Minggu Ke 3

"Kita bertemu lagi di EDISI MALAM MINGGU! HAI HAI! apa khabar semua?" Probe hari ini berpakaian serba pink, bow tie warna pink, microphone pun warna pink "Baiklah, sebelum kita mulakan dengan acara kita pada malam ini, kita telah menyediakan sebuah persembahan istimewa dari Boboiboy ICE!" Para penonton studio markas kotak bertepuk tangan dan langsir labuh berwarna merah angkat ke atas dan keluarlah Boboiboy Ice berdiri keseorangan di depan microphone

Something in the way she moves
Attracts me like no other lover
Something in the way she woos me

I don't want to leave her now
You know I believe and how

Somewhere in her smile she knows
That I don't need no other lover
Something in her style that shows me

Don't want to leave her now
You know I believe and how

You're asking me will my love grow
I don't know, I don't know
You stick around now it may show
I don't know, I don't know

Something in the way she knows
And all I have to do is think of her
Something in the things she shows me

Don't want to leave her now
You know I believe and how

"Sekian, terima kasih" Boboiboy Ice rasa pelik pula, kenapa tiada tepukan gemuruh. Dia melihat Probe dan para penonton di bawah pentas. Semuanya sudah tertidur sebab lagu tadi terlampau bosan sangat

"..." Boboiboy Ice pergi ke arah kamera "Kita akan berehat seketika"

-----------------------------------

"Adeh.. apalah Boboiboy Ice, bagi lagu tidur pula" Terus dia kena baling dengan ice oleh Boboiboy Ice "Aduh! yelah yelah.. lagu tadi tue bestlah.. sebut pasal tidur nie, hari ini saya telah pun menyuruh Kapten Kaizo kurungkan Fang di dalam kapal angkasanya. Maknanya, kita tiada ganggu dari si rambut cacak" Ramai penonton yang cakap 'Yes' semuanya berpuas hati tapi ada juga rasa tak seronok apabila Fang tiada dengan mereka sebab tak meriah tanpa kehadiran dia

"Baiklah, pada minggu lepas, saya telah bertanya, adakah kamu suka melihat Fang mengamuk tak tentu pasal?.. dan apa yang saya terima, ramai yang suka melihat Fang mengamuk tak tentu pasal macam orang gila, ada juga suka melihat Fang bermanja dengan abang dia dan ada peminat Fang tanya kenapa minggu lepas Fang macam tak betul, sekejap ok, sekejap tak ok, sekejap ok balik.. dia tue alien tak betul, memang tak betul lah jawapnya"

"APA! KAU KATA ADIK AKU TAK BETUL!" Muncul Kapten Kaizo dengan pedang tenaganya "KAU INGAT ADIK AKU TU GILA KE?!"

"Tak, tak.. dia sebenarnya ok cuma dia tue panas baran.. hehehehe" Probe tergelak sedikit "Kapten Kaizo pergi duduk diam-diam.. saya nak mulakan dengan acara saya nie"

"Hmm.. baiklah" Kaizo turun dari pentas dan mengambil tempat duduknya di sebelah Boboiboy Gempa

"Kita jangan membuang masa lagi!" Probe terbang ke tepi untuk memberikan laluan kepada para tetamu Edisi Malam Minggu "Tetamu kita yang pertama hari ini, dia adalah seorang kawan baik kepada Boboiboy. Dia juga seorang yang penakut tetapi dia akan tetap juga berjuang bersama dengan kawan baik dan dia selalu kena dengan harimau bayang Fang dan dia adalah GOPAL!" Penonton di studio memberikan tepukan kepada Gopal yang telah pun keluar dari pentas belakang

"APA KHABAR SEMUA!" tanya Gopal dengan muka ceria dia. Dia terus mengambil duduk di sofa "WAH! tak sangka pula aku menjadi tetamu Edisi Malam Minggu pada hari ini. Selalunya, saya jadi penonton sahaja"

"Hah! baguslah tue tapi tiada siapa ke nak jemput saya sebagai tetamu Edisi Malam Minggu?" kata Probe dengan nada sedih

"Dey! kau tue kan host.. kalau kau jadi tetamu, siapa nak host kan rancangan nie?"

"Hah! betul juga kata kamu.. saya suruh encik bos saya sahaja jadi host" kata Probe "Oklah, tetamu kita yang seterusnya... dia adalah seorang anak cina yang suka bercakap laju, lari laju, makan laju, tulis laju.. semuanya laju.. sudah tentu dia adalah YING!"

"LARIAN LAJU!" Ying berlari keluar dari markas kotak dan masuk balik. Dia terus naik ke pentas "Hai! saya Ying!" kata Ying dengan begitu ceria sekali. Dia duduk di sebelah Gopal

"Dan tetamu kita yang terakhir.. Gadis paling ayu dan paling tegas dan paling bijak! Mempunyai peminat yang ramai! dia juga berserba pink seperti saya.. dia adalah Yaya!"

Yaya keluar dari pentas belakang dan melambai-lambai serba malu kepada para penonton "Silakan duduk Yaya" kata Probe sambil melihat Yaya duduk di sebelah Ying

"Sihat ke semua? sudah makan? kerja sekolah sudah siap? ujian hari itu senang?"

"Banyak sangat tanya pula si Probe nie. Cepatlah mulakan sesi soal jawab! aku tak sabar nie" kata Gopal

"Yelah yelah!.. mari kita mulakan sesi soal jawab bersama dengan Yaya, Ying dan Gopal" Probe terbang ke tengah-tengah pentas "Baiklah, soalan pertama datang dari Ililara.. dia cakap Yaya ni cantik dan comel" terus muka Yaya jadi merah sebab malu "Soalan dia, kenapa biskut Yaya tak sedap?"

"TAK SEDAP? TAK SEDAP DIA CAKAP!" Yaya keluarkan bakul yang penuh dengan biskut dia

"Memang betul lah kan, biskut kau tak sedap" kata Gopal, terus dia kena ketuk dengan Ying "Dey! apasal kau ketuk kepala aku?"

"Kau nak sakitkan hati kawan kaa?" kata Ying

"Mana ada.. betul lah biskut Yaya tak sedap tapi cuma ada satu makhluk sahaja yang suka dengan biskut Yaya" Gopal tunjuk ke arah Yaya yang sedang berikan sebakul biskut kepada Lahap "Itu sahaja peminat biskut Yaya"

"Sedap apa biskut dia, rasa seperti kertas pasir" kata Probe. Yaya kembali ke pentas dan kembali ke tempat duduk dia "Baiklah, soalan kedua pula untuk Ying. Dia tanya, nenek sihat ke?"

"Nenek saya sihat sahaja maaa... tiap-tiap hari kena bagi dia makan serbuk koko, baru dia sihat" kata Ying sambil melambai-lambai nenek dia yang ada di studio markas kotak

"Macam itu pula.. hmmm..dan satu lagi dia bertanya.. menurut dia, sahabat lelaki kamu seperti apa? err.. tak faham pula aku dengan soalan ni"

"Seperti landak, kucing dan gajah.. err.. maaf ya Ililara, saya main hentam sahaja" Ying tergelak sedikit

"Oklah, soalan ini datang dari Vanilla Blue, dia cakap Yaya adalah watak kegemaran dia dan dia ingin bertanya, kenapa masa ujian, Yaya dan Ying suka sangat bergaduh atau erti lain, jadi musuh. Bukan korang kawan ke?"

"Dey, dia orang tu.. tak boleh tengok orang lain dapat no.1" kata Gopal. Dia pula yang jadi tukang jawab "Sebab apa dia orang bermusuhan, sebab dua-dua nak berlumba siapa paling pandai, siapa yang layak dapat no.1, sebab itu Fang selalu korbankan jawapan dia masa darjah 5. Takut kena belasah dengan Yaya dan Ying" Gopal ternampak Yaya dan Ying sedang marah kepada Gopal kerana soalan mereka berdua telah dijawabkan "Hehehe.. jangan marah Yaya, Ying.. aku tolong jawabkan sahaja" Dia orang masih lagi dengan muka marah

"Hehehe.. kesian" kata Probe "soalan seterus datang dari Fangcool, dia tanya KENAPA GOPAL PEMALAS! MALAS NAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH! MALAS NAK BELAJAR! hah! jawab jawab, jangan tak jawab" Gopal tersengih di situ

"GOPAL NIE, LAST MINIT BARU NAK SIAPKAN KERJA SEKOLAH!" Yaya dan Ying pula jawabkan soalan Gopal

"Yolah, minggu lepas punya kerja sekolah, minggu ini baru dia nak buat.. dia ni suka sangat main video game, tengok cerita hantu dan makan. Macam mana mau jadi pandai kalau asyik makan dan main video game sahaja"

"Janganlah marah aku Ying" Gopal masih lagi tersengih

"Sudah berapa banyak kali aku nasihat dekat kau, tapi kau masih lagi malas belajar. Tahun ni kan UPSR, macam mana nak dapat keputusan bagus-bagus kalau asyik dengan video game sahaja. Ingat video game tu boleh ajar kau ke? Bila ajak belajar bersama, kau mengelak, cari alasan, tidur, ganggu orang lain tengah belajar"

"Yelah, yelah.. lepas ni aku rajin lah" Gopal buat muka masam. Dia malas nak dengar ceramah Yaya yang panjang lebar tu tapi selamat hari ini ceramah pendek sahaja "Wei Probe, apa soalan seterusnya?"

"Errr.. soalan seterusnya, soalan ini pula untuk Yaya, kenapa nama adik Yaya ToToiToy? ini nama orang ke atau nama kedai permainan? pelik aku"

"Oh, itu nama manja adik Yaya sahaja.. nama betul dia-"

"OH! KAU YANG SURUH ABANG AKU KURUNGKAN AKU DEKAT KAPAL ANGKASA!" Muncul Fang dengan aura-aura bayang dia "HARIMAU BAYANG! SERANG DIA!"

"TIDAKK! LARI!" Probe lari lintang pukang sebab kena kejar dengan harimau bayang "MACAM MANA DIA BOLEH TERLEPAS NI!"

"Err.. kita akan berehat sebentar" kata Gopal di hadapan kamera

--------------------------------

"Aduh, habis badan aku kena cakar"

"Kasihan kau Probe" kata Gopal

"Macam manalah si Fang tu boleh terlepas keluar dari kapal angkasa" Probe buat-buat sedih. Dia melihat Kaizo sedang memarahi Lahap kerana tidak jaga kapal angkasa dan biarkan sahaja adiknya terlepas dari situ. Fang pula duduk di bawah sebagai penonton. Dia dengan hati senang lenang sebab dapat juga terlepas dari kapal angkasa "Kita sambung balik dengan soalan seterusnya"

"Soalan ini datang dari Haruko1212. Dia ni peminat Ying, idola dia yang ke 3.. siapa idola kamu yang pertama dan kedua? mesti saya no 1 kan kan kan kan" Probe kenyitkan mata dekat kamera

"Wah! terima kasih Haruko1212! saya sangat-sangat terharu!" kata Ying dengan mata bersinar-sinar dia "Nanti kita pergi jalan-jalan dengan kamu, nak tak?"

"Hmm.. soalan dia ditujukan khas untuk Ying. Dia tanya, kenapa musim pertama, mata Ying warna chocolate, musim kedua warna biru?"

"Itu senang sahaja maaa.. saya pakai contact lens"

"Ohh.. pakai contact lens rupanya tapi apasal masih pakai cermin mata lagi? Kepelikan. Soalan kedua pun untuk Ying juga. Dia kata dia nak dengar Ying menyanyi, boleh kasi tunjuk? HAH! mari kita dengarkan persembahan dari Ying!" Para penonton di studio markas kotak berikan tepukan semangat untuk Ying

"Rasa malu pula tapi saya akan rapping yea..hehehe.. tapi sedikit sahaja"

Let's go!
If I was an old-school fifty pound boombox (remember them?)
Would you hold me on your shoulder wherever you walk?
Would you turn my volume up in front of the cops (turn it up)
And crank it higher every time they told you to stop?
And all I ask is that you don't get mad at me
When you have to purchase mad D batteries
Appreciate every mix tape your friends make
You never know we come and go like on the interstate

Para penonton di studio markas kotak memberikan tepukan yang gemuruh "WAH! laju betul Ying nyanyi, sampai saya sendiri pun tak faham apa dia nyanyikan" Ying terus tutup muka dia sebab malu, selama ini dia mana pernah nyanyi di depan khayalak ramai "Haruko1212 sudah puas hati dengan nyanyi Ying tadi? kalau tak puas hati lagi, sila lah dail nombor ini yang akan tertera di kaca television anda. Cikgu Papa Zola akan menjawab panggilan anda, dan dia akan mengambil tempahan penyanyi untuk event-event yang kamu akan mengadakan nanti tapi Fang sudah fully booked sebab ramai sangat nak dia. Boboiboy and the 7 Power pun sudah fully booked juga.. err.. yang tinggal hanyalah Encik Bos dan Gopal sahaja. Kapten Kaizo tiada dalam senarai penyanyi tempahan"

"Wei! ini iklan ke apa?" marah Ying kepada Probe

"Hehehe.. maaf" kata Probe "soalan seterusnya dari dava juniawan.. dia tanya, siapa lagi cerdas? Yaya atau Ying?"

"SAYA!" Sebut Yaya dan Ying serentak

"WAH! KITA SAMA-SAMA CERDAS LAH YAYA!"

"Ha ah lah Ying! kecergasaan itu penting yea kawan-kawan!" kata Yaya "Sentiasa bersenam, makan makanan yang seimbang, jangan tidur lewat..." terus Probe potong kata-kata Yaya

"Baiklah, baiklah! soalan seterusnya..soalan ini untuk Gopal dan ia datang dari Lily"

"Lily? HANTU LILY KE?" terus dia kena ketuk dengan Probe

"Bukanlah, ini Lily lain"

"Oh yea ke.. hehehehe" Gopal tersengih "Apa soalan dia?"

"Soalan dia berbunyi begini.. kenapa Gopal suka cari pasal dengan Fang atau memang sifat azali mulut terlepas cakap, maksud lain, mulut jahat. Memang tak serik ke belasah dengan Fang?"

"DIA TUE! MEMANG SUKA SANGAT CARI PASAL DENGAN AKU!" Terus Fang naik ke atas pentas dan rampas microphone Probe "KALAU SATU HARI TAK CARI PASAL DENGAN AKU, MEMANG TAK SAH!" Probe rampas balik microphone dia

"Dey! yang kau tiba-tiba nak marah, apasal? Aku suka cari pasal dengan kau sebab kau ni memang tak boleh terima kenyataan.. dah lah belagak dan sombong. Selamatlah aku kawan kau, kalau tidak, dah lama aku belasah kau"

"Oh! kau memang nak kena belasah dengan aku lah ni" Fang sudah bersiap sedia untuk keluarkan harimau bayang dia

"Wei Fang, janganlah buat hal pula.. kan kita tengah siaran langsung" pujuk Boboiboy Gempa "Nanti adik kesayangan kau tengok, buat malu sahaja nanti"

"Selamatlah kau" kata Fang kepada Gopal. Dia terus turun ke bawah dan kembali ke tempat asal dia

"FUH, selamat tiada pergaduhan di antara kawan.. baiklah, soalan seterusnya, soalan ini adalah untuk Yaya" Yaya sudah bersedia dengan soalan dia "Dia tanya, di antara Boboiboy, Fang dan Gopal, siapa paling menjengkelkan dan siapa paling menyenangkan hati"

"Oh, soalan itu senang sahaja. Kita semua tahu siapa yang paling menjengkelkan di antara dia orang bertiga" semua pandang ke arah Fang termasuklah kamera sekali "Tak payah sebut nama pun, kita semua sudah tahu siapa dan paling menyenangkan hati mestilah Boboiboy. Dia lah dapat mengawalkan keadaan, tanpa dia.. sudah tentu Fang dan Gopal akan membuat keadaan menjadi huru hara"

"Wah! jawapan yang bagus" kata Probe. Fang masam muka sebab tidak puas hati "Aku paling menjengkelkan? Cheh, tak guna punya semua orang" bisik Fang

"EH, kejap! kalau Fang menjengkelkan, Boboiboy menyenangkan.. aku pula apa?" tanya Gopal

"Kau menyakitkan hati orang" jawap Fang. Gopal dan Fang masih lagi tidak puas hati, dua-dua renung mata masing-masing sampai Fang kena ketuk dengan abang dia "Sakitlah abang!"

"Kau tak boleh ke duduk diam-diam, asyik nak buat hal sahaja" kata Kaizo. Fang terus duduk diam dan melihat sahaja Gopal ketawakan dia. Dalam hati Fang tengah berapi-api dengan Gopal

"Jaga kau nanti, Gopal" bisik Fang

"Baiklah! Soalan seterusnya! soalan ini datang dari Sakura no Hana.. dia tanya, sebelum datangnya Boboiboy di Pulau Rintis, Gopal selalu main video game dengan siapa? dengan Yaya dan Ying ke?"

"Dey, kau gila nak main dengan dua orang ni" kata Gopal sambil tunjuk ke arah Yaya dan Ying "Yaya nanti tak habis-habis nak ceramah aku kalau aku main game lama sangat, Ying pun sama juga.. naik pening aku nanti. Baik aku main sorang-sorang daripada main 30 minit macam dia orang ni"

"APA KAU KATA GOPAL!" Gopal nampak mata kemarahan Yaya dan Ying

"Takde apa, takde apa.. aku gurau aje tadi.. hehehe" Gopal terus duduk tersengih. Yaya dan Ying masih lagi mengawal diri mereka kerana mereka tahu ini siaran langsung, tak baik belasah orang di depan kamera

"Hmm.. begitu pula.. hah! soalan ini untuk Ying, pernah tak buat biskut dengan Yaya?"

"Yaya selalunya buat biskut sorang-sorang, kalau saya tolong pun, kena ikut juga dengan resepi dia" kata Ying

"Baiklah, soalan terakhir.. ini adalah soalan bonus untuk Yaya dari Hwang635" Probe ketawa sedikit "Adakah para readers, penonton di rumah dan di studio sudah bersedia?" penonton di studio semestinya tidak sabar hendak mendengar soalan terakhir itu

"Soalan apa tu, Probe?" tanya Yaya

"Soalan itu berbunyi begini... hehehe... Di dalam episode 'Sejarah' di fanfic 'Aku Abang, Aku Adik', kita dapat melihat masa depan mereka semua, tetapi Yaya telah pergi ke luar negera kerana dia susah nak move on sebab Fang telah pergi meninggalkan bumi. Soalan dia, adakah Yaya suka dengan Fang" Probe mengacukan microphone kepada Yaya, manakala kamera terus ke muka Fang untuk melihat reaksi dia. Muka Fang mula menjadi merah, tak tahulah sebab marah atau sebab dia rasa malu

"Errr.. errr... " Yaya tidak tahu nak menjawab apa "Err... mana saya tahu, itu semua dekat masa depan sahaja kan, betul tak Fang?"

"Ha ah, itu semua masa depan sahaja" Fang tersengih. Kaizo yang ada disebelah Fang, dia melihat sahaja adiknya sehingga membuat Fang rasa tak senang duduk

"Hehehe.. malu pula dia orang nak menjawab atau dua-dua tak nak mengaku" kata Probe "Takpelah kalau tak nak jawab, kita tunggu saja apa yang akan terjadi pada masa hadapan mereka berdua" Probe terbang ke tengah pentas

"Sampai disini sahaja Edisi Malam Minggu.. soalan-soalan untuk Kapten Kaizo dan Boboiboy, saya akan bawa ke minggu hadapan kerana mereka berdua akan menjadi tetamu Edisi Malam Minggu pada minggu hadapan! dan dengan pertama kalinya, permintaan dari orang ramai untuk menghangatkan lagi pentas ini dan buat pertama kalinya, saya akan menjemput tetamu khas kita dari dunia hantu iaitu RATU LILY! jangan lupa untuk menghantar 2 soalan untuk Kapten Kaizo, Boboiboy dan Ratu Lily di ruangan review. Saya ada juga terdengar reader bernama Lily akan datang ke sini minggu depan.. hah! bagus bagus! bolehlah Lily dan Lily rebutkan Boboiboy sama-sama.. jumpa lagi semua!"

Gopal muncul pula di depan kamera "Soalan untuk minggu ini, di antara jam-jam kuasa termasuklah jam kuasa Kapten Kaizo. Jam kuasa siapakah yang kamu ingin miliki dan kenapa? Ala, nanti semua nak kuasa Boboiboy, tak pun Kapten Kaizo ke, Fang ke. Kuasa aku sahaja yang tak laku, siapa nak kuasa aku? Kuasa aku bukannya hebat sangat macam Boboiboy atau Kapten Kaizo. Kalau ada pun, mesti sedikit sahajakan. Entah-entah, langsung tiada.. sudahlah, malas aku nak fikirkan.. lupa pula, hantarkan jawapan anda di ruangan review, sekian terima kasih"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top