Chapter 104 | Peaceful
Permaisuri Emyriel elok menghirup air teh yang disediakan oleh adik iparnya ditaman istana dengan senyuman. Lucia pula hanya tenang membaca buku sehingga lah seseorang datang memeluknya daripada belakang.
"Hey Lucia. Bila sampai ni? Asal tak kasi tahu abang?"
"Nak kasi tahu macam mana kalau dia tu asyik menghilang sebab nak curi tulang?" Bidas Lucia selamba membuatkan Shiro mencebik. Lelaki berambut putih menghampiri isterinya lalu ciuman dilabuhkan pada sisi kepala.
"Morning my light."
"Morning my dear king. Wanna join us?" Soal sang isteri mendapat gelengan sang suami.
"Nahh, saje datang tengok. Abang nak pergi ke bandar hari ni dengan Haku. Kau Lucia nak ikut tak?"
"No, thanks. Tak berminat."
Shiro hanya angkat bahu sebelum beredar. Tak lama kemudian, Hakuryu muncul diudara. Shiro tersengih lalu melompat naik ke atas sang naga.
"Abang pergi dulu! Nanti apa-apahal mintak dekat Luke!"
Permaisuri Emyriel dan Lucia hanya mengangguk sebelum Shiro beredar bersama Hakuryu. Dalam masa yang sama, Adrea serta Eldera berada di bandar yang berhampiran dengan kerajaan Emerald. Ada tiga bandar berdekatan yang menjadi naungan kerajaan tersebut. Salah satunya bandar Alterald yang kini menjadi tempat mereka berdua menunggu Eryl dan Akira.
"Eldera! Adrea!"
Laungan itu membuatkan mereka berdua menoleh kebelakang. Akira dan Eryl menghampiri bersama senyuman.
"So apa lagi? Jom cari barang kahwin!" Ujar Eryl ceria bersama tangan yang naik ke atas. Akira dan Adrea ketawa sahaja manakala Eldera berwajah kosong. Mereka berempat beredar dan masuk ke bandar yang jelas riuh dengan penduduk yang hidup bersama Puak Beast Ryuzaki.
Ada sesetengah beast gergasi membantu dalam membina bangunan dan menjaga bandar. Manakala yang bersaiz manusia kebanyakkannya menjaga kanak-kanak atau beberapa urusan lain seperti perniagaan.
Adrea dan Akira agak terpegun dengan suasana di sana. Kehidupan di Kerajaan Emerald memang berbeza dengan kehidupan mereka di Kerajaan Dianthus.
"Meriah betul bandar ni.." Ujar Adrea pada Eryl membuatkan lelaki itu tersengih.
"Kalau pesta lagi meriah. Sampai kau tak sedar pun dah malam haha."
"Kau dah biasa datang sini ke El?" Soal Adrea pada Eldera pula.
"Dulu. Ayah selalu jugak bawak aku atas urusan kerja." Balas Eldera datar . Matanya sesekali memandang ke sekeliling membuatkan senyuman tipis terbentuk. Lama mereka berjalan, akhirnya mereka sampai disebuah kedai baju pengantin.
Akira dan Adrea pantas menarik dua lelaki itu masuk ke dalam. Mata keduanya bersinar apabila melihat baju-baju didalam. Eryl dan Eldera saling berpandangan.
"Aku rasa habis masa dekat sini aje." Bisik Eryl.
"Yeah."
Dan memang tepat sekali apa yang dikatakan oleh Eryl. Hampir lima jam mereka menghabiskan masa hanya untuk mencari pakaian. Eldera dah geleng kepala apabila Adrea menyuruhnya mencuba baju yang entah keberapa. Eryl juga begitu. Adrea dan Akira hanya mencebik lalu membeli baju yang menjadi keinginan hati.
"Huuu. Patut lah ayahanda tak nak kahwin lagi. Pilih pakaian pun dah macam apa."
"Ayahanda kau pernah terniat ke?"
"Pernah usik bonda aje. Ingat nak tengok muka merah bonda, alih-alih bonda kata 'Okey aje awak nak kahwin dua, tapi jangan tanya kenapa kerajaan ni hilang rajanya masa tarikh perkahwinan' macam tu lah."
Blur aje muka Eldera pandang Eryl yang berwajah poker.
"Untuk wanita selembut bonda kau, dia agak menakutkan. Ayah aku tak pernah usik ibu macam tu. Tapi selalu aje merah mukanya kalau berdua."
"Buat lawak lucah mungkin?"
DUSHH!
"Hacco!"
"Kau dah kenapa?" Soal Daze yang elok bermain dengan Dazy di taman bunga istana Emerald. Rambutnya yang panjang elok dibuat dandan oleh Dazy. Bukan itu sahaja, pelbagai bunga juga telah dijadikan hiasan pada rambutnya.
"Tak. Aku yang patut tanya kau sekarang. Apa kau buat ni?" Soal Shawn dengan muka blur.
"Main dengan anak sendiri. Apa masalahnya?" Balas Daze bersama muka kosong. Dazy pula elok menyanyi kecil. Keluhan terlepas di bibir Shawn.
"Okay. Kau tak apa lagi, masalahnya.." Kini mata Shawn beralih pada seorang lelaki berambut hitam panjang yang kini elok mendandan rambut Dazy.
"Kau pulak dah kenapa serigala?"
Lama Fenrir merenung Shawn dengan riak kosong.
"Main dengan tuan sendiri. Apa masalahnya?"
". . ."
"Anjing memang ikut perangai tuannya."
"Woi!"
***
"Eh Eryl? Asal pipi lebam tu?" Soal Akira risau sebelum tanganya lembut mengusap pipi Eryl. Mata Adrea pula terus menjeling Eldera yang membalas dengan sengihan tak bersalah.
"Seriously?"
"What? Dia mula dulu."
Adrea mengeleng kepala sebelum beg-beg kertasnya diambil oleh Eldera. Eryl berbuat perkara yang sama kepada Akira. Kemudian,mereka mengambil keputusan untuk makan di sebuah restauran berdekatan.
"Ah ya. Korang pergi lah dulu. Aku nak ke tandas kejap." Ujar Adrea bersama sengihan.
"Kalau macam tu, kitorang tunggu dekat sana. Better pergi sama-sama." Balas Akira mendapat anggukan kedua-dua lelaki dibelakangnya.
"Okay." Terus Adrea beredar ke tandas awam yang berdekatan.
***
Setelah beberapa minit, Adrea tersenyum gembira apabila 'hajatnya' sudah terlunas. Dia mula berjalan kearah rakan-rakanya. Sesekali matanya tertarik pada beberapa gerai makan. Sengihannya melebar apabila kanak-kanak tidak langsung takut dengan beast-beast disekeliling mereka. Malahan, mereka sangat gembira.
"Seronok betul hidup dekat kerajaan ni.."
Bum!
"Auch!"
Adrea dah gelabah apabila dia tidak sengaja melanggar seorang budak perempuan berambut putih. Tangan kecilnya elok mengusap punggung. Apabila Adrea mahu mendekati, satu suara terlebih dahulu memotong.
"Ray! "
Seorang lelaki kacak berambut coklat kelang-kabut membelek keadaan gadis kecil itu.
"Kau okay tak ni? Sakit kat mana? Luka? "
Adrea berkerut dahi apabila budak perempuan itu seakan tergamam sebelum tersenyum manis bersama mata yang tertutup.
"Ray okay! Tadi Ray seronok sangat sampai tak tengok depan. "
Terangnya ceria. Lelaki dihadapanya pula seakan geram sebelum...
KUK!
"Auuuwww! "
"Lain kali jangan buat macam tu! Kalau jadi apa-apa tadi? Boleh tak jangan buat aku risau?! "
Marahnya garang membuatkan Adrea dan gadis kecil itu terkejut. Suaranya yang naik seoktaf juga seakan menarik perhatian beberapa orang tetapi tidak langsung dipedulikan.
"Err..Ma-Maaf! Tadi salah saya jugak sebab tak tengok depan! " Pohon Adrea cepat-cepat apabila melihat wajah sedih gadis kecil dihadapanya. Badan juga ditundukkan. Apabila lelaki itu mahu membalas, suara lain pula menyapa.
"Kenapa ni? "
Laju gadis kecil itu memeluk seorang gadis berambut perang yang jelas terkebil-kebil.
"Noah? "
"Tanya budak tu. Jalan tak tengok depan. Buat orang risau aje tahu. Tch, menyusahkan. " Balas lelaki itu sebelum menjeling Adrea seakan berkata 'bitch'. Adrea dah melompong tetapi lelaki itu terus meninggalkan mereka.
"Lelaki tak guna betul. Pikir dia siapa? Ada jugak makan buku lima aku. Huh! " Kutuknya geram. Biadab betul!
"Maaf lah fasal Noah. Dia memang macam tu. Apa-apapun nama saya Ellie. Cik ni? " Soal gadis berambut perang.
"Saya Adrea. Adrea Bellvania. Tak payah lah cik-cik ni, Ellie. Lagi pun kita macam sebaya. Hahaha. " ujar Adrea ramah.
Ellie pula hanya ketawa janggal membuatkan Adrea sedikit hairan. Namun diusir sahaja perasaannya itu.
"Okay. Ah maaflah saya nak kena pergi ni. Kami tak lama disini. " Ujar Ellie.
"Oh. Awak datang dari jauh? "
"Boleh lah. "
"Adrea! " Panggilan seseorang membuatkan Adrea memaling badan ke belakang. Senyuman diukir apabila Eldera melambai seakan menyuruhnya cepat.
"Kalau macam tu, saya nak mintak diri jugaklah Ellie. Kawan-kawan saya dah panggil."
"Okay. Bye Ad. "
"Bye! "
Terus Adrea berlari menadapatkan rakan-rakanya. Sempat juga dia menoleh kebelakang tetapi Ellie dan gadis kecil itu sudah hilang dari pandangan.
'Aku aje ke atau lelaki nama Noah tu ada aura yang bahaya? Dia macam dah tarik terlalu banyak nyawa.. Ah lantak lah. Bukan masalah aku.'
"Hey, kau menung apa tu?"
"Huh?"
Adrea terkejut apabila Eldera menegur. Kepala digelengkan sebelum mereka kembali melangkah. Eryl dan Akira juga rancak berbual seakan melupakan dia dan Eldera. Almaklum lah tengah hangat bercinta. Guling mata ke atas.
BOMMMMMMMM!!
"ROUUURRRRRRRRR!!!"
Seekor Daemon jenis cicak gergasi muncul ditengah bandar! Para Beast Ryuzaki melindungi penduduk berdekatan dan membawa mereka ke tempat yang selamat! Askar yang berada di bandar bergegas untuk membunuh mahluk tersebut!
"Oh shit. Time-time macam ni?" Rungut Adrea tak puas hati. Eldera disebelah hanya mengusap kepala si gadis sebelum memandang Eryl.
"Nak lawan?"
"Hurmm? Nope. " Balas Eryl bersama sengihan sebelum memandang Akira.
"Apa kata kau try kuasa kau dekat natang tu. Amacam my-wife-to-be?" Cabar Eryl membuatkan Akira ketawa kecil.
"Sure my-husband-to-be."
Dalam sekelip mata sahaja, badan Akira terapung diudara. Eldera dan Adrea saling berpandangan sebelum jatuh pada Eryl.
"Ya. Akira dah dapat kuasa dia balik. Tapi.. Bukan yang lama. Senang cakap ini kuasa baru dia. Kacang tu tak 'pulihkan' tapi 'berikan' kuasa pada puak Immortal. Mungkin sebab tu jugak kenapa kacang tu tak ramai yang tahu. Dia ada baik dan buruk." Terang Eryl .
"Baik sebab kuasa mereka kembali, tapi buruk sebab orang yang makan kacang tu kena biasakan diri dengan kuasa baru?" Soal Adrea mendapat anggukan Eryl.
"That's why aku suruh Akira try dulu.. Nanti senang nak training dengan aku. Now baby girl.." Eryl tersengih sinis.
"Dipersilakan untuk menggila."
"Oh dear, itu bukan saya."
Kini perlahan-lahan Akira terbang ke arah Daemon tersebut. Semakin lama dia mendekati, semakin kuat angin disekeliling sehingga terhasilnya puting beliung! Beast Ryuzaki yang terbang diudara terpaksa mendarat manakala yang lain memastikan tiada sesiapa yang melayang kerana angin milik si gadis!
"Grooouuuu!!" Daemon itu mengaum kuat apabila Akira semakin menghampiri! Askar yang sepatutnya membunuh mahluk tersebut semuanya tercampak jauh namun sempat ditangkap oleh beast berdekatan!
"Jangan risau.." sekeliling Akira bercaya kebiruan. Puting beliung yang tercipta mengurung Daemon tersebut! Ngauman garang itu jelas kedengaran!
"GROUUUUUUU!!"
"..Semuanya akan tamat dalam sekelip mata." Ujar Akira bersama senyuman. Sebelah tangan didepakan pada puting beliung yang mengurung mahluk tersebut. Lalu..
"Crash."
SLASSSHHHHH!!
WOSHHHHHH!!!
SLASSSHHHHH!!
"ROUUURRRRRRRRR!!!"
Ngauman kuat itu terhasil dan puting beliung yang asalnya pudar tanpa warna, bertukar merah sebelum hilang! Para penduduk dan Beast Ryuzaki tergamam apabila Daemon itu seakan dicincang sehingga lumat! Kini mata mereka tertumpu pada Akira yang tersenyum.
"End."
Clap! Clap! Clap!
Bunyi tepukan itu mengejutkan Akira. Perlahan-lahan kepala dipaling ke belakang lalu senyuman diukir pada Eryl. Adrea dan Eldera turut sama melakukan hal sedemikian sebelum di ikuti oleh seluruh penduduk bandar.
"Good job baby girl." Kata Eryl bersama sengihan. Kepala Akira pula diusap olehnya. Terbit senyuman manis pada bibir si gadis.
"Thank you."
Dari kejauhan, seorang gadis berambut merah jambu hanya memerhati dengan sengihan sinis. Lelaki berkerundung disebelahnya hanya diam begitu juga seorang lelaki bertatu pelik seakan mata diseluruh badannya.
"Nikmati lah kehidupan kamu semua sementara boleh.. " Gadis berambut pink atau Berry, menjeling pada lelaki berkerundung. Matanya biru sekaan tiada nyawa membuatkan Berry ketawa.
"Sebab nanti.. Kau semua pun akan jadi macam.."
Angin yang bertiup menurunkan kerundung yang dipakai oleh lelaki bermata biru. Wajahnya seakan merekah. Kulitnya pucat dan tanduk kecil muncul di sisi kepalanya.
".. Faer."
Sneak malam! Nah!
Alright, happy-happy jugak. But minah psycho ni jangan lupa hahah😂. Ingt Faer? Nope? Baca lah balik bab2 lalu haha.
Dan siapa yg tak tahu NOAH boleh tengk dkt profile saya and cari FLESH AND BLOOD. bukan buku baru tapi book remake. Yg pernh baca mesti ingt part ni right? Hehe versi baru pun akan ada nnti hehe.
Enjoy♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top