Minggu ke 6
"Sebelum kita mulakan Edisi Malam Minggu, aku ada pengumunan penting" kata Kaizo dengan nada serius dia, muka serius dia dan pedang tenaga dia di tangan kanannya. Hari ini Kaizo tersangatlah baik hati, dia memakai kimono berwarna biru "Aku bukan Kapten Gila yang dikatakan oleh Probe pada minggu lepas! Aku adalah Kapten Kaizo! BUKAN KAPTEN GILA! AKU BUKANNYA GILA! SIAPA YANG MULAKAN DULU PANGGIL AKU KAPTEN GILA? SIAPA?! AKU AKAN MENGHUKUM DIA!"
"GOPALLLL!" kata para penonton di bawah pentas. Mereka berteriakan nama Gopal
Fang pula tunjuk ke arah Gopal sambil tersenyum lebar tanpa rasa bersalah. Muka Gopal berubah menjadi cuak. Kaizo pandang kearah Gopal dengan senyuman sadis "Terima kasih kerana beritahu... MARI SINI KAU, AKU AKAN MENGHUKUM KAU!"
"TIDAKKKKK! AMPUNNNNKAN SAYA KAPTEN KAIZO!" Gopal lari keluar dari markas kotak dan Kaizo tetap terus mengejar dia. Probe pula muncul di tengah-tengah pentas dengan berpakaian kimono dia yang berwarna merah jambu
"Hehehehe... kasihan kamu, Gopal. Jadi kita panggil Kapten Kaizo dengan panggilan Kapten Sadis pula!" Probe ketawa sedikit "Hai hai hai! Kita bertemu lagi di EDISI MALAM MINGGU! Hari ini saya telah menghiasi studio markas kotak ini menjadi taman jepun! Siap ada pokok bunga sakura lagi... wuuuu! romantiknya! Baiklah! Sebelum kita mulakan acara kita pada hari ini, kita ada satu persembahan dari Taufan dan jugaaaa... RATU LILY! Inilah dia, dengan persembahan lagu mereka iaitu MICKEY!"
Langsir Labuh membuka tirai pentas Edisi Malam Minggu dan terpaparlah Taufan dan Mickey berpakaian seperti pasukan sorak yang berwarna biru cair dan corak pakaian mereka seperti baju asal Taufan, mereka berdua pegang dua pom-pom dan mereka menari sedikit setelah lagu Mickey dimainkan
-Taufan & Ratu Lily-
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey
-Ratu Lily-
Hey Mickey
You've been around all night and that's a little long
You think you've got the right, but I think you've got it wrong
Why can't you say goodnight? So you can take me home Mickey?
'Cause when you say you will, it always means you won't
You're givin' me the chills, baby, please, baby don't
Every night you still leave me alone Mickey
Oh Mickey, what a pity, you don't understand
You take me by the heart when you take me by the hand
Oh Mickey, you're so pretty, can't you understand
It's guys like you, Mickey
Oh what you do Mickey, do Mickey
Don't break my heart, Mickey
Hey Mickey
Now when you take me by the hooves, who's ever gonna know
And every time you move I let a little more show
There's something you can use, so don't say no Mickey
So come on and give it to me anyway you can
Anyway you want to do it, I'll take it like a man
But please baby, please don't leave me in the damp Mickey
Oh Mickey, what a pity, you don't understand
You take me by the heart when you take me by the hand
Oh Mickey, you're so pretty, can't you understand?
It's guys like you, Mickey
Oh what you do Mickey, do Mickey
Don't break my heart, Mickey
-Taufan & Ratu Lily-
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey, hey Mickey
Oh Mickey, you're so fine
You're so fine, you blow my mind, hey Mickey
Oh Mickey, what a pity, you don't understand
You take me by the heart when you take me by the hand
Oh Mickey, you're so pretty, can't you understand?
It's guys like you, Mickey
Oh what you do Mickey, do Mickey
Don't break my heart, Mickey
"Terima kasih!" Taufan dan Ratu Lily begitu gembira sekali kerana dapat nyanyi bersama tetapi ada juga yang sedang cemburu dan orang itu adalah Lily. Aura-aura kegelapan dia sudah keluar. Ratu Lily menjelir lidah kearah Lily dan Lily pula tunjuk penumbuk kepada Ratu Lily. Dia membalas balik dengan menunjuk muka pontianak dia, Lily pula membalas balik dengan mengeluarkan sejenis mesin untuk menangkap hantu yang dicipta oleh Adudu kerana Adudu dipaksa oleh Lily. Ratu Lily tidak takut, terus dia ber-
"OPSS! Cukup-cukup, kita tidak mahu program ini bertukar menjadi Ratu Lily vs Lily pula" kata Probe yang tiba-tiba sahaja muncul untuk hentikan mereka berdua. Dia menghalau Taufan dan Ratu Lily turun dari pentas tersebut "Baiklah, terima kasih kepada Taufan dan Ratu Lily dengan persembahan yang sungguh bertenaga tadi! Baiklah, minggu lepas Kapten Kaizo atau bukan Kapten Gila, telah memberi kita soalan 'Siapa yang akan kamu bawa pergi melancong ke Jepun' Saya akan bacakan jawapan kamu berserta dengan soalan kamu nanti" Probe terbang ke tepi pentas
"Tanpa kita membuang masa, saya ingin memperkenalkan tetamu kita yang pertama. Dia adalah adik kesayangan yang selalu kena buli oleh Kapten Kaizo, yang suka sangat cari pasal dengan kawan-kawan dia. Dia juga sudah beberapa kali kena seksa dengan author sendiri dan dia adalah paling kacak dan paling belagak di antara superhero Pulau Rintis. DIA ADALAH FANG!" Para penonton memberikan tepukan gemuruh dan juga ketawa yang tidak henti-henti
"Eh, kenapa ni?" Probe melihat seekor landak keluar dari belakang pentas "LA-LA-LANDAKKK?! Fang ke ni? Alahai lah landak, macam mana kau boleh bertukar menjadi landak? Fang pergi duduk dekat atas sofa" Tetapi landak itu hanya berjalan sahaja. Dia terus ke tangga pentas dan Probe dengan baiknya, dia mengangkat landak tersebut dan letak di atas sofa "Landak duduk sini diam-diam yea"
"Baiklah, seterusnya.. dia adalah superhero kegemaran semua orang! dan menjadi perebutan diantara Ratu Lily dan Lily. Pipi tembam dia sudah beberapa kali dicubit oleh Lily dan selalu dikejar oleh Lily sendiri. Dipersilakan Boboiboy!" Kali penonton ketawa kerana seekor anak kucing oren milik Kaizo keluar dari pentas
Meow meow meow
"EHH?! Ini Boboiboy ke Pikachu?" Pelik Probe "Kalau Fang ialah landak, Boboiboy ialah kucing... Gopal pula?" Probe terdengar bunyi gajah di belakang pentas "GA-GA-GAJAHHHHHH?!" Probe juga terdengar gelakan tiga orang budak di belakang pentas. Dia terus pergi periksa dan dapati Boboiboy, Fang dan Gopal sedang gelak ketawa
"Cheh, aku sudah tertipu rupanya"
"Ala, kita orang main-main sahaja" kata Fang sambil buat muka tak bersalah
"MAIN-MAIN KAU KATA! KAU NI MEMANG TAK SERIK-SERIK LAGI! ASYIK NAK KENAKAN ORANG SAHAJA!" Kaizo piat telinga adik dia "INI MESTI SEMUA IDEA NAKAL KAU!"
"Ha ah Kapten Kaizo, dia punya idea! dia yang paksa kita orang" Gopal pula yang masuk campur. Kaizo belasah adik dia sepuas-puasnya sehingga para penonton terdengar jeritan Fang dibelakang pentas. Mereka rasa takut pula mendengar jeritan dan gelakan Kaizo yang begitu sadis. Probe terbang ke tengah pentas
"Err... kita akan berehat sebentar yea. Kita tunggu sampai Kapten Kaizo habis belasah adiknya dulu"
-----------------------------------------
"Hehehehehe... apalah si Fang ni, kan sudah kena belasah dengan abang sendiri" Kamera menghala ketiga-tiga budak lelaki yang sedang duduk di sofa. Gopal yang banyak sangat lebam di badan dan di muka juga kerana kena kejar dengan Kaizo. Boboiboy terselamat daripada Kaizo dan Fang banyak sangat kesan luka dekat muka, tangan, kaki dan juga badan dia sebab nakal sangat sampai dia sendiri kena belasah oleh abang dia. Ketiga-tiga mereka berpakaian kimono juga tapi bukan warna merah jambu. Gopal berwarna hijau, Boboiboy berwarna oren dan dia juga tidak memakai topi orennya kerana Fang pergi sorok ditempat yang Boboiboy takkan jumpa (dalam beg sekolah Lily) dan manakala Fang pula, berwarna ungu. "Isk isk isk, kasihan kamu berdua. Cubalah jadi budak baik macam Boboiboy ni. Patutlah ramai yang suka sangat dia"
"Saya memang budak baik pun" kata Boboiboy "Tapi kadang-kadang saya ada juga sedikit kenakalan saya" Gopal dan Fang bermasam muka dengan Boboiboy
"Bagus bagus.. jangan terpengaruh dengan si landak dan si gajah ni. Baiklah! kita mulakan acara kita iaitu sesi soalan jawab dan ada juga cabaran dari para readers ni. Aduh, cabaran pun cabaran lah" Probe gelengkan kepala dia "Soalan ini datang dari Edward873 dan dituju kepada Gopal. Soalan dia adalah, berapa jam Gopal belajar dalam sehari?"
"Hehehehe... 1 jam" jawab Gopal sambil tersengih
"Satu jam apa kebendanya. 30 minit sahaja kau belajar, kalau main video game.. berjam-jam. Macam mana nak pandai kalau asyik nak main game sahaja" Fang pula menyibuk
"Dey! game itu sudah menjadi sebahagian daripada diri aku! yang kau nak marah-marah apasal. Bukannya ada kena mengena dengan kau pun atau kau sebenarnya cemburu sebab abang kau tak bagi kau main game" kata Gopal dengan nada sindiran dia
"WOI! AKU TAK SUKA MAIN VIDEO GAME LAH!" Kasihan Boboiboy yang terpaksa duduk tengah-tengah. Dia kena jauhkan mereka berdua daripada mereka cari pasal sesama sendiri
"Jangan bergaduhlah! kita kan sekarang berada di siaran langsung" marah Boboiboy kepada mereka berdua "Teruskan dengan soalan kamu, Probe" Gopal dan Fang bermasam muka. Probe tergelak melihat mereka berdua
"Soalan seterusnya datang dari Ryu. Dia ni nak bawa Kapten Kaizo sebab dia nak tengok siapa lagi garang, sepupu dia Minamiya atau Kapten Kaizo? hmmmm... tapi kalau terjadinya peperangan besar diantara sepupu kamu dan Kapten Kaizo, jangan salahkan saya yea.. heheheh" kata Probe "Soalan dia Fang.. err.. dia tanya kamu mahu jadi adik dia ke?"
"Adik dia? aku sudah ada abang separuh gila.. nak jadi adik orang pula.. bagi aku fikirkan dan aku akan berikan jawapan 3 tahun lagi.. boleh?"
"Boleh pula macam tu.. apalah si landak ni" kata Probe "Dia ada bertanya, antara lobak merah dan lobak putih. Mana satu lagi sedap?"
"Mestilah lobak merah! LOBAK MERAH ADALAH YANG TERSEDAP DI ALAM SEMESTAR!" kata Fang denga nada belagak dia "DONUT LOBAK MERAH ADALAH DONUT KEGEMARAN AKU! TIADA SIAPA BOLEH PISAHKAN CINTA AKU KEPADA DONUT LOBAK MERAH AKU! HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!" Boboiboy menepuk dahinya kerana malu dengan perangai tak senonok Fang
"Isk isk isk.. dengan donut lobak merah pun kau nak bercinta juga.. apalah si landak ni" Fang baling seketul batu dekat Probe "Aduh! yelah yelah.. cintalah kau dengan donut kau tu. Baiklah, soalan seterusnya datang dari AN. Dia ni kalau boleh, nak bawa Fang pergi ke jepun. Bawaklah si landak ni yea, jangan buat dia marah sudah. Soalan dia, bolehkah landak menjadi best friend kepada dia kerana kawan-kawan dia melayan dia seperti anak patung.. kesian AN ni.. baik kamu kawan sahaja dengan saya daripada si landak yang suka sangat marah orang, belasah orang dan juga kenakan orang" Fang mula berapi-api dengan Probe "Hehehehe... sabar Fang, aku bergurau sahaja. Jawab soalan dia tadi"
"Boleh boleh. Aku tak kan layan kau macam anak patung dan aku akan layan kau seperti anak kucing!"
"Anak kucing konon.. tapi dia kenakan kau dengan kenakalan dia adalah" tambah si Gopal
"APA KAU CAKAP!" Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal. Boboiboy sabar sahaja dengan mereka berdua
"BERHENTI! KORANG BERDUA NI KALAU TAK BERGADUH, TAK BOLEH KE?" terus Gopal dan Fang senyap. Ketiga-tiga mereka dengan muka marah. Probe takut pula kalau Edisi Malam ini gagal tapi dia kena yakin, program pada hari ini akan berjaya! Dia tidak akan memberikan peluang kepada mereka untuk gagalkan program Edisi Malam Minggu pada hari ini
"Hehehehe.. lepas ni jangan gaduh yea. Baiklah, soalan seterusnya datang dari LizzNP. Dia nak bawa Fang dan Rizu pergi ke jepun, adik beradik lain ayah, lain mak.. aman sikit tanpa ada Kapten Kaizo.. hehehehe..." Kaizo merenung tajam ke arah Probe "Jangan pandang saya macam tu Kapten Kaizo, takut saya" Probe menggigil melihat muka serius Kaizo "Soalan dari dia adalah untuk Fang. Berapakah umur Fang, umur dia adalah 12 tahun! dan apa akan terjadi sekiranya Fang menahan kemarahan dia terlalu lama? adakah Fang akan hilang kawalan? atau benda lain akan terjadi?"
"Dia.." Gopal tunjuk Fang "Kalau si Fang ni menahan kemarahan dia.. dia akan jadi tak betul" Gopal pula yang jawabkan. Fang rasa macam nak cekik-cekik Gopal
"Wei, itukan soalan untuk Fang" bisik Boboiboy kepada Gopal
"Entahnya, itukan soalan aku. Yang kau nak jawabkan apasal pulak" marah Fang "dan jawapan untuk LizzNP, aku akan menjadi tak betul seperti yang disebutkan oleh gajah tadi" Gopal sabar sahaja dengan Fang "dan aku kadang-kadang akan menjadi hantu bayang kalau aku tahan kemarahan aku"
"Macam minggu lepas.. menakutkan. Untuk LizzNP, Fang akan menerima cabaran daripada kamu!" Probe ketawa sedikit "Soalan untuk Fang lagi, apa makanan kegemaran Fang selain daripada donut lobak merah"
"Hmmm.. masakan abang yang terlampau masin sangat tu! tapi bubur lobak merah abang paling sedap sekali! Terima kasih abang" Kaizo rasa sedikit terharu dan rasa geram kerana adik dia cakap masakan dia masin sangat. Bukan dia sudah kurangkan garam ke? masih masin lagi? fikir Kaizo
"Baiklah, seterusnya adalah cabaran untuk Gopal dari LizzNP juga. Dia cabar Gopal agar tidak makan makanan manis selama sebulan kalau tidak, dia akan belasah kamu dengan skill karate dia... wuuu.. menakutkan betul" kata Probe. Ochobot telah menolak sebuah meja beroda yang penuh dengan makanan bukan manis seperti pizza, burger, buah-buahan dan ada juga sayur-sayuran. Fang terus ambil lobak merah dia dan lalu dia makan sorang-sorang
"Ala, kacang aje ni! Aku akan terima cabaran kau wahai LizzNP... lagipun benda manis sahajakan.. burger boleh makan kan kan kan" dia terus sumbat sebiji burger di dalam mulut dia. Semua sangat kagum dengan kebolehan Gopal tadi
"Menakutkan.." kata Probe "dan cabaran untuk Kaizo pula, cabaran itu akan diadakan selepas sahaja habis sesi soal jawab. Harap LizzNP tunggu sampai habis yea" Probe tergelak sedikit "Baiklah, seterusnya datang dari Rifat, adik kepada LizzNP. Dia kata, dia akan membawa Gopal kerana lebih senang. Kalau nak makan, suruh sahaja Gopal tukarkan apa-apa sahaja object kepada makanan termasuklah tong sampah.. jangan buat begitu pula yea. Soalan dia untuk Boboiboy, Siapakah pemain bola sepak kegemaran kamu?"
"Hehehe.. siapa lagi kalau bukan.. SAYA SENDIRI!"
"Cheh, dia pun sama aje macam aku.. belagak juga rupanya kau ni" kata Fang
"Mana ada, aku bergurau aje. Saya sebenarnya minat dengan pemain negara saya kalau pemain kegemaran, saya minat semua!" jawab Boboiboy dengan ikhlas. Gopal tengah makan pizza dengan gelojoh. Fang dengan muka bosan dia
"Baiklah, soalan seterusnya datang dari Dark Princess.. puteri kegelapan.. ini adik beradik Ratu Lily ke atau sepupu dia?"
"AKU ANAK TUNGGAL AJELAH!" Jerit Ratu Lily dari belakang. Dia kini berpakaian seperti Taufan
"Hehehe.. jangan marah" tersengih Probe "Soalan dari Dark Princess, kenapa Fang selalu sangat koma? kenapa landak tak protes terus?"
"Macam mana aku nak protes, kalau aku protes nanti si author gila mesti bagi aku koma lagi.. kejam sangat author ni, lagi kejam daripada abang aku tu" Fang masih lagi tidak puas hati dengan author kerana asyik dia sahaja yang kena "Apalah nasib malang aku ni, apasal lah author tak suka dekat Boboiboy ke, Gopal ke.. tak pun abang aku.. kenapalah kena diri aku juga"
"Kesian si landak.. author kata sebab Fang terlampau handsome sangat, sampai author terpikat dibuatnya" Fang buat muka masam "Seterusnya dari Nitaaaaaaa... dia cakap dia nak bawa kami semua dan dia belanja! SERONOKNYA! tapi dia kena menghutang dulu.. isk isk isk.. apa nak jadi dengan kamu ni, jepun tu bukannya murah tapi mahal. Tak pasal-pasal ada juga salah seorang daripada kita kena jual.. menyedihkan.. baiklah! soalan dia untuk Boboiboy.. siapakah diantara Kaizo dan Fang, yang paling kacak sekali dan siapakah yang kamu paling sayang sekali diantara mereka berdua. Soalan bonus ni, apakah jawapan kamu?"
Kamera terus menghala ke muka Boboiboy yang sedang berfikir dengan serius "Hmm.. kalau saya jawab dua-duanya kacak boleh tak?" Boboiboy tersengih dihadapan kamera "Dan dua-dua saya sayang! Fang kawan baik aku dan abang Kaizo macam abang aku sendiri"
"Jawapan yang bagus! kita tidak boleh pilih kasih!" kata Probe "Soalan dia yang seterusnya, soalan ini untuk Fang. Bagaimana tahap kenakalan abang kamu?"
"Abang aku nakal tahap kejam" jawab Fang dengan nada bosan dia. Kaizo mengangguk sahaja, dia mengaku dengan jawapan adiknya tadi. Kenakalan dia memang kejam dan sadis "Kalau kau nak tahu nakal dia macam mana, silalah ambik tempat aku. Kau akan rasa sendiri kenakalan dia macam mana. Aku pun sendiri pun tak sanggup"
"Kesian si landak.. takpelah, itu sudah nasib badan kamu dapat abang macam tu" Probe usap-usap kepala Fang yang sedang bermasam muka tu. Gopal masih lagi dengan makanan dia "Soalan untuk Fang, kalau abang kamu jadi budak kecik, boleh tak dia nak merawat dan mencubit pipi abang kamu sampai puas hati dia?"
"Cubit sahaja, biar bagi lebam! MUAHAHAHAHAHAHAHAHA! nak bawa dia lari pun takpe.. janji aku bahagia!" kata Fang dengan selambernya. Dia tak kisah pun kalau abang dia marah dengan dia sebab jawapan dia tadi tetapi Fang sebenarnya kisah kalau ada orang lain nak bawa lari abang dia
"Soalan terakhir dari nitaaaaaaaaaa.. soalan ini untuk Gopal. Apasal Gopal masih lagi panggil Kapten Kaizo bukan abang Kaizo? takut ke dengan kapten sadis tu? atau memang tiada niat lagi"
"Errr... takut tu ada tapi saya belum sesuaikan diri lagi untuk panggil dia abang Kaizo" Gopal tersengih
"Seterusnya datang dari Lily, peminat Boboiboy yang suka huru-harakan keadaan. Hehehehehe... hai Lily!" Probe melambai-lambai kearah Lily yang sedang berkelip-kelip mata sambil malu-malu kucing dekat Boboiboy
"Jawapan dia untuk pertanyaan Kaizo pada minggu lepas, dia akan membawa Boboiboy sahaja! Berdatinglah kamu dekat sana yea nanti, jangan lupa tangkap gambar sekali. Kad kahwin pun jangan lupa hantar dekat saya" Boboiboy baling batu dekat Probe tetapi Probe hiraukan sahaja dan Lily pula, dia tersenyum lebar, mata dia bersinar-sinar dan dia menahan mulut dia daripada berkata-kata "Hehehehe.. suka betul si Lily ni. Soalan dia Boboiboy. Apa pendapat anda tentang kawan baik kamu si Gopal dan sikap dia"
"Gopal ni sahabat pertama saya semasa saya di Pulau Rintis. Pendapat saya tentang Gopal, dia memang seorang sahabat yang baik, dia selalu fikirkan tentang kawan dia dan apabila saya perlukan pertolongan, dia akan membantu saya dalam apa-apa jua situasi dan dia juga selalu berjuang bersama dengan saya. Dia seseorang yang tidak akan mengalah dan selalu fikirkan sesuatu yang bijak dalam pertarungan dengan musuh-musuh kami" Gopal rasa sangat terharu dengan kata-kata Boboiboy
"Terima kasih sahabat ku! Aku tak kan lupakan kata-kata kau tadi" Gopal peluk Boboiboy sambil menangis "KAU LAH SAHABAT KU YANG TERBAIK BUKAN MACAM SI LANDAK TU" Fang berapi-api dengan Gopal, dia menahan kemarahan dia. Probe lap air mata palsu dia
"Terharu pula aku.. baiklah, soalan kedua dari Lily untuk Boboiboy. Sahabat mana paling penting bagi kamu, Fang atau Gopal? dan adakah Boboiboy mahu pergi jepun dengan Lily dan adakah Boboiboy benci dengan Lily kerana dia kes ragu-ragu, samada Boboiboy benci dengan dia atau tidak. Yelah, Boboiboy kan selalu larikan diri dari Lily"
"Errr... saya akan menjawab soalan pertama tu dulu. Yang mana paling penting? mestilah kedua-duanya penting buat diri saya. soalan kedua tu pula" Boboiboy tersengih, manakala Lily pula berkelip-kelip mata dekat Boboiboy "Kalau saya bawa kawan saya sekali boleh?" Lily angguk sahaja tapi apa yang dia pasti, dia akan berjalan disebelah Boboiboy "Soalan terakhir tu, saya tak bencikan Lily.. saya ikhlas berkawan dengan kamu tapi.. tapi janganlah cubit pipi saya"
"Hehehehe... maaf" kata Lily tersipu malu
"Cubit aje pipi dia Lily" Fang cubit kedua belah pipi Boboiboy "Cubit pipi dia puas-puas sampai dia langsung takde pipi"
"Isk kau ni, melebih pula" Boboiboy dan Fang memberikan renungan maut sesama sendiri
"Err... baiklah, soalan Lily untuk Gopal pula" Gopal tengah makan nugget pula "Soalan dia, apa reaksi Gopal jikalau ada orang rampas jam kuasa kamu dan tak nak pulangkan balik, apakah kamu akan terima dengan kenyataan dan apa pendapat Gopal tentang Faye. Faye adalah sepupu kepada si landak tapi rambut dia bukan macam si landak" gelak Probe
"Siapa yang nak jam kuasa aku?" kata Gopal sambil kunyah nugget dia "Jam kuasa aku ni.. EH! MANA PERGI JAM KUASA AKU?!" Gopal mencari-cari jam kuasa dia di sekitar sofa
"Wei, jam kuasa kau dekat dia" kata Fang sambil tunjuk dekat Lily "Tu lah kau, makan sampai tak ingat dunia. Orang lain yang sedar, kau yang tak sedar"
"Lily! pulangkanlah jam kuasa aku.. kalau tidak, nanti Kapten Kaizo akan belasah aku lagi. Lihatlah wajah ku yang penuh dengan lebam. Pulangkanlah!" merayu-rayu Gopal kepada Lily
"Ala, Lily nak pinjam sekejap aje.. nanti Lily pulangkanlah esok ke, tahun depan ke... sekarang ke.." terus Lily pulangkan jam kuasa tersebut kerana Kaizo sudah berikan amaran kepada Lily dengan mengacukan pedang tenaga dia ke arah Lily "Hehehehe.. saya main-main sahaja" Kaizo hiraukan sahaja dengan muka tersengih Lily. Gopal terus pakai jam kuasa dia dan sambung balik jawapan soalan Probe tadi
"Pendapat saya tentang Faye.. dia tu cantik, kuat makan macam aku tapi badan dia tetap kurus bukan macam aku. Dia juga seorang yang ceria bukan macam sepupu dia tu, asyik nak marah saja. Lagipun senang nak berkawan dengan dia, dia takde lah sombong sangat macam sepupu dia tu.. aaa.. itu sahaja kot"
"THANK YOU GOPAL!" Faye melambai-lambai kearah Gopal
"SAMA-SAMA!" Fang perhatikan sahaja Gopal dan Faye dengan muka masam dia
"Soalan seterusnya datang dari miss mysteri. Dia cakap dia nak bawa Kapten Kaizo ke jepun, bagus bagus.. suruh dia pergi belasah orang-orang dekat sana pula.. hehehe.. aman saya dan encik bos saya. Soalan dia untuk kamu bertiga, adakah kamu nak main sebuah permainan dengan miss mysteri dan nama permainan itu adalah pencarian harta di dalam menyelesaikan misteri kegelapan. Kita kena cari hartu karun dalam bilik gelap ke? mesti banyak hantu! seronoknya! saya nak main boleh?"
"Aku malas nak main, aku nak belajar" jawab Fang
"Errr.." Boboiboy tak tahu nak jawab apa. Dia hanya tersengih sambil garu kepala
"Boboiboy, aku nak main dengan permainan tu, temankan lah aku" pujuk Gopal kepada kawan baik dia
"Yelah, yelah.. aku main sekali dengan kau tapi bila?" tanya Boboiboy
"Entahlah, aku pun tak tahu.. kita tanya sahaja cik miss mysteri ni nanti" kata Probe "Soalan seterusnya, adakah kamu semua suka dengan supernatural?"
"SAYA SUKA! SAYA SUKA! HANTU ADALAH KEGEMARAN AKU!" Gopal menjawab soalan itu dengan begitu pantas sehinga dia meloncat-loncat sedikit di atas sofa itu "Tapi dia orang berdua ni.. nak kata tak minat, ada minat juga" Boboiboy dan Fang biarkan sahaja Gopal jawabkan
"Soalan ini pula, khas untuk Gopal! macam mana Gopal boleh sihat dengan badan begitu besar? apa rahsia Gopal sebenarnya?" Probe usik-usik perut Gopal yang besar itu dan terus dia kena tepuk dengan Gopal "hehehe... nak rasa cuba perut Gopal macam mana"
"Aku" dia makan burger "walaupun kuat makan" dia makan fries pula "badan aku tetap sihat" dia makan kebab pula "aku bukan macam si keding tu, kurus macam lidi" dia makan satay ayam pula
"Yelah tu, kau tu tahu makan sahaja. Cubalah makan benda yang berkhasiat.. tengok macam aku" terus Fang makan lobak merah dia
"Eleh, kau makan seberapa banyak lobak merah tapi kau tetap rabun jugakan" kata Gopal. Dua-dua sengaja nak cari pasal-pasal sesama sendiri. Boboiboy menepuk dahinya
"Bilalah korang nak berhenti cari pasal, aku juga yang kena leraikan korang berdua" mengeluh Boboiboy
"Ala Boboiboy, gaduh-gaduh pun, kita orang tetap kawan baik juga kan kan kan.. betul tak landak?"
"Betul aje, gajah" kata Fang dengan nada bosan dia. Boboiboy terpaksalah tahankan diri dengan pergaduhan mereka yang entah bila akan berhenti dengan tabiat mereka yang suka sangat cari pasal sesama sendiri
"Kasihan kamu, Boboiboy. Harap kamu bersabar yea" kata Probe "Soalan ini untuk Ratu Lily" terus muncul Ratu Lily ditepi Probe. Dia tersenyum ria melihat Boboiboy di situ "Soalan untuk Ratu Lily, kenapa kamu masih lagi hantu atau roh? ada misi yang tak lengkap ke?"
"Ada ada! Misi aku adalah untuk membunuh Kaizo! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA" Kaizo sudah bersiap sedia dengan pedang tenaga dia "Tapi disebabkan aku telah bertukar menjadi ratu yang baik, jadi misi aku kali ini adalah untuk bersama dengan Boboiboy" dia berkelip-kelip mata dekat Boboiboy. Boboiboy rasa geli satu badan
"JANGAN HARAP! AKU AKAN MENGHALANG RANCANGAN KAU!" Lily pula muncul di atas pentas "AKU AKAN SERANG KAU WAHAI RATU LILY!"
"Hehehe.. seranglah, kalau berani" Ratu Lily keluarkan kuku panjang dia yang tajam "Mari kita lawan"
"MARI!" Lily pula keluarkan sebatang kayu baseball untuk berlawan dengan Ratu Lily
"Alamak! kita akan berehat sebentar" Probe terpaksa pergi leraikan mereka berdua sebelum mereka hancurkan studio markas kotak
--------------------------------------
"Aduhai" Probe muncul dengan kepala benjol dia "Aku juga yang kena belasah dengan dua-dua Lily tu tapi mereka dikalahkan oleh kapten sadis!" Kamera menghala ke Lily yang kena ikat oleh Kaizo, manakala Ratu Lily disedut masuk ke dalam perangkap mesin hantu oleh Kaizo juga "Padan muka korang, kan sudah kena dengan Kapten Kaizo. Baiklah, soalan terakhir dari miss mysteri.. tapi Yaya tiada pula pada malam ini. Jadi saya jawabkan bagi pihak dia. Yaya memang pandai masak tapi saya cuma robot sahaja. Semua makanan yang aku rasa, semuanya rasa seperti kertas pasir" Menangis Probe
"Aku faham perasaan kau, Probe" muncul Ochobot disebelah Probe. Mereka berdua menangis sambil berpelukan "Apalah nasib kami berdua, hanyalah sebuah robot sahaja.. APALAH NASIB KITA! NAK MERASA MAKANAN SEDAP PUN TAK BOLEH! KAMI HANYA DAPAT MELIHAT SAHAJA!" Mereka siap nyanyi lagi dekat atas pentas
"WOI! cepatlah bagi soalan dekat kita orang" marah Fang. Ochobot terus terbang lari ke tempat lain
"Hehehe.. seterusnya datang dari aquamarine2602. Kata beliau, dia ingin membawa Boboiboy tapi kalau boleh, Fang dan Kapten Kaizo harus ikut juga! Dia ada soalan untuk kamu bertiga. Soalan pertama untuk Gopal. Kenapa Gopal suka sangat main video game? dan Gopal suka makan apa?"
"Aku suka main video game kerana Appa aku dulu pun suka makan video game juga. Aku telah mewarisi bakat dia didalam bermain video game, jadi aku gunakan bakat aku sebaik-baiknya" Boboiboy dan Fang tak tahu nak cakap apa dengan jawapan dari Gopal tadi "Aku suka makan apa sahaja yang boleh dimakan! tapi paling penting sekali ialah CHOCOLATE!"
"Tapi kau kena cabaran tak boleh makan benda-benda manis selama sebulan.. hehehehe" Probe tergelak melihat muka Gopal menjadi sedih "Kesian dia.. kita sambung balik, soalan kedua ini pula untuk Fang. Kenapa Fang suka sangat rambut landak tu? dan dia telah memberikan cabaran kepada Fang, iaitu Fang tidak boleh marah-marah atau mengamuk selama satu hari.. hehehehe.. jangan dia jadi tak betul sudah"
"Senang sangat cabaran tu. Kalau dia nak tengok aku jadi tak betul atau aku jadi hantu bayang terus. Soalan dia tadi, sebab apa rambut aku macam landak? sebab aku punya sukalah, yang sibuk sangat apasal. Bukannya aku suruh kau buat rambut landak pun" kata Fang tanpa menggunakan nada marah dia
"Wei, kau tak boleh ke jawap elok-elok" marah Boboiboy. Fang hanya bersilang tangan sahaja
"Suka hati akulah.. kau pun nak sibuk juga ke?"
"Mana ada, orang dah tanya elok-elok.. kau jawab macam tu pula. Apalah kau ni Fang" Boboiboy gelengkan sahaja kepala dia. Macam manalah dia boleh tahan dengan perangai kawan dia seorang lagi ni, fikir Boboiboy
"Soalan terakhir untuk Boboiboy, kenapa Boboiboy selalu pakai topi terbalik? ibubapa Boboiboy pernah datang jenguk-jenguk tak dekat Pulau Rintis?"
"Sebab saya memang suka pakai style macam tu dan ibubapa saya ada datang ke sini, itu pun kalau mereka ada masa tapi kami selalu hubungi saya" Entah kenapa Probe tiba-tiba rasa sedih pula. Mereka bertiga rasa pelik melihat Probe
"Sedihnya saya.. sebab ibubapa Boboiboy duduk jauh daripada anak dia.." Probe lap-lap air mata dia. Fang sabar sahaja sebab dia langsung tiada ibubapa, lebih teruk daripada Boboiboy. Dia menahan kemarahan dia "Baiklah, kita ada salah satu readers kita di sini iaitu Encik Melayu Titanium" Probe melambai-lambai kearah Encik Melayu Titanium dan terus dia senyum kepada Probe "Dia ni ingin membawa saya pergi ke jepun! lebih senang dia cakap dan saya menjadi lebih suka! YIPEEEE! terima kasih terima kasih! soalan pertama dia untuk Fang. Siapa yang berikan idea kepada author buatkan kamu menjadi koma dan apa yang akan kamu lakukan?"
"Tanyalah author sendiri, mana aku tahu. Dia yang buat cerita, janganlah tanya aku dan aku mungkin..." kata Fang tanpa memarahi sesiapa. Dia sedang cuba tenangkan diri "akan katakan terima kasih kepada dia kerana bagi aku koma selama 3 minggu" Fang tersengih semacam di hadapan kamera. Boboiboy dan Gopal rasa risau pula dengan Fang
"Soalan kedua pula untuk Boboiboy! Kuasa apa yang kamu suka? adakah Boboiboy suka membunuh orang dan siapa paling cantik sekali diantara Yaya, Ying, Lily, Ratu Lily dan Faye? dan siapa kamu pilih?"
"Banyaknya soalan" terus dia kena ketuk dengan Fang "Apasal kau ketuk kepala aku" Fang bersiul-siul sahaja. Boboiboy sabar dengan sikap kawan dia "Saya suka semua kuasa saya! kuasa element! Tapi saya tak suka bunuh orang saya bukan pembunuh dan saya juga tidak suka menggunakan kekerasan. Soalan ketiga tu... paling cantik sekali ialah.. semuanya cantik-cantik" Boboiboy tersengih "dan tiada pilihan.. hehehehe"
"Betul ke tiada pilihan" Probe merenung mata Boboiboy lama-lama sampai berpeluh Boboiboy "Hmmmm.. baiklah, soalan seterusnya datang dari dava juniawan. Setelah kuasa kamu diupgrade, kuasa siapakah paling hebat diantara kamu bertiga?"
"SAYA!" ketiga-tiga mereka menjawab secara serentak
"Wei, kuasa aku lah paling hebat" kata Fang dengan muka ceria dia tapi nada dia agak marah sedikit
"Kuasa akulah! aku dapat gunakan kuasa terkuat aku iaitu pecah kepada 7, kau boleh ke?" Boboiboy saja nak bagi Fang marah. Fang tenangkan diri
"Ala, aku boleh sahaja guna naga bayang aku dan aku dapat bergabung dengan kuasa bayang aku" Suara Fang menjadi ceria pula
"Eleh, naga bayang buat apa. Kau ada satu sahaja.. kuasa bayang sahaja, aku ada banyak"
"hehehe.. mesti kau cemburu kan kan kan kan kan!" tiba-tiba sahaja Fang buat muka comel, takut Boboiboy tapi dia hiraukan sahaja
"Kaulah yang cemburu dengan aku, cakap orang pula"
"Biarkan dia orang bergaduh. Yang paling penting, kuasa aku paling hebat sebab aku boleh tukarkan badan aku menjadi emas! TUKARAN EMAS!" seluruh badan Gopal menjadi emas "AKU KAYAAAAAA!"
"Agaknya, kalau aku jual si Gopal ni, berapa banyak duit aku akan dapat?" Probe bayangkan dia jual Gopal di pasaran gelap. Mesti seronok! dapat tipu dia orang, dapat larikan diri bersama dengan Gopal, lepas itu mereka akan ulang balik dengan kejahatan mereka tersendiri dan mereka berdua akan menjadi terkenal di seluruh dunia! Probe dan Gopal akan menjadi orang yang dikehendaki oleh polis, FBI, CIA dan macam-macam lagi. Boboiboy, Fang dan Gopal melihat sahaja Probe sedang berangan-angan itu dan terus Fang baling sebuah cawan tin di kepala besi Probe. Baru dia sedar "Hehehehe.. maaf maaf! berangan pula aku" Probe tenangkan diri dia dulu "Baiklah, seterusnya datang dari sepupu kepada LizzNP iaitu Ailsa Cinta. Oh cinta ku! sudikah kau bercinta dengan robot badut ini?"
Semua buat muka blur
"Err.. hehehehe... dekat sini dia cakap, dia nak bawa Yaya sebab Yaya baik dan dia juga nak cuba makan biskut Yaya. Semoga berjaya, nanti saya hantarkan kad dekat hospital yea" kata Probe "Soalan pertama dia untuk Fang. Sudah berapa banyak kali Fang koma? kenapa tak belasah sahaja author Lynz tu.. hehehehe"
Fang sudah mula tak betul, kalau tidak, dia sudah lama marah-marah "Berapa banyak kali yerk.. aaaaaaa... seribu kali kot. Buat apa aku nak belasah author Lynz, aku sendiri pun takut dengan dia, mana tahu kalau dia komakan aku selama-lamanya ke. Tak pun dia suruh abang aku bunuh aku ke.. hehehe.. betul tak abang?"
"Kau nak aku bunuh kau ke?" Fang tersenyum sambil mengangguk kepala dia kepada abang dia "Baiklah, kejap lagi aku akan bunuh kau. KAU JANGAN NAK MENYESAL!" Lily pula yang rasa suka. Dia bayangkan kehidupan dia aman tanpa si landak
"Terima kasih abang!" Boboiboy dan Gopal mulai risau dengan kawan baik mereka yang sudah mula tak betul "Kenapa korang tengok aku macam tu? korang pun nak kena bunuh dengan abang aku ke? nanti aku beritahu dia sekali" Gopal terus goncang-goncangkan badan Fang
"KEMBALILAH WAHAI SAHABAT KU YANG PANAS BARAN! AKU TAK NAK TENGOK KAU BEGINI!" Fang menjadi pening
"Nanti aku kembali lah, aku kembali menjadi hantu bayang" jawab Fang dengan senyuman semacam dia
"JANGAN JADI JOKER! TIDAKKKKKK-" Terus dia kena sumbat dengan stokin Adudu
"Senyap pun kau. Kita sambung balik sebelum Gopal berdrama lagi. Soalan kedua ini pula untuk Gopal. Soalan dia, berapa banyak kali Gopal makan dalam sehari? Tak tanya pun takpe, dia ni 24 jam akan makan. Masa tidur pun dia akan makan juga"
Gopal muntahkan stokin busuk itu "Adeh, bau busuk mulut aku ni tapi memang betul pun kata kau. 24 jam 7 kali seminggu, aku akan makan tanpa berhenti!"
"Patutlah gendut semacam" bisik Probe di depan kamera. Dia terus terbang ke pentas "Soalan terakhir ini pula untuk Boboiboy. Tok Aba sering marah kau tak?"
"Tik tok tik tok tik tok..." semua pandang kearah Fang "Tok Aba marah dia kalau dia buat hal sahaja... tik tok tik tok tik"
"Fang? kau ok tak? kau nak pergi baring tak? risau pula aku tengok kau ni" Boboiboy rasa dahi Fang. Tak demam tapi otak dia yang sudah tak betul "Kau pergi tidur, biar abang kau sahaja yang gantikan kau"
"Tak nak, aku tak nak abang aku gantikan tempat aku. Aku nak dia pergi asahkan pedang tenaga dia... hehehehe" Fang berikan senyuman menakutkan dekat Boboiboy. Selepas itu aura-aura bayang dia keluar
"Me-me-me-menakutkan" Probe menggigil "Ki-ki-kita berehat sebentar" Probe pandang ke arah Fang balik, dia sudah bertukar menjadi hantu bayang
-----------------------------------------
"Selamat kembali semua. Saya ingin membuat pengumuman, bahawa dengan duka citanya. Fang telah meninggalkan pentas ini dan kami sedang berusaha untuk kembalikan dia seperti normal. Maka dengan itu, KAPTEN KAIZO AKAN MENGGANTIKAN TEMPAT ADIKNYA! YEAHHHHH!"
Fang berada di bawah dan duduk disebelah Faye. Fang masih lagi dalam keadaan hantu bayang "Baiklah, seterusnya datang dari Vanila Blue yang berumur 12 tahun.. err.. betul ke? hehehe.. saya main teka sahaja.. dia cakap dia ingin membawa Yaya sahaja, maklumlah. Vanilla ni peminat setia Yaya dan soalan dia untuk Gopal. Kenapa Gopal suka sangat cari pasal dengan Fang? dan kenapa Fang itu gila? eh silap.. kenapa dia gila popular? sila jawabkan Kapten Kaizo"
"Soalan Gopal tu.. biar dia sahaja yang jawab. Soalan untuk adik aku yang sudah tak betul tu" Kamera menghala kearah Fang yang sedang duduk diam di dalam keadaan hantu bayang dia. Semua duduk jauh daripada dia kecuali Faye dan Lily
"Cheh, aku juga kena duduk sebelah kau, selamatlah Faye ada" bisik Lily yang masih lagi kena ikat. Di sekeliling mereka bertiga, penuh dengan kerusi kosong
"Aku mana tahu adik aku tu gila popular, aku hantar ke bumi untuk rampas jam kuasa kawan-kawan dia BUKAN UNTUK MENCARI POPULARTI! apa nak jadi dengan adik aku ni. ESOK PAGI JUGA AKU BAGI KAU LATIHAN TEMPUR 24 JAM!" mereka terdengar jeritan garang dari suara Kaizo
"Betul tu Kapten Kaizo! si mambang tu memang tak reti bahasa, orang suruh buat benda ni, dia pergi buat benda lain pula.. isk isk isk" Kaizo pandang sahaja Probe dengan muka serius dia "Hehehee... Gopal, silakan dengan jawapan kamu"
"Jawapan aku ialah.. Sebab dia yang suka cari pasal dengan aku dulu, jadi aku balas dendam lah balik! Tapi kami tetap kawan.. betul tak Fang?" Fang hanya duduk diam sahaja seperti tiang elektrik "Dia tak nak jawab pula, tengah menahan kemarahan dia lah tu" Fang masih lagi duduk diam, Faye pula yang jadi takut
"Macam nak tunggu bom meletup aje ni" kata Faye
"Err.. kita hiraukan sahaja si hantu bayang tu. Seterusnya dari Ililara. Dia kata dia nak ajak Yaya dan Boboiboy pergi jepun! Bagus bagus, dua orang ni memang tak suka cari pasal.. tapi kenapa tiada siapa yang bawa Ying? Kasihan dia.. menyedihkan. Baiklah, soalan dari dia untuk Boboiboy. Pecahan 12 dibahagikan kepada 20, apakah.. eh silap.. ini soalan matematik. Maaf yea semua" Probe ketawa sorang-sorang "Soalan dia ialah diantara pecahan-pecahan di benua afrika.. eh, ini soalan Geografi.. SIAPA TUKANG TUKAR SOALAN AKU?!"
"Aduh, ini mesti Fang punya kerja" Boboiboy tepuk dahinya "Maaf yea semua, Fang tu memang suka kenakan orang" Kasihan Probe terpaksa cari soalan dan skript dia. Akhirnya dia jumpa, Fang pergi sorok bawah sofa
"Jangan risau, aku akan tambahkan lagi hukuman latihan tempur dia. 48 jam latihan tempur"
"Selamat si mambang tu tak sorok tempat yang susah nak dicari" Probe cium-cium kertas skript dia dan juga soalan-soalan dari readers "Baiklah, kita sambung balik.. soalan untuk Boboiboy. Diantara pecahan-pecahan kamu, yang mana satu lebih mantap, best, dan lebih bergaya?"
"Hmmm... Boboiboy Solar kot.. tak pun Halilintar.. entahlah, semuanya bergaya"
"Tapi.. aku suka Halilintar.. dia tu paling cool! lebih cool daripada si mambang tu" kata Gopal sambil perhatikan Fang yang masih lagi duduk diam "Apasal dia duduk diam sahaja? nak tunggu orang letupkan dia ke?"
"Kau nak aku cucuk dia, bagi dia meletup ke?" tanya Kaizo sambil keluarkan pedang tenaga dia
"Nanti dulu Kapten Kaizo, kita letupkan dia selepas habis sahaja sesi soal jawab ni. Baiklah, sambung balik soalan dari Ililara untuk Gopal. Makanan apakah yang dibenci oleh Gopal?" tanya Probe
"Makanan apa yea... bagi aku fikir" Gopal fikirkan secara serius
5 minit kemudian
"Lama bebenar kau fikirkan" Probe perhatikan sahaja Gopal yang masih lagi fikirkan "Sudah sudahlah tu, karang sampai esok tak habis fikir ni"
"Yelah yelah... aku rasa, takde kot. Semua makanan aku suka!" dia ambil sebiji apple yang ada di atas meja beroda itu "Semua makanan yang aku pernah rasa, semuanya sedap" lalu dia makan apple itu
"Hehehe.. baguslah kau telan sahaja semua makanan. Seterusnya, soalan terakhir untuk Fang tapi..." Probe melihat keadaan Fang. Masih lagi didalam jelmaan hantu bayang dia "Kapten Kaizo jawabkan soalan dia. Soalan terakhir dari Ililara untuk Fang, rambut gaya mana yang best, rambut gaya seperti Sasuke atau rambut gaya abang kamu macam ekor itik?"
"RAMBUT AKU MACAM EKOR ITIK?!" Kaizo mengamuk sekejap "Bila masa rambut aku macam itik?! ini rambut gaya aku sendiri! bukan macam itik. AKU BUKANNYA ITIK!" Apa yang Lily dengar dekat bawah hanyalah quack quack quack quack quack seperti itik
"Sabar Kapten Kaizo, sabar! Saya hanya bergurau sahaja" Probe tersengih "Kita pergi ke soalan seterusnya yang datang dari Farel, sepupu kepada LizzNP. Soalan dia untuk Boboiboy. Macam mana ibubapa kamu boleh biarkan kamu tinggal di Pulau Rintis? mereka tahu tak yang kamu pernah berlawan dengan Borara yang sangat lah berbahaya dan adakah mereka tidak takut, jika mereka kehilangan kamu?"
"Ibubapa saya benarkan saya tinggal di sini. Lagipun Boboiboy nak temankan Tok Aba. Ibubapa saya tahu saya pernah berlawan dengan Borara dan mereka juga agak risau dan takut dengan kuasa yang saya ada" kata Boboiboy
"Bagus jawapan Boboiboy. Baiklah, soalan terakhir dari Farel untuk Gopal. Appa kamu tak pernah marah ke banyak sangat makan?" tanya Probe. Gopal mengambil sandwich tuna dan lalu makan
"Appa saya tak kisah saya makan berapa banyak pun tapi dia akan marah kalau saya terlampau banyak sangat main video game" makanan yang ada didalam mulut Gopal, tersembur keluar dan terkena muka besi Probe
Probe lap muka dia dengan sapu tangan "Begitu pula.. hehehehehe... seterusnya dari Fangcool. Tiada soalan dari dia tapi dia nak bawa Boboiboy ke jepun. Bagus, jangan ajak si landak tu" Probe melihat balik Fang, masih lagi dalam hantu bayang dia "Baiklah, seterusnya dari Hwang635. Wah! dia ni nak bawa semua keluarga si landak. Fang, Kaizo, Rizu dan Faye pun boleh ikut. Soalan dia untuk Fang. Apakah warna mata Fang?"
"Warna mata dia? sudah tentu merah tapi bukan merah menyala macam aku. Apasal kau nak tahu sangat warna mata adik aku? Kau mahu cucuk mata dia ke?"
"Err.. jangan begitu Kapten Kaizo, dia tanya sahaja" Kaizo terus buat muka serius "Soalan kedua untuk Fang. Adakah Fang mahu berpakaian seperti seorang perempuan.. hehehehe.. dia cakap kalau Fang pakai baju perempuan, mesti comel! dan dia nak cubit-cubit pipi Fang"
"Adik aku jadi perempuan?" Kaizo menahan gelakan dia "Dia kalau jadi perempuan, bukan nampak comel tapi nampak macam puteri badut" Probe tergelak apabila Kaizo katakan Fang macam puteri badut. Fang masih lagi menahan kemarahan dia. Dia belum meletup lagi
"Heehehehee.. puteri badut. Tak dapat aku nak bayangkan" kata Probe
"Kalau dia puteri badut, mesti ada putera badut kan.. hahahahahahaha.. Probe jadilah putera badut, kau kan robot badut" kata Gopal
"Tak nak aku. Buat apa aku nak jadi putera badut dekat si landak badut tu.. hehehehe.. baiklah, soalan seterusnya untuk Gopal. Soalan yang sama, kenapa Gopal suka cari pasal dengan Fang? tak takut kena belasah ke?"
"Tak takut pun" kata Gopal dengan megahnya
"Yelah tu Gopal, kata tak takut tapi asyik lari dari harimau bayang dia"
"Jangan cakap macam tu Boboiboy. Harimau bayang dia tu, kuku punyalah tajam. Dia tiap-tiap hari pergi asah kuku harimau kesayangan dia ke?"
"Kasihan si Gopal. Soalan kedua untuk Gopal. Bila nak kurus? hah! kalau nak kurus, belilah pil untuk kuruskan badan" Terus Probe kena ketuk dengan Gopal "Hehehe.. tapi jangan dengar cakap saya tu yea, nasihat saya untuk anak-anak sekalian, kalau nak kurus. Pergilah bersenam dan hiduplah dengan gaya sihat!"
"Bagus pula nasihat kau ni yea tapi boleh pula kau ikut cakap encik bos kau tu suruh buat benda kejahatan. Kepada yang bertanyakan soalan tadi itu, memang badan aku besar macam ni, apa aku boleh buat.. kenapalah semua orang ingat aku ni gemuk, aku tak gemuklah!" Probe usap-usap kepala Gopal yang sedang kesedihan itu "Terima kasih Probe"
"Sudah sudah, jangan menangis wahai gajah" kata Probe. Kaizo sudah naik bosan, dia mahu sahaja nak cucuk adik dia bagi meletup tetapi dia menahan dirinya buat begitu "Seterusnya datang dari NoName02. Jawapan dia semestinya, dia akan membawa Boboiboy Halilintar dan juga Kapten Kaizo! dia juga nak rasa bagaimana Kapten Kaizo buli dia? mesti sadis nanti dan dia nak Kapten Kaizo jadi abang dia, boleh ke?" Probe berkelip-kelip mata dekat Kaizo
"Aku cucuk juga mata kamu nanti" kata Kaizo dengan nada garang dia "Kepada NoName, kau sudah bersedia untuk aku membuli kau? Buli aku memang tahap kejam dan tiada rasa simpati dari aku dan kalau kau mahu aku menjadi abang kau, kau jangan nak jadi lembik macam adik aku tu"
"Macam askar pula" bisik Probe "Soalan dia untuk Boboiboy" Probe betulkan suara dia "KENAPA KENAPA KENAPA! KENAPA BOBOIBOY SUDAH KEMBALI SEPERTI TAHAP SATU! KENAPA HALILINTAR! JAWAB SOALAN AKU!" Probe cekik-cekik Boboiboy sambil goyang-goyangkan kepala dia "KENAPA BAJU PECAHAN BOBOIBOY TIDAK BEGITU MENARIK DI DALAM BOBOIBOY GALAXY! WHY WHY WHY!" Selepas itu dia pergi hempuk-hempuk kepala Gopal dengan kerusi. Dia nak ketuk-ketuk si Fang dengan kerusi tapi takut dia meletup pula nanti "eh, terlebih pula aku.. hehehee"
Boboiboy tengah pening sebab kena goyang tadi "Err.. macam mana yea saya nak jawab. Saya pun tak tahu, kalau nak tahu.. sila pergi tanya di studio animonsta. Mungkin dia tahu jawapannya.. peningnya kepala aku" terus Boboiboy buat peace di hadapan kamera dengan muka pelik dia
"Dan satu lagi.. dia suka sangat pakaian Yaya yang begitu menarik sekali di Boboiboy Galaxy! Pink gitu! Sekarang kita ke soalan dari reader lain pula iaitu Hanaira. Dia ingin minta maaf sebab terlampau banyak sangat bagi soalan yang sama pada minggu lepas. Jangan risau, nak hantar seribu kali pun takpe. Kita bagi author Lynz pening kepala!" terus dia kena baling dengan kerusi oleh Lily "ADOI!"
"Author Lynz yang suruh buat" kata Lily
"Cheh! boleh pula dia pergi suruh orang tolong balingkan. Hanaira kata, dia ingin bawa Ying dan Yaya. Akhirnya, ada juga nak bawa Ying. Baiklah, soalan dia ditujukan kepada Gopal. Siapakah paling hebat dan pintar diantara Boboiboy dan Fang? dan kenapa?"
"Senang sangat soalan tu, yang hebat mestilah Boboiboy dan yang pintar mestilah si alien landak tu. Boboiboy kan ada kuasa terhebat dia dan Fang pula, dia terlalu pandai sangat. Siap kena panggil pelajar contoh lagi" kata Gopal dengan sedikit rasa cemburu dengan mereka berdua
"Macam cemburu aje ni" bisik Probe "hehehe.. soalan untuk Fang pula. Adakah Ying cantik di mata kamu dan adakah Fang suka sama Ying? soalan yang menarik! apa jawapannya Kapten Kaizo"
"Jawapannya adalah.. mana aku tahu, kau tanyalah sendiri adik aku tu. Itu pun kalau kau nak aku letupkan dia sekarang juga dan AKU TIDAK AKAN MEMBENARKAN ADIK AKU BERCINTA! DIA MASIH KECIL LAGI! KECIK-KECIK SUDAH RETI NAK BERCINTA PULA!" bergegar satu studio markas kotak. Otak Boboiboy dan Gopal pun bergegar juga sebab duduk dekat sana dengan Kaizo
"Adeh, selamat tak hancur studio kesayangan aku ni. Berjuta-juta aku habiskan duit untuk buat studio markas kotak ni. Soalan terakhir untuk Boboiboy. Ayah dan ibu Boboiboy kerja apa?"
"Ayah kerja sebagai duta dan ibu pula terpaksa ikut ayah. Jadi saya tinggal di sini dengan Tok Aba dan Ochobot!" Boboiboy melambai-lambai kearah kamera dan berharap sangat ibubapanya menonton Edisi Malam Minggu
"Kita sudah sampai pada reader kita yang terakhir iaitu peminat setia ku, HARUKO1212! YEAHHHH! Nanti kita pergi tangkap dementor sama-sama.. hantu juga tu! Menakutkan tapi menarik!" Probe siap baling bunga sakura lagi sebab terlampau gembira "Dan sudah tentu dia akan membawa aku pergi ke jepun, terharunya aku. Terima kasih Haruko! terima kasih! Jasa mu akan sentiasa dikenang dan saya sentiasa menyokong Haruko1212 untuk masuk ke sekolah Hogwarts tapi jangan lupa bawa saya sekali! Soalan dia untuk Boboiboy, mana yang satu Boboiboy nak, seorang adik atau abang ataupun seorang kakak?"
"Hmmm.. nak seorang adik seperti Rizu boleh? Boleh saya ajar dia, belajar bersama dengan dia, main bersama, gelak ketawa bersama.. macam-macam lagi lah tapi kalau ada seorang kakak atau abang, mesti seorang juga" kata Boboiboy sambil melihat Kaizo
"APA PANDANG-PANDANG?! Kau nak aku jadi abang kau ke? kalau nak sangat, pergi minta izin dari si Pang tu" kata Kaizo sambil tunjuk si hantu bayang yang masih lagi duduk diam. Lily asyik usik-usik lengan Fang sebab dia nak tengok Fang mengamuk tak tentu pasal dekat dalam studio markas kotak
"Heehehehehee..." Boboiboy tersengih sahaja
"Soalan kita yang terakhir untuk hari ini. Soalan untuk Gopal, setelah kamu sudah langsaikan hutang di kedai Tok Aba, adakah Gopal masih lagi berhutang? JAWAB GOPAL!"
"Err.. hehehehe" Gopal tersengih " Sebenarnya.. saya.. saya.. saya masih berhutang lagi dengan Tok Aba, esok saya akan bayar!"
"Esok esok.. itu aje jawapan daripada kau tapi hutang bertambah banyak! bila kau nak insaf ni?" Kaizo merenung mata Gopal sehingga membuatkan Gopal berpeluh banyak
Beep beep beep
"Maaf semua, saya telah menerima soalan dari Sakura No Hana yang baru sahaja sampai. Sakura ni sangat suka dengan persembahan hindustan Gopal pada minggu lepas. Saya ikut joget juga sebab hindustan kan lagu joget-joget. Jawapan dia untuk soalan Kapten Kaizo, dia cakap dia nak bawa Yaya dan Ying. Dia tak nak bawa Kapten Kaizo sebab takut nanti asyik kena bebel pula tapi... hehehe.. kalau musim bunga sakura, dia nak bawa Kapten Kaizo, boleh beromantik sambil membebel.. hehehehehehehehehehehehehhee" Probe ketawa sorang-sorang sambil bayangkan Sakura No Hana berdating dengan bebelan Kaizo "Kita teruskan dengan soalan dari dia untuk Boboiboy, apakah nama sebenar Boboiboy?"
"Nama betul saya.. hehehehehe.. Boboiboy lah nama betul saya!" Boboiboy tersengih
"Hmm.. betul ke ni? mencurigakan.." Probe pandang Boboiboy lama-lama, terus dia kena ketuk dengan Kaizo "Baiklah, soalan kedua untuk Gopal. Apasal korang marah-marah dekat si landak apabila dapat tahu Kapten Sadis adalah abang dia? Kasihan landak kena belasah dengan dia orang, itulah.. siapa suruh tak nak beritahu awal-awal.. isk isk isk"
"Macam mana tak marah, kalau dia beritahu awal-awal, sudah lama kita orang boleh cakap elok-elok dengan abang dia tu. Buang masa sahaja nak pergi lawan dengan Lahap, kejar dia dekat angkasa lepas.. aku ketuk juga si Fang tu. Alasan dia lupa nak beritahu" Gopal masih lagi tidak puas hati
"Isk isk isk.. apalah dia ingat agaknya sampai lupa nak beritahu.. soalan terakhir untuk Fang. Kenapa tak tukar aje nama Fang jadi Kiba? KIBA? ni nak suruh dia kibarkan bendera ke? dia cakap nama Kiba tu sama aje maksud dengan Fang. Lagipun nama ibubapa Fang dan abang si landak, nama jepun, si landak ni aje nama dalam bahasa english.. hmmm.. kepelikan" kata Probe sambil tersengih kepada Kaizo
"Hmmm.. nama aku memang nama macam jepun tapi agaknya ibubapa aku nampak adik aku yang tak betul jadi nama pun berlainan daripada kita orang" jawab Kaizo "Tapi yang pasti, dia memang tak reti nak sebut nama sendiri masa kecik-kecik dulu dan aku dapat mengejek dia sampai bila-bila!"
"Kasihan kau Fang, nama elok-elok.. jadi Pang pula" Probe melihat Fang yang masih lagi duduk diam, dia rasa makin besar pula hantu bayang tu "Nampaknya sesi soal jawab kita belum tamat lagi kerana saya telah menerima dua soalan untuk Kapten Kaizo"
"Belum tamat lagi? apa dua soalan untuk aku tu?" tanya Kaizo yang sudah tidak sabar nak letupkan adik dia
"Soalan ini dari Razia. Soalan dia berbunyi begini, kenapa Kapten Kaizo suka buli Fang dan kenapa Kapten Kaizo suka minum teh hijau? apasal tak teh biru ke, teh pink ke, teh warna warni ke.. hehehehee.." Probe tersengih kepada Kaizo
"Rasanya soalan pertama tu aku sudah jawab dalam beberapa minggu lepas.. aku suka buli si Pang tu sebab dia adik aku! Dia memang patut kena buli oleh aku! dan teh hijau tu, sebab teh hijau tu rasa dia sedap" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Terima kasih Kapten Kaizo kerana sudi jawabkan soalan dari Razia. Nampaknya, semua soalan sudah habis dijawab.. maka, dengan itu.. mari kita saksikan drama adik kena bunuh dengan abang sendiri" Langsir sudah tutup dan Probe berdiri di tengah pentas. Lampu lain ditutup dan hanya satu lampu sahaja menyinari Probe "Hantu bayang, sila kebelakang langsir yea. Kita ada satu lagi persembahan khas. Ini adalah cabaran dari LizzNP dan juga encik melayu titanium. Kepada budak-budak yang masih lagi dibawah jagaan ibubapa, sila pergi menonton cerita kartun kerana persembahan ini adalah sangat menakutkan, menyeramkan, menyedihkan, men.. men.. men apa lagi yea. Kita teruskan sahajalah!" Probe terbang ke tepi Lily dan makan popcorn. Tirai langsir dibuka dan para penonton nampak Fang yang masih lagi dengan hantu bayang dia, terbaring di atas katil. Kaizo dengan pedang tenaga dia. Gopal dan Boboiboy duduk di tepi pentas. Gopal mengigit-gigit kuku dia
"Pang, terimalah tikaman daripada aku" Kaizo dengan selambernya, dia terus tikam adiknya dan hantu bayang tersebut meletup. Fang kembali seperti asal, darah mengalir keluar dari badannya. Kaizo tidak menangis, muka dia hanya serius sahaja "Matilah adik aku yang tak guna. Sekarang giliran aku pula" Kaizo angkat pedang tenaga dia dan terus dia membunuh diri sendiri. Kaizo jatuh disebelah adiknya. Ramai yang menjerit kesedihan. Probe dengan muka tiada perasaan, dia teruskan sahaja makan popcorn dia. Lily tersenyum dan sedikit sedih. Faye menangis-nangis di bahu Lily. Kaizo dan Fang akhirnya mati di atas pentas Edisi Malam Minggu. Langsir di tutup dan Probe terus naik ke pentas dan semua lampu dipasang balik
"Tamatlah riwayat seorang abang dan adik.. menyedihkan. Dengan itu, tiada lagi cerita kisah mereka di 'Aku Abang, Kau Adik' mari kita sama-sama berkabung pada malam ini. dan saya akan memaksa Author Lynz untuk membuka cerita baru iaitu AKU ROBOT, KAU ALIEN! hah, ok tak?" Tiada jawapan dari para penonton, semuanya sunyi sahaja "Adeh, tiada sambutan.. menyedihkan"
"Heeheheheheee... aku sudah mati rupanya tapi kenapa aku macam hidup lagi" muncul Fang dengan baju kimononya penuh dengan sos tomato. Dia sedang menari-nari di sekeliling Probe "Abang aku mana sanggup nak bunuh adik dia sendiri, dia sayangkan aku macam dia sayang dengan misi dia tu" kata Fang dengan wajah keceriaan dia. Fang jadi tak betul sebab dengan cabaran dia tidak boleh marah-marah orang dalam masa satu hari
"Tapi.. pedang tenaga tu tadi?" tanya Probe sambil garu-garu kepala besi dia
"Itu hanya pedang tenaga palsu.. dicipta khas oleh encik bos kau!" muncul pula Kaizo dengan pedang tenaga palsu
"Oh begitu. Dengan itu, tamatlah persembahan dari Kapten Kaizo dan juga si mambang yang bernama Fang. Baiklah, sebelum kita berpisah. Saya akan umumkan tetamu kita untuk minggu depan. Disebabkan saya menerima banyak soalan dari sepupu sepapa adik beradik. Dengan ini, saya akan menjemput sepupu kepada Fang dan Kaizo iaitu Faye dan juga dua rakan perempuannya, Yaya dan Ying!"
"Aku bila lagi?" tanya Ochobot yang muncul secara tiba-tiba
"Nanti aku buat rancangan khas untuk robot-robot sahaja, ok tak?"
"Ok aje! janji aku kena ada!" Ochobot terbang keluar dari pentas
"Seperti biasa, hanya dua soalan sahaja untuk mereka bertiga. Sila berikan soalan kamu di ruangan review! dan mereka akan menjawab semua soalan kamu! Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan!" Probe melambai-lambai dihadapan kamera dan terus Fang muncul dengan senyuman dia
"Hai semua, nama saya Fang bukan Pang atau landak atau mambang, dan ini adalah soalan saya untuk kamu semua!" Probe rasa pelik dengan keceriaan Fang. Sudah tak betul ke budak ni? fikir Probe "Soalan saya, jikalau saya dan abang saya, muncul di depan rumah kamu, apakah reaksi kamu nanti? marah? gembira? sedih? kecewa? atau tiada perasaan? atau nak bagi penampar? Sila tuliskan jawapan kamu di ruangan review! JUMPA LAGI!" terus dia kena ketuk oleh Kaizo
"SUDAH! MARI KITA BALIK! KAU KENA HUKUMAN DARI AKU! LATIHAN TEMPUR SELAMA 48 JAM!" Kaizo mengheret adiknya
"YEAHHHH! LATIHAN TEMPUR 48 JAM!" Fang rupanya sudah tak betul
"Koma lagilah lepas ni si landak tu.. isk isk isk... Oh yea, sebelum kita berpisah. Saya ingin meminta kamu berikan ucapan hari jadi kepada Kapten Sadis kita iaitu Kapten Kaizo! Minggu depankan hari jadi dia.. hehehe... tapi jangan beritahu dia tentang surprise saya kepada dia nanti. Jumpa lagi pada minggu hadapan!" Probe berikan flying kiss di hadapan kamera
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top