Minggu Pertama
"Kita kembali lagi di Edisi Malam Minggu! dan sayalah host kamu, PROBE THE GREAT! Hari ini kita ada tetamu khas dari Kuala Lumpur!" Probe terbang dari satu ke tempat ke satu tempat "Tapi, sebelum kita mulakan program kita pada malam ini, saya akan bertanya kepada para penonton atau para readers tentang soalan pada minggu lepas. Siapakah yang paling menakutkan, adakah hantu atau Kapten Kaizo? Ramai readers kata hantu.. apa kata para penonton di bawah pula?"
Probe turun dari tempat set dia dia melihat-lihat, siapakah yang akan memberikan jawapan kepadanya. Dia nampak Boboiboy Blaze sedang melompat-lompat untuk menjawap soalan Probe tadi
"Ya! kita ada penonton yang tidak sabar untuk menjawap" Probe terbang ke arah Boboiboy Blaze "Apakah jawapan kamu?"
"HANTU! sebab saya tidak tahu Kapten Kaizo menakutkan tahap mana tapi... " Probe terus beredar dari situ. Boboiboy Blaze tidak sempat untuk habiskan ayat dia
"HAH! GOPAL PULA!" Gopal sedang menutup mukanya dengan tangan, dia tidak mahu menjawap soalan Probe "Apakah jawapan kamu? saya tahu kamu sukakan hantu"
"Errr... kalau saya jawap Hantu Kaizo boleh? sebab dia tue perangai macam hantu.. macam adik dia yang tak gu-" Gopal terpandang renungan tajam Kaizo di belakang set Edisi Malam minggu "Tak tak.. Kapten Kaizo bukan hantu.. hehehehe..."
"Aik?" Probe rasa pelik pula dengan Gopal tetapi di teruskan sahaja dengan program dia "Baiklah, kita akan bawa keluar tetamu khas kita yang cantik, sungguh menawan, sungguh berbudi bahasa yang datang dari jauh iaitu Lynna! Mengikut data-data yang saya dapat, ramai katakan dia adalah teman istimewa Kapten Kaizo tetapi mereka menolak dakwaan itu. Mereka hanyalah kawan biasa sahaja, jadi para readers atau para penonton perempuan, boleh mengurat Kapten Kaizo lagi.. itu pun kalau berjayalah"
Lynna keluar dari belakang set Edisi Malam Minggu dan melambai-lambai para penonton yang tidak begitu ramai. Probe terbang kembali ke setnya "Silakan duduk Lynna"
"Terima kasih Probe" kata Lynna sambil duduk di atas sofa "Terima kasih kerana sudi menjemput saya di Edisi Malam minggu.. tak sangka pula kamu buat program nie"
Probe menjadi malu sebenar "Sebenarnya, ini author yang suruh tapi saya suka jadi pengacara host nie.. sebab best! takdelah saya kena ikut cakap encik bos aje" kata Probe dan lalu dia pandang ke arah kamera "Encik bos jangan risau, saya tetap sayangkan encik bos"
"Lynna nie sebenarnya sudah lama berkawan dengan Kapten Kaizo?"
"Dari tahun lepas lagi saya sudah berkawan dengan dia"
"Oh.. tetapi kenapa korang dua tak... maksud saya kenapa Kapten Kaizo bukan teman istimewa cik Lynna?" Lynna tergelak sedikit apabila dia mendengar soalan itu
"Sebenarnya, saya sudah mempunyai teman istimewa tersendiri" Lynna kenyitkan matanya di kamera. Ada juga yang jatuh hati dengan kenyitkan mata Lynna kecuali Kaizo. Dia hanya mendengar saya perbualan mereka berdua dengan begitu serius
"Ala, Lynna sudah mempunyai teman istimewa" bisik Probe
"Ok... saya akan menjemput tetamu seterusnya! iaitu Kapten Kaizo sendiri!" Para penonton di markas kotak menepuk tangan mereka sambil melihat Kaizo keluar dari set belakang Edisi Malam Minggu. Dia dengan muka serius, tiada senyuman atau lambaian dari dia. Dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Lynna
"Pasangan yang secocok!" kata Probe. Kaizo pandang Probe dengan muka menakutkan dia
"Kau nampak pedang tenaga aku?"
"Nampak.. nampak" Mengigil Probe "saya bergurau sahaja.. maaf Kapten Kaizo" Probe terus betulkan suara takut dia "Encik Kaizo, minggu lepas encik Kaizo meninggalkan rancangan Edisi Malam Minggu sebab saya tanya pasal hantu.. dan saya ingin meminta maaf tentang itu"
"Hmmm... saya maafkan" kata Kaizo
"Dan terima kasih juga kerana sudi datang ke sini lagi.. saya ada soalan untuk encik Kaizo tapi ini berkaitan dengan hantu"
"Hantu lagi?" Kaizo mengangkat kening kanannya
"Ha ah tapi soalan ini datang dari Sakura no Hana... dia ini peminat Encik Kaizo" kata Probe "Baiklah, soalan dari dia adalah, seronok tak baca cerita hantu?"
"Cerita hantu? seronok memang seronok.. tapi kalau takutkan orang, memang lagi menyeronokkan kerana aku suka tengok ketakutan mereka terutama sekali si Gopal" Gopal terus menutup mukanya lagi dengan muka sebab dia tahu Kaizo sedang pandang dia dengan senyuman sinis dia "Dia tue peminat hantu juga macam aku tetapi takut dengan hantu bukan macam aku"
"Saya pun peminat hantu juga! tapi encik bos sudah bakar buku-buku cerita hantu saya" Probe mengelap air mata palsu dia "Sampai hati encik bos... baiklah, soalan seterusnya.. soalan dari Sakura no Hana juga tapi soalan ini untuk cik Lynna"
"Soalan apakah itu?" tanya Lynna
"Soalannya berbunyi begini.. Bolehkah cik Lynna beritahu semua orang di sini dan juga para readers tentang semua kuasa cik Lynna"
"Oh, saya ada kuasa Premonition, letupkan benda.. kalau nak letupkan Probe pun boleh juga"
"Jangan cik Lynna.. saya tiada teman istimewa lagi"
"Gurau aje... lepas tue saya adalah element angin, saya boleh terbang.. lepas tue ada kuasa phoenix, pertama kuasa api" Lynna keluarkan kuasa api dia yang berwarna ungu"
"WAHHHH! API!" Boboiboy Blaze teruja melihat api berwarna ungu itu "Saya pun ada kuasa api juga! BEBOLA API BERKEMB- ADOI! siapa yang baling batu dekat aku nie!" Terus mata Boboiboy Blaze berapi api. Semua buat-buat tidak tahu "SIAPA BUAT! SEBELUM AKU HANCURKAN MARKAS KOTAK NIE!"
"Err.. Boboiboy Blaze, sila duduk.. cik Lynna nak jawab soalan nie"
"Ha ah, Boboiboy Blaze duduk dulu, lepas habis program nie baru boleh musnahkan markas kotak nie" kata Lynna yang hanya bergurau sahaja. Boboiboy Blaze terus sejuk hati kerana suara Lynna tadi sungguh merdu di dengar olehnya
"YEA KE! baiklah! saya akan tunggu sampai habis" kata Boboiboy Blaze yang begitu teruja sekali. Dia tidak sabar untuk membakar markas kotak
"Janganlah bakar markas kotak nie.. nanti encik bos marah saya pula"
Kaizo sudah rasa bosan, dia mahu sahaja bangun dari situ dan pulang ke rumah tetapi dia terpaksa tunggu sehingga program Edisi Malam Minggu tamat. Probe yang sedar dengan kebosanan Kaizo, dia cepat-cepat tanyakan soalan seterusnya untuk Kaizo
"Encik Kaizo, saya ada soalan lagi untuk kamu"
"Soalan lagi?"
"Soalan ini datang dari Lily. Dia tanya, kenapa Encik Kaizo selalu pakai eyeliner? adakah untuk kecantikan?"
"EYELINER?! BILA MASA AKU PAKAI EYELINER! SIAPAKAH LILY INI! ADAKAH KAU NAK KENA LATIHAN TEMPUR DARI AKU!"
"Sabar encik Kaizo, sabar!" mengigil Probe lagi "Ini hanyalah hiburan sahaja"
"Abang aku mana tahu hiburan, dia tahu hanya marah orang, belasah orang, buli adik dia" muncul pula Fang di sebelah Kaizo "Hai semua! sayalah Fang!"
"Err.. bila masa aku panggil kau" Probe berasa pelik melihat kemunculan Fang di set Edisi Malam Minggu
"Ala, aku pun nak masuk TV juga macam abang aku" kata Fang sambil menunjuk peace di kamera. Kaizo menepuk kepala adiknya "Cheh! tak guna punya abang" bisik Fang
"Oh yea, soalan tadi encik Kaizo"
"Soalan tadi... tak, aku tak pakai eyeliner" Sebenarnya Kaizo malas nak mengaku di depan para readers or para penonton "Ini siaran langsung ke?"
"Ha ah, siaran langsung di Pulau Rintis sahaja" kata Probe dengan suara sedih dia, lepas itu dia kembali ceria "Ok, soalan seterusnya.. ini macam soalan untuk aku sahaja.. soalan ini datang dari Dark Prince.. kenapa Boboiboy dalam pecahan, adakah untuk memenuhi tempat duduk studio markas kotak? Ya! betul tue! sebab tiada siapa yang sudi nak datang ke studio markas kotak.. jadi saya paksalah Boboiboy berpecah tujuh. Menyedihkan" Probe melihat sahaja penonton-penonton di bawah, yang ada pun, pecahan Boboiboy, Gopal dan Ochobot "UWAAAA!"
"woi! yang kau nak menangis apasal"
"Hehehe.. maaf Fang.. eh lupa pula, sebenarnya Lily ada satu soalan untuk Fang"
"Soalan untuk aku?"
"Ha ah, dia tanya.. siapakah kawan terbaik Fang di antara kawan-kawan kamu semua" Probe tergelak sedikit "Jawab! jangan tak jawab"
"Err... kawan terbaik aku adalah..." Fang tidak tahu nak jawab apa sebab semua kawan dia kawan terbaik dia
"JAWAB AJELAH BOBOIBOY TUE KAWAN TERBAIK KAU!" Kaizo pula yang tolong jawabkan "ITU PUN KAU TAK BOLEH NAK JAWAB!" Fang dan Lynna menutup telinga mereka kerana jeritan Kaizo begitu kuat sampai sakit telinga mereka
"Aduh! abang nie kalau tak menjerit tak boleh ke?" marah Fang
"Jangan nak bergaduh pula.. ini kan siaran langsung, mana boleh bergaduh di depan kaca TV. Lagipun, kita masih ada beberapa soalan sahaja lagi nie" kata Probe "tapi soalan seterusnya adalah untuk author tapi author tak datang pula hari ini.. jadi siapa nak tukang jawabkan?"
"SAYA" Fang yang mengangkat tangan dia "biar saya yang jawabkan sebab author suka sangat seksa saya sampai saya sendiri yang naik tension, TAHU TAK!"
"Alahai, kasihan Fang" kata Lynna "Mengikut author, Fang kan watak kesayangan dia" kata Lynna lagi
"Tapi.. kenapa diri aku yang menjadi mangsa seksaan dia. KENAPA AKU! WHY MEEEEE!"
"Sudahlah kau Fang, jangan nak berdrama dekat sini.. baiklah, soalan untuk author, soalan ini datang dari Nur Alya.. pernah tak ada readers memaksa author untuk mengambil idea dia sampai naik stress author sendiri? hah! jawab Fang"
"PERNAH! aku tahu siapa readers tue.. yang tukang bagi soalan tue! betul tak betul tak betul tak" kata Fang dengan penuh keyakinan
"Ok, soalan kedua untuk author.. kenapa pilih animasi Boboiboy sebagai fanfiction author?"
"Sebab author nak seksa saya secukup-cukupnya" kata Fang lagi dengan nada tidak puas hati "dan juga sebab animasi Boboiboy adalah katun kegemaran dia" dia terpaksa cakap begitu sebab kena ketuk dengan abang dia
"Bagus juga kamu jawapkan untuk author.. tak payah author datang ke sini sebab sudah ada tukang jawab" kata Probe "Ok, kita ada dua soalan terakhir, soalan pertama khas untuk encik Kaizo, soalan ini dari Candygirlxxx. Soalannya berbunyi begini, kenapa encik Kaizo jadi gila bila tengok kopi? dia nak tahu puncanya"
"Kopi? kalau tengok sahaja memanglah tak jadi gila TAPI KALAU SESIAPA YANG BAGI AKU MINUM KOPI, AKU AKAN MENJADI GILA! SEBAB KOPI ITU MEMBUATKAN AKU LEBIH SEMANGAT, LEBIH BERTENAGA UNTUK LATIHAN TEMPUR! betul tak Gopal dan Boboiboy?"
"Betul Kapten Kaizo" kata pecahan Boboiboy dan Gopal. Mereka tidak boleh lupakan lagi peristimewa itu, dimana mereka kena kejar dengan Kaizo, kena heret ke kapal angkasa, lepas itu latihan tempur tahap gila sampai esoknya, mereka kena demam teruk
"Isk, isk, isk.. kasihan kamu berdua" Probe tunjukkan video dimana Gopal dan Boboiboy kena latihan tempur dengan Kaizo sewaktu dia menjadi gila
"Aik, dari mana Probe dapat video nie?" tanya Lynna
"Hehehehe... itu adalah rahsia" bisik Probe di hadapan kamera "Baiklah, soalan terakhir dari Candygirlxxx untuk author! Fang tolong jawabkan!"
"Soalan apa?"
"Soalannya, dari mana author dapat idea tukarkan Fang jadi perempuan? dari mimpi atau sedar" Probe terbayangkan bagaimana Fang menjadi perempuan dengan perangai panas baran dia "Menakutkan"
"SOALAN APA TUE!"
"jawab ajelah Fang" Probe tergelak kecil sambil fikirkan Fang menjadi seorang gadis
"Yelah yelah... mengikut kata author, idea itu datang dari suka-suka sahaja... bukan dari mimpi tapi masa dia sedar. PUAS HATI?!" Fang berapi api apabila teringat balik episode mimpi dia "Geli aku! selamatlah mimpi sahaja"
"Oh, jadi itulah mimpi yang kau tidak mahu beritahu aku" Fang tersengih sahaja kepada abangnya "Apa nama perempuan kau?" tanya Kaizo
"Nama perempuan dia-" Probe pula yang nak jawabkan soalan itu
"HARIMAU BAYANGG! SERANG DIA!" Probe terus kena kejar dengan harimau bayang Fang
"jangan kejar aku! tolong!" Probe keluar dari markas kotak untuk selamatkan diri dia
"HAHAHA! oklah.. saya akan gantikan tempat Probe" Fang pula yang berdiri di set Edisi Malam Minggu "Edisi hari ini sampai di sini sahaja, terima kasih dengan soalan-soalan dari para readers. Untuk minggu hadapan, kita ada tetamu khas iaitu Rizu, Boboiboy dan juga saya, Fang! sesiapa mahu bertanyakan soalan untuk mereka berdua dan saya, sila hantarkan soalan anda di ruangan review.. orang yang sama pun takpe tetapi hanya dua soalan sahaja! dan hanya untuk Rizu, Boboiboy dan diri saya sahaja, Fang! kita akan berjumpa lagi!"
"Dan ini adalah soalan aku untuk kamu semua" Kaizo pula muncul "Di antara kesemua pecahan Boboiboy, pecahan yang mana kamu suka? dan kenapa?"
"Itu sahaja soalan dari aku" kata Kaizo dengan nada bosan dia "Ini adik aku yang suruh.. kejap lagi, aku akan menghukum dia kerana paksa aku bagi soalan untuk para readers, sekian terima kasih"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top