Chapter 1 | Request

"HUWARRRHHHH!!!! "

Jerit seorang gadis yang mula menjunam jatuh daripada tebing tinggi! Matanya membulat besar bersama tangan yang terkapai-kapai diudara! Diatas tebing itu pula muncul seekor binatang kecil berwarna putih. Stuktur tubuhnya sama dengan seekor tupai.

"PURU!!! " laung haiwan itu. Dia mula gelabah! Dan tanpa berfikir panjang terus dia melompat turun!

Gadis yang terjatuh daripada puncak tinggi itu menutup matanya. Dia pasrah dengan nasibnya kini.

SPLASHHH!!

Gadis itu membutang mata apabila dia jatuh kedalam air! Tangan dan kaki digunakan untuk naik ke permukaan. Biarlah sakit ke apa! Yang pasti dia kena hidup!

"Haarrhh!! "

Dia mencari nafas sebaik sahaja mukanya keluar daripada air. Dadanya berobak kencang. Satu badan dia menggigil! Sumpah dia trauma! Apabila terasa dirinya agak tenang, terus dia berenang ke daratan. Dengan badan yang basah, dia baring diatas tanah. Lantaklah kotor ke apa! Dia takut lagi ni!

"PURU!! "

"Puyu.. "

Tupai putih yang bergelar Puyu mencincit lari dengan kaki empatnya. Pipi gadis berambut violet pendek dijilat-jilat. Gadis itu ketawa kecil dengan perilaku tupai itu. Dia bangkit daripada pembaringan. Bulu putih Puyu diusap sayang. Satu keluhan terbit dibibir kecilnya.

"Kenapalah aku pergi ambil request tu? "

Nadanya agak kecewa. Masih dia ingat bertapa membuta tulinya dia mengambil Request itu dihadapan lelaki dengan perempuan durjana yang paling dia benci!

***

2 jam yang lepas.

"Kau nak pergi buat Request ke Adrea? " soal seorang lelaki bertatu naga di tanganya. Kulitnya coklat dan matanya berwarna emas. Rambut hitamnya panjang dan berwarna merah dihujungnya. Berbaju T-shirt putih lengan pendek bersama jaket sukan dan seluar slack hitam.

Gadis berabut violet pendek itu mengangguk dengan senyuman. Puyu pula elok bertenggek diatas kepalanya. Tidur.

"Iyalah. Bosan arh kalau asyik duduk aje dalam guild ni. Baik aku pergi buat Request. "

"Hurmm.. yelah. Tapi jangan buat yang susah. Esok kita nak ke academy. " pesan lelaki itu lalu mengeluarkan gajet berbentuk empat segi daripada poket. Smartphone. Aplikasi 'BUKU SEJARAH ' dibuka. Adrea pula ketawa dengan sikap rakan baiknya ini. Pendiam tapi ulat buku!

"Okay aku pergi dulu Nico! "

"Jangan panggil aku tulah perempuan! " marah Nicolas Hynets.

Adrea Bellvania menjelir lidah. Tak takut langsung! Board Request ditujui. Matanya meneliti setiap Request yang ada diatasnya. Jarinya naik mengusap dagu. Kemudian matanya tertumpu pada satu Request yang kelihatan menarik.

"Sekumpulan troll menyerang perkampuangan Hibari. Wow, ni macam bestlah! Upah pun 100 Gold. Puyu kita gi sini eh? " soalnya ceria.

"Puru! Puru! "

"Alright! " Dengan cerianya tangan Adrea naik ingin mengambil Request itu. Tetapi niatnya terbantut apabila satu lembaga mengambilnya terlebih dahulu. Urat merah timbul didahi Adrea.

"Woi! Tu aku punyalah! " marah Adrea pada seorang gadis berambut merah jambu panjang sehingga pinggang. Mata yang berwarna coklat itu menilik request yang 'diambilnya'. Adrea pula dipalaukan begitu aje.

"Hey darling, apa kata kita ambil yang ni nak? " soalnya kepada seorang lelaki berambut hitam pekat. Mata birunya bersinar dibawah cahaya lampu. Penuh kedingian dan beku. Dia tersenyum seraya menghadiahkan satu kucupan didahi perempuannya itu.

"Sure baby. "

"Baby, baby. Weh siput babi! Bagi balik aku punya Request tu! "

Marah Adrea. Dua susuk tubuh itu memandang Adrea penuh menyampah. Eh, ingat aku tak menyampah dengan korang? Desis hati Adrea.

"Kau nak apa Rea? Berry dapat dulu kut. "

"Eh kau lelaki gila jangan nak menyibuk! Aku yang cop Request tu dulu! Beruk ni yang membuta tuli ambil! " marah Adrea. Teman lelaki Berry berang.

"Kau beruk kan girl aku? Weh perempuan, kau tu dah lah lemah, fikir tempat kau sikit! Boleh ke manusia macam kau kalahkan troll tu hah? Sekurang-kurangnya Berry boleh guna magis angin dia. Kau tu apa aje yang ada? "

Adrea mula panas. Serius dia rasa nak cincang 18 bahagia lelaki didepan dia ni! Semua didalam Guild mula teguk liur melihat pertengkaran bekas tiga sahabat. Ya, BEKAS!

"Aku tahu tempat aku, Faer. Aku tahu aku hanya manusia yang lemah tanpa magis dan hanya berharap pada alat-alat magis aje. Tapi kau dengar sini baik-baik! "

Tanganya naik mengambil kasar satu request yang bertanda bintang merah dihujungnya! Semua yang melihat tergamam begitu juga Faer dan Berry yang tadinya tersenyum kemenangang. Adrea memandang mereka dengan senyuman sinis.

"Aku akan tunjukkan pada kau yang aku mampu laksanakan misi tahap Alpha ni! "

Katanya penuh yakin. Hampir semua ternganga melihat tindakan berani mati Adrea. Nicolas yang berada tidak jauh daripadanya membulat mata.

'Gila perempuan ni! '

Adrea berjalan kearah kaunter. Sempat dia melanggar bahu Faer dan Berry. Request dihempas kasar diatas meja untuk dicopkan.

"Aku buat request ni! "

"Awak biar betul Ad?! Bunuh seekor Lizard tahap 4 bukan senang! " ujar si pengecop.

"Kesah pulak aku! Last-last aku mati aje. Habis cerita! Dah, Cop lah cepat! "

Dengan teragak-agaknya gadis berhoodie hijau mengcopkan kertas request Adrea. Adrea mengambil kasar kertasnya. Kakinya laju diayun keluar. Nicolas pula tergesa-gesa mengejarnya.

"Adios you piece of shit! "

BAMM!!

Terhinjut bahu Nicolas apabila Adrea menutup pintu guild mereka dengan kuat. Nicolas mengeluh kasar. Badan dikalih kebelakang. Mukanya jelas bengang bercampur kecewa.

"Puas hati?! " marahnya. Lebih kepada dua pasangan yang masih terkebil-kebil di hadapan board request itu. Nicolas mendengus kasar lalu menolak pintu Guild. Baik dia cari Adrea!

***

"Ni ke hutannya? " soal Adrea sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah hutan. Lelaki tua yang bongkok disebelahnya mengangguk.

"Lizard tu dah banyak ragut nyawa anak-anak penduduk ni. Saya harap cik boleh bunuh dia ya? " soal lelaki tua itu penuh berharap. Adrea memandangnya simpati. Kepala dianggukkan.

"Saya cuba. Tok baliklah ke kampung ya? "

Lelaki tua itu mengangguk lalu beredar. Adrea tersenyum seraya menoleh kebelakang. Nafas digali dan dihembus. Pedang yang tersisip di bahagian kirinya digenggan erat.

"Jom Puyu. "

"Pururu! "

Puyu melompat kebahu Adrea. Adrea tersenyum ceria lalu masuk ke dalam hutan.

***

"Puyu, kau ada bau apa-apa tak? " soal Adrea. Puyu sekadar menggelengkan kepalanya. Adrea mengeluh berat.

"Mou! Mana Lizard bodoh ni?! Kau tengah mengawan ke apa?! "

Terus dia menyepak batu dikakinya geram. Kenapa susah sangat nak jumpa ni?

"ROURRR!!! "

Nak tercekik Adrea apabila satu ngauman maha dahsyat kedengaran. Tiba-tiba belakangnya menyapa hembusan hangat sesuatu. Dengan muka yang pucat, kepala ditoleh kebelakang. Bibir naik sengih.

"Ouuuuuuuuu... awak encik cicak. Hehehe.. "

Tangan naik mengusap hidung Lizard gergasi itu.

"ROOOURRR!! "

"ARRGGHH!! "

Berdesup Adrea lari dengan linangan air mata! Sumpah dia takut gila!! Huwarhh!! Menyesal ambil Request ni tanpa fikir akibat dia!

Mulut dia pun satu, kalau dia mati betul-betul macam mana? Tak sempat nak rasa malam pertama weh! Eh, menyempat pulak kau ya?

SLLLAASHHH!!!

"Huh? "

Membulat mata Adrea apabila kepala Lizard yang mengejarnya tadi elok mendarat dihadapannya. Selamat kakinya sempat break! Eyy! Rasa nak pitam!

Adrea berganjak kebelakang beberapa langkah dek rasa takut yang tiba-tiba muncul. Kalau tadi dia takut dengan Lizard, sekarang dia takut dengan mahluk yang dah bunuh Beast tu! Dan entah mana silapnya, kaki dia masuk kedalam semak. Sedar-sedar sahaja dia dah menjunam jatuh.

"HUWARRRHHHH!!! "

***

Dan sekarang Adrea betul-betul menyesal. Lizard tak dapat, maut hampir menjemput dan sekarang dia sesat dalam hutan. Dia mengeluh lagi. Perlahan-lahan dia bangkit dengan baju yang basah. Selamat jatuh dalam tasik kecik ni, kalau jatuh dalam batu belah batu bertangkup? Tak ke naya nanti?

"Jom lah Puyu, aku rasa baik kita ba-"

Tak sempat pun dia nak habiskan kata-katanya, satu susuk tubuh timbul dari dalam tasik. Membulat mata Adrea melihat susuk tubuh lelaki tanpa seurat benang itu. Air tasik elok menuruni setiap lekuk badan yang cantik terbentuk. Rambut emasnya bersinar dan kelihatan menawan walaupun basah. Kepala lelaki itu pula terdongak ke atas dan terserlah keindahan didepan mata Adrea. Seksinya!

"Hurrmmm? "

Apabila terasa dirinya diperhatikan, bebola matanya meninjau keadaan sekeliling. Jelas lelaki itu juga terkejut dengan kehadiran gadis itu. Muka Adrea dah membahang hebat apabila menatap sepasang anak mata berwarna hijau cair milik lelaki tersebut. Dia mula khayal dalam mata yang maha cantik itu.

'Ya tuhan, cantiknya mata dia! '

"Hoi..! "

Panggilan itu menyentakan Adrea. Terkebil-kebil Adrea apabila satu susuk tubuh tanpa pakaian berdiri dihadapanya. Lelaki tadi! Entah kenapa,mata dia naik melihat wajah lelaki itu sebelum galak turun dan turun..

"ARGHH!!! "

Terus dia pengsan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top