Minggu ke 5

"SELAMAT DATANG KE EDISI MALAM MINGGU! YEAHHHHHHH!" Probe hari ini berpakaian seperti badut sebab author yang suruh "Baiklah, hari ini kita mempunyai persembahan istimewa khas dari rumah kediaman Gopal dan bukan dari Bollywood sebab saya sendiri tidak dibenarkan untuk membawa masuk penyanyi Bollywood terkenal di sini sebab encik bos saya tidak bagi sebab dia kedekut dan mengikut kata dia, kad kredit dia hanya boleh digunakan untuk kejahatan bukan untuk hiburan tapi studio ni saya guna kad kredit encik bos"

"APA! KAU YANG GUNA KAD KREDIT AKU RUPANYA! PATUTLAH AKU RASA PELIK, DARI MANA KAU DAPAT DUIT BANYAK SAMPAI BOLEH BUAT STUIDO EDISI MALAM MINGGU NI! KAU NI MEMANG NAK KENA!" Probe buat-buat tidak tahu sahaja, dia teruskan dirinya sebagai pengacara Edisi Malam Minggu

"Baiklah! BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA GOPAL DENGAN LAGU HINDUSTAN NYA IAITU KOI MIL GAYA!" Probe terus terbang ke bawah pentas

Langsir labuh merah diangkat dan Probe terus terbang ke bawah untuk melihat persembahan dari Gopal. Dia melihat Gopal sedang bersiap sedia menunggu lagu diputarkan "DEY! MANA LAGU AKU?" Baru lagu dia diputarkan. Gopal sudah mula bergelek. Dia dengan pakaian ala Bollywood, bercermin mata hitam dan juga memakai selendang hijau di leher dia

Koi mil gaya
Koi mil gaya
Koi mil gaya

Mujhko kya hua hai
Kyon main kho gaya hoon
Paagal tha main pehle
Ya ab ho gaya hoon
Behki hai nigahein
Aur bikhre hain baal
Tumne banaya hai
Kya apna ye haal

Koi mil gaya
Koi mil gaya
Mera dil gaya
Kya bataoon yaaron

Kya bataoon yaaron
Main to hil gaya
Main to hil gaya
Koi mil gay mil hi gaya
Mil gaya hey mil hi gaya
Mil gaya

Mujhko kya hua hai
Arre kyon main kho gaya hoon
Ay paagal tha main pehle
Ya ab ho gaya hoon
Behki hai nigahein
Aur bikhre hain baal
Tumne banaya hai
Kya apna ye haal
Koi mil gaya koi mil gaya
Mera dil gaya mera dil gaya

Kya bataoon yaaron
Kya bataoon yaaron
O main to hil gaya
Main to hil gaya
Koi mil gay
Mil hi gaya mil gaya
Mil hi gaya mil gaya

Lagu hindustan memang panjang, sampai Probe mula mengantuk. Dia terbang ke atas pentas dan terus dia menolak Gopal jatuh dari pentas. Dia pula yang sambung nyanyi lagu hindustan

Jaane kya ho gaya hai mujhe
Deewana log kehne lage
Jaane kya ho gaya hai mujhe
Deewana log kehne lage
Ye deewangi hai kya
Humein bhi to ho pata
Tumko kya ho gaya
Arre kal tak mujhko sab hosh tha
Dil mein khushiyon ka josh tha
Phir ye becheini hai kyon
Phir ye betaabi hai kyon
Kya koi kho gaya

Koi mil gaya koi mil gaya
Mera dil gaya mera dil gaya
Kya bataoon yaaron
Kya bataoon yaaron
O main to hil gaya
Main to hil gaya
Koi mil gaya mil hi gaya
Mil gaya hey
Mil hi gaya mil gaya

Giliran Gopal pula menolak Probe. Terjadilah perebutan untuk nyanyi lagu hindustan di atas pentas. Penonton dibawah rasa bosan melihat mereka, minggu lepas abang dan adik berebut nak nyanyi. Kali ini host seperti badut pula sibuk nak nyanyi juga. Terus mereka baling kerusi, makanan, meja, barang-barang Adudu ke arah mereka

"BOOOOO! BOOOOOO!"

"EH! sabar! sabar! jangan mengamuk!" Kasihan Probe yang cuba untuk tenangkan para penonton tetapi malangnya, mereka tidak dengar. Mereka terus baling kertas, telur, ayam, kucing, kerusi, katil, bantal, tukul besi, periuk, tin cawan dan macam-macam lagi ke arah Probe dan Gopal

"Kita akan kembali selepas ini" kata Gopal di hadapan kamera

--------------------------------

"Hai! nampaknya semua sudah kembali tenang" Ada kulit pisang di atas kepala besi Probe "Baiklah, disebabkan persembahan tadi memang tidak menjadi. Saya akan menggantikan dengan persembahan baru tetapi selepas sahaja habis acara kita iaitu sesi soal jawab! Tetamu kita pada hari ini.. dia adalah seorang budak kecil yang terlampau comel, mempunyai ramai peminat terutama sekali di kalangan perempuan dan dia juga adalah adik kesayangan kepada dua alien pelik yang tak reti nak pulang ke planet sendiri" terus dia kena baling dengan batu oleh Fang "Hehehehehe... dipersilakan RIZU!"

Rizu keluar dari pentas belakang dengan senyuman dia yang begitu ceria. Hari ini dia berpakaian seperti seekor kucing sebab author yang suruh "HAI SEMUA!"

"Hai Rizu!" kata para penonton di bawah pentas. Rizu duduk di atas sofa sambil meloncat-loncat sedikit

"Disebabkan Rizu ada pada hari ini, saya telah menyediakan beberapa makanan untuk budak-budak kecil iaitu chocolate, gula-gula kapas, chocolate fountain, kek chocolate, ice cream chocolate, biskut chocolate dan pelbagai jenis chocolate yang ada dekat atas pentas ini. Siap ada pizza chocolate sekali! Semua ini telah dibuat khas dari kedai Tok Aba!" Rizu menoleh kebelakang dan nampak Tok Aba sedang menolak sebuah meja beroda dan diatasnya mempunyai pelbagai makanan. Dia menolak meja itu dan berhenti dihadapan Rizu. Penonton dibawah sudah terliur melihat makanan tersebut, lebih-lebih lagi Gopal. Kaizo hanya duduk diam dengan muka tiada perasaan dia

"Hah, makan elok-elok yea. Atuk buatkan semua ini khas untuk Rizu" kata Tok Aba

"Terima kasih atuk!" Rizu mengambil lollypop chocolate dan Tok Aba terus turun ke bawah dan duduk disebelah cucunya

"Kepada para penonton sekalian, jangan risau. Saya telah menyediakan kerepek pisang untuk kamu semua! Di taja khas oleh LILY! Miss kerepek pisang kita!" Yaya dan Ying memberikan sebungkus kerepek pisang kepada setiap seorang dan semua gembira menerima kerepek pisang itu tetapi Gopal mahu makanan yang ada di atas pentas. Dia cemburu melihat Rizu sedang menjilat lollypop chocolate nya

"Baiklah! tetamu kita yang seterusnya.. Dia adalah seorang alien genius yang berasal dari planet Ata Ta Tiga. Dia mempunyai kepala kotak dan ketinggian dia memang amatlah pendek tetapi akal dia tidaklah sependek saya. Dia juga mempunyai rancangan jahat yang bagus tetapi selalu gagal dan dia adalah encik bos kesayangan ku iaitu ENCIK ADUDU!" Probe baling kelompok bunga kepada encik bosnya yang turun dari siling. Ada yang booo, ada yang berikan tepukan kepada dia dan ada juga terlalu sibuk makan kerepek pisang

"Terima kasih! terima kasih!" Adudu keluarkan senjata pistol dia "MUAHAHAHAHAHAHAHAA! AKU AKAN-" Terus dia simpan kerana Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia awal-awal lagi "Hehehe.." Adudu tersengih sambil melambai-lambai kepada para penonton. Terus dia duduk diam disebelah Rizu

"Tetamu kita yang terakhir, dia adalah penulis untuk fanfic 'Aku Abang, Kau Adik' , mempunyai peminat yang tersendiri dan dia bukanlah syok sendiri seperti mana yang dia tulis dekat dalam skript saya. Dia juga mempunyai minat kepada salah satu watak siri animasi Boboiboy iaitu Fang dan selalu menyeksakan Fang sampai nak separuh mati dah budak alien landak tu... Dipersilakan, cik author kita atau lebih dikenali sebagai author Lynz! YEAHHHH!"

Lynz keluar dengan lambaian dia yang begitu semangat "Author rasa sangat terharu kerana dapat berada di sini bersama dengan kamu semua"

"Cheh, syok sendiri rupanya" bisik Fang yang berada di bawah pentas yang tengah tak puas hati sebab watak dia kini dalam keadaan koma. Lynz duduk di tengah-tengah antara Adudu dan Rizu. Dia tidak mahu Adudu duduk rapat dengan Rizu kerana tidak mahu wabak kejahatan Adudu merebak ke Rizu

"Wahai author Lynz, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di Edisi Malam Minggu. Saya dapat banyak soalan dari peminat-peminat author Lynz. Tak sabar saya nak mendengar jawapan dari author Lynz... hehehehe! terujanya!"

"Woi Probe! kau nak gembira dekat sini ke atau nak teruskan dengan acara kau ni?" marah Adudu kepada robot badut dia

"Ala, encik bos ni.. tak bestlah kalau macam ni. Baru nak bergembira sekejap, betul tak author Lynz? Kalau boleh, nanti tuliskan kisah tentang robot badut sebagai Superhero Pulau Rintis!"

"Err.. bukan Probe superjero superjahat ke?" tanya Rizu

"Hehehe... ala Rizu, sekali sekala jadi superhero.. apa salahnya" Probe terbang ke tepi "Baiklah, kita jangan membuang masa lagi, kita akan mulakan dengan acara sesi soalan jawab!" kata Probe "Sebelum itu, minggu lepas Ratu Lily bertanya siapakah yang sesuai menjadi boyfriend kamu, ramai yang menjawab Boboiboy dan Fang tapi tiada siapa mahu mengambil saya menjadi boyfriend kamu semua.. sedihnya kita" Probe berpura-pura menangis. Adudu sedang bersilang kaki dengan muka marah dia "Nampaknya encik bos tengah tak sabar.. oklah, soalan pertama datang dari peminat setia Boboiboy. Dia ni memang peminat no.1 Boboiboy dan impian dia ingin mengambil Boboiboy sebagai suami dia.. opss.. terlebih pula.. maaf yea Lily. Dia suka Boboiboy sebab.. panjang sangat jawapan dia.. saya bagi tiga perkataan dia sahajalah.. tak suka cari pasal macam si landak, pandai bagi semangat dekat orang bukan macam si landak tu yang suka sangat marah orang dan paling penting sekali PIPI TEMBAM BOBOIBOY!" Fang yang berada di bawah, hati dia tengah berapi-api dengan Probe. Aura-aura bayang dia telah pun keluar tetapi Probe hiraukan sahaja dia

"Woi! apa soalan dari dia!"

"isk isk encik bos ni.. sabar lah"

"Entah Adudu ni, nanti aku tulis juga kau mati sebab Kaizo bunuh kau. Baik kau duduk diam-diam"

"Hmm.. yelah" kata Adudu dengan muka tidak puas hati "teruskan cepat"

"Soalan pertama dari Lily... soalan ini ditujukan kepada author Lynz. Macam mana author Lynz dapat idea yang menarik dan dapat update setiap hari? adakah author Lynz tidak stress dengan cerita dan idea sendiri"

"Hmmm... sebab idea author memang tiap-tiap hari selalu muncul. Stress memang stress untuk fikirkan sesuatu cerita, kalau tengah tiada idea tu, tulis sahaja apa yang ada dekat kepala otak ni, lepas tu baru kembangkan cerita itu"

"Oh begitu, dia memang kagum dengan author" kata Probe

"Terima kasih Lily!"

"Soalan kedua ini khas untuk Rizu. Lily ni peminat dengan budak comel ni" Terus Rizu berkelip-kelip matanya di depan kamera sambil bagi flying kiss kepada Lily "Gatal jugak budak comel ni.. dia tanya, apa minat Rizu selain daripada kerepek pisang, Rizu nak keluar jalan-jalan dengan kakak Lily dan paling terakhir sekali, adakah Rizu suka dengan Ratu Lily"

Ratu Lily ada juga di situ. Dia dengan ber cosplay sebagai Boboiboy Gempa dan dia sempat lagi pakai contact lens berwarna gold supaya sama dengan warna mata Gempa

"Pizu minat anime! tapi ibu tak bagi Pizu tengok anime" suara Rizu menjadi sedih "Selain daripada anime, Pizu minat melukis. Hari ini Pizu ada bawakan sebuah lukisan khas untuk robot badut" Kaizo yang mengajar Rizu panggil Probe 'robot badut'. Rizu keluarkan sebuah lukisan yang sudah siap dibingkaikan dan lalu berikan kepada Probe

"WUUU! cantiknya!" Probe sangat teruja melihat dirinya begitu kacak dan segak menjadi manusia yang berwarna ungu dan kaki dia kena gigit dengan Rizu "Bolehlah saya letak dekat dinding nanti"

"Terima kasih! Untuk kakak Lily, Pizu sudi keluar jalan-jalan bersama dengan kakak tapi itu pun kalau abang Fang bagi. Dia tu kuat cemburu" Fang terasa sedikit cemburu tetapi dia senyap sahaja "Dan Pizu tak suka dengan Ratu Lily sebab dia tu hantu. Pizu takut dengan hantu"

"Tapi Ratu Lily lebih baik dan lebih hebat daripada Lily tu.. bagus juga dia tiada hari ini.. hehehehehehehe..." Ratu Lily kenyitkan mata dia kepada Boboiboy Gempa yang tidak jauh daripada dia

"Tak, Ratu Lily jahat! Rat-" Probe sumbat lollypop chocolate di dalam mulut Rizu

"OPSS! jangan nak bergaduh pula... Rizu duduk dediam dekat situ ok. Soalan seterusnya datang dari Hwang635, dia ni suka kalau Kapten Kaizo jadi boyfriend dia sebab Kapten Kaizo tu kacak, best dan sama umur. Bagus.. bagus.. boleh kahwin dah ni"

"APA KAU CAKAP!" muncul Kaizo dengan pedang tenaga dia "Kau nak suruh aku berkahwin pula!"

"Errr.. saya bergurau sahaja.. Kapten Kaizo duduk dekat sana.. saya nak baca soalan dari dia" menggigil Probe melihat pedang tenaga itu. Takut pula satu hari nanti pedang itu dapat membelahkan dia kepada dua

"Aku nak duduk dekat sini supaya kau tidak berkata yang bukan-bukan lagi" Rizu bangun dan Kaizo duduk di situ dan Rizu pula duduk di atas pangku Kaizo. Cemburu Fang semakin meningkat "Teruskan dengan soalan kamu"

"Baiklah.. soalan ini untuk encik bos. Kenapa rancangan encik bos selalu gagal? selalu kena belasah dengan Kapten Kaizo ataupun Boboiboy"

"Kenapa rancangan aku selalu gagal. SEBAB KAU LAH RANCANGAN AKU SELALU GAGAL! KENAPALAH AKU DAPAT ROBOT TAK GUNA! macam mana rancangan aku nak berhasil, aku sendiri menunggu hari tersebut untuk berlaku tetapi aku akan tetap setia menunggu" Adudu berdrama sekejap "KAU AKAN KALAH DENGAN AKU BOBOIBOY! MUAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA!"

"Hmmm.. dan aku akan gagalkan rancangan kau" sambung Kaizo "MUAHAHAHAHAHAHA!" terus mereka terkejut Kaizo gelak macam pontianak mengilai

"Menakutkan" kata Probe sambil menggigil

"Yelah, kau akan gagalkan rancangan aku yang terlampau genius tu.. apa soalan seterusnya?"

"Kasihan encik bos ku" Probe berikan sapu tangan kepada Adudu tetapi Adudu tidak menangis pun "Soalan ini adalah untuk author Lynz. Dia bertanya, bila nak buat Fang menderita lagi sebab dia tidak sabar melihat Fang terseksa lagi"

Fang dan Kaizo merenung tajam kepada author Lynz dan dia hanya tersengih sahaja "Kalau saya beritahu, nanti dia orang bagi hukuman dekat author pula.. hehehehe.. baik author tulis senyap-senyap tapi jangan risau, author akan menyeksakan mereka berdua.. HAHAHAHAHAHA!"

"Kakak Lynz pun nak gelak macam kepala kotak tu?"

"Hehehe.. maaf Rizu.. apa soalan seterusnya?" tersengih Lynz

"Soalan ini.. bila author Lynz nak update fanfic 'Dunia Baru'"

"Itu.. itu.. masih dalam proses.. nanti sudah siap, saya akan update kan" terus Lynz memberikan peace dengan senyuman tersengih dia "Hehehehe.."

"Baiklah, soalan terakhir dari Hwang635. Rizu pernah tak rasa kecewa atau marah dengan abang kesayangan kamu tu? sebab Rizu terlalu baik dengan dia dan bagaimana kalau Rizu marah, adakah garang macam Kapten Kaizo atau tetap comel"

"Hmmm..." dia melihat Kaizo dan terus tersenyum "Pizu pernah kecewa dengan abang Fang sebab dia suka sangat marah orang, Pizu tak suka dengan sikap panas baran dia dan Pizu tak pernah marah sesiapa tapi kalau Pizu marah mesti comelkan! Lagipun Pizu susah nak marah orang sebab itu orang lain suka buli Pizu sebab Pizu tak kuat marah. Dia orang pun tak kisah kalau hati Pizu terluka..." panjang lebarlah cerita dia tapi semuanya tak rasa bosan melihat Rizu bercerita

"Alahai, comelnya" Probe rasa macam nak peluk Rizu sekuat-kuat tapi Kaizo ada dekat situ pula "Mestilah comel kan kan kan... macam mana lah Rizu dah besar nanti yea.. hehehe.. tak dapat nak dibayangkan.. soalan seterusnya. Ini datang dari Ililara, dia ni kalau boleh nak semua jadi boyfriend dia.. isk isk isk.. kecik-kecik lagi sudah pandai nak main kayu tiga yea.. kepada Ililara, insaflah kamu sebelum saya insafkan kamu sendiri.. dengarlah nasihat dari saya, robot badut tak guna"

"Mengaku pula si robot badut ni" kata Kaizo

"Soalan dia untuk author Lynz, berapa lama author Lynz menulis untuk satu cerita?"

"Hmmm... ikut masa yang saya ada, kadang-kadang tu sekejap sahaja.. dalam 1 jam, itu pun kalau idea banyak sangat keluar. Kalau tidak, menulis selepas itu berhenti untuk beberapa jam, lepas itu menulis balik.. sampai siap.. maaf kalau saya terlampau sopan sangat.. hehehe"

"Takpe, author Lynz tak biasa lagi dengan program ni, kalau sudah terbiasa.. boleh jadi macam kaki kecoh tu tapi hari ini dia duduk diam pula" Probe melihat Fang dengan penuh kepelikan "dia ada rancangan nakal lagi ke tu?"

"Apa pandang-pandang!" marah Fang. Dia sebenarnya sedang mengawal diri dia daripada buat kecoh di studio markas kotak. Probe terus melihat soalan seterusnya

"Soalan untuk Rizu pula.. semenjak bila Rizu menjadi peminat setia si landak tu? kenapa harus si landak? kenapa bukan si pipi tembam.. semenjak bila aku pakai nama samaran dia orang ni" Ini Kapten Kaizo punya kerjalah ni, sampai aku sendiri terjebak, fikir Probe

"Nama dia FANG LAH! BUKAN SI LANDAK!" Rizu cuba nak marah tapi hanya kecomelan dia sahaja yang keluar

"Bagus Rizu, marah robot badut tu.. nama orang tak reti nak sebut"

"Tapi Kapten Kaizo panggil adik kapten, budak degil, budak busuk, adik tak guna, budak sengal, budak sewel, Pang lah.. ahhh.. apa lagi yea.. hehehehe" takut pula Probe melihat pandangan maut dari Kaizo "Teruskan dengan jawapan kamu, Rizu"

"Semenjak tahun lepas lagi. Pizu tertarik dengan kesombongan abang Fang, dan juga gaya dia! ABANG FANG SANGAT COOL! Abang Boboiboy, Pizu pun minat juga tapi Pizu lebih suka kepada abang Fang daripada abang Boboiboy" Fang terharu melihat peminat setia dia "Abang Fang jangan risau, Pizu tetap akan menjadi peminat setia abang Fang sampai bila-bila!"

"TERIMA KASIH RIZU! I LOVE YOU!"

"I LOVE YOU TOO!"

"Cheh, ber i love you pula" Gopal rasa sedikit cemburu

"Hmmm... cemburunya aku. Soalan terakhir dari Ililara, soalan untuk encik bos.. dia tanya, encik bos ni mahu jadi baik atau mahu jadi jahat?" Adudu tidak sempat nak jawapkan soalan dia, Probe sudah pun menjawabkan "Senang sahaja, encik bos ni macam suis lampu. Bila kita tutup lampu, dia jadi jahat. Bila kita buka lampu, dia jadi baik. Encik bos saya ni, entahlah bila dia nak jadi baik, tapi lepas dia jadi baik, mesti dia jadi jahat balik.. macam suis lampu"

"Wei Probe, apasal kau jawapkan soalan aku"

"Maaf encik bos" tergelak Probe "Baiklah, seterusnya datang dari LizzNP. Wah, dia berharap sangat si landak sudi menjadi boyfriend dia.. tapi Lizz nak ke si panas baran tu? dia jawab, dia tidak kisah sebab mengikut kata Lizz, Fang ni baik.."

"Baik konon" bisik Gopal

"penyayang.."

"Penyayang konon.." bisik Gopal lagi

"Peramah.."

"Peramah konon.. sombong dan belagak ada lah" bisik Gopal lagi

"pintar dan banyak lagi" tentang itu, Gopal terus senyap sebab dia mengaku, Fang memang pintar daripada diri dia "Disebabkan Kapten Kaizo ada di atas pentas, dia tujukan soalan ini untuk Kapten Kaizo"

"Bukan minggu lepas ke soalan itu sepatutnya untuk aku.. budak ni sudah salah tarikh ke? atau banyak sangat makan budak ni? tapi disebabkan aku terlampau baik tambah kejam, aku akan menjawab soalan itu"

"Bagus Kapten Kaizo.. soalan dia, kenapa wajah Kapten Kaizo macam Sasuke dari anime Naruta. Macam mana wajah ibubapa Kapten Kaizo, mesti cantik dan kacak kan? mestilah kacak kan.. dah dia orang alien paling kacak di galaxy ini! Tapi bagi aku Kapten Kaizo paling kacak.. hehehehe" Probe bayangkan wajah ibubapa Fang dan Kaizo macam siri anime, sudah tentu kacak dan cantik

"Siapa Sasuke tu?" tanya Kaizo kepada Rizu

"Sasuke tu rambut dia ada macam abang Kaizo, mata pun merah macam abang Kaizo.. dia dari anime tapi Pizu tak pernah tengok, ibu tak bagi" Rizu menangis sedikit dan semua rasa comel melihat Rizu menangis

"Hmm.. ingatkan manusia manalah tadi. Aku mana tahu dia ikut aku, atau ibubapa aku ikut dia.. nak tanya pun tak boleh sebab mereka sudah tiada" Fang pandang ke arah Ratu Lily dengan muka tidak puas hati

"INI KAU PUNYA PASAL!" tiba-tiba sahaja Fang menjerit "KALAU LAH DIA ORANG ADA LAGI DI SINI! SUDAH TENTU MEREKA BOLEH MENJAWAB SOALAN SI ROBOT BADUT TU!"

"Isk isk.. sabar landak sabar.. kalau tak sabar, sila bawa Gopal keluar dari markas kotak ini dan belasah lah dia puas-puas"

"Bagus juga idea kau" Fang mengheret Gopal keluar dari markas kotak

"JANGANNN! AKU TIDAK RELAAAA!"

"Isk isk.. kesian.. baiklah.. LizzNP ni peminat Ratu Lily si ratu gila rupanya, dia cakap dia terharu Ratu Lily menjadi baik. Saya pun terharu juga tapi jangan sesekali buat dia mengamuk, nanti dia bertukar menjadi hantu pontianak, menakutkan tapi best! Soalan dia untuk Ratu Lily, apa Ratu Lily selalu buat dekat dunia hantu? apa hobi Ratu Lily selain daripada bunuh orang" Ratu Lily terbang ke atas pentas dengan senyuman dia

"Terima kasih kerana menjadi peminat saya. Saya sebagai Ratu Gila, sangat terharu! Jawapan untuk soalan tadi, apa saya buat dekat dunia hantu.. sayaselalumenghendapBoboiboy" terus Lily muncul dengan sebuah kertas bertulisan jepun

"AKURYO TAISAN!" dia lekat kertas itu di dahi Ratu Lily tapi Ratu Lily tetap ada dekat situ

"AKU BUKAN ROH JAHAT LAH! KENAPA KAU MASIH LAGI ADA DEKAT SINI! NAK LAWAN LAGI KE? RATU LILY VS LILY 4.0.. marilah! aku akan kalahkan kau"

"Hahahahaa! mari kita lawan!" Lily dengan ala-ala tinjunya dan Ratu Lily sudah berubah menjadi pontianak. Gopal terus pengsan

"Errr... nampaknya Kapten Gila tidak mahu leraikan perlawanan mereka.. jadi kita berehat sebentar" kata Probe yang sudah tidak sabar dengan perlawanan mereka, dia sudah siapkan popcorn untuk diri dan untuk para penonton

-----------------------------------------

"Selamat kembali! nampaknya dua-dua kena belasah dengan Kapten Gila sebab perlawanan mereka lama sangat sampai semua orang naik bosan. Baiklah, Ratu Lily sila jawab soalan kamu tadi sebelum Lily muncul tadi" Kamera menghala ke arah Lily yang sudah diikat dengan tali besi. Ratu Lily tersenyum sinis kerana musuh ketat dia kena ikat oleh Kaizo tadi

"Hobi saya selain daripada bunuh orang, saya suka ketawa macam orang gila, suka cari pasal dengan Lily dan saya suka berpakaian seperti Boboiboy! Hari ini saya bergaya macam Boboiboy Gempa!" Dia buat fashion pula dekat atas pentas. Ratu Lily membuat posing seperti model hantu. Dia pusingkan dirinya dan terus pakaian dia berubah menjadi Boboiboy Halilintar "TADAAAA! bergaya tak?"

"TAKKKK!" menjerit Lily yang tidak puas hati

"DASYAT! dengan corak bajunya sama seperti Halilintar, topi merah hitam yang hampir menutup mata merah Ratu Lily dan siap ada pedang palsu Halilintar lagi.. bagus bagus!"

"TAKKKK! TAK BAGUS! BOOOOO!" Lily yang cakap, yang lain teruja dengan cosplay Ratu Lily

"Ok ok.. Ratu Lily boleh pergi duduk balik dekat bawah.. lupa pula, Ratu gila tu memang cantik tapi hati busuk" terus dia kena ketuk dengan Adudu

"Kau nak bagi dia mengamuk ke!"

"Hehehehe.. saya bergurau sahaja encik bos" tersengih Probe "Soalan seterusnya datang dari li04, err.. marah betul dia dengan Ratu gila.. dia ni minat Boboiboy.. hehehe.. soalan pertama dia untuk Rizu, dia tanya, apakah warna kegemaran Rizu? adakah ungu seperti abang tak guna kamu"

"APA KAU CAKAP! KAU KATA AKU TAK GUNA!" Fang sudah kembali selepas sahaja dia habis melepaskan kemarahan dia kepada Gopal. Kasihan Gopal, penuh dengan lebam

"PANG! BAIK KAU DUDUK DIAM-DIAM!" menjerit Kaizo kepada adiknya. Fang terpaksa menurut kata abangnya "Rizu, jawab soalan tadi tu"

"Pizu sebenarnya suka warna biru! macam abang Kaizo" Fang rasa sedikit cemburu

"Satu lagi soalan untuk Rizu, kenapa Rizu suka makan kerepek pisang?"

"Sebab ia sedap dan ranggup! terima kasih kakak Lily!" Rizu berikan senyuman kepada Lily "Nanti bawakan lagi untuk Pizu!"

"Comelnya kamu ni.. nak bagi nama samaran pun tak tahu nak bagi apa" kata Probe

"Ala, panggil aje dia budak comel sebab dia kan comel" Lynz mengusap-usap kepala Rizu, selepas itu dia cubit pipi Rizu "Geram author melihat budak comel ni, macam nak bawa balik rumah sahaja"

"Jangan author Lynz, nanti ada juga yang cemburu tak tentu pasal" Probe tunjuk kepada Fang yang sedang mengeluarkan aura-aura bayang dia

"Biarkan dia, lepas ni kenalah dengan author nanti"

"Bagus author Lynz! Kalau boleh, bagi dia masuk pusat pemulihan untuk orang-orang gila sekali!" Fang semakin nampak macam hantu sebab kuasa bayang-bayang dia sudah menutupi diri dia tetapi Probe buat-buat tidak nampak "Baiklah, soalan seterusnya untuk Adudu.. dia cakap kenapa encik bos tak balik ke planet asal? ala, kalau kami balik. Mesti tak seronok dah. Tanpa alien kepala kotak dan robot badutnya, takde siapa nak buat huru hara dekat Pulau Rintis. Betul tak encik bos?"

"Bolehlah tu, selagi aku tidak dapat kalahkan Boboiboy, selagi itu aku akan ada di sini!"

"Betul tu! tapi hari ini tiada rancangan jahat dari encik bos. Soalan seterusnya, kenapa encik bos selalu ketuk kepala saya.. saya kan setia pada encik bos tapi encik bos tak pernah nak bagi simpati atau belas kasihan terhadap aku. Aku hanyalah robot kutip, robot yang sudah banyak kali masuk air tetapi masih lagi robot tak guna" Probe berpura-pura menangis dan meraih simpati kepada para penonton tetapi mereka dengan muka tiada perasaan

"Sebab apa aku selalu ketuk dia, sebab dia ni memang robot ungu tak guna macam dia cakap tadi" Adudu ketuk kepala Probe dengan tukul besi "SUKA SANGAT MEROSAKAN RANCANGAN JAHAT AKU! tapi dialah selalu hiburkan hati ku yang selalu terluka sebab Boboiboy"

"Aik, aku pula" kata Gempa "Apa aku buat?"

"Kau kan selalu belasah encik bos, sebab itu hati dia asyik terluka. Nak ajak dia pergi hospital pun, dia tak nak.. apalah encik bos ni, macam mana nak rawat hati yang terluka tu. Lama-lama nanti makin parah, baru encik bos tahu" Kepala Probe penuh dengan benjol sebab kena ketuk tadi "Soalan terakhir dari li04, khas untuk author. Dia cakap cerita author sentiasa best!" Lynz terus tersenyum malu "Dia tanya apa lagi informasi yang kami perlu tahu tentang Boboiboy galaxy dan author Lynz belajar university mana?"

"Boboiboy galaxy akan bermula pada 25 November dan mereka semua sudah besar menjadi cantik dan handsome! tapi Gopal sahaja nampak seperti dulu. Entah dia pakai apa nampak sama sahaja tapi Fang ku nampak lebih kacak bila dia sudah remaja! OH FANG KU! SUDI-" terus Lynz kena ketuk dengan Rizu "Adoi!"

"Author Lynz duduk diam-diamlah! janganlah jadi macam budak kecik pula!" Semua terkejut melihat Rizu memarahi author Lynz "Kenapa semua pandang Pizu?" Author Lynz rasa takut pula dengan Rizu

"ERRRRKKKK! Comel pula budak ni marah" kata Probe

"Selama ini aku menulis tentang si budak comel ini, tak pernah pula dia marah-marah.. adoi" Lynz menepuk dahi dia "Aku pula menjadi mangsa pertama dia dan soalan terakhir tu, university mana.. itu adalah rahsia.. ehehe"

"Hehehe.. pandai pula author nak berahsia. Baiklah, seterusnya dari aquamarine2602. Dia kata Boboiboy sesuai menjadi boyfriend dia. Soalan pertama dia untuk Rizu, adakah Rizu senang dengan abang kesayangan kamu?"

"Mestilah senang! sebab dia layan Pizu baik macam abang Kaizo juga! mereka berdua sayang sangat dengan Pizu!" Rizu terus peluk Kaizo dan Fang bertambah cemburu. Aura-aura bayang dia masih belum hilang lagi dan masih lagi seperti hantu bayang. Ramai yang duduk jauh daripada dia takut nanti tiba-tiba sahaja Fang mengamuk tak tentu pasal

"Hehehe.. takut pula aku tengok si landak tu" kata Probe "Soalan terakhir dari aquamarine2602, soalan ini untuk encik bos. Kenapa encik bos selalu mencari pasal dengan Kapten gila.. maksud saya Kapten Kaizo"

"Sebab aku nak kalahkan dia, sebab itu aku selalu cari pasal dengan dia! Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan berjaya!"

"Betul tu encik bos tapi dalam kes ini, berapa banyak kali encik bos cuba, encik bos tidak berjaya juga... menyedihkan" Probe ketawa sedikit

"Diamlah kau!" Adudu baling cawan tin ke arah kepala besi Probe dan terus Probe tunggang terbalik

"Adoi.. dia kata, sudikah Fang menjadi adik dia?" Kamera terus menghala muka Fang yang sudah menjadi hantu bayang. Dia tidak menjawab apa "Err.. nampaknya si hantu bayang tengah mengawal kemarahan dia. Nanti dia akan menjawab pertanyaan kamu. Baiklah, seterusnya datang dari AN. Dia pilih Fang menjadi boyfriend dia kerana si rambut landak kacak, baik dan.. ada sesuatu yang istimewa dalam BADAN DIA?!"

Keluarlah satu mesin untuk scan dalam badan manusia dan Probe menolak scan tersebut di hadapan Fang "Hmm.. mari kita lihat, apa yang istimewa dalam badan si landak ni? macam tak ada apa-apa pun. Macam tin kosong"

"APA KAU CAKAP! KAU KATA AKU NI MACAM TIN KOSONG! KAU NI MEMANG NAK KENA! HARIMAU BAYANG! KEJAR DIA!"

"ALAMAK!" Probe terus melarikan diri "KITA AKAN KEMBALI SELEPAS INI!"

--------------------------------------

"Maaf yea semua" Fang menjadi mangsa seterusnya kena ikat dengan abang dia sendiri. Fang dan Lily duduk bersebelahan "Kasihan mereka, siapakah yang akan menjadi mangsa ketiga! mari kita teka.. hehehe.. baiklah, sambung balik tadi. AN ingin bertanya, semenjak bila author Lynz sukakan Fang? dan apa email author Lynz sebab dia nak sangat berkenalan dengan author Lynz.. saya pun nak berkenalan juga, bolehkan?"

"Apalah nak jadi dengan robot aku ni, aduh.. " kata Adudu

"Hehehe.. boleh tapi email author, selepas sahaja habis Edisi Malam Minggu.. semenjak bila saya suka kepada Fang? Semenjak kemunculan pertama dia, kawan saya panggil dia si kerek tapi saya tetap suka dengan Fang sebab watak dia sungguh sombong, belagak, bergaya dan sama hebat dengan Boboiboy.. lagipun saya suka sangat melihat lelaki memakai cermin mata, rasa comel pula"

"Macam saya!" Tiba-tiba pula Probe memakai cermin mata warna ungu "Comel tak?"

"Tak" kata author Lynz dengan nada bosan

"Hmm.. yelah, tak comel lah.." Probe buka balik cermin mata itu "Seterusnya datang dari Vanilla Blue12, ini suka dekat Boboiboy dan dia sudi untuk menjadi dirinya sebagai kekasih hati Boboiboy.. hehehe.. maaf, saya main tambah sahaja. Baiklah, soalan dia. Kenapa Adudu dan author Lynz jarang muncul?"

"Sebab kita orang memang jarang muncul dan Probe tak jemput kita orang.. lebih-lebih lagi author" Lynz pura-pura menangis

"Jangan menangis yea author Lynz, nanti saya jemput author Lynz lagi" kata Probe sambil usap-usap kepala Lynz "Baiklah, seterusnya dari Nitaaaaaaaaa.. best pula panggil nama dia.. HAI NITAAAAAAAAAAAAAAAA!" terus dia kena baling dengan tin cawan dari Adudu "Hehehe.. maaf encik bos. Nitaaaaaaaaaa cakap dia kecik lagi. Bagus bagus, budak kecik jangan nak bercinta! belajar dulu dan berseronoklah kamu masa sekolah. Nanti bila dah besar, baru kamu akan menyesal sebab kenangan pada waktu sekolah adalah kenangan paling indah. INGAT TU! JANGAN NAK BERCINTA! pandai pula aku nak bagi nasihat. Soalan dia untuk encik bos, mana encik bos dapat idea untuk menjadikan Kapten gila jadi budak kecik?"

"BAGI AKU JAWAB!" Probe terus senyap "Idea itu datang semasa aku melihat gambar kenangan aku masa aku kecik-kecik dulu, sungguh indah sekali pada waktu itu dan bila aku fikirkan semula, Kapten Kaizo akan lemah bila dia menjadi budak kecil. MUAHAHAHAHAHA! tapi aku lupa pula tentang adik dia si landak tu"

"Oh begitu, encik bos tak cerita pula dekat aku" kata Probe "Soalan kedua dia untuk Rizu, Kenapa Rizu suka sangat gigit tangan Gopal? kasihan Gopal, ada banyak kesan gigitan Rizu tak? opss.. boleh pula aku tambah soalan"

"Sebab abang Gopal jahat! suka sangat cari pasal dengan abang Fang" kata Rizu dengan begitu semangat "Lagipun Pizu memang suka gigit orang tapi Pizu bukan vampire"

"Dasyatl betul budak comel ni. Comel comel pun, suka gigit orang rupanya.. isk isk isk.. baiklah, soalan ini datang dari Ryu-kun ibuki.. eh, ini bukan soalan, ini macam cabaran untuk Kapten Kaizo. Cabaran dia adalah! dia nak Kapten Kaizo menjerit sampai habis suara" Probe terbang ke arah Kaizo dan berikan microphone kepada dia

Kaizo betulkan suara dia sekejap "PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG! KAU NAK KENA LEMPANGGGG KEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE?" bergema satu studio markas kotak dan terus Kaizo sakit tekak

"Bagus! beri tepukan kepada Kapten Kaizo!" para penonton dan juga readers memberikan tepukan kepada Kaizo "Seterusnya dia cakap boleh ke Fang jadi boyfriend kepada Minamiya? sepupu Ryu ni, betul kan? Dia cakap Minamiya tu garang, boleh ke si landak bertahan nanti? kalau tidak, nanti si landak kena karate, kena tikam dengan pisau... takut pulak aku baca tentang Minamiya ni"

"Kau nak bagi adik aku bercinta ke? AKU TIDAK AKAN MEMBENARKAN! Tapi kalau kau nak buli dia, aku mengalu-alu kan" kata Kaizo dengan suara serak dia

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang dengan hati dia berapi-api

"Begitu pulak..hehehehe" Probe ketawa sorang-sorang "Kapten Kaizo tak bagi pula.. maaf yea Ryu.. Ok, soalan seterusnya, datang dari NoName02 as known as tiada nama! hehehe.. maaf yea NoName. Dia ni sudah tentu pilih Boboiboy dan paling utama sekali ialah Boboiboy Halilintar! Ratu Lily pun sudah cosplay Halilintar, dia tengah duduk sebelah dengan Halilintar" Kamera menghala ke arah Ratu Lily dan Halilintar. Dua-dua dengan muka cool mereka, tangan bersilang, kaki pun bersilang juga

"Kepada NoName, nanti author Lynz akan buatkan Ratu Lily cosplay kesemua pecahan Boboiboy!" Probe betulkan suara dia yang hampir serak "Soalan seterusnya datang dari Encik Melayu Gold.. huhu! ini mesti anak orang kaya, ada banyak harta emas ni. Encik bos! malam ini juga kita pergi rompak rumah encik melayu ni"

"Dan malam ini juga kamu berdua kena belasah dengan aku" kata Kaizo secara tiba-tiba "Kau nak jadi perompak ke?"

"Ehehehehe.. dia hanya bergurau sahaja, Kapten Kaizo. Jangan ambil serius dekat robot tak guna tu"

"Betul kata encik bos saya! Soalan dia adalah untuk encik bos, kenapa encik bos tak cipta sahaja jam kuasa, encik bos kan genius. Dia memang genius pun tapi dia nak juga jam kuasa dari Boboiboy tu"

"Siapa tukang jawab soalan ni, aku ke kau?"

"Encik bos lah... hehehe"

"Bagus.. aku tak cipta jam kuasa tersendiri sebab AKU BUKANNYA SPHERA KUASA! AKU MANA ADA ALAT UNTUK MENCIPTA JAM KUASA! KALAU BOLEH, NAK SAHAJA AKU HEMPUK-HEMPUK SI OCHOBOT TU, SURUH DIA BAGI DEKAT AKU KUASA TELEPORTASI DIA! HAHAHAAHAHAAA!"

"Ehem..." terus Adudu nampak pecahan Boboiboy sedang berdiri di depan dia "Kau nak kena belasah dengan kami ke?" kata Taufan dengan senyuman dia

"Jangan.. ampunkan aku.. aku tak kan rampas kuasa si Ochobot tu" Adudu terus duduk dediam sambil makan cekodok chocolate. Pecahan Boboiboy terus kembali ke tempat mereka dan Fang dan Lily masih lagi kena ikat dengan tali besi

"Soalan kedua dari dia, soalan ini adalah untuk author Lynz... adakah si pipi tembam akan bercinta dengan si kerepek pisang atau lebih dikenali sebagai Lily dan si landak akan bercinta dengan Bella si perempuan perasan? dan satu lagi, kalau Ratu gila hidup kembali mesti dia sama umur seperti si pipi temban dan akan timbul perang dunia ke tiga?"

"Macam-macam nama kau berikan yea, robot badut" tergelak Lynz "Si pipi tembam tidak akan bercinta dengan peminat setia dia dan si landak pula, itu ikut urusan dia. Kalau author jawab, nanti author pula kena latihan tempur dengan abang dia yang gila tu" Kaizo mengangkat kening dia dan dia bersabar sahaja dengan author Lynz. Rizu masih lagi duduk di atas pangkuan Kaizo "Jangan risau, si ratu gila tidak akan kembali hidup lagi.. biarlah dia jadi hantu buat selama-lamanya"

"YES!" kata Lily dengan gembiranya

"Wei, kau nak kena rasuk ke hah?" kata Ratu Lily dengan gaya cool dia "Aku sudah lama tidak rasuk orang ni, kau nak jadi mangsa aku ke?"

"EH! JANGAN BUAT HAL LAGI YEA! kita masih ada banyak lagi soalan" Probe terus terbang di tengah pentas "Soalan seterusnya, ini datang dari Hanaira. Berapa banyak soalan dia hantar ni tapi semuanya sama.. hehehe.. kasihan kamu. Takpe, kami akan menjawab soalan kamu! Dia telah memilih Boboiboy dan Fang untuk menjadi boyfriend dia. Soalan dia untuk author, selain daripada Fang, siapa lagi yang watak yang author minat dan kenapa?"

"Hmmm.. saya minat dengan Kaizo sebab dia sangatlah cool! macam adik dia yang tak guna tu"

"APA KAU CAKAP!" marah Fang yang masih lagi kena ikat

"KAU NAK KOMA SELAMA-LAMANYA KE?"

"Ehem..." Lynz lupa pula Kaizo ada dekat sebelah dia

"Lupa pula.. abang dia ada dekat sini.. hehehehe dan satu lagi.. saya minat Kaizo sebab suka dengan cara tegas dia! keganasan dia! dan kuasa dia yang tersangat hebat!" Lynz berkelip-kelip mata dekat Kaizo yang sedang membuat muka tiada perasaan

"Aku cucuk juga mata kau nanti" kata Kaizo

"Asyik nak serius sahaja si kapten gila ni, aku tulis juga kau jadi pondan nanti.. teruskan dengan soalan kamu" Selamat Kaizo tak dengar sangat sebab Probe sedang ketawa tak henti-henti

"Hehehe.. baiklah.. soalan ini untuk encik bos, kenapa encik bos tidak curi koko lain selain daripada koko Tok Aba.. sebab koko Tok Aba lebih berkualiti, lebih bombastic dan lebih marvelous daripada koko yang lain! encik bos jangan marah sebab saya jawabkan"

"Hmm.. baik aku pergi tidur, asyik kau sahaja nak jawab soalan aku!" Adudu ketuk kepala Probe dengan tukul besi "SEBAB ITU KAU ROBOT TAK GUNA! AMBIK NI AMBIK NI!"

"Rizu jangan tengok keganasan si alien kotak tu" Kaizo menutup mata Rizu

"Adeh, sakit kepala aku" penuh benjol di kepala besi dia "Soalan terakhir dari dia, ini untuk si pipi tembam. Kamu tiada adik atau abang ke? boleh tak Boboiboy menjadi abang kepada dia... pelik aku, semuanya nak jadi abang atau adik kepada mereka, dengan aku tak nak ke? Aku pun nak ada adik atau abang tapi tiada siapa pun sudi.. sungguh menyedihkan.. hehehehe.. sila jawabkan Boboiboy"

"Saya tiada abang atau adik tapi saya sudah anggap abang Kaizo seperti abang saya sendiri.. boleh, saya boleh menjadi abang kepada kamu" Boboiboy Gempa terus berikan senyuman di hadapan kamera

"Bagus jawapan kamu. Seterusnya dari mister mimpi. Dia hanya ada satu soalan sahaja untuk author Lynz. Bolehkah dia mengurat author Lynz dengan meminta wechat daripada author Lynz.. amboi, dasyat betul mister mimpi ni. Mari kita dengar jawapan dari author kita" Probe mengacukan microphone dia ke arah Lynz. Keadaan menjadi senyap kecuali satu bunyi dari mulut Rizu yang sedang makan kerepek pisang cicah dengan chocolate syrup

"Errr.. saya sebenarnya tiada wechat, kalau nak email.. bolehlah" Lynz tersengih di depan kamera "Hehehehehehehe... maaf yea mister mimpi"

"Hah! apa lagi mister mimpi.. nanti ambil lah email dia.. bolehlah berkenalan dengan author Lynz.. nanti beritahu saya perkembangan tentang kamu berdua yea" terus Lynz baling batu dekat kepala besi Probe "Jangan marah author, saya hanya bergurau sahaja"

"Yelah.. bergurau lah" kata Lynz dengan nada bosan dia

"Seterusnya, datang dari Sakura No Hana... Sakura tiada, tapi Hana ada.. itu kot maksud nama dia.. dia ni peminat no.1 KAPTEN KAIZO atau lebih dikenali sebagai kapten gila" Kaizo sudah bersiap sedia dengan pedang tenaga dia. Manakala Rizu, dia sudah pun letak di atas pangkuan author Lynz. Mereka kini bermain tepuk-tepuk tangan dan membuatkan Fang semakin tambah cemburu. Aura-aura bayang dia masih lagi ada "Soalan dia untuk author Lynz yang sedang main tepuk tangan. Apakah biodata author Lynz, beritahulah kami semua.. kami nak tahu ni"

"Hmm.. author lahir bulan 3, hobi author ialah menulis, makan, melukis, baca buku, main game dan juga suka mengumpul kertas yang menarik! Author suka baca buku tentang fantasy, family, friendship, mystery, horror, adventure dan juga action.. apa lagi yea.. oh yea, author peminat novel harry potter.. hehehehehe" Terus Probe bertukar menjadi harry potter. Siap ada tanda petir di dahi besinya dan dia juga memakai cermin mata bulat

"Hah! ok tak saya cosplay jadi harry potter?"

"Bolehlah" kata Lynz dengan nada bosan

"Soalan seterusnya untuk encik bos tapi encik bos sudah pergi tidur pula. Takpe, biar saya jawabkan! kenapa encik bos pendek tak tinggi macam Ejojo? tak cukup zat atau memang keturunan badan kecik.. encik bos saya memang kekurangan zat, sebab saya tidak berikan zat yang secukupnya untuk encik bos saya tapi otak dia tetap genius walaupun otak dia seperti kotak" Probe berdrama pula "Soalan dari dava juniawan, dia tanya berapa umur encik bos... hmm.. entahlah, aku pun tak tahu"

"Macam mana boleh tak tahu"" tanya Kaizo

"Sebab saya sendiri malas nak ambik tahu... hehehehe" Probe tersengih kepada Kaizo "Seterusnya datang dari Haruko1212, peminat setia aku ni! Hah! bagus bagus.. semuanya dia anggap sebagai kawan.. lega hati aku, bolehlah aku mengurat peminat setia aku ni" kata Probe sambil tergelak malu "Soalan dia khas untuk author Lynz, nanti halloween, author Lynz tiada perancangan ke? bolehlah panggil semua hantu termasuklah ratu gila sekali"

"Hmm.. tiada kot tapi nanti saya akan mempertimbangkan!"

"Kalau ada, nanti bawakan hantu badut yang bernama IT tu yea. Baiklah, soalan kedua dari peminat setia ku, soalan ini sama sahaja.. kenapa encik bos suka sangat ketuk aku.. soalan ini sudah dijawap masa awal-awal lagi tapi kalau Haruko1212 nak ambik saya sebagai pengikut setia kamu, AMBIKLAH! AKU TIDAK SANGGUP LAGI KENA KETUK KENA ENCIK BOS KU!"

"Berdrama pulak kau ni" Kaizo sudah bosan dengan kelakuan Probe

"Hehehehe... sekali sekala berdrama, bukan selalu pun" Probe terbang ke tepi Rizu yang sedang makan ice cream chocolate yang sudah cair menjadi air "Soalan ini datang dari reader yang terakhir, rasanya dia ada dekat sini. SIAPA NAMA DIA MISS MYSTERI! KATA NAK PELUK BUDAK COMEL NI KAN! SILALAH PELUK SEPUAS-PUASNYA SEBELUM KAMU KENA BELASAH DENGAN FANG!"

"Ehem.. kalau kau tak menjerit tak boleh ke?" marah Lynz

"Maaf maaf" muncul miss mysteri dan lalu dia peluk Rizu yang sedang makan ice cream chocolate. Mulut dia terlampau comot dan lalu dia lap dekat baju miss mysteri. Fang rasa sedikit cemburu dan sedikit terhibur melihat adik kesayangan dia pergi lap mulut dekat baju miss mysteri

"BESTNYA DAPAT PELUK RIZU!" menjerit miss mysteri dan dia tidak sedar dengan baju kotornya yang dibuat oleh Rizu sebentar tadi

"Sebagai kenangan" Rizu ketawa sedikit

"Siapa yang ajar kau lap dekat baju orang?" tanya Kaizo

"Abang landak ajar!" kata Rizu sambil tunjuk kepada Fang

"PANGGGGGGGGG! KAU AJAR RIZU JADI NAKAL YEA!" Kaizo melihat adiknya yang sudah kelihatan cuak, terus dia tersengih kepada abang dia "Takpe, esok juga kau kena latihan tempur aku"

"Ok, anda boleh pergi duduk.. sesi berpelukan sudah tamat!" dia menghalau miss mysteri duduk di bawah "Soalan dari dia adalah untuk author Lynz, dia tanya author Lynz apa khabar? sihat tak? jaga kesihatan tak? author Lynz ada adik beradik dekat rumah tak?"

"Author sihat sahaja, mestilah jaga kesihatan dan author ada satu kakak, dua adik! author anak ke dua!"

"Bagus, soalan seterusnya untuk ratu gila... alolo.. kasihan dengan soalan kamu, dia ingin menjadi kawan kepada ratu gila.. bolehkan ratu gila? sebab kawan-kawan dia selalu sisihkan dia... menyedihkan"

"Buat apa kawan dengan ratu gila tu, karang dengan kau-kau sekali jadi gila macam dia" kata Fang

"Wei Fang, baik kau senyap sebelum aku rasuk kau buat kali ke dua" Ratu Lily masih lagi dengan watak dia sebagai Halilintar

"Aku memang duduk senyap pun, kau tak nampak ke aku kena ikat dengan abang aku tadi" Fang tidak dapat bergerak-gerak, sama juga seperti Lily. Dua-dua bermasam muka dan tidak puas hati dengan Kaizo

"Soalan kedua untuk ratu gila.. siapa yang asuh kamu semasa kamu kecil lagi dan adakah ratu gila boleh masuk ke dalam mimpi orang? bestnya masuk dalam mimpi orang.. boleh aku jadi hantu!" Probe bayangkan dia menjadi hantu di dalam mimpi Gopal. Sudah tentu Gopal akan kencing malam dekat atas katil. Dia tergelak sorang-sorang

"Siapa tah, aku tak ingat pula apa nama dia tetapi dia yang ajar aku menjadi kejam dan aku tidak boleh masuk ke dalam mimpi orang, cuma boleh rasuk sahaja" kata Ratu Lily

"Ala, baru nak suruh ratu gila pergi masuk dalam mimpi encik bos aku tu" Probe buat-buat sedih "Soalan untuk si pipi tembam, kamu menganggap robot kuning sebagai kawan atau adik? mestilah dua-dua.. betul tak?"

"Err.. betul!" kata Gempa

"Soalan seterusnya untuk pipi tembam juga. Ini seorang lagi, dia nak jadi kakak kamu.. isk isk isk.. mula-mula si budak comel ni" Rizu makan chocolate cake pula "Dia nak si landak jadi abang dia, lepas tu jadi adik dia.. Abang itu abang ini, adik tu adik ini, kamu semua ni memang tiada kerja lain agaknya. Asyik nak minta mereka jadi kakak lah, abang lah, adik lah.. lepas ni suruh Kaizo pula, itu pun kalau dapatlah. Dia tu kan abang gila mengikut kata si landak" terus Lynz ketuk kepala sampai dia pengsan

"Maaf semua, Probe ni membebel pula.. miss mysteri ingin menjadi kakak kamu, Boboiboy. Apa jawapan anda?" Lynz menggantikan tempat Probe

"Boleh boleh! saya tiada kakak, jadi boleh lah miss mysteri jadi kakak saya!" terus Gempa kena peluk dengan miss mysteri

"Ada juga nak berperang dengan aku ni" Lily berapi-api melihat si pipi tembam kena peluk dengan orang lain. Fang hanya tergelak sahaja

"Soalan ini juga untuk Boboiboy, kenapa asyik panggil Mimi kalau tak ingat nama sebenar dia adalah Yaya.. ini sebab dia mudah terlupa.. soalan seterusnya" Gempa masih lagi di dalam pelukan peminat setia dia "hehehe.. bila Kapten Kaizo nak jumpa Psychiatrist.. hehehehe"

"SOALAN APAKAH ITU! KAU INGAT AKU NI ADA MASALAH GILA KE HAH! AKU TIADA MASALAH MENTAL! APASAL SEMUA ORANG INGAT AKU NI KAPTEN GILA?! KAMU SEMUA INGAT AKU NI SERUPA MACAM SI RATU GILA KE HAH?! ADA JUGA NAK KENA LATIHAN TEMPUR VERSI GILA NI" Kaizo terus keluarkan pedang tenaga dia dan terus miss mysteri lari dari situ dan sorokkan diri "Mana budak tu, aku akan bagi dia latihan tempur" dia terus pandang ke arah Lily "dengan kau sekali akan kena latihan tempur versi gila!" Rizu melihat Kaizo mengamuk tak tentu pasal, sambil itu dia menjilat jari dia yang penuh dengan chocolate. Terus dia tadahkan lidah dia dekat chocolate fountain

"Apa kena dengan adik kesayangan aku ni" Fang melihat sahaja gelagat Rizu dengan makanan chocolate dia. Probe terus bangun dari pengsan dia dan nampak Kaizo sedang mengamuk tak tentu pasal "Memang sah abang aku sudah gila"

"Betul kata kau, landak. Dia memang kapten gila"

"Terima kasih, kerepek pisang" kata Fang kepada Lily

"Maaf Probe, semua soalan sudah habis dijawab" kata Lynz dan dia juga turut ikut Rizu, makan chocolate sepuas-puasnya

"Adeh, takpe.. tapi ada satu lagi.. miss mysteri ini anggap semuanya sebagai kawan sahaja, termasuk lah ratu gila sekali dan dia sudi menjadi sahabat baik kamu.. terharunya aku" Ratu Lily pun cukup terharu kerana ada yang sudi menjadi kawan dia "Soalan dari Edward873, saya akan bawakan ke minggu hadapan kerana soalan anda untuk Gopal" Probe terbang ke tengah pentas

Beep beep beep...

"Oh yea, saya telah menerima soalan terakhir kita. Soalan ini baru sahaja masuk. Soalan ini datang dari Shezati razia, dia tanya encik boss datang dari mana? Senang sahaja jawapannya. Encik bos saya datang dari planet Ata Ta Tiga! Planet yang berbentuk segi empat macam kepala encik bos saya! Soalan kedua pula, kenapa Rizu pilih abang Fang tapi bukan abang Boboiboy? Soalan ini sudah di tanya oleh Ililara tadi, nanti scroll ke atas yea kalau nak tahu jawapannya.. hehehehe.. jahat pula aku ni tapi aku memang jahat pun" Probe ketawa sendiri, yang lain buat muka blur

"Baiklah, selesai sudah sesi kita pada hari ini! Pada minggu hadapan.. saya akan menjemput si pipi tembam, si kuat makan dan juga landak. Err.. maksud saya Boboiboy, Gopal dan landak. Tiga sahabat baik yang suka cari pasal sesama sendiri! hanya 2 soalan sahaja tapi mesti ada yang berikan lebih daripada 2 dan pasti ada soalan yang bukan untuk tetamu kita minggu hadapan tapi takpe, mereka akan tetap menjawab soalan kamu. Tuliskan soalan kamu di ruangan review! Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan! JUMPA LAGI SEMUA!" Probe melambai-lambai ke arah kamera. Fang dan Lily menjerit supaya mereka dilepaskan. Kaizo hanya hiraukan sahaja mereka berdua

Muncul Kaizo di hadapan kamera "Aku Kapten Kaizo dan ini adalah soalan untuk minggu ini. Sekiranya kamu menang percutian ke jepun bersama dengan keluarga kamu dan kamu dibenarkan membawa salah satu watak di dalam fanfic 'Aku Abang, Kau Adik' siapa yang akan kamu bawa? Jika kamu membawa aku, kau kena tabahkan hati dengan kekejaman aku, keganasan aku, ketegasan aku, suara garang aku dan juga kegilaan aku... eh tak, aku bukan kapten gila. Sila berikan jawapan kamu di ruangan review, sekian terima kasih" terus Kaizo mengambil Rizu dan membawa dia pulang dan dia lupa tentang adik dia yang masih lagi kena ikat

"ABANGGGGGGGGGGGGGG!"

"Kesian.. hehehehehe" Probe ketawa di depan kamera "Sebelum kamu menukar channel atau website lain, saya ingin mempersembahkan Faye dengan lagu beliau iaitu Better When I'm dancing" Probe berjoget-joget sambil melihat Faye, sepupu kepada Fang, sedang menari sedikit dan terus dia nyanyi

Don't think about it
Just move your body
Listen to the music
Sing, oh, ey, oh
Just move those left feet
Go ahead, get crazy
Anyone can do it
Sing, oh, ey, oh

Show the world you've got that fire (fire)
Feel the rhythm getting louder
Show the room what you can do
Prove to them you got the moves
I don't know about you,

But I feel better when I'm dancing, yeah, yeah
Better when I'm dancing, yeah, yeah
And we can do this together
I bet you feel better when you're dancing, yeah, yeah

When you finally let go
And you slay that solo
Cause you listen to the music
Sing, oh, ey, oh
'Cause you're confident, babe
And you make your hips sway
We knew that you could do it
Sing, oh, ey, oh

Show the world you've got that fire (fire, baby)
Feel the rhythm getting louder
Show the room what you can do
Prove to them you got the moves
I don't know about you,

But I feel better when I'm dancing, yeah, yeah
Better when I'm dancing, yeah, yeah
And we can do this together
I bet you feel better when you're dancing, yeah, yeah

"SEE YOU NEXT WEEK!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top