Chapter 18 | Bellvania and Tempests
"ELDERA!! "
Berkerut-kerut dahi Eldera dikala pedang milik Faer menusuk dalam dagingnya. Tepat pada bahu kanan. Darah pekat mula menitis dan menyusuri bilah pedang itu. Berry juga tidak lepas daripada tergamam.
"Tak ada.. Siapa.. Boleh sentuh Adrea! "
Bilah pedang ditarik keluar dengan jarinya sehingga terhiris. Jari-jemari Eldera mula berdarah tetapi tidak sebanyak darah yang mula keluar daripada bahu. Nafas Eldera tidak teratur dan dia jatuh terduduk. Pedang milik Faer dicampak jauh.
Eryl mengetap gigi dalam diam. Badan Adrea dilepaskan dan gadis itu laju berlari kearah Eldera. Air mata mula merembes keluar. Kini dia berada betul-betul dihadapan Eldera. Pipi lelaki itu diusap sebelum melepaskan esakan.
Iris matanya kembali berwarna violet kemerahan. Rama-rama hitam berubah menjadi rama-rama cahaya dan hilang begitu sahaja.
"Hey.. Pervert girl. Kenapa kau nangis ni hah?"
Soal Eldera seperti tiada apa. Wajahnya sedaya upaya dikawal agar tidak kelihatan dalam kesakitan. Tangan naik mengusap kepala Adrea.
"Maaf! Maaf! Maaf! "
Ringan mulut Adrea memohon maaf. Sayu Eldera melihat Adrea yang semakin banyak membazirkan air matanya. Terus badan kecil itu ditarik dalam dakapan. Mata Adrea membulat apabila tangan Eldera mengusap belakang badanya. Kepala Adrea pula elok tersembam di leher lelaki itu.
"Stop it. Stop crying because of me. I can't stand it. It's ache my heart little by little.. More hurt than this wound.. " bisik Eldera di telingan Adrea sebelum matanya tertutup rapat. Perasaan takut laju menyusup masuk kedalam hati Adrea.
"Jangan risau. Aku nak tidur. Kau jadi bantal peluk aku eh? " Semakin erat pula pelukan Eldera sehingga Adrea pula yang sesak nafas! Dan-dan mukanya merona merah. Nakal Eldera ni!
"Alright-alright.. Nampaknya kau baik aje. Dah-dah lah nak peluk Adrea. Cemburu aku. "
TUK!
Tajam Eldera memberi jelingan pada Eryl yang membuat muka bosan nak mampus. Sakit dekat badan tak hilang lagi, dia tambah dekat kepala? Memang nak kena bunuh mamat ni. Adrea pula dah terlebil-kebil dengan adegan dua mahluk halus itu.
"Apa jeling-jeling? Nak kena tengking? Lepas kan Adrea tak boleh ke? Nak aku hempuk baru nak lepaskan anak dara orang tu? "
Ringan aje Eryl membebel. Siap package jelingan maut. Hilang terus sifat sengal dengan selamba dan diganti dengan Eryl yang tegas nak mati. Berubah 360°! Urat-urat jantan juga kelihatan dilengan dan dahinya. Eldera hanya diam membisu. Sudahnya dia hanya mampu mengeluh dan melepaskan pelukan pada Adrea.
"Adrea.. " panggil Eryl dengan muka dinginya. Entah aura apa yang ada pada Eryl, rasa takut dan-dan muncul dalam diri Adrea. Sah ni bukan Eryl!
"Aku nak cakap dengan kau nanti. Sekarang ni bawak Eldera ke bilik rawatan. Berry dan Faer pun aku nak jumpa. Rawat luka kau orang orang dulu. Faham? "
Berry mendengus tetapi mengangguk juga kepala. Aura yang keluar daripada Eryl lain daripada biasa. Sangat bahaya. Faer hanya diam dan mengambil pedangnya. Sempat dia mengerling Eldera yang awal-awal sudah menghadiakan jelingan maut. Faer pun tidak melepaskan peluang untuk membalas lalu beredar di sisi Berry.
Eldera mendegus kasar.
"Shit punya lelaki. "
"Jangan ingat kau dah menang.. " Sempat Berry berbisisik pada Adrea sebelum sengaja melanggar bahu gadis itu. Adrea pula hanya tunduk.
BUK!
"Arhh! "
"Berry! "
Berry berdecih sebelum merengus geram. Badan yang tadinya jatuh dek disadung kaki Eryl, bangun. Tajam dia memandang Eryl yang tayang muka tak berperasaan. Eldera number two yo! Kaki dihentak sekali lalu menonong meninggalkan Faer yang tergopoh-gapah mengejarnya. Tahu pun malu, desis hati Eryl dengan senyuman sinis.
"Heh,"
Akira yang sibuk membantu tenaga pengajar diperhatikan seketika. Entah kenapa hatinya suka mengacau lelaki muka jambu itu. Cantiknya.. Hati yang berbunga tiba-tiba, diusir jauh sebelum muka berubah merah. Eryl yang tak betul kembali.
'The hell man?! Apa yang tak kena dengan aku ni?! Hold yourself Eryl Ryuzaki! Dia tu lelaki lah sengal! '
"Err Eryl...? "
Terus lamunan gila Eryl mati begitu sahaja. Dia berdehem dan memandang Akira sekilas lalu matanya tertumpu pada Adrea. Sebelah kening terangkat.
"What? "
"Aku hantar Eldera dulu tau?"
Eryl diam seketika. Wajah Adrea yang polos itu ditenung sebelum mengangguk.
"Hurmm.. Kau pergilah. Sir dengan yang lain-lain tengah bincang fasal kau ni. Ada baik kau tinggalkan padang. Don't worry, aku tak akan biarkan diorang buang kau untuk sertai War ni. Kau kan ahli kumpulan aku? " Ujar Eryl seperti seorang abang. Kepala Adrea ditepuk lembut lalu beredar kearah Akira. Nicolas dan Koharu pula membantu pelajar-pelajar yang cedera.
"Jom. " Ajak Eldera walaupun agak susah untuk seimbangkan badanya. Adrea mengangguk lalu membantu Eldera berjalan.
Tanpa Adrea sedar, seekor rama-rama cahaya bertukar menjadi manusia. Badanya bercahaya begitu juga rambut emasnya. Sayu dia memandang gadis itu.
'Sorry Adrea..'
***
"Kira. "
Akira yang selesai memberi arahan kepada student council mengalihkan perhatianya pada Eryl yang beriak serius. Satu keluhan terbit dibibirnya.
"Kamu semua settlekan kerja yang aku bagi tu. Ingat! Apa yang jadi hari ni, masuk dalam report. Aku nak sebelum pulang hari ni. " tegas Akira melempar kata. Kesemua Student Council mengangguk lalu beredar malaksanakan tugas masing-masing.
"We need to talk. " Akira mengangguk lalu mengajak Eryl mengikutnya. Eryl sekadar akur.
***
"Tentang Adrea betul tak? " soal Akira seraya berpeluk tubuh. Badan disandarkan pada pokok berhampiran memandangkan mereka berada didalam hutan tidak jauh daripada Academy.
"Kau tahu apa-apa fasal Bellvania? Kau kan salah seorang Wizard Dragon Heart, mesti kau tahu kan? " soal Eryl yang juga bersandar pada pokok yang sama dengan Akira. Tangan diseluk kedalam poket. Akira dan Eryl hanya berpandangan dari ekor mata sahaja.
"Puak Bellvania dah lama pupus sejak 100 tahun dahulu. Puak tu seperti rama-rama, hidup tak lama... " Akira mula bercerita dan Eryl setia mendengar.
"Dari apa yang aku tahu, hanya puak Bellvania yang mampu mengawal rama-rama cahaya dan rama-rama kegelapan. Sama macam Adrea tadi. Tapi apa yang aku tahu, puak Bellvania hanya akan hidup jika puak Tempests hidup. Salah Satu puak berdarah Syaitan selain Ryuzaki. "
"Ryuzaki lebih kepada darah kegelapan kan? " tungkas Eryl.
"Ha'ah. Tapi Ryuzaki lebih kepada naga. Naga elemental kegelapan. Berbanding Tempests, diorang memang berdarah syaitan sepenuhnya. Sebab tu Ryuzaki masih boleh diterima didunia kita. Kuasa kegelapan puak tu sendiri melindungi Kerajaan Grandiflora dahulu. Sekarang ni pun, Raja Shiro Ryuzaki masih melindungi kerajaan tu. Kau pun tahu kan? "
Eryl hanya sengih. Belakang leher digaru lalu dia ketawa janggal.
"Tahu..." dah tu ayahanda aku.
"Err.. Apa kata kau abaikan Ryuzaki dan balik pada Tempests . "
"Sejujurnya puak Tempests bukan puak yang baik. " keluh Akira mengundang kerutan didahi Eryl.
"Apa? "
"Tempests lagi kejam berbanding Ryuzaki. Hidup mereka terlalu gelap. Tak kira kau kanak-kanak atau orang tua, pasti darah kau menjadi minuman mereka. Daging kau pula mereka makan dengan lahap. "
"Tak mungkin.. " membulat mata Eryl dikala mendengar penjelasan Akira.
"Itulah kenyataan Eryl. Percaya atau tak. Itu kenyataannya. Beribu tahun kerajaan Dianthus ditawan dan tak ada manusia yang mampu hidup disini. Atau lebih tepat, tak ada manusia yang tak jadi makanan Tempests. "
Kini Akira memandang langit. Begitu juga Eryl yang cuba menelan informasi itu.
"Ryuzaki pernah menentang tapi hampa, puak mereka juga dimakan. Dan perang antara kegelapan juga tak pernah surut sampailah Bellvania muncul. Puak Rama-rama cahaya itu yang hapuskan puak Tempests... "
Batu dikaki Akira sepak.
"Tahun demi tahun, puak Tempests pun terhapus. Sampailah kelahiran tak diduga muncul dan dunia sekali lagi bergegar.. "
"Kelahiran tak diduga? "
"Raja Syaitan, Aeldera Tempests. Disebabkan dia, dunia kembali kucar-kacir. Manusia hampir pupus didunia. Syaitan dan Bidadari mula berperang. Ryuzaki tersempit antara kegelapan dan cahaya. Dialah Raja yang paling bahaya dan kejam. Membunuh bukan sehari dua,tetapi berhari-hari! Malahan beribu nyawa menjadi mangsa hanya dalam sehari!" Akira menarik nafas.
"Disebabkan itu, lahir seorang gadis berdarah cahaya dan kegelapan. Permaisuri Andrea Bellvania. Satu-satunya gadis yang mampu membunuh Aeldera. Dan dia berjaya. Tapi sayang, dia juga mati semasa membunuh Raja syaitan tu.. "
"Dari apa yang aku dengar, sebelum Aeldera mati, dia bersumpah akan kembali ke dunia semula. Tak kira dengan apa cara sekalipun. Jadi Eryl.. " kini pandangan Akira berubah tajam. Eryl tersentak hebat.
"Kau rasa, kenapa Adrea wujud? Sedangkan dunia masih aman. Peperangan di kerajaan Grandiflora juga dah tamat bertahun lamanya." Eryl mula gugup. Hatinya juga mula tidak senang.
"Sebabnya Aeldera bakal bangkit atau dia mungkin sedang bersembunyi dalam badan seseorang. Aku rasa kau tak bodoh untuk faham apa yang aku cuba sampaikan kan? "
"Kau nak cakap Eldera ni kelahiran Aeldera?! " terus suara Eryl naik meninggi! Sebelah tangan menumbuk pokok ditepinya. Mukanya berubah bengis manakala Akira hanya tenang menghadapnya.
"Aku hanya mengagak. Nama mereka hampir sama. Begitu juga Adrea dan Andrea. Jadi apa yang kau harap daripada aku? Abaikan sahaja benda ni? Kau pun nampak Adrea mampu kawal Rama-rama kegelapan dan cahaya. " Bidas Akira lalu berdiri dihadapan Eryl. Wajah mereka hanya beberapa inci sahaja lagi. Masing-masing dengan mata membunuh.
"Lagi pun, nama keluarga kau dan Eldera disembunyikan. Hanya tenaga pengajar sahaja yang tahu. Kau ingat aku tak tahu kau cuba halang Sir Richard sebut nama kau tadi?" sinis Akira melempar kata. Dek kerana bengang, Eryl mencengkam kolar baju Akira.
"Aku kenal dia sejak kecik Akira. Kau tak tahu fasal dia. Diri dia yang sebenar. " keras nada suara Eryl ketika itu. Akira ketawa mengejek.
"Dari kecik aje? Bro, kau tak kenal dia sejak lahir. Jadi kau macam aku. Kita tak kenal Eldera tu siapa. Tak, tak ada siapa kenal dia. Hanya dia yang kenal diri sendiri. " Eryl mendengus.
"Eldera bukan Tempests. Dia bukan syaitan. Kau kena ingat, Curiosity killed the cat. Jadi jangan nak acah hero kalau tak tahu apa-apa!"
Terus Akira ditolak kasar. Akira tidak berkata apa dan membiarkan Eryl pergi begitu sahaja. Masing-masing dah mula panas. Baik Eryl letakan noktah pada 'perbualan' mereka sebelum dia sendiri hilang kawalan.
"Banas baran.. " itus sahaja yang keluar daripada mulut Akira sebelum berlalu pergi.
_______________________________________________________________________________________
So yeah. A bit keterangan About Bellvania and Tempests. Anyway saya update malam ni sbb nk ucapkan beribu terima kasih dekat korang sebelum 2018 menutup tirainya😭serius weh.. Book ni baru aje 18 chapter tapi view dah cecah 5K dan vote pun 1K😭dulu EK, Chapter 18 baru 1K View dgn berapa ratus aje vote. Happy New Year Guys! Walaupun ada beberapa jam lagi! 😂semoga korang Setia menunggu update and support my others story. TRIPLETS? yg tu saya slow update sbb feel nk smbung x ada lagi 😂. AUFA? Yg tu saya update pabila nk karang story fantasy hilang. Bila update genre berbeza boleh buat saya happy nk karang story fantasy balik😂pelik en?
STILL, HAPPY NEW YEAR!!!❤️❤️
-ALL CHARACTERS (EK, TRIPLETS, SB, VAMPBLOOD, AATFP)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top