Chapter 3 | You can't run away from me
"Hey, bagilah balik ayam panggang aku tu!! "
"No! Kau dah makan banyak sangat ayam panggang hari ni! Nanti gemuklah! "
Alzer dan Eryl elok bertengkar di meja makan. Sedaya upaya Alzer menjauhkan ayam panggang daripada Eryl yang dah nak nangis dek makanan kegemarannya dijauhkan. Puan Eriana pula hanya tersenyum kelat disisi Eldera dan Alter.
"Biarlah gemuk pun! Nak AYAMMM!!!! "
"NOOO!!! "
Sudahnya dua ekor tu elok belari keluar daripada rumah. Eryl siap bawak parang tumpul lagi tu! Alzer dah membulat mata macam nak terkeluar daripada soket.
"Weh gila! Kau nak bunuh aku ke hah?! "
"Bagi kekasih aku balik!! "
"Huwarhh!! Alter tolong aku!! " Alter memandang kosong kearah Alzer.
"Cincang dia jadi cebisan danging. Nanti aku buat daging bakar! " balas Alter datar. Dia kini elok berpeluk tubuh sambil bersandar dipintu masuk rumah itu.
"Pastu asingkan bahagian yang tak sedap macam organ dalaman dia! " sambung Eldera dengan mimik muka senang hati.
"Hurmm.. Sedap jugak kalau makan daging ni.. " Ujar Puan Eriana pada anaknya dengan bahasa isyarat. Eldera tersengih.
"Eryl! Ibu aku pun nak makan daging si Alzer tu! "
"Huwarhh!!! Semua tak sayang aku!!! "
Alzer macam nak nangis aje apabila semua selamba kasi ayat yang penuh 'kasih sayang'. Eryl pula dah sengih teruja! Lagi-lagi apabila Alzer tersadung.
"Eh? "
BUKK!
"Hohoho.. You can't run away from me little Alzer...Muhehehe... "
Alzer dah teguk liur apabila melihat wajah Eryl yang tersenyum sehingga ke telinga. Parang tumpul pula elok diseret. Bapak psycho! Tak sempat pun dia nak lari, Eryl terlebih dahulu berada dihadapanya!
"BOO! "
"AKU LAWAR NAK MAMPUS! "
Terus Alzer jatuh kebelakang. Selamat ayam panggang tak jatuh atas tanah. Eryl dah meletup-letupkan jari-jemarinya. Parang setia disisi. Alzer sengih kelat.
"I Love you Eryl. You love me right? Bestie forever? " Alzer cuba psychology. Muka dia dah pucat lesi. Peluh pulak dah turun macam nak banjir!
"Sorry, I love Ayam Panggang. She's mine And only mine! But you! Kau khianat aku dan rampas dia! "
Alzer pandang blur dekat Eryl. Memang gila pangganglah mamat ni. Cara dia cakap tu macam Alzer ni perampas kekasih dia!
"Ayam aje kut! "
KEDUSSHHH!!
Alzer kelip mata banyak kali lalu menoleh ke kanan yang kini elok terpacak parang Eryl. Liur diteguk susah. Eryl betul-betul gila!
"Sila masuk kedalam perut aku duhai daging panggang!!! " sekali lagi parang diangkat tinggi.
"Kenapa semua mesti panggang hah?!"
***
Adrea tersedar daripada mimpinya. Mata dikelip beberapa kali sebelum memandang sekelilingnya. Kini dia elok berada di dalam biliknya di bandar Zynga . Dah dekat dua hari sejak dia selesaikan request tahap Alpha itu. Bila dia balik aje, macam-macam dia kena jawab dengan master dan yang paling tak boleh blah apabila dia lupa bawak balik upah daripada request tu.
Naik gila jugaklah jadinya.
900 Gold kau tinggalkan dalam kereta api masa nak balik.
Kau rasa?
Tak ke rasa nak nangis darah sekarang?
Sudahnya Adrea hanya mampu simpan wang itu dalam memori. Bak kata orang, biar jauh di mata tapi dekat dihati.
Ayat nak sedapkan hati yang dah berkecai seribu, huhuhu..
Adrea menghela nafas berat. Tanganya meraba katil. Smartphone dicari.
Kting! Kting! Kting!
Terkejut Adrea dengan notification yang banyak muncul di skrin phonenya. Laju jari-jemarinya menari diatas skrin tersebut. Nama Nicolas dicari di aplikasi contact. Apabila nama itu muncul, jarinya menekan butang call.
"NICO! "
"Woi perempuan, kau dekat mana hah?! " marah Nicolas. Adrea dah kerut dahi. Pahal mamat ni nak marah-marah?
"Perempuan tak ada. Adrea yang cantik adalah. "
"Pergi mampus. "Adrea ketawa dengan balasan Nicolas.
"Never mind. Ni, kau dekat mana hah perempuan? Kau tahu tak hari ni ada ujian? Cepatlah datang gila! "
"Ujian? Ujian apa? Ujian nak masuk dalam hati kau ke? Hahahaha..! " gelak Adrea dengan lawak hambarnya.
"Sila pergi tak balik-balik weh."
Hambik kau. Main lagi dengan si Nicolas. Mamat ni kalau dah bengang, segala anak cicit ayat sentap keluar. Adrea mengeluh. Hujung rambutnya dimain bosan.
"Ala... Malaslah nak jawab ujian tu. Aku buat ke tak buat ke, still naik kelas weh. Budak pandailah katakan.. "
"Ha'ah kan? Kalau macam tu kau makan ke tak makan ke, still masuk kubur jugak. Rumah terakhir lah katakan. Betul tak, bakal penghuni kubur Adrea Bellvania...? "
Okay, tang sini Adrea dah kelang-kabut bersiap nak pergi Academy. Seram siaa.. Nicolas disebelah talian dah gelak mengekek. Heh, nak lawan aku. Tengok mukalah..
Selang beberapa minit, Adrea sampai di Academy. Terkejut jugaklah semua guru dan para pelajar yang lain. Nicolas aje buat lek-lek.
Benda dah biasa..
***
"Eleh, acah pandai. Tengok sekarang siapa yang meroyan dengan soalan matematik? "
Perli Nicolas sebaik sahaja ujian mereka tamat. Tak tahulah sekarang dia nak gelak baik ke gelak jahat dengan muka Adrea yang dah tak ada darah tu. Gelak baik dia gelak sampai senak perut. Gelak jahat dia gelak sampai guling-guling atas lantai.
"Diamlah. Kau tahu tak matematik dah seksa otak aku? Kau jangan nak jadi member jahanam pi tambah lagi penyeksaan dia. " ujar Adrea dengan mimik muka geram. Nicolas memandang Adrea dengan mata berkelip.
Idea jahat dah datang.. Kihihi...
***
Ding! Dong !
" Malaslah nak jawab ujian tu. Aku buat ke tak buat ke, still naik kelas weh. Budak pandailah katakan.."
"Bapak susah soalan ni!! "
"Pengajaran untuk hari ni, JANGAN TERLEBIH CONFIDENT WOI!! HAHAHAHAHA..!! "
"Kau padam balik benda tu celaka!! "
Para pelajar di Academy Nightfall terkejut dengan amarah Adrea. Nicolas yang berada di studio Academy itu pula elok ketawa tak ingat dunia sambil melarikan diri daripada Adrea yang dah menyinga. Gila tak menyinga? Nicolas pergi rakam apa yang dia cakap, lepas tu pergi sharekan guna pembesar suara sampai satu Academy dengar. Kau rasa? Asal tak satu bandar terus?! Desis hati Adrea.
"Aku hanya share untuk pengajaran! Kau famous apa? Hahaha..! "
"Kepala kau..! Kau sini manusia durhaka!!! "
Hampir bergegar Academy itu dek suara Adrea Bellvania sahaja. Siapa aje yang tak kenal dengan dua manusia ni? Bestie forever kut. Mana-mana pergi, mesti melekat berdua. Orang cakap mereka dah macam kekasih tapi lain pula dengan manusia ni. Adrea dan Nicolas dah anggap masing-masing kawan dari neraka. Ada aje benda terkutuk nak buat.
"NICOLAS HANAT!! "
"HYNETSLAH GILA!"
***
"Alzer, sesungguhnya kau adalah kawan yang tak pernah aku lupa. " ujar Eryl dihadapan sebuah batu nisan. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
"Tak lupa juga seorang penjaga yang dah penat lelah menjaga kami berdua." ujar Eldera disisi Eryl. Mereka berpandangan lalu menepuk tangan sebanyak dua kali bersama.
"Moga tenanglah roh anda disana. Kami akan sentiasa menjaga kembar anda,Alter." ujar mereka serentak dihadapan batu nisan yang tertulis Alzer. Baik aje budak berdua ni buatkan kubur Alzer. Siap ada bunga lagi di kelilingnya.
"Aku rasa nak bunuh aje dua ekor ni. " ujar Alzer yang elok menyapu kawasan rumah Puan Eriana. Urat merah elok tertimbul didahinya.
"Yaho!! Alzer mati! "
"Yaho!! "
Bertempuk tampar terus Eryl dengan Eldera dengan muka macam lepas ambil result straight A dalam exam.
PRAAKK!!
"YOU LITTLE...!!! "
Eryl dan Eldera melarikan diri sambil ketawa mengekek. Suka melihat Alzer yang dah serupa Hulk tua dengan batang penyapu diangkat keatas. Alter yang melihat sekadar mengeluh. Dah lali sangat dengan peragai tak semengah tiga ekor itu. Tombol pintu dipulas untuk masuk.
"Alter .."
Alter terkejut seraya menoleh kebelakang. Matanya membulat dikala satu susuk tubuh berpakian serba hitam berdiri dibelakangnya. Lelaki itu tersenyum penuh makna dikala melihat wajah terkejut Alter.
"Kau... "
***
"Still like a kid huh? Alzer.."
Alzer yang mengejar Eryl dan Eldera terus berhenti belari. Matanya membulat besar apabila satu susuk tubuh wanita berkerundung labuh, muncul dihadapannya. Eldera dan Eryl yang perasan akan kehadiran dua susuk tubuh misteri saling berpandangan dengan riak muka hairan.
"Ini bukan pertanda yang baikkan? " soal Eryl. Eldera tidak menjawab dan hanya mendiamkan diri.
_________________________________________________________________________________________
Another Chapter! 😉hope you guys enjoy it! Tekan bintang tu kalau memuaskan dan comment okay?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top