Chapter 44 | Flesh and Blood
Shawn yang masih mengawal di hutan Asoka, hanya memerhati langit yang hitam tanpa bintang. Kurungan yang mengukurung Syke juga semakin kuat, ketat. Jiwanya seakan kosong. Tiada apa-apa. Yang ada, hanya tubuh yang sudah beribu tahun lamanya berjalan di bumi Angkasia ini.
"Betul ke apa yang aku buat selama ni? " Bisiknya sendirian sebelum keluhan berat terlepas.
"Tak baik mengeluh, itu tandanya kau tak bersyukur tau? "
Badan di kalih kebelakang lalu senyuman hambar terlukis dibibirnya. Lelaki yang menyapa hanya selamba berjalan kearah Shawn dengan riak ceria. Berbaju seakan rakyat biasa.
"Kau ni Shiro. Kadang-kadang aku tak percaya kau ni Raja. Santai sangat! "
"Raja ke tak, aku still manusia. Cuma tu lah, darah kegelapan aje mengalir dalam tubuh aku. Well, Ryuzaki en? " Sengih sang Raja lalu duduk disebelah lelaki itu. Shawn mengeleng kepala lalu turut duduk disebelah Shiro.
"Kenapa kau datang jumpa aku? Nak tanya fasal Eryl ke? "
"Of course lah. Budak betuah tu bukan nak kasi tahu aku yang dia pindah Academy. Dah tu, tak nak tanya khabar! Naik hantu isteri aku bila dapat tahu. Huh, bila dia balik nanti, memang aku belasah dia cukup-cukup! " Marah Raja Shiro apabila terkenangkan tindakan anaknya itu. Sakit betul hati dia! Kalau ikut persaan syaitan tu, dah lama Eryl mati kena lanyak! Huh!
"Kau ni. Kalau dengan Eryl tu ganas semacam aje. Cuba lembut sikit. " Tegur Shawn apabila terkenangkan Eryl yang selalu dimarahi oleh Shiro. Teruk budak tu kena.
"Lembut ? Huh, tak ada maknanya. Dari kecik sampai besar, asyik nak mendajal aku aje. Mana aku tak geram? " Keluh Raja Shiro. Shawn tak kenal nakal Eryl tu macam mana. Boleh sakit jiwa!
Masih dia ingat bertapa seksanya dia nak budak tu panggil dia ayahanda. Bukan apa, selepas mulut Eryl boleh bertutur walaupun pelat, nama panggilan terhadap dirinya masih lagi tersemat dalam ingatan. Sakit tu macam kena tikam.
"Orang tua buduh. "
Nak nangis aje dia waktu tu. Nampak aje muka Eryl, terus dia lari masuk pejabat. Merajuk. Tapi sudahnya dia hanya mampu pasrah dan membiarkan putera sulungnya itu sehinggalah umurnya mencecah tujuh tahun. Waktu itulah Raja Shiro dapat gelaran 'ayahanda'. Shawn pula hanya mampu melihat dengan senyuman kelat apabila Shiro mula menggengam buku lima sehingga menampakkan urat jantanya.
"Bukan tu aje. Dia punya nakal tu kadang-kadang aku tak boleh marah pun! "
Satu lagi memori bermain difikiran. Hari dimana Eryl dengan polosnya menyoal soalan yang hampir membuatkan dia dapat serangan jantung.
"Ayahanda ada scandal dengan Uncle Luke eh? Berkepit aje dua puluh empat jam. Eryl tak nak bapak baru lah Ayahanda. Eryl nak adik baru. Uncle bukan boleh mengandung pun. Tak ada ovum. "
Nak aje dia parang kepala hantu tu! Entah mana dia belajar pun dia tak tahu. Sudahnya dia terpaksa haramkan Eryl pergi perpustakaan. Seriau dia kalau budak tu terlebih 'pandai'.
"How about Eldera? " Soal Shiro tetiba. Shawn kelu. Sudahnya, dia hanya mampu melepaskan helaan nafas berat.
"Not sure.. Dari kecik lagi aku tak pernah nak spend time dengan dia. Kau tahu kan yang aku si- "
"Sibuk dengan kerja itu hanya alasan Shawn."
Kini mata Shawn naik memanah anak mata biru laut yang agak pudar warnanya. Shiro hanya tenang bersama mata yang tidak teralih daripada unggun api dihadapanya.
"Kau tahu. Anak-anak akan buat apa aje untuk dapatkan perhatian ibu bapa mereka. Termasuk lah buat sesuatu di luar kotak. Eryl for example. " Shiro ketawa kecil dengan bicara akhirnya.
Eryl yang selalu koyakkan kertas kerja dia, Eryl yang selalu lari dalam keadaan bogel setelah mandi di sekitar biliknya, Eryl yang suka serang hendap dia dan Eryl yang suka mengacau dia ketika mahu bersama Emyriel. Semuanya! Budak itu hanya lakukan semua itu ketika mahukan perhatian.
"Tapi Eldera lain. Budaknya.. Senyap. "
"Dan dialah budak paling bahaya. "
"Huh? "
"Well, senyap itu bahaya. Luar mungkin dia kelihatan baik tapi hakikatnya, dia ada macam-macam rasa. Perasaan. Atau lebih menakutkan.. "
"Dendam. "
Shiro hanya sengih bersama anggukan. Kini tanganya naik menepuk bahu Shawn.
"Come on. Kau patut sokong dia di War. Janganlah asyik hadap mahluk jijik ni. Kau pun dah sama jijik dengan natang ni. "
"Kau mulut.. "
Shiro ketawa lalu bangun daripada duduk. Tangan naik menepuk belakang Shawn. Rambut putihnya perlahan-lahan bertukar hitam begitu juga matanya yang mula berubah merah. Sepasang sayap syaitan muncul dibelakang tubuhnya. Aura gelap jelas terasa tetapi Shawn hanya beriak kosong.
Inilah kelebihan Ryuzaki. Mereka ada darah syaitan tetapi hati mereka tidak sama dengan hati Tempests.
Hati mereka suci. Tetapi Tempests..
Penuh dengan niat membunuh.
"Okay lah. Aku nak kena gerak. Isteri aku dah tunggu tu. " Ujar Shiro lalu memuncung pada permaisuri Emyriel yang berada diawangan bersama sayap putih dibelakangnnya.
"Kau kena ingat Shawn. Tak kiralah dia hanya anak tiri atau tak, Eldera tetap anak kau. Darah daging bukan alasan untuk kau jauhkan diri daripada dia. "
"Cakap senanglah.. " Rungut Shawn mendapat ketukan dikepala! Apa lagi, merengek lah lelaki berambut hitam itu. Shiro pula hanya beriak selamba.
"Memanglah. Tapi kalau niat kau memang nak jauhkan diri daripada dia, baik tak payah kahwin dengan Eriana tu. Baik kasi ak-"
"Ehem. Kasi siapa tu abang? " Sampuk Permaisuri Emyriel di udara dengan panah dan busur yang dicipta menggunakan kuasa apinya. Senyuman manis jelas terlukis diwajah tetapi aura hitam dikelilingnya sungguh mengerikan!
"Ka-kasi orang lain. Eh sayang ni. Tak akan lah abang nak curang kan? "
"K."
Tercengang Shiro apabila itu sahaja balasan si dabaan hati. Ah sudah. Tidur kandang kuda aku malam ni, desis hatinya.
Melihat telatah suami isteri itu, membuatkan Shawn mengukir senyuman kelat. Membayangkan dia dan Eriana sebegitu rupa.
"Haiih.. Macam ni lah Shawn. Busy ke tak, aku nak kau datang War esok. Sokong Eldera. Kalau tak, aku jatuhkan hukuman mandatori potong ehem-ehem kau. Faham? " Tegas Shiro menjatuhkan arahan. Tanda dia tidak akan bermain-main kali ni. Mendengar sahaja ugutan sang raja, liur diteguk susah.
Shawn diam sejenak sebelum mengeluh panjang.
"Fine, aku akan datang esok. "
"Good. Kalau kau tak datang jugak, aku akan laksanakan kata-kata aku. Ingat Shawn, bila aku serius, kau lari lubang cacing pun aku akan dapat. "
Shawn hanya diam. Sudah sedia maklum dengan perangai rajanya. Apabila Shiro Ryuzaki serius, kau tak patut bermain dengannya. Dia boleh jadi syaitan. Jadi kejam! Lelaki tanpa hati!
"Lagi pun.. Aku tahu perasaanya bila besarkan anak yang tak ada darah yang sama dengan kita.. "
"Huh? "
"Budak tu...Dia bukan anak aku. "
"A-apa.. " Shawn tergamam. Siapa yang Shiro maksudkan?
"Eryl Ryuzaki. Dia bukan anak aku. Dia.. " Kini mata Shiro naik memandang Shawn yang jelas tergamam. Senyuman kelat dihadiahkan.
"Dia anak angkat aku. Anak yang lahir dari sisik Naga Syaitan. "
Jenda.
***
Dalam masa yang sama, Eryl dan Eldera bersiar-siar di bandar. Perang dunia ketiga juga sudah lama tamat apabila Adrea mula sakit perut dan berlari ke tandas. Sudahnya, mereka berdua membuat keputusan untuk keluar berdua.
"Eldy. Kenapa kau tak guna pedang yang Shawn kasi masa kau nak lawan si err...Siapa tah petang tadi. " Soal Eryl bersama tangan yang bersilang dibelakang kepala. Eldera memandang Eryl sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.
"Tak berminat."
"Tak berminat atau masih merajuk huh? Aww.. you're so cute my boi! "
"Shut up, bastards. "
"Hahaha. "
Mengekek Eryl ketawa apabila melihat wajah merah padam sahabatnya. Alahai, blushing pulak habang kita ni! Hahaha.
"Eryl.. "
"Hurmm? "
"It's been a while.." "
"Huh? What you mean? "
"Keluar macam ni. Jalan-jalan di festival."
"Ah, now you mentions about it. "
Eldera dan Eryl jalan seiringan. Betul apa yang Eldera katakan. Sudah agak lama mereka tidak keluar berdua seperti ini. Pergi Festival. Selalunya mereka hanya duduk dalam rumah Eldera, tak pun berlatih di tanah lapang.
"Then, why not kita spend time together malam ni? Mana tahu ni last time en? " Sengih Eryl memberhentikan langkah Eldera. Tajam mata Eldera memandang Eryl.
"Jangan kau cakap macam tu lagi. Ayat terakhir kau menyakitkan hati. "
Eryl senyum kelat sebelum merangkul erat tubuh Eldera daripada sisi.
"Aku cakap aje. Tapi, kalau memang ini lah kali terakhir, aku nak hargainya sangat-sangat."
Eldera hanya senyap. Hatinya mengiakan tetapi akal tetap menyangkal. Eldera buntu. Melihat muka keliru Eldera, membuatkan Eryl ketawa kecil. Belakang sahabatnya di tepuk sebelum berjalan kehadapan.
"Tak payah buat muka lost and confused tu. Sedih sia tengok kau macam ni. Dah-dah, kita enjoy aje malam ni okay?"
Eldera yang terkebil-kebil tersenyum kecil apabila melihat sengihan lebar Eryl.
"You really know how to make people smile, Eryl Ryuzaki. "
"Well, i'm a happy person. Of course people always smile if their see my face. "
"Poyo. "
"I know that baby. "
BOOMMMMMMM!!
BAAMMMMMMM!!
"ROUUUR!! "
Serentak Eryl dan Eldera berpandangan. Masing-masing merasai sesuatu yang tidak kena.
BAMMMMMM!!
"ERYL! "
"I'M FINE! "
Mata Eryl membulat apabila seekor rasaksa muncul daripada rumah penduduk. Tinggi lebih kurang 9 kaki dan berwajah sangat mengerikan. Memisahkan dia dan Eldera yang berasa di sebelah sana.
"Ah shit. Aku baru nak keluar date dengan Eldera. Orang ketiga betul kau ni. " Keluh Eryl lalu menyeru pedangnya. Pedang yang terukir api kegelapan di bilahnya dipandang dengan sengihan.
"Lama aku tak guna kau Kuro. Jom kita kasi natang ni pengajaran sikit. " pedang yang dinamakan Kuro dipusing lalu bilahnya tajan terhala pada Daemon dihadapanya.
"Nak uruskan sendirian huh? " Eldera muncul dibelakang Eryl melalui bayang sang lelaki. Seekor lagi Daemon muncul dan mengaum hebat tidak jauh daripada tempat mereka berdua. Belakang tubuh Eldera dan Eryl saling bertembung. Eldera dikelilingi bayang yang membentuk jari-jemari.
"Jangan melebih abang kacak, nanti kita yang kena bayar kerosakannya. Mengamuk pulak girl-girl dekat rumah tu. "
"Yeah-yeah. Kau tak perlu ingatkan aku. "
ROUUURR!!!
Serentak itu juga Eldera dan Eryl menolak tubuh masing-masing kehadapan!
"MARILAH! "
***
Dalam masa yang sama, Ciel melihat dari atas banggunan. Senyuman penuh makna terukir dibibirnya. Mata pula, tajam memerhatu gadis berambut ungu di dalam sebuah rumah. Daemon yang diseru, semakin menghampiri.
"Oh Berry. Request kau terlalu mudah. "
"Jadi ini memang kerja kau huh? "
Sapaan suara serak itu menyentakkan Ciel. Badan dikalih kebelakang bersama mata yang bulat. Aura yang keluar dari susuk tubuh lelaki itu sungguh mengerikan. Liur diteguh sukar.
"Kau.. "
■️□️■️□️■️
Jumpa minggu depan! 😉
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top