Chapter 42 | Mental Breakdown

Adrea POV

Kecik besar-kecik besar aje aku tengok mahluk pembawa penyakit ni. Kalau kesabaran aku tipis, dah lama mati gamaknya. Bila nak pupus dari dunia pun aku tak tahu.

"Kau nak apa Berry?"

Terus dia merengus tak puas hati. Tak, sekarang aku ke dia yang patut tak puas hati? Dah lah tiba-tiba tarik aku dari tempat duduk. Selamat Eldera pergi tandas dengan Eryl tadi. Kalau tak, mahu ditumbuknya si sundal ni. Eldera bukan kira lelaki ke perempuan. Semua dibedalnya.

"Kau tahu aku benci kau kan? "

"Ya, ya. Kau benci aku. Aku benci kau. Kenapa? Nak kata tu pelik? Huh, aku rasa kau patut check doktor." Balas aku malas bersama tangan yang bersilang didada. Menyampah sia tengok betina ni. Baik aku tengok jantan aku. Ehek.

"Then, kau patut buat Fear benci kan kau!" Jerkahnya kuat membuatkan aku terkejut. Eh minah ni, main jerit-jerit pulak. Aku tarik anak tekak tu nanti.

"Aku memang dah benci dia. Jadi apa masalahnya?"

"Tapi dia tak Adrea Bellvania! Dia masih suka kan kau! "

"Bagus lah kalau macam tu."

Melompong mulut Berry mendengar jawapan selamba aku. Aku pula senyum sinis lalu kaki diangkat mendekatinya. Berry berundur beberapa tapak apabila aku berada didepanya. Matanya tajam menikam anak mata aku.

"Apa maksud kau yang ianya bagus? Kau memang nak rampas dia daripada aku?"

"Kau tak faham Berry. Apa aku nak cakap sebenarnya.. " Jari telunjuk aku naik menunjal kepalanya.

"Aku rasa ianya bagus kalau dia jatuh cinta dekat aku berbanding jatuh cinta pada perempuan sundal dan perangai macam iblis seperti kau. Sekurang-kurangnya dia masih ada hati manusia. Bukan macam kau, binatang! "

Terus aku menolaknya yang jelas terkejut. Kau ingat aku tak tahu kau cuba goda Eldera dulu? Huh! Dalam mimpi! Eldera tak akan pandang kau lah betina!

Dia pandang aku aje. Wanita paling baik bak Angel! Comel kalah Arnab! Cantik dan seksi kalah Selena Gomez. Hehehe.

Yang dekat luar tu, please simpan cemburu dalam beti sejuk. Tak baik kita bercemburu atas kelebihan orang lain. Aku tahu kau orang nak jadi macam aku, tapi tak kesampaian. Tak apa, sama-sama kita bersabar supaya masa itu datang ya? Hashtag, riak tak sudah.

"Okay lah Trash, aku nak pergi jumpa suami tercinta. Ops! Bakal! Jaga lah Faer kau tu. Tak kuasa aku nak rampas dia. Baik aku rampas hati Eldera. Biar dia terkapai-kapai dalam dakapan aku. Ehe. "

Bagus sangat lah tu Ad. Sejak akhir-akhir ni, kau asyik nak mengedik aje. Eldera aje kut!

Kut lah sangat. Kalau hari-hari mimpi tentang dia. Dah lah tak pakai baju. Dengan six packnya. Tak tambah lagi dengan badan yang lenjun dengan air. Euww, otak dah mula kuning.

Dalam tak sedar, aku dah beredar dan berada jauh daripada Berry. Itu lah orang cakap, kita kalau dah angau, orang bom dekat sebelah pun dah tak sedar. Terbayang cinta hati punya fasal. Bayangan maut terus jadi nyata. Haduh..

"Berangan jauh nampak. Fikir aku? "

Melompat terus aku apabila satu suara berbisik di telinga. Dada yang tadinya berkocak hebat, dan-dan tenang kembali. Nasib aku tak keluarkan jurus maut aku tadi. Kalau tak, meroyan sampai ketua lah jadinya.

Terbunuh buah hati. Siapa aje yang tak meroyan?

"Encik Eldera merangkap anak segala setan, adab mana adab? Tak reti tegur elok-elok ke?" Soal aku bengang. Aku punyalah takut tadi, dia boleh pulak tayang muka tak ada perasaan. Eh aku lepuk jugak budak ni karang.

"Berapa kali aku nak cakap, aku memang setan. Jadi apa masalahnya kalau perangai aku kalah setan? "

Mulut tu! Hish! Aku agak ah, masa kecik dia memang jumpa setan. Itu mulut macam asyik mintak kena maki aje.

"Asal kau dekat sini? Bukan aku suruh tunggu dekat tempat duduk ke tadi? " Soalnya dengan pandangan membunuh. Terus memucat muka aku. Ah sudah.

"Err.. A-aku.. Err... " Nak kasi tahu ke aku jumpa Berry? Mengaum singa ni karang, naya aku. Dah lah dia memang anti dengan gadis-gadis gedik. Lagi-lagi Berry.

"Apa Err? Kau nak cakap bahasa Err aje? Okay fine teruskan! "

Terus dia menonong pergi. Aku dah melompong. Aku aje atau Eldera..

Merajuk?

Ya Tuhan.

Malapertaka apa kau hadiahkan pada aku?

***

"Perlawanan terakhir untuk hari pertama kita akan berlangsung beberapa minit sahaja lagi! Peserta yang tertera si skrin harus bersiap sedia kerana ini acara individu dan juga, satu perlawanan yang boleh menyumbang markah yang banyak kepada kumpulan! Mari kita mulakan sekarang! "

Skrin hologram mula menjalankan tugasnya. Kesemua gambar peserta bermain di atasnya. Aku pula hanya berdoa agar bukan aku yang dipilih. Tolonglah, aku risau jugak ni. Nervous woi!

"Kau apahal macam nak mati ni? " Soal suara sumbang yang kononnya 'merajuk' dengan aku. Eh tak faham aku dengan mamat kepala batu ni! Angin senang sangat nak berubah!

"Nervous lah gila. Buatnya nama aku yang jadi pilihan hati si skrin tu, tak ke naya? Tak fasal-fasal aku madukan kau. " Ayat terakhir sengaja aku perlahankan seminima yang boleh. Kalau dengar dek Eldera ni, lagi susah ah aku nak ngorat.

Huh, kau memang dah gila Adrea. Bukan lelaki mengorat kau, kau yang ngorat lelaki. Pelik betul. Dari ekor mata, dapat aku lihat wajah mencebik si pujaan hati. Asal comel sangat ni? Nak kena gigit pipi ke ni?

"Nervous, nervous. Cuba kau tenangkan diri tu sikit? Lawan magic aje kut. Bukan nak mampus masuk kubur. "

"Boleh tak bagi ayat yang baik sikit? "Aku tak tahu nak kata apa dah dengan mulut dia ni. Damn, dalam banyak-banyak lelaki, dia jugak yang hati aku pilih.

"ELDERA! "

Panggilan Eryl menghentikan perbualan kami. Ternaik kening aku apabila dia selamba memeluk aku daripada sisi dengan senyuman tak bersalah. Tak tahu lah bayangan aku ke apa, wajah Eldera jelas kegeraman.

"Apa? "Soal Eldera dengan nada suara yang tertahan.

"Tengok skrin! "

Kini mata aku dan Eldera jatuh pada skrin. Membulat mata aku apabila gambar Eldera serta namanya yang tertera. Eh? Terus kepala aku toleh ke sisi apabila tidak merasai pelukan Eryl.

"Kau sengaja atau memang pilihan skrin tu? "

"Uhuk! U-udara!"

Keluhan panjang aku lepaskan apabila melihat Eryl elok dicekik Eldera. Nak kata bengap nanti merajuk balik pak cik ni. Tapi dah terang-terang skrin tu yang pilih. Haiih..

"Eldera, memang skrin tu yang pilih. Jadi boleh lepaskan Eryl? " Kesian jugak aku dengan kawan tu. Nak biru dah mukanya.

Terus tanganya melepaskan cengkaman di leher Eryl. Eryl pula laju menyorok belakang badan aku. Takut gamaknya. Bahu aku dipegang daripada belakang bersama muka yang cemberut. Lahai comelnya perangai.

"Habis leher aku. Hik. " Aku menahan senyum apabila mendengar rungutan seakan kanak-kanak itu. Macam-macam!

Eldera pula hanya memasukan tangan kedalam poket seluar sebelum kaki melangkah untuk turun ke kawasan tempur. Tangan Eryl aku tarik untuk melihat perlawanan Eldera di bahagian penonton kami.

***

"Baiklah, tanpa membuang masa lagi. Kita akan mulakan perlawanan individu yang pertama! Di sebelah kanan, wakil dari Kerajaan Dianthus! ELDERA! "

Penyokong baik dari kerajaan Dianthus mahupun dari kerajaan lain, bersorak dengan sangat kuat. Lebih kuat sorakkan mereka apabila Eldera muncul dengan muka tiada perasaan bersama tangan yang berada didalam poket seluar.

"Tch, annoying. "

"Di sebelah kiri pula, dari Kerajaan Orochi! KIZUKI!"

Seorang remaja berambut biru muncul dengan megahnya. Mata birunya bersinar cantik. Wajah tampannya jelas menunjukan riak bongkang dan sombong. Eldera dihadapanya dipandang sinis.

Eldera pula berasa jengkel dengan kemunculan lawannya. Kepala di toleh ke sisi. Tidak gemar memandang Kizuki yang mula menghampiri.

'Tak fasal aku kena tahan nafsu nak bunuh dia. Jengkel betul!'

"Heh. Nampaknya lawan aku bukan lah orang yang aku nak. Haah. Tak apa lah, at least aku boleh show off sikit dekat dia tu. " Ujar Kizuki bersama mata yang tertumpu pada Senri yang memerhati di bahagian barat coliseum.

"Huh? " Dan-dan aura hitam mengelilingi Eldera. Matanya bersinar di bawah kegelapan rambut hadapanya. Senyuman bengang juga elok terukir.

"Alahh kau tak perlu risau. Aku Tuan Kizuki Arashi, merangkap putera sulung Kerajaan Orochi akan berlembut dengan kau! Kahahaha! "

Ternaik-naik kening Eldera dengan urat yang mula timbul. Kedua-dua lengan bajunya di sisirkan sehingga paras siku. Jari-jemari diletupkan dan matanya tajam menikam susuk tubuh lelaki dihadapanya.

"Tak apa Tuan Kizuki.. "

Kizuki berhenti ketawa apabila terdengar suara Eldera. Matanya membulat apabila melihat aura seram yang mengelilingi remaja berambut emas itu. Liur diteguk susah.

"Kalau kau nak berlembut, aku yang akan berkasar. Jadi dengan senang hati aku mintak.. "

"Tolong kalah ya? "

Kizuki yang mendengar mula bengang. Pedang yang tersisip di pinggang, ditarik keluar. Kelilingnya mula membeku dan menyejuk. Eldera juga mengeluarkan kuasa bayang. Jari jemari mua mengelilingi si remaja seakan berararak.

"Wow-wow. Kehangatan bertempur sudah mulai keluar! Jadi tidak perlu kita membuang masa lagi! Mari mulakan first match! "

Pihak pengadil perlawanan memandang Eldera. Eldera hanya mengangguk tanda sudah sedia. Perkara yang sama di lakukan pada Kizuki.

"Dengan kiraan 3, 2, "

Eldera membongkokan badanya sedikit. Kekuda di buka bersama kaki kanan yang sedikit kehadapan. Matanya tajam bagaikan helang yang ingin menerkam mangsa.

Kizuki juga tajam menatap Eldera yang sudah bersedia. Badan direndahkan bersama pedang yang diangkat sehingga paras matanya.

"MULA! "

DUUUUSHHHHHHH!

Pedang Milik Kizuki menghentam kuat bayang Eldera yang seakan pedang yang beribu jumlahnya! Tidak cukup dengan itu, bayang-bayang itu mula menyerang secara rawak menyembabkan Kizuki agak terkial kial ingin menyerang!

DUSHHHH!

DUUUSHHHH!

"SHIT! "

BAMMMM!

Kaki diangkat tinggi lalu menghentam tanah dengan kuat! Ais seakan gunung naik secara mendadak! Coliseum bergegar hebat dan para penonton semakin teruja!

Eldera yang berada diatas gunung ais itu hanya beriak kosong. Telapak tangan menyentuh permukaan ais itu. Badanya bercahaya kehitaman. Mata di tutup untuk menumpukan kuasa.

"Apa yang dia nak buat Eryl? " Soal Adrea hairan. Bayang-bayang Eldera masih lagi menyerang Kizuki yang berlari diatas gunung ais itu. Dapat dilihat dengan jelas Kizuki mara kearah Eldera. Jadi mengapa lelaki itu seakan membiarkanya?

Eryl tidak pantas menjawab. Sebaliknya, dia hanya senyum dan memerhati rakannya.

"Ada sesuatu yang kau kena tahu tentang cara Eldera berlawan. "

"Huh? "

"Kalau dia serius, lawan dia akan mati. Eldera lebih suka membunuh daripada menyeksa."

Adrea terkedu disaat mendengar sepotong ayat itu. Matanya tertacap pada Eldera yang mulai bangun dengan mata yang mula terbuka. Mata yang berwarna merah. Bayang dibelakangnya pula membentuk sepasang sayap syaitan yang membuatkan semua penonton tergamam.

"E-Eryl. "

"Tenang. Sekarang dia tak serius pun. Dia hanya nak panaskan badan. Dah agak lama aku tak tengok dia guna teknik tu. "

"Maksud kau? "

"Shadow wings. Atau lebih tepat.. "

"Sayap syaitan. "

Serentak Eldera dan Eryl menutur kata. Dalam masa yang sama, Eldera memecut kehadapan sehingga permukaan ais yang dipijak merekah! Bayangan yang menyerang Kizuki hilang membuatkan si putera terpinga-pinga.

"Apa yang-"

BAMMMMMM!!

Belum sempatpun dia mahu menghabiskan ayat, mukanya dicengkam kuat lalu dihentam pada permukaan aisnya sendiri! Eldera tersenyum ngeri lalu dia menarik kepala Kizuki yang masih terbenam mengelilingi gunung ais itu!

Para penonton mula tergamam dan mereka dikejutkan lagi apabila Eldera melambung tubuh Kizuki keudara! Sayap dilebarkan lalu kaki menolak badanya keatas! Kawasan kakinya berpijak merekah sehingga ke dasar!

"Aku paling benci dengan manusia yang bongkak! "

Perut Kizuki disepak kuat! Tidak cukup dengan itu, tanganya juga naik melepaskan beberapa tumbukan!

"Kau silap besar kalau cari fasal dengan Eldera. Dia tak pernah bermain dengan kata-kata. Kalau dia nak dia buat. " Tutur Eryl lalu menutup matanya bersama tangan yang bersilang didada. Adrea pula semakin kagum apabila melihat sayap Eldera yang cantik terbentuk.

"He maybe have a black feather but.. "

Kini Eldera mencengkam rambut Kizuki. Kizuki yang agak parah mula membulat mata apabila seakan tahu apa yang bakal terjadi kepadanya! Ingin melawan, tetapi bayang-banyang Eldera mengikatnya sehingga tubuhnya kaku!

"…It's so beautiful. Macam langit malam yang ditemani bintang. "

Sayap dikepakkan dan tubuhnya mula menjunam kebawah! Kizuki berserah seandainya kepala berkecai menjadi cebisan! Para penonton juga menutup mata seakan tidak percaya!

Semakin lama semakin hampir kepala Kizuki menemui ajalnya! Para penonton mula bangun daripada duduk! Begitu juga para kerabat diraja kecuali seorang raja. Dan dia, tersenyum sinis.

"Interesting boy. "

Masa seakan-akan bergerak perlahan! Para pengadil kelang kabut dengan situasi itu! Kesemua pasukan mula gabrah begitu juga Adrea dan ahli yang lainya. Eryl pula hanya senyap bersama senyuman.

"This guy.. He never change. "

Hanya tinggal beberapa meter sahaja untuk kepala Kizuki berderai. Air matanya mengalir deras! Dalam hati sudah berdoa dan menyesal kerana berlaku bongkak!

"Goodbye hell prince! " Bisik Eldera dengan senyuman sinis. Mata Kizuki membulat dicelahan jarinya. Gigi diketap geram.

"Kau-kau memang syaitan! "

"Heh. Kata-kata terakhir yang indah."

BAMMMMMMMM!!!

Kemua manusia yang berada di dalam coliseum itu tergamam habis! Kepala Kizuki berderai hebat! Retakan tanah kuat terhasil bersama angin kencang ! Darah tersembur disana sini! Otak bergelimpangan di mana mana.

Para penonton terdiam seribu bahasa. Ada yang menutup mulut seakan mahu muntah. Kerabat diraja juga tercegang.

"A-apa yang.. "

Permaisuri Kerajaan Orochi terduduk dikerusinya. Eldera di bawah pula melepaskan kepala Kizuki tanpa perasaan. Matanya memandang setiap satu wajah yang jelas terkejut.

"Ini dah melampau! " Kini Raja Kerajaan Orochi, Kizue bangun daripada duduknya. Matanya merah menahan marah!

"Kau-"

"HAHAHAHAHAHA! "

Kini semua mata tertumpu pada Raja Shiro yang sudah mengekek ketawa bersama perut yang dipegang. Air matanya juga mengalir kerana tawa yang tidak berhenti. Semakin panas Raja Kizue dengan lagak Raja Shiro.

"Kau jahanam Shiro! Itu anak aku! "

Kolar baju Raja Shiro dicengkam dengan bengang. Jeneral Luke yang ingin bertindak ditahan oleh Permaisuri Emyriel. Terkebil-kebil dia jadinya tetapi mengangguk faham apabila melihat sengihan tak bersalah rajanya.

"Mestilah anak kau. Tak akan anak aku kut? Oh tolonglah. Anak aku ada lima aje. Yang keenam dan ketujuh dalam proses. Kalau boleh nak sampai sepuluh. Boleh buat team bola. " Selamba Raja Shiro membalas walaupun Permaisuri Emyriel sudah menghadiahkan jelingan maut.

'Nak sangat tidur luar dia ni. Fikir beranak senang ke?'

"Kau-"

"Tengok baik-baik. Budak tu tak bunuh anak kau. "

Kesemua penonton termasuk kerabat diraja tercegang. Perlahan-lahan kolar baju Raja Kerajaan Emarald itu dilepaskan. Mukanya jelas kebingungan.

"Apa maksud kau? "

"Aku suruh kau tengok kan? Tengok aje lah. Banyak pulak bunyi. " Jawab si raja dengan nada malasnya. Dia duduk di kerusi diraja kembali bersama pipi yang ditongkat. Kaki pula elok bersilang.

Dengan rasa hairanya, Raja Kizue menoleh ke sisi. Hampir melompong dia jadinya apabila wajah Eldera merekah.

"A-apa?! " Raja Shiro senyum sinis.

"Dark Shadow's secret Art.. "

Rekahan yang asalnya sedikit, perlahan-lahan merebak sehingga membentuk bongkah! Kesemua mereka terkejut dan ada yang melompong.

"…Mental breakdown. "

KRANGGGGG!

Bongkah itu meretak dan akhirnya terpisah menjadi cembisan. Meninggalkan bayang-bayang hitam yang mengelilingi seakan jejari. Tidak lama kemudian, jejari bayang mula mengecil dan membentuk sepasang sayap hitam yang berada di belakang tubuh Eldera.

Mereka semua melompong apabila melihat Eldera hanya mengenggam wajah Kizuki yang tiada sebarang cacat-cela. Si putera hanya melutut sahaja. Perlahan-lahan tangan di jauhkan dan tubuh sang putera jatuh ketanah. Matanya putih dan mulutnya ternganga bersama liur.

"Mental breakdown. Salah satu teknik rahsia bagi pengguna kuasa Bayang Kegelapan. Tak susah pun nak guna kuasa tu memandangkan kuasa itu hanya bermain dengan mental lawanya. " Terangnya Raja Shiro dengan tenang.

"Lagi pun, penggunanya hanya perlu sambungkan bayang miliknya bersama bayang musuh dan POF! Mental terganggu dan kita pun ditipu yow! "

Jeneral Luke dah tepuk dahi dengan kerenah tak matang rajanya. Percayalah, dalam banyak-banyak kerabat diraja, Raja Emarald yang paling sengal dan paling tak boleh bawak bincang! Katanya, memang keturunan Ryuzaki susah nak serius sebab kena sumpah.

Kepala hotak dia kena sumpah! Haiih.. Dia pun dah give-up nak nasihatkan sahabatnya itu.

"E-Eldera, ELDERA DARI KUMPULAN DEADLY SIN MEMENANGI PERLAWANAN KALI INI! "

"KYAAA!!"

"WOOW! "

"SO COOL! "

Adrea hanya mampu ketawa. Mati-mati dia ingat Eldera akan membunuh. Eryl disebelah juga turut ketawa. Tanganya naik mengusap kepala Adrea.

"Eldera tak akan membunuh tanpa sebab. Kau mesti percaya dengan setiap tindak tanduk dia Ad. Sebab dia lelaki yang berkata-kata melalui perbuatan. " Ujar Eryl berserta nasihat. Mahu Adrea tahu persaan Eldera melalui perbuatan sahabatnya. Adrea mengangguk dengan senyuman manis. Kini matanya bertembung dengan mata hijau Eldera.

Kedua-duanya tersenyum.

Tersenyum dengan penuh makna.

Senyuman yang membawa maksud,

'I love you.'



2000+ patah perkataan kali ni. Ada yang mula bencikan Berry? Tak. Memang Berry dibenci sejak kemunculan pertama. Termasuk saya😂 Lagi-lagi chap yg akan datang. Hehe

Alright vote and comment kalau best and enjoy guys 😄💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top