Chapter 33 | Unexpected encounters
Eldera POV
"Wow! Cantiknya tempat ni! "
"Ad! Ad! Tengok tu! Ada air terbanglah!! "
"Nampak ikanlah weh! "
"Kyaaa!! Kawaii!! "
Tergeleng kepala aku dengan kerenah tiga figura yang melompat-lompat kegembiraan. Macam budak lima tahun! Nicolas juga tidak terlepas menekup mukanya dek malu yang amat, apabila ramai mata-mata memandang.
Mana taknya, kalau yang perempuan macam Adrea dengan Koharu aku okay lagi. Ini Eryl pun join sekaki? Tak leh blah mamat tu yang paling over nak mampus!
Rasanya dia lagi 'perempuan' berbanding Adrea dan Koharu.
Bukan member aku. Member aku lelaki sejati duh...
"Oh my mama! Adrea, Haru! Tengok ni! Comel lah babi ni! "
"Oi! Jaga bahasa Ka-wah! Cutenya!"
"Kan?"
Dapat aku rasakan ramai yang mengata Eryl sekarang. Sumpah gaya dia kalah perempuan. Kadang-kadang aku harap dia ni belagak normal walaupun hanya untuk sehari.
It's a blessing if that thing really happened to me tho. Sad life betul.
Ah by the way, sekarang kami dah sampai dekat Kerajaan Asoka, bandar Aria. Tempat War Of Magic bakal berlangsung. Dek nak jimatkan wang, Sir Richard hantar kumpulan kami dan kumpulan Faer dengan teleportation aje.
Sadis.
"Tak sangka tahun ni mereka adakan War sekali dengan D'Dragon Festival. "
"D'Dragon Festival? "
Natang apa pulak ni? Eryl tak cakap apa pun dekat aku. Nicolas mengangguk seraya tangan naik menunding pada banner-banner yang dipasang hampir disetiap jalan dan lorong. Tertulis 'Festival' berserta gambar naga hitam diatasnya.
"Selalunya Festival ni berlangsung selepas War. Tapi tahun ni serentak. Itu aku pelik. Kira lama jugaklah tahun ni punya festival. "
Keluh Nicolas seraya berjalan mengikut tiga ketul manusia dihadapan kami. Aku juga mengikut dirinya. Akira? Entahlah, kata Eryl lelaki kecik tu ada urusan sikit.
Aku tak tahu kenapa Eryl meroyan gila bila tahu Akira tak turut serta semasa ke mari.
"Oh dunia! Kenapa kau tidak benarkan dia bersama daku! Eldy! Kenapa semua ni jadi padaku?! Adakah aku tidak sesuai untuk diaa?!! Arhhh!! "
"Kau diam bab*. "
"Tengok! Kau pun tolak aku! Huwarh!! Aku memang patut ditolak dan diketepikan! "
"Grr... "
Hormon tak betul gamaknya. Aku tumbuk baru nak senyap mulut tu.
"Apa tujuan Festival ni Nico? " soalku sekaligus melenyapkan bayangan Eryl.
"I don't know. Ada yang kata ini untuk pemujaan Naga Syaitan dan ada yang kata untuk halau Naga Syaitan. Yang mana betul pun aku tak tahu lah. "
"Naga Syaitan? "
"Ha'ah."
"Eldera! Nico! Cepat datang sini! "
Serentak kepala aku dan Nicolas berpaling ke hadapan dikala suara cemas Adrea dan Koharu berselang seli memanggil. Hampir ternganga mulut aku dan Nicolas dengan pandangan didepan mata.
"Kau buat apa ni Eryl?! "
Terus kaki kami berdua berlari untuk mendapatkan Eryl yang kini elok membelasah seorang lelaki!
DUSSHH!!
DUSHHH!!
"Tarik balik kata-kata kau lah bangsa*! "
"Arghh! "
Payah jugaklah nak jauhkan si Eryl ni daripada lelaki ni, sekali dia mengamuk bukan senang nak tenangkan! Apa dah jadi ? Tak sampai seminit aku toleh ke arah lain, masalah dah muncul.
"Taik! Tarik balik kata-kata kau pada Adrea! Jangan sampai aku bunuh kau nanti lah!!"
Terpinga-pinga aku dengan Nicolas. Dalam masa yang sama, kami sedaya upaya menghalang amukan marah Eryl. Jarang Eryl marah sampai macam ni. Selalunya dia bodoh-bodoh aje perangai, tapi kalau libatkan orang yang disayang, haa taulah mana bulan mana bumi.
"Tenang Ryl. Jangan buat kecoh.. Nanti kau yang jugak yang susah. " Pujuk ku seraya cuba menenangkan si lelaki. Dada yang berobak kencang, mula kembali tenang.
"Heh, aku cakap benda betul. Dia tu perempuan sundal! Keluarga terkutuk daripada dulu! Sebab tu perempuan tu kena buang dalam hutan! Sepatutnya dia diharamkan daripada War ni! Pergi mampus ajelah!! " Eryl kembali bengang. Buku lima dikepal.
"Jahanam kau! "
DUSSSHHHH!
"Jangan hina orang lain kalau diri sendiri lagi hina daripada binatang! "
Tangan yang selamat mendarat di pipi lelaki itu aku usap . Amarah aku hampir sahaja tidak dapat dibendung kalau bukan sebab kami di Festival sekarang. Eryl tergamam sebelum aku lihat tersengih sinis lalu berada disamping aku. Lelaki yang berjaya mendapat penumbuk aku mengesat bibirnya yang berdarah.
"Cih, Kau tak kenal keluarga dia! Semua orang tahu fasal budak tu! Keluarga terlahanat! "
Walaupun Adrea hanya beriak tenang, aku tahu dia terasa. Shit. Aku benci bila dia pendam perasaan. Kenapa ramai sangat suka hina dia? Apa salahnya seorang Bellvania ni? Bukan mereka keluarga yang dah selamatkan umat manusia dulu?
Kacang lupakan kulit. Inilah. Memang sepadan sangat.
Gigi aku ketap geram. Tak ada siapa boleh hina gadis aku! Tak sempatpun aku nak belasah si lelaki, dia awal-awal dah melutut dihadapan aku dengan badan yang menggeletar. Terkebil-kebil aku dengan Eryl dengan tindakan drastik itu.
"Tolonglah jangan buat kecoh dekat Festival.."
Aku tersentak dengan suara itu dan serta merta badan dikalih kebelakang. Hampir hitam dunia aku dikala melihat wajah si jejaka yang hanya tersenyum manis. Nafas aku bagaikan tersekat dikerongkong.
Wajah yang aku tak nak tengok, wajah yang dah seksa ibu, wajah yang dah buang aku dan ibu, dan wajah yang membuatkan aku menanam benih benci dalam hati sedari kecik.
Nash.
Shit, shit, shit...
"Ma-Maaf tuan Nash.. "
Nash hanya ketawa kecil lalu jalan melepasi aku dan Eryl. Tangan aku genggam sekuat hati. Jari-jari yang mencucuk tidak aku hiraukan. Perasaan marah dan dendam lebih menguasai tika ini.
"Eldera.. " Eryl menepuk bahu aku dengan riak risau. Aku diam. Aku takut kalau aku bercakap nanti hanya akan menghambur makian.
"Tolong jangan buat macam tu lagi ya? Kau boleh pergi sekarang. "
"Terima ka-kasih tuan. Saya janji benda ni tak akan berlaku.. "
Sekali lagi, Nash hanya ketawa lalu mengangguk. Lelaki tadi berlalu pergi. Sempat dia menjeling aku tajam. Aku tidak membalas kerana, apa yang aku nampak..
Lelaki tu dah mati. Mati dalam tangan aku sendiri..
Kenapa semuanya nampak merah?
"Pergi ke hutan sebelah barat. Aura Aeldera hampir keluar. Aku dapat rasakanya. " bisik Eryl membuatkan aku tersentak. Serta merta bayangan berdarah itu hilang.
"Maaf. "
Aku mengerling Adrea dengan senyuman kelat sebelum terus memecut meninggalkan kawasan itu! Segala panggilan aku abaikan . Aku tak boleh bunuh sesiapa, terutama Nash. Lelaki itu tak sepatutnya dibunuh! Dia harus terseksa macam ibu!
Saat kaki aku menjejak hutan yang dikatakan Eryl, serta merta dunia aku gelap dan diganti dengan seraut wajah syaitan yang setia menunggu.
"Eldera.. "
Shit.
Kenapa kau jugak yang muncul?
***
Eryl menghela nafas berat dikala Eldera hilang daripada pandangan. Dendam Eldera pada bapanya sendiri melebihi segalanya. Lelaki itu pernah mengaku dihadapanya, bahawa dia sendiri yang akan tamatnya nyawa si ayah.
"Aku akan bunuh dan seksa dia. Sama macam mana dia dah buat pada aku dan ibu dalam diam selama ni. "
Eryl tak mampu berkata apa dan hanya mampu memujuk Eldera sehabis baik walaupun dia tahu usahanya sia-sia sahaja.
"Eryl.. " Eryl menoleh kesisi dikala Adrea memanggilnya dengan nada risau. Lelaki itu sekadar senyum kelat. Rambut si gadis diusap.
"Kenapa dengan Eldera, Ryl? "
"Maaf, tak boleh bagi tahu. Belum masanya lagi. " sisi kepala Adrea di cium seperti seorang abang yang cuba menenangkan adiknya. Dan ianya berjaya. Adrea tenang seketika.
"Kawan kau okay aje kan? "
Kini empat pasang mata tertumpu pada Nash yang beriak serius. Eryl mengeluh kasar lalu menganggukkan kepalanya.
"Dia baik. Cuma mabuk ketum aje. Muntah lah tu. "
"Huh? "
DUSSHH!
Naik senak jugaklah Eryl apabila perut disiku kuat oleh Adrea yang berwajah geram.
'Suka-suki aje kata Eldera aku mabuk ketum! Dia tu pulak mabuk cinta dengan Akira! Eh? Euuww.. Bapak gay!'
"Senak perut aku duh.. Kau memang tak sayang kawan ke apa? Adehh.. "
"Eyy.. Siapa kawan kau? "
"My god! Adrea! "
Membulat mata Eryl lalu tangan naik menekup mulutnya bersama linangan air mata. Adrea buat tak layan dengan sikap tak matang Eryl. Kejap macam perempuan, Kejap serius, kejap sengal. Sudahnya satu aje bermain dalam fikiran Adrea.
"Kau ni ada split personality ke apa duh? "
Eryl buat muka selenga dia. Sudahnya dia hanya ketawa lalu merosakkan rambut Adrea. Serabut habis!
"ERYL!!! "
Nash yang memerhati sedari tadi hanya ketawa dengan kerenah mereka. Tak lama kemudian, fikiranya melayang pada memori lama. Memori bersama seorang gadis yang pernah merajai hatinya.
"Nash.. " panggil si gadis dengan senyuman melebar. Cepat-cepat Nash hapuskan bayangan itu.
'Kau dah ada isteri dengan anak Nash. Jangan fikirkan dia. '
"Err.. Tuan Nash buat apa dekat sini? " soal Nicolas apabila perasan Nash hanya mendiamkan diri. Lelaki berambut hitam itu hanya sengih.
"Jalan-jalan tengok kawasan. Kalau tak ada apa-apa aku mintak diri dulu. Selamat tinggal. "
Nicolas dan Koharu hanya mengangguk lalu melambai kearah Nash yang sudah beredar. Eryl dan Adrea pula hanya diam lalu berpandangan sebelum mengangkat bahu.
"Alright, aku rasa better balik ke rumah penyinampan kita. Ni kunci. "
Kunci yang berada di tangan Eryl dibaling pada Nicolas. Berkerut dahi Nicolas dikala melihat bentuk anak kunci itu.
"Wait, ini bukan kunci yang cikgu bagi. "
"Ha'ah. Tu kunci rumah yang aku beli dengan Eldera dua hari lepas. Yang cikgu bagi aku 'terbakar'. Hehe.. "
"Hah? Kau biar betul?! Rumah mana kau beli ni duhh? Jangan cakap rumah pelacur pulak?!"
"Siot kau. Segatal-gatal aku, aku tak ajak member duh. Pergi sorang."
"The hell.. "
"Tipu aje. Bangang tu simpan sikit please? Aku suci okay? "
Nak aje Nicolas kerat mulut mintak kaki depan dia ni. Biar tak bercakap terus! Fuhh.. Sakit hati jantan ni.
"Don't worry lah.. Ni Eldera yang pilih. Aku bayar. Rumah Cristal Light tak silap aku. "
"WHAT?! "
Terjongket kedua belah kening Eryl dek jerita rakan-rakanya.
"Dah kenapa? "
"Ru-ru-rumah tu untuk bangsawan aje kut! Macam mana kau boleh beli?! " hampir pucat muka Adrea apabila mendengar nama tempat berteduh mereka. Dalam kepala dah fikir berapa banyak Gold yang melayang.
Kalau dia, dah berhutang. 100 tahun pun belum tentu langsai.
Jadi hamba abdi jugalak lah kut.
Fuh! Seram hawau!
Eryl hanya meledak tawa lalu membuat muka kerek nak mampus.
"Orang kaya biasalah. Petik jari aje duh.. "
"Eyy.. Belagak! "
"Hehehe.. Okay lah, aku nak cari Eldy jap. Dia tu mana boleh jauh dari aku. Nanti rindu, pastu suka. Auch! Aku tak nak lah ada cinta terlarang antara kami hehe.. "
"Mampus kau duhai syeton! Dah blah lah kau! " Halau Nicolas kasar apabila mula jengkel dengan kegedikan Eryl.
Adrea pula dah rangka cara nak bunuh orang tanpa ada bukti. Ala-ala macam Jack the Ripper gituw..
"Baik lah kekasih gelap ku, akan ku pergi meninggalkan mu, hahahaha! Jangan rindu ya sayang? I tak nak madukan you dengan Eldy dan Akira.. Susah I nak jaga! "
"Babun kau. "
Berdesup Eryl melarikan diri bersama tawanya. Nicolas merengus seraya beredar bersama Adrea dan Koharu. Lagi dia layan, lagi gila jadinya.
Mereng dan Eryl berpisah tiadaaa..
Dalam masa yang sama, seorang lelaki bertopeng emas memerhatikan mereka disebalik dinding bersama tangan yang disilangkan ke dada. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dua susuk tubuh lagi hanya tersenyum teruja.
"Harap-harap dia masih ingat kita. "
"Heh, kalau dia lupa, tahu lah buku lima aku ingatkan. "
"Kita tengok di War nanti. Jom. " Ujar si topeng emas lalu hilang disebalik bayang.
__________________________________________________________________________
Nah belanja satu chap☺️
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top