8. 𝐀𝐑𝐙𝐇𝐀𝐄𝐋
PERLAHAN lahan sepasang matanya dicelikkan. Sehinggalah matanya jatuh menatap wajah milik lelaki itu.
Buat sejenak, matanya asyik melihat ke segenap ruangan. Sebaik dia mendapati dirinya berada di dalam cempungan lelaki itu, spontan wanita ini tarik leher baju suaminya. Tak semena Rayne kaget. Automatik jejak langkahnya mati setengah jalan.
Mujur sahaja dakapannya di tubuh wanita itu tidak lepas.
Jikalau tak, mahu tersungkur isterinya ke atas lantai. Rayne Arzhael menghela lega. Cepat cepat dia kemaskan cempungannya. Dari hujung mata, dia lirik wajah isterinya.
Wanita itu beri isyarat mata. Tanda dia nak lepas dari cempungan suaminya.
Rayne Arzhael peka, tapi dia sengaja tayang wajah keliru. Melihat raut muka suaminya, wanita ini senyum. Senyuman yang sekadar direka olehnya dek lali akan sikap lelaki itu yang suka mengusik. Sengaja mahu bikin dia naik darah. "Turunkan aku." Butir katanya ditekankan.
Lelaki ini mahu tak mahu patuh juga. Jikalau tak, mahu rontok kepalanya dek rambutnya ditarik sejak tadi.
"Berapa lama aku pengsan? Tak ada sesiapa yang tahu kan?"
"Half an hour. Setakat ni, cuma aku."
Dia jawab pendek setiap satu soalan yang meniti di bibir wanita itu.
Nadine Aira mengangguk. Sambil itu, dia picit pelipis dahi yang masih rasa berdenyut. Kala itu, kepalanya rasa kosong. Mindanya seolah olah barusan kena refresh. Rayne Arzhael amati setiap tindak tanduk isterinya. Dia tunggu masa sesuai. Dia nak tahu, apa yang telah berlaku.
"Kalau Tuan dan abang Nick tak tahu pasal ni, baguslah." Ujarnya seraya mengatur langkah beredar. Dia perlu segera tunjuk muka ke majlis itu.
Dengan harapan, Danial Haesar atau Nick Aiden tidak merasa curiga.
Atau, peka dengan ketiadaan dirinya.
"Ada tamu tak diundang menyelinap ke sarang Tuan. Kau nak biar je?"
"Entah entah musuh yang sengaja kau lepaskan tu berkeliaran bebas di sini, bersembunyi dalam kalangan tetamu. Boleh jadi dia tunggu masa. Sekarang, bukan setakat kau, sesiapa saja di sini berada dalam ancaman. Kita lengah, kita sendiri jatuh perangkap."
Jeda sahaja bicaranya, matanya jatuh melirik ke ruangan majlis.
Dia kerling kerumunan manusia. Tak seorang pun di antara mereka yang dia kenal. Apa yang dia tahu setiap seorang antara mereka ialah kenalan. Menerima jemputan sendiri daripada Danial Haesar untuk diperkenalkan kepada menantunya ini. Tapi, jikalau sehingga terlepas pandang?
Tak mustahil, bukan?
Nadine Aira diam membisu. Memang ada benarnya dalam bait bicara itu.
Buat sejenak, matanya juga pandang ke aras satu. Asyik matanya melirik ke segenap ruangan andai ada yang terlihat aneh. Masing masing setelah itu saling berbalas pandang. Seolah olah masing masing berfikir akan hal yang sama. Sekadar memerhati saja takkan membuahkan hasil.
Lebih baik lekas bertindak. Apatah lagi setelah masing masing tak punya klu.
Padahal musuh itu sudah selangkah ke hadapan. Mereka berada di kerumunan manusia itu sekali pun, untuk mengesyakinya pasti sukar kalau tanpa arah tuju. Tapi, bagi pasangan ini, duduk diam tiada guna.
Sama ada menyerang dahulu, atau sekali lagi kena terkam.
"Apa yang kau nak buat dengan budak perempuan tu? Tuan tak boleh tahu."
"Untuk elakkan hal ni sampai kepada Tuan atau abang Nick, aku akan uruskan sendiri. Sekarang, cuma aku dan kau yang tahu apa berlaku. Selain kita, sesiapa pun tak boleh tahu."
Matanya mengerling sebentar ke aras satu, mengamati suasana sejenak.
Lantaran wanita itu beri isyarat mata.
Dia kemudiannya hayun langkahnya, beredar dibuntuti Rayne Arzhael.
.
.
.
Setiap tetamu yang hadir disapa oleh pasangan itu. Setiap seorang diperkenalkan kepada mereka sendiri oleh Danial Haesar. Masing masing tayang senyuman mesra, menyambut kesudian tamu yang sudi berkunjung.
Dalam diam, mata tak lepas meneliti. Tajam mengamati andai ada yang terlihat mencurigakan. Namun, tiada juga yang menarik perhatian. Setiap seorang sudah mereka kenal, sudah mereka sapa bersemuka. Nadine Aira kerling suaminya. Dia menggeleng.
Rayne Arzhael juga memberi isyarat yang sama. Juga menggeleng.
Masing masing menghela lega. Jikalau tiada, maknanya zon ini aman.
Sehinggalah matanya jatuh melirik ke suatu sudut ruangan. Anehnya, jikalau hendak dibandingkan dengan tetamu yang hadir, gerangan itu cuma berpakaian kasual serba hitam. Nadine Aira tak tunggu masa. Dia nak amati lebih dekat. Perlahan lahan dia susul figura itu, melewati kerumunan manusia yang tak peduli apa apa.
Dari kejauhan, Rayne tangkap tingkah laku Nadine Aira. Cepat cepat dia menyusul dari belakang. Namun, niat hatinya untuk lebih tangkas tiba tiba tergendala. Dia rasakan tubuhnya berlanggar dengan sesuatu. Mujur dia lekas kawal imbangan tubuh.
Atau tubuhnya akan rebah, terjatuh ke atas lantai dek kena langgar.
"Maaf." Cepat cepat gerangan yang tak sengaja melanggarnya pohon maaf.
Rayne sekadar menggeleng. Sempat dia tepis tumpahan air ke blazer yang tersarung di tubuh sebelum kelibat lelaki itu terlihat beredar. Langkahan kakinya dihayun melaju. Dia mahu lekas menyusul Nadine Aira.
Dari kejauhan, setiap gerak geri lelaki itu menjadi perhatian.
Minuman yang masih bersisa diteguk.
Sambil matanya ikut mengekori jejak langkah lelaki itu yang entah ke mana. Melihat langkah yang terhayun dengan tergesa gesa, dia tebak pasti berlaku sesuatu. Tak semena bibirnya robek sedikit, tersenyum menyinis.
.
.
.
Pepohon yang tumbuh tinggi di laman membataskan penglihatannya.
Tambah tambah lagi malam yang dah larut. Andai mata tak peka, dia pasti akan terlepas pandang. Perlahan dia atur langkah sambil dia berjaga jaga. Jikalau sehingga berlengah, bila bila masa saja dia boleh kena serang.
Dari hujung ekor mata, dia kerling ke belakang sejenak. Dek hilang jejak wanita itu, dia sehingga bawa langkah kakinya keluar dari kediaman itu. Dia amati segenap ruangan. Entah di mana keberadaan wanita itu kala ini. Hendak menjerit namanya, dia takut pula sehingga orang itu akan lolos.
Tiada pilihan lain selain cari wanita itu sendiri di tempat ini.
Taman buatan. Idea untuk rekaannya datang sendiri daripada Danial Haesar. Berkonsepkan labirin, taman ini bikin masa pulang dari kediaman itu lebih panjang. Tak tahu jalan keluar, tak mustahil kena perangkap. Rayne Arzhael seluk saku seluarnya. Dia mahu menghubungi Nadine Aira.
Namun, niatnya tergendala sebaik dia dengar bunyi tarikan picu.
Mata pistol yang barusan ditarik picu itu kini melekap di batang lehernya.
Tak semena tubuhnya mematung. Dia cuba melirik ke belakang. Sebaik sahaja dirinya mahu bergerak seinci, mata pistol semakin ditekan ke leher.
"Tahniah atas perkahwinan kau,..."
"...Rayne Arzhael."
Sebaik bicara itu menjengah telinga, keningnya spontan bertaut.
Suara yang terdengar cukup familiar bikin mindanya aktif bekerja. Sehinggalah dia dengar suara Nadine Aira. Dari kejauhan, dia melihat raut wajah cemberut wanita itu. Bibirnya tak henti henti berleter dek rasa tidak puas hati akan sesuatu.
Rayne sekadar jadi pemerhati sedang tubuhnya setia membatu. Mindanya masih diulit rasa keliru dengan apa yang sedang berlaku. Apatah setelah dia melihat wanita itu diheret ke sini.
"Tak kelakar, Nick Aiden." Setiap butir kata Nadine Aira sengaja ditekan.
Klik! Jarinya menarik pelepas peluru.
Tak lama kemudian, sayup terdengar suara ketawa pecah menyinis.
Rayne Arzhael berkalih ke belakang.
Sehinggalah lirikan matanya jatuh ke wajah Nick Aiden. Senyuman yang terpasang pada wajah itu menyinis. Gerangan yang mengacukan pistol ke pangkal lehernya rupa rupanya Nick Aiden yang sengaja mencari pasal. Tak hairan lah mengapa suara itu tadi terdengar tak asing di telinganya.
"Kau bertuah sebab aku sayang adik aku. Kalau tak, benda ni aku isi."
"Sekelip mata, berkecai kepala kau."
Tanpa basa basi, bicara itu dilontar.
Nadine Aira merengus.
Pada saat begini juga lah abangnya itu mahu berlawak jenaka.
Figura yang dia curigai rupa rupanya orang yang diupah oleh Nick Aiden. Dengan alasan, mahu mengenakan si Rayne Arzhael dek merasa kesal. Mahu sahaja dia adukan perangai tak tumpah seperti anak kecil itu kepada Danial Haesar. Biar Nick Aiden tahu.
Lelaki itu mencari pasal dengan orang yang bukan calang calang.
Tapi, Nadine Aira.
"Jangan ingat aku ucap selamat dekat kau, aku boleh terima kau di sini."
"Definitely no. Aku tak peduli siapa kau, Rayne. Aku tahu Tuan kenal kau dah lama. Kononnya, dia tahu luar dalam kau. Mungkin sebab tu dia boleh senang senang terima kau dekat sini. Ya lah, 'anak emas' dia ni dah kembali. Siapa yang tak senang hati, kan?"
"Tapi, aku? Aku bukan Tuan. Jadi aku tak boleh terima sembarangan orang. Mustahil orang yang pergi lima tahun lalu dan menghilang tanpa jejak akan kembali sebagai orang yang sama."
Jadi telunjuknya mencucuk kasar di bahu Rayne Arzhael.
Bicara yang jelas terselit amaran itu bikin dirinya diam tak berkutik.
Nadine Aira kunci mulut rapat rapat. Dia tak sempat mencuri masa untuk mencelah. Jeda sahaja bicara itu, Nick Aiden tak lagi menunggu lama. Lelaki itu lekas beredar. Matanya juga sempat menghadiahkan adiknya ini jelingan dan senyuman menang.
Tak semena wanita itu kepal jemari.
Dia hentak kaki dek geram.
_
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top