Minggu ke 8

"Selamat kembali ke EDISI MALAM MINGGU! YEAHHHHH!" Hari ini Probe memakai costume Pikachu sebab author suruh "Comel tak saya pada hari ini? Kalau comel, katakan ya, kalau tidak, katakan tidak" Ramai yang cakap tidak tapi ada setengah yang cakap Ya "Baiklah, hari ini kita ada persembahan istimewa dari seseorang. Disebabkan ada reader yang suruh author nyanyi tetapi author menolak sebab suara dia sumbang. Jadi dia berikan kepada seseorang iaitu LYNNAAAAAA!"

Tirai merah di pentas mulai naik ke atas. Lynna duduk di atas bangku dengan sebuah piano hitam di depannya "Saya akan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk London" Lynna menekan keyboard piano itu

Waste away the days
Waiting on a new age
But time betrays me
And I get older one more year

Walk London's windy streets
Go anywhere but home
'Cause I'm looking for the secrets
That only cobble stones hold
Only the cobble stones know

And I've never been so sure
That after all these years, I'll never learn
That heavenly creatures never come

You've got a knife-throwing kind of love
But your silence cuts the deepest
And I know I've made a mess of things
And I'm sorry for all that
Wish we could get the time back

Because I've never been so sure
That after all these years, I'll never learn
That heavenly creatures never come
Wait for it
Wait for it

Now I'm staring at the sun
As if there's a riddle I'm not in on
'Cause the wolves howl to the Moon
And she never answers back
No, she never answers back

And after all these years, I'll never learn
That heavenly creatures never, never been so sure
That after all these years, I'll never learn
That heavenly creatures never come, oh

Waste away the days
Waiting on a new age

Para penonton memberikan tepukan gemuruh kepada persembahan Lynna tadi "Terima kasih semua" Lynna bangun dari bangku piano itu dan lambai ke arah para penonton

"Wah! Persembahan yang cukup mengagumkan! Baiklah, sementara kita tunggu piano itu diangkat oleh para Boboiboy yang telah berpecah kepada tujuh. Kita bersembang sekejap. Minggu lepas kita mendapat soalan daripada Faye. Soalan itu berbunyi begini, watak manakah yang sesuai menjadi sahabat baik kamu tetapi yang peliknya, tiada siapa nak ambik Boboiboy jadikan dia sebagai kawan baik. Kasihan Boboiboy tapi ramai pula sudi nak jadikan dia sebagai teman istimewa. Lebih-lebih lagi dua Lily yang sentiasa rebutkan Boboiboy" Probe lihat kebelakang dan piano tersebut sudah diangkat

"Nampaknya Piano kita sudah dialihkan. Mari kita mulakan EDISI MALAM MINGGU SEKARANG!" Para penonton di bawah pentas menepuk tangan "Baiklah, tetamu kita yang pertama. Dia adalah musuh kepada Lily, yang sudah pun kalah kepada Lily tetapi dia masih lagi nak pertarung dengan Lily lagi. Mereka berdua tetap berebutkan Boboiboy tetapi Boboiboy hanya anggap mereka sebagai kawan sahaja.. saya mempersilakan, RATU LILY!"

Hari ini tiada kabus atau lagu hantu daripada Ratu Lily. Dia hanya keluar dari belakang pentas sambil melambai-lambai ke arah penonton di bawah pentas. Ratu Lily berpakaian seperti watak Mirajane dalam anime Fairy Tale tapi dalam mode biasa. Lily memandang Ratu Lily dengan tenungan maut dia. Mereka berdua bertentang mata. Ratu Lily sudah bersiap sedia dengan kuku tajam dia, manakala Lily sudah bangun untuk bertinju dengan Ratu Lily tetapi Probe muncul di hadapan pandang Lily. Terus tiada pergaduhan diantara Lily dan Ratu Lily

"Hehehehe.. jangan gaduh-gaduh yea" kata Probe "Tetamu kita yang seterusnya.. dia adalah sebuah robot seperti aku tetapi dia mempunyai kuasa teleportasi. Aku hanya ada tembakan laser pemusnah sahaja tetapi dia tidak boleh bertukar menjadi Mega-Probe! Dia adalah robot kesayangan Boboiboy dan dia adalah OCHOBOT!" Ochobot terbang keluar dengan perasaan malu dia kerana hari ini dia telah bertukar menjadi robot biru. Hari ini Ochobot menjadi anime watak Doraemon

"Hai semua, saya Ochobot tapi hari ini saya jadi Doraemon!" Ochobot melambai-lambai ke arah penonton. Ramai yang rasakan Ochobot nampak comel hari ini tetapi malangnya tiada siapa yang dapat cubit dia sebab dia hanyalah sebuah robot sahaja. Tiba-tiba sahaja Ratu Lily peluk robot comel itu

"Geramnyaaa aku tengok robot ni" kata Ratu Lily

"Aduh, aku juga jadi mangsa kena peluk"

"Hehehe.. kesian. Baiklah, tetamu kita yang terakhir! Dia adalah penulis fanfic Aku Abang, Kau Adik. Author yang suka seksakan Fang, sampai dia sendiri rasa nak belasah Fang sebab tak muncul dalam promo Boboiboy Galaxy dan dia adalah author kita iaitu author Lynz!" Lynz keluar dari belakang pentas dengan perasaan malu sedikit walaupun ini sudah kali kedua dia datang tapi tetap rasa malu

"Hai semua!" kata Lynz sambil tersenyum sedikit. Dia duduk di atas sofa bersama dengan Ratu Lily. Ochobot hanya terapung sahaja di sebelah Lynz

"Sebelum kita mulakan sesi soalan jawab. Saya telah menerima satu alat istimewa yang dapat mengubah sebuah robot kepada manusia untuk sementara waktu. Jadi saya akan tunaikan permintaan Ochobot yang nak sangat jadi manusia" Probe keluarkan alat pengubah bentuk transformasi diri dan lalu dia tembak ke arah Ochobot. Cahaya besar terkena Ochobot dan seluruh badan besi dia bertukar menjadi seorang manusia. Ochobot masih lagi berpakaian costume doreamon tetapi dia tidak kelihatan bulat cuma pipi dia tembam sahaja, ikut macam Boboiboy. Ketinggian dia seperti Rizu

"COMELNYAAA!" Probe cubit-cubit pipi Ochobot "Kamu boleh duduk sebelah author Lynz" Ochobot berjalan sedikit dan lalu jatuh di hadapan Ratu Lily dan Lynz. Dia berasa sedikit malu kerana ini baru pertama kali dia dapat dua pasang kaki "Alahai, kesian dia" kata Probe. Lynz menolong Ochobot untuk berjalan sedikit dan lalu dia duduk di atas sofa bersama Lynz dan Ratu Lily "Hah! Disebabkan Ochobot telah menjadi manusia, khas untuk malam ini sahaja. Saya telah sediakan beberapa jenis makanan untuk Ochobot rasai!" Boboiboy menolak meja beroda ke tengah-tengah pentas. Di atas meja tersebut, terdapat pelbagai jenis makanan termasuklah donut lobak merah

"DONUT LOBAK MERAH!" Fang berlari laju dan mengambil donut itu. Probe melihat kesemua donut lobak merah telah pun hilang dari pinggannya

"Isk isk isk.. hilang terus donut lobak merah. Baiklah, Ochobot boleh makan apa sahaja" kata Probe sambil melihat mata Ochobot bersinar-sinar melihat pelbagai makanan yang ada di atas meja. Terus dia rasa chocolate terlebih dahulu. Dia rasa amat bahagia sekali dan lalu dia makan kesemua chocolate tersebut yang ada di atas meja. Ratu Lily turut makan sekali bersama Ochobot. Mereka berdua gelak ketawa sambil menikmati makanan-makanan yang sedap itu. Lynz hanya gelengkan kepala sahaja "Hehehe.. baiklah, kita mulakan dengan soalan pertama dari Miss Mysteri. Hah! Dia ingin menjadikan Ratu Lily sebagai kawan baik dia!"

Ratu Lily tersembur "YEA KE! Terima kasih kerana sudi menjadi kawan baik saya. Kamu adalah kawan pertama saya. Lily yang tak guna tu selalu halang saya berkawan"

"WEI! BILA MASA PULA AKU HALANG KAU!" marah Lily tetapi Ratu Lily hiraukan sahaja

"Terima kasih miss mysteri. Lain kali datanglah ke dunia hantu ku, boleh kita main bersama" Ratu Lily pura-pura lap air mata palsu dia

"Hehehe.. terharu pula dia. Soalan dari miss mysteri untuk Ratu Lily. Dia ingin tahu kalau Ratu Lily pernah menonton cerita cartoon Danny Phantom, separuh manusia dan separuh hantu. Superhero paling comel kata dia dan Ratu Lily ada haiwan peliharaan tak?" tanya Probe sambil melihat Ratu Lily sedang merasa ice cream chocolate

"Hmmm.. dekat dunia roh tiada television. Jadi jawapan saya, tidak pernah dan saya tiada haiwan peliharaan. Kucing pun takut dengan saya" menangis Ratu Lily dekat situ. Terus seram sejuk semua penonton dekat situ sebab tangisan dia seperti pontianak sedang menangis bersayu-sayu

"Isk isk.. jangan menangis Ratu Lily" pujuk Probe sambil berikan sapu tangan. Ratu Lily mengambil sapu tangan tersebut dan lap air hidungnya "Errr.. Ratu Lily boleh simpan sahaja sapu tangan itu. Seterusnya datang dari JoeyEP dan dia ingin menjadikan Yaya sebagai kawan baik dia kerana Yaya seorang yang pandai, tegas dan budak baik. Soalan dia untuk author Lynz. Dia sangat kagum dengan author kerana dapat update fanfic 'Aku Abang, Kau Adik' pada setiap hari. Apakah rahsia author Lynz?"

"Author sebenarnya tiada rahsia apa-apa pun. Author update setiap hari kerana rasa seronok pula menulis setiap hari tanpa berhenti! Sudah menjadi kebiasaan setiap hari. Kalau tak menulis, rasa tak tenteram pula" kata Lynz dengan suara ceria dia

"Seterusnya dari guest tapi nama disebalik guest ini adalah Sakura No Hana! Betul tak tekaan saya?" Probe menari-nari sedikit kalau tekaan dia betul "Kata dia, dia suka kalau Lynna menjadi best friend dia! sebab Lynna suka bagi nasihat. Baiklah, soalan dia untuk author Lynz. Macam mana author Lynz dapat banyak idea untuk update fanfic author Lynz setiap hari dan siapa yang bagi sokongan dekat author Lynz waktu mula-mula buat fanfic ini?" Ochobot dan Ratu Lily masih lagi tengah makan. Mereka tengah rasa bahagia sekarang ini kerana tiada soalan untuk dijawabkan

"Ada setengah idea datang dari sesetengah cerita yang author menonton tetapi bukan kesemua cerita itu, hanya ambik sedikit sahaja. Kadang-kadang tu idea datang sendiri.."

"Cheh, idea seksakan aku setiap hari adalah" bisik Fang sambil makan donut lobak merah dia yang belum lagi habis. Muka dia muka tidak puas hati sambil memerhatikan Lynz

"Sebenarnya tiada siapa yang berikan sokongan kepada author. Cuma pada waktu tu, author rasa bosan dan tak tahu nak buat apa tapi lama kelamaan, kawan baik author ada baca sedikit apa yang author tulis dekat fanfic ini dan dia berikan sokongan kepada author" kata Lynz

"Kasihan author Lynz tiada siapa nak berikan sokongan pada awalnya tapi sekarang sudah ada!" Lynz menggangguk kepala sambil tersenyum kepada Probe "Ini pula datang dari LizzNP. Dia adalah peminat Fang dan sudah tentu dia mahu Fang menjadi kawan baik dia! sebab Fang tu sebenarnya budak baik dan comel" Terus Fang senyum bangga dekat bawah pentas. Kaizo ketuk kepala adiknya sebab terlampau bangga sangat "Soalan dari dia untuk author Lynz lagi!" Ochobot dan Ratu Lily hanya tersenyum sebab tiada lagi soalan untuk mereka berdua jadi mereka sambung sahaja makan pancake yang penuh dengan syrup "Soalan dia, adakah nama watak Lynna dari nama author Lynz sendiri?"

"Hehehehe... ha ah, nama Lynna tu memang sempena nama author" Lynz tersengih "Tapi jangan salah anggap pula watak Lynna itu adalah author"

"Jangan risau author Lynz. Saya pasti, tiada siapa anggap Lynna itu adalah author sendiri!" kata Probe "Oh yea, Lizz kata nanti kirimkan salam kepada atuk dia yang sudah lama tiada" kata Probe kepada Ratu Lily yang tengah menikmati sandwich tuna pula

"Saya akan sampaikan!" mulut Ratu Lily comot sebab makan chocolate sebentar tadi. Ochobot pun sama juga, comot sampai ke pakaian doraemon dia

"Soalan untuk Kapten Kaizo dari LizzNP" Probe terbang ke bawah dan terapung-apung di sebelah Kaizo "Hah! Kenapa kapten Kaizo menyimpan file-file orang yang kamu kenali dan rapat, terutama sekali si landak berambut cacak. Adakah Kaizo tidak mempercayai mereka?" Kaizo pandang Probe lama-lama. Fang pula pandang abang dia semacam. Lynna pun pandang Kaizo semacam

"PEDANG TENAGA!" Probe hampir nak kena cantas dengan pedang tenaga Kaizo "YANG SIBUK SANGAT NAK AMBIK TAHU KENAPA! ITU ADALAH MAKLUMAT RAHSIA AKU!" Gegar satu studio markas kotak akibat suara garang Kaizo yang begitu kuat seperti ada megaphone di dalam suara dia

"Ma-maaf kapten Kaizo. Bukan saya yang tanya tapi si LizzNP yang tanya. Kapten Kaizo pergi lah buru dia nanti" Probe menggigil terbang ke atas pentas

"Hmm.. takpe, nanti aku akan buru dia" Kaizo bersilang tangan di dadanya dengan muka seriusnya

"Se-se-seterusnya... datang dari Guest yang tiada nama" Probe masih lagi menggigil "Dia ma-mahukan Yaya menjadi best friend dia sebab dia pandai dan baik. Soalan dia untuk author Lynz! banyak betul soalan untuk author Lynz kita pada hari ini" Ochobot dan Ratu Lily rasa selesa sebab tiada soalan untuk mereka lagi, jadi mereka teruskan sahaja dengan makanan mereka

"Makan lagi Ratu Lily, kau makan lagi.. nanti kau akan menjadi gemuk! dan Boboiboy akan menjadi milik aku!" bisik Lily sambil memerhatikan Ratu Lily yang sedang makan itu. Aura-aura hitam dia keluar dan juga tanduk setan dia "Hehehehehee" dia tergelak sedikit dan Faye rasa takut melihat sahabat baik dia yang berubah menjadi jahat sedikit

"Soalan dia adalah, adakah author Lynz suka menonton anime. Kalau suka, adakah kegemaran anime author Lynz dan apakah makanan kegemaran author Lynz?"

"Hmmm.. makanan kegemaran author adalah CHOCOLATE CHIP COOKIES!" terus Ochobot bagi chocolate chip cookies kepada Lynz "WAH! Terima kasih sayang ku comel Ochobot" dia cium-cium pipi Ochobot sampai muka Ochobot naik merah sebab malu

"Hehehehe..." Ochobot tergelak malu

"Author sudah jarang tengok anime tapi dulu author selalu tengok Sailor Moon, Akazukin Chacha, Card Capture Sakura dan Doraemon"

"Hah! Apa kata author Lynz berpakaian macam kita orang! Saya hari ini jadi Pikachu! Jadi author Lynz nak jadi watak mana?" Mata Probe bersinar-sinar untuk memujuk Lynz supaya dia juga turut ber cosplay seperti diri dia

"Errr... kalau author jadi salah satu watak dari anime Akazukin Chacha boleh?" Lynz tersengih kepada Probe

"HAH! Biar Faye bantu author Lynz!" Faye keluarkan alat serba guna dia yang boleh menukar pakaian seseorang. Dia tekan butang di alat tersebut dan menghala ke arah Lynz. Dia terus menukar pakaian Lynz kepada salah satu watak dari anime Akazukin Chacha iaitu watak Dohorty. Rambut Lynz menjadi merah panjang, bertopikan berwarna ungu dan juga bergaun ungu yang labuh "Yeahhhh!" Faye tepuk tangan sorang-sorang. Probe siap tangkap gambar lagi. Ratu Lily dan Ochobot sempat lagi berposing peace dengan Lynz

"Terima kasih Faye!"

"Sama-sama author Lynz" terus dia peluk Lynz dan lalu dia lepaskan "Seterusnya, saya akan menukar semua pakaian kamu!" Faye menukar pakaian para penonton menjadi watak anime masing-masing. Dia dengan idea yang nakal, menukar Lynna dan Kaizo menjadi watak Puteri Serenity dan Tuxedo mask dari anime Sailor Moon. Fang pula menjadi kucing hitam dan tanda bulan sabit di tengah dahinya

"Apa kes aku jadi kucing" bisik Fang

Lynna dan Kaizo terkejut dengan pakaian mereka. Kaizo tanggalkan topengnya dan merenung tajam ke arah Faye yang sedang melompat-lompat kegembiraan "FAYEEEE! APA YANG KAU SUDAH LAKUKANNNNNN!"

"Hehehehe... ma-ma-maaf abang Kaizo" Faye tersengih

"PEDANG TENAGA!" tetapi bukan pedang tenaga dia yang keluar, sekuntum bunga ros yang keluar "MANA PEDANG AKU?!" Kaizo terus mengejar Faye

"KAPTEN KAIZOOOO! KAPTEN KAIZO NAMPAK KACAK SANGAT!" dan Sakura No Hana tiba-tiba sahaja muncul mengejar Kaizo

"Aduh, sudah menjadi acara kejar mengejar pula" Probe terpaksa leraikan kejar mengejar itu "Kita akan kembali selepas ini!"

----------------------------------------

"Yeah! Selamat kembali semua! Nampaknya Faye sudah diikat oleh Kapten Kaizo" kamera menghala ke arah Faye yang kini duduk disebelah Lily "Kasihan Faye, ini sudah dua kali kena kejar dengan abang sepupu dia" Kaizo sudah kembali di tempat duduknya. Muka dia masam sahaja dan Sakura no Hana asyik pandang wajah Kaizo yang sungguh kacak itu. Lynna asyik usik pipi Kaizo supaya dia tersenyum sedikit tetapi Kaizo tetap dengan muka masam dia "Baiklah, seterusnya datang dari Roxelyn. Wah, beraninya dia nak jadi kawan baik kepada Kapten Kaizo. Jangan dia tiap-tiap hari bagi kamu latihan tempur sudah. Oh yea, dialah yang hantar pakaian doraemon kepada Ochobot!"

"Terima kasih Roxelyn! Nanti saya hantarkan gambar saya dengan pakaian doraemon dan juga tanda tangan saya sekali!" kata Ochobot sambil tersenyum lebar

"Soalan dia untuk Fang. Kenapa Fang tidak mahu maafkan Ratu Lily? Padahal orang lain sudah maafkan dia, terutama sekali abang kamu, si Kapten Kaizo" Probe terbang ke bawah dan halakan microphone nya kepada Fang

"Meow meow meow meow meow meow" jawap Fang dalam bahasa kucing

"Oh begitu. Maksud dia.. hati dia masih panas lagi dengan Ratu Lily kerana kekejaman dia terhadap diri dia dan juga terhadap ibubapa dia. Dia cakap, dia akan maafkan Ratu Lily jikalau Ratu Lily berjaya menawan hati Boboiboy!"

"Wei! apasal kau cakap macam tu pula" marah Boboiboy yang duduk disebelah Fang. Boboiboy berpakaian anime watak kucing putih yang bernama Artemis dari anime Sailor Moon. Fang pandang Boboiboy dengan kuku tajam dia seperti kucing "Suka hati kaulah, Fang"

"Betul ke Fang? Kalau macam tu.." Ratu Lily bangun dari tempat duduknya dengan penuh semangat "Aku Ratu Lily! Ratu bekas kekejaman, tidak akan mengalah untuk memikat hati Boboiboy!" Ratu Lily ketawa besar di atas pentas

"Dan aku Lily! AKAN MENGHANCURKAN HARAPAN KAU! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA" Terus muka Lily kena baling dengan kek chocolate oleh Ratu Lily "HOW DARE YOUUUU!" Ratu Lily bersiul tanpa rasa bersalah "TENDANGAN SUPER DUPER ULTRA AWESOME LILY!"

"SUPER SONIC PONTIANAK RATU LILY!"

"ALAMAK!" Probe cuba leraikan mereka tetapi ditendang oleh Lily dan tergolek-golek Probe "Ades.. kita akan kembali selepas ini.. baru aje mula, sudah kena iklan balik"

------------------------------------------

"KAMU BERDUA KALAU SATU HARI TAK BERGADUH TAK BOLEH KE HAH! MINGGU LEPAS ELOK SAHAJA TAK GADUH!" Kaizo membebel dekat Ratu Lily dan Lily "KORANG INGAT INI RANCANGAN RATU LILY VS LILY KE?!"

"Errr.. rancangan kita sudah nak mula" tersengih Probe

"Baiklah, kalau kamu bergaduh lagi.. dua-dua aku akan campak ke planet lain" Ratu Lily kembali ke pentas dan Lily pula kembali ke tempat duduk asalnya. Kaizo duduk disebelah Lynna dengan muka masam dia. Hati dia mula panas dengan dua-dua Lily. Lynna bagi teh hijau kepada Kaizo untuk tenangkan diri Kaizo

"Harap-harap lepas ni, tiada lagi pergaduhan. Kita sambung balik! Seterusnya datang dari aquamarine2602. Hah, dia nak Faye jadi kawan baik dia! dia cakap Faye lebih baik daripada sepupu dia si landak tu" Fang mula berapi-api, dia menahan kemarahan dia "Soalan dia untuk author Lynz, pernah tak author Lynz rasa penat menulis cerita-cerita semua ini?"

"Penatlah juga tapi author akan berhenti sekejap dan lepas tu author akan sambung balik menulis" kata Lynz

"Soalan ini pula untuk Ochobot. Kalau Ochobot jadi manusia mesti comelkan. Dia memang comel pun! Tengok pipi tembam dia, mesti si Lily rasa nak cubit-cubit" Probe melihat Lily sedang tersengih. Badan dia tergerak-gerak sedikit untuk melompat dan cubit pipi tembam Ochobot tetapi dia tahu Kaizo sedang perhatikan dia. Jadi dia mengawal dirinya

"Saya memang comel pun tapi kalau kekal selama-lamanya mesti seronok! Boleh pergi sekolah bersama Boboiboy! Tapi saya adalah sphera kuasa, macam mana saya nak gunakan kuasa saya nanti. Jam kuasa pun takde" Ochobot tunjuk tangannya, tiada jam kuasa

"Jangan sedih Ochobot, nanti ada masa lagi, saya akan tukar kamu menjadi manusia!" kata Probe dengan hati gembira dia "Soalan terakhir dari aquarium.. eh silap, aquamarine2602. Maaf yea" Probe tergelak sedikit "Soalan ini untuk Ratu Lily, kenapa Ratu Lily dan Lily selalu bergaduh? Ratu Lily tak nak berkawan dengan Lily ke? Aduh, dia orang bergaduh sebab berebutkan Boboiboy"

"Betul tu wahai aquarium! Aku Ratu Lily tak kan menjadi sahabat baik kepada si Lily tu! Sudahlah dia merampas Boboiboy dari aku!" Kuku tajam dia terkeluar lagi tetapi dia cepat-cepat masukkan balik sebab Kaizo perhatikan dia. Ratu Lily tersengih di atas pentas "Kalau dia nak jadi kawan aku, serahkan sahaja Boboiboy kepada aku!"

Lily tidak berkata apa, dia hanya tunjuk penumbuk sahaja dan Ratu Lily balas dengan menjelir lidahnya. Dua-dua bermasam muka selepas itu

"Bergaduhlah korang berdua. Hah! Soalan dari Lily!" terus Lily tersenyum lebar sambil melompat-lompat di atas kerusinya "Dia dan Faye mestilah sahabat baik! Si Lily ni tak perlu nak pilih dah, sebab dia orang sudah pun menjadi kawan baik! Soalan dia untuk author Lynz. Semenjak bila author Lynz suka dengan animasi Boboiboy dan apa yang membuatkan author Lynz tergerak hati untuk menulis di fandom Boboiboy? Apakah hobi author Lynz selain menulis dan paling akhir sekali, watak OC mana yang manakah author Lynz suka dalam fanfic author Lynz sendiri dan kenapa? Banyaknya soalan dia bagi.. sila jawabkan author Lynz"

"Author tak ingat semenjak bila author minat dengan animasi Boboiboy tapi author ingat, masa mulanya season 2, author mulai suka dengan watak Fang! Author tertarik sangat dengan watak dia sampai asyik ulang sahaja kesemua scene-scene dia" sambung lagi Lynz untuk berkata "Bila author mula tergerak hati untuk menulis di fandom Boboiboy? masa tu masa bulan puasa. Tengah rasa bosan dan pada awalnya author memang nak menulis saja-saja dekat dalam buku tapi lepas tu, author beranikan diri untuk upload kan cerita author dekat website fanfic. Author takut sebenarnya kalau tiada respond tapi rupanya ada dan semenjak itu author tak henti-henti menulis. Author dapat inspirasi sebab tengok donut, terjadilah sebuah cerita pertama dari author iaitu Selamatkan Aku. Lynna adalah watak pertama kegemaran author. Kewujudan dia adalah sebelum animasi Boboiboy ditayangkan di TV tapi sekarang ini, Rizu pula menjadi watak no.1 kegemaran author dan no.2 ialah Lynna. Author suka dengan watak Rizu sebab dia comel, baik, suka sangat bercerita panjang lebar, nak berkawan tapi malu dan dia setia pada abang kesayangan dia"

"Panjang juga jawapan dari author Lynz" kata Probe yang hampir nak tidur "Lily sudah puas hati dengan jawapan tadi?" Lily menggangguk dengan mata dia yang bersinar-sinar "Soalan kedua Lily untuk musuh ketat dia. Ratu Lily tiada kerja lain ke selain daripada menghendap Boboiboy?"

"Ada!" Ratu Lily memandang tepat ke arah Lily "Aku ada juga menghendap musuh ketat aku tu! si Lily. Aku nak cari kelemahan dia! MUAHAHAHAHAHAHAHAAAA! Supaya aku dapat menghancurkan dia!" Lily sudah angkat kerusi dia untuk baling ke arah Ratu Lily tetapi tidak jadi sebab Kaizo sudah pun keluarkan pedang tenaga dia. Terus Lily letak balik kerusi itu dan duduk

"Padan muka" kata Ratu Lily dan terus dia kena jelir lidah oleh Lily

"Baiklah, seterusnya datang dari AN! Kata dia, dia nak Fang jadi best friend dia sebab perangai mereka sama sahaja, dua-dua panas baran. Hah! Baguslah tu, tiap-tiap hari bolehlah bergaduh. Baiklah, soalan dari dia untuk author Lynz, bila hari jadi author Lynz?" Probe siap keluarkan birthday kek lagi. Lebihan birthday kek Kaizo minggu lepas yang bertingkat-tingkat. Ochobot terus rasa kek tersebut

"Birthday author adalah 26 March!" Lynz siap bagi peace dekat depan kamera

"Bulan 3, sama bulan dengan Boboiboy!" Probe betulkan suara dia kerana banyak sangat cakap "Seterusnya datang dari NITAAAAAAAAAAAAAAAA!" Probe menjerit nama tersebut sampailah dia kena ketuk dengan Lynz, barulah dia berhenti "Dia cakap, dia nak Yaya jadi best friend dia! Dasyat sungguh Yaya ni, lebih popular daripada Boboiboy. Kasihan kau, Boboiboy.. memang menyedihkan"

Boboiboy tidak rasa hairan tapi dia ada rasa cemburu sedikit tapi takpe, tiada siapa nak Ying dan Gopal menjadi kawan baik mereka. Bolehlah aku buat group disisihkan oleh peminat sendiri, fikir Boboiboy

"Soalan dari Nitaaaa! Rasanya soalan ini sudah dijawab tadi. Nama Lynna itu memang diambil dari nama author Lynz sendiri! Soalan kedua, apakah kerja seharian Ochobot selain daripada menolong Tok Aba di kedai? Tak rasa bosan ke?"

"Hmmm... apa yea aku selalu buat kalau tak tolong Tok Aba.. bergaduh dengan Boboiboy, kejutkan Boboiboy waktu pagi, main dengan kawan-kawan dan tolong mereka untuk menentang kejahatan! Bosan memang bosan tapi itu sudah menjadi salah satu kehidupan saya, jadi saya terima sahajalah. Lagipun ada menariknya juga, dapat jumpa pelanggan baru!" kata Ochobot. Kek yang dikunyahnya, tersembur ke muka besi Probe "Heehehee.. maaf"

"Soalan terakhir dari Nitaaaa untuk Ratu Lily! Kenapa Ratu Lily suka rasuk orang? pernah cakar orang dengan kuku tajam Ratu Lily? Kuku tu memang selalu diasah dan tak pernah potong kuku ke?" tanya Probe sambil melihat kuku tajam Ratu Lily yang berwarna warni itu. Pagi tadi Ratu Lily warnakan kuku-kuku tajam dia

"Rasuk tu... cuma dua orang sahaja yang saya berjaya rasuk. Saya ingat saya nak rasuk Lily lepas ni, selepas itu aku akan mempergunakan badan dia untuk pergi keluar dating dengan Boboiboy! HAHAHAHAHAHAHAA!... saya suka rasuk orang sebab suka-suka" Ratu Lily tersengih kepada para penonton. Fang masih tidak puas hati dengan episode dia kena rasuk oleh Ratu Lily. Hati dia berapi-api apabila mengingati kejadian tersebut "Kuku ni memang selalu diasah, supaya boleh cakar si Lily tu!" Dia tunjuk kuku tajam dia ke arah Lily tetapi Lily tidak takut dengan kuku tajam itu "Sayanglah kalau saya potong kuku tajam ni.. macam mana nak cakar musuh saya nanti. Kuku ni amat bernilai bagi saya tau"

"Ratu Lily jangan sedih, simpan elok-elok kuku tajam tu yea. Bolehlah berlawan dengan Lily lagi selepas ini" kata Probe "Baikla, seterusnya datang dari Hanaira. HAI HANAIRA!" Probe melambai-lambai di kamera "Soalan pertama dia untuk author Lynz, author Lynz sakit apa?"

"Author sakit biasa sahaja.. sakit kepala sebab banyak sangat buat kerja" Lynz tersengih

"Alahai, kesian author Lynz.. tapi author Lynz sudah sembuh! Jangan risau yea semua" Probe dengan baik hatinya, bagi air kosong kepada Lynz "Soalan kedua untuk Ochobot, Ochobot ada berapa kuasa? Kalau ada lagi, dia pun nak juga dan dia nak tahu apa kuasa Ochobot yang ada dekat diri Ochobot"

"Sekejap yea.. sakit perut pula aku ni, banyak sangat makan" Ochobot sendawa di situ "Hehehehe... maaf semua. Oh yea, saya cuma ada lima kuasa sahaja tapi kuasa itu semua sudah dimiliki oleh Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Kuasa yang saya ada sekarang ini hanyalah kuasa teleportasi tapi itu kuasa saya, Hanaira tak boleh ambik.. maaf yea" Ochobot sudah tidak larat nak makan kerana perut dia sudah penuh. Ratu Lily masih lagi makan tanpa rasa segan silu

"Kasihan Ochobot. Kamu rehat dulu yea. Soalan terakhir dari Hanaira untuk Ratu Lily. Ratu Lily dari kerajaan mana?"

"Kerajaan kegelapan, kekejaman dan keganasan tapi itu semua kisah lama. Sekarang saya tiada kerajaan dah" kata Ratu Lily dengan mulut penuh dia

"Dasyat sungguh kerajaan Ratu Lily ni.."

"Memang dasyat pun, sampai ibubapa aku jadi mangsa" jawap Fang yang ada dibawah pentas. Aura-aura kegelapan dia sedang mengelilingi diri dia. Lynna rasa takut pula melihat Fang, kalau tiba-tiba dia akan mengamuk tak tentu pasal nanti

"Lupa pula, Hanaira ni nak Yaya jadi kawan baik dia sebab Yaya ni cantik macam saya!" terus Probe buat muka comel dan cantik pada masa yang sama "Seterusnya dari Dark Princess, Puteri kegelapan! Dia nak Fang jadi best friend dia sebab Fang tu cool macam saya!"

"Bagus bagus!" bisik Fang dengan lagaknya

"Soalan dia untuk Fang.. hmmm.. ini soalan macam nak bagi Fang mengamuk tapi takpe! Saya suka tengok Fang mengamuk tak tentu pasal. Soalan dia berbunyi begini, Fang pergi ke rumah sakit mana? RUMAH SAKIT JIWA!"

"HARIMAU BAYANGGGG! KAU KATA AKU SAKIT JIWA! NAHAS KAU! SERANG DIA HARIMAU BAYANG!" Harimau bayang Fang kejar Probe sekeliling studio markas kotak "HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA!"

"Kita akan berehat sebentar" kata Kaizo dengan pedang tenaga dia "PANGGGGG!"

---------------------------------------

"Aduh, sakitnya kepala aku" Badan Probe penuh dengan kesan cakar harimau bayang. Fang pula, sudah habis dibelasah oleh abangnya sendiri. Kini dia sedang bermasam muka sambil dirinya kena ikat oleh abang dia sendiri "Baiklah, kita sambung balik!" Probe terbang ke tepi pentas "Ini datang dari Ililara yang mahu Yaya menjadi best friend dia dan soalannya untuk author Lynz, author Lynz suka main game apa?"

"Suka main game lego video game! dan juga game Tomb Raider tapi sekarang ni, author jarang main game. Kalau main pun, main game candy crush, superhero plants vs zombie dan juga plants vs zombie 2"

"Author Lynz memang suka main game juga yea"

"Ha ah Probe, semenjak kecik lagi sampai sekarang, suka sangat main game" kata Lynz yang serba malu

"Jangan malu-malu author Lynz tapi author Lynz boleh berkawan dengan Gopal. Dia kan suka main game juga.. hehehe.. Soalan seterusnya untuk Ochobot pula, Ochobot pernah bergaduh dengan Boboiboy ke?" tanya Probe

"Pernah! Setiap pagi sewaktu kena kejutkan dia untuk bersiap-siap pergi ke sekolah! Kadang-kadang tu bergaduh tentang perkara remeh temeh sahaja" kata Ochobot

"Soalan terakhir untuk Ratu Lily. Kenapa Ratu Lily harus pergi bersiar-siar dengan dengan Boboiboy" Probe pegang bahu Ratu Lily "KENAPA KENAPA KENAPA! WHY WHY WHY! TELL ME WHYYYYYYYYY!" Terus Probe kena tampar dengan Ratu Lily

"Selamatlah kau ni robot. Kalau tidak, sudah lama aku rasuk kau!" marah Ratu Lily "Kenapa? tidak boleh ke aku bersiar-siar dengan Boboiboy? TAK BOLEH KEEEEE?!"

"TAK BOLEH!" Lily yang tukang jawab

"Eleh, kau baru sekali sahaja dinner date dengan dia. AKU SUDAH DUA KALI KELUAR BERJALAN-JALAN DENGAN BOBOIBOY! MUAHAHAHAHAHAHAHAAAA!"

"Oh takpe! JAGA KAU RATU LILY!" Lily dan Ratu Lily bertentang mata dengan renungan maut mereka. Boboiboy menutup mukanya dengan topi oren dia sebab rasa malu dengan kelakuaan mereka berdua

"Soalan seterusnya dari Dava juniawan untuk Ochobot. Siapakah yang Ochobot paling sayang, Boboiboy ataupun Fang?"

"Mestilah Boboiboy! Dia kan sahabat baik pertama aku!"

"Terima kasih Ochobot!" kata Boboiboy dengan senyuman manis dia. Ochobot membalas balik senyuman itu dan lalu dia menguap besar

"Seterusnya datang dari Hwang635, dia ni nak berkawan baik dengan Fang, Rizu dan Lynna sebab dia hanya ada sedikit sahaja kawan dan mereka tidak seperti Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain. Saya faham dengan perasaan kamu wahai Hwang. Kawan saya hanyalah encik bos saya sahaja.. itu sahaja kawan baik saya yang suka sangat marah dan ketuk kepala saya ni" Probe pura-pura menangis di atas pentas. Tiada siapa mahu berikan simpati terhadap Probe "Soalan dia untuk author Lynz, berapa umur author Lynz?"

"Malu lah nak cakap.. tapi umur author.. rasanya author ada bagi clue dekat salah satu chapter Aku Abang, Kau Adik.. nanti carilah dekat bahagian tempat author selalu balas review"

"Hehehehe.. carilah sampai mata Hwang lebam yea tapi saya sendiri pun tak ingat chapter berapa. Baiklah, soalan seterusnya untuk author Lynz lagi, author Lynz cuma suka kepada Fang sahaja atau ada yang lain?"

"Ada! KAPTEN KAIZO! tapi dia watak no. 2 kegemaran author!" Lynz berkelip-kelip mata dekat Kaizo tetapi Kaizo hanya buat tidak tahu sahaja. Dia malas nak layan dengan author Lynz sebab asyik seksa adik dia sahaja

"Wah, peminat Kapten Kaizo juga!" teruja Probe "Soalan terakhir untuk Ochobot!" Terus Ochobot bangun dari tidurnya. Dia tertidur sebentar tadi sebab akibat terlampau kenyang sangat "Ochobot tak boleh makan makanan manusia sebab dia adalah robot, apa yang Ochobot makan?"

"Saya makan hati sahajalah" terus dia tertidur balik

"Kasihan dia" Probe selimutkan Ochobot yang sedang tidur nyenyak itu "Seterusnya datang dari Shezati Razia" Probe terbang ke bawah pentas dan pergi ke sebelah Fang "Soalan pertama untuk Fang"

"Aku pun ada soalan juga? Aku bukannya tetamu pun minggu ini" Terus Probe ketuk kepala Fang dengan microphone. Fang menahan kemarahan dia kerana tidak mahu dibelasah lagi oleh abangnya

"Orang sudah bagi soalan, jawab ajelah"

"Hmmm.. yelah, apa soalan dia?" kata Fang dengan muka masam dia

"Soalan dia berbunyi begini, kenapa Fang suka sangat guna harimau bayang untuk kejar Gopal?"

"Suka hati aku lah nak guna harimau bayang pun! SIBUK APASAL!"

"Fang, tak baik jawab macam tu. Dia sudah tanya elok-elok, Fang jawab macam nak marah orang pula" tegur Lynna kepada Fang

"Maaf kak Lynna" Fang hanya tundukkan kepalanya sebab rasa malu. Probe ketawa kecil dekat Fang "Lagipun, tak kan aku nak guna kuasa tusukan bayang kot, itu macam nak bunuh kawan baik sendiri"

"Hah! Pandai pun jawab elok-elok. Taniah Fang!" Probe usap-usap kepala Fang "Soalan dia yang kedua, kenapa Fang suka makan donut lobak merah?"

"Sebab itu memang makanan kegemaran aku" kata Fang dengan nada bosan dia

"Hehehehe.. soalan terakhir untuk Boboiboy, kenapa Halilintar susah nak senyum?"

"Entah, saya pun tak tahu tapi mungkin sebab dia jenis yang suka marahkan orang. Sebab itu dia susah sedikit nak senyum" kata Boboiboy. Probe terbang ke atas pentas

"Terima kasih kerana sudi jawabkan soalan dari Shezati Razia" kata Probe sambil betulkan suara dia "Hahaha.. kita ada soalan dari Fangcool! Peminat setia Fang! Soalan dia untuk author Lynz! Bila hari jadi author tapi soalan ini sudah dijawab sebentar tadi. Soalan kedua untuk author Lynz, siapa budak kecik yang pakai topi Boboiboy di instagram author Lynz?"

"Oh, itu nephew author! comelkan dia"

"Oh, ingatkan anak author Lynz lah tadi" Lynz memberikan pandangan maut kepada Probe "Hehehehe.. gurau sahaja. Soalan seterusnya untuk Ochobot!" Ochobot terbangun dari tidurnya lagi. Mata dia separuh terbuka "Apakah kelakuan Boboiboy yang buruk dalam kehidupan seharian dia di rumah"

"Ermm.. senang sahaja" Ochobot menguap "Suka bangun lambat, kemas rumah sikit-sikit sahaja, suka main video game sampai tak tengok masa dan suka sangat.." terus Ochobot tertidur balik

"Aduhai, tertidur pula budak ni.. soalan ini untuk Ochobot juga tapi siapa nak jawabkan? Soalan dia berbunyi begini, Boboiboy selalu berlatih menggunakan kuasa dia ke?" Probe pandang kepada sesiapa yang sudi menjawab soalan Ochobot

"Dia selalu berlatih di medan latihan tempur aku. Dia lebih rajin daripada adik aku pemalas ni. Belajar rajin tapi latihan tempur malas" Fang rasa geram pula dengan jawapan abangnya

"Terima kasih Kapten Kaizo! Apalah si landak ni, memang sungguh terbalik" tergelak Probe "Soalan terakhir dari Fangcool untuk Ratu Lily, apakah yang membuatkan Ratu Lily suka dekat Boboiboy? dan bila nak cari pengganti Boboiboy?"

"Hmmm... sebab dia budak baik! comel, matang, tak sombong, tak panas baran, tak suka marah orang, bukan kaki belagak macam si landak tu" Fang mula berapi-api balik "dan... dan dia memang baik hati! Selalu sayangkan kawan-kawan dia dan juga keluarga dia! Saya belum lagi cari pengganti Boboiboy sebab tiada siapa yang boleh setandingi Boboiboy!"

"Tapi.. menangislah kau kalau tak dapat Boboiboy" bisik Lily

"Ya! kita sudah sampai kepada reader kita yang terakhir iaitu FAREL! AH HA! Akhirnya, ada juga mahu Gopal menjadi kawan baik kepada Farel tetapi malangnya pada hari ini. Gopal tidak dapat menghadiri Edisi Malam Minggu pada malam ini" Probe pura-pura buat muka sedih "Soalan dia untuk author Lynz. Sebelum saatnya kemunculan pertama kali Lynna, Kaizo sudah menyukai dia? Sebab masa tu Kaizo nampak ceria dan siap nyanyi lagu cinta lagi. WAH! TAK SANGKA PULA KAPTEN SADIS NYANYI LAGU CINTA!" Muka Kaizo dan Lynna merah padan sebab malu. Tak tahulah malu sebab apa tapi Kaizo malu sebab nyanyi lagu cinta

"Hehehee.. itu sebab Kaizo pertama kali jumpa gadis cantik" Lynna rasa malu lagi sebab dia dipanggil gadis cantik "atau mungkin sebab dia pernah nampak Lynna sebelum ini, ingat tak lagi di chapter 'Sejarah' Mereka berdua pernah bertembung semasa Lynna di campak ke masa silam dan Kaizo rasa musykil siapa gadis tersebut"

"Hmmm.. betul juga kata author Lynz" Lynna mengangkat kening sebelahnya sambil pandang Kaizo yang sedang pura-pura tak nampak. Dia hanya buat muka serius sahaja "Soalan untuk Ochobot" Ochobot terbangun lagi sekali "Ochobot tak rasa penat ke buat koko dikedai Tok Aba?"

"Bukan ke kita tanam pokok koko? Saya tak reti nak buat koko.." dia menguap besar dan dia tidak tidur balik selepas itu sebab sudah puas tidur

Beep Beep Beep

"Ingatkan sudah habis, rupanya kita menerima soalan lagi! Ini datang dari adhadeva kirana. Hah! Kata dia, dia nak Lynna menjadi kawan baik dia sebab Lynna tu baik dan kuasa dia yang hebat, kuasa untuk melihat masa lalu! Soalan dia untuk Ochobot, Halilintar, Taufan dan Blaze. Boleh tak korang jadi adik kepada dia? DAN JAWAPAN DIA IALAH YEA!"

"Aik, apasal dia pula yang jawabkan" kata Boboiboy

"Seterusnya dari encik melayu ooooooo... dia kata dia nak saya jadi kawan baik dia! TERHARUNYA AKU!" Probe berpusing-pusing sebab terlampau gembira sangat "Soalan dia untuk author Lynz, kenapa lagu tema Boboiboy galaxy sama tajuknya dengan fanfic author Dunia Baru dan boleh tak dia nak episode Fang mati di depan Kapten Kaizo"

"Errr.. itu semua hanya kebetulan sahaja tapi disebabkan author ni suka sangat berangan, author akan katakan bahawa author dapat melihat masa depan, apa yang akan berlaku nanti! seperti kuasa Lynna. Tapi masa author nampak tajuk lagu tu, author memang betul-betul nak tergelak sebab sama pula dengan tajuk fanfic author. Selamatlah tajuk dia bukan Aku Abang, Kau Adik. Kalau tidak, sudah lama author gelak guling-guling dekat lantai. Oh yea, tentang episode tu.. sudah buat tapi dalam mimpi sahajalah. Takut author kena belasah dengan Kapten Kaizo nanti" Lynz tersengih kepada Kaizo

"Tapi author Lynz memang hebat! Firasat yang tepat cuma cerita sahaja yang lain.. hehehehee.. seterusnya untuk budak doraemon" Probe pandang ke arah Ochobot "Bagaimana rasanya Ochobot memberikan kuasa kepada Boboiboy dan bagaimana rasanya saat kuasa teleportasi diambil Borara? dan satu lagi, Ochobot tak tanya ke Professor Falcon kalau nak jadi manusia"

"Hmmm.. rasa bangga sebab bagi dekat Boboiboy! Saya tahu dia budak baik dan akan menjaga kuasa dia dengan baik. Saat Borara ambil kuasa saya, saya rasa sedih sangat tapi akhirnya kuasa itu sudah dipulangkan kepada diri saya.. hehehe.. saya sendiri tidak pernah tanya Professor Falcon kalau nak jadi manusia tapi sekarang saya jadi manusia untuk hari ini sahaja" kata Ochobot

"Bagus jawapan Ochobot. Soalan untuk Ratu Lily! Berapa umur Ratu Lily. Umur dia 17 tahun! Soalan ini sudah dijawab dalam beberapa minggu yang lepas. Soalan seterusnya untuk Ratu Lily juga. Kenapa Ratu Lily tak bunuh sahaja Boboiboy sahaja, boleh kamu berdua duduk di alam hantu bersama.. hehehe.. cadangan yang bagus!"

"Ha ah! cadangan dia bagus juga tu Probe tapi saya telah menjadi baik, tak kan saya nak pergi bunuh orang pula. Lagipun, bumi ini perlukan superhero yang terhandal! LEBIH HANDAL DARIPADA SI LANDAK DAN SI ITIK TU!"

"WEI! APASAL KAU TIRU AKU PULA!" Ratu Lily hiraukan sahaja suara Lily tadi

"Jadi, untuk menjadi hantu yang baik. Saya tidak akan membunuh Boboiboy ku sayang" mata dia berkelip-kelip dekat Boboiboy "Satu hari nanti, aku akan pisahkan kau daripada si Lily not that awesome tu" Boboiboy naik seram pula

"YEAHHH! PEMINAT SETIA KU HARUKO1212! Dan sudah tentu dia akan mengambil saya sebagai kawan baik dia! HOOREYYY!" kata Probe "Soalan dia untuk Ochobot, apabila Ochobot diberikan untuk menjadi manusia tetapi diberikan syarat, Ochobot tidak boleh kembali menjadi robot, apakah pilihan Ochobot, yes or no?"

"Err.. sudah tentu NO!" kata Ochobot dengan penuh keyakinan

"Soalan ini pula untuk Ratu Lily, Ratu Lily nak tak rasuk kawan si Haruko1212 ni sebab dia suka sangat cari kesalahan orang lain"

"Mestilah nak! Saya sudah lama tak pergi rasuk orang.. siapa nama kawan kamu tu? esok juga saya akan rasuk dia!"

"Dasyat Ratu Lily ni.. nanti bila sudah habis rasuk tu, jangan lupa kembali ke dunia hantu yea. Jangan nak pergi menghendap si Boboiboy pulak" kata Probe

"BETUL TU! JANGAN NAK PERGI MENGHENDAP SI BOBOIBOY TU!" kata Lily dengan muka tak puas hati

"Senyaplah kau wahai Miss kerepek pisang!"

"PONTIANAK TAK SEDAR DIRI!" Lily balas balik

"LILY NOT THAT AWESOME!" Ratu Lily merenung tajam dekat Lily

"RATU LILY PEMBUNUH KEJAM!" Lily tenung balik mata Ratu Lily

"LILY SUKA CARI PASAL DENGAN KAIZO!"

"RATU LILY TAK RETI NAK POTONG KUKU!"

"SUDAHHHHHH! KAMU BERDUA KELUAR DARI STUDIO INI KALAU ASYIK NAK BERGADUH SAHAJA!" dua-dua Lily terus duduk senyap sebaik sahaja Kaizo menjerit di dalam studio markas kotak "Teruskan dengan acara ini!"

"Ba-baik Kapten Kaizo.. ini datangnya dari Detective Gopal. Dari nama dia pun sudah tahu yang dia mahukan Gopal menjadi kawan baik dia! Kasihan kamu Boboiboy dan juga Ying, tiada siapa nak jadikan kamu berdua sebagai kawan baik mereka. Menyedihkan" Boboiboy rasa macam nak bina anti club peminat bersama dengan Ying tapi dia bukanlah sekejam itu "Soalan dia untuk Ratu Lily! Kenapa Gopal takut dengan kamu? dan kenapa kamu suka sangat dengan kawan baik dia tu si Boboiboy?"

"Hmmm... rasanya semua sudah tahu kenapa saya suka dengan Boboiboy sebab dia budak baik! Gopal takut dengan saya sebab saya ni hantu, dia tu kata aje peminat hantu tapi jumpa hantu, terus takut" Hari ini tiada pula Gopal. Tak dapat Ratu Lily nak takut-takutkan dia

"Apalah si Gopal ni.. dengan hantu Ratu Lily pun nak takut. Kan dia sudah jadi baik" semua penonton angguk kepala tanda setuju kecuali Lily "Soalan ini pula untuk Ochobot! Dia tanya, takde kuasa lain ke nak bagi dekat Gopal sebab asyik jerit tukaran makanan, tukaran makanan, tukaran makanan! Apa yang Ochobot fikirkan apabila melihat Gopal?"

"Gopal tu kan kaki makan, sebab itu dia selalu fikirkan tentang makanan sampai semua object-object yang ada dia nak tukar jadi makanan. Benda lain dia tak fikir. Masa saya lihat Gopal buat pertama kali ke? Masa tu saya cuma fikirkan cara untuk selamatkan Boboiboy. Jadi saya berikan kuasa yang saya ada kepada mereka untuk pergi menyelamatkan kawan mereka" Ochobot bayangkan kalau dia terbagi kuasa Ying atau Yaya dekat Gopal. Macam manalah agaknya akan terjadi

"Jawapan yang bagus!" kata Probe "Soalan ini pula untuk author Lynz! Macam mana kelakuan Gopal di Boboiboy Galaxy nanti? dan apa-apa saja hal lucu yang dibuat oleh Gopal di Boboiboy Galaxy?"

"Mesti dia akan asyik tukar jadi makanan aje nanti.. betul tak? hehehehe.. hal-hal lucu dia mesti banyak dekat Boboiboy Galaxy! Jangan lupa menonton nanti!"

"Hmmm.. kita ada soalan lagi rupanya. Ini pula datang dari Puteri Razia! Soalan dia untuk Boboiboy, Fang dan Yaya tapi Yaya tiada pada malam ini" Probe terus terbang ke tepi Boboiboy "Soalan dia untuk Boboiboy, adakah Boboiboy sudi menjadi Lily atau Ratu Lily menjadi girlfriend kamu?" Dua-dua Lily pasang telinga untuk mendengar jawapan dari Boboiboy

"Errrr... kalau saya tak nak pilih boleh tak? Dua-dua tu hanya kawan saya sahaja. Maaf yea Lily dan Lily" menangis Ratu Lily dan Lily. Faye terpaksa pujuk kawan baik dia iaitu Lily dan Ochobot pula sumbat chocolate di dalam mulut Ratu Lily, baru dia berhenti menangis

"Hehehe.. kesian... baiklah! apakah makanan kegemaran Boboiboy?" tanya Probe lagi

"Makanan kegemaran saya ialah... nasi lemak kot?" Fang terus lega sebab jawapan dari Boboiboy bukan donut lobak merah

"Soalan ini pula untuk Fang. Kenapa Fang suka pakai jaket ungu dan apakah minuman kegemaran Fang?"

"Sebab ungu tu warna kegemaran aku dan lagipun jaket aku sama style dengan abang aku. Minuman kegemaran aku, sudah tentu juice lobak merah!" kata Fang dengan penuh keyakinan

"Soalan ini untuk Yaya tapi dia tidak hadir untuk Edisi Malam Minggu pada hari ini. Takpe, saya akan bawakan soalan dari Razia ini ke minggu hadapan!" Lalu Probe terus terbang ke atas pentas "hehehe.. soalan tadi adalah soalan terakhir dari Razia. Tamat sudah acara kita pada malam ini! Baiklah, kita ada beberapa permintaan untuk Kapten Kaizo, Yaya dan Fang untuk nyanyikan sebuah lagu tapi Yaya belum bersedia lagi dan Kapten Kaizo tak nak nyanyi sebab dia malas. Jadi saya ingin mempersilakan Fang untuk lagu beliau iaitu Counting Star! Nyanyian beliau adalah hadiah untuk hari jadi Ailsa Cinta! Selepas ini kita akan mengadakan sesi peluk Ochobot, cubit dan tangkap gambar bersama Ochobot tapi jangan bawa lari dia pula kalau tak kena dengan pedang halilintar Boboiboy!"

Fang sudah bersiap sedia di atas pentas. Melody lagu mula dimainkan

Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But, baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be counting stars
Yeah, we'll be counting stars

I see this life like a swinging vine,
Swing my heart across the line
In my face is flashing signs,
Seek it out and ye shall find.

Old but I'm not that old
Young but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

feel something so right by doing the wrong thing
An feel something so wrong by doing the right thing

I could lie, couldn't I, couldn't I?
Every thing that kills me makes me feel alive.

Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
Baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be counting stars
Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But, baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be-we'll be counting stars

Ye-e-yeah

I feel her love
And I feel it burn down this river every time
Hope is our four-letter word, make that money watch it burn

Old but, I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

An feel something so wrong by doing the right thing
I could lie, couldn't I, couldn't I?
Everything that drowns me makes me wanna fly

Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
Baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be counting stars
Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But, baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be-we'll be counting stars

Oh, take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned

Everything that kills me makes me feel alive

Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
Baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be counting stars
Lately I've been, I've been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But, baby I've been, I've been praying hard
Said no more counting dollars, we'll be-we'll be counting stars

Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned
Take that money watch it burn,
Sing in the river the lessons I learned

"Terima kasih!" semua memberikan tepukan gemuruh kepada Fang. Probe terus ke tengah pentas bersama dengan Ochobot

"Baiklah, kamu semua boleh beramah mesra dengan Ochobot sebelum dia bertukar menjadi robot tetapi kamu akan dikena bayaran, satu pelukan RM 2, cubit pipi tembam dia RM 5 dan tangkap gambar bersama dia RM10.. dan kamu akan mendapat percuma air kocak dari Sakura no Hana dan juga sebungkus kerepek pisang dari Lily" Probe terbang ke hadapan kamera. Ramai yang berebut-rebut untuk menangkap gambar bersama dengan Ochobot dan ada juga nak peluk dia. Kaizo terpaksa menggunakan suara garang dia supaya mereka semua beratur

"Nampaknya, Edisi Malam Minggu kita sudah pun tamat dan minggu hadapan saya akan menjemput tetamu kita yang seterusnya iaitu Lynna, Kapten Kaizo dan Fang! Berikan 2 soalan kamu di ruangan review! dan mereka setia menjawab soalan kamu! Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan! BYE SEMUA!"

Kali ini Lynz pula muncul di hadapan kamera "HAHAHA! Author pula bagi soalan untuk minggu ini! Disebabkan author ni memang kejam dan minggu depan tetamunya adalah Kapten Kaizo dan Lynna. Jadi author nak tanya soalan ini kepada kamu semua, adakah kamu suka melihat mereka berdua bersama atau erti kata lain, bercinta? kalau Ya, nyatakan kenapa dan kalau jawapan kamu tidak, sila nyatakan kenapa. Ini hanyalah hiburan sahaja! Jangan marah author kalau tidak suka dan tuliskan jawapan anda di ruangan review! Oh yea, sebenarnya author tanya soalan begitu sebab nak usik dia orang sahaja! MUAHAHAHAHAHAHAHAHAAA! Sekian terima kasih" Lynz melambai-lambai di hadapan kamera sambil tersenyum lebar. Kaizo dan Lynna muncul di belakang Lynz dengan muka marah, mata merah menyala dan aura-aura kegelapan mereka mengelilingi mereka berdua

"Errr.. author lari dulu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top