Minggu Terakhir

"SELAMAT DATANG KE EDISI MALAM MINGGGUUUUU! YEAHHHHHH!" Hari ini Probe berpakaian seperti seorang mak cik jual kuih, siap ada lipstick lagi. Studio markas kotak siap dihiasi dengan bunga-bunga mawar putih. Ada langsir putih, ada kelopak bunga mawar pelbagai warna di atas lantai pentas dan banyak lagi perhiasan putih, ianya seperti sebuah majlis perkahwinan. Kerusi-kerusi para penonton siap diikat dengan ribbon putih. Sebut tentang ikat, dua-dua Lily telah diikat bersama oleh Kaizo kerana tidak mahu ada gangguan pergaduhan di antara mereka berdua. Tak tahulah, muka siapa yang lebih masam, Lily atau Ratu Lily

"Hehehehe... tentu kamu semua rasa pelik tengok saya pada hari ini. Saya berpakaian seperti ini sebab author yang suruh. Comel tak saya?" kata Probe dengan nada gembiranya

"TAKKK! BOOOOOOO!"

"Ermm.. tak comel yea. Kalau macam tu!" Terus Probe menukar pakaian dia dan memakai costume seekor ikan bernama Dory "Hah! Sayalah ikan Dory! Baiklah, sebelum kita mulakan acara kita pada hari ini. Kita akan berhibur terlebih dahulu. Penyanyi kita pada hari ini adalah penyanyi paling jarang sekali nak menyanyi. Dia akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Immortals. Dipersilakan KAPTEN KAIZO!"

Tirai merah mulai buka dan berdirilah Kaizo dengan muka serius dia. Tiada langsung senyuman dari dia. Kaizo mulakan bernyanyi setelah lagu melody telah dimainkan

They say we are what we are
But we don't have to be.
I'm bad behavior but I do it in the best way.
I'll be the watcher (watcher) of the eternal flame.
I'll be the guard dog of all your fever dreams.

Oooooooh
I am the sand in the bottom half of the hourglass (glass, glass)
Oooooooh,
I try to picture me without you but I can't

'Cause we could be immortals, immortals
Just not for long, for long.
And live with me forever now,
You pull the blackout curtains down
Just not for long, for long.

We could be immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals.

Sometimes the only pay-off for having any faith
Is when it's tested again and again everyday.
I'm still comparing your past to my future.
It might be your wound but they're my sutures.

Oooooooh
I am the sand in the bottom half of the hourglass (glass, glass)
Oooooooh,
I try to picture me without you but I can't

'Cause we could be immortals, immortals
Just not for long, for long.
And live with me forever now,
You pull the blackout curtains down
Just not for long, for long.

We could be immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,

Immortals,
And live with me forever now,
Pull the blackout curtains down,

We could be immortals, immortals
Just not for long, for long.
We could be immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,
Immooooooo- immortals,
(Immortals)

"Terima kasih" kata Kaizo dengan nada serius dia. Kaizo terus keluar dari pentas tersebut. Ramai berikan tepukan yang gemuruh kepada Kaizo. Probe menepuk tangan sambil menitiskan air matanya kerana ini pertama kali dia mendengar Kaizo menyanyi

"Tak rasa pelik ke nyanyi? Kalau tak rasa pelik, nanti kita jemput dia nyanyi lagi daripada kita jemput adik dia si landak nyanyi" Berapi-api Fang dengar Probe kata begitu "Baiklah, kita jangan membuang masa lagi. Saya akan memperkenalkan tetamu kita yang pertama! Dia telah di panggil landak oleh Lily, dia suka sangat mencari pasal dengan orang lain tetapi semenjak akhir-akhir ini, kenakalan dia semakin berkurangan tetapi panas baran dia masih lagi panas seperti biasa dan dia adalah Fang! Adik kepada si itik!"

Fang keluar dari pentas belakang sambil melambai-lambai ke arah para penonton yang ada di studio markas kotak "Hai semua!" Hari ini Fang berpakaian serba putih, baju tanpa lengan putih, seluar ninja putih, jaket putih diikat di pinggang dan sarung tangan pun putih juga

"HAI LANDAK!"

"Landak?!" Berapi-api Fang lagi sekali tetapi dia menahan kemarahan dia. Terus dia duduk dengan muka masam dia "Apasal lah studio ni indah sangat?" bisik Fang sambil melihat sekeliling studio markas kotak itu

"Tetamu kita yang kedua! Dia adalah seorang kapten yang suka bermasam muka, tak pernah nak senyum, asyik serius sahaja. Kalau senyum pun, senyum sinis sahaja. Dia telah dipanggil itik oleh Lily dan dia bukan kapten gila tapi masih lagi dipanggil kapten gila dan dia adalah KAPTEN KAIZO! Abang kepada landak!"

Kaizo keluar dari pentas belakang dengan muka serius dia. Perasaan gembira dia tiada langsung wujud dihati dia pada hari itu. Dia cuma berjalan dan terus duduk di atas sofa, bersebelahan dengan adik dia. Kaizo juga berpakaian serba putih pada hari ini kecuali jaket dia ada sedikit kebiruan "Hmmm... agaknya bila kita dapat melihat Kapten Kaizo senyum?"

"Bagi aje dia makan durian, terus dia senyum ceria semacam" kata Fang tetapi dia kena ketukan dari abangnya

"Jangan mengegada nak bagi aku makan durian pula.. teruskan dengan rancangan kamu ni, robot badut"

"Baiklah! Tetamu kita yang terakhir! Dia memang jarang nak muncul di Edisi Malam Minggu sebagai tetamu. Ini kali kedua dia muncul sebagai tetamu! Dia juga sudah kerap sangat datang ke Pulau Rintis dan dia adalah kakak kesayangan kepada si landak. Dia adalah Lynna!" Lynna keluar dengan berpakaian putih yang begitu elegant. Jaket putih bercorakkan floral, skirt labuh berwarna putih dan dia juga memakai cekak rambut yang ada bunga mawar berwarna biru

"Hai semua!" kata Lynna dengan senyuman manis dia

"HAI LYNNAAA!" jawab balik para penonton di studio markas kotak. Lynna duduk di sebelah Fang

Fang melihat sebelah kiri dia, abang dia dan sebelah kanannya, adalah Lynna. Probe tersenyum sahaja tanpa berkata apa lagi. Entah apa yang dia sedang fikirkan sehinggalah Fang terpaksa baling seketul batu ke arah kepala besi Probe "ADOIII!" Baru dia sedar "Hehehe.. maaf semua, saya telah mengelamum sekejap. Wah! Hari ini semuanya serba putih kecuali saya. Saya seorang sahaja seekor ikan biru di atas pentas ni.. hehehehe" Probe goyang-goyangkan ekor ikan dia dan terus terbang ke bawah pentas dan terbang disebelah Yaya "Sebelum kita mula, kita ada beberapa soalan untuk Yaya. Soalan ini dari Razia untuk Yaya"

"Wah! Ada soalan untuk saya.. apa soalan dia" tanya Yaya dengan suara ceria dia

"Soalan dia adalah kenapa Yaya suka pakai baju berwarna pink? dan apakah makanan kegemaran Yaya?" Probe menghalakan microphone dia berbentuk bunga ke arah mulut Yaya

"Sebab pink adalah warna kegemaran saya dan saya tiada makanan kegemaran saya sebab semua saya masak adalah semua makanan kegemaran saya!"

"Terima kasih! Seterusnya soalan untuk Ochobot dan Ying. Soalan ini dari miss mysteri" dia terbang ke arah Ying dan Ochobot pula "Apakah perasaan Ochobot apabila Ochobot menjadi manusia pada minggu lepas?"

"Mestilah seronok! tapi yang tak seronoknya, saya tak reti nak berjalan" Ochobot rasa malu pula

"Aloloo... kasihan kamu.. seterusnya soalan untuk Ying!" Ying terus terduduk tegak dan senyum di hadapan kamera "Soalan dia berbunyi begini, Ying boleh bela penguin si popo tu? dan Ying suka pakai dress tak?"

"PENGUIN! KAKAK YING BELA PENGUIN?! MANA MANA MANA MANA?" muncul Rizu apabila terdengar perkataan penguin. Dia berkelip-kelip mata dekat Ying

"Maaf Rizu, akak tak bela penguin" Rizu terus bermuka sedih dan lalu naik ke atas pentas dan menangis dekat Fang "Aiyaaa.. menangis pula budak ni. Oh yea, saya suka pakai dress tapi tak selalu pakai maaa"

"Oh begitu.. dan soalan terakhir untuk Yaya. Berapakah umur adik Yaya. Soalan ini baru sahaja kita jawab beberapa minggu yang lepas. Umur dia 2 tahun kot.. hehehehe" Probe terus terbang naik ke atas pentas. Rizu masih lagi menangis sebab tak dapat penguin "Kasihan si Rizu tapi kita abaikan sahaja. Minggu lepas kita sediakan makanan untuk Ochobot sempena dia menjadi manusia. Hari ini kita makanan yang cukup elegant dengan tema kita pada hari ini" Boboiboy menolak meja beroda ke tengah pentas. Di atas meja tersebut terdapat teko berbunga-bunga, cawan berbunga-bunga, ada scone, strawberry jam, sandwich chocolate, sandwich telur, sandwich tuna, biskut chocolate, kek lobak merah dan juga donut lobak merah khas untuk Fang. Itu untuk kecemasan jikalau Fang mengamuk tak tentu pasal "Hah! Menarik kan makanan kita pada hari ini. Teh ini adalah teh hijau! khas untuk Kapten Kaizo!"

"Banyak betul Probe sediakan makanan ini semua" kata Lynna

"Bukan Probe yang sediakan tapi Tok Aba yang sediakan semua ini" jawab Boboiboy. Selepas itu terus dia turun ke bawah

"Hehehehe... baiklah, kita ingatkan balik soalan minggu lepas daripada cik author kita! Soalan dia adalah, adakah anda bersetuju kalau Kapten itik dan puteri angsa putih bercinta, ya atau tidak? Ramai yang cakap ya, ramai yang cakap tidak... saya akan bacakan jawapan kamu berserta dengan soalan kamu untuk mereka bertiga" Probe melihat ketiga-tiga tetamu dia dan juga Rizu, Lynna sedang menuang teh hijau di dalam cawan untuk Kaizo dan Fang. Rizu menangis sebab tiada air untuk dia. Probe terpaksa ambil air juice oren untuk Rizu

"Mari kita mulakan acara sesi soalan jawab di EDISI MALAM MINGGU!" Para penonton bertepuk tangan "Reader kita yang pertama datang dari Dark Princess! Dia cakap dia tidak suka kalau Kaizo dan Lynna bercinta sebab mereka tidak padan. Yea ke tak padan..." terus Probe kena renungan maut dari Kaizo "Tak padan tak padan tak padan.. hehehehe.. Soalan dia untuk Fang, kenapa Fang tak pernah keluarkan kuasa naga bayangnya dan kenapa Fang selalu pengsan apabila menggunakan kuasa naga bayang?"

"Sebab setiap kali aku keluarkan, aku mesti pengsan. Kuasa itu memerlukan banyak tenaga sebab itu aku jarang keluarkan. Aku tak nak lah asyik pengsan aje"

"Kasihan landak tapi tahun ni sudah berapa kali landak asyik pengsan sahaja tapi bukan sebab kuasa naga bayang tu.. hehehehe" Berapi-api Fang tetapi dia tak tahu nak berapi-api dekat siapa, dekat author atau dekat Probe "Baiklah, soalan seterusnya untuk Kaizo. Adakah Kaizo tahu dengan kuasa naga bayang Fang?"

"Hmmm.. aku tahu tenta kuasa itu tapi aku sendiri tidak pernah nampak dia keluarkan naga bayang" kata Kaizo sambil minum teh hijau dia

"Tapi.. kalau abang Fang keluarkan penguin bayang mesti comel, kan!" Rizu pun sibuk sekali duduk di atas sofa bersama Kaizo, Lynna dan Fang "Takpe ke Pizu menyibuk dekat sini?"

"Ibu Rizu tahu ke Rizu ada dekat sini?" tanya Lynna

"Tahu!"

"Hah, kalau tahu.. apaa kata Rizu duduk dekat bawah" Tapi Rizu hanya menjelir lidah kepada Probe "Cheh, dia bagi lidah pula. Baiklah, seterusnya datang dari LizzNP. Dia kata dekat sini, dia nak Lynna dan Kaizo bersama! Dia cakap Fang sayangkan mereka berdua"

"Aww.. terima kasih Fang, akak pun sayangkan Fang juga" Fang berkelip-kelip mata dekat Lynna dan terus Lynna cubit pipi Fang. Probe mengelamun lagi, Rizu terus baling botol dekat Probe supaya dia sedar

"Adeh.. maaf yea.. soalan dia untuk Fang. Dia nak tanya ni, apakah tanggapan Fang tentang fanfic-fanfic dengan pairing BoiFang?"

"BoiFang? Fanfic apa tu?" tanya Fang. Lynna senyap sahaja, Rizu dan Kaizo rasa curiga dengan fanfic BoiFang. Probe pula keluarkan Ipad dia dari sebuah beg dan berikan kepada Fang. Lynna cepat-cepat tutup mata Rizu supaya dia tidak dapat membaca fanfic tersebut. Fang dan Kaizo baca fanfic tersebut. Berkerut dahi Fang membacanya dan lalu ipad itu dicantas dengan Kaizo

"IPAD AKUUUU!" Sedih Probe melihat ipad dia kena cantas

"EEEE! FANFIC MACAM TU PUN ADA JUGA! BUAT APA AKU NAK BERCINTA DENGAN BUDAK LELAKI PULAK! Takde cerita lain ke nak buat, geli badan aku" marah Fang. Tiba-tiba sahaja dia bangun dari situ dan terus masuk ke tandas

"Aik, dia nak pergi muntah ke?" tanya Probe

"Kepada sesiapa yang buat fanfic begitu terhadap adik aku dan juga kawan dia, akan aku cantas kamu nanti" Kaizo berikan amaran dekat depan kamera "Pedang tenaga aku akan jadi mangsa kau, FAHAMMMMM!" Kaizo terus kembali ke tempat duduknya tetapi adik dia masih belum lagi keluar dari tandas

"Kapten Kaizo sudah kembali tenang, jadi kita sambung balik. Soalan seterusnya untuk Kapten Kaizo! Di dalam episode Personality, Boboiboy terjumpa sebuah cincin di dalam bilik Kapten Kaizo" Boboiboy cuba sorokkan diri tetapi mata Kaizo perhatikan dia sahaja "Cincin itu untuk siapa sebenarnya? Betuk ke cincin itu milik ibu Kapten Kaizo atau untuk gadis yang Kapten Kaizo suka"

Belum sempat Kaizo nak jawab, Rizu pula yang jawabkan "Cincin tu mesti untuk kak Lynna! Betul tak?" Kaizo pandang Rizu lama-lama tapi Rizu buat-buat tak nampak sahaja

"Cincin itu kepunyaan ibu aku! bukan untuk Lynna! FAHAMMM!" Rizu dan Lynna tutup telinga mereka kerana suara Kaizo terlampau kuat sangat

"Fa-faham Kapten Kaizo" menggigil Probe "Soalan terakhir dari Lizz untuk Lynna. Lynna mempunyai adik atau kakak?"

"Ada! Seorang kakak dan dua adik!"

"Ramainya adik beradik kakak Lynna" kata Rizu yang sedang makan sandwich chocolate "Pizu takde adik beradik pun, Pizu cemburu tengok abang Fang ada seorang abang, kakak Lynna ada kakak dan adik. PIZU TIADA SIAPA... UWAAAAAAAAAA!" Meraung-raung Rizu di atas pentas

"Jangan menangis Rizu! Abang badut bagi belon nak tak?"

"TAK NAKKKKK! UWAAAAAAA!" bergegar satu studio dengan jeritan tangisan Rizu

"Adeh.. kita berehat sebentar" Probe cuba memujuk Rizu supaya dia tidak menangis lagi. Kaizo sudah pening, Lynna cuba memujuk Rizu dan Fang pula, masih belum keluar dari tandas lagi

----------------------------------------

"Kita kembali lagi! Nampak Rizu telah dicampak ke planet lain" terus dia kena ketuk dengan Kaizo "Hehehe.. maaf.. Rizu telah pun dipujuk oleh Lynna sendiri dan Fang baru sahaja kembali dari tandas tapi kepala dan rambut dia basah pula. Mandi ke apa budak ni" Sebenarnya Fang telah merendamkan kepala dia di dalam baldi yang penuh dengan air sejuk. Dia cuba lupakan tentang fanfic BoiFang tadi. Rizu kini sedang bermain tepuk-tepuk tangan dengan Lynna

"OK, seterusnya datang dari AN. Dia tidak setuju kalau Kaizo dan Lynna bercinta sebab mereka tu macam langit dan bumi. Soalan dia untuk Fang. Kenapa Fang tak suka sangat menjalani latihan tempur? Fang tak nak jadi kuat macam abang kamu ke?" tanya Probe

"Mestilah nak jadi kuat macam abang aku tapi kalau tiap-tiap hari asyik latihan tempur sahaja, boleh pengsan aku" Fang buat muka masam dekat abang dia "Aku pun nak jadi budak normal tanpa ada latihan tempur setiap hari" Kaizo tidak berkata apa, dia sedang fikirkan sesuatu untuk berikan hukuman kepada adiknya

"Soalan seterusnya untuk Kaizo dari AN tapi ini bukan soalan. Ini adalah permintaan. Dia nak jalankan latihan tempur dengan Kapten Kaizo boleh?"

"Boleh sahaja" jawab Kaizo

"Hah! Boleh tu memang boleh tapi yuran bayarannya kena bayar dulu! Satu kelas RM 5! Sesiapa yang ingin masuk kelas latihan tempur bersama dengan cikgu Kaizo ataupun cikgu Lynna, sila daftarkan nama anda selepas sahaja habis rancangan Edisi Malam Minggu! Aku pun nak daftarlah juga nanti" Para penonton di studio markas kotak pun juga tidak sabar nak daftarkan nama. Kaizo sabar sahaja

"Wei Probe, kau ni asyik buat bisnes sahaja apasal? Hari itu bisnes penyanyi tempahan, bisnes biskut Yaya. Siap ada website sekali. Lepas tu bisnes mempergunakan Ochobot masa dia jadi manusia. Sekarang kau buat bisnes latihan tempur pula" Probe tersengih kepada Fang

"Hehehe.. saya buat bisnes sebab nak bayar balik hutang kredit kad encik bos saya. Saya guna kredit kad dia sebab nak bina studio ni"

"Hmmm.. patutlah" kata Fang dengan nada bosan dia

"Baiklah, miss mysteri kita ni pula suka kalau Lynna menjadi kakak ipar yang bagus kepada si anak kucing comel yang bernama Fang" Fang terus buat muka comel kucing dekat Lynna "Dia kata Lynna boleh kawal dua beradik yang suka sangat bergaduh ni" Kaizo mengangkat kening sebelahnya sambil melihat Lynna "Soalan dia untuk Fang, Fang boleh tak travel dengan kuasa bayang?"

"Hmm.. boleh kot, aku guna ajelah helang bayang! Boleh terbang!"

"Pizu pun nak terbang sekali, bolehkan abang Fang"

"Boleh boleh!" terus Rizu peluk Fang ketat-ketat "Adeh, tak bernafas aku"

"Soalan untuk Lynna, Lynna tahu pasal supernatural" Lynna hanya angguk sahaja "Lynna minat dengan supernatural" Lynna angguk kepalanya lagi sekali. Dia tidak dapat bercakap kerana mulut dia penuh dengan sandwich telur "Soalan terakhir dari miss mysteri untuk Kapten Kaizo, adakah Kapten Kaizo dapat serap tenaga contohnya, manusia atau elektrik"

"Tenaga manusia? Tak, aku tidak boleh serap tenaga manusia dan aku juga tidak boleh serap tenaga elektrik" kata Kaizo sambil merasa kek chocolate itu

"Seterusnya dari NoName02! Hmmm.. dia ni sekejap nak terima, sekejap tak nak terima.. lepas tu terima balik kalau Kaizo dan Lynna bercinta sebab mereka tu sepadan" Muka Lynna merah sedikit. Rizu tergelak melihat muka merah Lynna "Soalan untuk Fang, dia tanya, Fang nak tak kalau dia pasangkan Fang dengan watak OC dia sebab watak OC tu perangai sama sahaja dengan kamu"

"Buat apa, dekat sini sudah ada satu. Si Bella tu, perangai sama aje dengan aku tapi aku jauh lebih baik daripada dia! DAN AKU TAK DIPASANGKAN DENGAN SI BELLA TU!"

"Cheh, baik konon" bisik Gopal yang berada di bawah pentas

"Soalan untuk Ratu Lily!" Mata Ratu Lily terus bersinar-sinar kerana ada soalan untuk dia. Probe terpaksa terbang ke bawah "Berapa centimeter kuku Ratu Lily tu?"

"Berapa panjang? HAHAHAHAAAA! PANJANG SAMPAI AKU BOLEH PUTUSKAN IKATAN INI!" Terus Ratu Lily dan Lily terlepas dari ikatan itu "Akhirnya, aku berjaya lepaskan diri aku daripada kau!"

"Eleh, ingat aku nak sangat kena ikat dengan kau" Lily sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan Ratu Lily. Probe sudah lari terbang dan sorok di belakang sofa. Rizu makan kek chocolate tanpa pedulikkan tentang pergaduhan mereka berdua. Kaizo sabar sahaja dengan mereka "Mari kita lawan! KAU AKAN KALAH NANTI!"

"TAK! AKU AKAN KALAHKAN KAU SEBELUM KAU DAPAT KALAHKAN AKU!" kata Ratu Lily

"TAK MUNGKIN! KAU AKAN KALAH DULU SEBELUM AKU DAPAT DIKALAHKAN OLEH KAU!

"ADOIII!" Kaizo piat telinga mereka berdua. Dia tidak berkata apa dan terus heret mereka keluar dari studio markas kotak. Para penonton, tetamu dan juga Probe hanya mendengar jeritan dari Lily dan Ratu Lily. Mereka telah dibelasah oleh Kaizo sendiri

"Menakutkan.. kita berehat sebentar" kata Probe

-------------------------------------

"Kita sudah kembali! Kasihan saya tengok dua-dua Lily tu, habis lebam sebab kena belasah oleh Kapten Kaizo" Kamera terus menghala kedua-dua Lily. Mereka kini dirawat oleh Yaya dan Ying. Lily menangis sebab habis baju baru dia kotor dan dia terlupa nak bawa alat menukar baju. Ratu Lily tutup telinga sebab tak tahan dengan tangisan dari Lily "Baiklah, soalan NoName02 untuk Kapten Kaizo dan Lynna. Korang berdua sendiri tiada rancangan nak bercinta ke? dia suruh jawab dengan jujur"

Kaizo dan Lynna jawab serentak "TAK ADA!"

"Takde yea.. hehehehe..." Probe ketawa sedikit "Seterusnya dari Badai403, jawapan dari dia.. dia hanya neutral sahaja. Resepi Yaya ada di dalam laman web tempahan biskut Yaya. Cari di situ yea. Soalan untuk Kaizo. Kaizo sayang tak Fang? Kalau sayang, kenapa asyik buli dia sahaja"

"Sebab dia memang patut dibuli dan aku memang sayangkan adik aku" Fang tersenyum dengan jawapan dari abangnya "Buli tahap berat macam mana pun, aku tetap sayangkan dia"

"Tapi kau janganlah buli dia selalu. Aku sendiri tidak pernah buli adik aku sendiri"

"Hah! Betul kata cakap kak Lynna.. abang berhentilah buli adik ni yang lemah, adik sudah ti-" Kaizo sumbat mulut adiknya dengan donut lobak merah. Lynna hanya gelengkan kepala

"Banyak bunyi betul budak ni" kata Kaizo sambil melihat Fang makan donut lobak merahnya

"Hehehe... kasihan kau Fang. Soalan seterusnya untuk Fang. Apasal Fang kuat asyik dibuli? Dia nak minta resepi jadi adik yang kuat seperti Fang" tanya Probe

"Entah.. aku mana ada resepi nak jadi kuat tapi kalau sudah tiap-tiap hari kena dengan latihan tempur, mesti jadi kuat. Contohnya si Lily tu" kata Fang. semua pandang Lily, Lily hanya melambai sambil tersengih

"Patutlah saya tengok Lily ni macam ada muscle sedikit" Probe melihat Lily lama-lama, memang ada muscle sedikit "Soalan ini datang dari sarahiko. Dia setuju kalau Kapten Kaizo dan Lynna bercinta! Soalan untuk dia khas untuk Fang. Kalau Fang sayangkan abang dia, dia nak Fang cium pipi Kapten Kaizo"

"Kacang aje tu" kata Fang. Dia cium pipi abang dia berkali-kali. Dia peluk abang dia "Sayang abang!" Selepas itu dia lepaskan pelukan dia. Kaizo hanya lap pipi dia kena cium tadi. Muka dia serius sahaja dan Fang pula terus bermasam muka "Bukan nak bagi senyum" kata Fang tetapi pipi dia pula di cium oleh Rizu "Eh?" Rizu senyum kepada Fang "Terima kasih Rizu"

"Sama-sama!" kata Rizu tapi Kaizo rasa sedikit cemburu. Dia tidak mahu kalah dengan budak kecil itu dan dia pula cium pipi adiknya si Fang. Terus Fang tersenyum besari di atas pentas

"Haih, ini kes main cium-cium pipi pula.. apa kata kak Lynna cium pipi saya pula"

"Boleh" kata Lynna tapi Fang tampar Probe dan berpusing-pusing kepala besi Probe. Lynna tergelak melihat gelagat lawak tadi

"Aduhai.. kena tampar pula. Baiklah, soalan terakhir dia untuk Fang juga. Fang sayang Boboiboy tak? Kalau sayang, sejauh mana Fang sayangkan Boboiboy?"

"Mestilah sayang, dia kan kawan baik aku! Sahabat sejati aku! Sejauh mana tu.. entahlah" jawab Fang

"Fang ni asyik jawab entah aje.. isk isk isk.. seterusnya dari Lily!" Probe melambai-lambai ke arah Lily yang ceria semacam itu

"YEAHHH! SOALAN DARI AKU!" Lily melompat-lompat di atas kerusi. Ratu Lily rasa macam nak sahaja cakar kaki Lily itu, bagi dia duduk diam "Dan aku Lily! Tidak setuju melihat mereka berdua bercinta cintun tapi dia orang sesuai menjadi sahabat. Tapi..."

"Ada tapi lagi?" tanya Probe

"Tapi kalau dia orang rapat macam tu memang sweet sangat sangat!" kata Lily dengan nada ceria dia. Fang dan Rizu bangun dari sofa itu dan tolak Lynna duduk rapat-rapat dengan abang dia tapi Lynna berganjat sedikit sebab tak nak duduk terlampau dekat sangat

"Sudahlah tu Fang, jangan nak paksa sangat" kata Probe "Soalan dia untuk Kapten Kaizo" Kaizo sudah bersedia untuk mendengar soalan merapu dari Lily "Kuasa tenaga tu sebenarnya dari helmet yang Kapten Kaizo pakai atau dari jam kuasa atau dari tenaga sendiri. Dia cakap kapten ni banyak sangat tenaga atau jam itu hiasan sahaja" Kaizo melihat jam kuasa dia yang keemas-emasan itu "Pernah buka tak helmet itu? Lily nak pakai boleh tak?" Lily terus tersengih "dan kenapa suka bagi dia latihan tempur, why itik hot? why!"

"Itik hot?" Lynna terus bisik dekat telinga Kaizo "Oh begitu rupanya. Jawapan untuk kau Lily, helmet itu bukan perhiasan ia adalah untuk menggandakan jam tangan kuasa aku iaitu kuasa tenaga dan jam tangan kuasa aku bukan perhiasan! aku rasa kau sudah tiap-tiap hari melihat aku tanpa pakai helmet itu dan kau tidak boleh pinjam helmet itu sebab aku tahu kau akan hancurkan helmet aku. Jawapan terakhir soalan kau, aku bagi latihan tempur dekat kau sebab kau suka sangat cari pasal dengan aku! NAK KENA LAGI DENGAN LATIHAN TEMPUR AKU?"

"Errrr... jawapan saya.. entah" Lily tersengih lagi

"Bagi aje Kaizo" Ratu Lily cuba hasut Kaizo tetapi Ratu Lily kena cekik dengan Lily. Probe abaikan sahaja gelagat mereka berdua

"Soalan terakhir dari Lily untuk Lynna! Macam mana Lynna boleh rapat dengan mereka berdua" Probe tunjuk Kaizo dan Fang "adakah Lynna asal seorang puteri dari kerajaan mana-mana?"

"Akak pada mulanya rapat dengan Kaizo. Dia yang mulakan dulu, dia yang asyik cerita tentang adik dia dan dari situ kami mula rapat. Akak seorang puteri dari dunia lain tapi kerajaan itu, akak suruh orang lain tolong memerintahkan"

"Wah! Tak tahu pula si landak dan si itik berkawan dengan seorang puteri. Patutlah Lynna seorang yang lemah lembut" kata Probe yang sangat teruja "Kalau Lynna adalah seorang puteri, Kapten Kaizo adalah seorang putera galaxy! Sesuai sangatlah tu"

"SESUAI APA KEBENDANYA!" Probe sedikit lagi nak kena cantas dengan pedang tenaga Kaizo "Jangan nak berlawak sangat, baca soalan kamu yang seterusnya"

"Ba-baik Kapten Kaizo" Probe menggigil seketika "Soalan ini datang dari Kaiza, soalan dia untuk Fang. Cuba Fang bayangkan kena jaga semua anak Kapten Kaizo, siang, malam, petang, tengahari sampai Fang sendiri tak boleh tidur" Probe ketawa sedikit

"Abang sayang ku jangan kahwin ok. Kalau abang nak kahwin juga, abang kahwin dengan kak Lynna sahaja sebab adik tahu dia tak kan buat begitu dekat adik" merayu-rayu Fang kepada abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Dia hanya tersenyum sinis sahaja "Abang janganlah fikirkan yang bukan-bukan.. KAK LYNNA! TENGOK ABANG TU! DIA MESTI NAK BULI ADIK!"

"Hmmm.. akak tak boleh nak halang, lagi di halang, lagi dia buat" kata Lynna. Fang mula berapi-api dengan abang dia. Kaizo hanya tersenyum sinis

"Hehehe.. macam manalah kehidupan dia nanti. Adakah anda semua dapat bayangkan? Mesti lagi menarik kan kan kan" tanya Probe kepada para penonton "Kalau para readers nak bayangkan, silakan" Lily tengah bayangkan itik hot ada banyak anak-anak itik yang comel-comel tapi semuanya di jaga oleh landak seekor, manakala itik hot pergi ke angkasa lepas untuk jalankan misi dia. Eh kejap, bini si itik hot mana? fikir Lily. Mesti dia bawa sekali dan tinggalkan anak-anak itik dekat bumi bersama dengan landak, terus Lily ketawa sedikit. Ratu Lily melihat sahaja Lily ketawa sorang-sorang. Mereka hari ini terpaksa duduk bersebelahan

"Haruko1212 jawab, boleh kot tapi rasa pelik dan tak dapat nak dibayangkan kalau Kapten Kaizo bercinta. Saya pun rasa pelik. Oh yea, dia ada cabaran untuk Kapten Kaizo dan Lynna. Dia nak kamu berdua nyanyikan lagu My Endless love" tetapi Kaizo dan Lynna gelengkan kepala kerana tidak mahu nyanyi lagu itu. Takut akan menjadi jangkal, pelik atau kekok pula nanti. Probe tak dapat nak bayangkan bagaiman keadaan Kaizo dan Lynna akan nyanyi lagu tersebut "Soalan dia untuk adik itik atau lebih dikenali sebagai Fang.."

"Adik itik?!" Fang bertambah berapi-api lagi tetapi dia menahan kemarahan dia. Rizu cuba bagi donut lobak merah kepada Fang untuk tenangkan abang kesayangan dia. Lalu Fang mengambil donut lobak merah itu dan kemarahan dia semakin menurun

"Soalan dia berbunyi begini, Apa rasanya kena latihan tempur versi hantu, menakutkan, penat atau ada yang lain? boleh tak dia nak cuba latihan tempur itu? Hah! Boleh, boleh.. kelas latihan tempur versi hantu ada tapi kena bayar RM 10!"

"Cheh, sempat lagi kau ni" Probe tersengih kepada Fang "Latihan tempur versi hantu tu, memang menakutkan. Kalau tak percaya, tanya si Gopal tu. Entah berapa kali dia asyik menjerit lepas tu pengsan"

"Dey! Kau ingat senang ke latihan tempur versi hantu tu! TAKUT TAHU TAK! TAKUT! ABANG KAU TU GILA MACAM HANTU GILA! MACAM MANA AKU TAK PENGSAN"

"Oh, kau kata aku gila yea" Kaizo terus berikan senyuman sinis kepada Gopal "Esok kita adakan latihan tempur versi hantu lagi" Gopal menelan ludah dan kalau dia lari pun, mesti Kaizo akan mencari dia sampai dapat

"Terus takut si Gopal tu. Soalan kedua untuk Lynna. Boleh tak Lynna menjadi seorang kakak kepada dia?" kata Probe

"Boleh sahaja Haruko1212 tapi kalau ada orang cemburu tak tentu pasal, Haruko1212 kenalah pandai-pandai tenangkan dia" kata Lynna sambil tunjuk ke arah Fang yang sedang menikmati donut lobak merah

"Ini pula datang dari Nitaaaa! Dia cakap dia lebih suka kalau Kapten Kaizo dan Lynna berkawan sahaja, dia suka pula melihat Lynna nasihatkan Kapten Kaizo" Kaizo bermasam muka dengan Lynna "Baiklah, soalan untuk Fang, berapa banyak anak patung landak dan itik Fang miliki? dia nak satu boleh?"

"Berapa banyak yea... tak ingat pula tapi semua itu AKU YANG PUNYA! Kalau nak, beli sendiri!" marah Fang

"Kakak Nitaaaa jangan risau, nanti Pizu hantar satu anak patung landak tapi Pizu beli yang baru lah" Rizu terus tersenyum di hadapan kamera

"Soalan untuk Fang lagi, Fang sudah mendapat kawan dekat kelas 6 Jahanam dan masih lagi bergaduh dengan Bella dan Zakwan?" Fang merampas microphone itu dari tangan Probe dan lalu dia bercakap

"Kelas 6 Jahanam tu, memang jahanam! Sorang pun tak sudi nak berkawan dengan aku tapi aku pun tak sudi nak berkawan dengan korang! Aku lebih hebat daripada korang" Boboiboy menepuk dahinya, manakala Yaya dan Ying gelengkan kepala. Gopal tersenyum kambing sorang-sorang dan Lynna pula tengah suapkan kek chocolate dekat Rizu. Kaizo dengan muka tiada perasaan dia "Dia orang berdua tu.. si perasan dan si pembuli tu, aku masih lagi bergaduh dengan dia orang. Jangan harap aku nak berbaik dengan budak dua orang tu" Probe rampas balik microphone itu

"Haih, kalau nak marah pun.. janganlah rampas microphone aku" Fang terus ketuk kepala Probe "Ketuklah aku ni, landak. Baiklah, soalan seterusnya untuk Lynna! Semasa Lynna nasihatkan Kaizo dan Fang, mana satu buat Lynna tahan kesabaran? dan mana satu yang paling degil dan nakal bagi Lynna?"

"Kalau bagi nasihat Fang, Lynna tak perlu banyak bersabar sebab dia banyak dengar nasihat Lynna" Lynna selerakkan rambut Fang yang sedang buat muka comel itu "Kalau dengan Kaizo pula.." dia lihat ke kiri dia "Kena banyak bersabar dengan dia. Banyak kali juga hampir bergaduh dengan dia" Lynna usik-usik muka Kaizo yang bermasam muka sahaja tetapi tiada senyuman yang Lynna dapat "Paling nakal dan degil sekali mestilah Fang tapi Fang budak baik, betul tak?"

"Betul tu!"

"Budak baik.. kalau dengan Lynna aje, terus kau jadi budak baik" kata Kaizo. Dia dan Fang bertentang mata dan dua-dua buat muka masam "Kalau aku bagi Lynna tak datang ke sini sebulan, baru kau tahu!"

"Eleh, nanti abang juga panggil kak Lynna sebab nak minta tolongkan"

"ITU SEBAB KAU SUKA SANGAT CARI MASALAH!"

"MANA ADA! MASALAH YANG SUKA CARI ADIK!" Lynna terpaksa tutup telinga sebab dua-dua tengah menjerit

"YER KE! KAU JANGAN NAK BUAT CERITA!"

"SUDAHHHH! JANGAN NAK BERGADUH LAGI!" Lynna pula kali ini menjerit kepada mereka berdua dan terus mereka bertiga bergaduh. Lynna gagal leraikan pergaduhan antara adik dan abang. Rizu pula makan kek lobak merah berserta dengan teh hijau bersama dengan Probe

"Kita akan kembali selepas ini" kata Probe

---------------------------------

"Selamat kembali semua! Nampaknya semuanya sudah selesai bergaduh" Kaizo dan Fang bermasam muka tetapi Lynna buat seperti biasa walaupun hati dia cukup geram dengan mereka berdua "Baiklah, soalan dari nitaaa untuk Kaizo. Kenapa Kapten Kaizo masak terlampau masin sangat?"

"Sebab aku tak reti masak macam si budak Pang ni. Nak suruh dia masak, asyik merungut sahaja, jadi aku masaklah bagi masin, biar dia makan"

"Dengar tu kak Lynna, abang suka sangat buat Fang sakit perut. Nanti kak Lynna marah dia lagi ok!" mengadu Fang kepada Lynna

"Cheh, itu pun kau nak mengadu. Takpe.. jaga kau nanti Pang" Fang menjelir lidah kepada abangnya. Kaizo menggenggam tangannya dan Lynna tahan sabar dengan perangai mereka berdua

"Sabar yea Lynna" kata Probe "Oh yea, Nitaaa ni juga ada cabaran untuk Kapten Kaizo, dia cabar Kapten Kaizo jangan marah sesiapa, lebih-lebih lagi si landak tu selama 4 hari! Kapten Kaizo kena bersikap lemah lembut dan sabar dengan si landak"

"Lemah lembut? Sabar? MACAM MANA AKU NAK LEMAH LEMBUT KALAU BUDAK NI SUKA SANGAT CARI MASALAH!" Terus Lynna bagi teh hijau untuk tenangkan Kaizo "Terima kasih" Kaizo minum teh hijau itu "Ketenangan" Lynna tergelak melihat wajah Kaizo kembali tenang

"Pandai kak Lynna tenangkan abang" Fang peluk tangan Lynna. Rizu masih lagi tengah makan

"Baiklah, kita ada soalan dari kawan Nitaaa dan nama dia adalah Nadia! HAI NADIA! Dia tanya Kapten Kaizo apa khabar? Dia khabar baik, sentiasa sihat dan bertenaga. Kenapa muka Fang dan Kapten Kaizo tak sama? dan kenapa Kapten Kaizo lebih kacak, bergaya dan kuat daripada Fang?"

"Sebab aku ikut muka ayah aku dan adik aku ikut muka ibu aku. Aku lebih kuat daripada si Pang sebab aku selalu bersenam dan selalu menjalani latihan tempur daripada si budak pemalas degil ni" Fang buat-buat tak dengar, dia mahu bermanja dengan Lynna sahaja

"Tapi... Kapten Kaizo memang lebih kacak daripada si Pang kan?" Kaizo hanya angkat kening sebelah sahaja "Errr... apa maksud tu"

"Maksudnya abang tu lebih kacak dan bergaya daripada aku lah TAPI AKU LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY!" Boboiboy menepuk dahinya

"Cheh, tak habis-habis lagi nak lagi hebat dari Boboiboy padahal Boboiboy lagi hebat daripada dia" Probe tergelak sedikit. Fang mula keluarkan aura-aura bayang dia tetapi Probe buat-buat tidak nampak. Dia teruskan sahaja dengan reader yang seterusnya "Ini pula datang dari Sakura No Hana, dia tiada soalan untuk sesiapa tetapi dia nak Kapten Kaizo untuk diri dia sahaja! Sebab dia cintakan Kapten Kaizo dan dia akan rasa pelik apabila Kapten Kaizo bercinta"

"Dey! itu bukan jawapan dari dia lah" muncul Gopal. Dia ada di atas pentas sebab nak makan kek chocolate bersama Rizu "Jawapan dia ialah NO sebab dia rasa pelik Kapten Kaizo bercinta. Yang kau nak melebih apasal"

"Hehehehe.. maaf yea Sakura No Hana tapi... APASAL KAU ADA DEKAT ATAS PENTAS PULA?!" Terus Gopal lari bersama dengan kek chocolate "Aduh, pantang nampak makanan betul si Gopal ni. Baiklah, seterusnya datang dari aquamarine2602, bukan aquarium yea. Jawapan dia adalah YA! Kerana Lynna dapat mengawal Kaizo yang garang itu! Soalan dia untuk Kapten Kaizo, kenapa Kapten Kaizo tak nak berkahwin? bukan umur Kapten Kaizo sudah mencukupi ke?"

"Aku kahwin? Baik aku selesaikan misi-misi aku daripada berkahwin"

"Hah! betul tu abang! Abang buat banyak misi abang dan jangan fikirkan pasal kahwin" Fang sibuk nak tambahkan lagi "Ingat tau abang, jangan fikir pasal kahwin"

"Tapi abang Fang.. kalau abang Paizo kahwin dengan kakak Lynna, abang Fang ok pula?" kata Rizu dengan mulut penuh dia

"Errr... itu cerita lain" Fang tersengih

"Cerita lain? Fang ni memang berharap sangat ke akak kahwin dengan abang Fang?" tanya Lynna. Fang cuma tersengih sahaja, dia tidak mahu beritahu perkara yang sebenarnya. Lynna perhatikan sahaja Fang kerana dia rasa pelik dengan sikap Fang kalau sebut pasal kahwin dekat abang dia si itik Kaizo tu

"Biarkan ajelah Lynna.. kita sambung balik yea. Soalan ini untuk Lynna, siapa yang sesuai untuk menjadi boyfriend Lynna? dan apakah ciri-ciri lelaki idaman Lynna?" Probe siap keluarkan pensil dan nota sekali. Bukan dia sahaja, para penonton lelaki yang lain pun sama juga kecuali Boboiboy dan Gopal

"Hmmm... rasanya yang sesuai untuk menjadi boyfriend Lynna. Orang itu mesti faham dengan kehidupan Lynna, mesti faham situasi Lynna yang selalu kena serang dengan musuh, pandai jaga rahsia Lynna, tak sakitkan hati Lynna dan kalau boleh, dia kena sentiasa bersiap sedia dengan serangan dari ancaman musuh Lynna dan tidak takut dengan diri sebenar Lynna"

"Kak Lynna pernah ke ada lelaki takut dengan diri kak Lynna sebenarnya?" tanya Rizu tapi Lynna hanya senyap sahaja. Dia tidak mahu bercerita dan terus dia sambung balik menjawap soalan Probe tadi

"Ciri-ciri idaman lelaki Lynna ialah dia seorang yang baik, sabar, tabah, berani, pandai jaga hati Lynna dan Lynna tak kisah kalau dia seseorang seperti Lynna mempunyai kuasa atau hanyalah manusia biasa sahaja tapi yang penting, dia menerima Lynna dengan seadanya" Fang tunjuk abang dia sambil tersengih tapi Lynna berikan Fang renungan maut kepadanya. Terus hati Fang kecewa

"Terima kasih Lynna.. nampaknya ciri-ciri itu mesti ada dekat sesiapa yang ada dekat studio markas kotak ni tapi good luck kepada sesiapa yang ingin mencuba menawan hati Lynna" Probe tergelak sedikit "Baiklah, ini pula untuk Fang. Oh yea, dia nak melihat Fang jadi tak betul sampai pening kepala Kapten Kaizo. Bolehkan?"

"Hmmm.. entah, boleh kot" Kaizo merenung tajam dekat adiknya "Hehehe.. macam abang tak bagi sahaja"

"Kalau tak bagi, landak jawap soalan dia. Sanggup ke Fang abang sendiri mati dan pernah tak Fang benci dengan abang kamu sendiri yang ganas tu?"

"Tak sanggup! Dialah satu-satunya abang aku! Fang sayangkan abang dan Fang pernah bencikan abang sebab abang selalu ganas, garang dan tegas dengan adik tapi adik faham kenapa abang buat begitu. Abang nak tengok adik kuat macam abang. Abang tak nak tengok diri adik ni lemah" Probe rasa terharu pula, dia pura-pura menangis. Fang terus peluk abangnya dan Kaizo membelai kepala adiknya "Terima kasih abang"

"Sama-sama" kata Kaizo dengan suara yang tenang. Lynna menangis sedikit melihat kemesraan mereka. Rizu tersenyum. Manakala Lily dan Ratu Lily menangis dalam pelukan, entah kenapa hari ini mereka berdua kurang bergaduh dan berbaik sedikit kepada sesama sendiri.

"Seterusnya, datang dari GadisBintang dan jawapan dia ialah YA! sebab Lynna sorang sahaja boleh tenangkan Kapten Kaizo" kata Probe "Soalan dia untuk Fang, tak penat ke asyik marah Bella sebab suka sangat cari pasal dengan Fang?"

"Siapa cakap tak penat! AKU CUKUP TENSION DENGAN BUDAK PEREMPUAN TU! MEMANG NAK KENA TENDANG BUDAK TU!"

"Fang, tak baik tendang budak perempuan"

"Maaf kak Lynna. Saya cuma cakap sahaja, tapi tak buat pun" Fang tersengih "Tapi saya memang tension dan stress dengan perangai dia tu"

"Takpelah Fang, Fang bawak bersabar sahaja. Jangan stress sangat ok"

"Terima kasih kak Lynna"

"Kenapa Fang tak peluk Lynna?" tanya Probe

"Takut abang cemburu pulak nanti" Kaizo mengangkat kening sebelah dia sambil melihat adiknya yang sedang buat muka comel

"Begitu rupanya.. soalan dia untuk Kapten Kaizo, kenapa Kapten Kaizo tak boleh makan durian? Apasal lah aku tak bawa durian hari ini.. aduhai" Probe cari dalam peti sejuk sekejap, kot-kot ada durian ke tapi semuanya hanyalah formula dari encik bos dia "Takde pulak durian"

"Kau nak tengok aku ceria semacam ke?"

"NAK!" Fang yang jawab "Abang akan jadi ceria tapi emosi terlebih" Fang ketawa apabila teringat tentang episode abang dia makan durian. Dia rindukan abang dia yang ceria, tak henti senyum, emosi terlebih dan tak marah-marah dia tapi dia lebih suka abang dia yang garang "Rindunya episode tu" bisik Fang

"Soalan terakhir dari GadisBintang untuk Lynna. Adakah keluarga tahu tentang kuasa Lynna?"

"Tak, mereka tidak tahu sebenarnya. Saya terpaksa rahsiakan kuasa saya daripada mereka"

"Kasihan kak Lynna. Patutlah kak Lynna selalu datang ke sini sebab kak Lynna bebas nak gunakan kuasa. Tiada siapa nak mempersoalkan kak Lynna" kata Fang "Kak Lynna tinggal ajelah dekat Pulau Rintis. Boleh Fang datang rumah kak Lynna tiap-tiap hari"

"Bolehlah abang pergi tinggalkan kau dekat bumi dengan Lynna. Kau nak?" Fang tersenyum lebar, mata dia bersinar-sinar melihat abangnya "Cheh, suka pula kau ni" kata Kaizo

"Kita ada jawapan dari Guest pula, jawapan dia tidak sebab Kapten Kaizo pernah sendiri berkata membuang masa sahaja bercinta" kata Probe

"Pandai kata guest tu! Buang masa aku sahaja nak bercinta" kata Kaizo dengan nada bangga dia

"Betul tu! Lagipun Kapten Kaizo masih muda lagi kan kan kan kan" Probe tergelak sedikit "Seterusnya datang dari dava juniawan. Soalan untuk Kapten Kaizo, pedang Kapten Kaizo diperbuat daripada apa?"

"Diperbuat daripada kuasa tenaga aku. Kenapa? nak aku cantas kau ke wahai pemberi soalan?"

"Jangan Kapten, dia hanya bertanya sahaja" Kaizo terus tak jadi nak keluarkan pedang tenaga dia "Soalan seterusnya untuk Fang. Kenapa Fang mahu lebih popular daripada Boboiboy? Padahal popularity Fang lebih bawah daripada Boboiboy"

"Sebab aku nak jadi popular lah, kenapa? tak boleh ke? Kalau Boboiboy lebih popular daripada aku. AKU LEBIH HEBAT DARIPADA DIA.. HAHAHAHAHAAA!" Fang ketawa besar di atas pentas sampai Rizu terpaksa sumbat donut lobak merah dalam mulut abang kesayangan dia. Terus dia berhenti ketawa

"Belagak betul" bisik Boboiboy

"Pandai betul Rizu tenangkan si landak ni" Rizu hanya tersenyum lebar sambil melihat Probe membelai rambut dia "Baiklah, seterusnya dari Hwang635. Dia cakap dia tidak begitu suka kalau Kapten Kaizo dan Lynna bercinta kerana dia lebih minat dengan brotherly love dan juga friendship! Jangan risau Hwang635, dia orang hanya kawan baik sahaja, hanyalah teman tapi mesra! tapi kalau dia orang TERjatuh cinta.. jangan salahkan author, salahkan mereka. Kalau nak bunuh cinta mereka, saya alu-alukan!"

"Eh, begitu pula" kata Lynna "Tak baik bunuh cinta orang lain"

"Hehehehe.. saya bergurau aje" Probe tersengih "Pertanyaan dia untuk Fang, adakah Mikey seorang sahaja kawan baik kamu ketika masa dahulu, tiada yang lain? dan apa cita-cita Fang?"

Fang menghela nafas apabila teringat tentang nasib Mikey. Dia terasa dia ingin menangis tetapi dia tabahkan hati "Yea, Mikey seorang sahaja kawan yang saya ada dulu sebelum abang menghalang persahabatan kita" Kaizo rasa bersalah pula, kalau dia tidak menghalang. Sudah tentu Mikey masih hidup lagi sekarang ini "Saya tiada kawan yang lain, abang tidak benarkan saya berkawan" Air mata Fang mengalir keluar dan terus dia menangis di dalam pelukan Lynna. Rizu rasa sedih pula dengan nasib abang kesayangan dia

"Tapi sekarang Fang sudah ada 4 sahabat sejati kan.. jangan nangis-nangis lagi yea landak" kata Probe. Lily dan Ratu Lily pun rasa nak menangis juga tapi mereka menahan air mata mereka. Fang lepaskan pelukan Lynna dan lap air matanya untuk jawap soalan kedua dia

"Cita-cita Fang.. Fang sendiri pun tidak tahu apa cita-cita Fang sebab tak pernah nak fikirkan" terus air muka Fang menjadi lebih sedih. Studio markas kotak menjadi senyap seketika. Ada yang fikirkan Fang akan ikut abang dia pergi dengan misi abang dia nanti, mungkin sebab itu Fang tidak pernah fikirkan tentang cita-cita dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying berharap sangat Fang jangan tinggalkan mereka. Lily dan Ratu Lily tak kisah kalau Fang dan Kaizo pergi meninggalkan bumi sebab mereka dapat berebutkan Boboiboy secara aman

"Baiklah, kita sambung dengan soalan seterusnya untuk Kapten Kaizo. Kenapa Kapten Kaizo menunjuk kasih sayang kepada Fang dengan cara membuli, kenapa tidak dengan berpelukan dan bermanjaan?"

"Nak tengok aku bermanja dengan si Pang? PANG! SINI SEKEJAP!" Fang letakkan scone dia di atas piring kecil dan terus pergi ke arah abang dia. Kaizo peluk dan membelai rambut Fang tanpa rasa malu

"Apasal abang tiba-tiba peluk adik?" tanya Fang

"Sebab ada orang tanya kenapa abang selalu buli dengan menunjukkan kasih sayang. Jadi abang bagilah jawapan dengan peluk adik. Kau tahukan abang sentiasa sayangkan adik walaupun sudah banyak kali kena buli dengan abang"

"Tahu abang" Fang membalas balik pelukan abang dia

"Kenapa hari ini banyak sangat adenga terharu.. terharu aku hari ini" Probe menangis di situ. Para penonton pun rasa terharu juga. Lynna dan Rizu hanya tersenyum sahaja "Mari kita sambung balik, ini datang dari Ililara. Dia cakap Kapten Kaizo dan Lynna sepadan dan dia setuju sahaja kalau mereka nak bercinta. Soalan dia untuk Fang, semasa Fang katakan tak gunakan tusukan bayang untuk membelasah kawan baik dia iaitu Gopal" Gopal terus terduduk tegak "Tapi kenapa masa episode 24 musim ke 3, Fang gunakan kuasa itu untuk menyerang Boboiboy? Dia juga nak Fang ikhlas minta maaf dekat Boboiboy"

"Aku sudah minta maaf dekat dia pun lagipun masa tu abang yang paksa adik serang Boboiboy" suara Fang bertukar sedih "Adik sebenarnya tak sanggup nak buat begitu dekat kawan adik tapi adik terpaksa kerana adik tidak mahu lawan kata-kata abang"

"Maafkan abang yea adik" Fang peluk abang dia lagi sekali. Semua rasa terharu lagi sekali. Probe siap sediakan kotak tisu untuk setiap seorang "Abang tahu adik setia dengan abang tapi abang paksa adik menjadi pembelot terhadap kawan-kawan adik"

"Sudahlah tu Kaizo, Fang. Itu semuanya kisah lama. Sekarang semuanya sudah berubah" kata Lynna. Dia belai rambut Fang sedikit. Rizu rasa bahagia pula melihat Kaizo, Lynna dan Fang bersama

"Sudah sudah lah tu, asyik nak terharu sahaja. Sambung balik dengan sesi soal jawab kau" Gopal muncul balik di atas pentas sebab nak bawa lari sandwich chocolate. Dia terus lari dengan roti sandwich chocolate

"Baiklah, soalan berikutnya. Soalan ini untuk Lynna, dia bertanya Lynna tahan ke berkawan dengan orang seperti Kapten Kaizo yang garang dan adik dia si landak yang panas baran tu?"

"Lynna tahan sahaja dengan perangai mereka, Probe. Lebih-lebih lagi Kaizo yang garang tu tapi Lynna pun ada kawan yang garang seperti Kaizo tapi tentang panas baran tu, Fang tidak pernah marah Lynna lagi" Lynna fikir balik, pernah ke Fang marah diri dia "Rasanya tiada kot, kalau ada pun, mungkin Lynna lupa"

"Fang tak sanggup nak marah kak Lynna sebab kak Lynna sentiasa baik dengan Fang"

"Nak terharu ke tak ni.. terharu ajelah" Probe pura-pura menangis sekejap "Soalan untuk Kapten Kaizo, kenapa Kapten Kaizo tak berubah di dalam Boboiboy Galaxy?"

Belum sempat Kaizo nak menjawab, Fang telah jawabkan "Senang sahaja! Abang aku pakai botox!"

"APA KAU CAKAP! KAU NAK KENA DENGAN AKU! PEDANG TENAGA!" Terus Fang kena kejar dengan abang dia. Habis satu markas kotak Kaizo kejar Fang

"Errr.. kita akan berehat sebentar" kata Probe

----------------------------------

"Kita sudah kembali! Nampaknya Fang sudah puas dibelasah oleh abangnya. Baiklah! kita sambung balik dengan soalan seterusnya dari adhadeva kirana. Dia bersetuju sahaja kalau Kapten Kaizo bercinta dengan Lynna! Baiklah, soalan dia untuk Kapten Kaizo. Kapten Kaizo apa khabar? dan bagaimana hadiah dia berikan kepada Kapten Kaizo, adakah Kapten Kaizo suka? Hadiah beliau adalah sekotak kopi dan lima novel hantu!"

"Tapi apasal aku tidak terima sekotak kopi?" Fang pura-pura tidak tahu sebab dia yang sorokkan hadiah sekotak kopi itu "Novel cerita hantu itu, terima kasih dan aku khabar baik sahaja" kata Kaizo

"Bagus! nanti saya nak pinjam boleh?" tanya Probe

"Tak boleh" jawab Kaizo

"Adeh, tak boleh pulak" Probe buat suara sedih "Seterusnya datang dari cinta hati ku iaitu Ailsa Cinta! Dia cakap, Kapten Kaizo tu dia punya jadi dia tidak benarkan Lynna bercinta dengan Kapten Kaizo! Boleh pulak macam tu.. soalan dia untuk Kapten Kaizo. Bagaimana perasaan Kapten Kaizo jika Fang berubah menjadi jahat sampai tidak boleh dikalahkan atau kata lain, Fang berubah menjadi Lord of Evil! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAA!" Terus dia kena ketuk oleh Fang

"Perasaan aku akan menjadi sedih dan kecewa. Aku sudah mengajar dia banyak kali menjadi budak baik, yang dia nak jadi budak jahat kenapa? Kalau kau jadi jahat, abang akan berlawan dengan berhabis-habisan sampai kau sedar, FAHAM!"

"Fa-Faham abang. Adik janji tidak akan menjadi jahat!"

"Tahu pun!" kata Kaizo dengan nada garang dia

"Tapi rasanya si landak akan memberontak.. tapi itu semuanya hanyalah tekaan aku semata-mata. Baiklah, soalan seterusnya untuk Lynna si gadis ayu. Siapa yang membuatkan Lynna rasa menjengkelkan atau kesal selain daripada Kaizo?" kata Probe

"Hmm.. rasanya tiada siapa. Lagipun bagi Lynna Kaizo tidak menjengkelkan"

"Tapi bagi aku dia memang menjengkelkan" bisik Lily sebab tidak puas hati dengan Kaizo

"Soalan untuk Fang. Bagaimana mana perasaan Fang jika Fang kehilangan orang-orang tersayang? dan kau sanggup tak bunuh orang macam abang kau?"

"Mestilah sedih, Fang tak sanggup kehilangan orang-orang yang Fang sayang. Lebih-lebih lagi abang dan Fang akan bunuh sesiapa sahaja yang bunuh abang aku atau orang-orang yang Fang sayang! Aku akan membalas dendam!" Aura-aura kegelapan dia keluar secara pelahan-lahan. Rizu nak tenangkan Fang tetapi donut lobak merah sudah pun habis

"Abang Fang! Janganlah fikirkan yang bukan-bukan" kata Rizu

"Maaf Rizu" Fang tenangkan diri dia

"Soalan kita yang seterusnya, datang dari Farel! Jawapan untuk author Lynz ialah terserlah sahajalah kalau mereka berdua nak kahwin ke tak" Mata Fang tiba-tiba bersinar pula. Dia buat muka comel dia lagi "Landak ni sudah tak betul rupanya bila cakap perkataan kahwin. Apa nak jadi dengan kau" Probe dan Rizu gelengkan kepala. Kaizo dan Lynna pandang sahaja Fang yang masih lagi dengan muka comel macam anak kucing "Farel ni ada cabaran untuk Kapten Kaizo. Cabaran dia adalah, jangan marah si landak, tak buli dia, tak seksa dia dan sayangkan si landak selama satu hari!"

"Tapi aku sudah pun buat begitu dekat episode Hukuman. Seminggu aku tak marah dia, tak buli dia dan aku telah berikan kasih sayang dekat dia!" kata Kaizo dengan nada tak puas hati "Tapi kalau nak juga aku jalankan cabaran itu, aku akan tunaikan"

"Hah! Bagus! Lynna jadi tukang pemerhati yea" Probe ketawa sedikit "Soalan untuk Lynna, adakah Lynna anggap Rizu sebagai anak sendiri dan bagaiman perasaan Lynna saat melihat Kaizo dipanggil Paizo"

"ABANG PAIZOO!" jerit Rizu secara tiba-tiba

"Lynna tak anggap Rizu sebagai anak sendiri tapi Lynna anggap dia sebagai adik Lynna sendiri" Dia usap kepala Rizu "Mungkin orang lain nampak Lynna ni ada perasaan keibuan sedikit"

"Tapi kalau kakak Lynna menjadi seorang ibu, mesti kakak Lynna seorang ibu yang terbaik! Sebab kakak Lynna selau melindungi Pizu" Rizu peluk Lynna

"Oh yea, jawapan soalan kedua tu, Lynna rasa nak tergelak sedikit apabila Kaizo bahasakan diri dia Paizo tapi nama Paizo tu comel. Paizo, Pang dan Pizu!" Lynna, Fang dan Rizu ketawa sedikit, manakala Kaizo pula. Wajah tiada perasaan

"Soalan untuk Pang.. maksud saya Fang. Soalan dia, gigi taring Fang tajam tak? Rambut Fang ikut rambut abang kamu ke? apa warna mata kamu? dan adakah Fang akan selamatkan abang kamu jika dia terkena tembakan laser pemusnah walaupun nyawa Fang sebagai taruhan?"

"Gigi taring aku tak setajam macam si Rizu" Rizu tunjuk gigi taring dia yang tajam tu "Rambut aku rambut landak, abang aku rambut macam ekor itik. Itu kata Lily lah. Warna mata aku adalah merah sedikit perang dan aku sanggup selamatkan abang aku sendiri walaupun aku terpaksa korbankan nyawa aku" kata Fang sambil melihat abangnya

"Baiklah! kita sudah berada reader kita yang terakhir iaitu encik melayu! jawapan dia untuk author Lynz adalah! dia setuju dan kalau dia orang kahwin, jangan lupa jemput kami semua!" Probe keluarkan kad kahwin Kaizo dan Lynna "HAH! INI DIA KAD KAHWIN MEREKA!" Padahal itu kad kahwin Probe saja-saja buat

"ITIK NAK KAHWIN?!" Lily pula menjerit kegembiraan

"ABANG NAK KAHWIN?" Mata Fang bersinar-sinar

"YEAHHHH! BOLEH LAH AKU JADI FLOWER GIRL NANTI!" Ratu Lily pun menyibuk juga

"ABANG PAIZO DAN KAK LYNNAAAAA! YEAHHHHH!" Rizu menjerit-jerit di atas pentas. Fang siap baling kelopak bunga dekat Kaizo dan Lynna. Mereka berdua rasa nak menjerit tetapi mereka tahan sahaja sehingga aura-aura hitam mereka keluar. Fang, Lily, Rizu, Probe dan juga Ratu Lily, semuanya berpegang tangan di atas pentas dan berpusing-pusing menari

"YEAH! KAIZO DAN LYNNA KAHWIN!" mereka menjerit kegembiraan "KAHWIN! KAHWIN! KAHWIN!"

Boboiboy menepuk dahinya "Aduh, ini sudah kes teruk ni"

"Sabar ajelah Boboiboy" kata Gopal. Dia dan Boboiboy nampak Kaizo sudah mula hendak hentikan kegilaan Fang, Lily, Rizu, Probe dan Ratu Lily. Lynna cuma minum air teh hijau dia sahaja supaya dia tidak mengamuk

"PEDANG TENAGAAA!" Semua lari lintang pukang. Rizu sorok di belakang Lynna. Fang di bawah kerusi, Lily sudah panjat langsir dan Ratu Lily terus ke alam hantu. Probe pula menggigil di atas pentas "Sebut lagi pasal kahwin, aku akan bagi hukuman sorang demi sorang. TERUSKAN DENGAN SOALAN KAMU!"

"So-soalan dari encik melayu untuk Lynna. Lynna anggap Kaizo sebagai apa?"

"Lynna hanya anggap dia sebagai kawan baik saya sahaja. Tak sangka pula Lynna boleh berkawan dengan alien yang terkuat di galaxy" kata Lynna yang tersenyum sedikit

"Soalan kedua terakhir dari encik melayu. Kenapa Fang terus diseksa, kenapa tak bunuh diri sahaja, boleh jumpa dengan ibu kamu.. isk isk.. nak suruh orang bunuh diri pula. Tak baik tau" kata Probe "Kalau nak dia mati pun, tunggu ajelah encik bos aku berjaya bunuh dia orang, barulah dia boleh berjumpa dengan ibu dan ayah dia"

"Entahnya, tak kan aku nak bunuh diri pula. Kalau nak tahu sangat kenapa aku selalu sangat kena seksa, tanya dekat author tu. Kata watak kegemaran tapi suka sangat seksa aku. Seksalah si Boboiboy tu, kan bagus" kata Fang dengan nada marah dia

"Kasihan Fang tapi author Lynz tetap sayangkan kamu. Baiklah, soalan terakhir untuk Kapten Kaizo. Kenapa Kapten Kaizo seksa si Fang, apasal tak bunuh sahaja? isk isk... asyik bunuh aje si encik melayu ni. Oh yea, dia nak bertarung dengan Kapten Kaizo"

"Bunuh adik aku? Aku tak kan buat begitu terhadap adik aku sendiri kerana aku masih sayangkan dia walaupun aku selalu seksa dia dan kalau kau nak bertarung dengan aku, jumpa aku dekat kapal angkasa malam esok! Kita tengok, siapa lebih hebat" kata Kaizo dengan nada sinis dia

Beep beep beep

"Kita ada soalan lagi rupanya tapi saya rasa, saya kena tulis jawapannya sahaja sebab takut nanti Kapten Kaizo mengamuk tak tentu pasal" Probe menulis jawapannya di atas kertas dan lalu tunjuk di hadapan kamera "Harap guest akan puas hati dengan jawapan ini" Di dalam kertas itu tertulis 'Kaizo Merompak Bank'

"Baiklah, seterusnya soalan dari Nur Alya, soalan pertama dia untuk Kapten Kaizo. Kenapa Kapten Kaizo selalu menjerit dan marah-marah dan kenapa asyik main game sahaja? Kapten Kaizo rasa ada tak musuh baru atau benda pelik akan berlaku?" tanya Probe

"Hmmm.. aku suka menjerit dan marah-marah sebab itu memang sikap aku dan aku bukannya jenis suka main game selalu! Musuh baru belum lagi wujud dan aku berharap benda pelik-pelik tidak akan berlaku di Pulau Rintis tetapi mesti ada juga benda-benda pelik akan berlaku nanti"

"Terima kasih Kapten Kaizo dengan jawapan tadi! Oh yea, cik miss mysteri kita ada hantar sesuatu kepada author Lynz. Miss mysteri ada dekat sini" Probe lambai-lambai ke arah miss mysteri "Dia kata alat mimpi tapi author Lynz tak nak gunakan lagi. Dia kata nanti dulu dan miss mysteri kita ni nak berlawan juga dengan Kapten Kaizo. Boleh boleh! tapi kena ambik nombor giliran dulu yea sebab encik melayu akan bertarung dengan Kapten Kaizo dulu" Probe betulkan suara dia yang sudah serak "Nampaknya, acara sesi soal jawab sudah pun tamat" Probe terbang ke tengah pentas "Saya ada pengumuman dari author Lynz, dengan duka citanya. Hari ini adalah hari terakhir Edisi Malam Minggu. Jadi saya berharap kamu semua sudah terhibur dengan episode-episode Edisi Malam Minggu. Tapi jangan sedih, mungkin author akan kembalikan lagi Edisi Malam Minggu untuk musim ke dua. Jadi, sebagai penutupan kita untuk episode kita yang terakhir, saya mempersembahkan nyanyi dari Boboiboy Halilintar dengan tajuk lagunya iaitu My Immortals"

Boboiboy Halilintar sudah bersedia berdiri di tengah-tengah pentas. Pecahan Boboiboy yang lain, mainkan alat muzik dan terus mainkan lagu melody tersebut

I'm so tired of being here
Suppressed by all my childish fears
And if you have to leave
I wish that you would just leave
'Cause your presence still lingers here
And it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

You used to captivate me by your resonating light
Now I'm bound by the life you left behind
Your face, it haunts my once pleasant dreams
Your voice, it chased away all the sanity in me

These wounds won't seem to heal
This pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me
I've been alone all along

When you cried I'd wipe away all of your tears
When you'd scream I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me
All of me... All of me... All..

"Sekian terima kasih!" kata Halilintar

"Sebelum kita berpisah, saya ingin minta maaf kalau saya ada tersilap kata atau gurauan kasar saya sepanjang saya menjadi host Edisi Malam Minggu. Selamat tinggal semua dan jaga diri baik-baik.. uwaaaaaaa! Oh yea, kalau ada pesanan apa-apa, ucapan ke, surat cinta ke, surat berhenti kerja ke, surat peminat ke, surat kahwin ke untuk watak-watak 'Aku Abang, Kau Adik' ataupun untuk author Lynz sendiri, sila tinggalkan pesanan, ucapan atau surat anda di ruangan review dan mereka akan membacanya" Menangis Probe "Jangan lupa daftarkan nama anda untuk latihan tempur bersama dengan cikgu Kaizo dan cikgu Lynna"

Probe melambai-lambai para penonton dengan perasaan sedih. Kaizo dan Fang makan kek lobak merah bersama dan Lynna kena hantar Rizu pulang ke rumah. Lily dan Ratu Lily menangis kerana tiada lagi tempat untuk mereka bergaduh

"Menyedihkan..."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top