15. Ramai Penulis Tiada Ilmu

Salam hormat. Topik ini pernah saya sentuh di jilid pertama (Catatan Seorang Penulis dan Editor) dahulu. Ramai yang sama ada dm atau bertanya langsung, tidak kurang juga berdasarkan manuskrip yang dihantar, formaliti menghantar kebanyakannya kurang menepati kehendak editor.

Tetapi paling jelas apabila membaca banyak manuskrip yang dihantar. Gaya bahasa yang dipamerkan juga banyak perlukan latihan dan diperbaiki.

Seperti yang dibentangkan dahulu, silalah kalian masuk mana-mana bengkel penulisan untuk mendapatkan ilmu. Bukan sekadar format malah cara gaya penulisan, cara olahan plot, twist, peleraian dan sebagainya juga diajarkan dalam bengkel.

Namun sayang, tidak kira penulis yang sudah menerbitkan novel mahupun belum agak kedekut atau kalau golongan pelajar tiada peruntukan untuk mebayar yuran bengkel. Tapi bagi saya, itu adalah alasan, memgapa?

Biasanya tarikh bengkel akan diumumkan seawalnya. Kedua saya yakin sempat mengumpul duit. Ketiga jika seorang pelajar, bagaimana boleh ada smarfon yang harganya ratusan ringgit sedangkan yuran bengkel sekitar RM 100-200. Rasanya harga fon di tangan kalian lebih mahal dari itu. Oh ya, nak beritahu, fon lambat-laun akan rosak tapi ilmu yang kalian perolehi tiada tarikh luput ya.

Jika tidak, pelbagai gaya penulisan yang menjengkelkan terpamer dalam manuskrip yang dihantar lantas membuat editor pening, apatah lagi mereka yang tidak mematuhi syarat penghantaran sesebuah manuskrip menurut kehendak penerbit itu.

Cuba jujur tanyakan diri, kalau sekadar membaca mana-mana tulisan di internet atau buku ataupun sekadar meniru novel yang terbit, adalah kalian berpuashati? Bolehkah kalian bertanya pada buku atau tulisan tersebut?

Jadi, janganlah perasan terlalu bagus walaupun berjaya menyiapkan manuskrip atau berjaya diterbitkan tapi huru-hara. Karya yang siap perlu dimurnikan terlebih dahulu. Apatah lagi setakat di WP yang tak menjanjikan apa-apa melainkan keseronokan dan kepuasan menulis semata. Sedangkan saya sendiri ada waktu terluang masih teringin masuk bengkel penulis lain untuk menambah ilmu.

Sebab apa? Sebab ilmu itu takkan habis-habis, lagi belajar, lagi tak tahu.

Apapun terpulang kepada diri sendiri. Bagi mereka yang sudah kerap masuk bengkel pula, janganlah sekadar masuk bengkel tapi tidak menulis. Kalau menulis pun tak habis, pun tak guna juga.

Selamat menulis dan moga berjaya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top