Chapter 100 | Normal day
Petang yang indah ditemani kicauan burung-burung dilangit. Istana Kerajaan Emerald berdiri dengan megah diatas tanah miliknya. Namun..
BOMMMMMMM!!
"Arghhhhhh!"
Eryl menjerit saat mendengar letupan yang maha dahsyat itu. Terus dia turun daripada katil lalu keluar daripada bilik. Alangkah terkejutnya dia saat melihat drama dua beradiknya dipagi hari.
"Kau sini Eldan! Biar aku kasi kau cium sikit buku lima aku! Dasar kembar miang! Keturunan abang Eryl! Eyyy!!"
"K-kejap! Itu bukan salah aku! Sumpah aku tak bermaksud nak masuk bilik air kau tadi!!"
BOMMMMMMMM!!
"Oh dear lord.." Eryl menekup muka dengan sebelah tangan.
"Munch..munch..Nampak macam adik beradik kau agak ganas. Munch..Munch.."
Terus Eryl berpaling ke sisi dan matanya elok menangkap Adrea yang mengunyah keropok dengan muka blur.
"Kau.. Bukan pagi tadi dah makan keropok ke? Tak sakit ke perut tu nanti?"
"Hurmm? Nope. Aku dulu memang biasa makan keropok bebanyak dengan Nico. Ni kau macam mana semalam dengan family kau? Lambat jugak kau masuk bilik."
"Ah ya. Aku dah explain semua benda dekat diorang, macam mana aku boleh jadi lagi kacak macam ni. Tapi tu lah ,muka meluat diorang sama macam kau sekarang."
"Opps!"
Eryl mencebik apabila Adrea hanya buat tak tahu aje. Apa? Betul lah dia makin kacak! Huh, dengki. Yang baca ni lagi dengki. Bluekk!!
"Mana Eldera?" Soal Eryl perasan kelibat rakanya tidak kelihatan.
"Entah. Katanya keluar kejap dengan ayah aku." Balas Adrea tanpa rasa curiga.
Saat itu, Adrea dan Eryl agak terkejut dengan kemunculan Shawn yang seakan tergesa-gesa ke suatu tempat.
"Damn that demon! Kalau Eriana tak kasi tahu dia jumpa El, memang aku tak tahu! Kau tunggu mahluk bertanduk, kau apa-apakan anak aku, memang nahas kau hari ni!"
Eryl dan Adrea terkebil-kebil seketika. Mereka berpandangan lalu mengangkat bahu memasing.
"Dah lah. Kau Eryl, bersiap lah cepat. Katanya ada something nak citer?"
"Hah? Ah ya. Tunggu aku dekat ruang makan istana. Kalau jumpa Akira, kau ikut dia. Kita gerak bila nak dekat malam sikit."
"Hurmmm? Okey."
Adrea hanya akur lalu pergi ketempat yang diminta Eryl.
Sejak mereka balik dari Yggdrasil, ayahanda Eryl sendiri yang mengalu-ngalukan mereka untuk tinggal di istana dalam masa beberapa minggu. Katanya balasan untuk budi mereka yang membantu memulihkan kuasa Eryl. Jadi disinilah dia bersama Eldera dan keluarganya.
"Agaknya apa yang ayah nak dari Eldy? Hope bukan benda pelik lah." Bisik Adrea sebelum ternampak Puteri Shiory yang elok memeluk Dazy dengan muka cemberut dihadapan anak Jeneral Luke, Lukius.
"Kak Dazy! Awak marah lah servant ni! Dia asyik nak mengorat kakak cantik aje! Hurm!" Adu Shiory geram membuatkan Dazy menggaru pipi.
"Maaf lah tuan puteri. Tapi saya tak mengorat mereka pun. Saya hanya cakap mereka cantik aje. Salah ke?" Balas Lukius dengan muka poker.
"Shut up you servant!"
"Kalau tak cakap, Puteri tak akan percaya. Ah tak, saya cakap pun tak boleh buat apa. Hurmm.. Cakap dengan monyet pun diorang faham lagi.."
"Hah?! K-kau nak gaduh ke ?!"
"Ah tak. Tak. Itu cara saya untuk cakap puteri agak sukar untuk mendengar apa yang saya nak terangkan berbanding monyet yang hanya perlu kasi pisang dan woff! Diorang duduk dan dengar." Ujar Lukius dengan nada datar.
"Y-you! You servant! Die! Go to hell and kill yourself!"
"Yes, yes. I will do it later. Kinda lazy as hell right now."
"Mou! Please stop fighting you two!"
Adrea ketawa melihat gelagat tiga sekawan itu. Dalam hatinya, dia sudah bersyukur kerana Dazy dan ayahnya diterima dengan senang hati oleh mereka. Tapi..
"Mana anjing tu eh?"
Tak sampai beberapa saat, Fenrir muncul bersama pelbagai coklat ditangannya bersama riak lelah dihadapan tiga budak tersebut. Urat bengang timbul didahi sang serigala yang tersenyum geram.
"H-here your candy little brat..Huff..Huff.."
"Oh? Thank you my loyal dog. See Shiory? This is the real servant. Unlike Lukius, he more worthless. Beruntung awak ada Lukius sebagai servant."
"Huh?!"
"Sis, kenapa ayat kau buat aku sakit hati?"
Dazy hanya ketawa kecil sambil memberikan coklatnya kepada Shiory. Lukius dan Fenrir hanya mengeluh lalu merungut diantara satu sama lain.
Adrea hanya mengeleng kepala bersama senyuman kelat. Dazy nampak aje manis, tapi sadis dia sebagai syaitan masih ada. Dan Fenrir kalah dengan dia? Rasanya mesti ada kaitan dengan ayah mereka. Daze, Daze, Daze.. Apa lah yang dibuatnya sampai Fenrir jinak macam ni sekali?
Adrea meneruskan langkah sehinggalah dia sampai di bilik keluarga Eldera. Dia agak terkejut apabila terserempak dengan ibu Eldera. Dia terkulat-kulat di situ apabila puan Eriana menghampiri dengan senyuman manisnya.
"Se-Selamat petang puan."
Eriana menutup mulut dengan telatah gugup Adrea. Kemudian dia menarik tangan Adrea. Gadis itu terkebil-kebil apabila bulatan sihir muncul di tanganya.
"Apa?"
"Macam ni baru senang sikit kita nak sembang. Maaf, auntie bisu."
Adrea memandang tak percaya pada Puan Eriana. Dia memang dah tahu puan Eriana bisu tapi tak pernah berjumpa face to face. Dulu dekat hopital pun, dia hanya memadangnya dari jauh aje.
"Eh tak apa! Saya okay aje asalkan auntie selesa. Hehe."
Lama puan Eriana memandang Adrea sebelum memeluk erat gadis itu. Adrea mula memerah wajah didada Puan Eriana.
'D-dia besar! Jap, apa aku merepek ni?!'
"A-Auntie! Oksigen!"
"Ah! Maaf!"
Terus Puan Eriana melepaskan pelukan. Adrea dibelek agar gadis itu tidak apa-apa. Adrea hanya tersengih dengan tingkah comel ibu Eldera.
"Maaf sebab peluk kamu tetiba. Kamu ni comel sangat! Hurmm.. Macam..Hurmm.." Lama Puan Eriana berfikir sebelum menepuk tanganya bersama.
"Hah! Strawberry!"
"S-strawberry?"
"Umu! Strawberry! Kecik tapi berkilau! Eyy! Comelnya! Hurmm.. Sedap pula kalau makan! Hehe."
Adrea hanya memandang blur pada puan Eriana yang dikelilingi kelipan cahaya yang terang.
'To bright! Dan sekarang aku tahu mana datangnya kegilaan Eldera terhadap strawberry.'
"Hurm.. Craving strawberry lah pulak.." Ujar Puan Eriana seraya mengusap perutnya yang membulat ke depan. Jari telunjuknya berada dibibir dan matanya bulat seakan puppy eyes. Cahaya disekelilingnya jugak tidak pula hilang.
'She's bright!'
***
"Adrea!"
Adrea yang baru sampai di dewan makan diraja itu hanya tersenyum sahaja pada Akira. Gadis berambut merah itu elok mengenangkan kimono bercorak bunga membuatkan Adrea sedikit kagum. Cantik sungguh Akira ketika itu.
"Hey, Akira. Kalau aku bukan perempuan sekarang,memang aku pikat kau tahu? Lawarnya." puji Adrea apabila sudah berada di hadapan Akira.
Gadis berambut merah hanya ketawa geli hati.
"Hehe. Thank you. Eryl yang kasi ni dekat saya. Katanya, dia mintak Ayrez beli dekat dunia lain."
"Nampaknya dia betul-betul ikut cakap Heira eh?"
Adrea macam boleh bayang riaksi Ayrez yang merungut seakan orang tua dan Eryl yang hanya beriak tak bersalah.
"Untuk awak pun ada tau? Jom!"
"Huh? E-eh! Kejap!"
"No kejap! Jom saya tolong kasi awak pakai!"
***
"Eldera!"
Eldera yang tadinya bermain dengan kucing bayang, memandang ke arah Eryl. Kucing kecil itu hilang disaat Eryl berdiri disisi.
"Okay tak pakaian aku?" Soal Eryl membuatkan Eldera menjongket sebelah kening. Naik turun mata Eldera memandang penampilan rakanya. Berjaket kolar berwarna putih manakala lenganya berwarna hitam. Bahagian dalam pula, Eryl mengenangkan t-shirt hitam yang boleh menampakan dada bidangnya.
"Okey aje."
"Tu aje?!"
Eldera mengguling mata keatas dengan riaksi Eryl.
"Yelah..Kau nak aku kata macam mana lagi?"
"Cakap lah makin kacak ke, nampak matang ke apa ke. Ni okay aje? Wehh, aku bersiap dekat setengah jam kut.." Rungut Eryl geram. Eldera hanya angkat bahu bersama riak kosong.
"Bukan masalah aku. Lagi pun, kau pakai ke tak pakai baju, tetap tarik perhatian perempuan."
"Of course. Aku pandai mengorat kut."
"Oh really? Then jangan nangis dekat aku kalau Akira cari lain."
"Woi! Mulut nak kena makan cili ke apa?"
Sekali lagi, Eldera hanya buat tak tahu membuatkan Eryl mencebik. Tak lama kemudian, matanya membulat besar. Perasan akan hal itu, Eryl turun sama memandang ke belakang. Riaksinya sama seperti Eldera.
"Damn. Angel dah turun ke bumi ke?" Soal Eryl bersama liur yang diteguk.
"Entah lah.." Balas Eldera sebelum menghampiri dua 'angel' yang dikatakan Eryl.
" You look beautifull like a butterfly, Adrea Bellvania." Ujar Eldera lembut membuatkan Adrea tersengih malu. Kimono yang bercorak rama-rama itu sangat pandan dengan Adrea.
"My gosh!! My baby girl nampak lawar lah sial! Kyaaa!!" Jeritan Eryl mengejutkan Eldera dan Adrea. Mereka berdua menekup muka apabila Eryl selamba sahaja memeluk Akira lalu mengeselkan pipi mereka bersama.
"Ehehehehehehe. My beloved baby girl~. Please me mine forever~."
"I can't believe he said it out loud." Keluh Eldera sebelum menghulurkan tanganya pada Adrea. Senyuman manisnya terukir buat si gadis.
"Shall we go my lady?"
***
Ayrez yang elok menghirup kopi bersama Red disebuah kedai hanya tersenyum sahaja. Hairan dengan angin baik suaminya, Red terus menyoal.
"Awak okey ke Ayrez? Baiknya mood hari ni."
"Aye? Aku mood baik pun tak boleh ke?"
"Tak ada lah.. Saya suka aje. Cuma.."
"Nahh. Tak payah pikir. Aku cuma seronok sebab dah boleh buat kerja macam biasa. Yelah, jalan sana sini dengan isteri kut. Macam date. Hehe." Terus tangan Ayrez mengusap kepala Red. Gadis naga itu tersenyum bersama pipi yang merah. Suka setiap kali suaminya mengusap kepalanya.
"Warhhh!! Skyler tolong abang! Anak kita nak bakar tangan abang woii!!"
"Ya tuhan! Abang! Dia tu kecik lagi! Yang abang pergi curi gula-gula dia kenapa?!"
"Mana ada abang curi!!"
Jeritan sepasang suami isteri itu mengejutkan mereka berdua. Apabila menoleh ke luar, seorang lelaki berambut hitam elok memanjat sebuah pokok dengan muka nak nangis. Dibawahnya pula, seorang kanak-kanak lelaki berwajah geram sedang elok cuba membakar pokok tersebut. Wanita dengan mata keemasan kelang kabut cuba menenangkan si anak.
"Bad boy! Bad boy! Siapa bagi kebenaran boy bakar tangan papa hah?! Boy memang tak sayang papa! Papa nangis! Nangis! Huwarhhh!!" Lelaki berambut hitam atau lebih dikenali sebagai Rian, mengugut bersama lelehan air mata.
"Apa ni! Papa yang curi gula-gula boy! Hik..Boy yang nak nangis! Boy tak nak kawan papa! Huwarhh!!"
Skyler menekup muka apabila keduanya mula menangis. Hailah, suami! Bila nak berubah pun dia tak tahu! Masih lagi cengeng!
"Hahaha! Kau tengok tu Aryana! Cimpanzi tengah menangis atas pokok! Hahaha! Berbaloi abang curi gula-gula boy! Hahaha!" Kali ni kepala mereka teralih pula pada seorang lelaki berambut kuning yang elok ketawa tak ingat dunia.
BAM!
"Arghh! What the hell Silver?! Kau pahal ketuk kepala aku guna dulang tu?!"
"Tolong lah senyap. Pelanggan aku tengah makan sekarang. Lagi satu, kau pergi tolong si Rian tu." Ujar pula seorang lelaki yang berpakaian seakan pekerja di situ dengan riak dingin. Lelaki berambut kuning atau lebih tepat Ezra hanya mencebik sahaja.
"Apahal pulak?"
"Kau nampak garfu ni? Kau penyebab dia dengan anak dia nangis kau tahu tak? Nak aku rodok otak kau kasi keluar baru nak tolong ke apa? Dah, pergi cepat!"
"Awww. Killer fun lah mamat ni. Nak tengok cengeng tu nangis pun salah." Cebik Ezra sebelum kepalanya selamat menerima pukulan dulang daripada Silver sekali lagi.
"Pergi sebelum aku bekukan kau jadi serigala beku."
"Elehh. Mengugut pulak."
BAM!
"Sakit lah! Aku nak pergi lah ni!"
"Ha cepat. Selagi tak diam anak buah dengan adik kita tu, kau jangan nak jejak masuk kedai aku. Bini kau tak apa."
"Pilih kasih!"
"Shuh! Shuh! Nyah kau dari sini duhai syeton!"
"Siot arrh kau!"
Ayrez tergeleng sahaja kepala dengan adegan dihadapan mereka. Sepat dia dan Silver berbalas anggukan sebelum lelaki berambut kelabu itu meneruskan kerjanya.
"Dunia lain pun still ada babak macam ni huh?"
Red hanya menggangguk sebelum menghirup airnya. Selang beberapa detik dentuman kilat kedengaran dilangit. Apabila mereka menoleh keluar, Rian dan Ezra elok mencerlu tajam pada satu sama lain.
"You damn dog. Berani kau curi gula-gula baby boy aku." Ujar Rian sebelum menyalakan api ditanganya.
"Tch. Apa salahnya? Kau pun suka curi susu anak aku! Ini namanya karma tak guna."
"Huh?! Kau memang nak jadi anjing bakar!"
"Mari lah! Dasar bapak segala cengeng!!"
DUSHHHHH!!
BURNNNNNNNNN!!
Ayrez dan Red hanya mampu terkebil-kebil sahaja dengan adengan tersebut. Mereka berpandangan sebelum bunyi retak kedengaran. Apabila kepala dikalih pada Silver, tangan lelaki itu elok meretakkan meja bayaran.
"Th-this duo.."
Terus Silver menghentak kakinya lalu kawasan sekitar terus bergegar! Apa yang mengejutkan Ayrez dan Red, bongkah ais seakan silinder terus muncul di luar dan menghentam Ezra serta Rian sehingga kedua-duanya terpelanting ke langit!
DUSHHHHH!
"BURUNG BERAPI MELAYANG WOI!!"
"DIAM LAH HANAT!!!"
"Bersemadi lah anda berdua di alam sana. Akan aku lenyapkan segala kewujudan yang kamu tinggalkan di dunia ini." Ujar Silver tanpa perasaan bersama telapak tangan yang dirapatkan bersama. Tak menunggu lama, terus aje lelaki itu meneruskan kerjanya.
"Tch."
Ayrez dan Red sekadar ketawa kelat lalu menghabiskan makanan dan minuman diatas meja. Kemudian, Ayrez menghampiri Silver dan menyerahkan bayaran. Silver hanya menggangguk lalu memohon maaf atas masalah yang dicetuskan oleh adik-adiknya.
"Maaf sebab terpaksa tengok adengan tadi."
"Tak apa. Lagi pun, adik-adik kau ingatkan aku pada beberapa orang yang aku kenal."
Ayrez tersenyum sebelum menarik Red untuk beredar. Setelah itu, mereka hilang ke dunia yang lain.
"Jadi, kemana kita harus pergi selepas ini?" Soal Ayrez dalam bentuk hantunya.
"Apa kata kita singgah ke Angkasia? Di Kerajaan Emerald ada festival."
"Hurmm? Kalau sayang dah cakap macam tu.. Mari lah!"
Siapa yang baca Triplets tu, nah kaai sikit apa yg dah jadi dekat diorng lepas beberapa tahun hahah 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top