Chapter 16 | She's mine

Adrea POV

Sebaik sahaja selesai sesi meregangkan badan, Sir Richard kembali memberi taklimat. Bosan jangan dicakap, rasa macam dah makan ubat pelali aje. Haih.. Sir ni tak letih ke tayang muka ketat 24 jam? Kalau tengok muka dia pun dah bosan, inikan pulak percakapan dia yang dah sedia datar.

"Fokus Adrea. " Tegur Eldera dibelakang aku. Cepat aje bibir aku muncung sedepan. Lupa pulak mamat ni sama aje macam Sir Richard. Boleh lah lepasni buat kelab lelaki ketat. Semua nak diketatkan! Muka ketat, baju ketat, seluar ketat.. Arhh!! Dammit!

Aku dah fikir kotor.

"Stop it pervert.. " bisikan Eldera ditelinga membuatkan aku terjerit kecil. Selamat aku sempat tutup mulut. Kalau tak, memang aku jadi perhatian ramai. Fuh.. Aku dah lah tak tahu nak handle peminat ramai. Jahatlah Eldera ni!

"Janganlah main bisik-bisik dekat telinga aku gila! Geli tahu tak geli? " Marahku bersama sura yang cuba diperlahankan sebaik mungkin.

"Then, stoplah blushing alone. Aku benci bila ada orang curi-curi tengok muka merah kau. "

Terkebil-kebil aku dengan ayat Eldera yang kedengaran cuba mengawal marah. Otak aku memang tak boleh proses apa-apa langsung. Terus aku kalih badan kebelakang dan menatap wajah Eldera yang memang beku nak mampus.

"Siapa? "

Tak perlu berkata. Tengok saja ekor matanya dihalakan pada seseorang dibahagian kanan. Laju aku toleh kearah itu. Dahi aku berkerut apabila Faer yang menjadi perhatian Eldera sedari tadi. Lelaki itu seperti berbalas jelingan dengan Eldera. Tajam. Tanpa amaran, badan aku dipusing kehadapan semula. Tangan Eldera pula melilit disekitar leher aku. Jelas aku merasai dagunya diatas kepala.

Merah muka aku.

"She's mine.. "

Siapa milik siapa? Okey, aku masih tak faham situasi. Aku rasa sebab selalu lepak dengan Eryl kut otak aku jadi macam ni. Bodoh-bodoh gitu.

"Apa kau merepek ni ni Eldera? Aku tak fahamlah..! "

"Tak ada apa. Kau tak perlu tahu. Lelaki punya hal.. "

Aku mencebik tak puas hati. Lelaki punya hal ke tak, aku cuma tak suka kalau ianya melibatkan Faer. Lelaki kaparat macam dia, sepatutnya tak perlu kenal Eldera! Alright, sekarang Adrea dah tunjuk sintom-sitom membenci dalam diri dia.

"Jangan cebikan bibir tu. Nanti bibir aku tertarik dekat dia pulak. "

Terjegil mata aku dengan ayat mintak buku lima tu. Sengaja aje nak buat aku jadi tomato! Dah lah yang hal jaket pun aku still tak puas hati! Hish! Dia pulak, bolehlah sengih-sengih miang.

"Sibuk aje! Habistu, kalau Eryl mencebik, kau nak ciumlah? " sinis aku membalas.

"Kalau dia buat." Selamba aje Eldera balas.

Eyy.. Ni buat aku sakit hati ni! Kalau dengan Eldera, susah betul nak buat dia sakit hati! Terus muka aku masam mencuka. Tetiba rasa nak cemburu dengan Eryl! Sengaja aku perhatikan Eryl yang berada dihadapan sekali dengan pandangan membunuh. Ni kalau boleh bunuh, dah lama aku bunuh.

Ingat aku tak tahu apa yang dia buat dulu?

***

Eryl POV

Meremang terus bulu roma aku. Macam ada someone yang nak aku mati tetiba. Tapi siapa? Aku baik kut! Mana pernah menganiaya orang, orang aje menganiaya aku huhu..

Acahlah kau Eryl! Yang dulu kau hampir langgar Adrea guna basikal tu benda? Waduh kau ni. Rasa nak gelak dekat diri sendiri aje.

"Hah Eryl, ada apa sengih-sengih monyet ni? "

Soalan berbaur sindiran itu terus melenyapkan memori aku yang dahulu. Tersenyum malu aku dibuatnya apabila Sir Richard elok kasi pandangan membunuh. Glup. Aku lupa dia hampir sembilan puluh peratus macam Alter. Ngeri.

"Err.. "

"Ada soalan atau kau memang tak kasi perhatian? "

Alamak apa aku nak buat ni? Aku mana pandai menipu! Aku ni lelaki pure tau? Bersih dari segala penipuan!

"Err.. "

"Apa dia? "

Mak ai. Sir ni laju aje mulut dia jawab. Aku habis ayat, mesti ayat lain pulak keluar. Tak boleh ke dia stop sesaat pastu baru tanya? Aku dah garu kepala. Aku nak tanya apa ni?

"Eryl Ryu-"

"Kajap! Kejap! Sebenarnya saya nampak bidadari Sir! Betul! "

Maka terseburlah air yang baru diminum Sir Kyle di sebelah Miss Snow. Kesian pulak aku dengan sir malang tu, tapi aku tak boleh buat apa. Aku tak boleh bagi pelajar Academy ni tahu nama penuh keluarga aku! Kantoilah aku seorang putera raja nanti!

"What? " tegang terus muka dia. Teguk liur aku dibuatnya. Pundi kecing pun dan-dan nak mintak pergi tandas. Cilake betui.

"Be-betul Sir! Tu! Tengok tu! "

Laju tangan aku menunding kebelakang. Sir Richard juga menoleh ke belakang. Terus muka ketat Sir Richard lesap dan diganti senyuman apabila seorang wanita berambut coklat berpakaian seperti maid melambai kearahnya. Sir Richard juga membalas lambaian itu sebelum kembali memberi taklimat. Dia berdehem beberapa kali.

"Aku maafkan kau kali ni. Tapi jangan nak mengada perhatikan isteri aku lagi. Ada yang mati tak berkubur kalau kau buat jugak. "

"Ba-baik sir. Teruskan dengan ucapan seterusnya. "

Maka Sir Richard pun meneruskan mukadimahnya. Huii.. Bahaya buduh. Ni salah orang yang nak aku matilah ni! Tak fasal-fasal aku hampir kena sembur dengan Sir.

"Lain kali jangan nak mengelamun sangat. Kan dah kena. " sinis betul kata-kata yang keluar daripada Akira. Nak aje aku hempuk lelaki jambu ini!

"Diamlah. "

***

Adrea POV

Finally! Habis jugak ceramah tak berbayar Sir Richard! Tapi lecehlah. Sir kata, sebaik sahaja taklimat habis, kumpulan yang sudah sedia ada akan dibahagikan kepada dua kelompok. White and Black. Tak silap aku, tahun ni pengetua nak hantar dua kumpulan ke War Of Magic.

Dalam dua kelompok tu pulak, kitorang akan fight sampailah setiap hanya satu kumpulan aje yang tinggal. Dua kumpulan yang tinggal tu lah yang bakal menyertai War Of Magic.

"Duhh.. Lecehlah pengetua ni. Kenapa nak buat perlawanan bagai? Hantar kumpulan Faer aje tak boleh ke? "

"Ha'ahkan? Kumpulan tu dah pernah menang kut! "

"Tak silap aku, tahun ni lawan semua kuat weh. Setiap Kerajaan ada kumpulan mereka untuk wakil. Tu yang pengetua nak dua kumpulan. Satu kumpulan kalah, satu lagi boleh menang."

"Heh, tapi siapa yang berkumpulan dengan Adrea memang malang. Useless perempuan tu. "

Terus langkah aku terhenti daripada bergerak ke arah mesin jual air disebuah lorong yang memisahkan bangunan Academy Nightfall  dan padang menghijau ini. Disebalik dinding, dapat aku dengar suara-suara sumbang mereka.

"Oh perempuan tu. Aku pun pelik macam mana dia boleh masuk kelas Alpha. Lemah kut."

"Lemah tu okey lagi. Ni apa aje yang ada dekat dia? Tak ada apa! Setakat member dari Dragon Heart, Koharu lagi kuat kut! Tapi pelik budak tu duduk kelas Beta. "

"Pakai 'Sugar Daddy' lah tu. "

Buku lima aku kepal kuat. Jari-jemari yang mula mencucuk aku tak hiraukan. Terasa? Tipu kalau aku kata tidak. Tapi aku bukan lemah nak menangis bagai. Jadi aku pekakan telinga dan butakan hati. Aku penat nak hadap manusia berwajah syaitan macam mereka. Cukup penat.

"Adrea Bellvania.. "sampukan suara yang tidak asing lagi bagi aku, membuatkan kepala terus mendongak. Sepasang mata aku membulat seketika dikala menatap anak mata Eldera. Detik itu, aku bagai dapat merasai apa yang Eldera rasa sekarang.

Benci, dendam, kecewa dan paling ketara..

Ada secebis perasaan untuk membunuh.

Entah macam mana, tangan aku naik mengusap sebelah pipinya. Mata yang penuh aura negative itu serta merta memancarkan cahaya walaupun sedetik cuma.

"Aku okey. Please jangan risau fasal aku. Aku kan perempuan yang kuat? " pujuku.

Eldera tersenyum tipis. Tangan aku yang mengusap pipinya ditarik lalu dibawa kebibirnya. Serta merta muka aku membahang.

"Just think that no one gonna judge you after this. Trust me. " Aku tak tahu nak terharu atau rasa seram dengan kata-kata yang diungkap Eldera. Lelaki seperti dia susah dijangka. Aku takut dia belasah orang yang mengumpat tu sampai mampus.

"Janji dengan aku. Kau tak akan buat kerja gila kan? "

"Entahlah.. " Eldera ketawa lalu mengusap kepala aku dan berlalu pergi. Aku mencebik apabila lelaki itu selamba aje tinggalkan aku. Huh! Sungguh aku tak faham!

"Tak payah belikan aku air. "

"Eh, kau tak dahaga ke nanti? " soalku hairan. Tapi Eryl dah tugaskan aku beli air untuk semua orang. Dia kata nanti taklah penat sangat lepas lawan. Eldera berhenti seketika lalu toleh kearah aku.

"Aku lebih suka minum air kosong. Air dalam botol aku pun tak habis lagi. " ucapnya membuatkan aku mengangguk macam belatuk.

"Lagi pun.. " Terjongket kedua kening aku apabila Eldera tersenyum manis untuk pertama kalinya. Cahaya yang yang masuk kedalam lorong ini menambahkan lagi keindahan didepan aku. Sungguh..

Eldera seperti malaikat tak bersayap.

".. Selagi kau ada depan mata aku, kau tak perlu buat apa-apa. Hati aku yang kering juga dah kembali subur. Rupa-rupanya, selama ni dia dahagakan sesuatu... " Pandangan mata Eldera betul-betul lunak dan sukar ditafsir. Dia ketawa kecil sehingga aku khayal dalam sepasang anak matanya..

"Apa dia? "

"Cinta. Hati aku dah terlalu lama terseksa kerana dahagakan cinta. Dan kau hadir, membuang seksaanya dalam sekelip mata. "

***

Bingung. Itu aje yang boleh aku katakan. Serius aku masih tak boleh nak faham maksud Eldera tadi. Dia ada penyakit apa-apa ke sampai hati dia terseksa? Maksudnya dia betul-betul ada masalah kronik?

"Macam mana ni? Tak apa ke biarkan Eldera participate dalam War Of Magic? Macam mana kalau ada yang lagi kuat? Macam mana kalau penyakit Eldera lagi kronik?! "

Arh! Aku betul-betul risaukan dia! Aku tak nak dia jauh daripada aku. Aku nak luangkan lagi masa! Aku tak kesah dia buat aku sakit hati, asalkan dia ada!

KEDEGANG!

Terus lamunan aku yang negative itu hilang. Lupa pulak yang aku kena beli air dekat mesin ni. Laju tangan aku membeli air-air di mesin layan diri. Sebaik sahaja membeli kesemua air, tangan aku menjijit beg plastik yang terisi air itu. Kaki aku melangkah pergi sehinggalah dihalang seseorang.

Berry.

"Kau ni memang unik kan? Semua lelaki nak kau.  " ujar Berry tetiba. Dah kenapa minah tiga suku ni?

"Unik benda kau ni? Dahlah gila. Pergi mampus tempat lainlah... "

Aku ingin melangkah, dan sekali lagi langkah aku dihalangnya. Bengang betul aku dengan sis ni. Nak aje aku kasi flying kick dekat muka sombong bavi dia. Biar jadi bavi selamanya!

"Lelaki tu.. Dia Eldera kan? Kacaklah.. " katanya lagi apabila aku ingin melangkah pergi. Panas hati aku apabila nama Eldera digunakan dia.

"Kau jangan nak dekat dengan dia Berry. Aku bagi amaran. Jangan. Dekat. Dengan. Dia. "

Aku tak tahu apa yang rasuk aku kali ni. Selama ni provoke dan kata-kata Berry sekadar angin yang lalu bagi aku. Kali ni.. Betul-betul angin tak boleh lalu! Aku tak benarkan!

Berry memberi senyuman mengejek. Bahu aku sengaja dia tolak-tolak sehingga jatuh! Jahanam minah ni! Laju aku mencengkam kolar bajunya. Aku tak boleh langsung nak control marah sekarang.

"Kenapa ni si kecil Rea? Kau takut jika aku buat dia jatuh cinta dengan aku ? Lepastu aku kecewakan dia, macam mana aku buat dekat kawan baik kau yang lagi satu? "

Senyuman mengejek daripada Berry mengundang rasa yang sudah lama aku buang dalam diri aku. Rasa yang aku pendam selama lima tahun.

Rasa untuk membunuh.

"Jangan kau dekat dengan Eldera! Aku tak akan biarkan kau buat benda yang sama macam lima tahun yang lepas! " jerkah ku seraya menolak tubuhnya kebelakang. Aku perlu beredar atau otak aku hilang kewarasan.

"Hahaha.. Ohh, malangnya. Aku dah sentuh dia pun tadi. "

Apa?

"Kau nak tahu? Macam mana dia sentuh aku?"

Aku toleh ke belakang. Rambut aku, menutupi mata hadapan. Berry berjalan dengan gedik seraya menepuk bahuku. Kepala dirapat pada telinga.

"Dia sentuh dengan penuh gairah. Terhibur dan sangat bernafsu. Bila dia pandang aku, dia rasa nikmat dan hilang kata-kata. Bukan macam kau, dia tak rasa apa-apa pun. Sebab kau bukam sesiapa pada dia... "

Bisikan syaitan semakin menguasai. Tanpa aku sedar, mata violet aku mula berubah hitam gelap. Penipuan Berry betul-betul melampau!

".. Kau hanya tikus yang mencari sampah. Ingat sikit. Kau hanya anak buangan. Fikir tempat kau, atau kau hilang dia sama macam mana kau hilang... " mukanya didekatkan lagi dengan telinga aku.

".. Iishiro Kaneda."

Dua patah perkataan itu sudah cukup untuk aku melayangkan penumbuk pada muka Berry. Aku tak percaya langsung dengan apa yang dia kata fasal Eldera, tapi aku paling pantang kalau nama Iishiro bangkit!

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Benda terakhir yang aku ingat, Berry aku tendang sehingga keluar daripada lorong dan semuanya berubah merah..

'Aku tidak menjadi raksasa, tapi aku berkawan dengannya.. '

____________________________________________________________

Jom bunuh Berry🔪

Next chap esok😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top