Chapter 105 | Wedding

[boleh pasang media diatas]

Seminggu kemudian.

"Warhhhhh! Nico!! I miss you!!"

LEKUK!

"Aww. Hey! What was that for?!"

Nicolas mengguling mata ke atas apabila Adrea mencebik tak puas hati. Koharu disisinya hanya mampu ketawa kecil dengan kerenah dua sahabat baiknya. Lama tak jumpa, tapi perangai memasing sama aje!

"Kau nak kahwin dah setan. Yang nak peluk-peluk aku pahal? Kau nak aku kena bunuh dengan Eldera?"

"Alahh, kita cari arr jalan dia tak boleh bunuh kau.."

"Dan macam mana?"

"Lari boleh?"

Nak aje Nicolas luku pengantin depan dia. Lari boleh lepas tu apa? Cakap macam Eldera tak boleh kejar dia.

"Kau tak payah layan si Nico ni Ad. Overthinking aje lebih. Macam lah si Eldera tu cemburu buta." Ujar Koharu seraya memeluk gadis berambut violet itu. Apabila mereka melepaskan pelukan, kedua gadis itu ketawa sesama mereka. Nicolas pula sudah mencebik tak puas hati.

"Oh? Awak berdua dah sampai ya?"

"Akira!"

Akira hanya tersenyum apabila tubuhnya dipeluk oleh Koharu. Nicolas pula sudah menggeleng kepala. Semua nak dipeluknya.

"Hehe. Saya gembira awak berdua sampai. Mana boleh awak berdua tak ada masa majlis perkahwinan kami betul tak Ad?"

Adrea hanya mengangguk setuju. Betul, dia dan Akira akan berkahwin pada hari yang sama dan ditempat yang sama iaitu di Istana Emerald. Semuanya dirancang oleh Eryl dan Eldera. Budak berdua tu memang tak boleh kalau tak buat benda sama-sama. Sampai kahwin pun nak sekali.

Bila ingat sahaja mengenainya, Akira dan Adrea memang tak boleh tahan senyum. Macam-macam di lakukan oleh kedua-dua lelaki itu supaya majlis perkahwinan ini sempurna.

"Haiih. Tak sangka awak nak kahwin dah. Berani jugak Eldera dengan Eryl melamar. Yang sorang tu entah bila." Perli Koharu membuatkan Nicolas angkat kening.

"Lah, kau nak kahwin dah ke?"

Nak aje Adrea jentik dahi Nicolas yang jelas nampak polos lagi naif. Apa punya soalan lah. Timbul pula rasa simpatinya pada Koharu yang jelas pasrah habis. Bahu rakanya ditepuk.

"Tak apa. Lelaki macam Nico memang lembab sikit Haru. Kau sabar eh?" Nasihat Adrea mendapat anggukan Akira.

"Ya. Nampak aje macam tak guna, tapi dia tetap sayang awak." Pujuk Akira pula.

Nicolas dah blur habis. Lebih-lebih lagi apabila mendapat jelingan tajam daripada dua pengantin wanita yang kelihatan sangat cantik daripada biasa. Adrea mengenangkan gaun kembang berlabuci yang berwarna cream manakala Akira berwarna biru laut. Mekap di wajah juga tidak lah terlalu tebal. Rambut pula elok di dandan kemas.

Tok! Tok! Tok!

Kini mata mereka jatuh pada pintu yang elok terbuka. Puan Eriana, Adel serta Permaisuri Emyriel muncul bersama senyuman yang lebar. Laju mereka menghampiri dua gadis yang bakal menjadi hak dua jejaka.

"Cantik anak ibu.." Puji Puan Eriana dengan bahasa isyaratnya membuatkan Adrea tersengih.

"Kejap aje kamu dah nak jadi hak orang lain kan?" Ujar Adel, ibu kepada Akira.

"Alah, awak bukannya tak boleh tengok dia selalu Adel. Datang aje istana. Betul tak Eri?" Puan Eriana mengangguk dengan senyuman.

Melihat suasan meriah itu, Nicolas dan Koharu tidak dapat menyembunyikan senyuman mereka.

"Semoga berkekalan.."

***

"Macam mana ni, Macam mana ni. Arhhh! Apa kau nak kata nanti? Aku kena cakap ya kan? Eh jap. Ke kena cium dulu baru cakap ya? Ah mana satu?!"

Eldera yang mengemaskan diri dihadapan cermin, menjeling pada Eryl yang jelas sedang gelabah. Kehulu ke hilir lelaki itu daripada tadi. Dia yang tengok pun pening.

"Arhhhh! Apa aku kena buat dulu Eldera Delwyn?!"

DUSHHHHH!!

"T-terima kasih.."

"Sama-sama."

Eldera hanya memandang kosong pada Eryl yang elok menahan senak di perut. Kan dah kena sebijik. Geram betul dia jadinya. Keluhan terlepas dibibirnya. Bajunya dibetulkan lagi. Rambut disisir ke tepi sebelum berwajah poker.

"Asal nampak macam terlebih bergaya ni? Aku tak nak lah menyerlah sangat.." Gumamnya tetapi dapat ditangkap oleh Eryl.

"Okay aje lah aku tengok. Lagi pun, Adrea kan yang pilih baju tu?"

"Tak melebih ke?"

"Nahh, hari ni kan hari istimewa kita. Jadi, aku tak nampak mana salahnya. Tapi panas sia baju ni."

"Kau anak raja macam tak biasa aje pakai baju ni?"

"Aku tak minat. Tapi bonda yang mintak pakai. Dia kata,ni baju ayahanda masa kahwin dengan dia."

Eldera hanya mengangguk. Dia hanya mengenangkan tuxedo hitam manakala Eryl berwarna putih. Kedua-dua mereka nampak lebih tampan daripada biasa. Rambut Eryl yang asalnya panjang juga telah digunting pendek oleh Akira beberapa hari lepas.

"Heh, boleh tahan kacak jugak ya kau berdua?"

Laju Eryl dan Eldera memalingkan kepala pada muka pintu yang luas terbuka. Ayrez hanya tersengih melihat mereka berdua. Kaki melangkah masuk bersama mata yang melilau disekeliling.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Eryl hairan. Eldera pula hanya senyap bersama tangan yang bersilang di dada.

"Ayahanda kau jemput. Puak Yggdrasil pun ada."

"He-"

"Ya Heira ada. Dia dengan Lima Panglima. Kau tak payah risau lah. Bukan Heira nak buat apa pun. Positive please?"

Eryl hanya mampu mengeluh sahaja. Kejadian lepas memang buat dia trauma dengan Heira.

"Dah jom." Ajak Ayrez mengundang kerutan didahi dua jejaka itu.

"Jom mana?" Soal mereka serentak.

"Duh, blur tu simpan sikit boleh tak? Mana lagi? Kahwin lah!"

***

Para tetamu semuanya sudah berada ditempat yang disediahkan didalam istana oleh raja dan permaisuri Kerajaan Emerald. Kesemua mereka jelas tidak sabar untuk melihat Putera sulung serta sahabat baiknya pada hari tersebut. Bukan mereka tidak tahu dengan keakraban Eryl dan Eldera. Jadi apabila mengetahui kedua-dua sahabat itu bakal berkahwin pada hari yang sama, sedikit sebanyak membuatkan mereka teruja.

Dalam masa yang sama, Eldera dan Eryl berdiri bersama pasangan mereka disisi. Seorang paderi elok berucap namun langsung tidak didengari oleh Eldera dan Eryl. Mata mereka kejap-kejap mengintai wajah cantik pasangan masing-masing sehinggalah..

"..You may kiss the bride."

Tak tunggu lama,Eldera terus mencempung Adrea lalu kucupan hangat dihadiahkan buat si gadis. Eryl pula menarik pinggang Akira dan turut sama mencium bibir merah tersebut. Sorakkan serta teriakan kegembiraan rakan-rakan serta keluarga langsung tidak dihiraukan!

"Woi! Nak lama-lama dalam bilik lah!" Jerit Nicolas sebelum telinganya elok dipiat oleh Koharu. Eyy, tak semengah betul!

Serentak Eldera dan Eryl melepaskan kucupan. Wajah dua gadis itu jelas merah manakala sang lelaki hanya tersengih penuh makna. Sempat juga mereka berbalas jelingan sambil berbisik...

'Malam..'

'.. Of course dude.'

Dan-dan wajah Adrea dan Akira memucat. Mereka berpandangan seketika sebelum ditarik oleh pasangan memasing. Habislah mereka malam nanti..

***

"Taniah beb! Akhirnya kau dah jadi hak orang! Hahaha." Ujar Nicolas apabila berjumpa dengan Adrea dan Eldera. Sempat lelaki berkulit gelap itu berjabat tangan dengan lelaki berambut emas.

"Macam tak percaya aje aku. Dulu korang gaduh-gaduh, sekali .. Heh. Kahwin terus." Perli Nicolas membuatkan Adrea mencebik.

"Hak alah kau, kalau jeles pergi lah lamar si Koharu tu. Nanti kena taken baru tahu." Bidas Adrea seraya memuncung pada Koharu yang elok berbual dengan Senri Ryuzaki, adik kepada Eryl Ryuzaki.

"Nahh. Aku tahu dia sayang aku. Mana mungkin dia curang."

"Ya tuhan, tolong lah bagi Koharu jumpa lelaki lagi baik dari Nicolas."

Terus terjegil mata Nicolas pada Adrea yang tersengih tak bersalah. Ah perempuan ni. Ada jugak aku sepak kang..

"Adrea.." Eldera menegur lembut membuatkan Adrea tersengih.

"..Kau sepatutnya tambah, yang lagi kacak dari dia jugak." Sambungnya membuatkan Nicolas melompong. Adrea pula sudah terkekek ketawa.

"Okay boss!"

"Tengkorak kau! Eyy, aku lah budak berdua ni. Kang jadi betul-betul naya, aje. Tak boleh jadi ni."

Terus Nicolas meluru kearah Koharu. Melihat sahaja Koharu yang terkebil-kebil, membuatkan pasangan itu menahan tawa. Lebih menghiburkan mereka apabila Nicolas merenung tajam kearah Senri seakan berkata 'mine'.

"Kau berdua ni lah, kalau tak usik Nico tak boleh ke? Kesian adik aku jadi mangsa."

Eryl menegur membuatkan kedua-duanya tersengih tak bersalah. Akira yang berada disisi pula hanya mampu ketawa geli hati.

"Alahh bukan selalu." Balas Adrea.

"Hurmm. Yelah. Anyway mana family korang?" Soal Eryl sambil mata melilau pada sekeliling.

"Family kitorang ada dengan family kau." Balas Eldera sambil mengemaskan pelukan pada pinggang Adrea. Matanya sempat menjeling tajam pada lelaki-lelaki yang melihat gadis miliknya.

"Aik? Nak pulak ayah kau dekat dengan manusia Ad?" Soal Eryl hairan membuatkan Adrea ketawa kecil.

"Aku paksa. Kalau tak, memang dia tengok dari menara aje."

"Serius arr.."

Rancak pasangan itu berbual dan kadang-kala mereka juga akan bercakap dengan tetamu yang hadir. Hakuryu dan puak beastnya juga tidak terelak daripada hadir membuatkan majlis itu begitu meriah.

"Heh, akhirnya anak buah Lucia kahwin jugak. Ingat perangai playboy dia tu tak akan hilang. Entah siapa ajar pun tak tahu." Perli Lucia membuatkan Shiro mencebik disebelah.

"Nak menuduh abang lah tu."

"Ada saya mention nama abang? Kenapa? Terasa? Jadi abang lah yang ajar en? Oh, patut lah. Hebat abang besarkan anak. Saya kagum! Hidup lama Raja Emerald." Ujar Lucia dengan muka poker.

"Kau punya sadis memang tak berubah lah dik.. Haiih.."

"Maaf saya bukan abang yang nak berubah jadi lagi teruk. Oops. Terlepas cakap."

"That's hurt.. Mana adik perempuan abang yang comel selama ni..?"

"Kan? Manalah dia pergi agaknya. Dah lah cantik. Ada suami kacak pulak tu. Haiih."

Emyriel yang elok berbual dengan Eriana dan Adel, ketawa apabila melihat wajah cemberut suaminya. Tak lama kemudian,Lucas Ryuzaki, kembar kepada Lucia datang menghampiri lalu mengetuk lembut kepala si adik.

"Jangan buli abang Lucia and stop your sarcasm. Kau mengandung. Nanti anak kau ikut perangai sadis setan kau tu." Tegur Lucas bersama wajah tanpa perasaan.

"Aku akan berhenti bila dunia tahu maksud keamanan tanpa ada sebarang jenayah." Balas Lucia selamba sebelum pipinya ditarik oleh Shiro dan Lucas yang jelas timbul urat bengang di dahi mereka.

"Stop your sarcasm, dummy."

"Awwww! Stop it! Or I tell Hyden about this! Bohoo!abang-abang Lucia memang suka buli ibu mengandung! "

"Hahaha. Shiro, Lucas. Stop it already. Kesian Lucia tu. Dah lah suami tak boleh teman datang sini." Tegur Jeneral Luke yang elok memeluk pinggang isterinya, Fuyu.

Apabila cubitan dilepaskan ,laju Lucia menghampiri Fuyu lalu memeluk wanita jelita itu. Sempat dia menjelir lidah pada kedua-dua abangnya. Shiro dan Lucas hanya mengeluh sahaja.

"Hormon ibu mengandung.."

Daze yang berada tidak jauh daripada situ hanya tenang menghirup airnya dimeja bersama Dazy dan Fenrir. Seperti selalu, anak gadisnya elok bergaduh dengan sang serigala. Orang yang lalu lalang disekitar mereka langsung tidak takut pada Daze yang bertanduk. Mungkin kerana menganggap dia seperti puak Ryuzaki yang lain.

Shawn datang menghampiri lalu duduk disisinya. Kesunyian menyapa dan aura disekeliling mereka berubah tegang. Faham dengan keadaan itu, Fenrir menarik Dazy untuk ke tempat lain.

"Hey Shawn.." Daze membuka bicara.

"Hurmmm?"

"Lepas semua ni.. Boleh aku mintak tolong kau?" Shawn menjeling sekilas pada Daze lalu air dicawan dihirup perlahan-lahan.

"Apa?"

"Kau.. Jagakan Adrea untuk aku? Kalau boleh, aku nak dia tinggal dengan keluarga kau." Ujar Daze tenang walaupun dia sedar ,Shawn memandangnya tak percaya.

"Apa kau tengah rancang Daze? Kau nak tinggalkan Adrea macam Allie?"

"Aku ada sebab aku dan kalau aku kekal disisi dia, kemungkinan dia akan terdedah kepada bahaya. Aku tak cakap aku akan pergi selamanya.. Aku cuma.."

Kali ni, keluhan terlepas dari bibirnya. Shawn sabar menanti apa yang bakak dikatakan oleh sang lelaki.

"Aku cuma nak dia bahagia selama mana yang boleh.. Kau fahamkan pertanda ketiga dah ada ditangan August? Aku yakin Shiro pun sedar fasal ni. Kalau tak, kenapa dia jemput Heira?"

Kini, mata Daze dan Shawn saling bersambung. Shiro yang elok bercakap dengan para tetamu juga sempat dijeling dengan ekor mata.

"Tapi semua tu masih belum pasti.. Mungkin kita boleh ubahnya..?" Gumam Shawn membuatkan Daze tersenyum nipis.

"Well, Shawn. You shouldn't create your own heartbreak through expectation. I did it already in the past. Where i expect that i can change the future then live with my wife and be happy with my daughter.." Kini mata Daze jatuh pada Adrea yang tersenyum manis bersama Eldera.

"But , turns out my wife get killed and my daughter grow up without me or her mother. Easy said, shit happens." Gumamnya membuatkan Shawn terdiam. Melihat wajah suram itu, Daze mengeluh lagi.

"It's fine if you want to expect something good in future, but please do not too high. You may disappointed. Worse, you regret it." Ujar Daze seraya menepuk belakang Shawn membuatkan lelaki itu berdecit.

"That's hurt bastard!"

"Then stop make that ugly face , you good but for nothing."

Mereka berdua muka bertekak sehingga terlupa apa yang baru dibincangkan. Heira yang berada tidak jauh daripada situ hanya ketawa sambil memusingkan arak yang berada dalam cawannya.

"Ara, ara. Nampaknya semua berjalan lancar~."

***

Malam..

Adrea yang baru sahaja membersihkan diri terus merebahkan badan diatas katil. Sungguh! Hari ni memang hari yang paling memenatkan bagi dia. Tak lupa juga hari bahagianya. Cincin yang tersarung kemas di jari, ditilik seketika. Hujung bibirnya ternaik bersama pipi yang merah.

"Aku Adrea Delwyn sekarang. Hehe."

"Adrea.."

Adrea mengangkat wajah lalu tersenyum apabila melihat Eldera yang menampak masuk ke dalam bilik mereka. Wajah lelaki itu jelas merah seakan mabuk. Terus Adrea turun daripada katil dan mendapatkan Eldera yang agak sukar untuk berjalan lurus.

"Awak okay ke El? Kenapa macam mabuk ni?"

Eldera memandang Adrea dengan dahi yang berkerut. Kepalanya agak pening tapi dia tak pekak untuk dengar tutur kata Adrea yang agak feminine daripada biasa.

"Kau guna 'awak' ke tadi?" Soal Eldera setelah melabuhkan duduk diatas katil.

"Err.. Yeah? Kan saya dah jadi isteri awak, mestilah kena lembut dengan suami."

"Then call me abang.." Gumam Eldera membuatkan Adrea terkedu. Glup. Abang?

"Err.. Awak-saya aje tak boleh?"

Tanpa amaran, tubuh Adrea terus ditarik lalu gadis itu jatuh diatas Eldera. Sengihan nakal terbit diwajah sang lelaki. Tangan elok memeluk pinggang Adrea supaya gadis itu tidak melarikan diri.

Adrea pula sudah memucat. Nak bangun, tapi pelukan Eldera terlalu kemas! Lebih menggerunkan apabila melihat mata Eldera yang mula berubah rentak.

"Call me abang,pervy girl..."

Ciuman Eldera labuhkan di kedua-dua pipi Adrea. Kemudian, ciuman dialihkan pada hidung dan bibir.

"Come on.. I want to hear it.."

"I.. Urmm.. Eldera you drunk. So mungkin otak kau tak center ni. Heheh."

Terus Eldera mengubah posisi mereka membuatkan Adrea pula dibawah. Habis pucat lesi wajah Adrea jadinya. Jantungnya juga sudah berdetak laju. Macam lepas lumba lari pun ada.

" 'Kau' balik? Oh pervy girl. I don't like it." Eldera tersenyum nakal dan kepalanya mula mendekat. Sekali lagi dia mencium telinga Adrea lalu berbisik.

"Call me abang then you become mine forever."

"Damn you."

"Stop cursing. Bukannya kau boleh lari."

Adrea mengeluh pasrah.

"Alright. But first you tell me, siapa yang bangang sangat buat awak mabuk macam ni sekali?!"

"Eryl."

"I'll kill that bastard tomorrow."

"Shh.. Tak perlu risau, dia mungkin kena bunuh dengan Akira dulu esok."

"Jangan cakap.."

"Dia buat Akira mabuk. Again. And yup, this time dia bebetul suka."

Adrea ketawa kelat lalu matanya dipusatkan pada Eldera. Senyuman manis terlakar dibibir lalu tangan melilit pada leher suaminya.

"I love you abang.."

"That's my pervy girl.."

Dan adegan seterusnya di privatekan oleh Heira yang seronok mengendap dan merakam. Sekian.

"Fufufu. Peluang mana boleh lepas? Koleksi porn saya dah nak habis~."

Ayrez ambil kakak kau ni.

"Dengan senang hati."

"Awwww. Melepas~."

"Shut up Heira!"

***

"Ah Heira. Aku ingat kau dah kena hantar balik sebab buat benda tak bertamadun?" Soal Shiro sebaik sahaja ternampak Heira yang elok memandang bulan dijendela. Dewi itu tersenyum lalu ketawa.

"Fufufu. Tak ada lah, saya mintak Ayrez tolong pulak~Fufu."

"What?"

"Apa? Rasuah lah~"

Terus Shiro memandang ke atas bersama muka blur.

"Weh Mira."

Ya aku tahu. Aku dah suruh Red belasah dia. K.O.

"Ara? Habislah koleksi saya nampaknya~"

Shiro hanya mampu mengeleng kepala sahaja. Tak suci juga otak orang depan dia ni. Tak lama kemudian wajahnya berubah serius.

"Macam mana dengan pendapat kau?"

"Hurmm? Oh? Tetang surat yang awak bagi?"

Shiro mengangguk membuatkan Heira mengeluh panjang. Kini matanya bertentang dengan mata sang raja.

"Saya tak pasti. Tapi buat masa ni, panglima dan orang-orang saya dah mula meluaskan kawasan kami. Mungkin cukup untuk penduduk di dunia ni tinggal."

"Macam tu.. "

"Macam mana pula dengan awak Shiro Ryuzaki? Awak dah jumpa sihir yang boleh alihkan sebuah kerajaan ke dunia lain tanpa ada kesan pada penduduk?" Soal Heira dalam nada serius.

"Belum. Buat masa ni, aku dan Luke masih tak dapat cipta sihir tu. Aku dah mintak Jenaral Lance dan Lucas pergi ke perkampungan lama Ryuzaki. Mungkin buku-buku lama atau petunjuk masih ada di sana walaupun aku rasa ianya mustahil." Keluh Shiro seraya memeluk tubuh.

"Nampaknya kita kena berkerjasama." Ujar Heira lalu tersenyum tipis.

"Yggdrasil dan Ryuzaki huh.. Bukannya kita ni musuh awalnya. Just mungkin puak kau akan terkejut bila masa tu tiba."

"Dan awak yakin awak akan ada masa tu?" Soal Heira yang kini kembali memandang bulan.

"Awak tahu-"

"Aku mungkin tak dapat lihat bila hari tu tiba." Cantas Shiro lembut bersama mata yang tertutup. Senyuman manisnya diukir membuatkan Heira terkedu.

"Tapi aku percayakan 'dia'. Aku yakin, setiap pilihan yang 'dia' buat ,tak akan menjadi punca 'dia' mengalah. Aku rela korbankan semuanya nanti.."

"Macam mana..?"

"Siapa tahu? Okey lah! Aku nak tidur dulu. Kau tu jangan nak berjaga sangat. Mata panda nanti hahaha."

Saat Shiro mahu beredar, Heira terlebih dahulu menghalang. Matanya tajam menatap wajah mengantuk Shiro.

"Awak tahu mengenai masa depan terlalu banyak. Siapa yang bagi tahu awak?"

"Ryuzaki special ability?"

"Apa?"

Wajah keliru Heira membuatkan Shiro ketawa.

"Kau dengar apa yang aku cakap Heira. Dan percayalah, jangan pandang rendah pada kebolehan istimewa seorang Ryuzaki."

Atas happy, sekali baca yang bawah..Hurmm? Agak apa? Hehehe. Sabarr.. Belum lagi ending hehe.

And yess!!! Saya bayangkan Claude de alger obelia sebagai Eldera!! Personaliti dan wajah dia memang sama dgn apa yg saya bayng untuk versi Eldera yg matang!!😂

Enjoy♥️



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top