Chapter 30 | Something wrong
Mata hijau Eldera naik memandang gadis yang elok bercekak pinggang dihadapanya. Muka si gadis jelas merah ditambah juga dengan urat-urat geram.
Sebelah kening terjongket dengan riak bosan. Dia pula senang aje duduk di sofa single berwarna hijau di bilik belajar Adrea.
"Kau kenapa Adrea? Baru lepas membuang ke apa? Tangan basuh tak? "
Semakin mendidih lah Adrea mendengar ayat yang meluncur keluar dari mulut si jejaka. Kecik aje Eldera dimata Adrea. Ada jugak yang makan penyepak sulung dia nanti. Syaitan dah berbisik macam-macam dekat telingan ni, tinggal dia aje nak laksanakannya.
"Kau tahu tak kau dah buat apa dekat aku? " soal Adrea dengan nada tertahan. Eldera pula membulat mata bersama tangan yang ditekup ke mulut. Over.
"My god, aku buat kau mengandung ke? Kesan sebab aku cium kau dulu? Wow, senang betul kau mengandung. "
"Kepale hotak kau! Eyy… Kau dah buat aku jatuh miskin lah! "
"Oh. "
Sakit jiwa dan raga. Ringan aje tangan Adrea nak landing dekat muka batu bata tu sekarang. Bersepai aje nanti.
"Aku buat kau miskin apa? Miskin kasih sayang? Lar.. Kenapa tak cakap? Meh sini duduk atas riba aku. Dengan senang hati aku kasi kasih sayang yang sangat mendalam. " ujar Eldera dengan lirikan menggoda.
Muka Adrea dah merah padam. Laju tanganya mencapai buku diatas meja belajar lalu dibalingnya pada Eldera! Lelaki itu pula selamba menangkap. Semakin panas hati Adrea apabila lelaki itu memberi muka mengejek.
"Buku aje ? Hati kau bila nak kasi? "
"Eyy!!! "
Eryl yang baru sahaja sampai dihadapan rumah Adrea, meneguk liur apabila melihat keadaan pintu rumah yang dah ranap seperti dihentam teruk oleh sesuatu.
"Bapak kejam kau Eldera. Dulu pintu belakang kau ranapkan, kali ni pintu utama pulak? Habis duit Adrea macam ni. "
Keluh Eryl diluar rumah itu. Niat mahu pergi ke Academy dengan dua sahabatnya itu, tapi ada pulak 'perang' pagi ni.
Ni mesti kes Adrea cabar dia dalam group malam tadi. Katanya kalau Eldera pecahkan pintu rumah dia tu, Adrea janji akan belanja dia kek.
Tapi aku rasa Adrea bergurau aje kut.
Kalau melibatkan kek semua benda Eldera ambil serius.
Hantu kek sungguh.
"GANTI BALIK PINTU AKU CELAKA!!! "
"Eh, Tak payah ah ganti. Cantik apa pintu tu? Hasil tangan aku tau? Hargailah gift aku tu. "
"YOU LITTLE...!!! "
Satu lagi keluhan terbit di bibir Eryl dikala barang-barang mula keluar daripada tingkap atas rumah Adrea. Kerusi lah, meja lah, buku lah. Macam-macam!
Eldera pun satu. Pagi-pagi dah cari fasal dengan budak tu kenapa?
"Nampak macam aku kena pergi dulu lah ni. Puyu kau teman aku eh? " soal Eryl kepada tupai Adrea yang berjalan kearahnya. Puyu melompat keatas tangan Eryl sebelum sedap landing di kepalanya.
"Pururu.. "
"Hehe.. Comel lah kau ni. Betina en? Nak keluar dengan aku tak? "
"Purururu? (Excuse me?) "
Sudahnya Eryl tak habis bercelote itu ini dengan si tupai. Kena faham, orang forever alone memang sadis sikit. Binatang macam Puyu pun boleh jalan..
Adrea dan Eldera yang memerhati dibalkoni mengelipkan mata sebelum berpandangan antara satu sama lain.
"Sadis gila,"
***
Muka Adrea masam mencuka sepanjang perjalanan ke Academy. Eldera disebelahnya langsung tidak di tegur. Merajuk!
"Masam aje muka kau apahal? "
Tegur Nicolas sebaik sahaja Adrea masuk ke kelas. Jelingan maut dihadiahkan kepada manusia tidak berdosa itu.
"Kau diam memerang bermata emas. Nanti tak fasal-fasal buku lima aku hinggap dekat muka tu. " rengus si gadis seligus melempar begnya diatas meja.
Nicolas mencebik tak puas hati. Kau samakan aku dengan memerang?
Wajah batu Eldera dipandang. Mengingikan penjelasan mengenai mood swings best friendnya. Faham dengan pandangan Nicolas, Eldera melirik pandang Adrea sekilas. Senyuman nakal terbit dibibir lelaki itu.
"Bulan merah yang berdarah. "
"EXCUSE ME?! " Terus Adrea bangun daripada duduk dengan muka yang garang.
"Ops salah? Eh aku lupa.. "
Kini Eldera memaling wajah ke sisi. Menatap sepasang mata garang sang gadis pujaan hati.
".. kau mengandung. "
"KAU MEMANG MATI DENGAN AKU ELDERA!!"
Terkebil-kebil Nicolas jadinya apabila susuk tubuh Adrea dan Eldera hilang dan hanya meninggalkanya dengan debu. Tiup sikit. Fuhh..
"Der... Di tinggalnya aku terkontang kanting macam ni aje? "
"I feel you dear... " ujar Eryl disebelahnya dengan riak sedih. Bahu si lelaki ditepuk bersama sapu tangan putih yang mengelap air mata palsunya.
"Aku pun dicurangi si Eldera. Anak dia dah gugur sebulan lepas dalam perut aku tau? "
"Really? Kesiannya kau.. "
Dek kerana bosan, Nicolas melayan aje kerenah si Eryl. Perut Eryl diusap dengan riak sedih.
"Bersemadilah dengan aman anak kecil yang tak wujud. Jangan risau, biar aku jaga bapak kau ya? "
"Eh kau nak date dengan aku ke? "
"Kau tak nak ke? "
Koharu yang baru sahaja masuk ke kelas untuk memanggil dua lelaki itu, terkejut sebelum menggeleng kepala. Ni lah kalau kau bosan tahap gaban lepastu kena tinggal dengan mamat sengal. Maka sengal lah kedua manusia itu.
Boleh naik gila jugak lah kau nanti.
"Kau lelaki en? Mana boleh buat persenyawaan dalam perut aku. "
"Boleh lah. "
"Macam mana? "
"You tube ada. "
"Ada eh? "
"Cuba search. "
"Okay aku tengok. "
See? Sekarang Koharu macam nak hempuk aje kepala dua ekor tu dekat dinding. Biar berfungsi balik otaknya!
"Eh Haru? Kenapa tak pergi padang lagi ni? "
"Akira! "
Akira memandang Koharu hairan. Gadis berambut merah jambu itu tersengih seraya menunding jari pada dua susuk tubuh yang masih meneruskan aktiviti haram mereka.
"Eryl dengan Nicolas pun tak pergi lagi? "
"Diorang tengok porn. "
Tiga patah perkataan itu sudah cukup untuk buat Akira mengamuk sakan. Cuak terus muka Eryl dengan Nicolas. Maka bergemalah jeritan sajat-sajat didalam kelas 5-Alpha. Koharu pula selamba aje berjalan ke padang.
"Itulah. Mengarut lagi berdua. "
Dalam masa yang sama, seorang pelajar lelaki berambut hitam elok berjalan laju sambil membawa beberapa buah buku sehingga tidak sedar dengan Koharu yang sedang berjalan bertentangan!
BUM!
"Urgh.. "
"So-sorry! "
Koharu mengangkat muka lalu matanya tertacap pada pelajar lelaki yang gelabah mengutip barang-barangnya yang jatuh. Niat mahu menolong terbantut apabila sekeping gambar jatuh daripada salah sebuah buku. Tangan ingin mencapai tetapi lelaki itu mengambilnya terlebih dahulu.
"Maaf sebab dah langgar kau. Aku pergi dulu."
Terus dia menonong pergi tanpa menghiraukan panggilan Koharu. Koharu mencebik tak puas hati. Sudahnya dia bangkit daripada terus terduduk.
"Wow, gentlemen betul. Nicolas aku pun gentle lagi. Hump! "
***
"Jadi kami tenaga pengajar sudah bermesyuarat beberapa hari lepas. Pengetua dah tetapkan dua kumpulan untuk menyertai War Of Magic tahun ni tanpa perlu ujian saringan. "
Para pelajar mula berbisik sesama sendiri. Mereka beratur mengikut kumpulan masing-masing.
Keputusan untuk menghantar wakil dari kerajaan mereka, betul-betul tidak disangka. Selalunya akan ada ujian saringan atau pertarungan, tapi dibatalkan?
"Kau tak rasa ke tahun ni macam ada yang tak kena? " bisik Koharu pada Adrea yang beratur dibelakangnya.
"Aku ingat aku sorang aje. Entahlah Haru.. yang pasti kumpulan Faer mesti terpilih punya. "
Ujar Adrea seraya melempar pandang pada kumpulan Faer yang berada tidak jauh daripada mereka. Dalam masa yang sama, Faer juga melempar pandang kearahnya. Adrea tergamam apabila lelaki itu menghadiahkan senyuman. Creepy duh.
Eldera yang berada dibelakang Adrea membuat muka. Terus kedua belah tanganya naik menutup mata gadis itu daripada belakang. Terjerit kecil gadis itu dek kerana terkejut.
"Jangan pandang lelaki. Dosa. "
"Kepale kau. Kau tu pun lelaki! "
"Tapi aku lelaki pujaan hati kau. "
"Go to hell. "
"Sure, asal kan kau ikut sekali. "
"Urgh.. "
Apahal Eldera asyik kacau dia aje? Sakit hati betul! Eryl yang berada di belakang sekadar ketawa. Akira pula hanya diam membisu.
"Jadi kumpulan yang akan bertanding ialah Kumpulan Faer Destroyed... "
Semua murid menepuk tangan mereka dengan beberapa sorakan. Hanya kumpulan Adrea sahaja yang macam nak tak nak tepuk. Musuh terulung katakan.
"Dan Kumpulan Adrea Bellvania.. "
Cengkering lalu secara berjemaah. Krik..
"Eh. Siapa Rea Mavallnia ni? " soal Adrea blur serentak memecahkan kesunyian.
"Pervert girl, it's Adrea Bellvania. Not Rea Mavallnia you idiot. "
"Lah. Aku ke? "
Terus tangan Eldera naik menekup muka. Blur betul kesayangan dia. Selang beberapa saat, padang itu bergema kuat dengan sorakan dan tepukan gemuruh para pelajar. Terkejut Adrea apabila kumpulanya diserbu!
"Taniah Adrea! Taniah! "
"Ya-ya.. "
Ramai yang mengucapkan taniah kepada Kumpulan itu. Adrea mula naik segan apabila dilayan sebegitu rupa. Tenaga pengajar pula hanya senyum melihat suasana meriah itu.
Dari jauh Eldera senyum sambil matanya tertacap pada seraut wajah Adrea yang jelas gembira.
'Kau layak terima semua ni my girl.'
"Taniah abang Eldera! "
Serta merta senyuman Eldera mati apabila suara jengkel itu menyapa halwa telinganya.
"Shut up Eryl. You annoying me. "
"Hahaha.. Der nak ucap taniah pun tak boleh?"
"Cara lelaki lah gila. Abang kejadah kau. Geli buduh. "
Eryl hanya ketawa riang sebelum beredar menghampiri Akira. Kita nak ngorat sikit,hehe..
Eldera hanya menggeleng kepala dengan telatah Eryl yang mula mengusik rakan mereka itu. Pelajar perempuan yang cuba mendekatinya hanya dilayan nak tak nak aje. Sorry to lorry, hanya Adrea gadis kegilaan dia.
Dalam kemeriahan itu, tiada seorang pun yang perasan akan kehadiran seseorang yang memerhati Eryl daripada jauh. Mukanya merah dikala melihat setiap gerak geri si lelaki. Halkumnya juga bergerak-gerak seperti terliur.
Tetapi senyumannya pudar dikala Eryl bermesra bersama Akira. Tangan dikepal menjadi penumbuk dan urat-urat jantan mula kelihatan.
"Akira tak akan dapat abang Eryl. Dia aku punya.. " akhirnya dia beredar dengan senyuman ngeri.
"My and only hero,"
__________________________________________________________________
War of Magic bakal bermula dan kegilaan author juga akan active tak lama lagi😂yeay!!
Watak diatas antara watak penting pada masa akan dtg and character dia idea daripada my bro🔥. This time kitorng kongsi idea😶hehe..
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top