Minggu ke 4

"Kita bertemu kembali di EDISI MALAM MINGGU!" Probe menyuruh orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh "Baiklah! hari ini kita mempunyai ramai penonton di studio markas kotak kerana mereka tidak sabar untuk melihat hantu mengilai di markas kotak. Saya sendiri pun takut" Probe terbang ke tepi pentas "Sebelum kita mulakan dengan acara sesi soalan jawab, kita akan berhibur terlebih dahulu. Dipersilakan Boboiboy Gempa dengan lagu beliau iaitu When you Believe" Para penonton memberikan tepukan sambil melihat langsir labuh merah naik ke atas

Boboiboy Gempa rasa gelisah berdiri di depan orang ramai untuk nyanyikan sebuah lagu

Many nights we've prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts, a hopeful song
We barely understood

Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could, oh yes

There can be miracles when you believe
Though hope is frail, it's hard to kill
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe

Oh yeah, in this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away
Yet now I'm standing here
My heart so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'll say

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fears
But when you're blinded by your pain
Can't see the way, get through the rain
A small but still, resilient voice
Says hope is very near, oh

You will when you
You will when you believe
Just believe
I believe, I believe
Just believe
You will when you believe

"Sekian, terima kasih" Gempa terharu kerana dia telah mendapat tepukan yang gemuruh "Sekarang saya akan-" terus Gempa kena tolak oleh Probe. Gempa bergolek-golek dan lalu jatuh dari pentas

"Syabas Gempa, nyanyian awak tadi memang cukup mengagumkan. Persembahan tadi telah di request kan oleh salah satu peminat setia dia, iaitu Lily. Dia juga ada studio ini" Kamera terus menghala ke Lily yang sedang tersenyum lebar dan melambai-lambai ke arah kamera "Bagus bagus.. baiklah, tanpa kita membuang masa, kita akan mulakan acara kita. Sebelum itu, saya akan menjawab soalan dari EdwardCR893, antara Yaya dan Ying, siapa paling cantik? Sudah tentu SAYA!"

Datanglah sebuah kerusi yang agak besar dan terus terkena Probe, lalu dia pengsan dekat situ

"NENO NENO NENO NENO! KECEMASAN KECEMASAN!" Ochobot datang untuk mengangkat Probe yang sudah pengsan itu

"Errr... kita berehat sekejap" kata Gempa sambil tersengih

--------------------------------

"Maaf yea semua, nampaknya Probe tengah koma. Adudu sedang berusaha untuk kembalikan dia balik. Saya, sebagai pengganti Probe, saya akan menjadi host kamu buat sementara" Fang ketawa kecil di hadapan kamera

"BOOOOOO! BOOOOOO!"

"WOI! APASAL KORANG BOOO AKU HAH!"

"KITA ORANG NAK PROBE! BUKAN KAKI KECOH!" Fang terdengar suara jeritan dari belakang "BOOOOOO!" Fang tahu suara siapakah itu

"SENYAPLAH KAU LILY!" Menjerit Fang di microphone itu "Baiklah, kalau korang tak suka aku menjadi host, AKU AKAN TETAP MENJADI HOST KAMU JUGA! HAHAHAHAHAHAHA! ok, kita jangan membuang masa lagi" Fang pergi ke tepi pentas "Tetamu kita yang pertama, dia adalah abang aku, kapten aku juga, abang yang suka sangat membuli aku pada setiap hari, mempunyai peminat perempuan yang ramai dan dia juga adalah pahlawan yang terkuat di galaxy! Dia adalah Kapten Kaizo, abang kesayangan ku" Fang berlari ke arah abang dia yang baru sahaja keluar. Dia ingin memeluk abang dia tetapi dia di tendang oleh abangnya sendiri

"ABANG! APASAL TENDANG ADIK!"

"Yang kau nak bermanja sangat dekat depan orang ramai kenapa? Sudah! teruskan sahaja acara ini, sebelum aku hancurkan studio markas ini" Kaizo mengambil tempat duduk di sofa. Fang bangun dan pergi ke tepi pentas

"Yelah abang" kata Fang dengan nada bosan dia "Seterusnya, dipersilakan Boboiboy"

"Aik, apasal aku punya pendek aje?" tanya Boboiboy

"Sebab aku malas nak perkenalkan kau panjang sangat, kau pergi duduk dekat sana diam-diam" Boboiboy sabar sahaja dengan kawan baik dia, rasa mahu sahaja ketuk-ketuk kepala Fang dengan microphone "Tetamu kita yang terakhir, dia adalah Ratu segala ratu, Ratu yang telah membunuh ibubapa aku dan aku akan membalas dendam kerana kekejaman beliau terhadap ibubapa aku. Aku tidak akan minta maaf dekat ratu gila ni. Aku akan pasti dia akan merana selama-lamanya di alam hantu.. MUAHAHAAHAHAHAHA!" Probe datang dan ketuk kepala Fang dengan periuk dan terus dia pengsan. Kaizo terpaksa mengheret adiknya yang sudah pengsan keluar dari pentas

"Isk isk isk, apalah si Fang ni. Saya sudah kembali! minta maaf dengan kelakuan Fang tadi" Probe terbang ke tepi pentas "Baiklah, tetamu kita yang terakhir, dia adalah Ratu kekejaman, ratu yang suka ketawa macam orang gila, ratu yang ada hati dekat Boboiboy...

"BOOOOOOOOO!"

"Siapa pulak tukang booo tu" Probe mencari dari mana suara itu datang tetapi dia teruskan sahaja dengan acara dia "Dia adalah Ratu Lily!" Lampu di markas kotak terus berkelip-kelip. Suasana menjadi sejuk, dan kabus keluar dari lantai markas kotak. Mereka terdengar seorang wanita sedang bernyanyi secara sayu

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang

Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
Kupulangkan kesan hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Ratu Lily muncul di tengah-tengah pentas. Nyanyian dia tadi menyebabkan Gopal lari keluar daripada markas kotak kerana dia rasa Ratu Lily mengilai tadi "Sayalah, bekas ratu kekejaman dan kejahatan. HAI SEMUA!"

"HAI RATU LILY!" kata para penonton markas kotak

"BOOOOOOO!" itu Lily yang buat

"Siapa pulak tukang main boo ni" Probe rasa pelik "Kita abaikan sahaja, Ratu Lily silakan duduk. Saya sangat teruja kerana Ratu Lily sudi datang ke sini. Saya juga dapat banyak soalan hangat daripada para readers"

"Terima kasih kerana sudi menjemput diri saya yang sudah menjadi hantu. Tidak sangka pula ramai yang nak saya datang ke sini, saya sungguh terharu, sampai air mata saya keluar pun berdarah" Ratu Lily menangis di situ membuatkan suasana lagi menakutkan. Tangisan dia seperti tangisan pontianak, ramai yang takut, ramai yang nak lari tetapi Adudu yang sangatlah jahat. Dia telah mengunci pintu keluar dari markas kotak

"Hehehe.. jangan menangis Ratu Lily" Probe bagi sehelai tisu kepada Ratu Lily "Baiklah, kita akan mulakan dengan acara kita, sesi soal jawab! Soalan pertama khas untuk Kaizo, soalan ini datang dari adhadeva kirana dan Vanilla Blue12. Dua-dua tanya soalan yang sama. Kenapa Kapten Kaizo suka buli adik sendiri?"

"Jawapan aku... sebab aku memang suka buli dia, biarkan dia seksa dengan kekerasan yang aku berikan terhadap dia supaya dia tidak menjadi lemah dan lagi satu, itu sudah menjadi lumrah seorang abang atau seorang kakak untuk membuli adik sendiri. Tak kisahlah siapa kamu, sudah tentu kamu pernah buli adik sendiri, betul tak?"

"BETUL!" kata para penonton di bawah pentas kecuali Yaya, dia tidak pernah buli adik dia

"Tapi ada juga adik yang buli kakak atau abang sendiri.. hehehehehe" Probe tergelak sedikit "Soalan seterusnya, adhadeva kirana bertanya, Kaizo mempunyai teman istimewa tak?"

"Teman istimewa? Buang masa aku sahaja, aku hanya fikirkan tentang misi aku sahaja. Tiada masa untuk mencari teman istimewa" kata Kaizo. Ada setengah perempuan yang berada di studio markas kotak, buat muka sedih kerana mereka tiada peluang langsung untuk menjadi teman istimewa Kaizo

"Ala, nanti-nanti adalah tu.. cakap sahaja tiada masa, padahal nan..." Probe nampak Kaizo berikan dia pandangan maut, terus dia baca soalan seterusnya "err.. soalan ini untuk Kaizo dan Fang, korang berdua ada phobia tak?"

"Takde" kata mereka berdua secara serentak

"Oh, takde yea.. baiklah! Soalan seterusnya, soalan ini datang dari mister mimpi. Dia kata dia suka kalau dia memiliki jam kuasa dari Kapten Kaizo tapi adik dia tak bagi pula. Ini pun kes abang buli adik juga.. isk isk isk.. apa nak jadi. Soalannya, dia ni peminat bunga Lily, aik? lelaki baik yang entah handsome ke tak minat bunga? hehehehe... ok ok, soalan dari dia adalah, Ratu Lily suka lelaki yang macam mana? dan umur awak berapa sebenarnya?"

"Saya suka lelaki macam Boboiboy" Ratu Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy sampai buatkan Boboiboy rasa nak muntah "Dia lah lelaki idaman ku! Kapten Kaizo bukan lelaki idaman ku kerana dia terlampau ganas dan umur aku adalah bawah daripada Kaizo, iaitu 17 tahun!" Dia berikan peace di depan kamera

"17 TAHUN?! saya.. saya.. saya baru sahaja 12 tahun.. TIDAKKKKKKKK!" Boboiboy jauhkan diri dia daripada Ratu Lily. Dia duduk dekat bawah pentas bersama dengan penonton lain dan gantikan Fang duduk dekay sofa, yang sedang bersilang tangan dengan muka dia yang tiada perasaan "Kau jawabkan soalan aku yea, Fang" jerit Boboiboy secara pelahan kepada Fang

"Cheh, aku juga yang kena" Fang terus bermasam muka

"Isk isk isk, apalah Ratu Lily ni, umur nak dekat Kaizo boleh juga minat dengan budak kecik belum bahligh lagi.. Kalau minat Kapten Kaizo takpe juga, tak pun orang yang tukang bagi soalan ni ke, si mister mimpi. Dia cakap dia minat Ratu Lily.. hehehehehe" Probe kenyitkan mata dekat depan kamera "Soalan kedua dari mister mimpi, rasanya soalan ini ada orang lain bertanya juga.. LizzNP dan juga mister mimpi bertanya, bagaimana perasaan Kapten Kaizo kalau Fang mati dibunuh?" Probe sorokkan diri terlebih dahulu sebelum Kaizo mengamuk

"SIAPA YANG MAHU MEMBUNUH ADIK AKU?! SIAPA! KAU KE RATU LILY?!" Kaizo siap keluarkan pedang tenaga dia

"Err.. bukan saya"

"Kalau sesiapa yang cuba membunuh adik aku, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! Aku akan belasah kau! dan susah tentu hati aku hancur melihat adik sendiri mati dibunuh"

"Abang boleh tak simpan balik pedang abang tu. Semua sudah lari kebelakang sebab takut tengok abang mengamuk" kata Fang dengan nada bosan dia

"Hmmm.. baiklah" dia simpan balik pedang tenaga dia. Probe keluar dari tempat persembunyian dia

"Soalan terakhir dari mister mimpi.. berapa banyak soalan dia bagi ni.. pelik aku.. soalan dia, apakah hukuman paling berat yang Kapten Kaizo pernah berikan kepada Fang?"

"Hukuman paling berat? hmmmm... bagi aku, hukuman yang aku selalu bagi, semuanya berat-berat" kata Kaizo sambil berfikir lagi. Hukuman apa yang paling berat dia pernah bagi? Kaizo cuba fikirkan lagi. Fang melihat sahaja abang dia yang sedang berfikir

"Hukuman paling berat yang pernah abang aku bagi ialah, dia suruh aku makan semua ice cream lobak merah. Selepas sahaja aku habis makan ice cream yang sampai 3 ke 4 tube besar, dia ajak aku pergi latihan tempur tahap ganas, sudahlah masa tu perut aku penuh dengan ice cream. Gila ke tak gila tu, abang aku memang saja nak bagi aku muntah dekat medan latihan tempur dia tu, lepas tu boleh dia buli aku. Suruh aku bersihkan" Kaizo ketuk kepala dia, Ratu Lily pun turut ketuk kepala Fang "Woi, yang kau ketuk aku apasal?"

"Saja" tersengih Ratu Lily

"Oh begitu.. kasihan kau Fang" Probe pura-pura rasa kasihan dengan Fang "Soalan seterusnya datang dari Nitaaa.. dia ni kalau boleh, nak jam kuasa Yaya sebab seronok dapat terbang. Aku pun boleh terbang" Probe terbang ke sana sini di dalam markas kotak "Jangan cemburu yea Nitaaa.. soalan dia adalah soalan panas untuk Ratu Lily" Berdebar-debar hati Ratu Lily "Soalan panas ini berbunyi begini, mengapa Ratu Lily membunuh ibubapa Fang dan Kaizo... syhhhhh! kita nak dengar jawapan dari Ratu Lily"

Ratu Lily pegang tangan dia sendiri dan lalu dia tundukkan kepala dia "Dulu-dulu, aku memang kejam. Aku bunuh ibubapa mereka kerana aku cemburu melihat kebahagian mereka dan juga orang lain. Kehidupan aku dulu penuh dengan kegelapan, tiada rasa simpati terhadap orang lain. Jadi, maafkan lah aku wahai Kaizo dan Fang. Aku menyesal dengan perbuatan aku. Akulah penyebabnya korang berdua kehilangan ibubapa korang, maafkan aku" Ramai juga yang menangis dekat dalam markas kotak kecuali Lily

"BOOOOO! MERAIH SIMPATI!"

"Hmmm.. aku akan maafkan kau tapi kau jangan cuba untuk menganggu kehidupan aku atau adik aku" kata Kaizo. Ratu Lily sangat terharu dapat kemaafan dari Kaizo. Fang malas nak maafkan Ratu Lily sebab dia masih lagi tidak berpuas hati. Satu sebab Ratu Lily bunuh ibubapa dia, kedua sebab Ratu Lily telah menculik dia dan seksa dia sampailah abang dia datang untuk selamatkan dia dan yang ketiga ialah Ratu Lily telah merasuk dia untuk cuba membunuh abang dia dan juga rakan-rakan dia

"Ok, soalan yang kedua dari Nitaaa.. dari mana Kapten Kaizo dapat duit? dan mengikut kata Gopal, Kapten Kaizo telah merompak bank.. KAPTEN KAIZO MEROMPAK BANK?!" Adudu baling tin cawan dekat Probe "Adoi!" Probe tersengih kepada Kaizo

"Bila masa aku merompak bank, mana kawan kau tu.. aku nak pergi ajar dia sekejap. Sesuka hati dia aje tuduh orang merompak bank" terus Kaizo keluar dari markas kotak, dia berjaya musnahkan pintu markas kotak yang telah dikuncikan oleh Adudu tadi. Fang ketawa kecil kerana Gopal akan kena belasah dengan abang dia

"Aku sendiri pun tak tahu mana dia dapat duit. Dia mana pernah nak beritahu aku" kata Fang

"Maknanya, Kapten Kaizo ni kayalah yea" Fang angguk sahaja "Boleh lah aku minta dekat dia kereta ferrari sebiji. heheheh.. Baiklah, soalan seterusnya datang dari li04. Dia tanya, bila Kapten Kaizo nak kahwin? nanti nak anak berapa banyak?"

"Biar aku yang jawapkan sementara abang aku pergi cari Gopal" Fang tersenyum sinis sambil bayangkan abang dia kahwin dengan seorang gadis, sudah tentu hidup dia lebih bahagia. Abang dia mesti tiada masa nak buli dia lagi "Abang aku kahwin bila sudah tiba masanya nanti dan aku juga berharap dia dapat banyak anak.. MUAHAHAHAHAHAHAHA! dan aku akan bebas daripada seksaan abang aku!"

"Tapi.. kau tak takut ke kalau kau kena buli juga selepas dia sudah berkahwin. Yelah, dia suruh buat kerja macam-macam seperti jaga anak dia yang begitu ramai, suruh masakkan untuk dia orang, suruh buat kerja rumah, suruh basuh kain.. jadi macam orang gaji" terus air muka Fang berubah, dari gembira terus menjadi geram, marah, risau, takut, sayu, kesal dan sedih

"ABANG! JANGAN SESEKALI ABANG NAK KAHWIN! ADIK TIDAK AKAN MEMBENARKAN ABANG BERKAHWIN! NO NO NO! ABANG STAY SINGLE FOREVER OK!"

"Isk Fang ni, biarlah dia nak kahwin pun" kata Ratu Lily

"Kau senyap!" Fang terus turun dari pentas dan heret Boboiboy naik ke atas pentas "Aku malas nak jawabkan soalan kau nanti" Boboiboy jauhkan diri dia daripada Ratu Lily sambil tersengih

"Pelik bebenar si Fang ni.. soalan kedua dari li04. Soalan ini untuk Boboiboy, dia cakap Boboiboy pernah suka Yaya walaupun sekejap dan dia cakap, jangan nak tipu"

"Errr... aku mana pernah suka dekat Yaya, dia hanyalah kawan aku sahaja" Boboiboy garu-garu kepala dia dengan penuh kecurigaan

"Soalan terakhir dari li04, soalan ini untuk Ratu Lily" dia betulkan suara dia yang sudah serak "Isk isk, marah betul dia ni. Apasal Ratu Lily menganggu idola dia iaitu Boboiboy.. yang lain tu, aku tak sebutlah yea sebab kemarahan li04 ni ganas sangat.. hehehe"

"Aku tak ganggu Boboiboy pun, betul tak?" Ratu Lily pandang ke tepi dan dapati dia seorang sahaja yang ada dekat sofa. Boboiboy sudah kembali duduk di bawah, bersebelahan dengan Fang "Sampai hati Boboiboy tinggalkan Ratu Lily duduk dekat sini sorang-sorang" terus dia menangis

"Woi, kau pergi naik atas balik. Karang ramai pula yang lari sebab tangisan hantu dia tu" marah Fang kepada Boboiboy

"Hmm.. yelah yelah" Boboiboy terpaksa relakan hati, naik ke atas pentas dan duduk jauh dari Ratu Lily. Fang pula, kembali ke tempat duduk asal dia "Hehehe.. maaf aku tinggalkan kau sorang-sorang" Ratu Lily berhenti menangis dan lalu berikan senyuman kepada Boboiboy. Kaizo juga sudah kembali setelah dia berpuas hati belasah Gopal

"Semua sudah ok? kita sambung dengan soalan seterusnya.. soalan ini datang dari Ililara. Dia tanya, apa fungsi topeng Kapten Kaizo?" Probe juga ingin tahu

"Yang korang semua nak tahu kenapa? Itu adalah rahsia" jawab Kaizo dengan suara garang dia

"Hehehe.. baiklah, soalan ini untuk Ratu Lily. Kenapa Ratu Lily nak rapat dengan Boboiboy, kenapa bukan Kapten Kaizo?"

"Sebab Kaizo tu bukan lelaki yang aku minat. Buat apa nak suka dengan lelaki garang yang suka sangat buli adik dia sendiri" Fang pula yang rasa terharu sedikit dengan Ratu Lily "Lagipun Boboiboy kan lebih matang daripada kawan baik dia tu, si kepala landak" terus Fang bermasam muka "Nanti kita jalan-jalan lagi, nak tak Boboiboy?"

"Errr.. errr..." Boboiboy lari ke bawah balik dan menyuruh Fang gantikan tempat dia

"Hmm.. selamatlah kau kawan baik aku. Kalau tidak, sudah lama aku belasah kau" Fang menghentak-hentak kaki dia naik ke atas pentas. Dia duduk di tengah-tengah, antara abang dia dan Ratu Lily

"Aduh, kasihan Boboiboy. Asyik turun naik pentas sahaja" Probe sudah pening dengan kelakuan pelik Boboiboy "Soalan seterusnya dari LizzNP tapi kita sudah menjawab soalan dia tadi. Dia cakap dia suka dengan semua jam kuasa superhero kita.. gila kuasa rupanya budak ni" Probe terbang ke tengah pentas "Ini pula datang dari Haruko1212, peminat setia ku! dia cakap aku adalah idola kepada dia. Terima kasih Haruko1212, saya sangat terharu dan juga terima kasih panggil saya robot comel" Muka Probe menjadi merah kerana malu "Dia suka dengan jam kuasa Boboiboy, sebab kuasa Boboiboy best! Baiklah, soalan dia berbunyi begini tapi soalan ini untuk author sahaja. FANG! KAU JAWAPKAN!"

"Baik Probe" kata Fang yang sudah menguap besar, sedikit lagi dia nak tertidur tetapi Kaizo piat telinga Fang "ADOI! ABANGGGG!" terus Ratu Lily sumbat mulut Fang dengan buah apple

"Hehehe... soalan ini berbunyi begini. Author tak terfikir ke nak seksa orang lain, asyik seksa si rambu cacak tu. Seksalah Yaya ke, Ying ke, Gopal ke, Kaizo ke, Kapten Kaizo ke..."

"Hah, apa soalan tadi?" Fang sedang sibuk sangat kunyah buah apple yang manis itu "Maaf, aku tengah makan apple ni. Sedap sangat" Kaizo ketuk kepala adik dia tetapi Fang hiraukan sahaja "Abang sahajalah, jawabkan"

"Baiklah, jawapannya ialah author tu memang suka sangat seksa adik aku. Bagi latihan tempur pun, masih lagi nak seksa adik aku yang tak berapa betul sangat ni" Fang tidak dengar kata-kata abangnya tadi, dia masih lagi makan apple itu "Tapi.. nasib malang Gopal memang aku amat banggakan, teruskan lagi dengan usaha mu wahai author"

"Kasihan Gopal" kata Probe "Soalan kedua ini pula untuk Ratu Lily, dia tanya Ratu Lily tiada kawan ke dekat dunia maya tu? atau keseorangan sahaja?"

Ratu Lily beremosi semula "Aku tiada kawan di dunia maya. Boboiboy pun tak nak temankan aku dekat dunia maya, kasihan diri aku ini. Boboiboy, marilah datang ke dunia aku" Suara Ratu Lily memukau Boboiboy, dia memanggil Boboiboy lagi untuk naik ke pentas dengan suara dia yang seram-seram sejuk itu tetapi Boboiboy sedarkan diri dan dia tidak akan naik ke atas pentas

"Tak nak aku, kau tu dahlah hantu. Seram aku" kata Boboiboy. Ratu Lily terus sedih

"Takpelah kalau tak nak, tetapi aku tidak akan berputus asa! HEHEHEHE. MUAHAHAHAHAHA!" Ratu Lily ketawa seperti orang gila dan menyebabkan lampu di markas kotak berkelip-kelip. Ramai yang ketakutan dan lama-kelamaan, lampu itu terpadam. Suasana menjadi huru-hara, ada yang menjerit kerana Ratu Lily berubah menjadi hantu pontianak. Ada juga yang hampir pengsan, selamat Gopal tiada di situ

"Adeh, elektrik putus pulak.. kita akan berehat sebentar" Probe terpaksa mencari kotak utama suis lampu

Lampu-lampu di markas kotak sudah kembali menyinari tempat itu "Maaf yea semua, Ratu Lily tidak akan ketawa seperti orang gila lagi" kata Probe sambil tunjuk mulut Ratu Lily kena sellotape "Baiklah, kita akan sambung balik" Probe terbang ke atas pentas "Asuka17 ni suka sangat dengan jam kuasa Fang sebab jam kuasa bayang dapat membentuk bayang yang dia nak dan dapat mengarah atau mengawal bayang. Dia sangat kagum dengan naga bayang yang terlampau kuat. Soalan pertama dari dia" Probe betulkan balik suara dia "Kenapa Kapten Kaizo rasa kecewa semasa Fang dan Boboiboy berhenti berlawan dan apakah alasan lain Kapten Kaizo meninggalkan Fang dibumi sorang-sorang selain daripada alasan merampas jam kuasa mereka"

"Hmmm... aku kecewa sebab aku suruh budak degil ni pergi kalahkan kawan baik dia tu tetapi dia boleh pula berkawan dengan mereka semua. Aku tidak suruh kamu berkawan dengan mereka, AKU SURUH KAU MERAMPAS JAM KUASA MEREKA!" Bergema markas kotak dengan suara garang Kaizo. Fang awal-awal lagi sudah menutup telinga dia kerana tidak sanggup mendengar suara garang abang dia "Dan alasan lain aku tinggalkan dia dekat bumi sebab aku tidak mahu adik aku terlibat dengan mana-mana pertarungan aku dengan musuh-musuh aku"

"Tapi Fang terlibat juga.. dengan si Borara tu, dengan si Ratu Lily, dengan kawan baik Kapten Kaizo tu"

"PEDANG TENAGA!" Probe terbang jauh daripada Kaizo "Kau jangan banyak cakap, teruskan sahaja dengan program kau ni"

"Ba-ba-baik Kapten Kaizo" menggigil Probe "Soalan ini untuk Ratu Lily, dia cakap Ratu Lily ni sanggup culik Fang sebab dendam sangat dengan Kapten Kaizo. Jadi adakah Ratu Lily tidak pernah diajar dengan sifat-sifat murni"

"Sifat murni?" Ratu Lily beremosi lagi "Aku tidak pernah diajar sifat murni, kedua ibubapa aku mati semenjak aku masih bayi lagi. Aku telah dijaga oleh kejahatan, dan dengan itu, hati aku penuh dengan kegelapan. Aku langsung tiada sifat belas kasihan di dalam diri aku sebab itu aku membunuh orang sesuka hati aku sahaja. Aku bunuh ibubapa mereka, aku kejam! aku kejam sangat!"

"BOOOOOOOO!"

"SIAPA YANG BOOO AKU DARI TADI LAGI! NAK AKU RASUK KAU KE HAH!" Semua takut apabila Ratu Lily marah. Lily yang sedang memakai cermin mata hitam, terus senyap "Bagus, senyap pun korang.. sambung balik.. mana tadi" dia sambung balik beremosi "Itulah sifat aku yang terlampau kejam sangat, aku tidak pernah diajar apakah itu cinta atau rasa simpati. Aku cuma diajar dengan sifat kekejaman, jadi aku membunuh tanpa rasa kasihan dengan mereka. Aku tidak terfikir tentang nasib orang itu atau nasib anak yatim piatu seperti mereka berdua tapi aku kagum melihat Kaizo begitu tabah menjaga adik dia yang tak berguna"

"WOI! AKU BERGUNALAH!" marah Fang

"SENYAP LAH KAU!" Ratu Lily marah balik kepada Fang

"Eh sudah sudah! panjang sangat jawapan kau, Ratu Lily. Sampai aku sendiri nak tertidur dah" Ratu Lily merenung tajam ke arah Probe tetapi Probe buat buat tidak nampak kerana takut melihat mata merah Ratu Lily, lebih menakutkan daripada mata Kaizo "Saya tertinggal satu soalan rupanya, soalan dari asuka17 untuk Boboiboy. Masa Boboiboy hilang ingatan, Boboiboy selalu memanggil dia 'Mimi' Siapa mimi tu? awek lama ke.. hehehehe"

"Wei, bila masa aku ada awek ni.. " jawab Boboiboy

"Dan satu lagi soalan dari asuka17, apakah perasaan Boboiboy apabila dapat tahu hantu jatuh cinta dengan kamu?" Probe tergelak sedikit "Hantu pun boleh jatuh cinta ke? hehehee..."

"Perasaan aku? mestilah seram sejuk, tak pernah pula aku selama ini hantu suka dekat aku. Naik seram badan aku, bulu roma aku dah naik sekarang ini" Boboiboy ternampak Ratu Lily sedang melampai-lambai ke arah dia dan selepas itu dia kenyit mata kepada Boboiboy. Lily yang ada dekat belakang, dia rasa macam nak cekik si ratu gila itu

"Oh, aku pun boleh seram sejuk kalau ada hantu suka dekat aku tapi menarik! Jalan cerita baru, hantu bercinta dengan robot ungu! bestnya!" Probe bayangkan buku novel dia terlaris dengan kisah cinta antara hantu dan robot "Seterusnya, kita jemput reader kita untuk datang ke depan, iaitu LILY!" Lily terus bangun dengan senyuman sinis dia, dengan cermin mata hitam dia dan dia berjalan ke depan sambil perhatikan Ratu Lily seperti mahu menerkam Ratu Lily itu. Dia naik ke atas pentas dan berdiri di sebelah Probe

"Inilah dia Lily! peminat no.1 Boboiboy! Apa khabar Lily?" Probe mengacukan microphone dia ke arah mulut Lily

"Khabar baik. Saya sangat terharu dapat berada di sini" Lily buat-buat menangis "Selama ini, saya hanya menonton sahaja program ini tetapi kali ini, saya dapat pergi ke sini dan dapat juga naik ke atas pentas Edisi Malam Minggu. Terima kasih Probe kerana berjayakan program ini, saya san-"

"Opss.. banyak sangat cakap kau ni" Lily bermasam muka dengan Probe "Baiklah, cik Lily nak tujukan soalan kepada siapa?" Lily merampas microphone itu daripada tangan Probe

"Soalan aku yang pertama.. oh yea, by the way.. aku suka dengan kuasa Gopal sebab aku dapat menukar korang semua menjadi apa-apa sahaja! MUAHAHAHAHA!" terus dia kena ketuk dengan Probe "Aku bergurau sahaja.. hehehe.. soalan aku ditujukan khas kepada Kapten Kaizo. Kenapa Kaizo garang sangat? dan saya dengar, Kaizo suka minum teh yea, dekat planet lain pun ada teh juga ke? teh mana sedap, bumi or teh galaxy?"

Kaizo berdiri dan rampas microphone itu dari tangan Lily. Dia memberikan pandangan maut kepada Lily sehingga membuatkan Lily dan Probe menggigil di atas pentas "Aku garang sebab aku tidak boleh tunjuk kelemahan aku kepada musuh-musuh aku dan aku juga adalah kapten. Sebagai seorang kapten, aku perlu menjadi seorang yang garang, tegas, keras, ganas dan bukan gila" Fang terbatuk-batuk sedikit dekat belakang

"Kapten Gila" bisik Fang

"Teh dekat sini ke dekat planet lain ke, aku tetap suka minum air teh. Lebih-lebih lagi, teh hijau dan yea, dekat planet lain pun ada ladang teh. Ingat dekat bumi sahaja ada ladang teh" Kaizo berikan balik microphone itu kepada Lily

"Te-te-terima kasih Kaizo. Soalan aku seterusnya adalah untuk Ratu Lily" Lily memberikan renungan tajam ke arah Ratu Lily dan Ratu Lily juga tidak melepaskan peluang dia untuk memberikan renungan tajam berhantu kepada Lily "WEI LILY! APA MOTIF KAU SUKA DEKAT BOBOIBOY! TIADA ORANG LAIN KE KAU NAK, pergilah mengurat Kaizo ke, Adudu ke, Gopal ke, Probe ke.. ini tidak, Boboiboy juga yang kau nak"

Ratu Lily bangun dan terbang seperti hantu ke arah Lily "Kau nak aku rasuk kau ke?" Lily terus mengelengkan kepalanya "Bagus.. suka hati aku lah kalau aku nak suka dekat Boboiboy! Hati aku sudah terpaut dekat si comel tu, jangan nak salahkan hati ku ini kalau sudah jatuh hati dengan Boboiboy. Kenapa aku tidak pergi mengurat orang lain? sebab aku tiada hati dekat dia orang semua, lebih-lebih lagi Kaizo. Aku kan bunuh ibubapa dia, buat apa aku nak mengurat dia pulak"

"Ha ah! betul tu! buat apa abang aku nak jatuh hati dengan ratu gila tu!" Fang pula menyampuk

"Fang, kau duduk dediam. Ini adalah antara Lily dan Ratu Lily, sudahlah nama aku sama nama dengan kau. Aku akan jauhkan kau daripada Boboiboy!" Lily tidak begitu takut dengan Ratu Lily, dia hanya merenung tajam ke arah mata Ratu Lily. Mereka berdua tidak berganjat dari situ, kedua-dua mereka tidak berkelipkan mata. Probe pula yang rasa takut

"You'll be sorry because I'M LILY THE GREAT! LILY THE AWESOME!" Lily ketawa besar di situ

"Eleh, aku bukan takut dengan kau pun" Ratu Lily memberikan senyuman sadis dia kepada Lily "Kau sudah lupa ke, aku adalah ratu kekejaman pada suatu ketika dahulu, aku masih lagi boleh berlawan cuma tiada kuasa sahaja tapi aku boleh merasuk kau!"

"Marilah! Aku pun bukan takut dengan kau!"

"Errr.. kita akan kembali selepas ini" Probe terbang pergi untuk selamatkan diri sebelum kedua-dua Lily berleluasa begitu ganas

----------------------------------------

"Fuh! selamat tiada siapa yang tercedera dalam pertarungan di antara Lily dan Lily. Maaf kerana pertarungan mereka tadi memang tidak boleh disiarkan sebab terlampau ganas sangat. Baiklah, kita akan teruskan dengan sesi soal jawab. Soalan seterusnya datang dari aquamarine2602. Dia ingin tahu, diantara Boboiboy dan Kapten Kaizo, siapa lebih kuat?"

"Sudah tentu abang Kaizo!" Boboiboy terus menjawab serta merta. Dia malas nak bertengkar dengan sesiapa "Menurut kata Lahap, abang Kaizo adalah alien paling bahaya di galaxy"

"Ini saja nak ambik hati aku ke?" tanya Kaizo sambil melihat Boboiboy dengan penuh mencurigakan. Fang pula rasa diri dia pun kuat juga, macam abang dia

"Soalan kedua dari beliau, antara Boboiboy dan Kapten Kaizo, yang mana satu lagi bergaya? mestilah Kapten Kaizo lebih bergaya! betul tak semua?"

"BETULL!"

"SAYA SETUJU!"

"KAPTEN KAIZO ALIEN PALING COOL!"

"BOOOOOO! BOBOIBOY LEBIH BERGAYA!" itu jeritan datang dari Lily tetapi Probe hiraukan sahaja jeritan itu. Kaizo sudah bersiap sedia dengan pedang tenaga dia

"Hah! ramai yang setuju dengan aku!" Probe rasa gembira pula "Baiklah, soalan dari Vanilla Blue12 sudah dijawab pada awal tadi dan dia minat dengan kuasa Yaya. Seterusnya, datang dari Hwang635, dia ni suka dengan kuasa Fang, Gopal dan Ying sebab kuasa dia orang best sangat! Permintaan dari Hwang635, saya akan tunaikan selepas sahaja sesi soal jawab sudah selesai, OK!" Probe betulkan suara dia yang sudah sakit sebab banyak sangat bercakap "Soalan ini datang dari dava juniawan, dia tanya kepada Boboiboy, kenapa suka pakai kekuatan Boboiboy Halilintar, kenapa tak pakai kekuatan yang lain?"

"Sebab pedang Halilintar best sangat nak tikam orang.. hehehehe... kuasa lain kuat juga tapi saya memang sudah terbiasa guna kuasa halilintar" jawab Boboiboy yang masih lagi duduk di bawah, dia tidak mahu duduk disebelah Ratu Lily. Fang masih lagi berada di atas pentas

"Hmm.. soalan ini datang dari orang yang sama, nama dia adhadeva kirana .. dia tanya, boleh tak Kapten Kaizo menjadi abang dia? alolo... mesti kamu tiada abang kan, kasihan kamu"

"Jadi abang? boleh sahaja, itu pun kalau adik aku tidak cemburu" Fang berapi-api pula sebab ada orang abang dia sebagai abang orang itu

"Hah, jangan sesekali nak buat Fang cemburu. Lebih-lebih lagi kalau orang itu bermanja-manja dengan abang dia, lagi lah dia akan bertambah mengamuk tak tentu pasal" ketawa Probe di hadapan kamera. Dia terus terbang ke pentas "Hmm.. soalan ini pula untuk Ratu Lily, kenapa kamu suka Boboiboy? ini bukan sudah dijawab ke? atau aku tak ingat sebenarnya?"

"Takpelah Probe, biar aku menjawab lagi sekali! Aku suka Boboiboy sebab dia baik hati, semangat perjuangan dia, setia kawan, berbudi bahasa dan begitu matang sekali daripada kawan dia si rambut cacak tu" Ratu Lily memberikan senyuman manis kepada Boboiboy

"Oh begitu, terima kasih kerana sudi menjawab soalan itu lagi sekali, Ratu Lily" kata Probe "Soalan seterusnya datang dari NoName02. Kasihan kamu, tiada nama yea. Dia suka dengan kuasa Boboiboy, lebih-lebih lagi kuasa Halilintar sebab Halilintar tu cool, sadis, sinis, tsundere, mata dia merah menyala macam Kapten Kaizo dan dia kurang menarik dengan Fang" tergelak Probe

"Apa aku kisah, suka ke tak suka.. suka hati dia lah"

"Alolo Fang, cemburu ke?" Probe melihat api kemarahan di badan Fang "Hehehe.. jangan marah yea. Soalan dari tiada nama ni, dia ingin melihat Ratu Lily ber cosplay jadi kesemua pecahan Boboiboy"

"YEA KE! tapi nanti terlampau seksi sangat macam mana? ada juga yang hidung berdarah nanti"

"Kalau macam itu, Ratu Lily cosplay selepas habis program ini. Cosplay dekat diri saya sahaja" Probe tiba-tiba pula rasa suka "Saya tiada hidung ataupun darah, boleh lah kan?"

"Cheh! gatal juga robot aku tak berguna ni" kata Adudu sambil melemparkan cawan tin ke arah Probe "KAU JANGAN NAK MENGATAL SANGAT BOLEH TAK!"

"Maaf encik bos" Probe betulkan balik kepala dia yang sudah benjol "dia bertanya lagi, Ratu Lily tidak takut dengan Boboiboy Halilintar ke?"

"Tak, lagipun Boboiboy Halilintar tetap comel macam Boboiboy asal" dia kenyitkan mata dekat Boboiboy. Boboiboy sudah merasa dirinya nak demam sebab tak sanggup melihat Ratu Lily sedang mengedik dengan diri dia

"Kita sudah sampai dua soalan terakhir dari Sakura no Hana, dia cakap dia minat dengan kuasa Yaya sebab boleh terbang! dan dia ada permintaan juga. Dia cakap dia nak Gopal nyanyikan lagu hindustan. Itu kena tunggu minggu depan kerana Gopal masih lagi belum bersedia. Baiklah, soalan kedua terakhir ini adalah khas untuk Kapten Kaizo. Dia tanya kenapa Kapten Kaizo perlu menggunakan kekerasan sebagai jalan untuk menjalankan misi kau. Soalan ini sama seperti soalan dari Alya, dia hantar melalui mesej phone author dan soalan terakhir adalah kenapa Kapten Kaizo dan Fang suka sangat dengan lobak merah?"

"Hmm.. kalau aku guna kelembutan, boleh ke aku dapat merampas jam kuasa dari mereka? Kau nak suruh aku berlembut dengan mereka ke? kita kenalah menggunakan kekerasan dan bertindak kasar dengan mereka, supaya mereka takutkan aku. Kalau aku berlembut, aku mungkin akan kalah dan jam kuasa itu akan jatuh ke tangan yang salah. Kenapa aku suka dengan lobak merah? sebab lobak merah itu sedap dan bagus untuk mata kita. Bukan macam si Pang ni, makan lobak merah tapi masih lagi rabun!" Fang rasa macam nak sahaja ketuk kepala abang dia

"Terima kasih kapten Kaizo menjawab soalan dari Sakura no Hana. Sebenarnya, saya ada soalan terakhir dari Alya.. hehehehe" Probe tergelak sedikit sebab dia lupa dengan soalan dari Alya kerana soalan itu datang dari phone author sendiri "Soalan ini adalah untuk Boboiboy, kenapa Boboiboy anggap Fang itu sebagai kawan rapat walaupun Fang suka sangat marah atau cari pasal dengan Boboiboy"

"Dia memang suka cari pasal dengan aku pun tapi kita orang tetap kawan rapat. Begitulah persahabatan ini, kalau sudah tahu sikap masing-masing.. kalau nak bergaduh, bergaduh lah tapi selepas itu terus berbaik balik" kata Boboiboy

"Hah, bagus bagus.. selesai sudah sesi menjawab soalan-soalan dari readers kita. Banyak betul soalan pada minggu ini" Langsir labuh di belakang Probe sudah ditutup "Baiklah, sekarang kita akan kabulkan permintaan dari Hwang635. Sebelum itu, Fang dan Kapten Kaizo perlu menjawab soalan ini daripada dia" Kaizo dan Fang keluar dari pentas belakang dan berdiri di sebelah Probe "Seberapa banyak Kapten Kaizo sayangkan adik kamu dan kenapa korang berdua selalu sangat bergaduh dan satu lagi, Hwang635 dan juga orang ramai ingin melihat Kapten Kaizo cium pipi adik kesayangannya iaitu Fang"

Kaizo ketuk kepala adiknya dan terus dia cium pipi Fang. Fang pula rasa malu sebab pipi dia dicium oleh abangnya.. lepas itu "GELI LAH ABANG!" Fang lap-lap pipi dia, Kaizo hanya hiraukan sahaja adik dia

"Aku sayang dia seberapa banyak kali aku buli dia. Jadi aku buli dia setiap hari tak kira waktu tapi walaupun aku berhenti buli dia, aku tetap sayangkan adik dan kami berdua suka bergaduh sebab adik aku suka sangat cari pasal dengan aku" kata Kaizo

"Bukan abang ke suka cari pasal dengan adik" Fang masih lagi lap pipi dia

"Kau jangan nak buat cerita!"

"Bila masa adik buat cerita, betulkan abang suka cari pasal dengan adik"

"Kau nak aku ketuk kepala kau dengan microphone si robot badut ni"

"KETUK LAH!" Fang menjelir lidah kepada abangnya

"Eh, jangan bergaduh.. korang berdua pergi kebelakang langsir ni yea" Kaizo dan Fang masih lagi bergaduh sambil masuk ke dalam langsir labuh itu "Hehehehe.. baiklah, saya ingin mempersembahkan sebuah nyanyian duet dari Fang dan Kapten Kaizo dengan sebuah lagu yang bertajuk Dream On!" Langsir labuh itu dibuka. Kaizo sudah bersiap sedia untuk menyanyi sebuah lagu rock. Fang kena tolak tepi oleh abangnya sendiri

-Kaizo-

Every time I look in the mirror
All these lines on my face getting clearer
The past is gone
It went by like dusk to dawn

Isn't that the way?
Everybody's got their dues in life to pay

-Fang-

Yeah, I know nobody knows
Where it comes and where it goes
I know it's everybody's sin
You got to lose to know how to win

-Kaizo-

Half my life's in books' written pages
Live and learn from fools and from sages
You know it's true
All the things come back to you

-Fang & Kaizo-

Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me if it's just for today
Maybe tomorrow the good Lord will take you away

Yeah, sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me if it's just for today
Maybe tomorrow the good Lord will take you away

-Fang-

Dream on, dream on, dream on,
Dream yourself a dream come true
Dream on, dream on, dream on,
Dream until your dreams come true

Dream on, dream on, dream on,
Dream on, dream on,
Dream on, dream on, ah

-Fang dan Kaizo-

Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me if it's just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away
Sing with me, sing for the year
Sing for the laughter, sing for the tear
Sing with me just for today
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away...

Fang dapat nyanyi sedikit sahaja sebab dia asyik kena tendang ke tepi oleh abangnya. Mereka berdua berebut microphone itu untuk bernyanyi. Penonton yang ada di studio markas kotak pun, menepuk dahi mereka kerana kelakuan mereka di atas pentas "Haih, nak nyanyi pun boleh bergaduh" kata Probe

Langsir labuh itu terus di turunkan secara cepat sebab tak sanggup nak melihat abang dan adik bergaduh di atas pentas

"Baiklah! sampai disini sahaja Edisi Malam Minggu. Saya berharap kamu semua berpuas hati dengan jawapan mereka dan juga terhibur dengan persembahan dari mereka tadi. Oklah, tetamu kita untuk minggu hadapan adalah Rizu, encik bos saya iaitu Adudu dan pertama kalinya, cik author kita akan datang ke Edisi Malam Minggu! Siapa nak beramah mesra dengan author kita, silalah tampilkan soalan kamu untuk author atau panggilan dia Lynz. Hanya 2 soalan sahaja untuk Author, Rizu dan juga encik bos saya, Adudu! Sila berikan soalan anda di ruangan review! kita akan berjumpa lagi di rancangan EDISI MALAM MINGGU!"

Muncul Ratu Lily dihadapan kamera "Apa khabar semua? Saya adalah Ratu Lily, dan soalan saya untuk minggu ini, di antara Boboiboy, Fang, Gopal, Kapten Kaizo, Adudu, Rizu, Probe dan Ochobot. Yang mana satu sesuai untuk menjadi boyfriend kamu? dan kenapa. Kalau orang lelaki nak jawab, terpulanglah kepada kamu.. hehehehe.. soalan ini dari saya sendiri bukan dari Probe atau author tapi kalau kau berikan jawapan Boboiboy, aku akan menghantui hidup kamu.. HEHEHEHEHEHE! Sila berikan jawapan kamu di ruangan review. Sekian, terima kasih! BOBOIBOY TUNGGU AKU!"

"TIDAKKKKKK!"

"WOI! BOBOIBOY AKU YANG PUNYA!"

Ratu Lily tarik tangan Boboiboy sebelah kanan dan Lily pula tarik tangan kiri Boboiboy. Probe pula suka dengan aksi mereka berdua "Jumpa lagi pada minggu hadapan!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top