Chapter 102 | Somewhere we can be alone
"You what?!"
Jeritan Nicolas bergema digegendang telinga si gadis. Adrea menjarakkan smartphone miliknya daripada telinga bersama wajah yang berkerut. Kuat gila suara mamat ni.
"Oh my Lord. Kau biar betul Adrea?! Tak sampai seminggu kau balik, kau dah nak kahwin?! Dah lah tak jumpa aku terus! Ke dah lupa aku? Yelah, aku tahu aku siapa.. Tak penting pun."
"Alahh. Sorry lah Nico. Bukannya aku tahu benda nak jadi. Eldera tetiba melamar aku semalam kut. Kau jangan lah terasa weh."
"Tapi kau-Gosh! Kau memang boleh aku sakit jantung lah hanat! Kau tunggu aku dekat sana! Dua tiga hari nanti aku sampai dengan Koharu! Nanti make sure kau citer semua benda! Kalau tak, aku kacau malam pertama kau!"
"Siot arh kau. Dasar member tul. Haiih...Yelah sahabat baik yang paling aku sayang."
"Ah ya. Sebelum aku terlupa.."
"Hurmm?" Adrea berkerut dahi.
"Kau masih ingat Guild dan Academy kita?" Soal Nicolas membuatkan Adrea terdiam. Wajahnya juga turut memucat. Setelah sekian lama, baru dia teringatkam dua tempat itu.
"Ke-kenapa?"
"Dua-dua dah ditutup."
"Apa?!"
Keluhan berat jelas kedengaran daripada Nicolas. Adrea mula tak senang duduk.
"Tapi kenapa?"
"Kalau lah aku tahu. Aku sendiri pun terkejut masa pergi Academy dengan Koharu. Kau agak ni ada kaitan dengan bencana semasa War ke?"
"Tak mungkin. War di Kerajaan lain.."
"Jadi mungkin penyebab kepada bencana tu?"
Kali ni Adrea terdiam kembali. Tak akan punca kepada penutupan Guild dan Academy mereka disebabkan penyebab bencana lalu?
"Aku pun tak pasti lah Nico. Tapi sekarang, apa dah jadi dengan mereka yang berkerja di Guild dan pelajar Academy kita?"
"Kebanykkan dah tukar Guild. Para Pelajar pula ke Academy berdekatan. Selebihnya ada jugak yang cari kerja." Terang Nicolas mendapat anggukan Adrea.
"Kau dengan Koharu?"
"Aku kerja lah. Malas nak sambung belajar. Koharu aje yang sambung belajar sebab mak ayah dia suruh."
"Tak takut dia kena kebas ke?" sempat Adrea mengusik mendapat dengusan kecil daripada Nicolas.
"Kau mulut, ada jugak makan selipar kang."
"Hehe. Gurau aje. Okay lah memerang, aku nak cau lu. Jumpa dua tiga hari nanti! Tata!"
"Apahal pulak memerang gila? Aku tak nampak-"
"Dua-dua sama hitam! HAHAHA!"
"Woi-"
Terus Adrea matikan panggilan bersama sengihan. Sah nanti bila dia jumpa Nico, mamat tu terus luku kepala dia. Sekarang pun dia dah boleh bayang yang lelaki tu tengah memaki hamun. Hahaha.
"Apa yang lawak sangat tu?"
"Oh. Nico. Dia-arhhhhh!"
PANGGGGGGG!
***
"Err.. Hey Eldy."
". . ."
"Weh sakit sangat ke aku tampar?"
". . ."
Eldera tetap juga mengunci bicara apabila Adrea cuba bercakap dengannya. Gadis itu buntu. Bukan dia sengaja nak tampar. Siapa suruh main bisik-bisik dekat telinga? Kan dah kena sedas.
"Alah. Sorry lah. Aku bukan sengaja."
"Hari ni awan nampak biru."
"Eldera kau-"
"Umu. Memang cantik kalau berjalan sorang-sorang."
"El-"
"Maybe aku patut makan kek yang Heira bagi."
"Eldera Delwyn, aku sumpah , aku akan viral kan fasal kau pengsan lepas melamar aku kalau kau still tak nak cakap dengan aku."
"Dan aku sumpah aku akan tanam kau dalam tanah kalau kau buat macam tu."
Terus Adrea tarik sengih apabila Eldera memandangnya dengan renungan tajam. Tapi sedikit pun tak menakutkan bagi Adrea. Lagi dia suka adalah.
"Tahu pun malu. Elehh, muka merah-merah plak. Hahaha."
"Tch."
Melihat wajah merah itu, tidak dapat Adrea tahan daripada mengucup pipi sang jejaka. Eldera memalingkan wajah menghadap Adrea lalu mengumam sesuatu.
"Kau patut cium bibir aku.. Itu pipi."
Adrea hanya ketawa lalu menarik lelaki itu untuk bersiar-siar di sekitar taman yang berdekatan dengan istana. Tanganya elok bertaut dengan Eldera dan jejaka itu hanya membiarkan sahaja.
"Eldy, fasal perkahwinan kita tu.."
"Hurmmm?" Eldera menjeling si gadis dengan ekor mata.
"Family kau dah tahu?"
"Dah lama tahu. Diorang okey aje. Bapak kau pun aku dah jumpa sebelum aku melamar kau. Sejujurnya, bapak kau memang menakutkan."
Adrea memandang pelik pada Eldera yang seakan pucat apabila terkenangkan perjumpaannya bersama ayah si gadis.
"Apa ayah aku kata?"
"Something like 'Make her cry, i give you hell' or 'Just tell me when you have a death wish' and so on. "
"That's.."
"I know. Don't said it. Besides, I fine with it. I mean, I love you and of course i won't let you cry. Yang memelikan aku, asal dia ugut macam tu sekali?"
"Hahaha.. W-who's know?"
Eldera hanya angkat bahu. Malas nak panjang cerita. Adrea pula sudah merancang untuk bercakap dengan ayahnya.
"Oh yeah. Mana Eryl?"
Persoalan Adrea membuatkan Eldera memberhentikan langkah. Wajahnya yang sedikit pucat dikalih ke sisi membuatkan Adrea kehairanan.
"Kenapa ni?"
"Aku akan ceritakan tapi kau tak akan percaya."
"Huh?"
"Ayah Akira lagi overprotective daripada kau."
"Maksud kau..?"
"Well, dia paksa Eryl berendam dalam kolam katak kalau bebetul nak Akira. Kau tahu kan yang Eryl paling fobia dengan katak?"
"Kau mesti bergurau.."
"No. I'm not. Sebab-"
"ARGHHHHHHHHHHHHH!!! DEMI AKIRAAA!!!! WARHHHHHHHHHH!!! KATAK TAK GUNA!! JANGAN DEKAT DENGAN AKUUUU!!!!" Jeritan yang maha dahsyat itu mengejutkan Adrea. Eldera hanya mengeluh lalu meneruskan ayatnya.
"Sebab tu kau boleh dengar jeritan wanita terakhir dia sekarang."
"Uh-urgh. Dengar jeritan dia tu pun dah boleh agak dia nak nangis dah ni."
Adrea sedikit bersimpati pada Eryl. Tapi dalam masa yang sama agak kagum. Yelah, sesengal-sengal mamat tu, sanggup jugak dia buat something yang paling dia takut.
"Wehh. Jangan kisah kan dia. Sekarang ni time Eldera dengan Adrea aje." Ajak Eldera lalu mengeluarkan sayap syaitannya. Tubuh Adrea ditarik rapat lalu mereka terbang ke angkasa.
Adrea memeluk erat leher Eldera agar tidak terjatuh. Boleh aje dia guna sayap rama-ramanya. Tapi malas lah. Kalau macam ni, boleh sentuh-sentuh sikit lekuk sasa Eldera. Hehe.
"Alright. Kita dah sampai."
"Huh? Sampai mana?"
Eldera hanya tersenyum licik sebelum melepaskan pegangangnya. Mata Adrea membulat lalu menjerit. Gila! Tak kasi warning langsung!
"Eh bongok! Asal kau lepaskan aku!?"
"Hahaha. Relax. Cuba lepaskan leher aku."
"No! Tak nak!"
"Adrea.. Percaya aku tak?"
Adrea menggigit bibir lalu perlahan-lahan dilepaskan leher Eldera bersama mata yang tertutup. Awalnya, jika dia jatuh dan kalau itu terjadi , dia akan keluarkan sayapnya , namun tiada apa yang jadi?
"Huh?"
"See? Tak jadi apa pun kan?" Eldera ketawa kecil seraya menghilangkan sayapnya. Mereka kini elok berada diawangan seakan daya graviti tiada disitu. Adrea mula ketawa teruja sebelum berlari-lari anak mengelilingi Eldera.
"Aku tak jatuh! Aku tak jatuh! Eldera! This is awesome!" Adrea melompat riang lalu memeluk Eldera erat. Lelaki itu ketawa lalu menepuk bahu Adrea membuatkan gadis itu terkebil-kebil.
"Kejar lah aku kalau dapat! Pervy girl!"
"Hey!"
Terus Adrea mengejar Eldera dengan urat bengang. Lelaki itu pula seronok ketawa membuatkan Adrea terpukau seketika. Sudah lah wajah itu sudah sedia manis, ini ditambah sekali dengan simbahan cahaya mentari, wajah Eldera lebih kacak dan seksi.
"Adrea!" Teriakan itu menyentakkan Adrea. Badannya elok dirangkul oleh Eldera dari belakang. Nafas lelaki itu jelas terasa dilehernya. Glup.
"Hey, hati-hati sikit pervy girl. Tak semua tempat kau boleh terapung."
"O-okey."
Perlahan-lahan Eldera melepaskan pelukan. Tanpa dijangka, Adrea berpaling lalu menepuk dadanya. Dia terkebil-kebil apabila diketawakan oleh si gadis yang sudah melarikan diri.
"Catch me if you can , dummy!"
"Main kotor!"
"Otak kau lagi kotor! Hahaha!"
"What the hell.."
Lama mereka bermain dan bersuka ria sehinggalah dua-dua keletihan. Kini mereka saling berbaring diatas awan. Masing-masing tersenyum bahagia.
"El! Tengok tu! Yang tu macam arnab kan?!" Ujar Adrea teruja sambil tangan menunjuk pada awan. Eldera hanya mengangguk sebagai balasan.
"Yang tu pulak macam strawberry!"
"Mana?!"
Terus blur muka Adrea apabila melihat wajah teruja Eldera. Perasan akan hal itu, cepat-cepat Eldera berdehem lalu memalingkan wajah yang sudah merah.
"Eldy, kau-"
"Jangan tanya."
"-memang ketagih strawberry sebenarnya kan?"
Terus Eldera mengeluh lalu mengangguk. Adrea tersenyum manis lalu bangun daripada pembaringan. Eldera turut sama berbuat sedemikian.
"Nanti kita buat kek strawberry ya? Biar tiga tingkat terus."
"Perli aku ke apa ni?" Tajam mata Eldera pada si gadis. Adrea mengeleng kepala bersama tangan diawangan.
"Tak! Tak! Aku serius! Lagi pun ibu kau-"
"Ibu kita. Nanti kau jadi anak dia jugak." sampuk Eldera membuatkan Adrea tersenyum riang.
"Okay. Ibu kita. Ibu kita kan suka makan strawberry? Jadi kasi lah sikit wanita tu kebahagian. Lagi pun kadungan dia dah cecah lima bulan kan?" Lama Eldera mendiamkan diri sebelum mengangguk berpuas hati.
"Settled then.."
Adrea kembali menatap awan di langit. Kemudian dia menangkap satu bentuk yang menarik perhatiannyan.
"Eldy! Cuba tengok yang tu pulak! Macam musang! Comelnya!"
"Hurmmm." Balas Eldera malas seraya merehatkan kepalanya diatas bahu si gadis.
"Hehe. Comel macam aku kan? Of course lah. Adrea bila aje tak comel."
"Mana ada.."
Adrea yang tadinya teruja, terus mencebik geram.
"Ey-"
"..Sebab kau cantik. Lagi cantik dan lagi comel dari benda tu. So, tak payah lah samakan kau dengan benda tu." Balas Eldera sebelum mengangkat kepalanya kerana hairan gadis itu senyap aje. Lebih bertambah hairan dia jadinya apabila wajah Adrea merah bersama senyuman yang seakan ditahan.
"Kau kenapa? Aku salah cakap ke?" Soal Eldera yang masih lagi blur.
"T-tak ada apa. Hehe."
Eldera hanya mengeleng sahaja kepala apabila Adrea memeluk lengannya. Angin yang menyapa tubuh mereka membuatkan Adrea menyanyi tanpa sedar.
"Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say "Yes""
"Ini.. Romeo and Juliet ? Love story?" Soal Eldera apabila sedar akan lagu yang dinyanyikan. Adrea mengangguk sebelum menyambung.
"Romeo, save me, they're trying to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say "Yes"
Oh, oh
I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town, and I said..
Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring
And said .."
Saat itu, Adrea terkejut apabila Eldera menarik tanganya untuk bangun . Si gadis yang awalnya terkebil-kebil, menjerit riang apabila Eldera mencium tanganya lalu menyambung lagunya tadi.
"Marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say 'Yes'"
"Arhhhh! Of course lah yess!! Aku dah balas hari tu, tapi hari ni lagi.. Arhhhh!!"
"Hahaha. Bertenang sayang. Itu pun nak teruja ke? Heh, typical girl. Ada jugak sisi perempuan tu lagi rupanya.."
Terus Adrea merenung tajam pada Eldera. Kalau tak spoilkan mood tak boleh ke?
"Oh, kau pikir aku bukan perempuan lah selama ni?"
"Ha'ah." Selamba Eldera menjawab membuatkan Adrea bertambang bengang. Tak sempat dia nak memaki, Eldera terus mengucup pipinya.
"Sebab tak ada 'aku' selepas perempuan tu. Heh."
Eldera ketawa kecil dengan muka blur Adrea. Lantaklah, faham ke tak dia tak peduli. Asal dapat cium pipi pau tu pun dah memadai. Hahaha.
".. Perempuan aku.."
Bisikan Adrea membuatkan Eldera tersenyum. Faham rupanya.
"Tahu pun.."
"Eleh. Ingat kita cair ke?"
Eldera menjongket kening bersama senyuman senget seakan berkata ' serius? '
"Okay fine, aku cair."
"Hahaha." Terus dirosakkan rambut Adrea membuatkan si gadis melompong.
"Hey! Rambut aku!"
Eldera hanya ketawa sahaja dan tidak langsung memperdulikan bebelan si gadis yang cuba membetulkan rambutnya kembali.
"Dah lah gelak tak bersalah."
"Buat apa nak rasa bersalah? Seronok tengok kau marah kut."
"Kenapa? Aku-"
"Sebab macam cimpanzi tengah bersalin! HAHAHAHA!"
Terus aksi kejar mengejar diantara pasangan itu berlangsung semula. Eldera dengan mulut tak pandai jaga dan Adrea yang jadi mangsa.
"Kau punya mulut, dari kita kenal sampai sekarang tak boleh ke kalau tak ada unsur menyindir?!" Marah Adrea mendapat tawa sinis Eldera. Semakin panas lah hatinya.
"Aku memang dah lahir denganya, kau harap apa?"
"Eyy!"
Lama mereka meluangkan masa sehingga tidak sedar hari sudah mula malam. Adrea mencuit bahu Eldera membuatkan lelaki itu memandangnya.
"Jom lah balik. Nanti family kita cari pulak. Lagi pun , kau ada nak bincang dengan Eryl fasal majlis kahwin kita kan?"
Lama Eldera berdiam diri sebelum mengangguk. Sayapnya muncul lalu tangan naik mencempung Adrea.
"Aku nak tunjuk something dulu."
"Huh?"
Eldera tidak pantas membalas. Sayapnya di lebarkan sebelum mereka meluncur di angkasa. Selang beberapa minit, mereka sampai disebuah perairan. Mata Adrea terbeliak melihat kecantikan matahari yang mula terbenam.
"This is beautiful.."
"Right?"
Lama mereka melihat keindahan itu sebelum bertolak pulang. Sedar-sedar sahaja hari sudah bertukar gelap dan cahaya bulan menyinari. Eldera yang terbang diawangan, tergamam apabila cahaya berwarna-warni turut sama menemani.
"Aurora.."
Dia kagum sediri apabila pertama kali dia melihat kecantikan langit itu dari dekat.
"Hey, Ad-Lahh. Dah tidur?"
Adrea yang tertidur dalam cepunganya di tatap bersama senyuman. Bibirnya selamat mendarat diatas bibir si gadis sebelum terbang bersama wajah yang ceria. Hatinya yang sentiasa resah dan takut, hari ni sangat lapang. Dia bahagia..
"I don't want to forget about this day.."
***
Apabila tiba sahaja di istana, Eldera terkejut dengan bunyi bising di dalamnya. Adrea yang sudah pun terjaga, memberi riaksi yang sama. Mereka berpandangan sebelum meluru masuk ke dalam. Pengawal yang mengawal di sana tidak menghalang kerana sudah sedia maklum mengenai keduanya.
Adrea dan Eldera tidak dapat menghalang perasaan risau mereka. Lebih membuatkan perasaan itu menjadi semakin kuat, apabila banyak Beast Ryuzaki berkumpul di sekeliling istana tersebut. Apa jadi ni?
"Ayah! Ibu!" Eldera memanggil kedua orang tuanya sebaik sahaja mereka kelihatan. Adrea turut sama menghampiri Daze dan Dazy. Kedua-dua Adrea dan Eldera tergamam apabila melihat Eryl melutut dihadapan Ayahanda dan bondanya. Bukan itu sahaja, Ayrez juga berada di situ bersama riak bersalah.
"Apa dah jadi ni?" Soal Adrea dalam bisikan. Dia memandang Eldera dan lelaki itu menggeleng tak tahu.
Wajah Raja Shiro juga seakan merah menahan marah manakala Permaisuri Emyriel cuba menenangkan suaminya.
"Aku nak cepatkan tarikh perkahwinan kau dengan Akira! Aku kasi kau masa seminggu aje untuk buat persiapan! Lepas tu kahwin terus! Faham?!"
"Tapi ayahanda-"
Iris mata yang berwarna biru yang sentiasa tenang itu berubah merah darah membuatkan Eryl teguk liur dengan sukar. Takut dengan amarah si ayah. Bondanya pula hanya senyum kelat.
"Ikut aje cakap ayahanda, Eryl."
"B-baik."
"Dan kau, Ayrez! Baik kau explain semua ni dekat aku kacang apa yang Heira kasi sampai budak bertuah ni hampir…Urgh! Shit!"
"Abang.." Lembut Permaisuri Emyriel mengusap belakang suaminya.
"Tapi tak jadi apa pun lagi.." Bisikan Ayrez didengari Shiro membuatkan lelaki itu mengeluarkan api kegelapan miliknya. Tangan manusianya pula sudah berubah tengkorak membuatkan Ayrez memucat.
"Aku jarang bakar hantu guna bentuk demon aku. Agak kalau aku buat dekat kau, rasa sakit macam nak mati ke?"
Adrea dan Eldera berpandangan.
"What the hell is going on here?!"
Hahaha sweet2 pastu, surprise! Apa Eryl dah buat ni? Next chap okey! And no dirty mind please 😂and lagu yg Adrea nyanyi ada di media ya?
Enjoy ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top