Chapter 47 | Sacrifice

KTANGGGG!

KTANGGGG!

KTANGGGGGG!

Bilah tombak dan katana bertembung tanpa henti! Percikan api kecil terhasil setiap kali dua besi itu berlaga sesama sendiri!

"Haarrrgh! "

KTANGGGG!

Eryl mengetap gigi bersama sengihan manakala Senri mencerlu tajam. Masing-masing menolak senjata kehadapan. Jarak wajah mereka sangat dekat. Rambut beralun impak daripada lagaan senjata dan kuasa mereka.

"Impressive. Since when you learn to use Katana? "

"Why the hell you want to know? Kau kesah apa selama ni? "

DUSHHHHHHH!

Senri melibas deras kakinya ke atas sehingga mengena dagu sang abang! Eryl yang tidak menjangka tindakan itu terundur kebelakang. Bibir yang berdarah di lap dengan ibu jari. Rahang yang terasa sengal dek tendangan itu diusap.

"Dammit! How dare you kick my handsome face?! Huwarhhhh! Ni nak nangis ni! " Rungut Eryl tak puas hati. Alamak, habis girl-girl kita lari bila tengok dagu senget kita! Huwarrrhhhh!

Senri buat derk aje. Kesah pulak dia.

Eldera dan Adrea pula sudah menekup muka. Malu tahap petala langit ketujuh.

"Siapa punya member sia. Tak bertamadun sungguh! "Rungut Adrea . Manakala Eldera menjongket bahu.

"Entahlah. Manusia zaman batu sesat ni. Tak sangka hidup lagi. " Balas Eldera selamba.

"Kan? Boleh pulak dia terselamat daripada meteor. Ish.. Ish. Liat jugak dia ni. "

Akira yang mendengar dah geleng kepala. Buatnya si teruna tu dengar apa yang diorang cakap, mahu nangis tak berlagu tujuh minggu. Bukan boleh sangat mendajal mamat otak tak center tu.

"Maaf. Ingat buntut kau tadi. Dua-dua tak ada beza. "

Melompong mulut Eryl dengan kata-kata Senri. Tak masalahnya, dia dengan muka 'ada aku kesah' tahu tak? Sakit hati.

"Hodoh ni jugaklah abang kau tak guna! "

"Laaaa. Kau abang aku ke? Baru tahu. "

Seakan panah petir yang merenjat, kaku terus Eryl dengan riak nak nangis. Sakit tuh. Fuhh hanya tuhan yang tahu.

'Sejenis Eldera jugak ni. Perangai macam Jembalang, hantu dan Setan! Full package! '

"Hacoo! "

"Kau okay ke Dera? " Soal Adrea hairan apabila Eldera bersin tetiba.

"Kau nak mati ke? " Soal Adera polos sekali.

KUK!

Geram aje Eldera dengan Adrea ni. Kan dah kena sebijik. Apa pulak cakap macam tu? Memang nak kena kiss ke apa? Haiih.. Selamat sayang.

"Senyap lah. Tengok depan. " Adrea mencebik tetapi menatap juga ke hadapan. Kang kena maki dengan Eldera, sia-sia aje hidup.

Perlawanan masih diteruskan dan kali ni Senri mendominasi keadaan! Seluruh kawasan diselimuti ais kegelapan. Eryl terkial-kial dek kerana kelicinan ais tersebut. Sedaya-upaya badan di imbangi supaya tidak terjatuh.

"Shit. Shit. Shit. Tak guna punya ais! Kau dah buat aku bergerak macam badut! " Maki Eryl sebelum membakar kawasan tempat dia berdiri!

"Hah. Kan boleh dah berdiri elok-elok. " Sengih Eryl dengan bangga.

"Jangan nak seronok sangat! "

"Huh? "

DUSSHHHHHH!

Satu sepakan sudah selamat menjamah perut sehingga senak! Liur terkeluar dari mulut Eryl bersama mata yang membulat! Tidak cukup dengan itu, Senri menumbuk dada abangnya bersama tangan yang membeku!

"BLIZZARDS THOUSAND PUNCH ! "

"Argghhhhhh! "

DUSHHHHHHH!

DUSHHHHHHH!

DUSHHHHHHH!

DUSHHHHHHH!

Tubukan Senri bagaikan asakan daripada beribu lelaki! Badan Eryl terseret jauh kebelakang! Nafas tercungap-cungap sebelum melutut sebelah kaki. Darah menitik keluar dari mulutnya.

Sebelum sempat Eryl membuka langkah, Senri terlebih dahulu menghadiahkan sepakan di kepala! Tidak cukup dengan itu rambut abangnya dicengkam lalu tubuhnya dibaling sehingga menghentam dinding!

KRAK!

Rekahan kuat terhasil! Eryl memuntahkan darah pekat sebelum terduduk diatas tanah. Senri pula masih statik ditempatnya. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riak simpati.

"Kenapa mereka berlawan macam nak bunuh satu sama lain? " Soal Adrea risau. Tangan tergenggam erat apabila Senri mula berjalan kearah abangnya yang masih terbatuk darah.

"Mungkin ada sejarah hitam antara mereka? " Jujur Eldera berkata. Tetapi tidak lebih. Dia tak nak rahsia Eryl terbongkar. Ada sebab kenapa Eryl takut nak berlawan dengan Senri dan ada sebab kenapa mereka seakan mahu membunuh satu sama lain.

"Hehehe.. " Eryl yang ketawa tetiba menyentakkan Raja Shiro. Terus Raja Emerald itu bangun daripada duduk dengan riak keriauan.

"Jangan Eryl... " Doanya. Permaisuri Emyriel yang terdengar doa suaminya terkejut. Mata terbeliak apabila melihat Eryl bangun dengan senyuman yang sukar ditafsir.

"Budak tak guna. Kau memang nak mati dengan aku ke?"Soal Eryl bersama suara yang agak garau. Mata Senri membulat sedikit sebelum berubah tajam.

"Kenapa? Takut? "

Membulat mata putera kedua itu apabila Eryl sudah berada dibelakangnya!

KTANG!

"Wah.. Kau dah semakin peka dengan serangan aku! Hehe.. "

Senri mengetap gigi apabila kuku milik Eryl yang meruncing seakan kuku naga hampir menikam wajahnya. Dari matanya, pipi Eryl sudah menimbulakan sisik-sisik hitam begitu juga lenganya!

"Aku ingat kau dah boleh kawal sisi kau yang ni.. " Bisik Senri perlahan bersama tangan yang menahan tolakan Eryl. Kaki sedikit terbenam kedalam tanah!

"Grrr.. Kau tak patut bangkitkan naga yang lena budak! "

DUSHH!

Kepala Senri dihantuk kuat dengan kepalanya! Remaja tesebut berdecih sakit sebelum menahan tendangan Eryl! Mata Senri membulat besar apabila melihat mata abangnya!

Mata seekor naga. Berwarna ungu gelap dan penuh dengan kegelapan! Nampak kosong seakan sudah mati! Dan paling mengerikan, dia seakan dapat melihat seekor naga!

"Kurayami.. " Senri menutup mulut apabila terlepas cakap sebaris nama yang sudah menjadi sejarah dunia. Eryl tersentak apabila sempat mendengar nama itu.

"Kurayami? Naga Syaitan tu? Kau tahu sesuatu Senri Ryuzaki. " Kini wajah Eryl berubah 360 darjah. Penuh kebencian. Dendam!

"Bagi tahu aku.. " Arah Eryl seakan berbisik tetapi tegas . Senri yang merasai aura yang tidak kena daripada abangnya menghela nafas pendek. Badan ditegakkan lalu tangan didepa kehadapan bersama Katana yang dipegang secara terbalik.

"Maaf.. " Katana dilepaskan perlahan-lahan.

"Aku tak boleh. " Katananya hilang seakan ditelan air.

"SENRI! "

Eryl mengaum garang lalu menepar kearah Senri dengan kuku yang menajam! Api kegelapan miliknya membentuk sepasang sayap aneh membuatkan Raja dan Permaisuri Emerald terkedu.

BAMMMMMMMM!!!

Kuku Eryl ditahan dengan sebelah tangan. Eryl membulat mata seakan tidak percaya, manakala Senri dalam bentuk berzirah hanya senyap. Topeng yang dipakai juga hilang entah kemana.

"Kau... Kau jual jiwa pada syaitan?! " Tengking Eryl penuh kemarahan.

".... "

Tidak berkata apa, Senri membaling Eryl jauh daripadanya! Eryl terseret jauh tetapi dihalang dengan membenamkan jarinya didalam tanah! Nafasnya kencang bersama perasaan bengang.

Permaisuri Emyriel pula sudah menekup mulutnya. Manakala Raja Shiro terdiam seribu bahasa. Tanganya mengigil apabila melihat penampilan Senri.

"Macam mana kau kawal syaitan yang dikurung keluarga kita Senri? " Soal Raja Shiro sendirian.

Eldera juga terbangun daripada duduknya. Jantungnya berdetak tidak seirama. Peluh menghujani badan.

'Wow. Nampaknya adik kawan kau pun ada syaitan.' Selamba Aeldera bertutur dalam kepala Eldera.

'Kawan kau?'

'Lebih kepada musuh. Weh, aku mana ada kawan bodoh. Cuma mainan aje.' Eldera merengus kasar dengan bicara Aeldera. Aura sang syaitan dikawal daripada membunuh mereka disekelilingnya.

"Nak teruskan? " Soal Senri garau. Katana yang asalnya berbilah putih, bertukar hitam. Bentuknya juga memang lain habis! Senri elok mengenggam katananya dengan erat.

"Kau yang mintak. " Kali ni sebelah badan Eryl terbakar dengan dahsyat seakan sudah siap sedia untuk membaham lelaki dihadapanya.

"Mari. " Sekeliling Senri sejuk tidak terkata. Ais yang membekukan kawasan tempat dirinya berpijak merekah teruk.

Masing-masing dengan aura membunuh. Masing-masing dengan niat yang sama. Tiga perkataan..

Musuh harus mati.

"Harrrghhhhhhh! "

Senri dan Eryl menyerbu satu sama lain! Ais dan Api membentuk dua ekor naga yang mahu menelan mangsa mereka!

Kuku Eryl menyasarkan leher adiknya, begitu juga Senri yang melibas katana dan menyasarkan kepala abangnya!

"MATILAH! "

BAAAAAMMMMMMM!





'Aku memang lelaki yang bodoh. Meminta pertolongan daripada syaitan walaupun tahu, bertapa tragis kesudahanya. Tapi jangan dihina diri ini, aku hanya seorang adik yang ingin jauhkan abangnya daripada bahaya dengan cara yang tersendiri. '

-Senri Ryuzaki


Jumpa minggu depan! 😂🔥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top