Chapter 23 | Lost Sight

Akira menolak tubuh Eryl dengan lembut. Dia masih malu dengan luahan hati Eryl. Tambahan pula, Eryl selamba sahaja mengucup bibirnya! Teruk betul!

"So? "

"So what? Blah boleh tak? " marah Akira tetapi tidak memandang wajah si lelaki. Eryl tersengih sinis. Kepala didekatkan pada telinga si gadis.

"Kalau kau nak aku blah, boleh kau kasi ciuman aku balik? Aku tak suka apa yang aku bagi tak kembalikan balik. " bisik Eryl membuatkan Akira bertambah merah.

"Ka-Kau gila?! Kau yang cium aku tanpa kerelaan! Sexual harassment! "

"Then buatlah benda sama dekat aku. Sexual harassment me now. Come. Aku terima sebanyak mana yang kau nak buat. "

Melompong mulut Akira. Eryl pula hanya tersengih-sengih tak bersalah. Siap depakan tangan lagi!

"Come baby girl! Come to me! "

"You.. You.. YOU PERVERT ASSHOLES!!!! "

Terus Akira menyepak Eryl sehingga terhumban keluar daripada biliknya!

BAM!

"Auch! Tendangan cinta sejati! Hehe.. "

Pelajar Nightfall yang berjalan disekitar kawasan bilik itu memandang pelik pada Eryl yang elok melekat secara terbalik di dinding. Eryl keluar daripada dinding dan menyahkan debu-debu dibahu.

"ERYL! "

Eryl menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil. Berkerut dahinya apabila Alzer tercungap-cungap memanggil namanya!

"Kau kenapa? "

"Eryl.. Kita kena balik sekarang. Eldera.. Dia-Dia... "

"Alright dude. Tarik nafas kau. Kenapa dengan Eldera? "

"Eldera hilang kawalan! "

"Huh? "

***

"Alter! "

Eryl menerpa kearah Alter yang elok berada di luar sebuah bilik. Ketiga-tiga mereka kini berada di klinik terangsing yang jauh terletak didalam hutan dihujung Bandar Zynga. Sangat tersorok.

"Eryl.. "

"Eldera mana? Macam mana dengan dia? Dia okay tak? Ke dah mampus? "

TUK!

"Auww.. "

Alter dan Alzer mengeleng kepala dengan sikap kepoh Eryl itu. Shawn pula bermuka kosong setelah mengetuk kepala Eryl dengan kuat. Berasap jugaklah kepala tu.

"Anak aku tak mati lagi. Jangan fikir bukan-bukan. "

Eryl mencebik sambil menggosok kepalanya. Sakit hawau. Tak lama kemudian, seseorang keluar daripada bilik tersebut. Mukanya kacak, muda dan berkulit pucat seperti tiada darah. Seram aje si Eryl tengok.

"Macam mana dengan dia Edwin? " soal Shawn penuh kerisauan.

[Edwin Bloodlust]

"Semuanya baik. Badan dia tak ada tunjukan apa-apa yang negative tapi.. "

"Tapi..? "

"Aku rasa kau patut tengok sendiri.. "

Edwin membuka pintu agar lebih luas. Tanpa teragak-agak, keempat-empat mereka masuk kedalam.

"Siapa? "

Hampir melompong mulut Eryl ketika melihat Eldera. Semuanya sama tetapi ada sesuatu yang berlainan tentang remaja itu. Matanya. Mata Eldera berwarna putih dan irisnya bersimbol pelik.

*simbol di Iris mata Eldera*

"Siapa? Eryl kau ke?"

Eryl mengerut dahinya. Soalan Eldera seperti dia tidak dapat melihat mereka yang kini berdiri didepanya!

"Yalah. Aku dekat depan kau ni. Kau kenapa? Bunyi macam kau tak nampak aku aje ni. "

"Tak. A-aku memang tak nampak apa-apa. Kenapa.. Semuanya hitam? "

Eryl hilang kata-kata. Begitu juga Shawn dan kembar berdua. Kini mata mereka tertumpu pada Edwin untuk penjelasan. Edwin mengeluh lalu menghampiri katil Eldera. Bahu remaja itu ditepuk lembut.

"Maaf budak. Tapi disebakan kau hilang kawalan, ini kesanya. Kau hilang keupayaan untuk melihat. Simbol dan perubahan warna mata kau adalah bayaran disebabkan tindakan kau. Kau patut tahu, bertapa bahayanya kalau kau hilang kawalan. Semua benda disekeliling kau akan menemui ajal. "

Kepala Eldera tertunduk ke bawah. Dia akui memang itu silap dia. Terlalu mengikut perasaan.

"Maaf.. "

"Tak apa. Cuma aku bersyukur kau pergi ke hutan semasa kuasa kau hilang kawalan. Benda akan jadi masalah besar kalau melibatkan nyawa manusia. "

Ujar Edwin seraya berjalan keluar daripada bilik itu. Sempat dia berbisik sesuatu kepada Shawn sebelum hilang daripada pandangan.

"Shawn.. "

"Kita bincang nanti. Aku nak jumpa Edwin dahulu. Korang jaga Eldera. "

Dingin Shawn menjatuhkan arahan sebelum beredar. Kecewa dengan Eldera mungkin. Eldera menundukan kepala manakala Eryl memandangnya simpati. Bahu rakanya dirangkul daripada sisi.

"It's okay bro. Aku janji akan jaga kau buat masa ni. Jangan sedih okay? " Pujuk Eryl dengan nada ceria. Walaupun tidak dapat melihat, Eldera hanya mampu tersenyum kelat.

"Thanks for always be my brother Eryl. "

"My pleasure. "

***

"Shawn,"

"Aku tahu apa kau nak cakap Ed. Tak perlu ulang. " keluh Shawn sebaik sahaja sampai di sebuah office milik Edwin. Edwin yang berada disofa yang agak lusuh, berpeluk tubuh sambil memandangnya tajam.

"Memang. Memang aku patut ulang benda ni. Kau gila ke Shawn? Alihkan kurungan Soul Aeldera dalam rahim seorang ibu? Dan sekarang Soul tu terperangkap dalam badan budak yang berdendam dengan bapak dia sendiri! Kau tahu tak tindakan kau dah buat dunia kita berada dalam bahaya?! "

"Aku tahu! Tapi aku terpaksa. Aku tak boleh biarkan Eriana hilang anak dia. Lagi pun.. Masa tu kurungan Soul Aeldera hampir pecah. Itu aje cara yang aku ada untuk halang dia keluar. "Terang Shawn dengan tegas. Edwin mengurut pelipis.

"Masih dengan jawapan yang sama. Geez, human can be annoying sometimes. "

"I'm not a human ya know? "

"Yeah-yeah. I forgot you're Immortal Guardian. Heh, whatever. Still annoying as heck. "

Shawn ketawa kecil dengan gelagat menyampah Edwin.

"Cuma nak ingatkan kau Shawn. Aku harap kau tak menyesal dengan apa yang kau buat ni. " ujar Edwin dengan serius. Shawn tersenyum kelat.

"Ya. Aku pun harap benda yang sama Ed."

"Dah lah. Aku rasa kau boleh bawak anak tiri kau tu balik. I hate demon and human. Both are the same creature! Annoying! Immortal too! Yang itu lagi menjengkelkan daripada dua mahluk tu! "

"Hahaha... Dammit, kau halau aku? Talk to yourself Edwin! Kau tu vampire. Tak ada beza pun dengan syaitan! "

"Aku vampire yang budiman. Aku tak minum darah manusia tapi haiwan. Kira baik lah kan? Kau apa tahu.. "

Ujar Edwin seraya menyisirkan rambut ke belakang dengan muka berlagaknya. Shawn menguling mata keatas tanda menyampah.

"Eyy.. Dah! Dah! Keluar daripada rumah aku mahluk jijik lagi hina! "

"Oit! "

***

KRAK!

KRAK!

KRAK!

"Ah.. Aku rasa kita tak perlu bersusah payah hidupkan mereka lagi, betul tak Ciel? " soal seekor serigala pelik dan ngeri. Tubuhnya sangat menakutkan kerana dipenuhi dengan mata-mata pelik.

"Nampaknya macam tulah, Sandra. " ujar Ciel seraya keluar daripada bayangnya. Mata mereka berdua tertumpu pada sebuah kawasan yang tanahnya mula merekah! Disebalik rekahan itu, muncul mahluk-mahluk pelik yang bertubuh serigala. Berwajah tengkorak dan sesetengah mempunyai sayap.

"KROURRR!!! "

Ciel dan Sandra tersenyum penuh makna.

"Welcome to new world little creature .. "

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top