75. Karya E-Books Mengatasi Karya Fizikal?
Ini adalah satu yang agak lama dibincamgkan sekitar pertengahan 2000. Ada beberapa penerbit mengambil inisiatif menerbitkan karya dalam bentuk format ini namun setakat ini masih belum menampakan kejayaan yang benar-benar jitu. Malah saya sendiri menerbitkan karya puisi dalam format ini sebagai percubaan, namun ia tidak ke mana sangat.
Sebelum itu, karya-karya penulisan di alam maya sudah wujud. Kewujudan blogspot, worpress dan lain-lain platfom menjadi medan bagi para penulis amatur sama ada secara suka-suka atau serius. Setengahnya pula hingga disunting oleh penerbit dan dikeluarkan dalam bentuk fizikal. Namun termutakhir, ada juga yang menggunakan platfom lain seperti Facebook dan lain-lain medsos tapi masih juga tidak mencapai kejayaan malah terlibat pula dengan masalah plagiat; karya diplagiat atau dicuri dengan tujuan mendapat keuntungan mudah atas hasil titik peluh orang lain.
Karya-karya ini pula kebanyakan beraliran romans, seperti juga kewujudan Wattpad, menjadi lambakan karya romans yang tak berkesudahan.
Jadi, apa masalah dengan e-book? Adakah ia mempunyai kelebihan yang lebih ketara dari buku fizikal atau bagaimana? Mari kita lihat seketika, fikir dan bincangkan.
Bagaimana Mahu Menerbitkan E-Book atau Buku-E?
Tak susah manapun, melalui pengalaman saya hanya menggunakan software PDF sahaja, itu yang paling ringkas dan terkini ada pula laman web yang menyediakan khidmat menukar format Words ke Pdf secara percuma di talian maya. Rajin, cari sahaja. Selesai satu perkara, maka terhasillah Buku-E dan boleh dijual.
Tak perlu nak pening kepala menanti giliran jika hantar ke penerbit atau bengang kerana lambat mendapat royalti atau masalah royalti yang sedikit, juga sekaligus terhindar dari kisah oleh penerbit scammer yang bersepah di medsos. Selain itu, tiada kos untuk menerbitkan secara Buku-E dengan kaedah yang saya sebutkan ini.
Isu
Namun, isu yang timbul adalah cara mana ia dapat dielakkan agar tidak berlaku situasi ini. Seorang membeli dan menyebarkan atau berkongsi dengan rakan-rakan lain? Gunakan enkripsi (encryption) sebagai usaha mengatasi masalah ini, pun ia akan tersebar. Ada suatu ketika dahulu, saya rajin mencari buku-buku/novel dalam format pdf (terutama tajuk-tajuk yang tidak masuk dalam pasaran negara), memang ada atau wujud sekumpulan manusia yang 'baik hati' menyediakan laman web yang boleh memuat turun sama ada secara percuma atau berbayar. Malah terkini saya lihat ada juga sesetengah individu yang tak bertanggungjawab menjual di pasaran secara terbuka.
Seperkara lagi, bukan susah sangat untuk membuka enkripsi sekarang ini dengan wujudnya pelbagai laman web malah setengahnya menyediakan panduan secara verbal untuk membuka enkripsi tersebut. Jadi, usaha untuk ke arah Buku-E seharusnya dipergiatkan lagi kerana beberapa sebab yang saya fikirkan munasabah tetapi kaedah untuk mengawalselia juga harus dipertingkatkan.
Di zaman penggunaan selfon atau tab yang canggih ini, saya hampir separuh yakin, terutama generasi masakini amat kurang membaca buku fizikal malah tidak berselera untuk membeli jika dibandingkan apa yang mampi diperolehi dari selfon di tapak tangan. Tambahan industri perbukuan yang belum pulih-pulih, boleh jadi satu masa nanti akan diambil alih oleh Buku-E. Hanya masa yang akan menentukan.
Jadi, bagaimana? Buku fizikal atau Buku-E menjadi pilihan kalian? Dan sekarang ini yang sedang membaca tulisan (Catatan Seorang Penulis dan Editor) pun tidak ramai yang mahu membeli malah lebih suka membaca secara percuma bukan? Terpulang, ilmu takkan bergolek di hujung kaki secara mudah dan percuma. Adakah pada masa akan datang nanti kita akan ada penyelesaian terhadap semua isu di atas? Saya pun tak dapat nak menjangka, kita tunggu dan lihat sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top