Chapter 101 | Will you..

"Warhhh! This is awesome!"

Eldera tersenyum apabila melihat mata Adrea bersinar-sinar dengan kelipan cahaya. Tangan mereka yang asalnya bertaut juga terlerai apabila gadis itu mula teruja dengan sekelilingnya.

"Eldera! Macam mana kau tahu hari ni ada festival?!" Soal Adrea riang. Eldera mengeleng kepala lalu menjentik dahi si gadis untuk bersabar.

"Aww.."

"Sabar sikit okey? Eryl yang kasi tahu aku. Aku rasa tak salah untuk kita lepaskan lelah- Urmm. Itu tak sesuai."

"Huh? Apa yang tak sesuai?"

Wajah hairan Adrea menggelikan hati Eldera. Lelaki itu sengaja tidak menyambung ayatnya dan selamba menarik si gadis untuk ke sebuah gerai menebak. Adrea mengembung pipi apabila tidak mendapat jawapan yang di inginkan.

"Hey! Kasi lah tahu apa dia!"

"Apa dia?" Balas Eldera selamba sebelum menghulurkan wang pada penjaga gerai tembak itu. Senapang yang di isi dengan peluru magis dipegang kemas.

"Kau nak apa Ad? Aku kasi."

"Jawapan."

Tuk!

Adrea mencebik lagi apabila Eldera mengetuk lembut dahinya. Eyy, tak ada tempat lain dah mamat ni! Dahi jugak yang nak mainnya!

"Maksud aku yang dekat depan tu. Kau nak apa?"

"Nak kau ajelah. Hehehe."

Tuk!

"Sakit lah! Orang mengorat dia pun salah!"

Eldera hanya mampu tersenyum pasrah. Asal lah nakal sangat hari ni?

"Nak ngorat nanti. Ni pilih dulu apa yang kau nak."

"Ak-"

"Jangan cakap kau nak hati aku. Sebab hati aku memang dah ada dekat kau, lembab."

"Eyyy.."

Lelaki berambut emas melepas tawa kecil apabila melihat wajah cemberut si gadis. Sah lah Adrea nak kasi pick up line tu. Haihh, macam-macam!

"Yelah. Hurmm.." Lama Adrea menilik hadiah-hadiah di gerai menembak itu. Kemudian, matanya jatuh pada dua cincin silver. Perlahan-lahan Adrea angkat jarinya lalu dihalakan pada cincin tersebut.

"Nak tu?"

"Hurmm? Cincin? Kau nak lamar aku ke apa ni?"

"Hey! Mana ada! Kau lah yang kena lamar aku!"

"Hahaha. Yelah, aku gurau aje sayang."

Terus wajah Adrea berubah tona. Bukan apa, jarang Eldera melayan segala kerenah dia. Nak bergurau? Kasar boleh lah. Panggil dia sayang? Ini satu keajaiban!

"Hurmmm." Eldera melaraskan senapangnya lalu matanya tajam menatap cincin silver tersebut. Adrea yang melihat wajah tenang tetapi serius itu, mengemam bibir. Cuba untuk tak menjerit histeria kerana kekacakkan Eldera! Hahaha.

Bam!

"Yeah!! Kena!!"

Penjaga kedai ketawa dengan telatah comel Adrea lalu diberinya cincin yang berjaya ditembak Eldera. Tersengih-sengih Adrea jadinya apabila penjaga itu menyerahkan cincin silver tersebut.

Melihat wajah ceria Adrea, Eldera menangkap gambar gadis itu tanpa si empunya badan sedar. Kemudian, Eldera menghantar gambar tersebut pada seseorang.

Me

Nah. Ni yang uncle nak.

Bapak mertua (Daze)

Hurmm. Tangkap banyak lagi. Lagi banyak kau kasi, lagi banyak peluang kau untuk aku jadikan menantu. Tapi ingat, jangan gatal nak cium dia. Aku cincang kau nanti.

Me

Heh. Tak janji.. Ayah

Bapak mertua (Daze)

Go die.
Rot in hell you damn flirty human.

"Hey, kau cakap dengan siapa Eldy?" Soal Adrea seakan cuba melihat skrin phonenya. Eldera hanya mengeleng kepala sebelum menyimpan gajet itu didalam poket seluar. Tangan Adrea ditarik untuk melihat gerai yang lain.

"Eh, kejap!"

Eldera mengangkat kening apabila Adrea memberhentikan langkah. Tak lama kemudian, si gadis terus meluru ke sebuah kedai. Lelaki berambut emas hanya mengangkat bahu lalu mengekori dari belakang.

"Hurmm? Auntie, saya nak dua rantai ni boleh?"

"Boleh cik."

Terus Adrea menghulurkan wangnya lalu dua rantai itu diambil. Sempat juga gadis itu berterima kasih lalu berlari anak kearah Eldera.

"Kau nak buat apa ni?"

"Hehe. Ni!"

Cincin silver yang dihadiahkan Eldera tadi dimasukan kedalam rantai yang dibeli. Salah satunya diserahkan pada Eldera. Ternaik kening lelaki berambut emas.

"Ambil lah. Ini baru nampak macam kita ni berpasangan!"

"So that's why kau nak cincin ni huh?"

"Umu!"

Eldera mengeleng kepala lalu mengusap kepala Adrea. Gadis itu pula tersenyum sehingga menampakkan giginya.

"Mari, biar aku pakaikan untuk kau." Rantai ditangan Adrea diambil. Badan gadis itu dipusingkan lalu rantai itu dipakaikan. Lama Eldera merenung leher si gadis sebelum wajahnya berubah merah. Lelaki itu menutup mulut lalu berdehem beberapa kali.

"D-dah.."

"Hurmm? Hehe. Cantik tak?" Soal Adrea mendapat anggukan Eldera.

"Kau pulak."

"Hurmm."

Eldera memalingkan badan kebelakang. Badan direndahkan supaya memudahkan Adrea. Kemudian, entah macam mana, belakang lehernya terasa lembut seakan dicium. Terus dia berpaling menghadap Adrea yang tersengih nakal. Muka jangan tanya lah, dah merah habis!

"Ka-kau!"

"Apa? Siapa suruh leher putih sangat? Kan dah kena cium. Selamat tak kena gigit aje."

Dek kerana geram, terus pipi Adrea ditarik membuatkan gadis itu terjerit kecil. Nakal betul! Aku tak buat dekat dia pun sepatutnya dah bersyukur! Eyy, hantu betul minah ni. Kalah aku yang laki.

"Sakit lah Eldera!"

"Padan muka. Yang makin lama makin nakal dari aku ni kenapa? Menguji sungguh kau ni.."

"Uji apa?" Soal Adrea penuh kenaifan. Eldera pula terdiam sebelum berdehem. Wajahnya sedikit merah menambah lagi persoalan si gadis.

"Tak payah tahu lah."

"Kedekut!"

Eldera buat tak tahu aje sebelum menarik gadis itu ketempat lain. Bebelan si gadis langsung tak dihiraukan.

Dalam masa yang sama, tidak jauh dari mereka, Eryl dan Akira turut sama meluangkan masa mereka. Banyak permainan di gerai-gerai di kunjungi mereka. Gelak tawa mereka juga menarik banyak mata-mata disekitar.

"Akira, kau nak rasa ni?"

"Apa ni?"

"Hehe. Ayam panggang yang dah digunting. Meh sini rasa. Say 'ahh'."

"Pe-perlu ke?"

"Of course sayang. Come on. Let me feed you."

"Urmm. Haiih.. Fine."

Akira membuka mulutnya lalu ayam tersebut disuapkan oleh Eryl. Perlahan-lahan Akira mengunyah sebelum tangan naik menutup mulut. Matanya pula membulat seakan terkejut dengan rasa makanan tersebut.

"Hehe. It's tasty right?" Soal Eryl bersama kening yang terangkat-angkat.

"Yeah! Tak hairan awak suka makan ayam panggang kalau rasanya sedap macam ni!"

"I know right? I know right? Hahaha." Eryl tersengih riang apabila Akira terus menyuap ayam panggang yang dibelinya kedalam mulut. Kemudian, barulah dia teringatkan sesuatu.

"Hey, Akira."

"Hurm?"

"Err.. Macam mana kau boleh tahu ni aku? Maksud aku, semalam. Kau tak pelik pun masa tengok aku. Siap cium aku lagi. Yelah, muka dengan penampilan aku semua berubah..Jadi.." Lama Eryl menatap Akira seakan mahukan jawapan. Akira tersenyum lembut lalu melatakkan makanan diatas bangku yang mereka duduki.

"Awak ni lambat betul tanya."

"Sorry."

Akira ketawa kecil sebelum perlahan-lahan mengelus pipi sang lelaki. Tatapan mereka bertaut. Mata merah itu merenung tepat pada mata hijau sang jejaka.

"Sebab mata ni..  Mata hijau zamrud ni hanya awak dan Eldera sahaja ada. Mata yang paling cantik saya pernah tengok. Tapi awak berbeza sedikit.."

"Huh?"

"Tak macam Eldera, mata awak betul-betul tunjukkan perasaan dan hati awak. Kalau awak sedih, kecewa, ceria atau apa sahaja, mata ni.. Mata ni yang selalu tunjukkannya walaupun awak cuba sorok.."

Eryl tergamam dengan setiap butir bicara itu. Gadis berambut merah pula ketawa kecil lalu melabuhkan ciuman di kedua-dua mata Eryl.

"Dan hanya awak aje yang ada aura pervert yang paling buat saya rasa macam nak sepak hahaha."

"Akira!"

Akira ketawa geli hati membuatkan Eryl mencebik. Kemudian idea nakal muncul dalam benaknya. Lelaki berambut hitam tersengih.

"Hey Akira.."

"Huh?"

Lick!

Terus Akira memerah wajah apabila Eryl selamba menjilat hujung bibirnya. Lelaki berambut hitam itu hanya tersengih gatal sebelum menjarakkan dirinya.

"Comot."

"A-awak.. Sa-saya .. K-kenapa.. Hah..?!"

"Pfftt.. Hahaha! Akira blushing is so cute! Hahaha!"

"S-Stop laughing!"

Eryl hanya mengangkat bahu tanda mengalah sahaja. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Lama dia menatap Akira sebelum tangan gadis itu ditarik. Rasa hairan terus bertandang dihati Akira apabila Eryl berwajah serius.

"Akira.. Kalau aku tanya ni, kau jawab ya?"

"Sure..?"

"Kau.. Nak kuasa kau balik?"

Akira terdiam. Tangan Eryl digenggam tanpa sedar membuatkan lelaki itu tersenyum nipis.

"Boleh ke?"

Eryl mengangguk mengiyakan. Genggaman tangan Akira dibalas lembut.

"Kalau kau nak, kita bincang lepas festival ni. Jom".

"Nak ke mana?"

Eryl kembali melebarkan senyuman. Tangan Akira ditarik lembut lalu mereka berdua berjalan melepasi orang ramai.

Eldera dan Adrea yang menunggu di atas sebuah bukit tidak jauh dari situ, hanya tersenyum memandang langit sambil berpegang tangan. Kepala Adrea elok mendarat diatas bahu sang lelaki.

"Oho? Dah sampai rupanya kawan maksiat aku! Hahaha-Arghhhh!"

BAMMMMMM!

"Shut the hell up you flirty damn lizard."

Adrea dan Akira mengeluh panjang apabila dua sahabat itu mula bertekak. Dah jadi rutin harian mereka setiap kali bersama Eldera dan Eryl. Ada aje benda yang tak kena!

"Tak boleh ke kalau diorang tak gaduh sehari?" Keluh Akira mendapat tawa kelat Adrea.

"Kalau jadi kenyataan tu, aku rasa langit pun runtuh."

Kemudian, dua gadis itu memandang langit yang kini sudah dihiasi bintang. Eldera dan Eryl yang memerhati dari belakang saling berpandangan lalu mengangguk.

"Huh?"

Akira dan Adrea terkejut dengan tingkah keduanya. Lebih-lebih lagi apabila dua lelaki itu erat memeluk mereka daripada belakang. Nafas keduanya juga dapat dirasai oleh Akira dan Adrea. Liur diteguk sukar apabila keduanya mendekatkan bibir pada telinga mereka.

"H-hey Eldera.." Ujar Adrea.

"..A-awak dekat sangat." Sambung Akira pula.

Kali ni Eldera dan Eryl diam tanpa membalas. Pelukan semakin erat.

"Adrea Bellvania.." Bisik Eldera begitu juga Eryl.

"Akira Saizou…"

Dua gadis itu mula gelabah. Jarang Eryl dan Eldera memanggil nama penuh mereka. Namun, apa yang mereka dengar selepas itu, sungguh mengejutkan..

"Will you marry me?"

Akira dan Adrea hilang kata-kata. Desak nafas Eldera dan Eryl juga seakan tidak dirasai. Mereka terlalu terkejut dengan apa yang di luahkan oleh dua jejaka itu.

BOMMMMMMMM!

BOMMMMMMMM!

Bunyi letupan bunga api menarik kembali dua gadis itu ke alam nyata. Kini, empat pasang mata itu memandang kearah langit yang cantik dihiasi dengan kilauan cahaya yang berwarna-warni.

"Cantiknya.." Bisik Akira dan Adrea serentak. Tanpa sedar, Eldera dan Eryl melepaskan pelukkan mereka. Senyuman kelat terukir di bibir kedua-dua lelaki itu sebelum berdiri di sebelah pasangan masing-masing.

"Eldera.."

Eldera menjeling Adrea dari ekor matanya. Gadis itu menggenggam erat tangan sang jejaka.

"Jom tengok bunga api ni lagi tahun depan? Tak.." Kali ni wajah Adrea berpaling pada Akira dan Eryl yang turut sama memandangnya. Senyuman manis diukir.

"Kita semua. Jom tengok bunga api ni tahun depan ya? Dan tahun berikutnya, dan tahun tahun yang akan datang. Mari.. Kita berkumpul macam ni dan tengok bunga api ni sama-sama okey?"

Permintaan Adrea membuatkan mereka semua kelu. Perlahan-lahan senyuman diukir sebelum gadis itu dipeluk beramai-ramai. Adrea yang tidak menjangka hal itu, mula bertakung air mata dan ketawa gembira.

"Jangan risau Adrea. Kita akan tengok benda ni selama mana yang kau nak." Ujar Eldera.

"Ya. Dan kita akan berkumpul macam ni sampai kita mampus. Kalau mampus lah hahaha." Sambung Eryl riang.

"Sebab selama-lamanya.. Kita akan bersama." Sambung Akira.

Adrea menggangguk senang hati. Senyumannya langsung tidak lekang. Apabila pelukan dileraikan. Adrea menggenggam kedua-dua tangan Eldera membuatkan lelaki itu tergamam. Cahaya di langit yang menyimbahi gadis itu, membuatkan Adrea kelihatan lebih cantik.

"Eldera.. I, I accept your proposal."

"Huh?"

Adrea ketawa kecil lalu tangan Eldera dikucup lembut.

"Let me be your bride and your light. The one who will stay by your side forever. So, can i?"

Gadis berambut violet memandang sang jejaka yang jelas tergamam.

BAMMMMMM!

"Warhhhhh!! Eldera kenapa pengsan?! Hey!!"

"Pffttt.. HAHAHAHAHA! HAHAHHAA! ELDERA PENGSAN! HAHAHHAA! HAHAHA!"

"E-Eryl! Tak baik lah!"

Adrea dah gelabah apabila Eldera pengsan tetiba. Eryl pula sudah berguling-guling gelak sambil dimarahi oleh Akira sehingga gadis itu menjerit sesuatu yang tidak dijangka.

"Sa-saya pun terima Eryl Ryuzaki! Saya nak kahwin dengan awak! "

"Eh?"

"Sa-saya.. Nak jadi isteri awak. Jadi.. A-awak terima?" Soal Akira bersama wajah yang merah. Simbahan cahaya dilangit menambahkan kecomelan serta kejelitaannya. Maaf lah, tapi dia tak seberani Adrea yang macam romeo lebih dari Eldera.

"Eryl?"

"Ahh.. Aku dah boleh mati."

"H-huh? Warhhh!! E-Eryl! Hidung awak berdarah! "

DUSHHHHH!

"Hikk!! Jangan mati!!"

Dua gadis itu semakin gelabah apabila dua jejaka itu seakan memang 'mati' dalam kebahagiaan. Dalam masa yang sama, Ayrez yang memerhati dari awal diatas sebuah pokok, sudah membuat muka pasrah. Keluhan terlepas dibibirnya.

"Budak bertuah betul. Hati tak kuat sungguh. Kalau kena reject tu, aku rasa memang dah ke alam lain."

"Tapi mereka berani buat langkah seterusnya. Awak tu bila lagi?" Cebik Red dalam bentuk manusianya. Laju Ayrez memandang pelik pada sang isteri.

"Hah? Kau nak aku lamar kau lagi ke?"

"Bukan tu.. Tak akan tak sedar lagi?"

Semakin berkerut dahi Ayrez jadinya. Lebih-lebih lagi apabila Red tidak habis-habis merenungnya.

"Red, kau tahu aku tak akan faham kalau kau tak ce-"

"Saya nak anak."

". . ."

Tu dia. Bom jangka terus.

Lama Ayrez memandang Red tak berkelip. Gadis naga semakin menghampiri membuatkan Ayrez teguk liur. Tangan naik keatas seakan menyuruhnya berhenti menghampiri.

"Kejap Red.. Benda boleh bincang ni.."

"No. Kita dah kahwin lama tapi anak tak ada."

"T-tu sebab kita asyik busy ke dunia lain cari maklumat!"

"Sebab tu saya nak hari ni."

"No Red! No!"

"Grrr.. "

"R-Red? REDDDDDD!!!"

Saat Red mengucup bibirnya, laju Ayrez merangkul tubuh sang isteri lalu keduanya hilang daripada pandangan tanpa sesiapa tahu ke mana.

***

Di Yggdrasil.

"Err.. Tuanku, kenapa tuanku hancurkan dinding istana?" Soal Panglima Grant apabila bertemu dewi Yggdrasil tersebut. Mana taknya, sewaktu dia datang menghadap, salah satu dinding di ruang singgahsana itu seakan hancur ditumbuk.

"Ara, ara~. Awak perasan ya? Fufufu. Nevermind, nevermind. Mungkin Ayrez tengah buat sesuatu yang boleh buat saya cemburu~. Fufufu."

Bicara Heira sungguh manis, namun aura gelap disekelilingnya sangat menakutkan. Panglima Grant hanya mampu tersenyum kelat.

'Ahh. Penyakit Brocon dia dah muncul balik.'

So far? Yeahh mari lah kita berhibur dengn telatah diorang semua setelah banyk cabaran haha. And yes, tak lama lagi Eryl and Eldera kahwin!! 😂

Dan semestinya kita dah nak sampai Ending.

Wait!

Habistu Lord August semua tu? Hehehe.

Ini akan jadi kejutan untuk semua.. Well mungkin? *Evil smile* kalau sempat complete sebelum sekolah taniah, jika tidak sedia tisu hahaha.

Oh ya! Mari nk promote sikit book kawan kita ni.
stargazell

Yup! Sesiapa yg suka romance fantasy bolh follow citer ni. Percayalah kata-kata daku ini.😂

Psst... Siapa dah baca Kimetsu No Yaiba chap 199? aku suka chap ni haha! BABY MUZAN!! HAHHA🔥

Enjoy♥️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top