Chapter 48 | Kurayami
FLASHBACK
"Kurayami? " Eryl mengangguk dengan soalan Eldera. Dahinya jelas berkerut. Lelaki berambut emas berpeluk tubuh sambil duduk diatas katil miliknya. Menghadap Eryl yang turut berpeluk tubuh .
"Kenapa kau rasa yang Kurayami ni ada kaitan dengan sisik kau? "
"It just that.. Entah lah. Tapi aku yakin Naga ni ada kaitan dengan aku. Sisik aku. " Lenganya yang bersisik ditunjukkan pada Eldera.
"Sejak aku kecik lagi. Setiap kali aku luka, sisik ni mesti tutup kawasan luka tu. Bila dia gugur aje, pof! Semua luka aku hilang. " Bersungguh Eryl bercerita mengenai sisiknya. Eldera pula setia mendengar.
"Sebab tu aku rasa dia ada kaitan dengan aku. Tanya bapak aku? Aku rasa tunggu katak bertanduk lagi bagus. Tak ada maknanya dia nak menjawab. " Tergeleng kepala Eryl apabila mengenangkan sikap batu Ayahanda. Sebijik macam Eldera!
"Still tak buktikan kau ada kaitan dengan naga ni. "
"Ish. Kau memang sengaja tak tahu atau memang tak tahu?"
Intonasi suara Eryl jelas menunjukkan dia bengang san jengkel. Eldera hanya menjongket bahu bersama muka derk dia aje.
"Dua-dua kut. "
"Babe kau ni." Mencarut jugak Eryl dengan si Eldera. Orang cerita punya lah bersungguh, dia kasi jawapan mintak penyepak. Fuh, menguji kesabaran betul.
Eryl menarik nafas panjang sebelum menghembuskanya perlahan-lahan. Eldera tetap juga membisu dan membiarkan sahabatnya mengambil masa.
"Dari apa yang aku dapat, Kurayami boleh sembuhkan luka dia sama macam aku."
Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
"So? "
Ada jugak yang kena flying kick dengan aku jap lagi. Aku cerita punya lah serius dia kasi 'so?' Aje? Bisik hati Eryl yang mula membara. Sakit hati jugak dengan Eldera ni kekadang. Dingin tak kena tempat!
"Hanat, Kau nak tahu ke tak fasal sisik aku ni? "
"Nak tu nak lah. Tapi kau cakap ini rahsia kau dengan ayah kau kan? "
Eryl mengangguk bersama kening yang terjongket sebelah. Hairan. Eldera tersenyum kecil sebelum menepuk bahu sahabatnya.
"Then, keep it. Don't tell me. Aku tak nak kawan aku mungkir janji dengan ayah dia. "
Kelu. Eryl seakan hilang kata-kata apabila Eldera berkata sedemikian . Rasa terharu bercapur sebak dengan Eldera.
"But.. "
"No but. No tapi-tapi. Come on Eryl. Serius aku tak kesah kalau kau tak kasi tahu aku. Asal kan sisik ni tak tarik nyawa kau, then it's fine. I don't mind. Really.. "
Tanpa disangka-sangka, Eryl menangis depan Eldera. Eldera pula yang tercegang.
"Bro, kau pahal nangis?! "
"Huwarrhhhh! Eldera aku sayang kau! Kahwin dengan aku sayang! "
"Pergi mampuslah! Tak kuasa aku! "
"Hik.. Hik.. Elderaaaa.. " Melerek-lerek suara Eryl seakan anak kecil. Eldera dah geleng kepala dengan tingkah sahabatnya. Badan Eryl ditarik lalu dipeluk seakan seorang abang. Tangan sempat menampar belakang kepala rakanya.
"Sakit lah setan..Hik..hik..Pujuk lembut-lembut tak boleh ke hanat? "Sempat Eryl menyumpah sebelum kembali menangis didada Eldera.
"Kalau lembut nanti kau fikir kotor. Dah nangis tu nangis ajelah. Tak payah nak carut bagai. Kau tahan siap kau. " Eryl ketawa kecil tetapi air mata tetap mengalir.
"Kau ni pak nujum ke apa? "
"Aku kenal kau luar dalam. Kau lebih suka sakit sendirian, daripada tengok orang lain yang sakit. Dan tu.. "
"Membunuh kau daripada dalam. "
***
"Kau cuba bunuh diri lagi ke bodoh? " Soal Eldera yang menahan tubuh Eryl daripada mara setapak. Api kegelapan yang mula membakar lengan dan tubuhnya, tidak dihiraukan. Eryl tergamam apabila tubuhnya dipeluk oleh Eldera sekaligus menahan kukunya yang beberapa inci sahaja mahu terbenam pada leher adiknya.
Senri juga terkejut apabila tubuh Raja Shiro menahan dirinya daripada mara. Katanabya juga hampir memutuskan leher sang abang. Dalam masa yang sama, dapat dilihat dengan jelas tubuh tua itu membeku dalam ais kegelapan.
"Ayahanda.. "
"Eldera.. "
Serentak kuasa Eryl dan Senri terbatal dan masing-masing terkejut dengan luka dua manusia yang menahan mereka.
"E-Eldera kenapa.. "
BUKKK!
Sebijik penumbuk melayang pada wajah Eryl. Lelaki itu terkebil-kebil sebelum memandang Eldera yang berwajah kosong. Mukanya memucat apabila Eldera meletup-letupkan jejari miliknya.
"Aku cakap pastikan kau menang. Bukan pastikan kau bunuh diri. Kau bodoh ke apa? " Urat jantan timbul di leher dan dahi lelaki itu.
"B-bro.. Ben-benda boleh bincang e-en? Kau ja-janganlah buat mu-muka tu? " Terketar ketar Eryl ingin bertutur apabila melihat wajah bengang Eldera. Muka pun pucat lesi. Kalau kena toreh pun, darah tak keluar gamaknya.
"Nak mati sangat? Aku boleh bagi. Nak macam mana? Cepat? Lambat? "
"Sabar sayang. Sabar tu baik. Mengamuk tu jahat. "
"Oh really? Maaflah, aku memang jahat. "
"Erkkkkkkkk!!!! "
DUSSSHHHHHH!
DUSSSHHHHHH!
DUSSSHHHHHH!
Raja Shiro hanya ketawa kecil apabila melihat Eryl dibelasah oleh Eldera. Pengadil yang bertugas sedaya upaya meleraikan pergaduhan dua sahabat itu.
"Ayahanda.. " Satu keluhan dilepaskan. Kini Raja Shiro memandang Senri dengan riak kecewa. Rasa sakitnya tidak dihiraukan. Senri pula menundukkan pandangan. Tidak sanggup bertentang empat mata dengan ayahnya.
"Susah betul kalau ada darah Ryuzaki. Degil."
Dan-dan kepala Senri terangkat. Matanya membulat tidak percaya apabila melihat senyuman manis daripada orang tuanya. Kenapa tidak memaki? Kenapa tidak dimarahi? Kenapa?
"Ayahanda tak marah? " soalnya seakan berbisik.
DUSSSHHHHHH!
Senri menahan senak diperut. Para penonton tergamam dan tiada siapa yang berani membuka mulut. Eryl dan Eldera juga tergamam.
Senri terduduk diatas tanah bersama tangan yang memegang perut. Padu sia orang tua ni tumbuk. Bukan beshe-beshe.
"Akhirnya. Puas hati aku. Hilang dah marah ni. Itulah, suka sangat nak sakit kan hati tua ni. Nak jadikan hobi ke apa? Nak aku mampus? Dan kau! "
Kini Eryl menyorok dibelakang Eldera. Dia paling tak suka sisi Ayahanda yang ini. Yang naik hantu. Lagi seram daripada sunami. Senyuman yang terukir seakan malapertaka.
"Jaga nyawa kau baik-baik. Takut melayang aje nanti ya sayang? "
Penuh makna Raja Shiro menasihati bersana intonasi yang sangat lembut dan berhemah. Sekali lagi, wajah Eryl mula memucat. Matilahnak..
Kemudian, Raja Shiro memandang lunak pada para penonton. Senyuman sang raja, mencairkan setiap hati anak gadis dan membuang kegusaran di hati sang jejaka.
"Maafkan beta atas pertarungan tadi. Jangan risau, perkara sebegini tak akan berlaku lagi."
Sedikit demi sedikit, para penonton mula berubah riak. Kembali ceria dan kembali bersorak gembira. Para diraja menghela nafas lega.
"Kalau lah dia boleh matang macam ni selalu, tak payah aku pergi kauseling sebab sakit jiwa layan otak tak center dia. " Keluh Jeneral Luke selaku orang kanan Raja Shiro. Shawn di sebelah masih lagi tergamam tetapi dalam masa yang sama agak kagum dengan rajanya.
Senri bangun perlahan-lahan sambil dibantu Raja Shiro. Tiba-tiba, rasa tidak sedap hati hadir. Liur diteguk susah apabila melihat sengihan jahat sang ayah.
"I hate your smile. "
Raja Shiro buat tidak peduli lalu selamba megangkat sang anak yang agak kecil daripadanya di atas mahu. Senri pulak yang dah merah muka bersama mulut yang melomping. Mula dah orang tua ni..
"Ayahanda! Senri boleh gerak sedirilah! "
"Ada Ayahanda kesah? Padan muka. Lantak kau, malu situ. "
"Ayahanda tak malu ke?! "
"Tak. Tapi sanggat bangga sebab boleh tunjuk Ayahanda masih kuat walaupun dah tua. Ingat makin tua makin lemah ke? Makin kuat lah brader... "
Sudahnya Senri pasrah aje. Kalau Sang ayah dah mula cakap macam budak muda, kau cakap A pun dia tak layan. Tetap jugak dia kata Z kalau dia nak Z.
"Alang-alang boleh pancing anak ikan betina ehek. "
ZAP!
Memucat terus wajah Raja Shiro apabila Permaisuri Emyriel mula menyasarkan panah berapi kearahnya dengan senyuman paling manis. Puteri bongsunya, Puteri Shiory hanya bersorak kegembiraan.
"Sasarkan kepala bonda! Kepala! Kepala! hahaha! "
"Puteri.. " Felix selaku penjaganya hanya mengeleng kepala. Tak tahu nak nasihat macam mana lagi.
"Tak apa Felix. Beta memang nak sasar kepala Raja kamu. Mana tahu terbakar sikit niat nak pasang lagi satu tu. " Naik hantu betul Permaisuri Emyriel apabila mengetahui niat suaminya. Lupa ke yang dia mampu baca fikiran?
Eryl pula sudah ketawa mengekek melihat Ayahandanya yang tersengih-sengih sebelum lari dan hilang dari pandangan. Tahu pulak orang tua tu takut dengan bonda, kalau tak nak menggatal aje. Padan muka!
PAKK!
"Tak payah nak gelakkan orang sangat. Kau pun serupa aje. Kaki rogol. " Melompong Eryl apabila mendengar ayat Eldera.
Tidak sempat melakukan apa-apa, kolar bajunya ditarik Eldera dengan kasar. Aura gelap masih menyelumbungi sahabatnya itu. Pertanda tak baik.
"Kau marah kan aku? "
"Lebih kepada nak bunuh kau. "
"Siot. "
"Janganlah risau, kubur kau tak jauh manapun. Aku beli dengan harga paling murah. Dekat dengan kandang kinzir tak silap."
"Kau bergurau ke? "
"Kau rasa?"
Satu. Dua. Tiga.
"Tidddddddakkkkkkkkkk! "
Eryl mencengkam tanah daripada diheret Eldera. Semakin dia meronta semakin kasar Eldera mengheret seakan psycho.
"Hehehe. "
"Don't laughing you psycho bastards! It's creep me out! "
"Hehehehehehehe! "
"Nooooooooo! Akira help meeeeeeee!!! "
Adrea sudah menekup muka dengan drama dua manusia dibawah. Akira pula mengeluh panjang manakala Nicolas dan Koharu tergelak kecil.
"Tak boleh ke buat bromance dekat tempat lain? Betuah betul.. "
***
Dalam masa yang sama, dua susuk tubuh berdiri diatas seekor naga berwarna hitam. Matanya merah seakan darah pekat yang segar. Terselindung disebalik awan sambil memerhati semua yang berlaku.
"Kau rasa apa yang aku rasa Vans? " Soal Fenrir sambil berpeluk tubuh.
"Aku rasa. Tapi aku yakin Fafnir lebih rasa." Balas Vans seraya mengusap kepala Naga yang bersisik hitam itu, Fafnir. Fafnir tersenyum menampakkan barisan gigi taringnya yang sangat tajam.
"Aku rasa kehadiaran naga syaitan. Naga yang sangat kuat selain The Great Destroyed, Razus. "
Mata milik Fafnir menyala terang seakan teruja.
"Aku mahu kan dia..."
Matanya mencerlu tajam pada Eryl yang elok melarikan diri daripada Eldera yang membawa parang entah daripada mana. Vans dan Fenrir turut tersenyum. Tanpa mereka sedar, Artifak Dragon Tears turut menyala kemerahan.
"Kurayami. King of Devils Dragon. "
Nak tanya. Korang prefer Werewolf comedy romantic or Fantasy psycho thriller? 😶 Book baru lps habis Mafia😂
Up double sbb mood happy hari ni😂jwab ehh soalan. 🐸🔥🐸
Bye-bye🐜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top