Chapter 13 | The Truth about Bellvania

Adrea POV

Titisan-titisan hujan yang melekat dicermin, aku perhati tanpa sebarang emosi. Hari ni dah masuk minggu ke dua Eldera dan Eryl berada di Academy Nightfall. So far, tak adalah benda pelik jadi. Kecuali Eryl yang buat benda pelik.

Aku malas nak pergi Academy hari ni. Lagi pun kelas aku petang nanti. Jadi aku buat keputusan untuk duduk di dalam rumah aje.

Tetiba smartphone miliku bergetar tanda message masuk. Dahi aku berkerut seraya jari jemari laju bermain di atas skrin phone. Aplikasi WhatsChat di buka.

+1234567890 add you to 'Jom Kongsi Kesucian'.

Nak tercekik aku apabila melihat nama satu kumpulan yang tetiba add aku entah daripada mana. Tak guna. Dia ingat aku ni murah nak jual dara aku?!

1234567890
Hahahah. Yo, Adrea! Ni aku Eryl! Selamat datang ke dalam kumpulan Jom Kongsi Kesucian!!

Terus aku tepuk dahi. Adrea, kau patut tahu hanya Eryl yang akan buat benda-benda tak guna dan tak betul. Satu dalam seribu betul manusia macam ni.

Niconii
Kepala hotak kau kongsi kesucian.
Kau tukar balik nama kumpulan tu hantu.

Eryl cilake
Aku tak letak nama pelik pun. Setakat kongsi dara dan teruna, apa yang salah?

By the way aku manusia bukan hantu.

Ni baru hantu (๑•̀ㅂ•́)و✧


Ikut hati aku, dah melayang phone ni. Siel punya Eryl! Dia share benda ni apahal?! Buduh betul!

097654321 remove Eryl Cilake

Niconii
Eldera, kau memang kena kawal kesewelan Eryl weh. Aku rasa dia depresses sebab hilang teruna kut.

Eldera syeton
Yelah kut.

Me
Kejap. Bila masa korang buat group?

Eldera syeton
Baru.

Niconii
Eryl lah yang cadang. Katanya bosan.

Eldera syeton
Tapi sudahnya dia jugak yang kena remove

Me
Add lah dia balik. Kesian pulak aku dengan mamat tu.

Niconii
Yelah.

Niconii add Eryl cilake

Eryl cilake
Sampai hati korang tendang aku! Aku tahulah aku ni yang paling suci.

Eldera Syeton
Kau jangan sampai aku tendang untuk kali ke dua Ryl.

Eryl cilake
Heh, tendang arhh!
Ingat aku takut?!

Eldera Syeton remove Eryl Cilake.

Eldera Syeton
Tunggu dia insaf.

Niconii
Buduh punya Eryl.

Me
Buduh dengan Eryl memang Bestie kut.
Kau tak cemburu Eldera?

Eldera syeton
Mati hidup semula pun aku tak akan cemburu dengan kebuduhan mamat tu.
Aku doakan buduh dia kekal.

Niconii
Hahaha.. Tak guna punya member kau ni Eldera.

Tetiba phone aku bergegar. Dahi aku berkerut apabila nama Eryl muncul di hadapan skrin. Aku hanya membiarkan sampailah nama itu hilang.

Me
Weh, Eryl call aku.
Macam mana ni?

Niconii
Aku pun weh.

Eldera syeton
Block. Jangan unblock sampailah dia datang melutut.

Niconii
Savage

Me
Hahaha.. Yes sir!

Aku menghabur tawa apabila Eldera sendiri suruh block Eryl. Maka dengan baik hatinya aku block nombor Eryl. Kena tunggu dia datang melutut baru aku unblock hahaha.

Tetiba phone aku bergetar lagi. Peliknya, bukan aku dah block dia ke? Kemudian entah kenapa aku rasa gembira apabila nama Eldera yang tertera. Laju aku menyeretkan butang hijau ke kanan.

"Eldera! Hey, kenapa call? "

"Rindu. "

Terus badan aku mengeras dan pipi aku membahang hebat. Eyy, ni mesti nak buat aku melting ni!

"Banyak kau punya rindu. Seriuslah, kenapa kau call ni? "

"Aku rindu. Aku rindukan kau. Rindu nak tengok muka blur kau, rindu nak kacau kau, rindu nak tengok pipi gebu kau dan.. "

Jantung aku mula tak tenang. Mata aku juga tak boleh duduk diam. Aku dah terbayang Eldera sekarang tengah cakap dengan gaya seksinya. Oh my god!!

".. Aku rindu nak makan kau. "

Terus aku tutup phone. Arghh!!! Aku betul-betul dah naik gila!! El-Eldera tak guna!!

Dalam masa yang sama.

Eryl mengekek ketawa tak ingat dunia apabila Eldera mengejarnya dengan sebilah pedang dengan muka yang merah padam.

"Kau bagi balik phone akulah cilake!"

"Hahahahaha!! Tak nak! Ni padahnya sebab suruh diorang block aku! Hahahaha. "

Apa dah jadi? Mari kita flashback.

Flashback

Sebaik sahaja Eldera menyuruh Nicolas dan Adrea block Eryl, terus dia ke tandas sekajap. Dek kerana geram dengan tindakan Eldera, Eryl selamba mengambil phone milik Eldera dan membuat panggilan. Almaklumlah saje pecah rumah mamat ni. Nombor Nicolas dicari. Eryl garu kepala.

"Eldera ni nak simpan nombor kawan ke, nombor kod? Tak ada nama pun. AD1,N1,ER1. Heish.. Pelik! "

Sudahnya, dia tekan AD1. Kemudian, phone miliknya dikeluarkan. Aplikasi Gallery dibuka dan satu video yang memaparkan Eldera dengan kek strawberry didekatkan pada phone Eldera. Panggilan dibuat dan sebaik sahaja AD1 mengangkat panggilan itu, video itu dimainkan.

Nak tergelak Eryl apabila melihat video Eldera yang asyik dengan keknya sehingga tak sedar dirinya dirakam Eryl. Serius Eryl rasa hilarious gila dengan Eldera yang cakap benda pelik-pelik dekat kek.

"Aku rindu. Aku rindukan kau. Rindu nak tengok muka blur kau, rindu nak kacau kau, rindu nak tengok pipi gebu kau dan... aku rindu nak makan kau. "

Kemudian talian terputus. Eryl dah sengih-sengih suka sampailah satu cengkaman yang maha dahsyat mendarat dibahunya. Meremang terus bulu roma Eryl apabila aura membunuh yang tersangatlah kuat terasa dibelakangnya. Dengan gigilan, dia menoleh ke belakang.

"Kauu..Eryl... Patut.. Mati.. " sepatah-sepatah Eldera bertutur dengan muka paling ngeri abad ini.

"ARGHHHH!!!! "

Terus berdesup Eryl melarikan diri dengan phone Eldera dan miliknya. Eldera tak menunggu, pantas kakinya mengejar Eryl. Tanganya sempat mengapai sebilah pedang.

END OF FLASHBACK

"Hahaha! Padan muka kau! Aku harap aku call Nicolas tadi! Hahaha! "

"Siel kau Eryl! Kau nak aku nampak macam gay ke hah?! "

"Memang aku nak kau nampak macam gay pun! "

"You piece of chittt!!!!! "

Tanpa Eryl sedar, tindakanya hanya membuatkan sekeping hati berbunga dan mula timbul suatu perasaan yang sukar diungkap. Adrea bergolek diatas katilnya dengan muka merah padam. Mulutnya tak habis-habis mengukir senyum.

"Seriously Eldera? Kenapa kau perlu bagi ayat sweet ni pada aku? Argh! Hati aku dah tak tenang! " batal diambil lalu menutup mukanya. Malu.

Marilah kita doakan Eryl tak mati apabila Adrea tahu kebenaranya.

***

Eldera POV

Curse you Eryl. Mana aku nak sorok muka ni? Malu buduh!

"Baik kau kasi tahu. Kod mana kau tekan tadi?" Soalku seraya berpeluk tubuh. Eryl pula elok diikat pada sebatang pokok. Mukanya selamba aje.

"Kenapa nak kasi tahu kau? "

Ey budak ni. Kalau bukan kawan, dah lama aku cincang dia jadi cebisan. Heh, kau tunggu Eryl. Aku berjalan kearah semak samun. Hurmm.. mana binatang tu eh? Hah! Senyuman jahat aku terukir dibibir.

"Aku bagi kau peluang. Apa kod yang kau tekan tadi dear Eryl Ryuzaki? " soalku penuh lembut. Eryl masih tak mahu mengalah dan mengunci mulutnya.

"Alright. Kau yang mintak. "

Terus aku baling dua ekor katak hijau pada Eryl. Pucat terus muka dia dan bergemalah hutan belakang rumah ini dengan jeritan seorang 'perempuan'.

"KYAHAHAHAHAHA!!! ELDERA!!! KATAK! KATAK!! PERGI SANA!! KYAAA!! "

Aku hanya memerhati dengan wajah kosong. Dalam senyap, aku merakam Eryl yang struggle dengan katak-katak itu. Revenge. Hahah.. Bahagian hidup tengok dia macam ni. Comel aje. Hashtag, Eldera Sadis.

"Eldera... Please weh..Lepaskan aku! Arhh!! Katak!! Jangan masuk dalam baju!Huoohuo.. Jangan masuk dalam seluar! "

"Ahahaha.. " aku sekadar gelak jahat tanpa menghiraukan rintihan syahdu itu. Arhh.. Nikmat.

"So kod apa yang kau tekan tadi? " soalku selamba.

"AD1! Aku tekan AD1! "

"Okey. "

Terus aku beredar tanpa menghiraukan dia. Laungan dia aku abaikan 100%. Lantak situ. Siapa suruh pedajal aku tadi? Pengsan nanti baru aku bukak ikatan tu.

Tetiba langkah aku terhenti. AD1? Itu Nombor Adrea! Jap, dia kasi Adrea dengar benda tu? Terus aku gelak bahagia. Mesti minah tu dah fikir macam-macam.

"Ah well, aku rasa tak salah kut Eryl buat macam tu. Lagi senang aku nak dapatkan minah tu. " Terus aku mencium phone milik Eryl. Rasa bahagia dan suka bercapur baur. Mood geram dan bengang terus berubah ceria.

Nampaknya seorang Eldera betul-betul dah angau dengan seorang gadis bernama Adrea Bellvania.

"Pelik tapi nyata. Aku dah lah takut rama-rama. Adrea pula daripada keluarga yang ada Spirit Rama-Rama cahaya. Haiih.. Kalaulah dia tahu yang dia ada kuasa sebenarnya.. "

Adrea nampak macam tak tahu langsung tentang Spirit Rama-Rama yang ada dalam badan dia. Aku mengeluarkan seutas rantai putih daripada poket. Rantai itu aku genggam erat.

"Mungkin, dia yang orang tua tu maksudkan dulu..The Light Butterfly. "

______________________________________________________________________________________________

Nah. Sebab kenapa ramai terkejut dengan nama kelaurga Adrea. Hope korang faham😁. K bai2! Sedakahkan Vote dan comment ya guys😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top