Chapter 50 | Married

"Nico. "

"Hurmm? "

"Kalau aku tikam laki tu daripada belakang, agak dia mati tak? "

"Jangan buat benda bodoh lah. Aku dah tak larat nak halang kau tahu tak? "

Eldera buat bodoh aje. Tiada langsung rasa kesian pada sahabatnya yang jelas kepenantan. Yelah, dah tak boleh panah, boleh pulak Eldera cuba serang hendap guna kuasa bayang dia. Selamat Nico perasan.

"Duduk. Untuk kali ni aje El. Jadi lah budak baik dan duduk. Aku tak larat nak tengok-tengokan kau je. " tegas Nicolas mengarah. Eldera hanya pandang dia dengan riak kosong.

"Kau ni mak aku ke? "

"Aku tak ingat pernah lahirkan mana-mana anak lelaki. "

"Amnesia. "

"Shut up. "

KRANG!

KTANGG!

Lagaan bilah pedang Adrea dan Juvin, bergema di setiap pelosok. Kedua-duanya jelas berseronok dalam pertarungan mereka.

"Untuk seoarang gadis yang cantik, kau kuat."

"Wah? Kau memuji? Thanks! "

"Most welcome young lady. "

BAM!

Kaki Adrea naik menendang dagu Juvin sehingga lelaki itu terdongak keatas! Juvin pula tersengih lalu mencengkam kaki Adrea membuatkan gadis itu terkejut! Badan Adrea dibanting tetapi cepat gadis itu melibas pedang miliknya sehingga kaki terlepas daripada cengkaman Juvin.

"Ganas. I like it. "

"Whatever playboy. "

Juvin ketawa kecil lalu pedang dilibas secara menegak dengan deras sehingga menghasilkan angin yang membelah tanah! Adrea mengelak dan mengelak serangan yang di hantar oleh Juvin.

"Butterfly Illusion.. "

Adrea berbisik lalu rama-rama yang beribu jumlahnya muncul entah daripada mana! Juvin terkejut dan mengelak daripada menyentah mana-man rama-rama itu.

"Cool... " Puji Juvin lagi apabila rama-rama itu membentuk susuk tubuh lawanya. Bukan satu, bukan dua. Tetapi lima jumlahnya! Semuanya sama!

"Oh shit. Aku dikelilingi wanita cantik! "

KTANG!

KTANG!

KTANG!

Lima bilah pedang menghentam serantak tubuh Juvin! Kaki sang lelaki terbenam sedikit kedalam tanah! Mulut masih mengherot senyuman teruja. Pedang yang menagkis serangan Adrea ditolak, sekaligus membuatkan kelima-lima Adrea melompat jauh.

"Illusion? But why i feel like It was real tho? "

"Don't know. "

BAMMMM!

Kali ni Adrea menyerang daripada belakang! Sepakan yang dihadiakan pada kepala berjaya membuatkan Juvin tersungkur ke sisi. Adrea hanya sengih tak bersalah. Juvin pula ketawa seakan menikmati tendangan gadis itu! Arh! Sungguh tergoda!

"Wow. Kau betul-betul buat aku jatuh cinta! "

Tak lama kemudian, mata Juvin jatuh pada selah seoarang penonton. Elok dikelilingi pedang bayang yang seakan menyasarkan kepalanya. Bibir mengukir senyuman kelat.

"Aku tahu kita dalam perlawanan, tapi dia tu boyfriend kau ke? "

"Siapa? "

"Tu. "

Adrea menoleh kearah yang ditunjukkan. Wajah Eldera yang tersenyum padanya membuatkan Adrea tergelak kecil. Kepala kembali pada Juvin.

"Tak adalah. Dia kawan baik aku aje. " Tipu Adrea walaupun dia tahu hakikatnya.

"Oh. " Kini mata Juvin jatuh pada Eldera yang kembali bersama aura bunuhnya. Entah kenapa dia berasa kesian pada lelaki itu. Simpati pun ada. Friend zone, memang menyakitkan.

'Don't cry bro. '

"Asal dia bagi pandangan tu pada aku? Dia memang dah tak sabar nak pergi neraka ke? Ke dia nak aku cungkil mata dia Nico? Buat sup bagi beruang makan? " Soal Eldera polos dan naif. Nicolas dah pasrah habis melayan.

Apa salah dia sampai kena hadap perangai sengal mamat ni? Mana kau Eryl? Kawan kau dah mengila tahu tak?!

"Apa masalah kau ni? Eryl ajar apa dekat kau sampai dapat cemburu buta ni? "

"Dia cakap, kalau ada lelaki dekat dengan Adrea bunuh aje terus. Itu virus perosak satu perhubungan. "

"Dan kau bulat-bulat ikut? "

"Sebab aku suka. Best apa membunuh. "

"What the fish?! "

"Fish tu ikan. "

"… "

"Aik? Senyap dah? "

"Mati, please? "

Adrea dan Juvin masih berentap antara satu sama lain. Saling melibas. Menumbuk. Menyepak. Semua jurus berlawan dikeluarkan. Juvin pula agak struggle dek terpaksa melawan lima orang yang sama sekaligus.

"Ouh damn. Peluh kau yang mengalir tu memang seksi! "

"Euuw! Pervert! "

BAMM!

Terseret terus wajah Juvin diatas tanah apabila clone Adrea mencengkam rambutnya daripada belakang dan membenamkan kedalam tanah! Tidak cukup dengan itu, wajah itu diseret tanpa belas!

BAM!

BAM!

"Yeay! Adrea buat lagi! Hentam lagi muka mintak kaki tu! Kau tanam sekali badan dia sampai enam kaki dalam tanah pun tak apa! "

Nicolas dah ambil majalah tah daripada mana lalu menutup wajah. Eldera pula dah bersorak riang apabila Adrea membelasah teruk lawanya. Tiada belas kasihan!

Bangga jap.

"Aku tak kenal brader ni. Sumpah tak kenal."

Kini Adrea berdiri tenang manakala Juvin melutut sebelah kaki. Masih menyengih. Seakan menerima kekalahannya.

"Aku tak kisah kalau kalah dengan gadis yang cantik. " Kata Juvin lalu mengenyit sebelah mata. Adrea mengeluh panjang. Pedang yang berada di leher lawanya di jauhkan. Juvin terkebil-kebil apabila Adrea menghulurkan rama-rama hitam dihadapanya.

"Apa ni? "

"Letupan. "

"Huh? "

BOMMMMMMMMM!

Hampir jatuh rahang para penonton apabila Juvin melanyang jauh sehingga menghentam dinding. Paling tragis, apabila diding itu mereka teruk.

"A-apa.. " Pengadil dan pengacara juga hilang kata-kata. Macan tu aje?

"Jangan pandang rendah pada haiwan kecil. Kadang-kadang lagi kecil, lagi bahaya. Betul tak rama-rama sayang? "

Rama-rama hitam yang berasap terbang riang. Seakan mengiyakan penyataan tuanya. Adrea tersengih lalu tangan membuat gaya peace.

"Kumpulan Eryl menang pada pusingan kali ini! " Apabila pengadil membuat keputusan, Adrea mencebik tak puas hati. Dia tak guna full power pun. Juvin pun sama!

"Ahh.. Bom dari cinta hati. " Sempat Adrea mendengar bisikan itu dikala berjalan melepasi Juvin. Tak semena-mena, bulu romanya menegak seakan patung liberty.

"Gila. "

Nicolas sekadar mengeleng kepala bersama nafas yang dihela lega. Bagus, tak payah dah dia jadi babysitter tak berbayar Eldera. Kepala ditoleh pada Eldera dengan riak gembira.

"Nah buah hati kau menang sekara- huh? Weh. Mana kau? "

"Oh no. No. No. No. Kau jangan nak buat hanat hari ni. "

Memucat terus muka Nicolas apabila Eldera hilang daripada radar. Spontan tubuhnya berdiri lalu mula mencari susuk tubuh berambut emas itu. Koharu pula sudah lama lesap membeli air.

"Adrea! "

Adrea yang baru sahaja ingin membersihkan diri, terkejut dengan Nicolas melaung namanya. Tanpa sempat dia membuka mulut, Nicolas terlebih dahulu memberi peluru berpandu.

"Mana laki kau? Kau tahu tak daripada tadi aku yang terpaksa hadap dia? Tahu tak dia terpaksa tahan diri daripada bunuh Juvin? Juvin. Ya! Juvin! Kau kena kasi amaran dekat dua jugak!"

Adrea blur aje. Seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Perlahan-lahan tangan diangkat lalu..

BUSHHH!

Nicolas pandang Adrea seakan tidak percaya bersaman posisi jatuh yang agak menyedihkan. Tangan pula memegang pipi yang sakit ditumbuk.

"Kau tumbuk pipi bestie kau? "

"Kau mula dulu. Aku baru habis fight kut. Tetiba kau serbu. Itu makan dia. "

"Aku rasa kau prefer jadi laki daripada perempuan. Ganas syial! " Kutuk Nicolas lalu bangun daripada posisi itu. Cis, tercalar maruah kejap. Adrea pula sudah mencerlu tajam padanya.

"Tak nak ah. Kalau aku laki, dah lama aku goda Koharu. " kali ni Nicolas menjegil mata. Eh minah ni.

"Berani lah buat. Aku sepak kau sampai dimensi lain karang."

"Whatever lah. "

"Jom. "

Kini mata Adrea dan Nicolas jatuh pada wajah suci nurani seorang lelaki bernama Eldera Delwyn. Entah bila muncul pun tak tahu. Terkebil-kebil Nicolas jadinya sebelum menjerit over.

"Eyyy! Kau pergi mana hah setan! Kau-"

"Tandas. "

Terdiam Nicolas seketika. Mata dikecilkan untuk melihat kejujuran Eldera. 50-50 aje ni.

"Serius. Aku pergi tandas tadi. Buang something. Nak tahu tak? "

"Eh-eh. Kau jangan nak gedik. Yelah-yelah, aku percaya! Dah jom jumpa Eryl. Adrea kau salin cepat-cepat. Nanti Koharu datang ambil kau."

"Okay? "

"Bye sayang! " Lambai Eldera selamba mengundang rasa pelik dihati Adrea. Kena sampuk saka ke apa? Tetiba mesra alam.

"Hari 'mengila bersama' ke apa ni? "

Adrea mengeleng kepala. Kaki yang ingin melangkah masuk ke dalam bilik air wanita, terbantut lagi apabila matanya menagkap doktor dan nurses bergegas ke bilik air lelaki. Bahu di angkat lalu kaki melangkah masuk.

"Cepat! Encik Juvin perlukan rawatan segera! "

"Angkat perlahan-lahan. Tangan dengan kaki dia macam patah tu. "

"Ya Tuhan, siapalah yang belasah kau ni? Baru lepas fight, tak akan lah teruk macam ni? "

"Kita rawat aje dia dulu. "

Dalam masa yang sama, Eldera ketawa setan dalam diam. Tanduk bagaikan tumbuh di kiri kanan kepalanya. Hehehe..

"Kau gelak apa hanat? "

"Gelak kebahagian bro. "

***

"Siapa tu? "

Eryl mengerut dahi apabila tiada sesiapa yang menyahut. Pelik, tapi dia rasa macam ada orang di pintu biliknya. Sudahnya Eryl mengangkat bahu. Selang beberapa minit, Akira masuk ke dalam biliknya.

"Kau cakap dengan siapa Eryl? " Soal Akira lalu melabuh duduk di birai katilnya. Eryl pula hanya sengih lalu mengeleng kepala.

"Nobody. Anyway, lamanya keluar? Aku rindu lah dengan kau."

Akira menguling mata keatas lalu menolak muka Eryl yang mula mengeluarkan sintom-sintom kegatalan. Suara gedik tu pun dah boleh tahu yang Eryl dalam mode mengada dia.

"Tak payah sangat lah. Aku ambil barang sebenarnya. "

"Apa dia? Aku punya underwear eh? Eyy tak malu. "

BUK!

Senak terus perut lelaki berambut hitam apabila Akira dengan gembiranya menghadiahkan satu tumbukan. Nice. Cantik landing yang dibuat.

"Sy-syakittt.. "

"Nak tambah lagi? Boleh aje. "

Pucat terua muka Eryl apabila Akira mula melagakan penumbuk.

"Janganlah ganas sangat. " Rungut Eryl bersama mulut yang tercebik. Akira buat bodoh aje dengan rajuk sang lelaki.

"Makin ganas, makin bahaya."

"Baguslah. Boleh kau jauh daripada aku. "

"Salah lah. Makin kau bahaya, makin aku nak lah. Sexy semacam. Aum. "

"Dekat sini kan Senri tikam kau?" Soal Akira bersama tangan yang memegang sebilah pisau. Tangan Eryl pula, cekap mengenggam tangan Akira. Tak pegang, mati jawabnya.

"Hehe. "

"Just laughing after you go to heaven. "

"Meanie! "

"Don't care. "

Tanpa sedar, Dalen sudah memerhatikan mereka daripada tadi. Niat yang sememangnya buruk, terpaksa di batalkan dek kerana kewujudan Akira. Gigi di ketap geram lalu kaki diangkat mula beredar.

BUM!

Jatungnya berdegup kuat secara tiba-tiba! Tangan mencengkam dada yang mula terasa sesak! Sakit. Memang sakit!

"A-apa? "

Walaupun hanya dua detik, saat itu Dalen terasa sesuatu yang menyeramkan! Sangat-sangat mengerikan. Tetapi persoalannya, kenapa tiba-tiba?

"Huh? Bukan kau yang bagi rantai ni ke? " Dalen tersentak apabila mendengar perbualan Akira dan Eryl. Badan diangkat kembali lalu digagahkan untuk melangkah pergi. Malangnya, sebaris ayat yang keluar daripada Eryl menghentikan langkahnya.

"Aku tak pernah lah tengok rantai yang batu dia macam jantung naga ni. "

Mata Dalen membulat dan dalam masa yang sama, peluh menuruni wajah. Perlahan-lahan kepala dirapatkan pada pintu bilik. Mata cuba memerhatikan 'sesuatu' ditangan Akira.

"Peliknya. Sebab rantai ni ada dalam bilik aku tetiba. "

"Sejak bila? "

"Entah. Aku ingat kau kasi. Sebab benda pelik kau aje yang selalu buat. "

"Aku buat depan kau aje. "

"See? "

Sah! Tidak silap lagi, rantai Akira adalah jantung naga Dragon Tears! Buktinya, aura pelik yang mengelilingi rantai itu. Dan aura itu hanya mampu dilihat oleh puak syaitan sepertinya.

"Hehehe.. " Dalen tergelak suka. Semakin lagi semakin mengila. Tetapi tidaklah terlalu kuat. Mata birunya bercahaya penuh keterujaan.

"Fafnir. " Serunya menerusi magis fikiran.

'Ya?'

"Aku dah jumpa apa yang kau nak. Betul kau cakap, Aaron dan Adel sorokan di tempat yang kita tak jangka. "

'Kalau-'

"Sabar. Aku tak rasa kita perlu tergesa-gesa. Belum masanya lagi. Aku nak main sikit. " Ujar Dalen bersama seribu satu muslihat. Fafnir yang mendengar, hanya sengih sinis.

'Ikut kau. Tapi jangan lama sangat. Aku pun nak main jugak! '

"Sureeee... " Dalen membatalkan magisnya lalu mengangkat kaki pergi. Senyuman masih kekal diwajahnya yang mula diselumbungi kegelapan.

"Just you wait little bitch. "

Dalam masa yang sama, Eryl merenung Akira yang masih membelek rantai itu. Entah kenapa hatinya tidak senang melihat rantai merah itu.

"Jaga dia. Jangan bagi gadis itu pada sesiapa."

Eryl tergamam apabila suara garau itu menyapa lagi.

"Kau kena halang Festival Naga Syaitan. "

"A-apa? "

"Eryl, kau okay ke? " Soalan Akira menyentakkan Eryl. Hampir sahaja dia terlupa akan Akira. Tapi siapa suara tu?

"Aku okay. "

"Serius? " Kini wajah Akira mendekat. Tangan diletakkan diatas dahi Eryl. Dapat Eryl rasakan kehagatan nafas dan tangan Akira. Wajah yang dekat itu pula direnung dengan seribu satu perasaan. Patut ke dia bagi tahu sekarang?

"Okay aje kau ni. Mungkin kesan-"

"Kahwin dengan aku Akira. "

Terdiam terus Akira apabila Eryl melamarnya tetiba. Muka berbahang dan jelas pipinya merah. Merahnya semakin pekat apabila Eryl menuturkan ayat seterusnya.

"Aku cintakan kau. Dan kali ni aku tak main-main. Jadi.. "

Wajah didekatkan sehingga hidung mereka berlaga.

"Apa jawapan kau? "





Esok saya betul kan segala Typo. And yeah, hope korang still ingat pada Aaron dan Adel. 😂ramai yg teka diorng ibubapa Adrea, hakikatnya. Faham en? Dengn Eryl melamar tetiba. 😂Agak kena tolak or terus setuju? Just wait for the next chap! 😆

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top