Chapter 25 | Aeldera and Eldera

Suasana sunyi dan kelam. Sekelilingnya hitam tanpa ada sebarang mahluk mahupun hidupan. Eldera melepaskan helaan nafas pendek. Tangan pula naik menyisir rambut ke belakang.

"Tempat gelap apa pulak yang dah telan aku ni? "

Tangan diturunkan lalu kaki melangkah tanpa tujuan. Hairan. Dia sendiri tidak tahu dia dimana. Bukak sahaja mata, tempat gelap ini menjadi tempat kakinya berpijak.

"Fate really strange ain't it?"

Serta merta kaki Eldera kaku. Matanya membulat sesaat. Peluh mula menuruni wajahnya. Perlahan-lahan badan dikalih ke belakang.

"Aeldera.. "

"Heh, never thought I'm gonna meets you in this place. Hey wanna some coffee?"

Eldera terdiam seribu bahasa. Aeldera pula hanya tersenyum sinis.

"Kenapa? Terkejut? "

"Macam mana kau boleh ada dekat sini? "

Soalan berbalas soalan. Eldera cuba bertenang sehabis baik. Hatinya mula resah dikala menatap wajah tenang Aeldera. Dia risaukan sesuatu.

Risau jika pertemuannya bersama Aeldera akan mengambil alih tugas malaikat maut sekali lagi.

"Tenang. Tak perlu takut. Ini hanya mimpi budak. "

"Mimpi? "

Aeldera tidak menjawab sebaliknya berjalan tenang melepasi Eldera. Matanya membuat isyarat untuk mengikut. Eldera masih ragu-ragu tetapi mengikut juga jejak langkah si syaitan.

"Macam mana dengan penglihatan kau? " soal Aeldera memulakan perbualan. Kepala tidak menoleh memandang wajah dingin Eldera.

"Thanks sebab buat aku hilang keupayaan untuk melihat, tapi dia dah makin sembuh. So yeah.. Ianya pasti berita buruk bagi kau bukan? " sarkastik Eldera membalas soalan Aeldera.

"Heh. Betul tu. Ahh.. Aku harap sangat kau buta. "

"In your dream. "

"We're in dream. Are you a stupid? " soal Aeldera menambah rasa bengang Eldera.

"Whatever. Apa kau nak ni? "

"Nothing. Just a chit-chat. Aku bosan sebab kau tak nak layan aku langsung! So ada peluang ni aku gunalah.. "

"Kau nak aku tarik nyawa tak berdosa lagi? Setiap kali aku berjumpa kau, aura kau akan keluar melalui badan aku dan menarik nyawa mahluk didunia! "

"So what? Itu yang aku nak. Eldera Delwyn, aku ni syaitan. Raja Syaitan. Nyawa itu bagaikan permainan yang sangat seronok bagi aku. Kau tak rasa,"

Kini Aeldera menoleh ke belakang menghadap Eldera. Eldera juga berbuat perkara yang sama. Mereka saling berpandangan sebelum Aeldera mengulum senyuman lebar sehingga menampakkan gigi taringnya.

"Kau tak rasa ke menarik nyawa ni seronok? Setiap rintihan,"

Kini kepala mereka tertunduk kebawah. Eldera membulat mata apabila bayangan seperti video bermain dibawah kakinya. Eldera berundur kebelakang apabila wajah seorang wanita merayu-rayu sambil mendukung bayi kecilnya.

"To-tolong lepaskan kami.. Jangan apa-apa kan budak ni! Dia hanya bayi tak berdosa! " pegangan si wanita semakin erat pada bayinya. Aeldera yang diselimuti darah hanya tersenyum penuh makna. Kepala didekatkan pada telinga si wanita.

"Aku tak suka lepaskan permainan aku. Walaupun nyawa yang baru terlahir! "

SLASSHHHHHH!!!

BURRNNNNNN!!!

Serta merta Eldera memejam matanya. Tangan dikepal bersama gigi yang diketap. Bayangan wanita dan bayi yang dibunuh dengan kejam dan diganti dengan wajah seorang askar yang bagaikan dihiris-hiris. Aeldera pula hanya tersenyum seperti ianya sangat menghiburkan.

".. setiap darah yang tercalit dibadan,"

"Kau.. Akan.. Mati.. Aeldera! " Aeldera datang menghampiri. Leher askar itu digenggam. Serta merta askar itu berada diawangan bersama leher yang dicekik Aeldera yang melihatnya dengan riak yang ceria.

"Kesiannya kau. Kampung dah musnah pun masih nak melawan? Kenapa bersusah ni? Hurmmm..? "

"Ka-Kau..! "

"Ahh.. Mari aku bunuh kau. "

KRAKKKKK!!

Kali ni Eldera munutup telinganya apabila bunyi tulang patah menyapa gegendang telinganya. Badan terduduk kebawah.

".. Semuanya memberi kepuasan kepada aku. Tapi sayang. Dunia ni tak seindah yang disangka. Ada pulak bidadari yang turun. And wow.. Kami mati bersama. Bukan ke itu menarik? "

Kali ni, Eldera membuka sedikit matanya. Bayangan yang berubah membuatkan Eldera terkejut tidak terkata.

Kali ni bayangan seorang gadis berambut violet panjang sehingga mencecah tanah. Mata hitamnya menatap tajam wajah Aeldera yang sudah tercedera teruk tetapi masih tersenyum teruja.

"Heh. Kau betul-betul nak bunuh aku Andrea? Bukan kau cintakan aku? " soal Aeldera yang terketar-ketar tanganya mengampai sebilah pedang.

"Sebab tu aku perlu hapuskan kesilapan aku. Silap aku sebab dah jatuh cinta dengan syaitan tak berperasaan macam kau. "

Aura hitam dan putih mengelilingi Andrea. Rama-rama kegelapan dan cahaya mengelilingi wanita jelita itu. Walaupun sudah tercedera parah, dia masih mampu untuk melawan!

"Then aku pun sama. Arh.. Apalah nasib aku sebab dah jatuh cinta dengan pembunuh sendiri? "

"Heh. Nak hapuskan kesilapan kau sendiri jugak hah? Tak baiklah copy apa yang aku nak buat! "

"Heh, "

PRANGGGG!!!

KRANGGG!!!

Andrea meluru kehadapan tanpa teragak-agak! Aeldera juga meluru kearahnya! Bilah pedang dan tombak bertembung kuat! Percikan api terhasil berserta tanah yang merekah dahsyat! Api dan angin bergabung dan menyemarakan lagi pertarungan dua hati yang sudah terbelah dua!

"Kami bertarung sehinggalah nyawa ditarik daripada badan. Tapi siapa sangka? Soul aku dikurung untuk beribu tahun lamanya. "

Kini semua bayangan hilang. Eldera pula masih tergamam dan tidak sedar Aeldera sudah berada dihadapanya. Aeldera menyamai kepala Eldera. Kepala didekatkan pada remaja itu.

"Dan soul Andrea ada dalam gadis kesayangan kau. Jadi aku yakin tak lama lagi, nyawa gadis itu bakal-"

SWOSHHH!!

"Jangan sebut tentang gadis aku. "

Aeldera menjilat darah yang mengalir dipipinya. Serangan daripada pisau lipat Eldera memang tidak terjangka olehnya. Dari mana pisau tu datang pun, dia tidak tahu.

Eldera bangun dan memanah tajam anak mata Aeldera. Mata hijaunya bercahaya. Aeldera tersenyum teruja. Mata merahnya juga bercahaya membalas renungan itu.

"Hey, kenapa dengan pandangan kau budak? Kau tahu ini mimpi. Kau tak akan boleh bunuh aku."

"Just your luck. Lain kali aku hiris kau jadi cebisan! " pisau lipat disisip kedalam poket.

"If you can. "

Aeldera berjalan kearah Eldera. Kini dia betul-betul berdiri bersebelahan remaja itu.

"Aku cuma nak cakap, satu daripada tiga syaitan ciptaan aku dah dihidupkan kembali. "

"Apa maksud kau? "

"Aku ada cipta tiga jenis askar syaitan and guess what? Mereka tercipta daripada mahluk-mahluk yang aku bunuh! Hahaha.. "

Eldera hanya senyap mendengar.

"Hurm.. Soul Eater, Skyee. Anti-magic, Skype and the Last Judgment, Skylight. Tiga Syaitan yang aku gelarkan Triple Sky. "

"Kenapa kau bagi tahu aku? "

"Sebab apabila Last Judgment, Skylight muncul, tandanya Syaitan Sempurna aku akan buru kau atau lebih tepat, mereka akan bebaskan aku tak kira apa cara sekali pun. Pengikut yang setia right? "

Eldera tidak membalas. Aeldera tersenyum sinis. Serta merta api hitam keuguan mengelilingi mereka. Sama seperti sebelum ini.

"Aku cuma nak ingatkan kau Eldera. Dunia yang kau pijak sentiasa memberi kejutan yang sangat menyakitkan. Akan ada satu ketika kau merana dengan dahsyat sekali dan waktu tu.."

Tangan Aeldera naik mencengkam tekak Eldera yang hanya kaku tanpa suara.

".. Aku adalah kuasa yang kau mahukan. Hanya aku yang boleh hapuskan manusia di dunia ini Eldera Delwyn. "

Api membakar mereka dengan marak. Eldera dan Aeldera saling berpandangan sebelum hilang daripada pandangan masing-masing.

****

Mata Eldera tercelik secara mengejut. Peluh mula menuruni wajah dan badanya. Selimut yang meliputi badan ditolak sehingga jatuh ke bawah. Dia menghampiri tingkap lalu membukanya luas. Satu helaan nafas terlepas serta merta.

"Nampaknya tadi betul-betul mimpi. Baguslah tak ada nyawa yang melayang.. "

Eldera menutup kembali tingkap. Kaki diayun kearah katil. Punggung dilabuhkan diatas birai katil sambil kepala mendongak keatas. Helaan Nafas dilepaskan sekali lagi. Penuh dengan kekecewaan.

"Apa sebenarnya tujuan aku hidup kalau hanya membahayakan mereka yang lain? "

Srekk...

Kini kepala ditoleh ke sisi dan kelibat Eryl muncul bersama bantal busuknya. Terkebil-kebil Eldera yang melihat Eryl yang tertutup matanya bersama air liur basi yang keluar daripada mulut. Euww.. So jijiks.

"Panggang.. Ayam Panggang.. Jangan ceraikan aku. Aku tak curang.. Aku makan kau aje!  "

Hampir melompong mulut Eldera dengan kerenah Eryl. Dalam mimpi pun masih dikejarnya ayam panggang tu?

"TIDAK!! AYAM PANGGANG! JANGAN GODA DIA!! GODA AKU AJE!!! NO!!! YOU MY ISTERI ONLY!!!"

"BANGUNLAH GILA! "

BUK!

Kini mata Eryl terbuka luas. Terkejut dek suara halilintar Eldera bersama muka yang elok menjamah hentaman buku setebal kamus. Sakit hawau.

"Eh Eldera? Apahal kau dalam bilik aku? "

"Ini bilik akulah. Kau tu yang tidur berjalan. " tergeleng kepala Eldera seraya berjalan mengutip buku miliknya. Eryl pula masih blur.

"Berjalan pun still boleh tidur eh? " soal Eryl dengan muka selenganya. Eldera memberi jelingan maut tanda tak nak bermain soal jawab untuk soalan buduh Eryl.

"Yelah-yelah aku tak tanya apa-apa. "

Eldera simpan senyum apabila melihat wajah merajuk Eryl. Kata-kata Aeldera bermain difikirannya kini.

".. Aku adalah kuasa yang kau mahukan. Hanya aku yang boleh hapuskan manusia di dunia ini Eldera Delwyn. "

Kini mata Eldera tertumpu pada Eryl yang mencebik.

'Selagi aku ada Eryl sebagai penyokong dan kawan baik aku, kuasa kau tak bermakna langsung Aeldera. Bukan tu aje..'

"Aku maafkan kau. Just bagi tahu kalau kau dalam masalah okay? Kita kan kawan? "

'Walaupun Adrea anggap aku kawan sahaja, aku tak kesah. Sebab hadirnya gadis itu memberi aku lebih semangat untuk teruskan hidup selain ibu aku. Aku tak perlukan kuasa kau Aeldera. Tak langsung. '

"Eldera.. " panggil Eryl menyentakkan aku. Kepala naik memandang wajahnya yang polos bersama kaki yang menguis lantai. Dah kenapa?

"Apa dia? "

"Nak tidur dengan kau boleh? Aku takut lah nak tidur dekat bilik aku. "

"Kenapa pulak? "

"Ada jembalang cuba ngorat aku dekat bilik duh. Muka sebijik macam kau, bapak hodoh. Kalau aku tidur dengan kau, at least dia rasa tergugat sikit sebab kau lagi hodoh. "

"Boleh. Tapi jangan tanya kenapa kau ada di alam kematian bila celik mata nanti. "

"Kau nak bunuh aku dalam diam ke?"

"Tahu pun. "

"Kejamnya… "

____________________________________________________________________________

Kalau rajin, saya update lagi malam ni. Kalau tak, satu chap ajelah untuk minggu ni 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top