Chapter 19 | Three Kings

Eldera mahupun Adrea tidak mengeluarkan sebarang kata dan hanya duduk bertentangan antara satu sama lain.  Kedua-duanya senyap tanpa suara. Suasana bilik rawatan itu bagaikan tiada sesiapa. Adrea menggigit bawah bibir. Kepala ditunduk bersama jari-jemari yang bermain sama. Apahal janggal pulak ni?

"Bell.. "

Laju Adrea mengangkat muka. Wajah Eldera yang tenang tanpa secalit emosi, sedikit sebanyak mengetarkan jiwanya. Mata hijau itu sentiasa berjaya membuatkan dirinya khayal. Tak sedar matanya juga sentiasa membuatkan jantung Eldera bergetar kuat.

"Err.. Kau nak apa-apa ke? "

"Apa yang dah jadi dengan kau..? " lirih Eldera menyoal. Adrea ketap bibir. Perangai pelik Eldera dah datang balik! Adrea tak boleh hadap sisi Eldera yang satu ini. Terlalu lembut dan tenang!

Mana Eldera yang puaka ni?

"Jadi apa? Jadi pembunuh eh? Sorry lah aku memang pembunuh pun-"

"Jangan cakap sesuatu yang bukan dari hati kau Bell.. Kau nak bunuh Berry? Itu bukan kau. Aku tahu kau tak maksudkanya. Kau hanya nak gertak dia dan Faer aje. Sebab tu aku tanya, apa yang dah jadi dengan kau? Kenapa kau perlu lakukan sesuatu yang kau tak suka? " soal Eldera yang kini memalingkan wajahnya daripada memandang Adrea.

Adrea terdiam seribu bahasa. Bukan itu sahaja, sedikit sebanyak dia agak terkilan dengan layanan dingin Eldera. Kepala ditunduk bersama tangan yang digenggam.

"Aku tak tahu El. Aku cuma tak boleh kawal diri aku. A-aku marah sebab Berry bangkitkan nama yang aku nak lupa. Aku- "

"Kau cuma takut dengan masa lalu aje Bell. Kau tak boleh terima masa lalu kau. Iishiro. Siapa dia? "

Adrea tersentak. Kepala diangkat bersama muka yang berubah bengis.

"Jangan cakap nama tu. Kau tak perlu tahu tentang Iishiro! Kau tak payah kenal dia pun! Kau hanya orang luar! "

Suara Adrea naik seoktaf. Nafasnya kencang dan mukanya merah menahan marah. Tidak sedar dengan keterlanjuran katanya. Tetapi Eldera hanya beriak tenang. Muka Adrea dipandang tanpa secalit emosi sebelum bangkit membuatkan Adrea terpinga-pinga.

"Sebab aku orang luar hah? Jadi kau memang tak pernah agap aku kawan lah selama ni? " soalan maut itu serta merta membuatkan gadis berambut violet terdiam. Kemarahan yang tiba-tiba hadir, lenyap sekelip mata.

"Nampaknya betul lah. "

Eldera mengeleng kepala bersama senyuman sinis. Kaki melangkah menghampiri gadis itu. Adrea mengambil tindakan spontan dengan berdiri. Kaki yang ingin melarikan diri, terpaksa dibatalkan apabila Eldera menarik tubuhnya dan menghempaskan pada dinding.

Berkerut-kerut dahi Adrea menahan sakit. Kedua belah tanganya pula elok dicengkam Eldera dan berada di kiri dan kanan kepalanya. Adrea mula cuak dikala wajah Eldera berada dekat denganya. Adrea menutup mata apabila Eldera berbisik di telinga.

"Orang yang tak mampu lupakan masa silam dan move on, bukan orang yang hebat. Orang macam kau lemah dan bodoh. Kenapa kau perlu ingatkan masa lampau sedangkan masa depan kau menanti? Jangan disebabkan masa lampau, kau jadi orang lain Adrea Bellvania. "

Bisikan Eldera ditelinganya membuatkan dia tidak keruan. Tegas. Helaan nafas dipangkal lehernya membuatkan dia sesak. Eldera nak buat apa ni?

"Aku tak mintak lupakan masa lampau kau Adrea Bellvania. Aku cuma nak kau terima. Terima yang pemergian Iishiro bukan salah kau. Dan Sekali aje aku mintak.. Tolong jangan pendam apa yang kau rasa.. "

Kali ni Adrea hilang kata-kata. Eldera tersenyum kelat lalu mendekatkan dahinya dengan Adrea. Mata gadis itu mula berkaca. Cengkaman pada lengan Adrea dilepaskan. Kini tubuh Adrea dibawa dalam rangkulan. Tangan kanan melilit pinggang si gadis manakala tangan kirinya mengusap rambut violetnya.

"Just cry my girl. You crying not because you're weak but it's show how strong you already be. I'm so proud of you Adrea Bellvania. So proud. "

Adrea mula menggogoi didalam rangkulan Eldera. Segala rasa dihamburkan. Setiap titis air mata yang keluar, sedikit sebanyak mengurangkan rasa bersalah yang selama ini dipikul olehnya. Rasa bersalah yang akan menghantui dirinya sehingga mati.

"Aku yang bunuh Ishiro El.. Aku yang bunuh.. Aku.. Aku.. "

"Shh.. Stop talking. Just crying alright? " Bisik Eldera seraya mengucup lembut dahi Adrea. Kini mereka bagaikan didunia yang hanya ada mereka sahaja. Tiada sesiapa kecuali dua hati yang menyimpan rasa.

Eryl yang berada diluar bilik mengeluh. Alter dan Alzer juga saling berpandangan. Shawn juga berada disitu. Niat ingin bertemu anaknya terbantut dek adegan didepan mata.

"Aku cuma nak Eldera bahagia dengan Adrea. Uncle tak kesahkan? " soal Eryl lalu anak matanya naik menikam anak mata Shawn.

"Gadis itu Bellvania.." Ujar Shawn tanpa sebarang perasaan. Eryl tertunduk seraya menggenggam buku lima. Dia faham apa yang Shawn katakan. Alter dan Alzer hanya senyap.

"Tapi Eldera bukan Tempests. Dia anak aku. Delwyn. Jadi tak kesahlah dia nak dengan sesiapa pun."

Dan-dan kepala Eryl naik. Melompong mulutnya mendengar tutur kata Shawn yang jelas selamba.

"What? Betul kan aku cakap? "

"Ta-Tapi bukan ke Bellvania dan Tempests.. "

Shawn ketawa kecil seraya menepuk bahu anak angkatnya itu. Terkebil-kebil Eryl memandang Shawn.

"Kau ingat Eldera dengan gadis tu ' Romeo and Juliet' ke? Forbidden Love bagai. Chill lah. Aku restu aje hubungan diorang tu. Cute apa bakal menantu aku tu. Hahaha.. "

Shawn beredar sambil ketawa kecil dan kadang-kala menyanyi lagu tah apa-apa. Bahagia aje mukanya. Eryl aje masih tercegang begitu juga kembar dihadapanya.

"Uncle dah ambil ubat pelali ke sampai otak jadi buduh tu? " soal Eryl tak fikir dua kali. Alzer menjongket bahu.

"Aku rasa dia ambil ubat gegatlah. Tu otak mereng sikit. "

"Kan? "

Alter sekadar membisu. Dia melangkah ke tepi beberapa tapak sebelum sebuah batu bulat yang sebesar seorang pemeluk lelaki menghentam tubuh Eryl dan Alzer sehingga mereka melayang keudara!

"Mengumpat membawah padah! Padan muka! Hahaha! "

Shawn kembali mengatur langkah dengan urat merah timbut dikepala. Alter pula memandang lubang yang dibuat oleh tubuh Alzer dan Eryl. Kedua belah tangan ditepuk sebanyak dua kali sebelum menundukan badan.

"Semoga dua-dua masuk neraka dan terseksa."

***

Shawn mengatur langkah ke sesuatu tempat. Pandangan pelajar di Academy Nightfall tidak diedahkan. Mukanya ketat tanpa sebarang emosi. Ada sesuatu yang harus dibincangkan di sini.

Apabila tiba dihadapan sebuah bilik, dia membuka pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Seorang lelaki berambut putih menoleh kerahnya. Bermata biru laut dan berbaju kerabat diraja. Disebelahnya pula seorang lelaki berambut hitam sama seperti matanya. Disampingnya pula seorang wanita berambut merah jambu yang tersenyum manis.

Dihadapan mereka pula, duduknya Sir Kyle dan Miss Snow. Shawn melutut sebaik sahaja lelaki yang berada ditengah-tengah meja yang mampu menempatkan sembilan orang, berdiri.

"Tuanku Zen."

Raja Zen tersenyum dan menyuruh Shawn bangkit. Shawn akur lalu bengun dan duduk bersebelahan dengan Sir Kyle.

"Maaf sebab lambat. Jeguk Eldera kejap. "

"Tak apa. Anak kau lebih penting kan? Jadi macam mana dia sekarang? Okay? " soal lelaki dihadapanya. Shawn mengangguk dengan senyuman dibibir.

"Tapi kenapa tuanku betiga kemari? Bukan War Of Magic lagi beberapa minggu ke? Raja Katsu siap bawak permaisuri Anne lagi." soal Sir Kyle agak hairan dengan kedatangan mengejut raja tiga kerajaan. Dianthus, Emerald dan Grandiflora.

"Lahaii kau.. Aku bawak bini pun salah ke? " Soal Raja Katsu Reynard penuh jengkel dan selamba. Permaisuri Anne sekadar mengeleng kepala dengan telatah suaminya. Sir Kyle sekadar sengih.

"Saje lah tanya tuanku. Yelah, Tuanku Shiro pun tak bawak bini. Tak hairanlah kalau saya pelik. " Sir Kyle cuba membela diri. Raja Shiro Ryuzaki hampir tersedak air apabila namanya tiba-tiba dipetik.

"Eh-eh kau. Nama aku tak payahlah petik. Aku tak naklah bertegang urat dengan mamat biul ni. Tak ada faedah. Aku jugak yang menang nanti. "

"Kau kata aku apa?! "

Raja Shiro buat tak layan aje dengan Raja Katsu yang dah menyumpahnya berbakul. Permaisuri Anne pula sekadar mendiam diri. Dah lali dengan merangai dua raja itu.

"Hahahaha.. Dah-dahlah Shiro, Katsu oit. Kau orang tu raja kan? Cuba matang sikit. " tegur Raja Zen lembut dan sopan. Raja Katsu ketap gigi menahan geram manakala Raja Shiro selamba aje. Tenang aje muka minum kopi.

"Err.. Apa-apapun, kenapa Tuanku Zen nak jumpa kami ni? " soal Miss Snow yang berdiam diri sejak tadi. Raja Zen Violent berdehem beberapa kali. Wajahnya berubah serius begitu juga dua raja disebelah kanannya.

"Mengenai War Of Magic dan juga sebuah Guild Hitam. "

"Guild Hitam? "

Raja Zen membuat isyarat pada pembantu yang setia disisinya daripada tadi. Pembantu lelaki itu mengangguk lalu berjalan ketengah-tengah ruang. Sebuah bebola Cristal berwarna hijau diletakan ditengah-tengah meja. Tak lama kemudian, bebola itu bercahaya dan memaparkan sebuah logo yang teramat asing.

Tetapi tidak bagi Shawn. Matanya membulat dan serta merta dia berdiri daripada duduk. Peluh mula menurini wajahnya. Raja Shiro menghela nafas berat.

"Kau pun tahu ni Guild apa kan? " soal Shiro melalui fikiran. Shawn memandangnya sekilas lalu mengangguk.

Mereka yang lain-lain pula terpinga-pinga dengan riaksi Shawn.

"Kenapa Shawn? " soal Raja Zen yang kehairanan. Shawn memandang Shiro sejenak. Lelaki berambut putih mengeleng tanda 'Jangan'.

"Err.. Hehe.. Nak pergi toilet boleh tak Tuanku? Natang dalam perut ni ada kat hujung-hujung lah. Hehe.. "

Raja Katsu ternganga manakala Raja Zen tercegang. Hanya Raja Shiro yang menahan tawa. Muka dah tayang alasan-bodoh-weh. Shawn pula menahan bengang dengan memberi jelingan maut.

"Hadoi kau ni. Haa.. pergilah. Buanglah segala cucu cicit dalam perut kau tu." Pasrah aje suara Raja Zen seraya mengurut pelipis. Raja Katsu sekadar ketawa kecil manakala Sir Kyle dan Miss Snow hanya mengangkat bahu. Tersengih-sengih Shawn seraya mengambil langkah.

"Basuh elok-elok . Jangan bawak buah tangan bila balik! Semerbak bilik ni nanti! " Usik Raja Shiro dengan selamba. Bertambah benganglah Shawn dibuatnya.

"Duck you! "

Bergema terus bilik tu dengan ketawa mereka.

"Hahaha.. What a lovely friend.. "

________________________________________________________________________________________

Surprise! 😂First Chap untuk tahun 2019! Sedih2 awal pastu happy kan? Ke tak happy lagi? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top