Chapter 34 | Eryl's Rage
Hutan yang asalnya cantik dengan pokok menghijau, berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Berdiri ditengah-tengahnya seorang remaja lelaki berambut emas berjalur hitam. Senyumannya melebar menampakkan gigi taringnya. Aura yang sangat gelap mengelilingi tubuhnya.
Eryl yang baru sahaja menjejakkan kakinya dihutan itu, tersentap apabila aura gelap terasa. Hampir sahaja dia jatuh terduduk dek kerana aura yang menekan. Gigi diketap geram dan aura gelapnya juga dilepaskan.
"Babun lah dia ni. Ini kalau buta lagi memang aku rodok mata tu dengan garfu!" kaki yang pada awalnya berjalan , terus berubah menjadi larian. Apabila matanya menangkap satu susuk tubuh, serta merta dia melaung namanya.
"Eldera! "
SWOOOOOSSHHHH!!!
Eryl tergamam tetapi sempat dia mengelak tipis serangan bayang yang bagaikan pedang! Beberapa helai rambutnya terpotong dan pipinya terhiris sehingga sisik hitam keluar.
"A-apa? "
"Ah kau naga kecil. Aku ingat siapa. "
Bertambah tergamam Eryl jadinya apabila suara garau itu bertutur. Bukan suara Eldera, jauh sekali manusia. Inilah suara syaitan yang berada dalam tubuh rakannya.
Aeldera Tempests.
"Ka-Kau.. Aeldera? "
"Kenapa? Tak percaya? " soalnya dengan riak sinis. Setapak demi setapak dia mara ke arah Eryl yang kaku tidak bergerak. Setiap langkah yang diambil, pasti tanah merekah teruk. Dan, setiap langkah yang menghampiri, jantung Eryl mula berdegup kuat!
"Kau tak perlu risau naga kecil. Aku hanya boleh melihat dan berkata. Tapi untuk takluk dunia? " tangan diangkat lalu meletakanya pada bahu Eryl. Remaja lelaki itu merintih sakit dikala bahunya dicengkam kuat dan darah mula keluar! Pantas tanganya menepis kasar tangan si syaitan. Iris mata yang berwarna merah bak darah menjeling wajah geram Eryl bersama senyuman sinis.
"Mungkin lambat lagi. Man, Eldera memamg keras kepala. Sekarang ni pun di sedang melawan aku. " ujarnya lagi lalu jari telunjuk naik menunjuk sebelah matanya yang asyik bertukar hijau dan merah.
"Aura aku mungkin keluar tapi bukan kuasa aku. Huuh..Membazir betul. Lagi-lagi aura aku tak ada kesan pada kau langsung. "
"Jangan guna badan kawan aku sesuka hati kau. Bagi balik pada dia! " marah Eryl. Bahu yang terasa sakit diabaikan. Susuk tubuh dihadapanya lebih penting!
"Alright-alright... Tapi.. "
Sekelip mata tangan Aeldera mencengkam wajah Eryl! Eryl membulat mata apabila kepalanya dibenamkan kedalam tanah! Serta merta kawasan itu merekah hebat dan bergegar!
"Bagi aku berhibur dahulu! "
BBBBUUUURRRRRNNN!!!
Aeldera berdekah tawa apabila api kegelapan berwarna ungu naik bagaikan gunung! Tangannya yang terbakar dipandang dengan kegembiraan!
"Yes! Inilah kawan aku! "
"Shut up you damn demon!! "
DUUUUUUSSSSHHH!!
Eryl keluar disebalik api yang masih mengelilinginya! Satu sepakan dihadiahkan pada sisi kepala si syaitan membuatkan badanya terhempas pada bukit yang tidak jauh daripada kawasan hutan itu. Aeldera semakin teruja apabila badanya terhempas diatas bukit sehingga merekah. Darah hitam di bibir, dilap dengan hujung jari.
"Auww... So lovely! I love it! Come to me little dragon! "
"Heh, with pleasure! "
DUSSSHHHHHH!!
Penumbuk Eryl dan Aeldera berlaga kuat! Angin kencang terhasil dan tanah merekah dengan dahsyat! Anak mata Eryl yang berwarna hijau mula bercahaya hitam! Sisik-sisik hitam juga mula keluar pada penumbuknya!
"Why you holding back hah?! Scared to hurt this body?! "
"Heh, i never scared to hurt the body. I'm just scared to lose owner of the body ! "
"Hahahaha... How sweet of you? "
DUSSSHHHHHH!!!
Serta merta Eryl memuntahkan darah apabila Aeldera menghentam perutnya dengan lutut! Tidak cukup dengan itu, rambutnya dicengkam kuat lalu kepala dibenamkan kedalam tanah lagi!
Aeldera ketawa riang! Tubuh Eryl diangkat lalu di hempas ke tanah kembali! Sangat kuat! Seluruh kawasan retak dengan dahsyat! Burung yang melalui kawasan itu juga, mati dek aura sang syaitan! Bukan itu sahaja, sebelum sempat Eryl membuka langkah, Aeldera terlebih dahulu menggunakan kuasa bayang Eldera dan membentuk jari jemari tajam.
"Bye-bye little dragon.. "
ZAAAAAPPP!!
ZAPPPPPPP!!
"ARRGHHHHHG...!! "
Jeritan Eryl bergema diseluruh pelosok hutan! Bahagian belakang kaki, tangan serta tubuhnya banyak dihinggapi bayang-banyang yang tajam! Beberapa minit kemudian, dia kaku tidak bersuara.
Aeldera membuat muka sedih.
"Uuww... Mesti Eldera sedih lepas tahu aku bunuh kawan dia. Haiih.. Sayangnya. Aku boleh bunuh budak ni dengan kuasa aku, mesti lagi seronok kalau dia jadi cebisan. "
"Aku masih hiduplah syaitan!! "
DDUUUUUUUUUSHHHHHH!!!
Kini Aeldera pula yang menahan senak diperut. Matanya membulat sesaat sebelum ketawa. Ketawa dengan sangat kuat. Si syaitan berundur beberapa tapak kebelakang. Nafasnya mengah sebelum mata jatuh pada Eryl yang berdarah teruk.
Setiap bahagia tosokan bayangnya diperhatikan. Semuanya ditutupi sisik-sisik hitam yang tercalit darah milik sang remaja. Nafas Eryl juga mengah, tetapi dia mampu berdiri. Kini matanya tajam bagaikan seekor naga. Rambutnya naik keatas serentak dengan api kegelapan yang mula mengelilingi lenganya!
"DANCE OF DARK FLAME!! "
SSSSRRRRAAASHHHH!!!
SSLLLLLAAASSSHHHH!!
BBBUUUUURRRRRNNN!!
Api kegelapan milik Eryl bagaikan cemeti! Melibas tanpa penghujung, tidak berhenti! Libasan demi libasan hinggap ditubuh Aeldera! Lelaki itu hanya tersengih dan semakin teruja setiap kali serangan Eryl tidak mampu dielak olehnya!
"Yes! Yes! More little dragon! More! "
"Arrhhhh!!! Shut the the hell up!!! "
BAMMMMM!!
Api naik keatas bagaikan gunung! Bahagian pipi Eryl mula bersisik, begitu juga rambut yang mula berjalur ungu! Iris matanya serta merta berubah hitam gelap. Aeldera semakin kagum. Tambahan, enam pasang sayap berapi yang terbentuk dibelakang badan sang remaja membuatkan dia yakin akan satu perkara.
"Raja Naga Syaitan yang seterusnya ! " laung Aeldera dengan penuh keterujaan! Bayang mula mengelilingi dirinya!
"RROOUURRRRR!!! "
Eryl mengaum kuat bagaikan naga! Matanya tajam menikam mata Aeldera! Masing-masing meningkatkan kuasa dan aura!
"Dark flame... " kedua belah tangan Eryl diselimuti api yang membentuk kuku runcing!
"Shadow demon... " Belakang Aeldera muncul sembilan jejari yang tajam!
Serentak mereka menolak tubuh kehadapan! Impak daripada itu, tanah naik membetuk bongkah dan angin bagaikan puting beliung terhasil!
".. HELL PUNISHMENT!! "
".. FANG OF DESPAIR!!!"
SLLAAAASSSSHHHHHHH!!!
SLLAAAASSSSHHHHHHH!!!
SLLAAAASSSSHHHHHHH!!!
Habuk tanah naik keudara dan membentuk puting berliung! Serangan diantara Eryl dan Aeldera langsung tidak kelihatan sehinggalah semua habuk itu hilang daripada pandangan.
Kini Eryl berada diatas Aeldera bersama kuku berapinya yang terhala dileher sang syaitan. Aeldera tersengih apabila serangan dia hanya mampu mencederakan lengan sang remaja. Buktinya, hanya di situ sisik hitam muncul. Eryl pula berjaya membakar separuh tubuhnya.
"Now what? Kill me? "
Eryl hanya senyap. Kedudukan mereka masih sama. Sebelah kaki Eryl menekan lengan kanan Aeldera pada tanah. Manakala sebelah lagi memijak tanah.
"I won't. "
"Why? "
"Sebab ini bukan badan kau. Badan ni milik Eldera. Sahabat yang aku sayang. Tak kira apa pun yang jadi.. Aku tetap tak akan bunuh dia walaupun.. "
Eryl menghilangkan kuasanya. Badan juga dijarakkan daripada Aeldera yang mesih kaku diatas tanah.
".. mungkin suatu hari nanti.. Dia akan bunuh aku. "
Eryl tersenyum kelat lalu aura dan kuasanya hilang. Aeldera hanya senyap tanpa suara. Tidak lama kemudian, satu keluhan terlepas.
"Jeez, not interesting. Sepatutnya kau bencikan Eldera. Huh.. " badan Aeldera bercahaya hitam terang. Eryl hanya memerhati sebelum menghampiri. Tanpa sedar, air matanya menitis setitik.
"Aku tak akan mampu benci dia. Selama-lamanya tak akan. "
Eldera yang tidak sedarkan diri diangkat. Sebelah lengan Eldera berada di bahunya. Sebelah tangan Eryl menggenggam lengan Eldera manakala sebelah lagi berada dipinggang si remaja.
"Dekat sini! Cepat! "
Eryl tersentak apabila pekikan suara manusia lain kedengaran! Dia mengetap gigi sebelum mengubah posisi Eldera. Mencempung.
"Gosh, ini kali pertama dan terakhir aku angkat kau gaya puteri. Eeyyy... Terseksa jiwa lelaki aku! "
Dengan badan yang tercedera agak parah, Eryl memecut keluar daripada hutan! Kakinya laju berlari meninggalkan kawasan yang menjadi tempat pertempuran beberapa minit yang lepas.
Dalam masa yang sama, mata Eldera terbuka sedikit. Sempat dia menangkap keadaan wajah dan tubuh rakannya sebelum kembali tidak sedarkan diri.
'Maafkan aku Eryl...'
Dalam masa yang sama, Shiro Ryuzaki merangkap ayahanda kepada Eryl Ryuzaki sedang sibuk menulis dan menanda tangan beberapa laporan diatas meja. Satu keluhan keluar dari bibirnya dikala pembantunya masuk ke dalam pejabat dengan satu lagi timbunan kertas.
"Urgh.. Kenapa makin banyak kerja aku ni? " ujarnya tak puas hati apabila kertas itu selamat mendarat di hujung bilik. Pembantu merangkap rakan baiknya hanya ketawa.
"Laahh... Kan kau kata nak pergi Kerajaan Asoka esok? Memang kerja bertimbun lah. Korban lah sikit untuk anak-anak kau." Ujar si pembantu sebelum berdiri dihadapan rajanya.
Tajam Raja Shiro merenung si lelaki berambut oren.
"Kau diam, Luke. Aku tahulah kau tak ada kerja nak buat. Cuba kau dekat tempat aku? Baru tahu apa itu keletihan tak terhingga! "
"Banyak songeh kau. Kau ke aku yang raja sekarang ni? Kau kan? Buat ajelah kerja tu. "
"Ceh. Bukan nak tolong aku. " cebik Raja Shiro sebelum kembali menghadap kertas kerjanya. Luke Tsuyoshi hanya mengeleng kepala. Kalau Eryl ada ni, lagi haru hidup dia. Susah nak hadap perangai tak semengah dua ekor ni!
"Ingat tak ada hati nak tolong dah.. " perli Raja Shiro dengan nada rajuk apabila Luke mula mengambil beberapa laporan.
"Aku pikir kau raja aje ni. Kalau tak dah lama aku campak kau keluar tingkap..Grr, cuba bersyukur sikit aku tolong. " bengang terus Luke dengan rajanya. Dah tolong pun nak perli-perli ke?
"Baiklah intan permata kesayangan hati kanda, terima kasih kerana menghulur sepuluh jari membantu dinda di sini. Akan dinda kasi kasih dan sayang di hujung cerita ya? "
"Kepala babun kau. Buat kerja lah sakai! " Serius terseksa jiwa raga sekarang. Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Macam mana perangai si anak, macam ni lah perangai si bapak.
Dua-dua skru longgar dekat otak.
"Haiih.. Kau simpan ajelah dulu. Lepas habis War of Magic baru aku sign semua laporan. "
"Jangan tangguh kerja, ingat kau tu raja. Buat ajelah! "
"Eyyy.. kau tak pernah dengar ke? Kalau kerja kita banyak boleh mendatangkan stress yang sangat kronik. Kau nak ke kekasih gelap kau ni gila? Tak sayang ke? "
"Kau memang dah gila, gila. Lagi gila daripada zaman kita remaja! Arhh!! Stress aku macam ni! "
Berdekah Raja Shiro ketawa apabila melihat wajah tertekan sahabatnya. Oh yeah! King in the house yo!
"Ushh... Nampaknya aku kena hantar kau ke rumah sakit jiwa dulu ni. Jomlah, aku letak kau dekat bilik VVIP. "
"Sila ninggal weh. "
"Auch! So lovely! "
Semakin kuat Raja Shiro ketawa, semakin bengang Luke jadinya. Fuuh.. Cekal lah duhai hati. Takdir anda kerana terpaksa hadap perangai syaitan yini.
"Abang? "
Tawa Raja Shiro mati dan diganti senyuman gedik. Seorang wanita jelita masuk kedalam pejabatnya dengan pakaian diraja. Sangat gah dan menawan.
"Hai kesayangan. Nak ngorat hubby awak ke? Wow, mengancam seperti selalu. Auum.. "
Wanita itu ketawa kecil bersama muka yang memerah. Rambut hitamnya disisir kebelakang telinga. Luke pula membuat muka meluat apabila Shiro memberi flying kiss pada isterinya.
'Bapak gedik. Aku pun tak macam tu dengan Fuyu. '
"Tak adalah. Saya nak tengok awak buat apa. Tak tahu pulak yang Luke nak datang. "
"Laah..Cakap lah awal-awal nak datang. Ish kau ni Luke, kacau lah!"
Luke dah melompong. Aku jugak yang jadi mangsa? Ini yang mendatangkan kemarahan! Tidak sempat pun Luke nak membalas, satu susuk tubuh muncul dibelakang Raja Shiro! Membeluat matanya apabila tubuh itu memegang sebilah pisau! Kaki ingin melangkah tetapi di halang Permaisuri Emyriel Ryuzaki dengan senyuman.
"E-Emyriel? "
"Shh.. It's okey. "
SWOOSSHHH!!
Rja Shiro mengelak serangan hendap itu dengan mudah! Bilah pisau di halang dengan jari telunjuk dan jari hantunya! Membulat mata si penyeranga apabila tubuhnya elok diangkat dan diletakkan diatas meja kerja Raja Shiro.
Terkebil-kebil si penyerang yang bertubuh enam tahun. Mulut tercebik bersama tangan yang bersilang di dada.
"Eyy.. Sikit lagi nak kena ayahanda! "
Terus Luke menarik nafas lega sebelum menekup mukanya. Keluarga Ryuzaki tak boleh gila lagi ke?
"Heh, sorry little princess. Kau ada 100 tahun lagi nak cederakan ayahanda kau."
Puteri bongsu atau Shiory Ryuzaki hanya mencebik. Eleh, sepuluh tahun nanti pun dia boleh buat! Tengoklah nanti!
"Tak dapat cederakan Ayahanda kan? Dah pergi belajar sana. "
"Auuww... But i don't want to study Ayahanda. Kan tadi Shio dah belajar? Nanti kalau sel-sel terlebih berhubung macam mana? Ayahanda nak ke Shio jadi playgirl macam abang Eryl? Nak? " soal Shiory dengan polosnya. Raja Shiro buat muka terkejut.
"Oh my god! Tentunya ayahanda tak nak Shio jadi macam Eryl! Okey tak payah study! Jom lepak dekat taman! Yeahh!! Hidup Ryuzaki! "
"Iyess! Hidup Ryuzaki!! Hahahahaha! "
Luke buat muka seposen.
"Okey i'm out," Terus kaki melangkah keluar dengan muka pasrah. Dah tak larat nak hadap perangai raja dan puteri bongsu. Set-set otak mereng.
Permaisuri Emyriel pula hanya ketawa dengan telatah tujuh tahun si suami bersama anak mereka yang berusia enam tahun.
"Memang penghibur hidup betul.. "
______________________________________________________________________________________
Aeldera hampir kawal tubuh Eldera tapi bukan sepenuhnya. Well Aeldera guna kuasa Eldera dan bukan kuasa dia ya?
Don't worry, ribut taufan masih belum Aktif 😂ni kita buat yg hujan2 aje dulu dan akan di susuli kilat. 😂
😂amenda? Rasa macam dah ke laut hindu pulak. Keluarga Eryl punya fasal. Bak kata Luke, set-set otak mereng😂
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top