Chapter 17 | Please Eryl
Eldera POV
"Sekali lagi aku dengar benda buruk fasal Adrea Bellvania, kepala kau semua milik aku! "
Tegas aku melempar kata. Kali ni nadanya lebih keras daripada biasa. Lelaki yang habis pecah mukanya mengangguk laju. Cengkaman pada rambutnya, aku lepas secara kasar. Bibir aku senget keatas dikala melihat lorong yang menjadi tempat aku 'bermain' dengan kumpulan lelaki yang mengumpat gadis aku.
"Mark my word you scum..."
Terus aku beredar tanpa menghiraukan erangan sakit mereka. Tangan diseluk kedalam poket dan berjalan masuk kepadang semula. Kebanyakan pelajar mula berbisik-bisik mengenai aku. Lantak situ. Aku kesah apa fasal kau? Menyemak aje!
BUSHHHH!!!
Tangan aku naik menutup muka apabila sesuatu melayang keluar daripada lorong yang digunakan Adrea tadi! Sipi-sipi aje benda tu nak kena aku!
"BERRY! "
Laju kepala aku menoleh kearah Berry yang terbatuk-batuk bersama perut yang dipegang seperti senak. Faer setia disisi gadis itu. Apa jadi? Kejap, dia ke yang nak langgar muka aku tadi? Huii..
"Aku bunuh kau.. "
Jantung aku bagaikan direntap apabila suara Adrea kedengaran disebalik lorong itu. Suara yang terlalu dalam dan gelap. Perlahan-lahan kepala aku menoleh kearahnya yang kini elok menghunus sebilah pedang. Tak, itu pedang keluarganya. Sepatutnya bilah pedang tu putih! Bukanya..
.. Hitam.
"Adrea.. " Luluh hati aku apabila melihat anak matanya yang hitam dan pekat. Paling ketara, jelas matanya menunjukan perasaan negative.
Adrea.. Kenapa kau jadi macam ni?
Aku nak dekat dengan dia. Aku nak peluk dia. Aku nak cakap semuanya akan baik. Aku nak bisikan semua ayat-ayat manis tu! Tapi.. Adrea tak akan dengar atau rasa.
Dia betul-betul dikawal.
Dia kalah dengan perasaan 'bunuh'nya.
Dia kalah dengan raksasa di dalam dirinya.
Dan..
Aku kalah untuk mengelakan dia jatuh kedalam lembah kegelapan.
"BERRY!!!! "
Adrea meluru kearah Berry seiring dengan jeritanya. Aku nak halang, tetapi kaki aku bagaikan digam. Jadi aku hanya mampu melihat dan memerhati kawasan yang mula riuh.
"HENTIKANNYA ADREA!! " Nicolas cuba menghalang, tetapi entah macam mana, rama-ramah bercahaya hitam menghalang laluan. Mata aku dan yang lain terbelalak dikala rama-rama itu semakin lama semakin banyak!
"Eldera! Kau kena lari! Kalau tak kau-"
"A-aku okey.. Aku nak Adrea.. "
Eryl mengetap bibir apabila aku berdegil mahu meninggalkan padang. Dunia aku mula hitam apabila semakin banyak rama-rama yang memenuhi.
"Cepat Eldera! Kau trauma dengan binatang ni!"
Seekor rama-rama gergasi menerpa kearah aku! Semua rama-rama hitam itu tersangatlah hodoh sejujurnya. Eh menyempat pulak aku.
SLLLASSHHHH!!!
Eryl muncul tepat pada masa! Rama-rama hitam itu mudah sahaja dibunuh olehnya. Aku berudur beberapa tapak sebelum terduduk. Kepala yang berdenyut dan pening mula menguasai diri. Banyak kali aku mengeleng tetapi hampa, masih sama.
"Eldera tolong tinggalkan padang.. Kau tahu rama-rama ni macam racun pada kau kan? " Ujar Eryl lebih kepada rayuan. Aku tahu. Sangat tahu. Sebab darah dalam badan aku, aku tak boleh dekat dengan rama-rama cahaya atau lebih tepat..
Keluarga Bellvania. Satu-satunya keluarga yang mampu menghapuskan..
Manusia berdarah syaitan seperti aku.
"Tapi aku nak Adrea. Aku.. kena hentikan dia Ryl.. Tolong. Bagi aku dekat dengan dia. "Kini giliran aku pula yang seperti merayu.
Eryl terdiam seketika. Satu keluhan terbit dibibirnya. Pedang hitam yang diselumbungi api kegelapan aktive kembali. Dilibas-libasnya pedang itu sebelum menghadap aku.
"Baik kita hentikan dia cepat. Kalau tak, rama-rama ni akan bertambah. Kalau kau tak nak hilang dia.. Aku pulak tak nak hilang kawan baik aku. " Eryl tersenyum tipis lalu menarik aku bangun.
"Thanks Ryl.. "
"Anything for you buddy. "
***
"Berry.. "
Berry mengetap gigi apabila serangan balasnya tidak memberi apa-apa kesan kepada Adrea. Malah gadis berambut violet itu semakin menghampiri sambil mengheret pedangnya. Faer juga tidak mampu membantu dek rama-rama yang terlalu banyak!
"Kau patut mati Berry.. " ujar Adrea. Mata hitamnya tidak lepas memandang Berry.
"Tch. Kau yang patut mati perempuan!! "
Berry meluru kearah Adrea! Kedua belah tanganya mengeluarkan gerudi angin dan ditujukan pada jantung Adrea. Gadis rama-rama hitam itu hanya memandang kosong! Dalam beberapa saat, dia hilang disebalik rama-ramanya!
Berry jelas tergamam apabila gerudi miliknya hanya memakan angin! Dan paling membuatkan dirinya terkejut, magiknya hilang dalam sekelip mata! Kemudian dia merasai hela nafas seseorang dibelakang! Terus badan dipusing 360 darjah bersama kaki diangkat tinggi! Masih tiada apa-apa!
"Jangan beri peluang kepada pembunuh. Sekali peluang itu muncul, mereka tak akan sesekali melepaskannya. "
Berry tersentak dan menoleh kebelakang dan sekali lagi. Tiada apa-apa! Hatinya mula tak tenang. Perasaan takut tiba-tiba hadir dalam dirinya! Pertama kali dia merasai perasaan ini, lebih-lebih lagi ketika bertarung dengan Adrea!
"Told ya.. "
Nafas Berry bagaikan terhenti! Lengan Adrea elok melilit lehernya! Nafas kian sesak! Tangan diguna untuk menyiku Adrea tetapi hampa, tiada kesan! Sedaya upaya Berry cuba melepaskan lilitan tetapi semakin dicuba, semakin ketat lilitan Adrea!
"Kau patut mati Berry.. Bukan Iishiro. Kau patut mati.. " Hanya ayat itu yang berlega-lega dalam fikiran Adrea. Berry mulai lemah sehinggalah, sesorang menolak Adrea kuat sehingga terlepasnya pegangan dia!
Berry terbatuk-batuk sekali gus cuba menyedut udara kembali! Matanya membulat apabila Faer berdiri didepanya.
"Kau gila ke Adrea?!" Jerkah Faer. Sungguh, kalau dia lewat sesaat, pasti nyawa Berry melayang! Adrea tak hairan langsung dengan jerkahan Faer. Malahan, keinginan membunuhnya bertambah. Faer mangsanya.
"Inilah kehidupan Faer. Be kill or being a killer. I choose Killer and you both.. " pedang keluarga diangkat sehingga paras bahu. Mata hitamnya, tajam memanah dua suauk tubuh dihadapan.
"... my victim . "
KTAAANGGG!!
Pedang Adrea dan Faer berlaga kuat! Kedua-dua mereka sama kuat dan sama handal! Setiap tetakan, pasti dapat dipatahkan! Apabila ada peluang, pasti Adrea akan menyerbu dan menghadiakan berpuluh serangan!
KTANGGG!!
KTANGGGG!!
Faer semakin penat. Tenaga dia semakin hilang! Kuasa aisnya hanya sia-sia sahaja! Tiada kesan langsung pada Adrea! Rama-rama disekeliling gadis itu bagaikan anti-magik bagi mereka!
"Dah penat? Boleh kau mati sekarang? " soal Adrea datar. Dia teguh berdiri manakala Faer dan Berry sudah melutut dek penat.
Adrea berjalan kearah Berry dan Faer. Berry yang masih belum mengalah, menerpa kearah gadis itu! Pedang milik Faer digunakan dan dihunus tepat pada wajah Adrea!
Adrea tidak bergelak, jauh sekali bergerak seinci. Dia seperti membiarkan Berry menikam dirinya. Adrea sengih sinis. Sebenarnya dia mahu membunuh Berry secara dekat. Apabila gadis itu menghunus pedang beberapa inchi daripadanya, Adrea akan melibas pedang keluarganya sehingga pedang Faer melayang. Detik itu, Adrea akan gunakan pisau belanti yang tesisip dikakinya dan menikam Berry.
'Kau mati perempuan. Mati ditangan aku! '
Tetapi...
Rancangannya meleset sama sekali apabila seseorang datang menerpa dan memeluk dirinya! Apa yang membuatkan dirinya lebih tergamam ialah seorang lagi jejaka menghalang dan pedang itu elok tersusuk padanya!!!
"ELDERA!!"
__________________________________________________________________________________
Bye-bye Eldera😢
Kidding. Kut?
Hahah.. Vote and comment ya guys😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top