Chapter 27 | You're the devil
"Eldera.. "
Eldera yang baru sahaja mengajar Adrea bermain pedang, menoleh ke sisi. Anak matanya tajam menikam anak mata berwarna biru itu. Si mata biru juga tidak terlepas membalas panahan mata itu.
"What?"
"Apa hubungan kau dengan Adrea? "
Soalan yang keluar daripada mulut si mata biru memberhentikan tindakan Eldera yang baru sahaja ingin mengambil botol minumannya. Badan dikalih memandang si lelaki.
"Kau rasa apa hubungan aku? " soalan dibalas soalan. Eldera hanya beriak kosong manakala si lelaki sudah menggenggam buku lima.
"Tolong jangan main tarik tali dengan aku Eldera. Aku tanya kau baik-baik dah ni. "
"Jadi aku pun. Aku tak tengking, jauh sekali marah dekat kau. Jadi soalan aku mudah, kau rasa, apa hubungan aku dengan Adrea? "
Botol air diambil kembali. Apabila tiada sebarang jawapan, Eldera hanya beredar. Dia lebih gemar duduk bersendirian atau lepak dengan kumpulanya sahaja. Yang lain dia malas nak ambil pusing.
"Kau cintakan Adrea bukan? "
Langkah Eldera terhenti serta merta. Badan dikalih kebelakang kembali.
"Aku ada tanda cintakan dia ke? "
Semakin bengang lelaki bermata biru. Eldera pula hanya menjadi dirinya. Batu dan dingin.
"Semua soalan yang aku tanya, semua tulah apa yang kau nampak tentang aku dan Adrea. Terpulang pada jawapan dan tanggapan kau. Aku malas nak jawab. So senang, kau fikirlah sendiri! "
Terus kaki Eldera melangkah pergi dan tidak menoleh lagi. Tengkingan dan panggilan sang lelaki bermata biru diabaikan begitu sahaja. Mengesah pulak dia kalau lelaki tu nak cari gaduh. Meh lah kalau nak masuk kubur sangat!
"Dammit! "
***
Adrea termenung memerhati langit biru. Kaki dirapatkan sehingga ke dada. Satu keluhan dilepaskan bersama mata tertutup.
"Janganlah nak mengeluh aje. Itu tanda kau tak bersyukur tahu tak? "
Sapaan satu suara menyentakan Adrea. Matanya membulat apabila Eldera menghulur air sambil tersenyum manis. Boleh tak aku cakap dia ni macam malaikat tak bersayap?
"Malaikat mana jatuh ni? " luahnya tanpa sedar. Terkelip-kelip mata Adrea seperti tidak percaya. Eldera senyum manis?
Satu keajaiban dunia betul.
Boleh lah kut masuk dalam Dianthus Book Of record.
"Aku bukan malaikat Adrea Bellvania. "
"Abistu? " Eldera ketawa dengan sikap blur Adrea. Macam budak-budak! Dengan pipi dan mata bulatnya! Eyy.. Ada yang kena gigit nanti!
"Malaikat maut kau. "
"Eh handsomenya! Patut jantung rasa macam nak terkeluar dah ni! Ehehe.. Hotnya maut ku.."
Terus jari Eldera naik menjetik dahi Adrea. Hailah budak ni. Aku bergurau pun boleh dibuat mainnya. Selamat kekasih hati. Heh.
"Auw.. "
"Imaginasi tu tinggi sangat kenapa? Nah, ni air. "
"Ni bukan air yang merangsang hormon aku kan? "
"Nak aku humban kau dalam kawah berapi ke?"
Adrea hanya mengambil air itu sambil mencebik bibir. Eldera pula sekadar mengeleng kepala. Ni padahnya kalau selalu bagi Adrea lepak dengan Eryl.
Banyak betul benda baik yang mamat tu ajar.
Rasa nak aje tanam badan dia dalam tanah sekarang.
Lutut Adrea sengaja diturukan agar berkedudukan melunjur. Kemudian, selamba kepala diletakan di peha gadis itu bersama mata tertutup. Posisi badan dibetulkan agar lebih selesa.
Tersedak jugaklah Adrea dengan tindakan selamba badak sumaria ni.
Habis darah main dekat pipi, waduh.
"What are you doing Dera? "
"Sleep, of course. You blind or what? "
Kecik aje Eldera di mata Adrea. Sikap sinis Eldera ni payah betul nak buang. Ada yang makan botol plastik ni kang.. Dah lah peha aku yang kau guna gila!
"Sleep, sleep. Aku sleepkan kau forever baru tahu! "
"Berani buat, aku kacau hidup kau. Forever . Biar kau hidup dengan hantu aku. "
"Eh, eh.. Tak kuasa aku nak jaga kaulah! "
"Aku kacau. Kau faham tak kacau tu apa? Yang kau nak jaga aku apahal? "
Terus senyap Adrea apabila Eldera memberi soalan yang memang menyakitkan hati. Sakit hati sebab tak boleh nak balas apa! Tersengih kemenanganlah si Eldera tu.
"Kaki lawan lah sangat.. "
"Diamlah! "
Mata Eldera ditutup kasar dengan telapak tanganya tetapi lelaki itu hanya ketawa riang. Tidak pula menghalang jari-jemari Adrea yang mula bermain dimata dan wajahnya. Bahagia pun ada apabila melayan kerenah budak-budak Adrea. Comel dan naif aje. Hahaha..
"Say Bell.. "
"Hurmm..? "
Tangan Adrea naik bermain dengan rambut emas Eldera. Wajah Adrea yang agak kemerahan ditatap Eldera. Bibir bawah digigit bersama tangan yang tergenggam erat.
"Aku... "
"Hurmm...? " kini anak mata Adrea bertemu anak mata Eldera.
"Aku ci-"
"ELDERA! "
Panggilan mengejut itu menyentakkan Eldera dan Adrea. Laju Eldera bangun daripada pembaringan dan Adrea hanya beriak bingung dengan kehadiran Faer.
Laju tangan Eldera mengusutkan rambutnya sendiri tanda serabut. Kacau stim betul!
Kini anak mata Eldera bersambung dengan anak mata Faer. Penuh jengkel dan geram. Jelas Eldera rimas dengan kehadiran Faer.
"Apa lagi kau nak? "
"Ambil ni.. "
PAK!
Sebilah pedang kayu dicampak betul-betul dihadapan Eldera. Sebelah kening Eldera dijongket tanda tidak mengerti manakala Adrea diam membisu.
"Lawan aku. Aku nak tengok sejauh mana kekuatan kau. "
Eldera mengabil pedang itu sejurus bangun daripada duduk. Mata memandang Faer dan pedang kayu, silih berganti.
"Nope, aku tak berminat. Terima kasih ajelah."
Pedang kayu itu dicampak kembali kepada Faer. Semua yang melihat tergamam manakala Adrea menyimpan senyum.
'That's Eldera for ya. '
Faer mula bengang apabila Eldera menolaknya mentah-mentah. Tangan mengenggam hulu pedangnya dengan kuat bersama gigi yang diketap geram.
Eldera tidak menghiraukan Faer yang jelas menahan marah. Badan dikalih kebelakang lalu Adrea ditarik supaya bangun dan mengajak gadis itu pergi kepada Eryl. Adrea hanya akur tanpa banyak bunyi.
"Penakut. "
Langkah Eldera terhenti seketika. Kepala kembali menghadap Faer.
"Kau cakap apa tadi? "
"Penakut. Aku kata kau penakut. Kenapa? Marah? " sinis Faer ingin mengumpan. Lelaki berambut hitam itu berpeluk tubuh sambil tersengih sinis.
Lain yang dirancang, lain yang jadi.
Itulah yang akan terjadi kalau kau cuba provoke Eldera.
Lelaki berambut emas hanya memaparkan riak bosan dan menyampah.
"Seriously, Berapa tinggi IQ kau ni sebenarnya? Kau nak provoke aku ke nak buat lawak bodoh, bodoh? Macam budak lah bengong. "
Tersentap Faer dibuatnya. Para pelajar yang lain pula sudah menghambur tawa dikala mendengar ayat yang keluar daripada mulut si lelaki berambut emas. Faer semakin bengang dan dalam masa yang sama malu dengan apa yang menimpa dirinya.
"Dah main sana! Mahluk halus pengacau hidup betul. Dasar khinzir kaki pendek! "
Terus Eldera berlalu daripada situ. Adrea pula hanya tergelak dengan riaksi Faer. Itu baru sikit ayat daripada mulut mintak kaki si Eldera. Ni kalau campur si Eryl, mahu gila si Faer tu gamaknya.
Kembar jahat betul dua mahluk tu.
Faer tidak dapat menahan amarah yang meluap. Pedang kayu dicampak entah kemana lalu pedang perak yang tersisip di sisi pinggannya dihunus!
"SIAL KAU!! "
Faer meluru kearah Eldera dengan sebilah pedang! Semua tergamam apabila melihat tindakan drastik Faer. Adrea yang turut perasan akan hal itu, tidak sempat berbuat apa-apa apabila Eldera menolaknya ke sisi dan menahan hentaman pedang Faer dengan tanganya sahaja!
"ELDERA! "
Eldera hanya beriak kosong! Darah merahnya mula menitis dek hirisan pedang Faer. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa sedar akan darah hitam yang menitis sedikit. Eldera menyeragai. Seperti darahnya, tiada sesiapa sedar mata hijaunya juga bercahaya dan satu simbol pelik muncul.
Eryl yang berada tidak jauh daripada kedudukan Eldera dan Adrea, terkejut apabila dapat merasai aura milik Aeldera walaupun hanya sedetik cuma.
"Tak mungkin... "
Akira terkebil-kebil apabila Eryl berlari kearah sekumpulan pelajar Academy Nightfall yang mula mengerumuni sesuatu.
Sebaik sahaja Eryl sampai di kerumunan pelajar Nightfall, matanya terbutang luas apabila Faer teruk dibelasah Eldera! Pedang terpatah dua dan tanah merekah sedikit dibeberapa tempat.
"Eyy.. Janganlah hilang kawalan lagi bab*. Aku baru aje lepas jaga kau hari tu! Hish! " marah Eryl berbaur risau.
"Bangunlah. Bukan kau nak lawan aku sangat ke? " soal Eldera tenang. Matanya pula terselindung disebalik rambut emasnya. Hanya senyuman ngeri sahaja yang terpacar diwajah.
Faer mengetap gigi sambil memegang rusuk yang terasa sengal. Semuanya hanya dalam sekelip mata! Sebaik sahaja dia melancarkan serangan dan Eldera menahan, pedangnya serta merta pecah dan terbelah dua! Entah kenapa, walaupun hanya sedetik, dia seperti dapat rasai kematian! Sedar-sedar sahaja, badanya sudah elok dihentam teruk oleh Eldera!
"Oi, oi.. Jangan cakap kau dah lemah? Heh, no fun lah! "
DUSHHH!!!
Sepakan sisi dihadiahkan pada bahagian belakang Faer! Faer membulat mata dan sekelip mata dia sudah tercampak jauh dan menghentam dinding yang berada di sisi kanan padang! Hampir semua yang melihat melompong dengan kelajuan Eldera!
"Alamak... Kenapa perlahan sangat aku tendang tadi? Haiih.. "
Hampir semua teguk liur dengan character Eldera yang berubah 360°! Lebih seram daripada sebelumnya!
Tubuh Faer melorot jatuh ke tanah. Darah merajai wajahnya! Matanya putih tetapi jantungnya masih berdegup. Pengsan. Eldera pula selamba berjalan kearah tubuh kaku Faer. Tiada sesiapa yang berani dekat dengan lelaki itu.
"Eh, dah mati ke? " soal Eldera lalu menolak sikit kepala Faer dengan kakinya. Wajah sengaja dibuat sedih.
"MATI KEPALA HOTAK KAU! "
DUSSSHHHHH!!!!
Sepakan sisi ditahan kemas! Eldera dan Eryl masing-masing memberi jelingan membunuh! Tidak cukup dengan itu, satu lagi sepakan dilayangkan dan kali ini menyasarkan atas kepala Eldera!
"Not so fast! "
Kaki Eryl dicengkam kuat! Membulat mata Eryl apabila merasai aura Aeldera ditangan Eldera! Dapat dia rasakan kulitnya seperti disiat-siat! Spontan kuasa api kegelapan diaktifkan sehingga Eldera terpaksa melepaskannya! Tanpa membuang masa, tangan Eryl naik menghentam wajah Eldera sehingga lelaki itu terdongak keatas!
Eryl membuat lompatan balik kuang. Peluh mula menuruni wajahnya. Mata Eldera yang mempunyai tanda untuk berubah putih juga kelihatan. Gigi diketap geram.
"Shit. Kalau kau hilang kawalan, kau jugak yang akan menyesal setan!! "
Eryl meluru laju kearah Eldera yang mengelengkan kepala tanda cuba menghilangkan pening! Eldera yang tidak sempat berbuat apa-apa, terkejut apabila wajahnya dicengkam Eryl!
"SEDARLAH CEPAT!! "
BAMMMMM!!!
Tubuh Eldera menghentam dinding! Semua tergamam dan hilang kata-kata apabila Eryl menghempaskan Eldera di dinding berdekatanya! Dinding merekah teruk!
Helaan nafas berat meniti di bibir sang jejaka. Lelaki berambut hitam pekat itu melepaskan cengkaman. Tubuh Eldera jatuh terduduk diatas tanah. Eldera mengelengkan kepalanya yang agak berpinar. Simbol dimatanya juga hilang serta merta.
"Urgh.. Man that's hurt! "
Semua tercengang. Eh? Dah normal balik?
"Padan muka. Tulah tak penyabar sangat! Kalau aura 'dia' terlepas tadi macam mana? " bebel Eryl seperti mak-mak. Dalam masa yang sama, dia juga bersyukur kerana sempat menghalang Eldera.
Laju aje Eldera menarik muka masam apabila Eryl mula membebel panjang berjela!
"Buat muka! Buat muka! Orang cakap bukan nak dengar! Kerja nak tarik muka aje! Ehh.. Kalau tak kenang kawan ni, dah lama aku humban kau dalam neraka ! Biar tahu tahap kepanasan api dia macam mana! Eyyy.. Panasnya hati aku."
Eldera buat muka reda aje. Mulut Eryl kalau membebel kalah ibunya Eriana. Yang lain dah macam what-hell-man, kerana adegan Eryl yang memarahi Eldera. Lagak dah macam anak dengan ayah aje.
"Ya-ya aku dengar. Stop membebel boleh tak? Kau lelaki kan? Bukan perempuan yang nak membebel banyak sangat.. "
"Eh mangkuk, tak ada bezanya lelaki dengan perempuan. Dua-dua mahluk berkaki dua! Kau jangan nak banyak bunyi boleh tak? Dengar aje apa aku nak cakap! Kalau apa-apa jadi dekat kau, aku yang tanggung tahu tak? Kau faham tak maksud risau tu apa? Ke nak pergi tadika balik? "
Maka Eldera hanya menadah telingan dengan bebelan si Eryl. Fuhh.. Senak jugaklah telinga kena terima beribu patah perkataan.
Rasa macam dah meleleh keluar aje tahi telinga ni.
Dahsyat betul.
Dalam masa yang sama, tiada sesiapa sedar akan kedaan Adrea yang sudah terduduk diatas tanah. Matanya membulat dan peluh menuruni wajahnya. Satu bayangan seakan memori bermain difikiranya.
"Memori.. Siapa? "
Seorang gadis yang berambut violet mencecah tanah, elok memeluk lengan seorang lelaki berambut emas. Kepala pula dilentokkan pada bahu si lelaki. Mereka duduk dihujung tebing dan membelakangi dirinya.
"Apa ni? "
Gadis berambut violet mengangkat wajahnya. Kepala ditoleh kearah Adrea. Adrea tergamam dikala melihat wajah si dia. Gadis itu tersenyum kelat. Tanpa sedar, air mata si gadis mengalir dan semuanya hilang dalam sekelip mata.
"Adrea? "
Adrea kembali ke alam realiti. Kepala diangkat dan wajah Koharu menjadi tatapan matanya.
"Kau okay tak ni? " soal Koharu risau.
"A-aku okey. Mana Eldera dengan Eryl?"
Adrea bangun daripada duduknya. Wajah diceriakan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Koharu hanya senyap lalu ketawa. Adrea mula hairan dan kepala ditoleh kebelakang. Hampir tercekik dirinya apabila wajah Eldera berada beberapa inci daripadanya. Jelas lelaki itu tersenyum sinis.
"Miss me already? "
"Go to hell! "
"Eh, but i want to go to heaven with you. "
"What.."
Merah muka Adrea apabila Eldera bertutur dengan suara romantis.
"Wait, I forgot something.. "
Si gadis erkebil-kebil apabila Eldera membuat gaya berfikir sebelum lelaki itu ketawa kecil.
"You're a the devil. You go to hell not heaven."
"JERK! "
Eldera ketawa mengejek dengan balasan Adrea. Eryl pula menghela nafas berat. Eldera berlagak macam tiada apa yang berlaku sebentar tadi, padahal hampir sahaja lelaki itu membunuh Faer. Faer pula sudah dibawa ke klinik kecil untuk merawat lukanya. Para pelajar yang lain pula meneruskan latihan seperti tiada apa yang terjadi.
Melihat gelagat Eldera yang masih mengusik Adrea, membuatkan Eryl tersenyum . Kaki yang dicengkam Eldera semasa bertarung, diperhatikan sebelum kembali melemparkan pandangan pada lelaki berambut emas itu.
Sakit, tapi dia tak boleh tunjuk. Walaupun aura Aeldera hanya sedikit yang keluar, tetapi kulitnya seperti disiat-siat dengan batang besi. Dan kesannya masih lagi berterusan.
'Aku tak nak kau rasa bersalah Eldy. Jadi biarlah kau tak tahu fasal ni. Kau gembira pun dah cukup bagi aku. '
"Eryl!! Tengok Eldera!! Huwarhh!! "
Eryl bagaikan tersedar daripada lamunanya. Terkebil-kebil dia jadinya apabila Adrea menyorok dibelakangnya.
"Kenapa ni? "
"Eldera kata aku ada dada besar. "
"Kenyataan!"
"Tak payahlah usya! "
Eryl menghabur tawa kuat. Kadang-kadang dua ekor ni pun boleh tahan sengalnya. Pelik tapi nyata.
"Hahaha... Benda betul lah Adrea! Breast kau besar duh! Big-big gitu. Memang mata nak pandang situ ajelah. So apa rahsia? "
"PERVERT! "
DUSHHH!!
Semua yang melihat tergamam dan membuat muka simpati kepada Eryl.
"Auww... Habis tempat pembiakan dia. "
"Tak terlahir keturunan dia. "
"Habis sperma tak boleh ke ovum dah. "
"Tragis betul kematian. "
"Rest in peace. "
Adrea keluar daripada padang dengan bebelan geram. Terkejar jugaklah Koharu nak dapatkan si Adrea tu. Hanya Eldera yang berada di sisi Eryl yang dah membulat badan dengan muka yang pucat lesi diatas padang. Berbuih jugaklah muka tu.
"Itulah. Pervert lagi. Kan dah dapat tendangan sampai mati pucuk? "
"Diam babun. Kau yang mula kan semua ni bab*. "
"Eh hidup lagi? "
"Syaitan betul kau ni. "
_______________________________________________________________________________________
Walaupun cuti seminggu, saya x janji untuk update. Gomen! Kerja sekolah menggunung bhai😂gembira sampai keluar air mata jugaklah.. 😂🔥by the way, ni gambaran Akira and tempat latihan diorng.
AKIRA SAIZOU
Lelaki:
Perempuan:
Tempat latihan diorang
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top