Chapter 110 | Farewell and awakening
BOMMMMMMMM!!
BOMMMMMMMM!!
"Hah..Hah…" Nafas Alzer tercungap-cungap dan darah menagalir di lengan kanannya. Mata ungunya bercahaya sambil memanah tajam pada Diandra. Syaitan dengan jumlah mata yang banyak itu, tersengih.
"Aku rasa kita patut berhenti sekarang.." Ujarnya lalu salah satu matanya bercahaya terang sehingga Alzer menutup matanya. Apabila di buka sahaja, Diandra sudah hilang. Dengusan kasar terlepas dari bibirnya. Apabila dia melangkah setapak, badanya tiba-tiba sahaja mengeletar sebelum dia melutut sebelah kaki!
"Hah..! Hah..!" Nafasnya seakan tersekat-sekat! Matanya mulai kabur lalu dia rebah ke sisi. Tangan elok mengenggam bahagian jantungnya. Air mataya mula bertakung dan menitis tanpa dia sedari.
"Pu-puan Adrea.." Panggil Alzer dan dia cuba bangkit walaupun payah.
"Aku kena pergi pada dia.. Aku kena pergi pada dia.." Ayat diulang-ulang tanpa henti. Dia perlukan puanya. Dia perlu jalankan tanggungjawabnya.
Apabila Alzer mahu melangkah, kakinya disepak daripada belakang dan rambutnya direntap kasar! Dia mengerang sakit saat hirisan tajam terasa di pangkal leher.
"Stop struggling.."
"A-Alter.."
Mata Alzer membulat tak percaya apabila Alter menyapa pandangan. Bahkan, mata ungu milik kembarnya jelas gelap dan, lebih mengejutkan dia apabila tatu di pipi kanan Alter bercahaya.
"Kau.. Tahu siapa aku dari awal bukan?" Desis Alter membuatkan Alzer terdiam. Matanya di pejamkan. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Alter..Alter Tempests.
"Ya."
"Jadi kenapa.." Pisau lipatnya di tekan sedikit membuatkan Alzer mengetap gigi menahan pedih. Cengkaman pada rambutnya juga semakin kuat!
"Kenapa kau tak bunuh aku?!" Tengking Alter bersama mata yang semakin tajam. Alzer cuba menahan diri daripada mengeluarkan sebarang erangan sakit. Bibirnya perlahan-lahan mengukir sengih.
"Obvious.. Kan? Aku sayang kau. Kau.. Kau kembar aku. Kau abang aku.. Aku tak nak hilang darah-daging aku macam dulu.." Luah Alzer ikhlas sambil matanya cuba bertaut dengan mata abang kembarnya. Namun hampa. Alter seakan cuba mengelak daripadanya.
"Tolong lah Alter.. Apa gunanya kita bermusuh..? Kau.. Kau memang benci aku..? Macam mana pulak waktu kau hilang ingatan..? Kau tak nampak ke aku dengan Tuan Shawn-."
"TUAN AKU HANYA AELDERA! KAU TAK PAYAH BISING BUAT DRAMA LAH SIAL!"
DUSHHHHH!!!
Wajah Alzer ditubuk kuat sehingga lelaki itu merempuh sebuah pokok! Darah mengalir dari dahi dan bibir! Alzer mengerang sakit bersama tangan yang naik menekup bahagian rusuk. Bahagian yang tercedera akibat pertarungannya bersama Diandra.
"Arghh!!"
Alter yang muncul dihadapannya, terus menekan dada Alzer dengan kakinya. Sedaya upaya Alzer cuba menariknya kerana sakit yang mula menjalar!
"A-Alter.." Air mata Alzer bertakung. Dia memandang Alter yang tidak dapat dibaca raut wajahnya.
"Kau tak patut biarkan aku hidup Alzer.. Kau tahu tu.." Gumam Alter perlahan lalu dia menunduk sedikit sehinggalah mata mereka bertentang. Saat itu, bibirnya mengucap kata-kata yang membuatkan Alzer tergamam. Matanya membulat tak percaya pada Alter yang kembali menjauh.
"Ingat apa yang aku kata sampai mampus. Dan lepas ni.." Kaki Alter menjauh daripada badan adik kembarnya sedikit. Badan direndahkan..
"Tolong lupakkan aku. Aku yang kau gelar sebagai 'abang' dan 'kembar tersayang.. Dah mati."
DUSHHHHHHHHHHHHHHH!!!
Sepakan kuat pada kepala itu membuatkan Alzer menyembah tanah sehingga merekah! Matanya terbeliak besar sebelum perlahan-lahan tertutup. Darah mengalir keluar dari kepalanya begitu juga bahagian-bahagianya yang lain.
Saat itu, hujan turun membasahi kawasan mereka. Rambut Alter menutupi kedua-dua matanya serta..
Menutupi cairan hangat yang mengalir keluar..
"Selamat tinggal Alzer Bellvania.. Adik kembar aku."
***
"Hufff.. Hufff..Hufff…"
Eldera berlari dan berlari di sekitar bandar yang hancur akibat serangan musuh. Dia yang asalnya terbang, terpaksa mendarat kerana serangan mahluk pelik. Air matanya bertakung tanpa dipinta. Hujan yang membasahi dunia tidak langsung membantunya.
"Mana kau.. Mana kau.. Mana kau.."
Mata Eldera melilau-lilau mencari Adrea dan anaknya. Manakan tidak, apabila dia sampai sahaja, hopital isterinya musnah dihancurkan. Pemikirannya mula meliar pada perkara negetif.
"Tolong lah selamat.. Tolong lah selamat.." doanya tidak putus-putus. Bukan sahaja dia risaukan dua gadisnya, ibunya juga bermain dalam fikiran. Wanita yang dia tidak mampu balas jasanya itu sangat penting dalam hidup dia. Dia mungkin cintakan Adrea, tapi cintanya pada sang syurga lebih tinggi.
Saat kakinya membelok ke kanan, matanya membulat tak percaya! Dunianya yang seakan bising dengan jeritan serta lolongan bagaikan terdiam! Air mata yang bertakung akhirnya tumpah ke tanah! Tubuhnya mengeletar hebat dan dia menjerit sekuat hati!
"IBUUUUUU!!!!!"
Berry yang menikam perut Puan Eriana,menoleh kebelakang bersama sengihan. Tubuh wanita yang hampir kehilangan nyawa itu ditolak kasar namun sempat disambut oleh Eldera.
"Ibu! Ibu! Tak! Tak! Ini tak boleh jadi! Ini tak boleh jadi! Ibu tolong bukak mata Bu! Tolong lah bukak! El.. El.."
Puan Eriana terbatuk darah dan matanya sayu memandang wajah Eldera yang jelas-jelas kusut dan ketakutan. Air matanya mengalir apabila melihat wajah perit anaknya. Tangan yang berdarah ,perlahan-lahan menyetuh pipi Eldera. Senyuman manis cuba diukir dan ciuman dihadiahkan pada pipi anak lelakinya. Cahaya serta jantung hatinya.
"Arr.. Arr.. Ar…( Ibu sayang kan El..Tolong jaga diri. Jangan.. Pilih jalan tu sayang..)"
"I-ibu.. Ibu akan baik.. Tolong jangan cuba cakap lagi. Tolong lah.. Tolong lah! Jangan tinggalkan Eldera!" Tubuh Puan Eriana didakap erat. Saat itu, matanya membulat apabila pertama kali, suara syurganya menyapa gegendang telinga.
"Selamat.. Tinggal.. Cahaya ibu. Ibu.. Sayang.. Eldera.. Ehe.." senyuman terakhir di ukir buat cahaya matanya. Senyuman.. Yang tak akan sesekali terpadam dalam memori seorang Eldera Delwyn.
"Ibu? Ibu d-dah boleh cakap? Kejap.. Apa maksud ibu..Ibu? Ibu?! IBU!! TAK,TAK! JANGAN BUAT MACAM NI PADA EL IBU! IBU! JANGAN TINGGALKAN ELDERA BU! TOLONG IBU! TOLONG JANGAN TINGGALKAN ELDERA!!"
Eldera menangis dan menangis bagaikan anak kecil. Tubuh Puan Eriana yang tidak lagi bernyawa didakap erat.
Syurganya sudah pergi. Pergi tinggalkan dia di dunia penuh kegelapan. Pergi membawa separuh hati yang mulai berkecai.
Eldera.. Matanya mula berwarna gelap. Telinganya seakan dapat mendengar rekahan demi rekahan. Bukan di dunia, bukan disekelilingnya.
Tapi hatinya..
"Oh, kau mungkin nak tengok ni jugak.."
Tanpa sebarang perasaan, Eldera mengangkat kepalanya.Jantungnya kembali berdetak tak seirama. Matanya membulat apabila Berry menunjuk pada satu arah. Pada seorang gadis yang terikat di sebuah batang kayu.
"Tak.. TAK! TAK! TAK! JANGAN AMBIL ISTERI AKU! JANGAN AMBIL CAHAYA TERAKHIR AKU!!"
Eldera terus menerpa kearah Adrea. Namun, lilitan rantai besi yang entah dari mana menyekat dirinya! Dia mengetap gigi sehingga berbunyi.
"JANGAN HALANG AKU JAHANAM! SIAL! SETAN! BODOH!!" Segala makian dia hamburkan namun rantai besi itu seakan menyedut segala kuasa sihir dan tenaganya! Segala kesakitan diabaikan oleh Eldera dan dia sedaya upaya cuba memutuskan rantai tersebut!
"Arghhhhhhhhhhhh!!"
Dia mengerang sekuat hati! Darah mula membanjiri tubuhnya namun langsung tidak dipeduli! Dia kena dapatkan Adrea. Dia kena dapatkan isterinya!
Berry yang melihat Eldera terseksa, ketawa kejam lalu selamba dia memetik jarinya lalu...
BOOOOOOMMMMMM!!!!
Tubuh Eldera tercampak jauh akibat letupan tersebut! Mulutnya memuntahkan darah dan sebelah kakinya bagaikan terbakar! Dia menahan diri daripada mengerang sakit dan cuba bangkit! Badanya sedikit berasap akibat besi yang melilit mulai panas akibat letupan tadi!
"Aww.. Nampaknya dah tak ada dah Adrea~ HAHAHA!"
Eldera tersentak kuat! Jantungnya seakan terhenti. Dengan tubuh yang mengigil, kepala didongak.
Saat itu, Eldera bagaikan melayang. Air mata yang asalnya jernih, berubah menjadi darah. Wajahnya juga memucat. Hatinya berderai bagaikan kaca yang terhempas ke bumi.
Adrea yang terikat.. Sudah tiada. Gadis yang tadinya terikat sudah tiada. Kawasan itu bagaikan diletupkan! Eldera menggelengkan kepalanya tak percaya. Segala memori mereka beramain dalam fikiranya tika itu.
Adrea yang tersenyum nakal padanya..
Adrea yang manja denganya..
Adrea yang sering mengusiknya dengan kata-kata cinta..
Semuanya.. Hilang.
"ADREAAAAAAA!!!!!!!"
Raungannya kedengaran diseluruh pelosok bandar. Lelaki yang sering menunjukkan sikap dinginya kini tumbang dan menyembah tanah! Jeritan semakin lama semakin kuat sehingga dia sendiri tidak dapat mendengar akhirnya.
Dia tumpas dengan kegelapan dirinya..
Dia gagal melindungi mereka yang penting dalam hidupnya..
Dia gagal, gagal dan gagal!
Berry pula ketawa dan ketawa dengan seksaan yang berjaya dilakukan. Musuhnya sudah tiada. Orang yang sepatutnya digelar sebagai 'abang' , terseksa dan mati perlahan-lahan. Dia suka dan sangat, sangat suka!
Saat itu, dunia Eldera berubah gelap dan kelam serta merta. Aeldera yang memerhati semuanya dalam kurungan, ketawa kuat sebelum perlahan-lahan memalingkan badan ke belakang. Tanganya di depakan pada Eldera yang menundukkan pandangannya.
"Nampak tak sekarang Eldera? Kau tak akan pernah bahagia. Perkataan 'gembira' atau 'hidup tanpa kecelakaan' hanya kisah dongeng semata. Kau terlalu naif dan lemah. Bodoh sebab impikan sesuatu yang mustahil." Ejek Aeldera seraya datang menghampiri. Senyumanya melebar setiap saat.
Dagu Eldera diangkat supaya mata mereka bertentang. Sengihan terbit pada bibir Aeldera apabila bertatapan dengan mata yang gelap tanpa sebarang emosi.
"Jadi.. Apa kata kau bagi diri kau pada aku Eldera Delwyn. Aku boleh balas balik apa yang diorang dah buat pada kau.." Bisik Aeldera pada telinga lelaki itu. Namun..
"Aku tak perlu berikan kau jiwa dan badan aku.."
ZRAPPPPPPPPPPP!
".. Tapi kau yang akan bagi semuanya pada aku."
Aeldera tergamam dengan apa yang baru sahaja terjadi. Mulutnya memuntahkan darah dan perlahan-lahan matanya jatuh pada lengan Eldera yang jelas menembusi tubuhnya. Hujung bibirnya ternaik perlahan-lahan sebelum tawanya pecah!
"HAHAHA! Kau memang budak yang hebat Eldera Delwyn! Kau memang budak yang istimewa!"
Kedua-dua pipi Eldera ditekup penuh teruja!
"Dari dulu lagi, sejak manusia abadi tu masukkan kurungan aku dalam kau.. Kau sepatutnya dah mati sebab aura serta daya kuasa aku. Tapi tak. Kau masih hidup dan bertahan. Eldera Delwyn. Kau memang unik. Kau anak yang ditakdirkan! HAHAHA!!"
Eldera tidak memberikan sebarang riaksi. Tika itu, sebelah pipinya mula menjalar dengan sebuah tatu pelik. Tanduk syaitan seperti Aeldera muncul bersama sisik. Aeldera pula semakin hilang dan merekah. Dahinya dirapatkan dengan Eldera bersama mata yang tertutup. Mata Eldera juga tertutup rapat.
"Kau adalah aku. Dan aku adalah kau. Mulai sekarang, kau lah Raja Syaitan yang baru. Buat apa yang kau mahu dan berikan dunia goncangan yang dahsyat sehingga tiada lagi sampah yang mampu bangkit menentang!"
Apabila Aeldera lesap sahaja, sekelilinya merekah seakan kaca! Perlahan-lahan Eldera membuka matanya yang kini sudah berubah emas. Luar irisnya pula berwarna hitam dan senyuman sinis bergayut di bibir. Dengan suara yang garau..
"Nyawa dibalas nyawa.."
***
Berry yang kegembiraan, melompat-lompat disekitar tubuh kaku Eldera. Apabila Faer muncul, gadis itu menarik pedang yang dihulur sang syaitan. Bilah diangkat tinggi bersama kepala yang disengetkan.
"Selamat tinggal, Eldera Delwyn!"
ZAAPPPPP!!!!
BRAGGGGGGGGGG!!!!
"Bukan aku yang patut kata benda tu sundal?"
Mata Berry terbeliak tak percaya! Bilah pedang yang hampir menetak kepala Eldera sebentar tadi hancur bekecai bagaikan di genggam sesuatu! Tubuhnya mengigil apabila Eldera bangkit bersama aura yang berlainan! Tanduk serta sisik pelik muncul di kepalanya!
"Tunduk pada ketua kau sampah.."
BAMMMMMMMMMMMM!!!
SOWSHHHHHHHHHHHH!!!
BOMMMMMMMMMMMM!!!!
Seluruh Bandar Zyngar hancur berkecai bagaikan di musnahkan dihancurkan oleh taufan! Askar-askar syaitan mati seakan disebelih dengan satu libasan pedang! Kepala mereka melaynag-layang diudara dan menjunam jatuh bagaikan hujan!
"N-no way…"
Berry jatuh terduduk bersama gigilan. Eldera yang berdiri dihadapanya.. Bukan lagi Eldera yang tadi. Bukan lelaki yang menangis dan meraung. Tapi..
"D-Demon Lord.."
Eldera memandang Berry dengan tatapan kosong. Sekelilingnya penuh dengan aura gelap yang bahaya dan menekan sehingga seluruh bandar hancur. Faer yang berada di sebelah gadis itu turut mengigil sebelum kebelakang beberapa tapak. Tangan naik menarik rambut lalu dia menjerit kesakitan!
"Arghhhhhhhhh!!!"
"Fa-Faer?!"
Tubuh Faer seakan merekah dan bertukar menjadi abu! Apabila Berry cuba menyentuhnya, tangan dia terbakar dengan api kegelapan! Gadis itu meraung sekuat hati namun hanya dipandang kosong oleh sang lelaki. Mata emas Eldera jatuh pada jemari sendiri lalu di letupakan satu persatu.
Krek.
Bulatan sihir pelik muncul diatas seluruh bandar bahkan di seluruh Kerajaan Dianthus!
Eryl yang berada dalam bentuk naganya, tergamam dengan daya kuasa yang dirasai! Dia yang baru sahaja masuk ke ruang udara kerajaan itu terkejut melihat sihir yang sangat asing baginya.
"A-apa semua ni.."
Krek.
Kerajaan itu bergeger. Lautan disekeliling berkocak garang! Fenrir dan Dazy yang terselamat dari ancaman tentera syaitan, terkejut tak percaya!
"Si-sihir apa ni..?"
Krek!
Eldera tersenyum senget apabila jari terakhir berbunyi. Mata emasnya bercahaya lalu tangan diangkat ke udara.
"Eat..."
Bulatan di langit bercahaya terang dan saat itu, seluruh Kerajaan Dianthus bagaikan berada dalam gempa bumi! Tanah-tanah naik ke atas dan lautan mula menampar dahsyat kerajaan itu!
BAMMMMMMMMMM!!
".. My little devils. It's all yours."
"GRAAAAAAAAAAA!!!!!! "
Ngauman diudara membeliakkan mata Eryl! Tiga ekor syaitan rasaksa yang sebesar sebuah bangunan empat tingkat mengaum sekuat hati! Mereka bercahaya terang sebelum dua darinya menghilang!
BAMMMM!!!!
"GRAAAAAAAAAAA!!!" Salah seekor yang berwarna coklat, mendarat di belakang Eldera lalu kaki yang seakan kuda miliknya menghentak tanah! Saat itu, seluruh Bandar Zyngar bertukar seakan bandar kematian yang diselimuti api kemarahan! Dia mendengus-dengus bersama gigi taring yang kelihatan. Eldera hanya ketawa lalu mengusap kepala syaitan ciptaanya.
"One of my little Hybrid, Angriz. Hybrid yang tercipta dari perasaan marah serta amukan aku.. Api yang tak akan terpadam. Kau tahu Berry.." Mata Eldera menjeling si gadis yang jelas-jelas tergamam.
"Dia yang paling bahaya antara Sady dan Happi. Sebab, yelah. Sady perasaan sedih yang mewakili air. Happi pula ceria yang mewakili angin. Tiga beradik dari neraka, tiga perasaan serta tiga dunia.. Antara mereka yang paling bahaya.. Ialah dia."
Kini tangan Eldera teralih dan Angriz mengaum sekuat hati! Berry menjerit dan cuba melarikan diri, namun Angriz lebih pantas lalu membaham si gadis! Dilempar dan digigit tanpa belas sehingga lunyai. Dan akhir sekali, diratah tanpa meninggalkan jejak!
"Hurm.. Dah mati ke?" Soal Eldera sinis.
"Aku tak puas lagi. Angriz."
Angriz menoleh kearahnya lalu pipi dikembungkan. Apabila dia meludah ke tepi. Berry muncul semula dalam keadaan sempurna. Gadis itu tergamam dan badannya mengigil dahsyat!
"A-aku..Aku.."
"Lakukanya lagi Angriz.. "
Berry memucat. Mata Eldera pula jatuh pada mahluknya.
"Lakukan apa yang kau pada dia sampai aku puas. Jangan berhenti."
"GRAAAAAAAAAAA!!!"
"Arghhhhhhh!!!"
Dan Berry diperlakukan sedemikian tanpa henti! Ianya seakan dia dihidupkan semula untuk diseksa dan perkara itu berulang tanpa henti! Jerita serta lolongannya langsung tidak dihiraukan oleh Eldera. Malahan lelaki itu ketawa jahat dan kejam.
"More Angriz! More! Seksa dia sampai aku puas!"
"That's enough El.."
Suara yang menegur menyentakkan Eldera. Badan di kalih perlahan-lahan kebelakang. Wajahnya mendung menatap wajah sayu lelaki dihadapannya. Wajah yang jelas kesakitan melihat dia yang menggila.
"Dia.. Dah terseksa. Hentikannya. Hentikan semua yang kau buat.. I-ini tak betul."
"Jadi apa yang betul, Eryl Ryuzaki..?"
Soalan Eldera, menyentakkan Eryl. Bibirnya bagaikan dikunci. Dia.. Tak tahu. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan sahabat baiknya..
Dia kelu.
"See? Tak ada yang betul di dunia ni Eryl. Tak ada. Kegembiraan? Bahagian? Itu hanya ilusi yang dicipta oleh pemikiran naif kita." Eldera ketawa bersama kepala yang digelengkan.
"Aku dah cukup dengan semua tu. Tak ada gunanya aku kekal baik kalau akhirnya aku yang sakit. Kebaikan hanya buat kau jadi lemah. Cahaya tak akan kekal bertahan kalau kegelapan lebih kuat."
"Tapi kegelapan tak akan wujud tanpa cahaya! Sama jugak macam bayang dan matahari!" Cantas Eryl mendapat jelingan maut Eldera. Satu pandangan yang tidak lagi berbaur gurauan..Pandangan yang jelas..Mahu membunuhnya.
"Kau tak boleh macam ni El. Kebaikan bukan lemah dan juga bukan menyakitkan. Ianya.." Eryl buntu. Sumpah! Tika itu, otaknya tidak dapat dicerna untuk membalas kata-kata sahabatnya!
"Jadi kenapa aku hilang ibu dan isteri aku?"
"Itu.."
"Kenapa diorang dibunuh? Kenapa diorang yang mati dan bukan aku? Kenapa aku yang kena hadap semua benda sial ni? Bagi tahu aku..Kenapa semua ni aku yang kena tanggung?!!"
Jerkahan Eldera mengundang rasa sebak dalam hati sang naga. Setiap kata-katanya, suara dan perasaan..
Eldera terluka. Dia..Dia seakan gelas yang jatuh ke tanah. Gelas yang tidak mampu untuk dibaiki..
"Kau pun.. Tak tahu kan?" Eldera ketawa. Bukan tawa gembira..Namun duka. Mata emasnya bercahaya lalu menatap wajah Eryl bersama aura bunuh yang kuat.
"Aku dah hilang dua orang yang aku sayang.. Dan kau.." Sebilah tombak kegelapan muncul di tangan Eldera. Kepala disengetkan sedikit bersama senyuman sinis.
"Jadi apa kata kau jadi yang ketiga Eryl Ryuzaki? Macam ni.. Aku boleh lupakan semua masa lalu aku dan yelah..Jadi Aeldera yang seterusnya."
Eryl tergamam dan hilang kata-kata. Tangan dikepal sehingga jari-jemarinya mencucuk kedalam tangan. Darah mula mengalir dan sisik hitamnya gugur.
"Aku.. Tak akan biarkan kau jadi Aeldera. Dan aku.."
Mata naganya bertatapan dengan mata emas sahabat yang paling disayanginya, sahabat yang dia tidak malu dipanggil saudara.
"Tak akan bunuh kau. Walaupun kau.. Mahu kan nyawa aku. Aku.. Tak akan sesakali bunuh kau."
"Baguslah.."
Eldera muncul disebelah Eryl membuatkan lelaki itu terkejut! Ayunan tombak tidak dapat dielakkan lalu menghiris mata kananya sehingga berdarah! Tidak cukup dengan itu, bahagian rusuknya disepak kuat sehingga dia terpelanting beberapa depa sebelum menghentam tanah! Impak daripada itu, tanah dibelakang Eryl naik keatas dan deruan angin yang kuat melibas seluruh kawasan!!
BAMMMM!!!!!
"U..Uhekkk!"
Eryl memuntahkan darah yang banyak sebelum melutut. Sebelah tanganya naik pada bahagian mata kanannya yang mulai sakit tak terkata! Malahan, kuasa penyembuhnya seakan tidak berfungsi pada bahagian itu!
"Arhhh..!" Eryl mengerang sakit dan darah pada matanya menitis lagi.
"Ke-kenapa..?"
"Sebab tombak ni anti-healing." Eldera muncul kembali dihadapan Eryl bersama wajah datarnya. Langsung tiada rasa bersalah atau kasihan. Hanya.. Kosong.
"Apa-apa yang terkena bilahnya..Tak akan sembuh. Jadi ya.."
Eryl bangkit dari melutut. Mata kirinya yang masih berfungsi menatap garang wajah Eldera. Taring naganya juga kelihatan membuatkan Eldera tersengih.
"Mahu teruskan.. Naga bermata satu?"
"ROUUURRRRRRRRR!!"
BOMMMM!!!
Akhirnya hubungan brotherhood mereka terputus akibat kekejaman author yang sendu selalu haha.
Okay guys, sebelum anda semua ambil kuali nak baling dekt saya, harap bersabar ya? Tinggal sikit aje lagi buku ni nk habis and then kita akn beralih ke book 2! Haha.
Actually,saya memng nk up minggu depn tapi tengk vote tu cecah 70 and komen pun blh tahan banyk, kira macam okey lah saya kasii. Hahaha🤣. Buat lah macam ni lagi dan akn ku cuba update lagi.
Tak nak? Hujung bulan pun blh Hahah.
Bonus :
Eryl : Serius lah Adrea mati?
Ashh. Kau jangn kasi spoil pulk. Nanti diorng tahu lah sendiri..
Eryl: BUT KAU TAK TUNJUK PUN KEBAHAGIAN AKU DENGAN AKIRA!! MANA ADIL!! LEPS TU BOLEH PULAK KAU BUAT SEDIH2!! KUALI MANA KUALI?!
Kau sampingan to-be opss. Nothing2 *peluh*. Ehem.
Eryl: *Evil smirk* SIAPA NAK TAHU, NEXT BOOK EN WATAK UTAMANYA-*Kena baling kuali sebelum diheret oleh author ke bilik seksaan*
Come Aufa. Help me torture this dude. *Evil mode*
Aufa: boleh. Translate kan apa kau cakap dulu. *Innocent*
Okay. Kau boleh berambus ke buku kau. Buduh.
Aufa: Oi!
HAHAHAH enjoy ♥️!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top