Adrea membuat muka blur sebaik sahaja dia keluar daripada rumah. Figura lelaki yang berpeluk tubuh dihadapannya, diperhatikan atas bawah. Mahluk ni lagi.
"Kau pahal duduk depan rumah aku? " soal Adrea jengkel. Lelaki berambut emas menjongket kedua kening dengan muka poker facenya. Kaki diayun menghampiri si gadis.
Eldera tak menghiraukan Adrea yang kehairanan, malahan ditariknya gadis itu sehingga badan genit itu terdorong kehadapan. Wajah Adrea dah merah padam apabila lengan Eldera seperti memeluk kepalanya. Jari-jemari Eldera juga elok terasa di atas kepala.
"Hishh kau ni! Cuba sikat rambut kau elok-elok sikit. Kalau tak pandai jaga, baik kau botakkan terus kepala ni. Kasi licin macan cermin! "
Eyy sakit hati. Mamat ni kalau tak menyindir memang tak boleh hidup ke apa? Baik mampus gitu. Buat apa kalau nak sakitkan hati orang aje? Adrea mengutuk Eldera dalam diam sehingga tidak sedar lelaki itu dah siap kemaskan rambutnya.
"Dah siap. "
Eldera senget bibir. Matanya jatuh pada Adrea yang membatu. Berangan lah tu! Dek kerana bosan, tanganya sengaja naik menjentik dahi Adrea sehingga gadis itu menjerit kecil. Terjegil mata Adrea dengan perbuatan selamba badak hipo itu!
"What the fish Eldera?! "
"Cik Bell, Fish ialah mahluk yang bergelar ikan. Natang tu wujud didalam air dan sedap apabila dimakan. Jangan tanya soalan bodoh tetiba please? I bukan budak tadika yang noob macam you. "
Kali ni kepala Adrea ditunjal. Dengan selambanya Eldera melangkah pergi meninggalkan Adrea yang dah melompong sambil memegang dahinya. Sempat Eldera menjelir lidah dengan ketawa syeton pada si gadis. Adrea dah merah muka.
'Ada jugak yang makan buku lima aku nanti. Eyy!!! Geramnya!! Apahal aku kena hadap muka dia pepagi ni? Eryl pun satu, pergi Academy bukan nak heret sekali si Eldera ni! '
"HURRY UP YOU PERVERT! "
Laung Eldera dengan muka tak bersalahnya. Dia tahu tak sekarang ni Adrea dah macam nak bunuh diri aje? Malu tahu tak malu?! Sekarang semua jiran tengah tengok dia dengan muka pelik! Ada jugak yang dah sengih-sengih!
"Hurmm.. Budak zaman sekarang memang lagi hebat daripada kita. Miang-miang gitu. "
"Ha'ah Kak Lulu, tengok si Adrea tu. Dah ada boyfriend. Siap tidur sekali kut! "
"Eh betul ke? Laaa.. Dah besar budaknya.. "
Maka bermulalah sesi membawang berjemaah di rumah kediaman tempat tinggal Adrea Bellvania. Masalah sekarang en, dia yang dibawangnya! Eldera jadi boyfriend dia? Mati hidup semula pun belum tentu Eldera nak dia! Silap-silap, si mamat tu dah ada yang dahi licin punya! Huh! Benci betul!
"Eh tahu pulak kau jalan cepat? Ingat dah tertinggal otak tu sampai berjalan pun tak tahu. "
"Mulut kau memang tak pandai nak kasi ayat baik ke? " Soal Adrea dengan nada bengang. Tajam aje dia perhati si Eldera disebelahnya. Eldera masih dengan lagak selamba.
"Boleh aje dia kasi ayat baik tapi.. "
Eldera berhentikan langkah. Adrea yang berada didepan beberapa langkah juga berhenti. Sebelah kening diangkat apabila Eldera memerhatinya atas bawah.
".. Kalau dengan kau dia tak boleh nak kasi ayat baik. "
"Apahal pulak? "
"You already stole something from him. "
Adrea blur. Eldera senget bibir. Dia mengambil langkah untuk pergi tapi dihalang Adrea.
"I stole what? Tell me lah! "
"Wanna know or wanna do it ? " soalan dibalas soalan. Adrea dah garu kepala. Apahal nak know, do pulak ni? Sebab malas fikir terus dia jawab.
"Both ajelah! "
"Sure? "
Kepala diangguk laju. Tanpa amaran, Eldera menolak dia sehingga badanya terlanggar pokok berhampiran. Kepala didekatkan membuatkan Adrea gelabah. Nak tolak, tapi Eldera lagi kuat! Badan dia pun habis kena kepung!
"You stole his first kiss, like this..! "
Membutang mata Adrea apabila Eldera mencium pipinya. Tak lama kemudian, lelaki berambut emas menjauhkan diri daripada Adrea. Eldera menjilat bibir.
"Makan comot. Aku perhati aje cream dekat pipi kau tadi. "
Eldera sengih sinis apabila wajah Adrea betul-betul merah. Dan menjadi favoritenya untuk menjentik dahi si gadis. Makin merahlah muka kawan tu.
"Kau betul-betul Pervert Caladium. What? Kau ingat aku ni nak sangat ke cium bibir kau? Oh please, dulu aku cium pun sebab kau cium aku dulu. Fair apa? So sekarang.. "
Sengaja Eldera kecilkan matanya. Senyuman sinis masih kekal.
".. kalau kau nak fair macam aku, apa kata kau cium balik pipi aku ni?" Eldera membuat muka double jerk. Jari pula naik menunding pipinya. Adrea dah geram tahap gaban. Terus kakinya naik menyepak kaki Eldera tapi sayang lelaki itu mengelak mudah, sudahnya dia tersepak tiang dekat sebelah dia.
"ARGHH!! "
"Gosh, mesti sakit kan? "
"KAU BOLEH TANYA LAGI?! "
***
"Eh tu bukan Adrea ke? "
"Ha'ahlah. Weh tengok laki tu, handsome siot!"
"Kenapa dia dengan Adrea? "
"Entah. "
Adrea menyembamkan muka di belakang tengkuk Eldera yang elok piggy back dia sekarang. Malu weh, malu. Kaki dia memang tak boleh jalan langsung! Huii.. Tak guna punya tiang! Habis kaki aku kau retakan! Hati aku pun dah retak dengan kau tahu tak?!
"Tulah, nak menyepak orang aje kerjanya. Kan kaki dah jadi sotong daratan? Lain kali jadi perempuan sikit. " sindir Eldera menambah geram Adrea. Belakang badan lelaki itu sengaja ditubuk. Eldera sekadar buat muka selamba. Bukan sakit pun minah tu tumbuk.
"Ha tumbuk! Tumbuk! Aku baling dalam kolam tu nak? " ugut Eldera apabila perasan ada kolam makmal tidak jauh daripada mereka. Adrea dah pucat. Kolam makmal yang ada katak segala tu? Euww! No way! Terus dia sembamkan balik kepala dekat belakang tengkuk Eldera. Eldera sengih. Eleh, baru ugut sikit dah takut.
"Adrea! "
Laungan seseorang menyentakkan Eldera dan Adrea. Eldera buat muka tak ada perasaan dia manakala Adrea dah teruja tengok susuk tubuh seorang lelaki menghampiri dengan termengah-mengah.
"Nico! "
Nicolas mengambil nafas apabila berada dihadapan Eldera. Kepala diangkat dan mata emas itu melawan renungan tajam si mata hijau. Adrea dah teguk liur dengan aura tegang antara Nicolas dan Eldera. Lupa pulak yang Nicolas ni pun boleh tahan batunya.
"Kau pahal bawak Adrea macam tu? " soal Nicolas gaya pailang. Eldera tak tergugat langsung. Well Eldera is Eldera. Selain Ibu, Shawn dan Alter, dia tak takut sesiapa. Chill, dia pernah belasah empat Wizard tahap S seorang diri dulu. Semua masuk wad kecemasan. Heh.
"Suka hati akulah nak bawak gadis aku macam mana. Kau yang pahal sergah orang tetiba? "
Mereka saling membalas pandangan. Sekali lagi Adrea teguk liur. Belakang baju Eldera dicengkam kuat. Takut melihat ketegangan dua mahluk itu. Eldera yang perasan akan cengkaman itu mengeluh. Renungan yang tadinya tajam berubah lunak.
"Sorry. Kaki Bell cedera. Dia sepak tiang tadi. Aku tolonglah. Kau ni..? "
"Oouh.. Aku Nicolas Hynets. Best friend si troublemaker tu." Balas Nicolas apabila Eldera mengubah pandanganya. Perwatakan dia pun berubah 360°. Adrea di belakang dah buat muka excuse-me?
"Kau? "
"Eldera. Just Eldera. "
Nicolas mengangguk seraya tersenyum ikhlas. Dia ingatkan Eldera ada buat apa-apa dekat Adrea, yang tu dia macam buat gaya cari gaduh. At least kalau betul, boleh gaduh terus! Hahaha..
"Kau mesti budak baru kan? Jom aku tunjuk bilik rawatan dekat mana. " Ajak Nicolas bersama isyarat mata. Eldera mengangguk perlahan. Pegangannya pada Adrea dibetulkan seraya berjalan mengekori Nicolas yang bersahaja macam tak ada apa-apa yang berlaku.
"Psst.. Senangnya kau deal dengan Nico? " bisik Adrea ditelinga Eldera. Eldera sengih.
"I don't know either. Selalunya setiap kali aku bercakap, end up dengan bergaduh. Mungkin sebab dia ada aura macam Eryl kut? "
"Hah? Aura apa? "
"Aura jengkel. "
Sepotong ayat itu sudah cukup untuk buat Adrea ketawa. Tak dinafikan yang Eryl memang jengkel tahap tak boleh bincang. Lagi-lagi, yang selalu kena si batu Eldera. Memang hancur hidup! Hahaha..
"Speak of the devil.. "
Adrea mengangkat sebelah kening sebelum melemparkan pandangan ke hadapan. Terus muka dia blur.
"Ryl.. Keluarlah dengan I. "
"Yeah.. I pun nak! "
"Please Ryl.. "
"Calm down my girl-girl sekalian. I boleh aje keluar dengan you guys. Tapi.. "
Tubuh gadi-gadis itu dirangkul serentak.
"I nak keluar serentak dengan you guys. Boleh? "
"Ehh.. But why? " rungut salah seorang daripada mereka.
"Because, I available to everyone sweetie. Sharing is loving right? " Kenyitan mata nakal dihadiahkan pada gadis itu. Maka histerialah sekumpulan gadis yang mengelilingi Eryl di loker pelajar.
"Told ya, Eryl ni memang playboy durjana. Bibir kau bukan yang pertama dia cium. "
"Urgh.. please don't make me remember it.. " Rayu Adrea apabila terkenangkan peristiwa itu. Eldera sekadar diam dengan muka batunya.
"Well, ini lah salah satu sebab kenapa dia nak datang awal hari ni. "
"No kidding kalau dia tinggalkan kau sorang-sorang pagi tadi." Bisik Adrea. Eldera sekadar diam dan terus beredar bersama Adrea. Kelibat Nicolas dicari.
"Thanks. " ucap Adrea tetiba.
"For? "
"For kissing me. At least kesan ciuman Eryl dah tak ada. Yang ada cuma kesan ciuman daripada kau aje. "Luah Adrea dengan selambanya. Eldera senget bibir tanpa Adrea sedar. Tidak membalas mahupun berkata. Diam aje.
'Then biarkan. Biarkan kesan ciuman aku sahaja yang tinggal dibibir kau. Jangan bagi sesiapa yang rampas tempat tu. It's mine and mine forever. 'Eldera ketawa dengan monolognya. Ahh.. Dia betul-betul tak waras sekarang.
"Kau kenapa ketawa? " soal Adrea dengan dahi berkerut. Peliklah mamat ni.
"Nothing. "
"Heh, Gila. "
"Gilakan kau lah. " bisik Eldera tanpa sedar.
"What? Aku tak dengar. "
"Mind your own business, pervert! " Eldera menjelir lidah dengan muka jerknya. Kecik besar- kecik besar aje Adrea tengok Eldera ni.
"Urgh..Whatever. "
_____________________________________________________________
Ada banyak sebab kenapa saya update awal daripada biasa😂
Lagi satu, untuk book kali ni.. Story dia lebih kepada Romance, friendship dan Kepercayaan antara satu sama lain. Kalau EK, dia lebih kepada takdir. And Triplets pun sebenrnya lebih kepada Friendship and brotherhood. Romance tu saje saya selitkan sekali😂.
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top