2. 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋
SEPASANG mata milik Rayne Arzhael mengamati gerak geri wanita itu.
Usai siap menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas, wanita itu pamit. Dulang yang sedari tadi ditatang dilabuhkan ke atas meja. Langkahnya kemudian dihayun ke muka pintu.
Tak dia ambil peduli si bos yang asyik ketawa besar. Bukan main galak tawanya sehingga mampu didengari di balik pintu yang bertutup. Langkah Rayne melaju lewat pintu usai kertas di atas meja dirembat olehnya. Jejak langkah wanita itu diekori.
Sehinggalah dia mendengar derapan langkah wanita itu terhenti.
Bikin langkahnya juga mati di situ.
Buat sejenak, wanita itu cuma kerling ke belakang lewat hujung mata.
"Saya manusia, Cik."
Bait bicara itu meniti di bibir Rayne sebaik wanita itu berkalih.
Tubuhnya kini menghadap lelaki itu.
Sepasang mata wanita itu mengamati sebentar bahasa tubuh lelaki ini. Melihat dari lelaki itu mengepal buku limanya, dia tebak Rayne pasti sedang marah. Pasti lagi ada api di hatinya. Sehingga raut wajahnya juga tegang.
Wanita itu diam. Tiada sebarang kata pun meniti di bibirnya. Sebaliknya, dia cuma pasang telinga untuk mendengar. Sepasang mata lelaki itu menatap wajahnya. Barangkali kerana lagi menahan amarah, pasang matanya terlihat berkaca. Seolah olah hatinya rasa berat untuk naik suara.
Seolah olah hatinya tak mampu untuk merasa marah. Tapi, dia tentang sekerasnya syarat perbincangan itu. Lagipula, dia tiada kena mengena pun dengan urusan wanita ini dan bosnya. Tiba tiba sahaja namanya dipetik, diletak sebagai satu syarat.
"Tak ada manusia memiliki manusia yang lain. Cik atau sesiapa pun tidak berhak ke atas saya." Sekeping kertas bertandatangan dalam genggaman lelaki itu koyakkan, digumpal seraya dilempar ke lantai. Syarat konyol! Tsk. Hatinya menyumpah dalam diam.
Setiap butir katanya dilontarkan satu persatu dengan nada keras. Jeda sahaja bicara lelaki itu, dia melewati wanita ini, beredar mendahuluinya. Mata wanita itu mengekori gerak geri Rayne Arzhael yang mula menjauh. Kemudian, matanya melirik kertas yang bergumpal di atas lantai.
.
.
.
Usai menyatakan hasratnya berhenti kerja, lelaki itu lekas pamit.
Si tua itu tak mampu berkata apa apa.
Lagipula, dia tahu dirinya tak mampu nak menghalang niat lelaki itu. Tapi, jikalau Rayne sampai menghilangkan diri, bagaimana dengan syarat wanita itu pula? Ah, tak semena dia menjadi pusing sebentar. Padahal tempoh hari perbincangan itu berakhir baik.
Sayup kedengaran suara lelaki tua itu, cuba menghalang pemergiannya.
Namun, dirinya sudah tekad. Jikalau terus berada di tempat ini buatkan dirinya masih terhubung dengan keluarga Haesar, dia lebih memilih untuk pergi. Dia tidak mahu ada apa apa kaitan lagi dengan keluarga Haesar jikalau akhirnya cuma akan menambah hutang budinya.
Barusan sahaja langkahnya melaju ke pintu, pangkal lehernya disambar dari belakang. Satu tumbukan padu melayang ke rahang pipinya seketika kemudian. Tak semena kepala lelaki itu terteleng ke sisi. Titisan darah dari bibirnya yang pecah jatuh ke tanah. Kelopak matanya berkerut, amarah menggelegak di hatinya kala itu.
Dari hujung alis mata, dia mengerling ke wajah figura di hadapan.
Andy. Buku lima milik lelaki itu yang telah hinggap di wajahnya tadi.
Rayne lap bibir yang pecah. Lantaran dia mengatur langkah beredar pergi. Sedikit pun tak peduli amarah Andy yang masih menggelegak. Hendak membalas tumbukan itu juga dia tak berhasrat. Sebaliknya lelaki itu lebih suka angkat kaki. Lagipula, dia mahu lekas beredar dari kediaman itu.
Melayan kerenah Andy cuma bakalan merugikan masanya semata mata.
Melihat sikap tak peduli itu, Andy jadi makin naik angin. Amarahnya juga belum reda. Selagi rasa tak puas hati dalam dirinya itu masih ada, selagi itu amarahnya perlu dilampiaskan. Andy lekas mendahului langkah Rayne, rahang lelaki itu disambarnya segera. "Lepas kau rampas tempat aku, kau ingat kau boleh blah macam tu je?"
Sepasang mata Andy tajam menatap wajah lelaki itu. "Apa yang bos lihat pada kau sampai mata dia buta? Apa yang istimewa sangat pada kau?"
Rayne melepaskan genggaman Andy di leher bajunya. Kemudian, tubuh lelaki itu ditolak supaya menjauh. Dia kemaskan leher baju yang keronyok. "Tiada yang istimewa pada aku. Aku juga sama macam kau." Bidas Rayne setelah sekian lama dia berdiam diri. Andy tak puas hati akan respons itu. Jikalau ikutkan hati, mahu sahaja dia layang buku limanya bertalu talu ke wajah itu yang berpura pura polos.
"Kau, budak tanpa asal usul. Bos yang kutip kau sebab dia rasa kasihan dan suruh kau kerja di sini. Tapi, lepas tu, kau tiba tiba digelar 'Tuan'? Tsk."
"Sekarang, lepas semua yang kau nak, kau dapat, kau tiba tiba nak blah?"
"Apa yang kau fikirkan, Rayne, huh?"
Raut wajah Andy tersirat rasa curiga.
Matanya melirik wajah tandus milik Rayne Arzhael. Lelaki di hadapannya itu kini mengunci mulut. Tak semena Andy ketawa halus. Barangkali kala itu ada sesuatu yang bermain main di fikirannya sehingga terdetik rasa nak tahu. Andy dan Rayne bukannya kenal lama. Mereka berjumpa setelah majikannya bawa Rayne ke rumah ini diperkenalkan sebagai pekerja baru.
Anak baru yang awalnya dia anggap sebagai si polos ternyata akhirnya jadi atasannya pula. Padahal, dirinya lebih lama di sini, bekerja bak anjing kepada majikannya itu. Tapi, si anak baru ini pula yang berjaya tambat si bos seolah olah dia cukup ahli.
"Daripada kau sibuk bertanya benda ni pada aku, lebih baik kau cari jalan untuk tambat hati bos, gantikan aku."
Jeda sahaja bicaranya, kelibat lelaki itu beredar ke pintu.
Dia tak lagi mahu terus berada di situ.
Andy seperti biasa pasti cuba mencari nahas untuk bikin dia naik angin. Tapi, untuk apa dirinya bazir tenaga berkelahi? Persetankan si Andy yang tiba tiba curiga. Apa yang penting, dia sudah berhenti kerja. Apa apa pun di kediaman ini bukan urusannya lagi.
"Oh ya..." Sebelum kelibatnya hilang di balik pintu, dia berkalih lagi.
Andy lekas pasang niat berjaga jaga.
Matanya mengamati setiap gerak geri lelaki jauh di hadapannya itu.
Dirinya memang cukup berani untuk melawan. Tapi, lelaki itu anehnya mampu bikin dirinya rasa gerun. Dia semestinya tidak akan mengakuinya. Cukup pasang wajah berani mati, pasti tiada siapa yang bakalan tebak bahawa dirinya rasa gerun.
"Untuk yang ni,..." Jari telunjuk Rayne menuding bibir yang pecah.
"...aku akan tagih lain kali, Andy."
Tak semena otot muka yang tadinya terlihat kendur, kini tegang.
Tubuhnya juga sehingga rasa kejung. Seolah olah bicara yang barusan menampar gegendang telinga mampu menjinakkan si pemangsa yang liar. Andy genggam kemas buku limanya. Sedang matanya masih mengamati si figura yang beredar melewati pintu.
Sampai dunia beri kesempatan untuk berkongsi jalan yang sama lagi.
Sampai berjumpa di hari yang semua kenal siapa kau sebenarnya,
...Rayne Arzhael.
.
.
.
Entah mengapa, keluar sahaja dirinya dari kediaman itu, langkah kakinya terhayun seperti tiada lagi arah tuju.
Dia sudah buntu mencari arah pulang yang sebenar. Seolah olah ke mana pun dia membawa diri, dirinya masih menemui keluarga Haesar. Padahal dirinya tak lagi mahu punya apa apa kaitan dengan keluarga itu. Biar lah apa yang berlaku itu atas dirinya asal tidak membinasakan orang lain.
Hutang budinya sudah cukup besar. Masakan seumur hidupnya, dia mahu terus bergantung kepada orang lain.
Cukup setakat itu sahaja. Kali ini, biar dia uruskan dengan tekad sendiri.
Ralit sepasang matanya merenung ke tanah, mengamati setiap jejak langkahnya sendiri. Sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta, ditekan bertalu talu seolah olah mahu setiap manusia di situ mendengarnya. Tak semena kening Rayne bertaut. Dia jeling kereta yang berhenti di tepi jalan, tepat bersebelahan dengannya.
Sebaik cermin kereta diturunkan, dia melihat wanita itu duduk di kerusi pemandu. Wajahnya terhias dengan senyuman seolah olah dia barusan mampu menebak asbab lelaki itu ada di luar pada jam sebegini. Tambahan, dengan menjinjit beg di tangan.
"Cik ikut saya ke?"
"Tak, kebetulan aku lalu tempat ni."
Wanita itu tayang senyuman yang dia reka. Padahal benar dirinya mengekori lelaki itu sejak siang tadi.
Rayne gulingkan bebola mata lantas langkahnya melaju ke hadapan. Dia tak tunggu masa lagi. Cepat cepat dia mahu melarikan diri dari bertembung dengan wanita itu. "Eh, tunggu! Kau nak ke mana, Rayne?!" Sayup kedengaran suara wanita itu menyoal dari dalam perut kereta.
Mahu tak mahu, dia akhirnya turun dari kereta. Langkahnya diatur mengekori lelaki itu.
"Fine! Aku memang ikut kau dari tadi. Kau je yang tak perasan aku."
"Kan? Baik kau mengaku. Eleh, marah tanda malu lah tu sebab tak perasan. Itulah lain kali berjalan pandang dulu kiri kanan. Kalau salah pusing kereta aku, kau yang kena langgar, tahu!"
"Rayne, tunggu!"
_
He's the sweetest, yet psychotic
_
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top