Chapter 111 | I can't accept her

KTANGGG!!!

BRAGGGGGGGGGG!!

"DARK DRAGON, CHAIN FROM HELL!!!"

"Revoke, one."

BRAMMMMMMMMM!!

Eryl berdecih geram apabila sihirnya dibatalkan begitu sahaja! Dia berpusing beberapa kali ke belakang sebelum kaki naik menghentak tanah!

BAMMMMMMMMM!!

"SEA OF HELL!!!"

Lautan api kegelapan yang terhasil daripada hentakkan kaki Eryl, membesar seakan mahu membaham Eldera. Lelaki tanpa perasaan itu hanya mengeluh lalu sebelah tangan di depa.

"Angriz, shield."

"GRAAAAAAAAAAA!!!"

BUMMMMMMMMM!!!

Angriz muncul disaat akhir dan bulatan sihir kuno muncul di tubuhnya! Eldera hanya senyap di bawah lindungan ciptaanya saat lautan api itu membantai tubuh mahluk gergasi! Angriz mengaum garang lalu lautan itu bagaikan diserap masuk kedalam tubuhnya!

"GRAAAAAAAAAAA!!!"

BOMMMMMMMM!!

Kuasanya meletus serta merta lalu membelah tanah sehingga kawasan tempat mereka berdiri terbelah! Mata Eryl membulat tak percaya. Kini, dia dikelilingi dengan lautan lava kegelapan dan setiap tanah terapung bagaikan pulau!

"Sekuat mana..Mahluk ni sebenarnya?"

"Sekuat secebis kuasa aku."

SLASSSHHHHH!!!

Eryl mengelak disaat akhir namun beberapa rambutnya berjaya menjadi mangsa tombak Eldera. Lelaki itu tidak berhenti dan terus menerus mengasak Eryl! Mereka berbalas serangan tanpa henti! Darah dan peluh bermaharajalela di segenap tubuh!

BAMMMM!!!

DUSHHHHH!!!

"Dark dragon, punishment from hell!!"

"Revoke, level two!"

DUSHHHHH!!!!

Tumbukan berapi Eryl terbatal disaat menyentuh pemegang tombak Eldera yang di jadikan sebagai pelindung oleh sang pemilik! Gigi diketap geram lalu kaki naik menedang dagu Eldera! Lelaki berambut emas terdongak keatas sebelum terpelanting akibat tumbukan sisi!

BAMMMMMMMMMMMM!!!

Eldera terhempas tidak jauh daripada Eryl. Dia berdecih lalu mengelap darah yang keluar daripada bibirnya. Mata kembali berpusat pada Eryl yang sudah melutut bersama nafas yang tidak terkawal. Jelas lelaki itu memuntahkan darah yang banyak!

"Arghh..Huff..Huff.."

"Kau kelihatan letih. Apa kata berhenti sahaja dan bagi nyawa kau?" Soal Eldera datar lalu bangkit. Angriz pula elok berdiri dibelakangnya. Sebelah tangan mengusap kepala Hybrid tersebut.

"Dan kau fikir aku akan ikut? Huff..Huff.. Heh. Aku rela bertarung sampai mati daripada serah diri." Eryl membalas dengan sengihan.

"Tapi apa gunanya? Kau tak boleh bertukar jadi naga dan kuasa healing kau tak akan berfungsi."

"Jadi apa kata kau batal kan sihir bodoh atas kita ni supaya aku boleh tukar jadi naga?" Soal Eryl jengkel mendapat gelak sinis daripada Eldera.

"Kau harapkan sesuatu yang mustahil."

"Dan benda yang mustahil tak akan jadi mustahil kalau aku nak jadikanya kenyataan!"

DUSHHHHH!!!

Eryl muncul di hadapan Eldera bersama lengan naganya! Mata emas sang lelaki membulat tak percaya!

DUSHHHHH!!

"Tch!"

Eryl melompat kebelakang beberapa kali bersama mata yang tajam menikam pada telapak kaki Angriz yang berjaya melindungi Eldera disaat akhir. Hybrid itu mendengus-dengus geram kearah Eryl.

"Sabar Angriz." Arahan Eldera dipatuhi serta merta. Mahluk itu tertunduk ke bawah.

"Nampaknya sihir kuno tu tak berapa nak berkesan huh?"

Eldera menjeling sihir di atasnya. Sihir yang membatalkan penukaran Eryl. Namun, lelaki itu masih boleh menukarkan sebelah tangannya.

"Impressive."

"Well, thanks for the compliment."

"That's a sarcasm."

"Really? Kau selalu sangat bersarkastik sampai aku tak tahu kau puji atau yelah.. Being a sadistic bastard."

Eldera tergelak sinis sebelum kembali serius. Matanya tajam menatap wajah Eryl.

"Jangan buat lawak sial."

"Mana ada lawak aku sial. Kau lah sial bodoh. Gelak macam orang gila. Jap, kau sekarang memang gila pun."

"Aku tak nak dengar tu daripada orang yang memang gila sejak alam rahim."

"Anjing, kau nak gaduh ke hah?!"

"Kau anjing kan aku babun?!"

"Babun hotak kau! Dasar cimbake!"

"Celaka lah bodoh!"

"Ah lantak aku lah nak cover carut tu macam mana!"

"Kau-."

Saat itu, Eldera tersentak sebelum kakinya melangkah beberapa tapak ke belakang. Eryl pula hanya senyap memerhati. Keluhan panjang terlepas dari bibirnya.

"Kau.. Sengaja kan?" Soal Eldera lalu matanya tajam menatap wajah kelat Eryl.

"Kau tak rasa apa-apa ke.. Dari perbalahan kita?" Lirih sahaja tutur kata Eryl tika itu. Kalau ini boleh buat Eldera sedar, kenapa tidak cuba?

"Stop trying Eryl Ryuzaki. Eldera yang kau kenal.. Dah mati."

"No, his not. Kalau tak, kenapa kau balas tadi? Hanya Eldera yang akan balas macam tu pada aku.."

"Then, now his gone. Gone for good. Tch, mungkin aku dah terlalu lama main. Cukup setakat ini sahaja."

Krek..

BOMMMMMMMMMMM!!!

Tubuh Eryl mengigil saat Eldera meletuskan kuasanya! Kaki yang tadinya gagah berdiri kini lembik seakan jeli! Dia melutut bersama nafas yang berat! Tangan naganya digenggam erat lalu kepala diangkat perlahan-lahan.

"I-ini ke tekanan kuasa kau?" Soal Eryl tersekat-sekat apabila Eldera menghampiri dengan angkuh. Semakin lelaki itu mendekat, semakin kuat daya kuasa yang terasa!

"Arghhh!" Eryl cuba menahan diri daripada menyembah tanah sepenuhnya. Tangan yang menahan diri , perlahan-lahan terbenam didalam tanah! Sekelilingnya juga merekah dan terhasil beberapa kawah di sesetengah tempat!

"I don't like do something cliche.. So yeah. Aku tak rasa kau perlukan kata-kata terakhir.."

Tika itu, Tombak Eldera berada betul-betul dikepala Eryl! Saat dia menjunam,Eryl mengelak tipis lalu bangkit! Eldera yang terkejut dengan pergerakan itu, tidak sempat mengelak serangan seterusnya!

SLASSSHHHHH!!!

"Urghh..!" Eldera mengerang sakit apabila tiga cakar naga milik Eryl mencalarkan wajahnya! Tombak dilibas namun Eryl sempat mengelak dan berpusing beberapa kali ke belakang. Nafasnya tidak teratur dan sebelah tangan memegang erat lengan naganya.

"Urgh…! Urgh…He. Hehehehe.. HAHAHAHAHA!!"

Eryl terkedu apabila Eldera ketawa bersama tangan yang menekup muka. Apabila tawa itu reda, dia tersengih lalu memandang Eryl yang jelas terkejut. Wajah yang dicakar tadi kembali pada asal seperti tiada apa-apa!

"Kau.."

"Oh little dragon.. Usaha kau sia-sia. Kuasa healing aku lebih laju daripada normal. Lagi pun.." Tangan naik ke dada bersama wajah yang angkuh.

"Badan aku istimewa. Aku dan kau. Kita berbeza.."

"No way.."

Eldera ketawa lagi dan kali ni lebih sinis. Wajahnya jelas memaparkan ejekkan sebelum hilang menjadi datar.

"It's time for you..To meet your creator.."

"What the.."

SREEKKKKKKKKKK!!

"Aku harap.. Ini tak terlalu menyakitkan.."

"A-apa.."

Dunianya berputar. Pandanganya mulai kabur. Perlahan-lahan mata zamrud itu turun kebawah.. Pada dadanya yang ditembusi sebilah tombak. Air matanya bertakung. Mulut memuntahkan darah. Eldera dibelakangnya hanya memejam mata.

"Kenapa.. Kenapa kau.. Buat macam ni..?" Eryl menyoal lirih. Tangannya naik memegang bilah tombak yang mengalirkan darahnya. Setitik air matanya menitis.

"Ini aje cara untuk aku lupakan kisah lalu aku.. Untuk aku lupakan kau, serta semua kenangan manis yang kini hanya memori pahit bagi aku. Aku.. Dah tak nak jadi Eldera lagi. Aku nak..Dia mati dengan kau.. Jadi.."

Kali ni bibir Eldera merapat pada telinga Eryl.

"Selamat tinggal.. Saudara ku."

Eldera menarik kasar tombaknya sehingga tubuh Eryl turut sama terdorong! Saat itu, tombaknya diangkat tinggi seakan menyasarkan tubuh Eryl. Masa seakan bergerak perlahan dan Eryl menutup matanya.

'Andai ini yang kau pilih.. Aku tak akan sesekali benci pada kau.. Suatu hari.. Kau akan kembali.'

'Dan orang yang akan kembalikan dia..Ialah kau!"

SLASSSHHHHHHHHHHHHHHH!!!

Darah merah menyelimuti tombak Eldera. Bunyi seakan sesuatu jatuh menyapa halwa telinga. Darah mengalir darinya. Mata Eldera terbeliak tak percaya. Rambutnya beralun mengikut tiupan angin yang tiba-tiba sahaja muncul.

"Kau…"

Apabila dia tidak merasai apa-apa, mata dibuka berlahan-lahan. Air matanya mula bergenang dan mengalir tanpa dipinta! Darah merah, menitis lalu jatuh di pipinya!

"Huff..Huff..Heh. Asal terkejut sangat ni..? U-uhekk!"

Iris mata Eryl mengembang tak percaya. Ingin meraung namun tekaknya seakan basah dengan darahnya!

"A-ayah-Ayahanda.." Eryl memanggil lemah dalam dakapan lelaki itu. Shiro hanya tersenyum kelat. Tubuh anak lelakinya di cempung gagah walaupun.. Sebelah tanganya sudah tiada. Tangan kirinya sudah tiada!

"Sikit.. Aje. Heh. Kalau lambat tadi.. Huff.." Wajah Shiro berpeluh teruk. Darah semakin banyak yang keluar! Wajahnya juga semakin memucat!

"Kenapa kau datang?!"

Sekali lagi, Shiro hanya tersengih sahaja. Matanya dan mata Eldera bertatapan lama. Aura Eldera yang menekan, langsung tiada impak padanya.

"Obvious sebab..Nak selamatkan..Anak. Itu pun.. Tak nampak? Biar buta hati..Jangan buta mata..Heh."

"Tch, jadi mati dengan anak kau.." Eldera mendepakan sebelah tangan lalu Angriz muncul untuk membaham Shiro! Eryl sedaya upaya menyuruh ayahanda pergi!

"Pergi..Tolong.."

"Jangan risau.."

BAMMMMMMMMMMM!!!

"Tch. Di antara puak naga dan setan ciptaan kau, aku lagi benci kau punya!"

"GRAAAAAAAAAAA!!"

Shiro tersenyum nipis disaat Angriz terbenam kedalam tanah apabila di hentam oleh tengkorak berapi gelap!

"Ghost, Fifth Grave. Times up."

Ayrez menjauhi Angriz yang tidak lagi bergerak. Dia yang kembali dalam bentuk asal, hanya berdiri disebelah Shiro. Matanya tajam menatap Eldera yang jelas tiada perasaan.

"In the end.. Kau tetap jugak Aeldera."

"Dan kau tetap juga menjengkelkan."

"Kau..!"

"Ayrez!"

Suara diudara menyentakkan mereka semua! Eldera hanya senyap memerhati apabila sihirnya terpadam di langit! Malahan,rekahan berlaku! Perlahan-lahan ianya terbuka dan menyerlahkan Heira tanpa senyuman, namun penuh kedukaan.

"Eldera.."

"Mari Ayrez.. Kita tak banyak masa.."

Ayrez menjeling kearah Shiro lalu mengangguk. Dia kembali berada dalam bentuk hantu keduanya sebelum terbang bersama sang raja ke arah Heira.

"Dan kau fikir aku akan benarkan?"

SWOSHHHHHHHHHHHH!!!

Shiro dan Ayrez tergamam apabila ratusan jemari bayang muncul diatas mereka! Heira yang turut sama tak menjangka hal itu menjerit kuat!

"AYREZ! SHIRO!!"

"Dan jangan fikir aku tak boleh batalkan!"

BAMMMMMMMM!!!

Eldera berdecih geram disaat kabus gelap melindungi Shiro serta Ayrez! Jari-jemari bayangnya hilang bagaikan debu saat menyentuh kabus tersebut!

"Shawn.." Eldera mengepal buku lima. Darah hitamnya mengalir sebelum menitis menyembah tanah.

Shawn muncul disebalik kabusnya. Matanya sayu menatap wajah Eldera yang jelas menunjukkan kebencian padanya.

"Kenapa baru sekarang kau muncul? Kenapa baru sekarang kau nak selamat orang?! Kenapa bila mak aku dalam bahaya kau menghilang?!!" Tengkingan Eldera menambahkan lagi rasa bersalah Shawn. Dia sedar, tika itu, Eldera tidak lagi memandangnya sebagai ayah.

"MANA KAU PERGI MASA DIA PERLUKAN KAU?!"

Shawn hanya mendiamkan diri. Tiada guna dia membalas. Semuanya pasti ditolak oleh Eldera.

"Maaf.. Maafkan ayah.." Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Shawn bersama mata yang tertutup. Eldera terkedu. Namun, giginya diketap rapat dan rambutnya menutupi mata.

"Berambus.."

Angin yang maha dahsyat membantai Shawn serta kabusnya! Mereka bagaikan ditolak masuk kedalam rekahan dilangit! Heira membuka luas rekahan itu dan menutup sepenuhnya apabila mereka berjaya masuk! Sebelum ianya tertutup, Shawn dan Eldera sempat berbalas pandangan seakan berkata..

'Bila berjumpa lagi, kita adalah musuh.'

***

Dalam masa yang sama, Dazy serta Fenrir memeluk erat satu tubuh kecil yang menangis kuat. Mata mereka tajam menatap satu lagi susuk tubuh yang turut sama memeluk seorang bayi lelaki. Ketiga-tiga mereka merenung satu sama lain sehinggalah satu suara menyapa.

"Kanapa aku tak terkejut bila kau berpaling tadah?" Teguran satu suara itu menyentakkan Dazy dan Fenrir! Dia yang muncul membelakangkan mereka, tersenyum kelat apabila air mata Dazy bertakung.

"Daddy.."

"Maaf sebab lambat."

Dazy mengeleng bersama tangan yang mengelap air matanya. Namun, cairan jernih itu bertakung semula dan tidak henti mengalir. Daze mula rasa bersalah namun di hambat dulu rasa itu. Matanya tajam menikam pada Alter dihadapanya.

"Aku tak tahu macam mana kau boleh jadi macam ni. But for sure kau yang buat Alzer cedera parah bukan?" Soal Daze apabila teringatkan Alzer yang dijumpainya beberapa minit yang lepas. Namun dia tidak berseorangan.. Dalam dakapanya ada seorang gadis yang dirinduinya..

"Aku.. Aku mungkin akan hilang kesedaran diri lagi..Jadi tolong cepat..Aku tak tahu berapa lama..Aku boleh bertahan.." Itu lah kata-kata terakhirnya sebelum hilang dalam bentuk kabus putih.

"Ya." Balas Alter singkat tanpa secalit perasaan. Tak lama kemudian muncul susuk tubuh bersama aura yang menekan. Daze bersiap sedia dan meningkatkan juga kuasanya. Tubuhnya melindungi Fenrir dan Dazy dibelakang.

"Aku bagi peluang untuk kau pergi dari sini." Ujar Eldera lalu berdiri membelakangi Alter yang melutut. Mata emas itu sempat menjeling pada Sean yang menangis dalam dakapan lelaki berambut hitam.

"Dan budak ni.. Akan berada di bawah jagaan aku. Dia peninggalan ibu aku yang masih aku ada." Sambungnya lagi bersama aura membunuh.

"Aku tak akan benarkan sesiapa ambil dia daripada aku. Termasuk Shawn."

"Macam mana pulak dengan anak kau?" Soal Fenrir. Tubuh Arielle didadakap erat saat kata-kata yang tak terjangka keluar dari bibir Eldera.

"Kau simpan lah dia. Aku.. Tak boleh biarkan Bellvania wujud lagi dalam hidup aku. Cukup seorang. Andai kata aku yang jaga dia.. Kemungkinan aku sendiri akan tamatkan riwayatnya."

Seakan mengerti dengan kata-kata ayahnya, Arielle menangis duka. Bayi kecil itu terkapai-kapai tanganya seakan mahu memeluk sang bapa. Namun, Eldera hanya mengalihkan pandangannya daripada menatap Arielle.

"Pergi sekarang."

Daze tiada pilihan. Dia tidak bodoh untuk melawan Eldera tika itu dengan keadaan yang agak parah. Dalam sekelip mata, mereka hilang dari pandangan Eldera diiringi tangisan sayu anak kecil yang akhirnya hilang kasih sayang sang ayah..

Angin menyapa dingin tubuh Eldera. Alter yang tadinya melutut, perlahan-lahan bangkit. Kini, hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di bandar serta kerajaan itu. Sekeliling sudah musnah dan bangkai-bangkai manusia bergelimpangan di mana-mana.

"Kau boleh pergi juga Alter.. Kau boleh tinggalkan aku." Gumam Eldera seraya berpaling menghadap Alter yang masih mendakap Sean. Tangan Eldera naik mengusap kepala adiknya membuatkan bayi itu berhenti menangis. Namun, air mata tetap juga mengalir.

"Dan biarkan kau seorang diri dalam kegelapan? Not my style." Alter tersenyum kelat dan Eldera membalas sama.

"Kau tak akan boleh berpatah balik.."

"Aku tahu."

"Kau.. Akan bermusuh dengan Alzer."

"Cakap pada orang yang akan bermusuh dengan anaknya sendiri."

"Aku raja kau, jangan balas apa aku cakap."

"Dan aku penjaga kau. Jadi aku boleh balas ikut suka hati."

Eldera tersenyum tipis sebelum berubah serius. Mata emasnya bertatapan dengan Alter.

"Alter Tempests, mulai saat ini, kau ialah penjaga aku dan Sean Tempests. Tak kira lah apa yang akan berlaku, arahan aku adalah mutlak. Kau akan ikut dan patuhi walaupun suatu hari nanti aku akan arahkan kau bunuh diri." Lama mereka berbalas pandangan.

"Kau masih nak berada di sisi aku?"

Alter mengeluh lalu Sean diserahkan pada Eldera. Sebelah tangan mengambil pisau lipat yang disembunyikan dalam bajunya. Lalu..

SLASSSHHHHH!!

Iris mata Eldera kembang seketika sebelum kembali seperti sedia kala. Lengan Alter yang berdarah panjang akibat torehan itu ,diperhati lama sebelum mengeluh.

"Anggap ajelah aku dah buat perjanjian darah dengan kau." Ujar Alter mendapat gelengan Eldera. Tak lama kemudian, bulatan sihir muncul di bawah kakinya lalu perlahan-lahan lengan itu sembuh.

"Jangan sentuh Sean dengan darah kau tu. Aku tak suka."

Alter senyum tipis. Sean kembali dalam tanganya. Tak lama kemudian, wajah Eldera berubah dingin dan aura bunuhnya kembali keluar. Saat itu, Lord August muncul bersama pengikutnya yang lain. Eldera hanya menatap kosong mereka yang melutut dihadapannya. Sempat juga Lord August menjeling Alter yang tidak melutut.

"Taraf Alter tak sama macam kalian. Jangan ada sesiapa sentuh dia atau budak dalam dukunganya. Mati jawabnya." Gelap suara Eldera tika itu. Matanya tajam menatap kesemua mereka.

"Baik tuanku."

Lama Eldera menatap mereka semua lalu bulatan sihir kuno berwarna putih muncul di atas mereka semua.

BRRRRRAAANNGGGGG!!

Mata Lord August membulat tak percaya apabila kesemua pengikutnya mati begitu sahaja kecuali dia. Namun tidak langsung dia bersuara. Mata emas Eldera bercahaya dan senyuman sinis bergayut di bibirnya.

"Aku tak suka yang lama. Lemah. Jadi bangkit.. Pengikut aku yang baru!"

Sihir kuno yang tadinya putih, perlahan-lahan berubah menjadi hitam! Serentak itu juga, mereka yang tadinya 'mati' kembali bangkit! Bahkan, mereka kelihatan lebih menakutkan! Lebih-lebih lagi lima pengikut terkuatnya.

"Death.. Sang penjaga api. Kau akan berkerja bersama Angriz."

Gadis syaitan berambut merah itu tersenyum bersama taring yang kelihatan. Tubuhnya lebih besar daripada sebelum ini dan aura apinya dapat di lihat dengan jelas!

"Baik Tuanku."

"Elina.. Ratu kekecewaan. Aku mahu kau berkerjasama dengan Delan sang penjaga roh."

Delan yang kini seakan separuh tengkorak, tersengih manakala Elina yang berpakaian kimono putih, hanya senyap sahaja. Mata mereka berdua bercahaya lalu menunduk hormat.

"Terima kasih tuanku."

"Diandra.. Serigala licik. Kau berada di bahagian pertahanan. Jika askar kita lemah, aku sendiri akan cari kau." Tajam matanya menatap serigala yang memiliki sejumlah mata yang banyak di tubuhnya. Diandra hanya mengangguk.

"Dan kau.. August."

Lord August hanya senyap sahaja.

"Ketuai tentera kita dan hancurkan semua kerajaan di dunia ini. Yang menentang.. Bunuh sahaja dan bawa mayatnya pada aku.. Aku akan bangkitkan dia dan jadi salah satu daripada kita."

Lord August yang asalnya terkejut, perlahan-lahan mengukir senyuman.

"Mengikut arahan tuanku."

"Bagus."

Eldera memalingkan badan kebelakang.

"Mulakan sekarang."

Terus kesemua mereka hilang dalam sekelip mata. Eldera pula mengangkat tanganya keudara dan bulatan kuno tadi membesar sehingga meliputi seluruh kerajaan. Matanya bertaut dengan Alter. Alter mengangguk lalu hilang menjadi kabus.

"Fall.."

Seluruh Kerajaan Dianthus bergegar dahsyat! Raja Zen, penguaasa kerajaan Dianthus serta rakyatnya yang terselamat, terkejut dengan keadaan itu! Mata mereka membulat apabila sebuah ombak gergasi muncul seakan sudah sedia menelan kesemua mereka!

"MASUK KEDALAM PORTAL SEKARANG!!" Sekelip mata sebuah portal gergasi muncul dan rakyat kerajaan Dianthus masuk ke dalam! Namun, melihat ombak tersebut, Raja Zen mengetap gigi lalu berlari ke arah yang bertentangan. Raja Katsu yang muncul disebalik portal, tekejut dengan tindakan Raja Zen!

"ZEN!!"

"KAU LINDUNGI RAKYAT AKU KATSU!"

Seluruh badan Raja Zen bercahaya keemasan lalu bulatan seakan sihir kuno muncul dihadapanya! Mata Raja Katsu terbeliak tak percaya!

"APA KAU BUAT BODOH?! ITU SIHIR YANG BOLEH HILANGKAN NYAWA KAU!!"

Raja Zen tersenyum tipis . Apabila ombak itu hampir membaham rakyatnya, ianya seakan terhenti! Raja Zen mula berpeluh dan darah keluar dari matanya! Sinar cahaya semakin terang! Para rakyat yang sudah merentas portal yang di buat oleh lima panglima Yggdrasil menangis!

"Demi rakyat.. Apa salahnya raja seperti aku bekorban?" Bisiknya sendirian lalu wajah dingin Eldera menyapa pandangan. Mereka bertatapan.

"Kau.. Budak tu." Raja Zen tersenyum nipis. Dan ombak yang ditahannya semakin menekan.

"Apa yang kau dapat daripada ni?" Soal Eldera.

"Kegembiraan."

"Gembira apa kalau nyawa jadi taruhan?"

"Untuk orang yang tersayang..Apa salahnya?"

Eldera kembali senyap. Tangan didepakan dan kali ni, ombak lava muncul! Raja Zen terseret sedikit dan badannya mengeluarkan haba! Darah pada mulut juga keluar!

"Hey budak.." Panggil Raja Zen lemah. Matanya sempat menjeling rakyatnya yang sudah selamat didalam portal. Kesemua mereka merayu memanggil namanya. Raja Katsu yang faham akan pandangan Raja Zen, hanya mengetap gigi. Badan di kalih ke belakang dan arahan dijatuhkan!

"Tutup portal sekarang jugak!"

"Tak! Tuanku masih di luar!"

"Raja Katsu jangan tinggalkan raja kami!"

"Tuanku Zen!"

"INI ARAHAN RAJA KALIAN! INI PERNGORBANAN DIA UNTUK LIHAT KALIAN HIDUP! JANGAN MENANGIS SEKARANG DAN TENGOK DIA! TENGOK BERTATAPA DIA SAYANGKAN KALIAN SEHINGGA NYAWA SANGGUP DI JADIKAN TARUHAN! INI BUKAN PENGORBANAN YANG SIA-SIA!!" Lantang suara Raja Katsu bersuara membuatkan rakyat Dianthus terdiam. Kesemua mereka menahan tangis lalu menatap raja mereka untuk kali terakhir. Saat itu, senyuman indah sang raja menjadi santapan mata mereka.

Ianya seakan berkata..

'Hidup lah rakyat ku. Hidup lah dengan kepala yang terangkat megah. Jangan sesekali tunduk atau takut pada musuh. Hidup dan berjuanglah sebagai pahlawan dalam diri kalian..'

Dan saat itu, portal tertutup sepenuhnya!

BUSHHHHHHHHH!!!

"Apa makna kehidupan pada kau.. Budak?"

Itulah kata-kata terakhir Raja Zen sebelum tenggelam bersama kerajaannya. Lava berapi menelan rakus kerajaan yang asalnya berdiri megah. Kini, semuanya lesap begitu sahaja. Eldera diudara hanya diam memerhati. Alter muncul disisinya bersama Sean.

"Eldera."

"Mari pergi.. Sisa terakhir.. Dah terhapus."

Alzer memang hidup and saya agak ramai bolh teka siapa susuk tubuh dalam dakapan dia. Ehe. Maybe next chap akan diceritakan okay?

Banyak tul nyawa kat hujung tanduk sekarng hahah😂saya masih bukak peluang untk baling kuali!

Dan video atas tu, kalau nk bayang cam mana Eldera gelak. GILGAMESH MY BOII!! HAHAHAHA.

ENJOY ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top