Chapter 29 | Eryl's secret
Di sebuah hutan yang terasing, sebuah pondok kecil didiami seorang lelaki berambut putih panjang. Si lelaki berkaca mata, menghisap rokok diluar sambil memerhatikan keindahan hutan.
"Err..Tuan Edwin? "
Edwin yang baru sahaja ingin masuk ke rumah, memberhentikan langkahnya. Kepala ditoleh ke sisi dan matanya tajam menikam anak mata Eryl. Eryl meneguk liur lalu tersenyum kekok.
"Kau nak apa? Cepat cakap, lepas tu berambus daripada sini. " ujarnya kasar.
"Eyy.. Tak padan tua, bahasa kasar nak mampus. " ujar Eryl dalam bisikan. Edwin yang masih dapat mendengar, timbul urat merah dikepalanya.
"Umur aku baru 900 tahun hanat. Kau jangan sampai penumbuk aku melayang dekat muka kau faham?! "
"Yes Sir! "
Terus Eryl menabik hormat bersama peluh yang menuruni laju di wajahnya. Bapak seram. Habis tercicir segala semangat aku. Nak kutip pun ketar lutut dah ni.
Edwin mendengus kasar lalu menjemput Eryl masuk. Tak, lebih kepada arahan sebenarnya.
"Masuk cepat! Lambat aku seret kepala kau keluar daripada sini! "
Berdesuplah Eryl masuk kedalam rumah Edwin. Edwin hanya memerhati tanpa kata. Dia mengerling hutan dengan ekor matanya. Ada sesuatu. Mata merahnya mula bernyala terang.
'Someone here. '
"Err.. Tuan tak nak masuk ke? " soal Eryl disebalik pintu dan hanya kepalanya sahaja yang kelihatan. Edwin mengeluh lalu mengayun kakinya masuk ke dalam rumah.
'Maybe my imagination . '
***
"Jadi? "
"Saya nak mintak tolong tuan tengokkan kaki saya ni. "
Eryl dan Edwin kini berada di dalam bilik rawatan yang pernah menjadi tempat merawat Eldera. Edwin mengecilkan matanya memerhati Eryl yang tersenyum tak bersalah.
"Kaki aje? Otak kau tak nak aku check? "
"Alright that's hurt. Tapi ya, hanya kaki. " balas Eryl seraya menggaru belakang leher.
'Peliknya, kenapa setiap kali aku jumpa perawat diorang mesti nak check otak aku? Hurmm.. Petanyaan wajib kut. ' bisik hatinya.
Edwin mengguling mata ke atas lalu menyuruh Eryl meletakan kakinya diatas bangku. Eryl hanya akur dan menaikan kaki seluarnya sehingga lutut. Edwin pula duduk melutut untuk melihat lebih dekat keadaan kaki si remaja.
Membulat mata Edwin apabila melihat kaki Eryl. Serta merta tanganya naik menyentuh kaki itu membuatkan Eryl berdecit sakit. Edwin tidak memperdulikan decitan itu, jari-jemarinya masih galak bermain di bahagian pergelangan kaki si remaja. Tekan sikit.
"Sisik naga... "
Eryl hanya tersenyum kelat sambil menahan sakit. Kejam ini orang tua, dah tahu aku sakit, lagi ditekannya. Inilah penyeksaan dunia yang nyata. Sendu.
Edwin mengalihkan tanganya lalu berpeluk tubuh. Sebelah tanganya pula naik mengusap dagu. Keluhan berat terlepas di bibir Eryl. Lega. Huhu kaki syantik ku...
"Sejak bila kau ada sisik naga hitam ni? " soal Edwin. Mata masih tidak lepas memerhati sisik yang ada dikaki Eryl. Remaja itu mengehela nafas pendek. Dia tidak menjawab sebaliknya mengambil pisau diatas meja.
Marilah buat kerja gila sikit. Sikit aje, tak banyak.
"Lebih baik tuan tengok ni. "
Kini perhatian Edwin tertumpu pada Eryl. Remaja itu menggali nafas bersama pisau yang digenggam erat. Tanpa amaran, pisau milik Edwin digunakan untuk menoreh pergelangan tanganya! Membutang mata Edwin dikala darah pekat itu mula mengalir ditangan sang remaja itu!
"Oii! "
"Tenang.. "
Edwin yang baru sahaja ingin melenting terkejut apabila sisik-sisik naga berwarna hitam muncul di kawasan torehan itu. Darah pula mengalir di celahan sisik itu. Apabila sisik itu menutupi seluruh kawasan, serta merta darah berhenti mengalir.
"Sisik ni akan muncul setiap kali saya luka atau tercedera. Sisik ni seperti menyembuhkan luka dibadan saya. Selepas beberapa minit atau saat, sisik ni akan gugur. Macam sekarang? "
Satu demi satu sisik dikawasan torehan itu gugur dan diganti dengan kulit manusia. Edwin hilang kata-kata apabila melihat kejadian itu.
"Uncle Shawn cakap, tuan dah banyak rawat penyakit pelik. Saya cuma nak tuan tengokkan kaki saya aje. Itu tempat yang Eldera pernah cengkam saya semasa kami berlawan. Dan err.. Waktu tu dia tak waras sangat, so aura Aeldera adalah terlepas... Sikit. "
Edwin masih tidak lepas memandang Eryl yang jelas tidak selesa. Sudahnya Eryl hanya melaga-lagakan jari telunjuknya bersama.
"Jadi tuan nak tolong tak? " terkelip-kelip mata Eryl meminta belas ehsan dan pertolongan Edwin. Edwin mengeluh seraya menyisirkan rambutnya kebelakang. Sumpah dia terkejut.
"Budak-budak zaman sekarang memang tak boleh jangka betul. "
Eryl tersengih lebar apabila Edwin mula memeriksa kawasan kakinya.
"Kau cakap sisik ni akan hilang dalam beberapa minit atau saat kan? "
"Ha'ah. Tapi sisik ni dah dekat dua hari. Gugur satu, satu lagi muncul. Sakit pulak hanya dekat kawasan itu aje. "
"Macam tu. Kau tunggu kejap. "
Edwim bangun lalu berjalan ke arah rak ubatnya. Picagari dan jarum diambil lalu dibawa keluar daripada kotaknya. Dan-dan muka Eryl berubah pucat lesi.
"Tu-tuan nak bu-buat ap-apa tu? "
Terjongket kening Edwin apabila Eryl bertanya gagap. Dah kenapa?
"Kau cakap yang aura Aeldera ada sekali semasa Eldera cengkam kaki kau kan? Jadi aku agak, aura tu dah buat darah merah kau berubah hitam. Sepatutnya kau dah mati sebab sekali darah hitam tu ada dalam badan kau, dia akan tersebar dalam masa beberapa jam aje.. Tapi.. "
Kini mata Edwin tajam menikam sisik di kaki Eryl.
"Kau hidup. Sisik tu mungkin dah halang darah hitam tu merebak. Jadi kita kena keluarkan darah tu atau kau akan kekal sakit. Lebih parah, kau mungkin hilang keupayaan untuk berjalan. Lumpuh. "
Teguk liur Eryl dibuatnya. Lumpuh?
"Mari sini kaki kau. "
Kaki Eryl ditarik kasar sehingga remaja itu menjerit sakit. Kalau tak lumpuh nanti, aku rasa lumpuh sekarang. Kenapa ganas sangat tuan? Nak saya nangis darah ke apa? Hik, hik.. Desis hatinya.
"Aku nak cucuk ni. Kau duduk diam. "
"Selain cucuk, ada cara lain? " soal Eryl yang dah berpeluh apabila melihat hujung jarung suntik itu. Edwin memandangnya kosong. Kini kaki remaja itu dinaikan. Lagi pucat muka Eryl apabila Edwin membuka mulutnya. Gigi taringnya mula kelihatan.
"Jangan cakap tuan nak gigit. "
"Aku vampire budak. Tak kira apa darah sekali pun aku boleh minum. Jadi kau pilih, nak jarum atau aku? "
"Jarum. Saya tak suka kaum sejenis. Jijik. "
BAMMM!!
"Maaflah sebab buat lawak tak kena tempat." Ujar Eryl yang sudah meleleh air mata dek kerana muka ditumbuk Edwin. Edwin pula buat tak tahu sahaja pada Eryl yang mula menangis tu.
"Dah lah, meh sini kaki kau. Aku nak keluarkan darah tu. Tapi sebelum tu.. " kini mata Eryl tertumpu pada Edwin yang beriak serius.
"Sejak bila kau ada kelebihan ni? "
Eryl mengerut dahi seketika. Kepala digaru, mencari jawapan yang sesuai untuk soalan si lelaki.
"Tak tahu. Sejak lahir rasanya. Lagi pun, ayah pernah pesan supaya tak bagi tahu sesiapa tentang kelebihan ni. "
"Jadi selain ayah kau, hanya aku ajelah yang tahu sekarang? "
"Nope. Uncle Shawn pun tahu. Dia ada jugak bagi amaran supaya jangan sesekali kasi tahu sesiapa terutama Eldera. Katanya, nanti Eldera mesti risau. Saya tak nak lah dia risau so sampai sekarang dia tak tahu."
Edwin merenung Eryl. Mencari kepastian yang nyata dan remaja itu tidak menipu. Dia diam sejenak.
'Nampak macam budak ni tak tahu apa. '
"Kenapa tuan tanya? "
"Nothing. Tapi aku sarankan kau ikut cakap Shawn dengan ayah kau tu. "
"Baik. "
Edwin mengangkat kaki Eryl bersama jarum ditangan. Eryl menutup matanya apabila jarum menembusi kulit. Aku tak nak mati , aku tak nak mati , aku tak nak mati. Itulah apa yang berlega dikepala Eryl tika itu.
Eh tak rasa apa-apa pun?
"Aik? Siap dah? " soal Eryl lalu membuka mata. Terkebil-kebil matanya apabila melihat kaki yang sudah berbalut dengan kain putih.
"Siaplah. Kau ingat aku nak ke simpan kau lama-lama dekat sini? Semak tahu tak semak? Dah blah! Sakitlah mata aku tengok kau!"
DUSHHH!!
"ARGHHH!! "
Dek kerana sepakan tak diduga itu, Eryl tercampak keluar melalui tingkap sehingga merempuh pokok! Berpinar matanya. Edwin pula merengus lalu menutup semua tingkap dan pintu dengan kasar!
BAMM!
Terhinjut bahu Eryl dengan layanan kasar si lelaki.
"Geez, dia memang benci manusia sangat ke apa? Layan kasar nak mampus. "
"YA AKU BENCI MANUSIA DAN SEMUA MAHLUK DI DUNIA NI! JADI KELUARLAH DARIPADA HUTAN NI CELAKA!!"
"BA-BAIK!"
Berdesup Eryl keluar daripada hutan dek kerana Edwin sudah keluar daripada rumah dengan parang tumpulnya! Bapak psycho!
"Hurm! Stupid creature. "
Parang diletakkan di bahu. Sebelah tangan pula elok menyepit rokok. Keluhan terbit dibibir pucatnya.
"Eryl Ryuzaki huh... "
Kini kepala didongak ke atas. Memandang awan putih yang berarak mengikut deruan angin.
"Ryuzaki.. Jangan-jangan.. Boleh jadi, dia tu.. "
Matanya membulat dan kembali memandang kearah jalan keluar yang digunakan Eryl. Bayangan sisik naga di kaki dan lengan si remaja masih berlega-lega di ingatanya.
".. Raja untuk puak naga syaitan? "
"Siapa tahu. "
"Shawn...? "
Shawn yang daripada awal memerhati, tersenyum seraya mengangkat tanganya. Edwin pula tidak berkata apa.
"Budak tu sesuai dengan Eldera bukan? " soal Shawn bersama rambut yang beralun dek tiupan angin. Mereka berbalas pandangan. Tajam bagaikan helang.
"Syaitan tulen dan Naga syaitan. Kedua-duanya mempunyai kebolehan yang berbeza tapi.. "
".. keinginan mereka berlainan. Syaitan tulen lebih gemarkan darah dan daging manakala Naga syaitan lebih kepada kehancuran dan malapertaka. Tak lupa juga mereka musuh abadi. Heh, aku yakin kau rahsiakan benda ni pada mereka berduakan? " soal Edwin dengan sinis.
Dalam masa yang sama, Eryl berlari kearah Eldera yang baru sahaja keluar daripada kedai kek sambil memegang seplastik ayam panggang. Leher Eldera dirangkul sehingga remaja itu terdorong sikit ke hadapan.
"Oit! "
"Hahaha.. Kau beli ayam panggang untuk aku? Auww.. How sweet my bie can be.. "
"Shut up. Shawn cakap kaki kau terseliuh, jadi aku beli lah ayam ni. Kau okay tak ni? " Walaupun wajah Eldera tidak menunjukkan riaksi risau, dapat Eryl rasakan hati rakanya gusar. Senyuman lebar dihadiahkan sehingga menampakkan gigi putihnya. Semakin erat dia merangkul Eldera.
"Don't worry baby. Sikit aje ni. Aku baru aje jumpa Edwin suruh tengokkan. Fuhh Seram duh mamat tu."
"Kau ni. Dah tahu takut ajak lah aku. Boleh aku teman. "
"No need lah. Aku tak nak susahkan kau. Kau beli ayam kesukaan aku ni pun dah terbaik tau? "
"Betul kaki kau okay? "
Eryl ketawa lalu berjalan kehadapan. Bahu Eldera di tepuk beberapa kali.
"Aku okay bro. Kau risau sangat ni. Dah jom balik! Hari ni you manjakan I tau? Hehehe.. "
"Hurmm.. "
Terus Eryl menarik Eldera lalu berlari ke rumah mereka. Nak tak nak Eldera turun berlari. Lelaki berambut emas mengeluh kecil sebelum menguntum senyum buat sang sahabat.
Ketika itu, Shawn hanya tersenyum dihadapan Edwin. Matanya lunak sahaja membalas pandangan helang sang sahabat penghisap darah.
"Walau apa pun yang jadi, aku tahu Eryl tak akan apa-apakan Eldera. Kau tak tahu bertapa kuatnya brotherhood mereka berdua. Bagai air dicincang tak akan putus.. "
Edwin hanya mampu mengeluh dengan tutur kata si lelaki. Malas mahu bertekak. Susah untuk melihat Shawn berfikiran negative. Lelaki itu terlalu Optimistic.
"Kau betul-betul menjengkelkan aku, Immortal Guardian. Macam mana aku boleh berkawan dengan kau? Geez.. "
"Entahlah. Destiny maybe? "
_____________________________________________________________________________
So far okey en? Sedekah vote dan dermalah comment comel2 anda😂💖dup dap!
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top