Chapter 51 | Just a puppet
"Kau apahal monyok? " Soal Eldera apabila kakinya melangkah masuk ke karmar tidur Eryl. Eryl yang termenung diatas katil hanya tersenyum tawar. Semakin berkerut dahi Eldera melihat rakanya yang seakan kusut.
Atas sebab-sebab tertentu, War terpaksa di tangguhkan untuk seketika. Jadi para peserta di suruh pulang ke kediaman masing-masing sehingga dipanggil semula. Eldera jangka mungkin mereka akan menyambung War pada waktu malam untuk acara berkumpulan.
Tapi bukan itu yang buat dia gusar. Dia tak peduli pun fasal War. Masalahnya Eryl. Sejak pulang lagi, lelaki itu hanya membisu. Tiada gurauan bangang atau usikan mintak kaki daripadanya. Macam broken aje.
"Kau okay ke bro? Tak nak share apa-apa dengan aku? " Soal Eldera lalu melabuh duduk diatas birai katil sahabatnya. Lama Eryl merenung Eldera.
"Eryl-"
"Hik hik... E-Eldera... Hik.. hik.. "
Tercegang Eldera apabila Eryl tetiba menangis. Sudahnya dia hanya mampu melihat aje. Tangan pula elok mengusap rambut hitam Eryl yang lebat.
"Kau ni lah. Tak cengeng tak sah. Banyak kali dah kau asyik nangis depan aku. " Eryl tidak membalas. Dia hanya memeluk bantal gebu disisi lalu kepala disembamkan padanya.
"My life is worst. "
"Yeah, you the worst bastard. "
Dan-dan Eryl angkat kepala dengan riak bengang. Tak membantu langsung! Eldera membalas dengan sengihan. Badan dirapatkan dengan Eryl lalu wajahnya bertukar serius. Eryl pula hanya mendiamkan diri.
"Mind to tell me? "
"Aku dah jatuh cinta. "
"Apa? Serius lah?! Habis tu, asal kau nangis teruk gila ni? Kejap. Jangan cakap kau kena reject sebab yang kau fall in love tu lelaki? " Tuduh Eldera yang mana mengundang amarah Eryl.
"Apahal lelaki pulak? Perempuan lah gila! " Eldera tayang sengih apabila Eryl berang.
"Mana lah tahu. Kau bukan boleh.. "
"Beragak lah. Kalau aku suka laki, kau dulu aku uli. "
"Eyy.. Ayat tak senonoh lah kau! " Terus muka Eryl dipukul dengan bantal. Eryl pula hanya menguling mata ke atas. Tuduh dia lagi. Kira baik lah dah bertapis tu.
"Jadi siapa perempuan yang dah masuk mulut buaya ni? " Terangkat-angkat kening Eldera membuatkan Eryl jengkel. Rasa macam dia dengan Eldera dah tukar tempat. Malam ni dia dingin, Eldera pulak sebaliknya. Huh..
"Entah. Adrea rasanya.. "
SREEKKKKK!
"Ah maaf. Aku nampak nyamuk tadi. "
"Kau nak bunuh nyamuk guna pedang ke hanat ?! "
Eryl dah berpeluh teruk apabila bilah pedang itu betul-betul hampir memancung kepalanya. Paling sadis, beberapa rambutnya juga terpotong. Eldera lek-lek aje. Tak rasa bersalah!
"Hurm.. Siapa perempuan tu tadi? " Soalnya manis tetapi aura disekeliling tidak menggambarkan kemanisanya.
"A-Aki-Aki! Hah Aki! "
"Aki aje? " Laju Eryl mengangguk. Seram hawau. Eldera berpuas hati.
"Jadi apa masalahnya? "
"Kalau perempuan tu diam masa kita melamar, dia nak ke tak eh? " Soal Eryl polos. Irisnya agak mengembang menyerlahkan kehijau matanya.
"Kau serius ke tak masa melamar? " Soalan dibalas soalan walaupun Eldera seakan tahu kemana perbualan ini akan pergi.
"Serius lah. Aku betul-betul cintakan dia. Tapi masa tu dia diam aje. Paling buat aku bengang, ada pulak yang mengacau! Tetiba ada orang nak jumpa dia! Huh! " Rungut Eryl geram. Bantal yang dipeluk sudah selamat dilanyakan olehnya.
Masih dia ingat bagaimana Akira terpaksa pergi tanpa sempat membalas lamaran dia. Sekarang dia tak tahu sama ada gadis itu sudi atau tak! Tah-tah dah berpunya! Lagi haru..
"Arghh!! Aku nak bunuh siapa yang dah ambil dia dulu daripada aku! Biar dia tahu yang Akira aku punya! "
KUK!
Tertunduk kepala Eryl apabila kepala diketuk kuat oleh Eldera. Lelaki berambut emas mengeleng kepala lalu melepaskan keluhan berat.
"Jangan jadi perampas boleh tak? Kalau dia dah berpunya, please lah cari lain. Aku bukan apa, tapi cinta ni bukan memaksa Eryl. Lagi pun, bunga bukan sekuntum. " Nasihat Eldera apabila Eryl mula berfikiran negetif.
"Tapi bunga yang unik lagi susah nak jumpa. Macam rose merah dan orkid. Dua-dua bunga, tapi jenis keduanya berbeza. " Balas Eryl merujuk pada penipuan Akira. Bagi orang lain, Akira lelaki, kerana penampilan serta percakapannya sama. Walhal, dia berbeza. Seoarang perempuan.
"Tapi tak salah kan kalau kita terima bunga yang lain? Manusia boleh berubah lah Ryl. Mula-mula memang lah kau nak rose, tapi kalau kau cuba untuk suka bunga lain, mesti boleh punya. " Bidas Eldera bersahaja. Eryl pula hilang kata-kata.
"Hurm.. "
"Tapi aku bukan bunuh terus laki tu. Aku seksa dia sikit-sikit, pastu aku mintak ah dia putus. "
Srekkk!
"Baik-baik. Aku tak akan laksanakan benda ngarut tu. " Berpeluh Eryl jadinya apabila Eldera menghunus pedang di leher. Eldera pula mendengus lalu menyimpan kembali pedangnya.
" Kau buat, maksudnya kau berani tempah maut daripada aku." ugut Eldera mengundang cebikan Eryl. Tangan disilang kedada. Sedikit protest di mata Eldera. Sudahnya dia mengeluh lagi.
"Kalau dia dah berpunya, aku tak boleh nak kata apa. Tapi Eryl, aku cakap ni sebab aku tak nak kau buta sangat dengan cinta. Maksud aku, cinta ni benda yang baik. Dia boleh menguatkan-"
"Tapi ianya juga boleh melemahkan. Aku tahu lah. " Cebik Eryl lagi. Seakan anak kecil. Eldera ketawa kecil dengan telatahnya. Tangan naik mengusutkan rambut hitam Eryl sehingga lelaki itu naik rimas!
"Eldera! Eh syeton! Habis rambut aku! "
"Dah. Tak payah nak sedih bagai. Kau cakap dia diam aje kan? Tunggu aje lah. "
"Kalau dia tolak macam mana? " Cantas Eryl dalam kegusaran. Eldera terdiam sedikit. Tiba-tiba Eldera bangun daripada katil lalu mendepakan tangan.
"I'm here for you. Always. Bahu aku tak pernah merungut untuk kau. "
Terharu Eryl apabila Eldera berkata begitu. Nak aje dia terpa lelaki dihadapanya dan memeluk susuk tubuh itu. Sudahnya Eryl hanya ketawa bersama sebelah tangan yang menyisirkan rambut kebelakang.
"Seriously? Eldera, you're not like yourselves . Hell, i feel like want to cry again. "
Eldera hanya tersenyum tipis lalu memalingkan badan kebelakang. Tombol pintu dipulas lalu kaki melangkah untuk pergi. Dalam masa yang sama, telinganya sempat menangkap..
"Thanks Eldy. "
***
".. Apa jawapan kau? "
Ayat yang sama. Tutur kata yang sama. Semuanya! Hanya tiga patah kata itu yang berlegar-legar dalam kepalanya. Mengingatkan sahaja lamaran Eryl, muka Akira pasti akan merah menyala!
"Kau dah sampai ya? " Suara garau itu menyentakkan Akira. Tubuh yang tadinya tegak, dituduk sedikit. Tangan pula diletakkan di dada kanan.
"Tuan Akito. "
"Angkat kepala kau. " Akira hanya menurut dan mengangkat wajahnya. Serius.
"Apa yang Tuan nak? " Soal Akira tanpa berselindung. Akito yang agak gempal dan berisi hanya senang lenang di atas sofa antiknya.
"Aku dengar kau masuk War, betul? "
"Ya. Tuan tidak suka? Maaf bukan untuk kurang ajar, hanya mahu bertanya. "
"Pada mulanya ya. Sebab rahsia kau boleh terbongkar. Mereka akan tahu yang kau ni perempuan. Ini boleh memalukan keluarga Saizo." Tajam Akito merenung Akira. Akira pula hanya menundukan pandangan.
'Maaflah, tapi ada seorang dah tahu fasal ni. Siap ajak aku kahwin lagi. Kau ingat aku boleh sorok benda ni lama-lama?' Cebik Akira tetapi hanya di dalam hati. Kalau depan-depan, pasti ada nyawa yang terancam.
Dia tidak mahu itu berlaku.
Tak akan.
"Tapi ada seseorang yang dah tawarkan aku sesuatu. Cukup lumayan.. "
"Apa maksud tuan? " Soal Akira bersama dahi yang berkerut. Hati dia mula berdebar. Perasaan yang tidak enak semakin kuat menguasai.
"Masuk. " Arah Akito membuatkan Akira terkebil-kebil.
Srekkk.
"Kenal kan.."
Mata Akira membulat. Jantungnya berdetak tidak seirama. Pernafasanya juga tidak teratur. Seakan dia lupa cara bernafas.
".. Ciel. Dia yang ada urusan dengan kau. Dan dia yang ada apa yang aku nak. "
Ciel tersenyum jahat apabila melihat riaksi gusar Akira. Lebih menyeronokkan apabila gadis itu ketakutan.
"A-apa tuan dah buat?! Dia ni bukan manusia! D-Dia.. "
"Aku Syaitan."
Merinding Akira jadinya. Suara Ciel semakin mendebarkan jantungnya. Nafas Akira bagaikan tersekat apabila Ciel menarik seseorang yang cukup dikenalinya. Matanya membulat tidak percaya!
"MIYUKI! "
Akira hendak mara tetapi Ciel terlebih dahulu mencekik lehernya! Akira sedaya upaya cuba melepaskan diri. Akito pula hanya tersenyum melihat.
"Kau! Apa kau nak? Lepaskan Miyuki! " Tersekat-sekat Akira mahu berbicara. Miyuki pula tidak sedarkan diri. Sisi kepala kanak-kanak perempuan itu berdarah seakan dipukul!
"Aku boleh lepaskan dia. Dengan syarat, ikut arahan aku. "
"A-apa? " Ciel mendekatkan wajah dengan Akira yang sudah berkerut-kerut menahan sakit di leher.
"Bawakkan Adrea Bellvania pada ku. Tak kisah hidup atau mati. Kau gagal.. "
Kini mata Akira jatuh pada susuk tubuh yang masuk kedalam. Memucat wajahnya apabila melihat gadis yang tersenyum licik itu. Perasaan benci terhadap gadis itu meluap-luap apabila dia menghiris sedikit pipi Miyuki.
".. Mungkin adik kecik kesayangan kau akan ku hantar ke alam kematian. "
"Jahanam kau Berry! Urghh! " Tepik Akira kuat tetapi terhenti apabila dicekik kuat oleh Ciel. Berry tersengih sinis.
"Oh? Perlu ke aku kesah? Budak ni.. " Kaki menyepak Miyuki sehingga kanak-kanak itu terseret beberapa kaki.
"BERRY! "
".. Bukan adik aku. Nyawa dia tak ada nilai. Tapi bagi kau.. " Kini Berry berbisik pula pada cuping telinganya.
"Dia berharga kan? " Akira mengetap gigi geram. Berry pula hanya ketawa riang lalu menyuruh Ciel melepaskanya. Sebelum beredar, sempat Berry berpesan.
"Pilih lah. Nak Adrea atau Miyuki. Harap kau tak salah pilih ya? Hahaha. "
Akira menumbuk lantai geram. Darah yang mengalir tidak dihiraukan.
"Kau pilih lah Akira. Apapun pilihan kau, bukan masalah aku. " Ujar Akito lalu beredar. Sudah bosan dengan drama dihadapanya.
"Kau memang tak kesah fasal anak sendiri kan? " Soal Akira garang. Akito pula, sudah membelakanginya.
"Tak. Kau berdua hanya boneka aku. "
Maaf, lamaran terpaksa di tangguhkan😂saje nk kasi mamat tu meroyan. Lagi2 Berry ada kaitan dan penyebab 'tangguhan' tu.😂 hehe.
Eryl : I hate you so much.
So sweet, I love you dear😂
Enjoy❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top