Chapter 109 | Remember
"Morning sayang."
Adrea tersenyum apabila Eldera masuk kedalam wadnya. Arielle pula elok tertidur dalam dakapannya selepas diberi susu. Eldera mengucup lembut dahi sang isteri sebelum beralih pada bibir. Kemudian,pipi anaknya dielus lembut.
"Morning little angel. Your daddy gonna do his job today. Be a good girl for your mama okay? Nanti ayah belikan little angel mainan." Bisik Eldera lalu dahi kecil itu dicium sekilas.
"Abang dah bawak apa yang patut?"
Persoalan Adrea mengalihkan perhatian Eldera padanya. Lelaki itu hanya sengih dan menunjukkan dirinya. Terjegil mata Adrea melihatnya.
"Tak akan tangan kosong aje?!"
"Alahh, bukan request susah pun. Tangkap-tangkap masuk penjara. See? Settled."
Adrea mengeluh berat sebelum menarik pipi Eldera dek geram.
"Aw, aw,aw. Ariel! Tengok mama awak buli ayah!"
"Eyy, Ariel jangan layan. Biar mama tarik sikit pipi dia ni. Suka tau ambil mudah! Tahu lah kuat.. Tapi macam mana kalau diorang buat apa yang awak tak jangka?" Marah Adrea sebelum melepaskan pipi suaminya. Eldera dah menggosok kawasan itu. Sakit oi.
"Then aku buat benda yang sama. Ingat diorang aje yang ada idea bernas segala? Silap besar lah citernya hahaha."
"Belagak ya ampun.."
Eldera sengih sahaja lalu tubuh Adrea didakap untuk kali terakhir sebelum dia memulakan kerja.
"Jaga diri abang."
"Of course I will. Nanti bila abang balik, kita bawak Arielle jumpa Alvarez. Mesti boleh jadi bestfriend macam.."
"Please don't say like you and Eryl. Saya tak nak anak perempuan saya jadi pervy macam awak dan Eryl."
"Orang yang cakap tu tak ada beza pun." Bidas Eldera lalu mencuit geram pipi isterinya. Adrea melepas tawa sahaja.
"Okay, aku mintak diri dulu."
"Hurmm. Love you abang."
"Love you my dear wife."
Apabila Eldera mahu meleraikan pelukkannya , bajunya seakan ditarik lembut oleh sesuatu. Apabila ditundukkan pandangan, tangan kecil Arielle elok menarik hujung lengan bajunya. Mulut tercebik-cebik mahu menangis. Senyuman tipis diukir.
"Shh.. Sleep little angel. Ayah janji akan balik pada Ariel dan mama nanti. Shh.. Everything is alright my sweet little angel."
Perlahan-lahan mata Arielle kembali terpejam. Adrea turut sama tersenyum lalu menyuruh Eldera pergi sebelum anak gadis mereka sedar semula.
***
Shawn yang berada di rumah, mengemaskan sedikit kotnya dihadapan cermin lalu berpaling kebelakang. Senyuman tipisnya diukir saat terpandang wajah Eriana yang elok menyusukan Sean dikatil mereka. Perlahan-lahan dia menghampiri lalu kepala isterinya di usap sayang.
"Abang pergi dulu. Maaf tak boleh berlama." Pohonnya kesal. Eriana hanya mengeleng tidak mengapa. Dia hanya tersenyum sahaja.
"Abang janji akan balik secepat mungkin. Abang.."
"Shawn.."Suara Eriana yang bergema dalam fikiranya, menyentakkan dia. Perlahan-lahan dia menatap Eriana yang sudah siap menyusukan Sean. Anak mereka dilabuhkan pada katil lalu tangan Shawn ditarik. Satu kucupan dihadiahkan. Mata ungu gelap itu membulat tak percaya.
"Eri.."
"Saya tahu awak risaukan Daze. Dan saya tahu awak risaukan masa depan Eldera. Tapi kalau awak rasa ini yang terbaik, pergi pada Daze. Awak kena selamatkan dia. Dia.. Ayah Adrea bukan? Dan Adrea dah jadi anak kita. Saya tak suka tengok dia murung setiap kali fikirkan ayahnya.." Terang Eriana lembut lalu mengusap pipi suaminya.
"Pergi. Bawa Alter atau Alzer. Musuh yang awak akan lawan tak sama seperti musuh awak yang lain.. "
Shawn tersenyum dan tanganya mendakap erat tubuh isterinya. Kucupan hangat mendarat pada sisi kepala Eriana.
"I love you Eri. Really love you."
"I know.."
Perlahan-lahan mereka melepaskan pelukkan. Mereka bertatapan untuk seketika sebelum Shawn berubah menjadi kabus dan hilang. Eriana tersenyum nipis. Dia berbaring di sebelah anaknya. Sean dibawa dekat pada dadanya.
"Jika terjadi apa-apa, jagakan ayah untuk ibu ya?" Getus hatinya sebelum mengucup lembut kepala anaknya. Lama mereka tertidur sebelum Eriana kembali terjaga.
"Aww.. Cantiknya permandagan depan aku ni."
Suara yang tidak dikenali,menyentakkan Eriana. Terus dia bangkit bersama Sean di dalam dakapan. Anaknya mula menangis apabila aura gelap berlegar didalam bilik mereka!
"Heh. Ini lah si sundal yang dah lahirkan sial tu ya?"
Eriana mengundur kebelakang apabila gadis berkerundung menunjukkan wajahnya. Rambut merah jambunya dibiarkan lepas. Sengihan sinis terbentuk.
"Apa tunggu lagi? Tangkap lah sundal tu!"
Tanpa sempat Eriana berbuat apa-apa, kepalanya dihentak sesuatu yang keras dan darah mula keluar! Sean pula seakan dirampas dan semuanya berubah gelap!
"Heh, aku harap kau akan tidur lena lepas ni.. Bitch!"
***
Fenrir dan Dazy yang mendengar keriuhan di atas, terus bergegas naik. Namun tanpa sempat mereka naik tangga pertama, badan mereka terlilit dengan rantai besi!
"What the hell?!" Tengking Dazy lalu badanya ditarik kasar sehingga terhempas keluar rumah! Gadis kecil itu mengerang sakit! Tak cukup dengan itu, badan dia seakan membeku!
"Arghhhh!"
"DAZY!!"
Fenrir mengaum sekuat hati! Aura miliknya ditingkatkan namun lilitan ditubuhnya seakan terbakar! Lebih-lebih lagi apabila dia mahu bertukar menjadi serigala!
"Arghhhhhhh!" Dia mengaum sakit lalu melutut sebelah kaki. Badanya mula berasap dan terbakar perlahan-lahan!
"Aku sarankan kau jangan bergerak Fen. Dalam besi tu ada tersalut perak sekali.. Ke kau lupa, yang badan kau tak tahan dengan perak?"
"Di-Diandra.."
Diandra yang memegang rantai besi itu tersengih lalu menariknya agar lebih ketat membuatkan ngauman Fenrir bertabah kuat!
BOMMMMMMMM!!
BOMMMMMMMM!!
Mata Fenrir membulat tak percaya apabila rumah kediaman Delwyn meletup kuat! Bahkan seluruh hutan seakan mula terbakar! Tentera syaitan mula keluar dan bersedia untuk menyerang!
SLASSSHHHHH!!!
Namun dalam sekelip mata sahaja, kepala mereka melayang ke udara! Mata ungu yang bercahaya di balik rambut putihnya memanah garang serta penuh dengan amarah pada susuk tubuh Diandra!
CLASSHHHH!!
Rantai besi yang melilit Fenrir terputus dan badan serigala itu berasap teruk! Darah hitam membanjiri tubuh itu. Peluh mengalir dan kesakitan menjalar diseluruh tubuh.
"Alzer.." Panggilnya lemah. Lelaki yang sentiasa tersenyum kini hanya senyap bersama aura yang gelap.
"Mana Puan Eriana.." Soal Alzer pada Diandra dengan nada membunuh. Tanganya yang dibasahi darah syaitan tidak dipedulikan. Kukunya mula memanjang dan perlahan-lahan dia menghampiri Diandra.
"Siapa? Bitch tu eh? Hurmm.. Apa eh Berry nak buat dengan dia..?"
Diandra ketawa. Ketawa yang jelas kejam di telinga Alzer. Kabus mula mengelilingi dirinya. Aura gelapnya semakin gelap.
"Oh! Dia nak jadikan sundal tu korban! Termasuk jugak si budak Bellvania tu! Ya! Aku dah ingat! Hahaha!"
"JAHANAM! JANGAN KAU SENTUH PUAN AKU!!!"
BAMMMMMMMM!!
Alzer melepaskan aura yang dahsyat sehingga tanah naik ke atas! Dia muncul di hadapan Diandra lalu hayunan penumbuk diayun dari bawah ke atas!
DUSHHHHH!!
Diandra yang tidak sempat mengelak terhumban jauh kebelakang! Matanya membulat tak percaya lalu senyuman diukir! Tatu-tatu mata yang berada dibadanya bercahaya lalu terbuka bagaikan mata yang sebenar!!
DUSHHHHH!!
BAMMMM!!
Serangan hendap Alzer terbatal apabila Diandra menghalang! Tidak berhenti, kaki Alzer naik keatas lalu menyepak sisi kepala Diandra dan sekali lagi terbatal! Tanah merekah dan naik ke atas bagaikan dihentam satu kuasa yang dahsyat!
DUSHHHHH!
DUSHHHHH!!
Burung-burung naik ke udara apabila sekeliling hutan bergegar bagaikan gempa bumi! Fenrir yang tercedera menyumpah-nyumpah geram kerana kuasa penyembuhnya terlalu lambat! Dengan badan yang sakit, dia menghampiri Dazy lalu rantai besi yang mengikat gadis syaitan dipegang! Asap yang mula keluar dan kesakitan yang menyengat di abaikan!
"Urghh..! HARRGHHHHHHH!"
BRAGGGGGGGGGG!!!
Rantai itu berderai serta merta dan Fenrir menjerit sakit bersama tangan yang tergenggam. Dia cuba menghalau perasaan sakit lalu mengambil Dazy yang jelas lemah dan mengigil. Matanya berair membuatkan Fenrir berbunyi garang.
"Fen-Fenrir.." Panggil Dazy lemah.
"Shh.. Jangan risau. Kuasa penyembuh yang memang ada dalam darah kau akan pulihkan luka tu semua. Buat masa ni, kita kena dapatkan kakak kau."
Dazy mengangguk lalu kepala rebah pada dada Fenrir. Sang serigala memeluk erat tubuh kecil itu. Amarah ditahan daripada mendominasi fikiranya.
"FENRIR! KAU PERGI PADA ADREA SEKARANG!" Arah Alzer seraya mengelak tikaman kuku daripada Diandra! Fenrir mengangguk lalu berlari ke luar daripada situ.
Alzer mengukir senyuman kelat sebelum berubah garang. Mata ungunya bercahaya terang dan tatu rama-rama muncul di pipi kirinya. Diandra yang melihat sudah tersenyum teruja.
"Ya! Datang pada aku Pendamping Bellvania!!" Aura Diandra terlepas lalu angin kuat menolak semua pokok sehingga tumbang!
Alzer juga berbuat sedemikian dan tanah dikakinya merekah! Mereka berpandangan seketika sebelum hilang dan berada dihadapan masing-masing! Tangan pula sudah bersedia lalu diayun deras!
BRAAANNGGGGGGG!!!!!
BUMMMMMMMMM!!!
***
"Arghhhhhh!!"
Adrea berlari dan berlari bersama Arielle dalam dukunganya. Hospital yang didudukinya tiba-tiba sahaja di serang oleh mahluk pelik! Bukan itu sahaja, setiap tentera yang diarahkan menghentikan mahluk itu, kesemuanya mati dibunuh! Kuasa sihir langsung tiada kesan seakan di batalkan!
BOMMMMMMMM!!
"Arghhhhhh!"
Adrea memeluk erat tubuh Arielle apabila letupan berlaku membuatkan dia tercampak jauh! Dia yang masih lagi lemah kerana bersalin mengerang sakit! Anak yang berada dalam dakapanya mula menangis. Seakan dapat merasai kesakitan yang dialami oleh ibunya!
"Shh.. It's alright Ariel. I'm here with you. Mama gonna protect you alright?" Pujuk Adrea lembut bersama kucupan bertalu-talu pada pipi dan dahi bayinya.
"Well, well, well.. Siapa sangka kau boleh jadi ibu yang baik eh?"
"Berry.."
Adrea bangkit perlahan-lahan bersama mata yang mencerlu tajam. Berry pula tersengih kejam lalu memetik jarinya. Saat itu, muncul Fear disebelah bersama Sean yang menangis kuat!
Mata Adrea terbeliak tak percaya. Tubuhnya mula mengigil apabila melihat Berry bermain dengan pisau lalu di letakkan berhampiran dengan jari bayi tak berdosa itu.
"JAHANAM! KAU JANGAN BUAT APA-APA DEKAT EAN!!" Tengking Adrea membuatkan Berry ketawa besar! Dengan senyuman sinis, sengaja dia mencalarkan sedikit tangan Sean sehingga darah keluar! Mata Adrea membulat tak percaya di ikuti tangisan Sean yang jelas-jelas kesakitan!
"SUNDAL! SIAL! KAU MEMANG BUKAN MANUSIA SYAITAN!!"
Apabila Adrea mahu menerpa, badanya bagaikan dilibas sehingga dia terhumban merempuh dinding! Erangan sakit keluar dari mulutnya bersama darah! Arielle pula masih selamat kerana sihir pelindung yang di letakkan sebelum serangan hospital lagi.
"Ohh. Thank you dear." Ucap Berry selamba pada Fear yang memengang sebilah katana. Sean masih menangis dalam dakapanya.
"A-apa kau dah jadi Berry…? Apa yang rasuk kau macam ni sekali..? Apa kau dah buat..Pada Fear?" Soal Adrea lalu bangun perlahan-lahan. Kuasanya masih lemah kerana bersalin.
Berry pula hanya menghampiri dengan muka keliru sebelum ketawa bagaikan orang gila.
"Obvious aku jadi setan. Kau tak nampak ke? Dan sifat manusia? Pfft.. Jangan buat lawak."
Mata gadis berambut merah jambu turun naik pada susuk tubuh Adrea sebelum tertumpu pada bayi perempuannya. Adrea mengambil langkah ke belakang.
"Oh dah fasal Fear. Aku bunuh dia dulu lepas tu walla! Aku jadikan dia syaitan. But of course tak sempurna seperti yang di cipta oleh setan dalam badan abang aku." Sengih Berry sambil menunjukk ke arah luar dinding hospital yang berlumbang.
Tika itu, Adrea bagaikan mahu pitam. Kota yang didudukinya kacau bilau seakan dilanda bencana yang sangat dahsyat! Seluruh kawasan terbakar dan bangunan, banyak yang tumbang serta hancur! Manusia di makan tidak kira kanak-kanak atau golongan tua! Mahluk Anti-magis juga banyak menarik nyawa manusiankerana membatalkan kuasa sihir mereka.
"N-no..This can't be happen.. " Adrea jatuh bersama badan yang menggigil. Air matanya mengalir deras.
"Oh. Malangnya semua dah jadi. Dan kau tahu tak apa jadi dekat si.. Ermm? Apa eh nama kawan baik kau..?"
Saat itu nyawa Adrea bagaikan direntap! Matanya mula gelap dan air mata mula keluar dengan deras tanpa dipinta!
"Ko-Koharu.. Ni-Nico.. Ta-tak.. Tak mungkin."
"Ya! Betul lah tu! Koharu dan Nicolas! Hahaha! Kau patut tengok wajah diorang! Mula-mula happy aje sebab tengok dress kahwin. Sekali aku muncul, poff! "
Berry buat muka sedih lalu mengelap air mata palsunya.
"Dress tu kena cairan merah pulak. Hurmm. Aku cuma nak tolong aje. Tapi Nico tu baran sangat. Kan dah kena sembelih dengan Fear?"
Adrea mengeleng tak percaya. Arielle didakap lebih erat dan tangisanya semakin menjadi-jadi. Memori ketika Nicolas dan Koharu yang tersenyum ketika melawatnya seketika tadi menerjah masuk dalam fikiran.
"Hello miss mama yang tua!" Sakat Nicolas mendapat jelingan padu Adrea.
"Shut up memerang tak guna. Kau asal datang sini?" Soal Adrea pura-pura garang.
"Elehh, nak tengok anak buah pun tak boleh."
Adrea ketawa kecil apabila Nicolas mencebik. Dia tidak melayan lalu memandang Koharu yang elok mencucuk-cucuk pipi Arielle dengan wajah ingin tahu.
"Aye, Haru? Nak anak dah ke?" Usik Adrea membuatkan Koharu memerah wajah. Mencerlu mata merah itu pada Adrea.
"Mana ada! Aku just curious aje. Sakit tak time bersalin?"
"Gila kau tak sakit.."
Koharu dah membiru sebelum memeluk Nicolas dek takut. Liur diteguk kelat membuatkan Adrea dan Nicolas ketawa.
"Tapi kalau kau ada Nico, rasa sakit tu berbaloi. Percayalah, mesti kau nak anak lagi lepas tu." Ujar Adrea lembut lalu matanya jatuh pada Arielle yang lena tertidur.
"Apa kata ,kalau korang dapat anak lelaki, boleh lah jadi kawan baik anak aku. Sekali dengan anak Eryl."
Koharu dan Nicolas berpandangan sebelum tersengih.
"Of course! Aku kasi kembar tiga terus! Hahaha. Biar nanti empat laki kejar anak kau!" Gurau Nicolas membuatkan Adrea menjegil mata.
"Bongok lah kau!"
"Nico.." Adrea menggeleng kepala tak percaya. Berry tipu! Dia tipu! Dia tipu! Dia tipu!!
"Oh Adrea.. Kalau kau tak percaya.."
"Arghhhh!"
Adrea menjerit sakit apabila rambutnya direntap daripada belakang! Matanya membulat apabila sesuatu ditunjukkan dihadapanya. Sesuatu yang tidak pernah terlintas bakal berlaku dalam hidupnya.
"Tada! Ini lah kepala sahabat kau!"
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH!!"
Adrea meraung kuat sebelum semuanya berubah gelap. Senyuman kejam Berry juga sempat di lihat bersama kata-kata sinis.
"Dan sekarang..Untuk Raja kembali bangkit!"
***
Dalam masa yang sama Eldera tersentak hebat setelah semua kerjanya selesai. Peluh menuruni badan dan wajah. Dia menggigil dan air matanya bertakung. Rasa takut mula menjalar. Dia mengetap bibir lalu sayap syaitannya di lebarkan! Dia meluncur laju di udara bersama doa di dalam hati.
"Apa-apapun perasaan ni, tolong lah tak betul. Tolong lah. Adrea, Arielle, ibu.."
***
Shawn dan Alter yang sudah berada di istana gelap, terkejut apabila badan mereka menggeletar! Tidak cukup dengan itu, letupan dahsyat terhasil di salah satu menara istana gelap! Susuk tubuh yang muncul bersama rantai besi disekelilingnya perlahan-lahan jatuh menjunam!
"DAZE!!"
Shawn berubah menjadi kabus lalu menangkap tubuh Daze! Alter berlari kearah mereka dan entah kenapa kepalanya berdesing kuat! Dia melutut lalu menjerit kesakitan!
"ALTER!"
Shawn bangkit setelah merebahkan Daze. Apabila tangan mahu menyentuh bahu Alter, lelaki itu terlebih dahulu menolaknya sehingga terpelanting!
BAMMMMMM!
"Argh!"
Shawn mengerang sakit lalu bangkit perlahan-lahan dari tempat hempasanya. Saat matanya bertaut dengan mata ungu milik Alter, dia terkedu.
"I remember it.."
"Al-Alter.."
Tubuh Shawn mengigil. Alter yang berada di hadapanya.. Bukan Alter. Ini Alter.. Sang Pendamping Puak Tempests!
"I can't believe i live with my own enemy all this year.. And you.." Mata Alter tajam menikam. Tatu seakan sayap berapi, muncul di pipi kanannya.
"Kenapa kau tak bunuh aku?" Soalnya garang membuatkan Shawn terkedu. Alter mendengus kuat lalu auranya ditingkatkan sehingga seluruh kawasan merekah! Matanya tetap tidak lepas daripada Shawn sebelum hilang bersama kata-kata yang tak terjangka oleh sang lelaki.
"Whatever your reason is, it's useless. Kau buat kesilapan kerana biarkan aku hidup. Sekarang sudah tiba masanya aku kembali pada tuan sepatutnya. Jika berjumpa lagi, kita akan jadi apa yang sepatutnya kita jadi.. Sama seperti ratusan tahun dahulu."
"Shawn.." Panggilan lemah itu menyentakkan Shawn. Daze yang perlahan-lahan bangkit bersama darah disambut oleh lrlaki berambut hitam tersebut.
"Kita kena pergi.. Sekarang.. Isteri kau.. Anak aku.. Semua dalam bahaya!"
Shawn memgetap gigi menahan rasa. Hari yang paling dia takuti dah tiba. Baru sahaja dia dan Eriana bahagia beberapa jam yang lepas dan kini..
"Isteri aku akan baik.. Aku yakin." Ujar Shawn lalu menghalau semua pemikiran negetif yang mula bermaharajalela.
Daze hanya diam sebelum mereka hilang dari pandangan disebalik kabus Shawn. Tika itu, Lord August memerhati semuanya dari atas menara yang hancur akibat kuasa Daze yang meletus tanpa dijangka. Senyumannya melebar.
"Dah tiba masanya untuk berjumpa tuanku.."
***
Kerajaan Emerald.
"HAKURYU!!"
"ROUUURRRRRRRRR!!"
Hakuryu mengaum dan membunuh kesemua mahluk pelik yang mengancam rakyat Emerald! Semuanya kacau bilau! Saat mereka menikmati hari yang biasa, mereka dikejutkan dengan letupan dan serangan mahluk yang membatalkan sihir! Para askar ramai terkorban dan Jeneral-jenaral kerajaan itu tercedera teruk termasuklah Jeneral Luke!
BOMMMMMMMM!!
"EMYRIEL! BAWAK ORANG KITA MASUK KE DALAM ISTANA SEKARANG!" Suara Shiro bergema kuat di udara! Dia yang kini berada dalam bentuk syaitanya membunuh kesemua mahluk dibawah menggunakan sebilah pedang berbilah hitam! Mahluk Anti-magis pula dibunuh oleh Puak Beastnya!
DUSHHHHH!!!
Permaisuri Emyriel membimbing rakyat mereka masuk ke dalam istana! Pelindung dibuat namun terbatal setiap kali mahkuk anti-magis menyentuh! Dia sendiri sudah tercedera teruk!
"ROUUURRRRRRRRR!!!"
"ERYL!"
Eryl yang berada dalam bentuk naganya mengaum dahsyat! Bulatan sihir terbentuk di atas kerajaan ayahandanya lalu puluhan panah berapi hitam menghujani kerajaan itu tanpa mencederakan rakyat dan Puak Beastnya!
ZRASHHHHHHH!!
ZRASHHHHHHH!!
ZRASHHHHHHH!!
Eryl kembali dalam bentuk manusianya dan termengah-mengah. Kuasanya sudah meningkat dan lebih kuat daripada sebelumnya, namun tubuhnya belum mampu untuk menggunakannya!
"Shit lah!"
Tetiba, bahunya ditepuk membuatkan dia menoleh ke sisi. Shiro yang menegurnya berbisik sesuatu membuatkan mata dia membulat tak percaya. Lama dia merenung ayahandanya lalu mengetap gigi. Dia kembali dalam bentuk naganya lalu meluncur laju ke angkasa!
Shiro tersenyum tipis. Matanya terhala pada Demon yang cuba menyerbu istananya. Mata merahnya bercaya. Hulu pedang digenggam kemas lalu di ayun deras!!
SLASSSHHHHH!!
Ratusan kepala Demon melayang di udara dan menghujani tubuh serta badan yang diperintah oleh Shiro. Lelaki itu tersenyum kelat saat Hakuryu terbang dibelakangnya.
"Shiro.."
"Jangan risau.. Heira akan tolong kita. Aku dah bagi isyarat pada dia."
"Bukan itu aku nak kata."
"Jadi?"
"Apa.. Kau rancangkan sebenarnya? Kenapa kau biar Eryl ke sana?!"
Shiro tersenyum kelat lalu memandang langit.
"Nothing.. Tapi Hakuryu.. Tak. Ayah..Ayah lepas ni.." Shiro berpaling pada Hakuryu. Senyuman paling manis diukir olehnya.
"Jaga diri. Ya?"
HAHHAHAHAH APA BENDA SIA AKU TULIS!! HAHAHA!
And surprised!!
Okay, maka bermula lah Dark Age arc! Sempat ke Eldera selamatkan Puan Eriana dan Adrea? Aeldera akan keluar and then what? And yeah, i hate Berry. Siapa sekaki?
Okay, kalau nk tahu awal and not minggu depn, vote and komen. Hehe. Kali ni aje nk mintak hahaha (Ngek kau Mira, dah nk chap last2 baru mintak)
Ke nak up hujung tahun?
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top