Chapter 12 | Eryl and Eldera
Adrea POV
Seperti biasa, kelas aku riuh dengan suara pelajar-pelajarnya. Nicolas pula elok diuli mimpi disebelah meja aku. Bosan jangan cakaplah. Dah rasa nak pecahkan tingkap depan aku ni. Lepastu kena panggil counselor. Duduk bilik Detention 1 jam. Lepak jap sambil minum susu. Haha..
"Eh, ada you dekat sini Adrea? "
Datang dah jembalang rambut jambu ni. Aku rasa dia ni kena tinggal laki lah. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Padahal si Faer tu ada aje buat air liur dekat hujung kelas. Oh patutlah. Alone . Tu cari aku. Heh.
"Dey jembalang huduh. Kau tak ada kerja lain ke? Pergi main dengan laki kau tu! Shuh! Shuh!"
Halauku macam halau kucing yang cuba rampas ikan siakap tiga rasa diatas meja. Fuhh.. Susah!
"I just terkejut you masuk kelas. Bukan you selalu ponteng? " Sindirnya.
"Ikut memang nak ponteng, tapi tu arh.. " kini mata aku melirik kearah Nicolas yang berdengkur macam badak. Fuhh bergegar kelas.
".. Mamat ni ugut aku suruh masuk jugak. Kalau tak, dia jahanamkan segala benda dalam rumah aku. Kau ingat aku ada duit nak renovate rumah aku tu? " dah lah yang pintu belakang tu tak siap lagi. Ujar ku didalam hati. Eldera punya kerjalah, tak fasal-fasal melayang duit aku.. Huhuhu..
"Whatever. Biasalah kalau orang miskin, mana mampu nak belajar. Kau masuk sini pun sebab pengetua tu bapak angkat kau kan? " Bapak kejam ini budak. Aku ponteng kelas sebab nak asah skill assassin aku ! Lagi pun, aku ponteng kelas yang aku mahir, macam kelas sejarah. Petik jari aje sejarah ni.
Hurmm.. Kalau aku cincang dia jadi cebisan halus, agak-agak tertangkap tak? Nak jugak try buat jenayah yang besar ni.
Berry yang tersenyum sinis, aku pandang bosan. Sorry to say lah, aku dah lali sangat dengan perlian dan makian. Macam makan gula-gula aje rasanya hahaha.
"Dah habis cakap? Sila kembali ke pangkuan lelaki kau. Lagi lama kau dekat sini, lagi lama kau buat dosa dengan aku. Cukuplah Berry, kau tu nak masuk neraka dah.. Tak akan tak sedar diri lagi? " Ujarku penuh manis dan selembut yang boleh. Eh manis ke? Hahaha. Serta merta muka Berry berubah merah. Eh, eh.. Dia pulak yang marah.
"Kau...! "
"Miss Berry Delaine and Miss Adrea Bellvania."
Serta merta muka aku dan Berry pucat. Gulp! Jangan cakap Sir Richard dah ada. Dengan muka tak bersalahnya aku tersengih-sengih pada Sir yang berpeluk tubuh sambil memerhati aku yang masih duduk dan Berry yang membelakangi dia. Mana taknya, member aku yang lain semua dah berdiri. Habis semua tumpu perhatian pada aku dan Berry. Bapak malu, Nico pun satu! Bukan nak tegur! Muka dia tak bersalah langsung!
"Err.. Hihi. Sorry Sir. Berry halang pandangan saya. Tak sedar Sir dah masuk. " Ujar Aku terlebih dahulu sebelum sempat Berry membela diri. Sir Richard menghela nafas.
"Miss Berry, please duduk tempat you sekarang. Sir nak startkan kelas. "
"Ba-Baik Sir. "
Aku tayang muka bangga manakala Berry dah kasi jelingan maut. Fikir aku takut? Silap-silap maut yang jemput kau dulu. Nak ngadu dekat Faer lah tu. Heh, manja. Tak lama kemudian, Sir menyuruh mereka semua duduk. Aku? Dude, sampai sudah aku tak bangun. Duduk lek aje. Hahaha..
"Alright, before that... Sir nak intro your new members. Both of you can come inside. " panggil Sir. Dengan satu arahan itu, dua susuk tubuh masuk tanpa membantah. Serta merta rahang aku jatuh ke tanah.
"Hello! Hello! Nama aku Eryl! Panggil aje Eryl! Nama manja-"
"-Si dungu tanpa otak. " Terjegil mata Eryl memandang Eldera yang tayang muka tak ada perasaan. Dasar member. Eryl kembali bersuara selepas berdehem beberapa kali.
"Haha.. sorry about my bro, actually nama manja aku-"
"-Gay. "
"Anda sungguh cilake."
Semua dah terkebil-kebil tengok kerenah dua ekor tu tapi bukan aku. Serius aku rasa nak gelak dengan perangai Eldera. Mesti Eryl ada buat something sampai Eldera nak hentam dia teruk macam ni.
"Alright stop! "Marah Sir Richard apabila Eryl dan Eldera dah ada tanda-tanda nak lancarkan perang dingin antara satu sama lain.
"Thanks Eryl. Err.. You Next. "
"Eldera. Just Eldera. "
Like always, kedingian dan Eldera berpisah tiada. Semua teguk liur dengan aura yang ada disekeliling lelaki itu. Kalau lah diorang tahu sisi Eldera yang lagi satu, mesti layan dia macam mana Eryl layan. Gila-gila plus annoying.
"Alright. Kamu berdua boleh ambil tempat dibelakang Adrea dan Nicolas. "
Terus badan aku mengeras. Gulp! Eldera duduk belakang aku? Entah macam mana, mata aku dan Eldera bertembung. Dia macam tengah cakap hey-pervert-girl.
Jahanam hidup aku lepas ni. Memang jahanam.
***
KRINGGG!!!
BUM!
"Aye! Saya Captain America sedia berhidmat! "
Maka berbunyilah cengkering lalu secara berjemaah. Daripada nenek moyang cengkering ,sehinggalah cicit cengkering. Fuh ramai! Aku dengan malunya membuat muka selamba seperti tiada apa-apa walaupun semua dah tayang muka pelik dan blur.
"Pfftt... "
Terus aku toleh kebelakang. Kau tahu tak, aku rasa macam nak buat aje jenayah yang paling agung sekarang? Damn you Eldera! Malu tujuh keturunan aku macam ni! Kau bayangkan, aku tengah elok mimpi indah jumpa hero harapan dunia, tetiba ada mahluk jahanam pergi sepak kerusi aku sampai menambik hormat aku dibuatnya.
Grr.. Geram betul aku dengan hamba tuhan yang satu ini.
"Weh Bell.. "
Panggilnya macam nak mintak selipar jamban aku. Dek kerana bengang dan panas hati, aku biarkan panggilan dia macam angin yang lalu. Pastu kelibat dia aku anggap macam mahluk ghaib yang tampan. Eh? Abaikan.
"Bell! " tak layan. Aku terus kemas barang pastu ambil duit dalam beg.
"Bell!" Pekakan telinga, butakan hati.
"Adreaa... "
Sesiapa ada pemutar skru tak sekarang? Aku rasa skru lutut aku dah longgar bila dengar Eldera panggil aku guna cara halus ni. Dasar bomoh.
"My girl.. Please talk to me..? "
Walaweh, cair meleleh!
"Kau nak-"
Dan seketul Adrea Bellvania pun menyesal toleh ke belakang apabila sebatu Eldera berada betul-betul dihadapanya kini. Mata menggoda dengan senyuman yang paling manis sehingga dapat penyakit obesiti.
".. Apa? "
Eldera tak pantas menjawab. Kepala ditundukkan. Lalu entah macam mana, tangan dia naik mencuit hidung aku. Memang tomato terus muka aku. Jantung aku pun dah siap-sedia nak lari daripada aku. Tak guna betul.
"Nak pinjam duit boleh? "
Maka dengan itu, aku yang tak tahan dengan muka puppy facenya menyerahkan semua duit aku.
Sadis betul seorang gadis bernama Adrea Bellvania.
***
"Err.. Adrea? Kau okay ke ni? Apahal kau daripada tadi tenung dompet kau tu? " Soal Eryl bertubi-tubi. Eldera disebelahnya pula, elok makan kek strawberri dengan muka paling bahagia. Nicolas dan Koharu pula awal-awal lagi lepak mana tah. Date lah tu. Almaklumlah couple dalam senyap. Macam aku tak tahu.
"Eh? Eh? Hahah.. Tak ada apa. Saja tengok lalat-lalat yang tetiba beranak dalam dompet aku ni. Hahaha.. "
Ya, duit aku dah kosong guys. Zero. Habis. Hanya sebab sebatu Eldera. Huii.. Ikat perutlah aku hari ni. Kenapalah Eldera tu comel bila dia buat muka comel? Kenapa tak huduh macam si Eryl ni?!
"Uhuk! Uhuk! "
"Weh, weh! Eryl! Eldera kasi air kau tu! Eryl tersedak woi! "
Eldera tayang muka ais batu dia dan melihat Eryl yang serupa dah nazak.
"Semoga kau mati dengan aman. Nyum! "
Terus dia sambung makan kek kebahagian dia. Bapak sadis. Sudahnya aku terpaksa kasi Eryl minum air paip. Aku harap air ni tak ada racun. Kalau ada, bak kata Eldera, semoga kau mati dengan aman Eryl.
"Thanks Adrea. Tapi air apa ni? " soalnya seraya menggosok lehernya.
"Paip. "
Jemaah jengkerik pun lalu.
"Uwekkk..!! "
Maka si sengal Eryl pun memuntahkan segala isi perutnya, manakala sebatu Eldera masih makan keknya dengan aman lagi tenteram. Seketul Adrea? Menjadi gadis yang paling baik diatas dunia dengan menemani Eryl yang masih membuang isi perutnya.
Well, mungkin ada diorang dekat Academy ni tak lah seram mana, kut? Tapi pelik lah, mana Alter dan Alzer?
***
Dalam masa yang sama, di sebuah kelas senior.
"Hey Guys ! Saya Alzer. Harap korang boleh bagi kerjasama semasa saya mengajar ya? " Ujar Alzer penuh sopan dan ceria. Pelajar perempuan semua melting dan cair. Pelajar lelaki pula bersemangat untuk belajar memandangkan Alzer sangat peramah dan pandai berkomunikasi dengan mereka.
"Baiklah! Kalau macam tu, bukak buku sejarah korang. Jom kita chit-chat sambil belajar ya? "
"Yes! "
Tetapi terbalik pula untuk seorang lagi kembarnya.
"Kau, bangun! Jawab soalan algebra ni! "
"Ba-baik! "
Sayang seribu kali sayang. Pelajar itu gagal menjawab soalan yang diberi oleh Alter.
"Push-up dua puluh kali! Now! "
Dengan berat hatinya, pelajar itu melakukan push up sambil dikira oleh Alter. Semua yang melihat tetiba rasa bertenaga. Yang tidur tak jadi tidur, yang nak ke tandah terpaksa tahan pudi kencing. Nampak tak bertapa seramnya guru yang bergelar Alter?
"Sesiapa yang salah jawab soalan aku dan bermain-main ketika aku mengajar lepas ni, jangan tanya kenapa masa depan korang gelap. Faham?!"
"Faham Sir! "
"Aku tak dengar! Kuat lagi! Panggil aku Sir Alter! "
"FAHAM SIR ALTER! "
Adrea, Eldera dan Eryl yang baru sahaja habis makan di kantin memandang blur kearah kelas Alter dan Alzer.
Kelas Alter penuh dengan aura gelap dan suram. Nyamuk atau lalat pun tak sanggup nak masuk. Manakala kelas Alzer penuh dengan pelangi dan cahaya-cahaya yang indah. Siap ada taman dengan rama-rama lagi!
"Kadang-kadang aku susah nak percaya yang Alter dan Alzer tu kembar. " ujar Adrea.
"Agree. " balas Eldera dan Eryl serentak.
Tak lama kemudian, kelihatan kelas Alter dan Alzer bertukar. Kini kelas Alter yang tadinya suram berubah 360° darjah, penuh keceriaan. Begitu juga kelas Alzer yang tadinya ceria berubah durja. Jelas Aura hitam dan putih itu bertukar.
"Ulang balik apa yang aku kata!"
"KAMI JANJI KAMI TAK AKAN MAIN-MAIN DALAM KELAS SIR ALTER! "
Manakala Alzer.
"Hahahaha, So korang nak belajar macam mana? Chit-chat or serious? "
"Chit-chat! Yeah!! "
Adrea dan dua lagi malaun dibelakangya gelak pasrah.
"Nasib diorang tak ajar kita. " ujar Eryl lega.
"Malangnya dua-dua ajar kelas kita. Alter, Math. Alzer, sejarah. " ujar Eldera menghapuskan segala angan-angan Eryl. Dia duduk serumah dengan kembar tu, memang tahu lah.
"Urgh... Hancur harapan, punah impian..! "
"Kau mengila apa setan..? "
_____________________________________________________________________________________________
Sorry for late update! Hope chap kali ni memuaskan! 😁jangan lupa vote and comment ya guys?
Enjoy❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top