hitam bersama tulisan purba muncul dihadapan telapak tangan itu! Masa seakan bergerak perlahan dan cahaya seakan laser gergasi disasarkan pada mereka semua!
BAMMMMMM!
BAMMMMMM!
"AHAHAHAHA! "
Fafnir mengekek ketawa. Semakin lama semakin kuat apabila melihat darah tercalit banyak diatas ukiran itu.
"Korban yang tinggi untuk sesuatu yang besar! Hehehe. "
***
"Arghhhh! "
Eldera yang baru sahaja ingin masuk kebilik setelah berbual bersama Eryl, tersentak dengan teriakan sahabatnya itu. Nicolas turun keluar daripada bilik. Dia dan Eldera berpandangan lalu bergegas mendapatkan sahabat mereka tersebut.
"Arghhhhhh! Panas! Panas! Arghhhh! "
"Eryl! "
Eldera menerpa kearah Eryl yang terbaring diatas lantai dihadapan biliknya. Wajah lelaki itu pucat dan berpeluh teruk.
"Eryl! Oi Eryl! " Eldera mengoncangkan bahu Eryl bersama riak risau. Eryl masih lagi seperti itu. Terpekik seakan kesakitan.
"E-Eldera be-belakang a-aku.. " Eryl semakin pucat dan badanya mula menggeletar. Tidak membuang masa, Eldera menyelak belakang baju Eryl. Nicolas turut sama melihat sambil tangan menyapu peluh Eryl yang tidak henti-henti mengalir.
"What the hell.. "
Eldera dan Nicolas terdiam seribu bahasa. Mereka saling berpandangan dengan riak tak percaya apabila tatu pelik muncul dibelakang badan Eryl! Tatu itu meliputi hampir seluruh belakang tubuh sang lelaki!
"E-Eldera.. Ni-Nico.. Sakit .. " Eryl menggenggam erat hujung baju Nicolas sebelum hilang kesedaran. Eldera dan Nicolas mula gelabah. Badan Eryl digoncangkan sekuat hati.
"Eryl bangun Ryl! Bangun! Woi! Eryl! "
"Eldera! Nico! "
Sepantas kilat kepala mereka terangkat apabila suara Koharu pula bertempik. Nafas gadis itu tercungap-cungap. Gadis itu juga seakan tecedera dibeberapa tempat. Dan-dan jantung Eldera berdegup laju. Nafasnya seakan tidak teratur.
"Kenapa Koharu? " Soal Nicolas risau. Dengan mata yang berkaca-kaca, Koharu mengangkat wajah. Bibir mengeletar.
"Ad-Adrea kena culik! "
Dunia Eldera hitam. Nicolas tergamam.
"Shit! "
Buat apa kasi satu kalau boleh bagi masalah bertimbun-timbun en? 😂 Meh kita start seksa mental Eldy. Hehe😂
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top