Chapter 106 | Boy's day
Dua jejaka elok menghirup kopi di sebuah taman bunga tidak jauh dari istana. Bayu pagi menyampa kulit mereka serta memberi ketenangan di jiwa.
"Hey Eldera Delwyn." Panggil Eryl bersama wajah yang tenang.
"Hurmm?"
"How last night?"
"The best."
Eryl tersengih gatal lalu menghampiri Eldera bersama wajah ingin tahu. Melihat wajah tersebut,terus Eldera mencerlu tajam.
"Don't expect me to tell you asshole."
"What?! Oh come on! We are friends right?! I promise i will keep it secret! I need some blue in the morning!!"
"What the hell Eryl?! No! Itu rahsia aku dengan isteri aku lah sial! Kau nak tengok blue ke apa pergi aje lah!"
Eryl mendengus tak puas hati, kali ni smartphone miliknya dikeluarkan lalu dia tersengih sinis. Kening terangkat-angkat membuatkan Eldera mengecilkan matanya pada Eryl.
"Apa kau fikir cicak taguna?"
"Nothing? Oh tak. Aku cuma terfikir, apa jadi kalau aku viralkan gambar kau eh? Percayalah.."
Smartphone miliknya digoyangkan di hadapan Eldera yang terdiam. Semakin lebar senyuman Eryl.
"Tak. Ada. Satu. Pun. Yang. Lawar." Sepatah-sepatah Eryl berkata. Melihat Eldera yang senyap, Eryl pusing belakang bersama bahu yang diangkat.
"Kesian kau jadi buah mulut ya? Oho. Bukan salah aku terviralkan. Jadi amacam?"
Eryl berpaling kembali dan kali ni Eldera tersenyum manis padanya. Cawan ditangan pula digenggam sehingga menimbulkan urat jantan.
"Tak ada pilihan nampaknya.."
"Hehehe. Kan? Kan? So apa kata kau kasi-"
"Aku memang kena hilangkan segala kewujudan kau dari dunia . Hari. Ni. Jugak."
"YES! Wait, what?!"
Krek..
PRANGGG!!
***
Tsuyoku nareru riyuu wo shitta
Boku wo tsurete susume
Dorodarake no soumatou ni you
Kowabaru kokoro furueru te wa
Tsukamitai mono ga aru
Sore dake sa..
"Urghh siapa hanat call aku malam buta ni?!"
Nicolas yang masih lagi berbaring di atas katil terus meraba meja kecil di sebelah katilnya. Dia dan Koharu masih lagi berada di Kerajaan Emerald atas permintaan Eryl sendiri. Baik jugak lah mamat tu sebab tanggung tempat penginapan diorang.
"Bavi, kau last kena cincang bila? Asal call aku tengah malam buta hanat?" Maki Nicolas tanpa melihat nama si pemanggil
"Kau merepek apa sial? Dah pagi bodoh!"
"Huh?!" Terus terbanggun lelaki berkulit gelap. Matanya terkebil-kebil melihat ke luar yang sudah terang berderang.
"Oh."
"Haiih.. Dah lah. Kau siap cepat. Lepas tu datang istana. Ada benda aku nak mintak tolong ni."
"Okey? Nanti sampai aku call kau balik."
"Hurmm."
Terus dia matikan panggilan dan melihat nama si pemanggil. Berkerut dahinya apabila melihat nama yang tertera.
"Eldera?"
***
Dalam masa yang sama, Adrea dan Akira elok berbual-bual di kawasan kolam ikan berdekatan dengan kediaman puak Beast Ryuzaki. Ryuuki, naga milik Lucas Ryuzaki juga ada bersama dalam bentuk kecilnya untuk menemani keduanya.
"Ryuuki, awak tak apa ke teman kitorang ni?" Soal Akira seraya mengusap kepala naga yang kini berada diatas meja kecil diantara dia dan Adrea. Naga itu tersengih lalu mengangguk.
"Tak apa. Lagi pun bosan asyik kena tinggal dengan Lucas aje. Hurm, lepas aje Shiro declare yang spirit akan hidup seperti manusia, aku jarang ada dengan dia. Sob, aku rindu tuan aku. Huhu."
"Awww. Kesian dia."
Semakin melebar senyuman sang naga apabila Akira memanjakannya. Ekornya elok bergoyang kiri dan kanan. Adrea yang melihat telatah itu, melepaskan tawa kecil.
"Puan Adrea, Puan Akira. Ini kek yang Tuanku Permaisuri mintak hantarkan. Jemput makan ya?" Ujar salah seorang maid Istana penuh sopan lalu meletakkan sedulang makan dimeja kecil yang diduduki oleh Ryuuki.
"Aku punya tak ada ke Lia?" Soal Ryuuki sedih membuatkan Lia ketawa kecil. Tanganya mengusap kepala naga tersebut.
"Mestilah ada. Tapi jangan pecahkan lagi pinggan istana ya? Kalau tak, saya report dekat Tuan Lucas!"
"Okay! Sayang kau Lia! Muah!"
Tiga gadis itu mula ketawa dengan gelagat selamba Ryuuki yang mencium pipi Lia. Semua sudah sedia maklum akan perangai naga yang satu ini. Satu-satunya naga yang paling selamba tahap dewa dan paling manja dalam kalangan puaknya. Tapi lain pula dimedan tempur. Ruthless.
"Kalau kau ni manusia Ryuu, mesti digilai ramai sebab personaliti kau." Ujar Adrea setelah Lia hilang dari pandangan.
"Tak nak lah. Sekarang ni pun aku dah digilai dalam puak beast. Eyy, seram sihh bila kena kepung dengan fans. Haiih.. Apa lah nasib aku sebab hebat sangat kan?"
Sekali lagi mereka ketawa dengan ayat Ryuuki serta raut wajahnya yang jelas boleh buat orang meluat.
"Eyy, gelak pulak dua minah ni. Aku cakap betul okay?" Kali ni Ryuuki menggunakan suara gediknya pula membuatkan tawa dua gadis semakin kuat. Hailah! Tak padan dengan naga sungguh!
"Apa lawak sangat ni? Rancak betul berbual?" Sapa satu suara membuatkan mereka memalingkan kepala kebelakang. Senyuman dua gadis semakin melebar. Hanya Ryuuki yang kehairanan. Kepalanya senget ke kiri sebelum menyoal.
"Siapa perempuan comel ni?" Soal Ryuuki naif membuatkan tiga gadis itu menumpukan perhatian padanya. Terkelip-kelip matanya apabila dijadikan pusat perhatian.
"Salah ke aku cakap?" Dia dah makin keliru.
"Eyyy!! Comelnya!!"
Dalam masa yang sama Nicolas yang ada bersama Eldera jelas pucat. Kakinya melakang dua tapak kebelakang menjauhi Eldera yang jelas mengusap dagu. Sebelah tangan pula elok memegang kaki Eryl yang kini di ikat dengan tali. Bahkan, lelaki itu seakan teruk dibelasah.
"El-Eldera. Kau nak buat apa ni?" Tegur Nicolas apabila Eldera masih tidak perasan akan kehadirannya. Lelaki berambut emas hanya memandang kosong pada Nicolas.
"Oh. Ini lah benda yang aku nak mintak tolong kau. Aku tak tahu nak campak dia dekat tong sampah mana sebab dekat sini tak ada yang khas untuk manusia."
"Th-That's cruel.."
"No. It's not. This guy totally garbage. I just need to throw him in the right place.. Kalau tak boleh dekat tong sampah, mungkin aku patut buang dia di lautan? Maksud aku, siapa aje yang boleh cari mayat dalam laut yang luas right? Thanks Nico. That's not a bad idea! Hahaha!"
Nicolas dah hilang kata-kata apabila melihat sisi gelap Eldera. Percayalah, kekejaman dia memang di tahap yang baru. Dek kerana kesian, Nicolas cuba menenangkan Eldera dan melepaskan Eryl. Sudah pasti bukan mudah tapi ya, dia berjaya.
"Tch." Eldera memalingkan wajah ke sisi bersama riak tak puas hati manakala Eryl elok menyorok di sisi Nicolas.
"Haiih kau.. Dah. Sekarang kau berdua nak buat apa?" Soal Nicolas seraya memeluk tubuh. Eryl tersengih teruja lalu melompat riang.
"Apa lagi?! Jom pergi pub woi! HAHAHA!"
"Eldera ikat dia."
"Dengan senang hati."
***
"Geez, aku bergurau aje. Itu pun nak marah." Cebik Eryl seraya mengusap pipi yang lebam dek ditumbuk oleh Eldera dan Nico. Kini, mereka bertiga elok melepak di sebuah restaurant dan jelas dua lelaki itu tidak langsung menghiraukan rengekan gedik itu.
"Masalahnya kau dah kahwin sakai. Dah lah sakai, pedek akal pulak tu. Haihh.. Aku rasa sel otak kau semua dah mati lah, itu bodoh aje memanjang."
Hambik kau. Sedas terus dengan Nico. Dah kata awal-awal dulu, dia baik tapi sekali dia hangin, tahu lah kau mana langit mana matahari. Eh?
"Siot kau Nico. Calar hati aku.." Gumam Eryl seraya menguis meja. Nicolas dah golek mata ke atas. Nyampah.
"I love what Nico said. It's sounds great."
"Shut up you sadistic bastard."
Eldera hanya mengangkat bahu seraya bermain dengan smartphone miliknya. Sebelah kaki bersilang manakala sebelah tangan diseluk dalam poket. Muka poker aje.
"Cuba tengok group." Ujarnya tetiba membuatkan Eryl dan Nicolas mengerut dahi.
"Yang mana? Yang 'Jom hilang kesucian beramai' tu ke?" Soal Eryl mendapat jelingan maut daripada dua sahabatnya.
"No. Yang Deadly Sin tu."
"Oh. Yang aku tukar 'Jom tengok porn' tu ya?"
". . ."
Nicolas dan Eldera bangun serentak membuatkan Eryl terkebil-kebil. Apabila dia mahu mengikut, badanya seakan di ikat oleh bayang Eldera. Terus wajahnya memucat.
"W-weh kau orang nak pergi mana? Tak akan nak tinggalkan aku?!"
Nicolas dan Eldera tak menghiraukan Eryl. Mereka menghilang seketika sebelum kembali membuatkan Eryl tersengih.
"Aku agak dah. Korang mana boleh tinggalkan abang hot macam kau kan? Dah lah hot kaya. Pastu-"
Ong..Ong..Ong..
Terus senyuman Eryl mati dan digantikan dengan wajah yang ketakutan. Eldera dan Nicolas pula elok duduk ditempat mereka. Kadang-kala mereka membelai tubuh kecil diatas meja itu bersama senyuman sinis.
"A-a-apa kau nak bu-buat dengan mahluk halus ni?!" Eryl mula menjerit apabila mahluk itu melompat.
Mata bulatnya merenung lama wajah Eryl yang ketakutan. Dia sengih. Dia melompat menghampiri mangsanya. Mahluk itu gembira apabila Eldera dan Nicolas membelai badanya. Dia berbunyi dan Eryl menjerit lagi. Dia suka manusia yang takut denganya! Dia nak kacau lagi!
Ong.. Ong.. Ong..
"Hikk!!! Aku mintak maaf! Aku mintak maaf!! Jauhkan mahluk dua alam tu dari aku!! Warhhh!! Bonda!! Ayahanda!!!"
Dia senget kepala hairan. Kenapa? Apa salah dia? Dia hanya nak main sahaja kali ni. Kenapa manusia ni takut dengan dia? Dia pandang Eldera dan Nicolas pula.
"Eldera.. Aku rasa katak ni nak duduk dekat dengan Eryl. Kau boleh tolong?" Soal Nicolas mendapat anggukan Eldera.
Dia tersenyum gembira! Ya! Dia nak duduk dekat dengan manusia tu! Jeritan manusia tu sangat indah ditelinga dia! Eldera mengangkat sang katak lalu selamba melemparkannya pada wajah Eryl. Katak itu menjelingnya tajam. Lembut lah sikit!
Dan..
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Jeritan seorang wanita ayu kedengaran.
Ong.. Ong.. Ong..
Jeritan yang bergema itu jelas kedengaran berhampiran tempat Senri Ryuzaki meronda. Dia terkebil-kebil seketika sebelum mengeleng kepala. Pasti abangnya.
"Apa jenis katak lah dia jumpa.. Menyesal pulak aku usik dia dulu sampai trauma." Senri hanya mengeluh sebelum kembali membuat rondaan. Hari ni dia tak bersama sahabatnya yang lain. Saje jalan-jalan sorang.
Tak lama kemudian, kakinya melangkah di sebuah restaurant yang menjadi tempat lepak abangnya. Matanya terkebil-kebil apabila melihat Eryl yang menangis sambil memeluk lengan Eldera.
"What the hell...?"
"Sob..Urgh.. SENRI!!!"
Laju Senri mengelakkan diri daripada dipeluk abangnya, namun tetap juga Eryl dapat memeluk si adik daripada belakang membuatkan dia mengeluh panjang.
"Abang berhenti peluk Senri please?"
"Nope.. Sob.. I'm sad.. Sob..Need hugging.. Sob sob.."
"Haihh.. " Senri hanya pasrah lalu mengusap kepala abangnya. Setelah beberapa minit barulah Eryl melepaskan Senri. Namun, lengan adiknya tetap juga dipeluk bersama mulut yang mencebik.
"Abang.."
"Hug. Gimme hug. I don't care."
"You hopeless brother. Aku masih ada kerja.."
"No. No hug. No work. No everything. Me important. Work not."
"Why you speak like you're a kid?!"
"Because I am a kid and I need my little brother. Not this stupid duo! Hurmp!"
Senri memandang Eldera seakan memohon pertolongan. Dia betul-betul ada kerja kena buat sekarang!
Eldera memandang Senri sebelum beralih pada Eryl.
"Eryl.."
"No!"
"Maaf dah cuba. Tak mampu."
"Wadafug?!"
Senri cuba kawal bahasa dia. Apabila dia memandang Nicolas, lelaki itu terus angkat jari tengah. Ini lagi anjing. Tak , ini lahanat namanya.
"Aku still tak puas hati kau cakap dengan Koharu aku. What's mine is mine. So good luck."
"Hotak kau.."
***
"Hacco!"
"Haru, kau okay tak?" Soal Akira risau membuatkan Koharu tersengih. Ryuuki pula elok menepuk perut yang jelas bulat setelah di isi dengan pelbagai makanan. Yummy!
"Ada orang mengumpat kau kut? Itu bersin." Ujar Ryuuki lalu bergolek-golek diatas meja itu. Geram aje tiga gadis itu tengok naga gemok tersebut. Ada jugak yang kena culik ni karang.. Comel sangat kenapa?!
"Ryuuki,you better stop being a cute creature or we will kidnap you." Ugut mereka bertiga membuatkan Ryuuki berhenti bergolek. Mata bulatnya memandang mereka bertiga sebelum tersengih bersama ekor yang digoyakan.
"Tehee."
"Arhhhh! Be mine!!"
Hakuryu yang melihat dari jauh, sudah mengeluh panjang. Kepala digelengkan bersama senyuman kelat. Daze yang ada bersamanya ,hanya diam membisu. Entah kenapa lelaki itu rajin bersama naga tersebut.
"Anyway Daze, kau akan menghilang untuk berapa lama kali?" Soal sang naga membuatkan Daze tersentak.
"Shawn bagi tahu kau ..?"
"Yeah.."
"Haih.. Tak boleh selindung lagi rasanya..Entahlah Hakuryu. Aku pun tak tahu berapa lama aku akan pergi. But for sure aku akan balik untuk jenguk Adrea. Aku tak nak ulang benda yang sama.." Gumam Daze.
"Then kenapa tak stay aje?"
"I can't.. I just can't." Balas Daze bersama mata yang memanah langit. Fikiranya agak serabut.
"Let's not talk about this.."Putus Hakuryu lalu bangkit daripada pembaringanya. Tubuh naganya yang besar, dapat dilihat oleh seluruh penduduk di bandar berdekatan. Ryuuki yang menjadi mangsa peluk ketiga-tiga gadis, tersengih tak bersalah apabila Hakuryu merenung tajam padanya.
'Dah. Cukup main. Pergi buat kerja.' Arah Hakuryu menerusi fikiranya. Laju Ryuuki mengangguk lalu memohon untuk pergi.
"Aww.. Tak boleh stay lagi?" Soal Adrea.
"Can't milady. Nanti ada naga tua mengamuk. Hahaha. Okay lah, bai! Bai!"
Apabila Ryuuki hilang sahaja, terus tiga wanita itu bersepakat untuk ke bandar. Mereka berbual-bual dan kadang kala bergurau sehinggalah sampai di sebuah restauran.
"Kan? Aku rasa-Eh?"
Kata-kata Adrea mati apabila matanya menangkap empat susuk tubuh yang sangat di kenalinya. Dia tersenyum lalu menghampiri Eldera. Pipi suaminya dikucup lalu melabuhkan duduk. Akira pula dipeluk oleh Eryl dan Koharu ditarik oleh Nicolas.
"Asal tak cakap awak lepak sini?" Soal Adrea pada Eldera yang mula bermain dengan rambut ungunya. Lelaki itu memandang Adrea sekilas lalu jemarinya membuat dandan untuk si gadis.
"Saje."
Melihat suasan itu, akhirnya Senri bangkit untuk beredar. Sudah cukup dia membuang masa. Perasan akan hal itu, Akira menegur.
"Senri nak balik ke? Cepatnya."
"Maaf lah kak. Senri ada kerja lagi tapi tertangguh sebab abang ni hah. Pastu entah siapa hanat sangat tak nak tolong." Perli Senri pada Nicolas dan Eldera yang jelas buat muka tak bersalah.
"Macam tu.. Okay lah. Jalan baik-baik."
"Hurmmm."
Sebaik sahaja Senri hilang, terus Eldera mengangkat Adrea duduk di ribaannya. Mencebik terus Eryl melihat adegan romantik itu.
"Eleh, nak acah sweet pulak.."
"Dari kau, acah jantan padahal pondan. Hattui."
"Taguna punya mulut.."
"Kau taguna punya suami.."
"Hanat."
"Setan."
"Babun."
"Bavii."
Maka, berterusan lah segala makian yang sudah sekian lama tersimpan. Adrea dan Akira hanya mampu mengeluh panjang manakala pasangan yang masih belum berkahwin, sekadar mengabaikan mereka.
"Tak boleh ke mereka jadi kawan baik yang normal sehari?"
Dah double up. Nanti sambung. Haha.
Enjoy.♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top