5. 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋
"IBU meninggal setahun yang lepas."
"Sebab dia sakit."
Ada getaran pada bicaranya.
Jelas terdengar di telinga wanita itu.
Sepasang mata redup Rayne berkalih ke belakang. Kini, melirik wanita itu yang sedari tadi menunggunya.
Usai meletakkan sejambak bunga ke atas pusara mendiang Sophia, lelaki itu bangkit lantas menerpa ke arah Nadine Aira. Matanya melirik sejenak ke belakang sebelum kelibat lelaki itu beredar dahulu, melewati wanita ini. Nadine Aira kemudiannya menyusul. Membuntuti jejak langkahnya.
Ralit wanita itu mengamati gerak geri Rayne Arzhael. Dari pengamatan matanya, lelaki itu seolah menyimpan sesuatu dalam dirinya. Sesuatu yang lama kelamaan jikalau dipendam jadi bara. Tak mustahil makan diri sendiri kelak andai sehingga lepas kendali.
Nadine Aira hela nafas sejenak seraya wanita itu putar kembali langkahnya.
Tak semena Rayne berkalih semula ke belakang. Seakan akan lelaki itu sentiasa peka akan keadaan. Dia lihat wanita itu sudah menapak jauh ke belakang. Langkahan kakinya dibawa semula ke pusara Sophia.
Kening Rayne bertaut dek rasa hairan. Namun, tak juga dia bersuara hendak bertanya kepada wanita itu.
Dia sebaliknya cuma mengekori jejak langkah wanita itu.
Menyusul dari belakang sehingga dia akhirnya ada di belakang Nadine Aira. Kini, berdiri memerhati wanita itu yang kini duduk di samping pusara mendiang Sophia. "Dah lama saya teringin nak jumpa Puan." Bibit kata Nadine Aira menjengah telinganya sehingga dia tekad untuk terus mendengarnya.
"Sayangnya saya tak berkesempatan untuk menjenguk Puan."
"Maaf sebab baru sekarang saya ada peluang menjenguk Puan."
"Puan, nama saya Nadine Aira. Saya lah yang melamar anak Puan sampai dia tak ada pilihan lain selain melamar saya balik. Puan, seperti dia jumpa ayah untuk minta izin, saya juga nak minta izin Puan."
"Puan restui perkahwinan kami ya."
"Sebab saya berharap saya berjodoh dengan Rayne Arzhael seorang."
Rayne Arzhael diam mematung. Dia seperti mati kata. Apatah lagi setelah lirikan matanya disambut wanita itu. Tak semena dia teguk liur. Entah jelingan itu tanda maksud tersirat di sebalik bicaranya tadi. Aduh, jikalau dia berani buat hal, tak mustahil lah lehernya kena pancung.
Lelaki itu tayang senyuman kelat. Dia harus yakinkan wanita itu.
Mendengar hujung bicara wanita itu yang sengaja ditekankan buatkan dia rasa yakin. Bicara itu ada terselit amaran untuk dirinya. Tapi, masakan dia berani berfikir untuk berkhianat dan mencuba untuk lari.
Lagipula, majlis itu berlangsung esok. Dan, keputusan melamar Nadine Aira itu adalah keputusannya sendiri. Menarik diri tanda dia sudi menjilat lidah sendiri. Ah, dia mana berani nak tempah maut, gali kubur sendiri.
Setelah bernikah kelak, dia yang jadi ketua keluarga. Dia perlu takut apa?
Tapi, wanita itu... Nadine Aira.
Nadine Aira, Rayne.
Ingat. Isteri kau Nadine Aira.
.
.
.
Bunyi hempasan kaca menampar nampar gegendang telinga.
Satu demi satu botol kaca kedengaran dihempas ke atas lantai, berkecai menjadi serpihan seribu. Seperti kaset rosak, bunyi bising itu seperti diputar entah ke berapa kali.
Bising! Desisnya. Sehingga tidurnya kala itu tak lagi lena.
Peluh merintik ke dahi, membasahi juga pangkal lehernya.
Sambil sambil jemarinya genggam kemas cadar katil. Sesekali kepalanya digeleng geleng, dia mahu menepis bunyi bising yang entah datang dari celah mana. Sehinggalah sepasang mata yang tadinya rapat terkatup kini tercelik. Automatik dia bangkit.
Kantuk yang tadinya melarat sampai dia memaksa diri untuk lena serta merta lenyap. Mimpi. Suara hatinya berbicara sambil matanya melirik ke arah pantulan tubuhnya pada cermin. Buat sejenak, dia raup wajah lantaran dia meloncat turun dari katil. Dia bawa langkahnya ke bilik air.
Ternyata bunyi bising itu mimpi.
Ternyata sekadar mimpi.
Pili air dipulas sehingga air mencurah deras. Dia tadah air dengan telapak tangan lantaran dia basahkan wajah yang masih mamai. Saban tahun telah berlalu namun trauma lampau itu masih lagi menghantui dirinya. Bunyi bising itu ternyata masih menampar nampar telinganya setiap lena.
Dia angkat kelopak matanya sehingga matanya jatuh menatap biasan diri di dalam cermin, di hadapan mata.
Atau, kau sebenarnya takut? Huh?
Rayne Arzhael?
Dia tatap sepasang mata miliknya itu.
Sehinggalah telinganya menangkap bunyi deringan telefon.
Dia sambar tuala lalu dililit belakang tengkuk. Lantaran langkah kakinya dihayun ke meja di samping katil. Matanya jatuh melirik skrin telefon. Panggilan daripada nombor asing itu sekadar dipandang sepi. Sedikit pun dia tidak berniat menyambutnya.
Bahkan sudah acap kali panggilan itu dibiarkan saja tidak bersambut.
Barangkali nombor asing itu sekadar dianggap tidak penting olehnya. Atau, panggilan itu adalah daripada orang yang tersilap nombor. Juga tak mustahil panggilan itu scam semata mata. Atau, Rayne Arzhael itu sebenarnya tahu siapa si pemilik nombor sehingga dirinya tekad untuk biarkan saja tanpa bersahut?
Ttok ttok!
Panggilan itu terhenti selang seketika.
Dirinya dikejutkan pula dengan bunyi ketukan di pintu.
Dari ekor mata, dia mengerling muka pintu sehingga susuk tubuh milik Louis menjamu matanya. Senyuman tipis terlukis pada wajahnya seolah olah tidak menyangka akan hadirnya Louis ke mari. Louis jenguk sebentar ke dalam ruang kamar dari celah pintu yang terbuka.
"Long time no see, Sir Arzhael." Louis yang masih di muka pintu angkat sebelah tangan tanda menyapa. Dia kemudiannya minta izin untuk masuk sambil menjinjing sehelai blazer hitam. Rayne iyakan permintaan itu sambil mengering rambut basah.
"Lelaki bertuah tu rupa rupanya kau."
Louis ketawa mengusik. Geli hatinya. Masakan tidak. Semesta menyatukan dua musuh abadi yang bak kata orang seperti langit dan bumi, air dan minyak yang mustahil akan menyatu.
"So, Rayne Arzhael sir, are you ready for the day?"
"Dari apa yang aku dengar, biasanya lelaki yang paling nervous."
Louis tersenyum nakal, mengusik.
Namun, wajah dengan reaksi datar lelaki di hadapannya itu bikin dahinya sedikit berkerut kehairanan. Dia jadi ingin tahu akan apa yang kala ini bermain main di minda Rayne Arzhael. Lagipula dirinya bukan mengerti air muka lelaki itu. Dirinya cuma mampu untuk mengagak saja.
"Louis..." Bahu Louis terangkat, kaget barangkali sebaik namanya diseru.
Louis sekadar pasang telinga. Lelaki muda ini tekun mendengar.
"Kau rasa apa akan berlaku kalau aku tiba tiba berubah fikiran?"
"Agaknya aku ni masih hidup ke tak?"
Kerutan di dahi Louis bertambah. Dia kurang jelas akan bicara itu.
Padahal sebenarnya peratusan untuk dia faham akan maksud di sebalik bicara itu adalah besar. Dia menolak untuk mengakuinya. Cepat cepat dia menggeleng kepala. Bicara itu hampir bikin luruh jantungnya sehingga pegangannya pada blazer mewah juga hampir terlucut. Louis hela keluhan.
"Maksud kau?"
"Kau faham maksud aku, Louis."
Rayne Arzhael melirik wajah pucat lelaki muda di hadapannya itu.
"Maksud kau, berubah fikiran sampai kau nak cancel wedding ni?"
"Itu ke maksud kau, Rayne?"
Louis bertanya lebih lanjut. Dia cuma nak memastikan tebakannya tepat.
Rayne membisu. Lelaki itu menapak ke jendela sambil mengeringkan helaian rambut dengan tuala kering. Pandangan matanya dilempar jauh ke luar sana lewat bukaan tingkap. Pertanyaan Louis sengaja dibiarkan tanpa sebarang sahutan balas. Dan, telingkah itu bikin Louis naik gila.
"Tapi, kau yang ambil keputusan ni."
"Keputusan kau sendiri."
"Takkan kau nak tarik balik, Rayne?"
Wajah Louis memucat.
Apatah lagi saat mindanya lagi aktif memutarkan hal yang belum terjadi. Jikalau mimpi ngeri yang barusan terlintas di fikirannya itu sehingga menjadi kenyataan, entah apa yang akan berlaku kelak. Lagipula tindakan itu seperti mengundang bencana besar. Rayne Arzhael tidak peduli kah pada kesannya kelak?
Sehinggalah lamunannya itu padam dek mendengar tawa Rayne.
Tak semena Louis angkat mata lantas menatap lelaki di hadapannya itu.
"Kan?"
"Keputusan aku sendiri."
"Aku tarik balik, aku akan binasa."
Tawanya bersambung, pendek saja.
Tawa yang jelas terdengar sengaja dia reka seolah olah barusan berlawak jenaka. Ah, boleh gila dirinya jikalau fikiran sebegitu terus berlegar di minda. Apatah lagi setelah jelingan si Nadine Aira kembali terlakar di hadapan mata. Mana tak kecut perut.
Dahi Louis kembali berlapis. Bicara itu memaksa mindanya bekerja.
Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Rayne Arzhael? Bicara yang barusan dia lontarkan itu ada maksud kah atau sengaja meniti lewat bibirnya untuk menguji pemuda ini? Mentang mentang lah Louis paling gerun kepada Danial Haesar. Jikalau mendengar soal ini, mahu tak gugur jantung lelaki muda itu.
Dia anggap Rayne sengaja berjenaka. Tak semena dia juga sambung tawa, juga sekadar dia reka reka.
Sambil sambil dia kesat peluh dingin.
Wah, pagi pagi lagi Rayne Arzhael dah bikin dia senam jantung.
"Dah, kau jangan nak macam macam. Lebih baik kau siap sekarang."
"Kalau lawak kau yang tak kelakar tu sampai ke telinga Cik Aira,... aku tak tahu lah apa akan jadi. Dengan aku ni sekali kena humban ke dalam tahu!"
"Ya, aku siap lah ni."
_
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top