Chapter 28 | Eldera's plan
Di sebuah kawasan padang yang luas, angin bertiup dengan lembut. Kawasan itu damai tanpa sebarang gangguan. Tetapi kedamaian itu tak lama apabila api berwarna hitam terbentuk bagaikan tornado!
KTAAANGGG!!
KRRRAANNGG!! !
Eryl dan Nicolas berentap antara satu sama lain! Masing-masing beriak teruja bersama pedang yang berlaga! Percikkan api terhasil dikala bilah pedang mereka menghentam satu sama lain! Mereka menolak sesama sendiri sehingga badan terdorong kebelakang!
"Untuk wizard besi macam kau, tak lah teruk mana . "
"Well, thanks dude. Kau pun tak kurang hebatnya. Untuk pengguna api kegelapan, aku tak sangka kau boleh kawal ia dengan baik. "
"Eryl kan? Apa aje yang dia tak boleh buat! "
Kini mereka meluru kearah satu sama lain! Kaki naik mengayun dan menyasarkan kepala! Eryl bersama kaki berapi manakala Nicolas bersama kaki yang disalut besi!!
DUSHHHHH!!!
Eryl dan Nicolas tersenyum sinis apabila kaki tidak mengenai sasaran! Tidak berhenti sesaat, kini serangan bertukar kepada tumbukan bertubi-tubi! Satu demi satu serangan dilancarkan tanpa memandang sekeliling! Bertali arus!
Eldera yang turut berada dikawsan itu hanya diam dan memerhati tanpa kata. Adrea juga turut ada dan berada di sisi lelaki itu.
"Eryl ada banyak kelebihan memandangkan dia pengguna api. Bonus, apinya jenis kegelapan jadi untuk cairkan besi Nico sangat mudah... " ujar Adrea dikala Eryl hanya menahan ayunan pedang besi Nicolas dengan tanganya ! Pedang yang ditahan, cair melebur apabila Eryl membakar tanpa belas kasihan! Peluang digunakan lalu kaki naik melompat di badan Nicolas dan menghadiahkan tendangan pada dagu sehingga remaja itu terdongak ke atas!
"Betul. Tapi Nico juga ada kelebihan dia sendiri... "
Kaki Eryl yang menendang dagu, ditangkap kemas si remaja berkulit gelap! Sekelip mata kaki Eryl disaluti besi hitam sehingga lutut! Mata Eryl membulat dan badanya terhempas ketanah!
"Argh..! "
DUSSHHHH!!
Nicolas mengambil peluang lalu menghentam wajah Eryl dengan penumbuknya! Mulut Eryl mula menghabur darah yang banyak! Dan tangan cuba menahan tumbukan Nicolas sehabis baik!
"Eryl agak sukar untuk gunakan kuasa api kegelapan dia kalau diserang betubi-tubi tapi.."
Eryl mengetap gigi geram lalu kuasa ditingkatkan secara mendadak! Mata Nicolas membulat besar dikala aura hitam keunguan keluar daripada badan Eryl! Laju dia berundur kebelakang dan api kegelapan yang hampir sebesar gunung membakar seluruh tubuh Eryl!
".. Kadang-kadang api dia hilang kawalan jugak."
"RAGE OF DARK FLAME!! "
"Tch! "
Laju Eldera merangkul tubuh Adrea lalu melompat tinggi keudara! Selang beberapa saat, api milik Eryl hilang sedikit demi sedikit dan hanya meninggalkan padang hijau yang berubah keoada padang jarak padang terkukur!
"Glup. Aku terlebih guna kuasa pulak. "
"KAU NAK BUNUH AKU KE APA HAH ?! "
KEDUSSH!!
"EKKK!! "
Adrea dan Eldera hanya mengeluh dikala melihat Eryl yang elok di smash down oleh Nicolas yang kini berada dalam mode besinya. Berasap jugaklah badan. Selamat dia sempat salutkan seluruh tubuh dengan besi, kalau tak lagi hitam kulitnya.
Tak fasal-fasal dapat gelaran Nico rentung.
Nightmare hidup Nico nanti.
"Aye!! Sorry! Sorry! Aku excited sangat sampai lupa aku lawan kau dan bukan Eldera! Ampukan daku!! "
"Tiada ampun bagi mu!! "
"Arghh!!"
Tergeleng-geleng kepala Adrea dengan telatah Eryl dan Nicolas. Kemudian matanya tertacap pada kawasan yang sudah rata dek amukan api Eryl.
"Tak akan nak tinggalkan kawasan macam ni aje? "
"Salahkan Eryl tempat ni jadi macam ni. Tak payah fikir sangat. Kau pulak lawan aku. "
Eldera menarik lengan Adrea sehingga ketengah kawasan. Lengan Adrea dilepakan lalu menjarakkan diri daripada si gadis. Mereka bertentang mata antara satu sama lain.
"Can you help me training my pervert girl? " ujar Eldera dengan gaya paling sopan. Tombak naga diseru lalu dipusingkan beberapa kali. Adrea ketawa seraya menghunus pedang silver keluarganya.
"Sure devil mouth. " balas Adrea membuat perkara yang sama.
"Dah-dah lah romance segala. Mula lah cepat! Kasi darah itu mulut muahahaha.. Eh sedapnya ayam ni! "
Tergeleng kepala Nicolas dengan perangai tak semengah Eryl. Remaja itu selamba sahaja membuat pembukaan pada makanan yang mereka bawa. Padahal seorang pun tak makan lagi.
"Tak penyabar betul. " Kini Nicolas memerhati Eldera dan Adrea yang berentap hebat di hadapanya!
KKKTAANNGGG!!!
Pedang bertemu tombak! Adrea dan Eldera masing-masing menggunakan senjata tanpa berasa kekok! Kawasan mereka berpijak, merekah bersama tolakan angin yang kuat!
"Lembutlah sikit dengan perempuan! "
DUUUSSHHH!!
Pedang ditolak kuat sehingga Eldera terdorong kebelakang sedikit! Dengan itu, kaki naik menujah dada bidang si lelaki! Eldera pula hanya diam dan tersenyum sinis! Kaki yang menendang dadanya dicengkam kuat membuatkan Adrea tersentak!
"Girl or not, aku tetap akan berlatih guna cara aku! "
BAMMMM!!
"Arghhh!"
Adrea mengerang sakit dikala badanya cantik terhempas pada bukit berdekatan! Tak cukup dengan itu, serangan mengejut daripada tombak Eldera membuatkan tubuhnya terbenam sedikit!
"Kenapa ni? Bukan kau suka lawan aku balik?"
Soal Eldera sinis. Adrea mengetap gigi lalu menyepak kaki Eldera sehingga lelaki itu hilang imbangan!
Peluang diambil lalu tubuh Eldera ditolak ke belakang! Adrea bangun daripada tempat hempasanya dan melompat bersama pedang yang diayun untuk menusuk ke bahagian dada Eldera!
KTANGGG!!
"Tch. Sikit lagi. "
Eldera hanya tesenyum apabila dapat membatalkan serangan Adrea! Masing-masing menolak senjata mereka! Seorang dengan pedang yang ingin menikam, manakala seorang lagi menahan dibawah!
"Sorry pervert girl, ini sakit sikit aje tau? "
"Huh? "
BAMMMMMM!!!
Badan Adrea terhumban sehingga menghempas pokok yang masih wujud dikawasan itu! Darah keluar daripada mulut yang mula mengukir senyum.
"Darn you. Kenapa dengan perempuan pun ganas? "
"Cannot help. Eldera tak suka bagi muka walaupun kesayangan. "
Eldera mengenyit mata nakal membuatkan wajah Adrea membahang hebat. Shit, cair.
"Der.. Sempat lagi nak mengorat anak dara aku tu. Hang tunggu sat. Nanti ada yang makan pelempang aku. " ujar Eryl yang dah acah ayah-ayah mithali. Nicolas disebelah pula dah lama tayang muka toya.
"Apa-apa ajelah. "
Pertarungan diteruskan dan Adrea mengambil keputusan yang tidak dijangka! Aura ditingkatkan sehingga Eldera tersentak hebat.
'Dia nak guna kuasa?'
"Mari kita tengok tahap kuasa aku.. "
Pedang miliknya dibawa dekat dengan wajahnya. Sikit demi sedikit, bilah pedang mula bercahaya hitam dan putih. Mata ditutup rapat.
"Let's me use your power, Farfalla.."
Pedang itu bercahaya terang seperti mengizinkan. Adrea mula bercahaya terang berderang sehingga Eldera terpaksa menutup matanya!
"First form of Farfalla... "
Membutang mata Eldera apabila cahaya itu hilang dan diganti dengan Adrea yang berambut ungu panjang. Salah satu rambutnya juga berwarna merah jambu. Pakaian yang dipakai juga berubah sekelip mata. Bahkan gadis itu dikelilingi rama-rama yang berwarna hitam dan putih sayapnya.
".. Piccola farfalla. "
Adrea tersenyum manis lalu melibas pedangnya! Cahaya yang mengelilingi hilang serta merta. Eldera hilang kata-kata.
Bidadari syurga.
Eryl pula sudah ternganga manakala Nicolas terkejut tidak terkata.
"Walaweh.. Mantap sia. "
"The hell Eryl?! "
Adrea ketawa lalu melibas-libas pedangnya yang sudah berbilah hitam dan putih. Eldera meneguk liur. Bukan sebab dia takut dengan penampilan Adrea, tetapi rama-rama tu!
Dan-dan kepalanya menoleh kearah Eryl yang turut memandang wajahnya. Muka dah tayang, please-help-me. Eryl pula membalas dengan pandangan bad-luck-bro.
"Fight me Eldera... "
Ligat Eldera mencari idea supaya dapat mengelak bertarung dengan Adrea. Nicolas pula yang hairan dengan kelakuan pelik Eldera.
"Apahal dengan Eldera tu weh? Muka kosong tapi.. Kaki menggeletar duh. "
"Itu sebab Eldera phobia dengan rama-rama. " ujar Eryl selamba. Membulat mata Nicolas tanda terkejut.
"Are you serious? "
"Serious. Aku kenal sangat Eldy macam mana. Just you wait baby. Adalah tu plan nak lari daripada kena lawan Adrea. "
Kini mata mereka tertumpu pada Eldera yang tersengih sinis. Eryl dah gelak kecil. Kamera dikeluarkan dan dia mula merakam.
"Marilah kita tengok rancangan dia tu, muehehe.. "
"Creepy dude.. "
Hujung rambut Eldera menutupi matanya. Perlahan-lahan kaki diayun menghampiri Adrea. Tombak pula hilang ditelan bayang. Adrea mula naik hairan dengan peragai Eldera, tetapi tetap dalam posisi berjaga-jaga.
"Adrea.. "
Eldera berhenti dihadapan Adrea. Kepala naik memandang si gadis.
".. Adrea, betul ke nak lawan Eldera? "
"Ahk.."
Ternganga mulut Adrea dan Nicolas. Eryl pula laju menangkap gambar Eldera yang betul-betul seperti bidadara ketika itu. Pipi yang merah dan mata hijau yang membulat cantik. Bercahaya dek mentari yang menyinar.
"Eldera.. Apa.. yang.. Huh? " Tergagap-gagap Adrea dikala Eldera datang merapat. Wajah suci itu betul-betul membuatkan degupan jantung Adrea tidak tentu arah.
"Adrea nak lawan Eldera ke? Adrea tak sayang Eldera? "
"Sa-sa-sa-sayang?! "
Kepala disengetkan sedikit ke kiri bersama mata bulat. Innocent! Merah padam muka Adrea. Serta merta bentuk Piccola Farfalla hilang begitu juga rama-ramanya. Darah hidung hakak kita ni.
"Hurrmm? "
"Saya.. Aku... awak.. Arhhh!!! Awak menanglah!! "
Berdesup Adrea melarikan diri. Nicolas yang terkejut, terus mengejar gadis itu. Eryl dan Eldera saling berpandangan sebelum menghambur tawa.
"Dude, kau betul-betul dah buat dia hilang arah.. " ujar Eryl lalu bangkit daripada duduk. Eldera pula berjalan kearahnya.
"Cannot help. Itu aje cara yang aku ada untuk elak rama-rama tu. Urgh.. I hate it. "
"Tapi kau tak boleh elak selamanya. One day kau kena hadapi jugak phobia kau tu. "
"Yeah, right. Dah lah. Jom cari Adrea. Aku tak nak lah Nico aje yang selalu pujuk dia. "
"Jealous? "
"Iyalah. Dah aku cintakan dia. Tak akan tak jealous kalau ada lelaki lain yang pujuk dia selain aku. Dah jom! "
Eryl hanya ketawa lalu mengikut jejak langkah Eldera yang mula keluar daripada hutan. Selang beberapa langkah, kaki Eryl tetiba berdenyut membuatkan dia melutut sebelah kaki!
"Eryl?! Hey kau okay tak ni? " Eldera mula risau apabila melihat keadaan rakannya yang mula berpeluh hebat sambil menggenggam kakinya. Eryl tersenyum kelat seraya mengetuk sikit kakinya.
"Huh? Hahaha. Aku okay lah. Kaki aku berdenyut sikit. Alah biasalah kalau lepas berlatih. "
"Sure? "
"Really sure. Eh cepatlah kejar gadis kau tu. Kang Nico rembat baru tahu. "
Eldera masih ragu-ragu tetapi Eryl tetap juga menyuruhnya pergi dahulu. Sudahnya dia hanya akur dan pergi dahulu. Eryl menghela nafas berat. Kaki yang diketuk tadi, diusap sebelum bangun. Eryl cuba berjalan tetapi kali ni agak terhuyung hayang.
"Janganlah sakit masa-masa macam ni... "
Sedaya upaya Eryl cuba berjalan dengan betul. Wajahnya berkerut menahan sakit. Sudahnya dia hanya berpaut pada pokok-pokok untuk berjalan.
"Please lah kaki. Kalau tak, Eldera tahu. Janganlah buat dia rasa bersalah. "
Setitis air mata dikesat dengan sebelah tangan. Eryl sayangkan Eldera seperti abangnya sendiri, darah daging dia. Kalau boleh, dia tak nak lelaki itu dihatui rasa bersalah.
Ya kecederaan di kaki masih belum pulih dan dia masih berahsia daripada Eldera. Hampir dua hari kakinya begitu. Sakit. Sangat-sangat sakit.
Tanpa sedar, sesuatu berwarna hitam, jatuh keluar daripada kaki seluarnya setiap kali langkah diambil.
Sisik?
__________________________________________________________________________________
korang baynglah macam mana muka innocent nak mampus Eldera tu😂 in My mind, dah lama fall in love dgn mamt tu ehe. 😂 sian Eryl😢 but i love it😂🔥
Enjoy ❤️
Eryl: Muah💋
Retak skrin Reader.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top