Chapter 4 | They Arrive

Suasana di Dinning Hall riuh rendah dengan suara para pelajar. Setiap daripada pelajar datang daripada Guild-Guild yang berbeza memandangkan Academy Nightfall memang terbuka untuk semua Ahli sihir yang berkemahiran.

Di sudut paling hujung, sebuah meja dipenuhi tiga susuk tubuh. Adrea, Nicolas dan seorang gadis berambut merah jambu.

"Hahahaha..! Awak ni jahatlah Nico! Habis si Adrea jadi bahan dalam Persatuan Pelajar ! " gelak si gadis apabila teringatkan kegilaan Nicolas.

"Salah dia. Siapa suruh belagak sangat? " Balas Nicolas sinis. Adrea membalas dengan jelingan padu.

"Tak apa Koharu. Ada hari ada batas, lain kali kepala kau aku tebas! Eyy..Memang aku tanam kau hidup-hidup time tu, Nico! " marah Adrea dengan gaya pancung kepala. Nicolas hanya beriak selamba. Elehh tak takut!

"Wow.. Adrea. Tak sangka kau dah balik. "Teguran seseorang menyentakkan tiga susuk tubuh itu. Terus mata mereka dikalih pada 5 susuk tubuh yang elok tersenyum sinis.

"Datang dah kuman ni.. " Ujar Koharu dengan mimik muka menyampah. Nicolas mengangguk setuju. Adrea mula berdiri dengan wajah sinis.

"Ya aku dah balik. Hebatkan aku? Setakat kelas Alpha. Heh, celah gigi lah weh. "Ujar Adrea dengan nada angkuh. Nicolas dan Koharu membutang biji mata. Koharu menyiku-nyiku lengan sasa Nicolas.

"Weh ,Ad nak cari bala weh. "

"Eyy.. Tak sayang nyawa betul lah perempuan ni!! "

Faer terasa dirinya bagaikan dihina mencengkam kolar baju Adrea. Suasana Dinning Hall berubah kecoh dengan tindakkan Faer itu. Nicolas dan Koharu terus berdiri dan melangkah untuk menghalang perbuatan Faer.

"Ops! Korang jangan nak masuk campur! " halang dua orang lelaki dengan senyuman sinis. Seorang berambut hijau manakala seorang lagi berambut perang. Nicolas dah bengang tetapi niatnya terbantut apabila melihat isyarat daripada Adrea untuk tidak masuk campur.

"Heh, nampak tu? " ujar lelaki berambut hijau.

"Sial. " sumpah Nicolas dalam nada berbisik.

Adrea hanya memandang selamba seraut wajah bengis Faer. Tak rasa takut langsung dengan pandangan membunuh si lelaki.

"Apa? Kau nak tumbuk aku ke? Wow, gentlemen gila lelaki simpanan kau ni Berry. " Adrea main psychologi. Semakin bertambahlah kemarahan Faer.

"Kau..! "

PPANNGG!!!

Satu tamparan yang maha kuat, hinggap di pipi Adrea membuatkan gadis itu terlepas daripada cengkaman Faer. Terus terdiam satu Dinning Hall dek tindakan Berry itu. Nicolas dan Koharu dah membulat mata. Mereka ingin menerpa kearah Adrea tetapi dihalang dua lelaki itu.

"Berambuslah! " ronta Nicolas tetapi tiada kesan pada dua susuk tubuh itu. Begitu juga Koharu.

"Adrea! "

"Opss. Sorry dear, i tak nak tangan you pegang perempuan sampah ni lama-lama. Kotor. " ujar Berry seperti tiada apa-apa yang berlaku. Nicolas dah memaki macam-macam pada gadis itu. Suka hati nak sakitkan kembar dia! Tahu tak diorang dah macam 99.9% darah daging?! Dia pun sakit tahu tak?!

Adrea pula dah genggam buku lima. Matanya naik memandang wajah selamba Berry dan seraut wajah tergamam Faer. Dia bangkit daripada pembaringan. Pipi yang terasa agak sengal digosok. Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirnya. Mata ungunya berubah gelap sedikit.

"Sampah-sampah aku pun, aku tak jual badan hanya sebab nakkan sesuatu." Adrea berjalan perlahan kearah Berry yang jelas tergamam.

"Betul tak Berry? "

DUSSHHH!!!

Satu sepakkan dihadiahkan pada pipi gadis itu sehingga gadis berambut merah jambu itu terduduk kebelakang! Faer yang terkejut mula bengang, laju penumbuknya ingin melayang kewajah Adrea tetapi satu lembaga terlebih dahulu memberi satu sepakan pada wajah kacaknya. Faer terhumban kebelakang dengan wajah terteleng ke sisi.

"Sorry bro. Kau tumbuk Adrea, maknanya kau tumbuk aku jugak. " Ujar Nicolas tanpa nada. Koharu pula berdiri disisi gadis itu. Dua lelaki yang menghalang mereka elok dibelasah separuh mati oleh Nicolas. Kan dah cakap, jangan cari fasal dengan dia.

Berry dan Faer bangkit dengan muka yang bengis. Aura mula dikeluarkan. Para pelajar mula bersorak riang.

"Duduk belakang aku Adrea. " arah Koharu seraya auranya dikeluarkan. Begitu juga Nicolas. Tetapi Adrea ialah Adrea. Degil. Dia hanya kaku ditempatnya. Pedang yang elok tersisip disisinya digenggam kuat.

"Adrea! " marah Nicolas. Adrea hanya buat bodoh aje. Pedang ditarik keluar.

"Heh, bagus jugak kalau kau mati hari ni perempuan!! "

Serentak Adrea dan Faer menerpa kearah satu sama lain! Nicolas dan Koharu dah terbeliak biji mata! Tak lama kemudian bunyi lagaan pedang kedengaran! Adrea dan Faer bertempur hebat! Walaupun tiada seberang kuasa magic, pedang perak milik Adrea licah membatalkan setiap serangan Faer!

KTINGG!!

KTAANGG!!

Nicolas mula tak tenang. Adrea semakin lemah! Faer pulak asyik mengunakan sihir Aisnya! Mana adil!

BUUUMMM!!

"ADREA!! " Gugur jantunya apabila tubuh Adrea dilempar ke dinding dengan kasar! Nicolas ingin mara tetapi dihalang Berry dengan kuasa anginnya! Mata emas Nicolas bersinar garang! Berry tersenyum sinis seraya membuat isyarat bertarung. Tak sempatpun dia ingin membuat tindakan, tubuh Adrea elok tercampak ditengah ruang Dinning Hall. Badannya elok dipijak Faer. Makin mendidih darah Nicolas ketika itu.

"Kau memang perempuan lemah. " Ujar Faer dengan nada angkuh. Adrea sekadar senyum lalu meludah sehingga terkena kaki lelaki itu. Faer panas.

"Lemah fizikal tak apa, tapi jangan lemah mental macam kau. Dasar lelaki kurang kasih sayang. "

"KAU..!! " Tangan diangkat keatas! Sebilah pedang ais tercipta!

BUUMMM

Terdiam satu Dinning Hall dengan mulut yang melompong. Adrea pula terkebil-kebil dengan adegan yang baru sahaja berlaku dihadapan matanya.

"Eh? "

"Aduh-duh-duh! Siot arhh kau El! Sampai hati kau campak aku! " ujar seorang lelaki yang tadinya melayang dari arah pintu sehingga menghentam tubuh Faer. Tak leh bla, terbenam jugaklah tubuh mamat tu. Faer pula dah melayang keluar. Belubang terus dinding Dinning Hall tu! Lelaki berambut hitam itu keluar daripada tempat hempasannya. Apabila perasan banyak mata yang memandangnya, terus dia menoleh kebelakang.

"Eh? Huwarhh!! Sorry mamat muka pecah! Tu-tu! Tu semua salah mamat rambut emas tu! "

Ujar Eryl Ryuzaki yang dah pucat lesi apabila melihat tubuh Faer yang elok melekat di sebuah pokok melalui lubang yang berbentuk badan manusia. Jari pula menunding kearah Eldera yang dikelilingi aura membunuh. Urat-urat kemarahan elok timbul di wajahnya.

"Salah aku eh? " Eldera tersenyum manis. Bertambah pucat muka Eryl. Dia tersengih seraya membuat muka comel.

"Jomlah berbincang cayang. Tadi Ryl gurau aje. Mana tahu kek kesayangan cayang tu nak jatuh. Muehehe... " kaki dah sedia nak melangkah seribu.

"Mati please? "

Berdesup Eryl melarikan diri macam tak cukup tanah! Eldera juga hilang daripada pandangan sebaik sahaja Eryl lari menggunakan tingkap!

"TOLONG AKU AYAM PANGGANG!!! KEK NAK MAKAN AKU!! "

"JANGAN HARAP! SINI KEK DAH KEBULUR DENGAN MANUSIA!! SEBAB MANUSIA MACAM KAU KEK SELALU JATUH!! "

"AMPUN! ANAK HANYA NAK BERGURAU! "

"TIADA AMPUN BAGI MU!!" 

"TIDAKK!!! "

Alzer dan Alter yang memerhati diatas bumbung Academy itu menepuk dahi. Ini baru nak daftarkan diorang dua, nanti dah jadi pelajar academy ni entah apalah yang jadi. Riuh macam tu aje nanti!

"Betul ke kau nak diorang masuk ke sini Snow? " soal Alzer kepada wanita berkerundung. Wanita yang bergelar Snow mengangguk.

"Kau jangan risau fasal Ayahanda Eryl. Kami dah berbincang dengan dia dahulu. Dia sendiri setuju. "

Alter dan Alzer berpandangan lalu mengangguk. Puan Eriana juga bersetuju untuk masukkan satu-satunya anak lelaki dia ke academy ini. Mereka akur sahaja.

"WOI! WOI! JANGAN BAKAR SELUAR AKU WOI!! "

"HAHAHA.. AKU TAK KIRA! BAKAR!! "

Alzer macam nak nangis aje melihat perangai dua malaun tu. Sudahnya dia pandang Alter dengan mimik muka tak redha.

"Aku tak percayakan diorang bang. Lagi-lagi si Eryl tu. Kau tengok budak bertuah tu.. Huhuhu.. "

Terjongket-jongket kening Alter. Dalam diam dia bersetuju 500% dengan Alzer. Dia pun tak boleh nak percaya Academy tu mampu kawal dua manusia itu serentak. Seorang pandai tapi mulut macam peluru berpandu. Seorang lagi nampak pandai tapi bangang sikit perangainya.

Boleh jadi sejarah jugaklah academy ni nanti.

"Biar aku jadi guru dekat sini! "

"Eh? "

______________________________________________________________

😂sedekahlah vote dan comment andaa...

Enjoy your holiday ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top